KELUAR MENGUNDI RENDAH JEJASKAN DEMOKRASI


DAP TEKAD BINA SEMULA PH MENUJU PRU 15


KALAH TIDAK MENGUBAH TEKAD REFORMASI

 

SYABAS PM KERANA TIDAK TUNDUK DENGAN DESAKAN

 

Meskipun diperlekehkan dengan seolah-olah hanya Najib Razak yang berperanan dalam memastikan kemenangan BN dalam PRN Johor serta layak diberi penghargaan, kemudiannya dijerit pula secara biadap dengan laungan “Bubar Parlimen” di hadapan mukanya, Ismail Sabri Yaakob akhirnya memperlihatkan ketegasannya sebagai Perdana Menteri.

Beliau jelas tidak terganggu dengan jeritan biadap itu, malah memperlihatkan sikap tenang dan fokusnya dalam hal berkaitan.

Syabas kepada Perdana Menteri kerana tegas dan tidak sesekali tunduk kepada desakan tersebut.

Sambil menolak desakan kumpulan yang mahukannya segera bertindak membubarkan Parlimen pada malam meraikan kemenangan BN semalam, Ismail Sabri menegaskan, keputusan untuk membubarkan Parlimen tidak akan dipengaruhi oleh kumpulan kecil yang mendesak pilihan raya umum (PRU) segera diadakan.

Naib Presiden UMNO itu berkata, PRU hanya boleh diadakan sebaik sahaja semua pihak sudah bersedia untuk menghadapinya.

“Tak tahu lagi (bila tarikh PRU) sebab seperti yang kita tahu dan saya dah sebut beberapa kali dalam ucapan, apabila kita sudah bersedia dan pilihan raya boleh diadakan, tapi perlu bersedialah.

“Soal bersedia atau tidak, kita akan bincang dan banyak perkara lain perlu kita tengok, tidak bolehlah disebabkan dalam satu kumpulan kecil terjerit-jerit nak pilihan raya, maka kita adakan pilihan raya,” katanya lagi.

Ismail Sabri selanjutnya berkata, soal membubarkan Parlimen adalah perkara yang besar di mana parti akan bincang, buat keputusan dan selepas itu beberapa perkara lain juga akan dilihat seperti prosedur menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan nasihat serta perkenan.

“Jadi, kita tunggulah masa yang sesuai,” tambah beliau.

Pelbagai pihak dalam UMNO sebelum ini, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden sudah beberapa kali menyuarakan hasrat agar PRU15 harus disegerakan selepas saja PRN Johor berakhir.

Macam-macam alasan telah ditampilkan untuk mewajarkan desakan itu sehingga kepada insiden teriakan tiada kesopanan yang ditunjukkan pada malam semalam.

Rata-rata melihat apa yang dilakukan itu tidak wajar sama sekali dan seolah-olah Perdana Menteri daripada UMNO tidak dihormati oleh UMNO sendiri.

Di sebanyak banyak alasan ditampilkan untuk mengawalkan PRU15, tetapi yang paling disembunyikan faktanya ialah Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes mahkamah sebenarnya mahu PRU15 dilangsungkan sebelum pemilihan UMNO diadakan serta di ketika beliau masih memegang jawatan Presiden UMNO.

Jika PRU15 berjaya ditangguhkan hingga ke tahun depan dan pemilihan UMNO diadakan terlebih dahulu, ketakutannya yang paling besar ialah kehilangan jawatan Presiden UMNO.

Hilang jawatan Presiden UMNO, bukan saja hilang sebahagian nikmat kehidupan, malah dipercayai tiada lagilah kelebihan dalam menghadapi perbicaraan.

Namun satu perkara yang tidak harus dilupa, mengawalkan PRU15 bukanlah penyelesaian dan jaminan kemenangan sudah dalam genggaman.

Berdasarkan fakta PRN Johor, selain lebih sejuta daripada keseluruhan 2.5 juta pengundi tidak keluar membuang undi, peratusan yang menyokong BN juga dikira masih kecil jika dibandingkan dengan yang menolak BN.

Hanya 43.11 peratus pengundi yang menyokong BN, manakala jumlah terkumpul yang menolak ialah sebanyak 56.89 peratus.

Dalam keadaan ini, bagaimana jika blok pembangkang boleh bersatu dan jumlah yang keluar mengundi pula tiba-tiba meningkat dalam PRU15 nanti?

Dengan angka dan fakta yang ada itu juga, apakah ia benar-benar menjamin BN pasti menang jika PRU15 disegerakan dalam keadaan UMNO masih dipimpin oleh mereka yang berdepan puluhan kes di mahkamah dan individu yang telah dijatuhi hukuman bersalah kekal dijadikan ikon memikat hati pengundi?

Bukankah jauh lebih selamat jika pemimpin baru yang bersih, tiada skandal, sederhana dan disenangi rakyat dibenarkan memimpin UMNO terlebih dahulu sebelum berdepan PRU15? – ShahbudinHusin 13/03/2022.



PENDAPAT YANG HARUS DITERIMA.

 

Sepintas lalu tinjauan pendapat Johor:

 

1.       Sebilangan besar pengundi dari Singapura tidak mengundi kerana sempadan masih ditutup.

2. Ramai pengundi sedang menghadapi banyak masalah sosial dan ekonomi yang lain sehinggakan tiada selera untuk berpolitik. Mengakibatkan peratusan keluar mengundi yang lemah.

 

3.       Pengundi mungkin membenarkan BN memerintah untuk beberapa bulan akan datang kerana PRU dijangka tidak lama lagi.

 

Sikap: mari kita perah BN untuk dana dan lihat prestasi mereka. Jika BN gagal pengundi mungkin akan bertukar kem.

 

PM DAN SUMBANGANNYA DALAM KEJAYAAN BN DI JOHOR

 

Belum pernah dalam sejarah di mana-mana PRK atau PRN sebelum ini, Perdana Menteri turun sekerap yang dilakukan Ismail Sabri Yaakob dalam PRN Johor.

Malah, beliau menjelajah seluruh Johor untuk bertemu dengan semua kepimpinan bahagian bagi memberi semangat dan meninjau perjalanan kempen.

Selain tenaga, masa dan kesungguhan, saya yakin bukan sedikit wang ringgit yang beliau habiskan untuk parti dan calon dalam PRN Johor ini.

Semuanya tidak lain adalah untuk memastikan UMNO dan BN mencapai kejayaan yang diidam-idamkan.

Berbanding dengan Najib Razak atau Bossku dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat memilih kawasan Parlimen atau calon tertentu untuk dibantu, Perdana Menteri sebaliknya berjumpa dan membantu semua kawasan serta menyeluruh.

Semasa kempen juga kedengaran suara-suara nakal daripada calon dan kepimpinan bahagian yang mengeluh bahawa Bossku hanya datang untuk makan-makan dan kemudian terus balik.

Seolah-olah berpenat jentera parti datang beramai-ramai menyambut beliau tidak lebih hanya untuk jadi “contents” dalam media sosialnya saja.

Bagi yang pernah jadi calon, ada juga yang dikatakan mengeluh, ini kali pertama dalam sejarah di mana parti dan Presiden tidak membantu calon dari segi kewangan.

Kesemua peruntukan untuk menggerakkan jentera adalah datang daripada UMNO Johor semata-mata.

Dalam hal ini, mujurlah kepimpinan UMNO dan BN Johor sangat beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, memahami serta hebat seperti Hasni Mohamad.

Beliaulah yang membantu semua calon dan kawasan DUN seluruh Johor selain dari bantuan yang dihulurkan oleh menteri-menteri UMNO serta kepimpinan UMNO negeri-negeri yang lain.

Saya sempat bertanya kepada sorang Pengerusi Perhubungan UMNO negeri di sebuah negeri di utara, berapa banyak yang ibu pejabat UMNO bagi untuk PRN Johor kepada setiap calon, selamba dia Jawab.. ‘Sekupang pun Presiden tak bantu kali ini.’

Tetapi bila UMNO dan BN diumumkan menang semalam, bukan Perdana Menteri, Hasni atau UMNO negeri-negeri yang diberi penghargaan, sebaliknya Zahid Hamidi telah menghadiahkan kemenangan serta terima kasih kepada Bossku.

Yang tidak begitu membantu, hanya bermain di media sosial, bahkan merupakan liabiliti sepanjang kempen kerana diserang pelbagai parti lawan telah dijulang sebagai hero yang sebenar.

Bahkan, kalau mahu dikira, tiada sekeping pun poster gambar Presiden dan Bossku yang berani UMNO jual sepaniang kempen berlangsung, melainkan yang ada hanyalah gambar Perdana Menteri dan Hasni.

Saya amat bersimpati kepada Menteri Besar Johor yang tidak diraikan dan Perdana Menteri yang jelas dimalukan dengan laungan ‘Bubar Parlimen’ pada saat UMNO dan BN meraikan kemenangan semalam.

Tidak sewajarnya laungan itu dihadapkan kepada Perdana Menteri, melainkan untuk menekan dan menunjukkan rasa tidak hormat kepadanya sebagai ketua kerajaan.

Bukan sedikit jasa Perdana Menteri dalm PRN Johor ini dan saya yakin Bangsa Johor tidak berperangai begitu, semua yang terpamer semalam itu adalah gelagat sekawan ‘beruk upahan yang tertelan lobak’ yang dipercayai datang dari luar negeri Johor.

Saya sedih melihat UMNO sekarang ini kerana ia sedang dipimpin oleh orang yang salah dan dikelilingi insan-insan yang yang hanya perasan mereka adalah hebat.

Ingatlah, perjuangan belum lagi selesai dan rakyat menunggu PRU15 sebagai detik sebenar di mana mereka akan keluar beramai-ramai untuk menolak pemimpin yang kotor.

PRN bukan ukuran atau sandaran kekuatan sokongan rakyat, UMNO perlu menukar nakhoda dengan segera jika ingin diterima rakyat seperti mana Hasni diterima oleh Bangsa Johor.

RAMLAN YUSOF

Ahli UMNO dan Jentera Petugas Zon Tengah (16 hari berkempen dalam PRN Johor?



ZAHID PUJI NAJIB- MAIL TEPUK TANGAN


 

KISAH POLITIK...UMNO MENANG DALAM PERCATURANNYA


 

ULASAN BUAT PENYEDAP HATI


 

ADAKAH KERAJAAN JOHOR MEWAKILI RAKYATNYA


 

APA PUN DIA MASIH DI POJA POJA


 

AIIIKKKK

FAHMI REZA



SKETSA SEDIH : SAYANGI SUAMI SELAGI DIA MASIH ADA :


1. Di sebuah pasaraya seorang isteri bertengkar dgn suami nya & menyuruh suami nya pergi masuk ke dlm pasaraya sementara dia duduk di bangku tidak ikut sama.
2. Ia diperhatikan oleh seorang makkcik yg dlm 60an.
3. Makcik itu hampiri isteri td lalu bertanya : "Apa masaalah ni nak.. marah2 pd suami, maaf makcik bertanya".
4. Isteri itu menjawab : "Takde apa makcik. Suami sy ni ajak masuk dlm pasaraya ikut dia cari2 barang. Sy malas la makcik letih & bosan dgn perangai org lelaki ni".
5. Makcik tu tersenyum sambil berkata :
"Nak... makcik dulu dgn suami pergi kemana2 berdua. Tp suami makcik baru 5 bulan meninggal..
Kami lebih kurang sebaya. Kami guru. Bila bersara kami sama2 ke Mekah. Kami tinggal berdua di rumah sbb anak2 kami 6 org semua dah kawin & tinggal di rumah masing2...
Suami makcik malangnya mengidap kencing manis & darah tinggi. Tiap2 hari kena makan ubat. Dia selalu tak berapa cergas & makcik la yg menjaganya.
Kini dia telah tiada & makcik rasa amat keseorangan. Siang makcik rasa terlalu panjang & malam terlalu sunyi.
Tiap2 satu benda kepunyaan arwah mengingatkan makcik pd nya. Sebak & sedih melihat ubat2 yg masih belum dimakannya.
Ada no. hp. dia tp makcik tau dia tak akan jawab panggilan makcik & message whatsapp kpd nya pun dia tak akan dia baca.
Dulu makcik tidur dikatil disebelah bahagian sbb dia ada disebelah. Tp skrg makcik tidur sorang2 di tengah2 katil.
Bila ke dapur skrg makcik sorang2 buat sarapan tidak dia sediakan.
Tiada lg kami ke surau bersama.
Bayangkan nak.. kami punyai sorang satu kereta tp skrg kereta dia kaku tak bergerak cuma sesekali makcik pandu.
Oleh itu nak, sementara suami anak masih ada hargai la dia & sayangi la dia. Kta hidup sementara di dunia ini. Makcik hari2 ke pusaranya & makcik selalu berkata di pusaranya... "kau pegi la dulu, saya akan ikut kemudian..."
Maaf makcik hanya berkongsi & makcik balik dulu..."
6. Si isteri terpegun & terus bangun masuk ke pasaraya mencari suaminya...
Kredit kepada penulis asal



SELAMAT TINGGAL TENGGAROH - KEKALAHAN BUKAN UNTUK DIRATAPI

 

Saya pilih Tenggaroh untuk saya bantu kerana sebagai bekas tentera, saya diajar di mana kubu kita lemah, di situ kita perbanyakkan tentera dan perkuatkan kubu, bukannya memilih untuk berada di mana kita rasa di situ kita kuat.
Jika tewas, saya diajar untuk tidak menyerah atau menjadi tawanan musuh, sebaliknya terus lawan dan lawan sampai menang. Mati ketika berada dalam kubu sendiri lebih baik dari mati dalam tawanan musuh atau mati ketika lari dari perang.
Dalam perjuangan, kita mungkin boleh lakukan kesilapan. Pantang dalam medan perjuangan adalah belot atau pengkhianatan kerana khianat boleh merosakkan bahkan boleh membunuh keseluruhan jiwa2 pejuang. Sebab itu, khianat amat dicela dan dikutuk Allah. Jauhi dan jangan sesekali beri peluang kepada para pengkhianat. .
Buat para pejuang Keadilan, kita terima kekalahan ini tetapi jangan kita berundur walau setapak. Percayalah, kebenaran akhirnya akan membunuh kebathilan. Selagi kita belum berjaya, ertinya masih ada jiwa2 yang kotor dan tidak ikhlas dalam kelompok kita.
Terima kasih jentera Tenggaroh kerana mengizinkan saya menumpang memberikan sedikit tenaga di bumi Tenggaroh. Mersing banyak cerita suka dan duka yang memberi kesan dan pengajaran kepada saya. Maaf, saya tiada kekuatan dan kemampuan untuk melakukan lebih dari yang mampu saya lakukan untuk Tenggaroh. Semoga bekas calon Puan Zulinah A Johari terus memberikan khidmat
terbaik
di sini dan InsyaAllah, saya yakin suatu masa nanti beliau akan berjaya.
Terima kasih kerana menerima insan kerdil ini. Terima kasih di atas segala bantuan, kerjasama, layanan
terbaik
, makan dan minum sepanjang saya di sini akan menjadi kenangan terindah. Semua teman2 di sini amat baik, peramah dan mesra.
Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,
Kajang Hamba mengkuang layu,
Semoga perjuangan mendapat berkat,
Kuatkan semangat, janganlah jemu.
WFAUZDIN NS

DUNGU LA JUGA YA....

 

Dah rasmi ke BN menang? Hahaha... Macam yang dijangka, BN akan menang. Cuma aku jangka tak dapat dua pertiga. Sebab aku tak fikir rakyat Johor ramai yang dungu. Tapi ternyata apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Kali ni tak perlu ulas dah. Sebab dah ulas masa lepas PRN Melaka. Tapi tak ada perubahan pun yang PH buat. Masih sama. Cadangan rakyat tak ada pun yang diambil kira oleh Majlis Presiden. Jadi biarkanlah terus begini.

Masih ramai pengundi yang pulaukan PRN. Entah sebab kerja atau sebab masalah kewangan atau sebab sudah bosan dengan politik. Tapi ini bukan perkara baru. Dah lama orang perkatakan cuma PH tak rasa perkara ini penting. Tak nampak usaha nak selesaikan isu mereka yang pulaukan pilihanraya.

Aku tak kisah pun BN menang. Dah bersedia. Malah PRU15 nanti kalau BN terus menang pun, aku ok. Itu yang majoriti rakyat nak. Kena hormati keputusan majoriti. Aku pun bolehlah buat persediaan hadapi masa depan yang kelam.

Tahniah BN. Terima kasih rakyat Johor. Johor pasti akan lebih maju daripada Singapura selepas ini kerana UMNO/BN yang memerintah. Kan mereka kata Singapura akan lebih maju kalau UMNO yang jaga. Mungkin Johor akan jadi sehebat Wakanda.

Cuma satu yang aku puas hati sangat. Pejuang dan Warisan bungkus. Dua-dua bawa legasi Mahathir. Nampaknya dakwaan kononnya Mahathir faktor kemenangan PH ketika PRU14 dahulu memang sangat sangat meleset.

Pejuang, Warisan dan Muda ternyata tiada tempat dalam politik Malaysia. Tapi percayalah cakap aku. Meski terbukti tiga parti ini sampah, kekalahan ini takkan buat PH tersedar kerjasama dengan Muda itu satu kesilapan. Bahkan ini akan dijadikan alasan untuk segerakan khemah besar.

Boleh screenshot posting aku ini. Hahahahaha... Guane boh?

Raja Gelap

 

Jangan panik…BN tidak kuat sebenarnya

 

NORMAN RADZUAN


Apa yg kita patut kita pelajari kekalahan demi kekalahan

JGN LAGI SALAHKAN RAKYAT… MUHASABAH DIRI

Utk siri pertama ini ingin saya beritahu… jika anda tidak bersetuju dgn saya just abaikan. Ini zaman semua org boleh menulis tidak seperti zaman saya dahulu… saya menulis, org beli surat khabar dan mereka baca. Terima atau tidak terpulang.

Zaman era edan ini.. semua hendak bersuara. Tak mengapa kita menghormati perbezaan pendapat tetapi kita juga kena hormati penulis yg menulis di wall mereka.

Kenapa saya guna gambar hiasan di bawah ( konon Najib seorang tewskan kesemua musuh). Signifikannya seperti apa yg berlaku di dlm filem Enemy Of State apabila Will Smith bring both problerm group (gangster/ mafia and Police/G- Men ) together utk saling berbunuhan.

Hebat sgtkah Najib? Jawapannya tidak…Dari sumber awal mengatakan BN hanya memperolehi 43% undi dan pembangkang memperolehi 57% undi. Maksudnya walaupun hanya 55% bangsa Johor mengundi mereka tetap menolak BN.

Jadi di mana kekuatan Najib dan hebat sgt kah Najib? Jawapannya tentulah tidak sb masih ada yg waras menolak penyamun. Mantan rakan media menulis di wallnya malam tadi.. baginya Najib tidak hebat… yg hebat adalah ‘team media’ atau team propaganda Najib yg mampu mengangkat Najib yg disabitkan dgn hukuman penjara menjadi hero rakyat.

Kata rakan tu lagi semua org politik boleh jadi seperti Najib. Tapi malangnya tak semua org mahu keluar duit seperti Najib. Saya bersetuju dgnnya seperti quotee ‘People say if you pay peanuts, you get monkeys.’

Saya juga merasakan sudah cukup kita menyalahkan pengundi2. Kita kata mereka ‘bodoh’ pilih penyamun dan sebagainya. Kali ini cuba kita muhasabah atau lakukan post mortem kenapa mereka tolak kita. Jgn asyik menyalahkan lawan dan pengundi sampai kita tak tahu weakness kita.

Saya dah tulis 3 kali sepanjang kempen PRN Johor. Isu populis.. dlm politik Malaysia… pengundi mahu tahu apa yg kita tawarkan. Adakah seperti yg mereka mahukan.

Yusuf Haslam filem dihentam sebagai filem sampah seperti Sembilu 1&2, Maria Mariana, Gemilang, Pasrah dan mcm2 lagi… tapi filem Yusuf Haslam tetap berjuta jualan tiketnya sb dia buat filem apa yg org Melayu nak tonton. Begitulah dgn cara kita berpolitik… kita bukan berpolitik di Sweden atau Jerman… kita ni nak masuk Bukit Kepong.

Di Johor dan di Melaka saya melihat pengundi Melayu lebih percaya kpd parti yg dilihat kuat ‘Kemelayuan’nya. Trust mereka ke arah itu. Ya kita maklum pengundi luar bandar agak racist.

Ada bertanya kenapa pengundi Cina beralih arah hingga DAP hilang byk kerusi. Acapkali saya kata pengundi Cina mereka tidak taksub dgn parti samada MCA, Gerakan dan DAP. Pengundi Cina telah menghukum DAP sejak PRK Tanjung Piai lagi.

Dari PH menang kerusi tersebut PH boleh tewas 15 ribu undi. Punca bila LGE sekat bajet UNITAR milik bangsa mereka. Sebab itu saya kata Najib bijak main isu populis.. di Parlimen atau media sosial dia tunjuk jaguh main isu KWSP.

Di kawasan Cina Johor dia main isu bajet UNITAR yg dipotong oleh LGE hingga bertepuk tangan pengundi. Cina di Johor. Bab pendidikan jgn main2 dgn bangsa Cina…mahu tak mahu kita kena akui Najib licik berpolitik.

Pada isu selepas PRN Melaka dlm analisis saya ada beritahu bahawa isu logo bukan faktor utama kekalahan PH. Namun ditolak oleh rakan penganalisis dlm hujahnya saban malam… dia tidak bersetuju dgn saya. Baginya logo itu penting.

Saya balas hujah tersebut atas kepercayaan saya apabila PN mengatasi PH dlm byk DUN di Melaka. Sdgkan PN logonya masih baru ketika itu tapi masih boleh menang.

Di Johor membuktikan sekali lagi logo bukan faktor penting. MUDA menang di Puteri Wangsa. MUDA parti yg baru diluluskan beberapa bulan mampu menang tetapi PKR yg sudah 22 tahun hanya mampu menang 1 kerusi seperti MUDA. Malah di Larkin parti PKR dan MUDA dibezakan hanya 1,500 undi.

Apa kesimpulan di situ selain logo tidak berperanan menentukan kemenangan? Maksudnya MUDA ada kekuatannya sendiri. Sila baca artikel saya 3 minggu lepas saya ada memberitahu MUDA ada tarikan tersendiri di kalangan pengundi muda.

Malah sebelum ini saya ada menulis Bersatu menyumbang 10-15% kemenangan PH di Johor… rupanya dari PRN Johor ini lebih dari itu. Tapi seperti biasa ramailah yg menzahir rasa tidak bersetuju dgn hujah tersebut kerana beranggapan PKR boleh tanding sendirian.

Faktanya begitu banyak DUN PN mengatasi undi PH atau PKR. Di Machap, Semerah, Larkin, Sungai Balang, Bukit Kepong, Benut, Kukup, Tiram, Permas, Penawar, Tanjung Surat, Johor Lama, Pasir Raja, Panti, Tenggaroh, Kahang dan byk lagi PN mengatasi PH.

Jadi apa yg perlu kita lakukan? Jika saya menjadi DS Anwar sebagai Presiden PKR/PH beliau dlm situasi sukar. Apatah lagi ahli2 partinya yg sentiasa lantang bersuara hingga DS Anwar terpaksa akur menggunakan logo sendiri.

Nasib baik DS Anwar tidak akur utk bertanding sendiri. Itu belum lagi kalangan ahli dan pemimpin Amanah akn bersuara sehari dua ini Anwar sudah tidak relevan. Berat apa yg ditanggung DS Anwar.

Dlm PKR sendiri… adakalanya saya melihat kita terlalu angkuh. Sikit2 mahu kita bertanding sendiri…malah ada rakan2 sinis menulis di wall saya… buat apa org itu pengkhianat, tak sependapat dgn individu tertentu sahaja org itu kartel (malah ada yg message bertanya kenapa saya bawa Aishah sb dia adalah kartel).

Bila saya katakan parti juga memerlukan Rafizi saya dituduh sebagai team Invoke dan bermacam mcm lagi. Itu tak kena ini tak kena sdgkan dlm tempoh 3 tahun ini kita gagal dlm setiap PRK dan PRN. Bila semua org boleh menulis begitulah…Description: 😄

Bila saya tulis kita tak mampu sendirian ada juga marah dgn saya. Dgn alasan kita ada 1 juta ahli. Jadi saya nak tanya… di mana kita nak cari 4 juta undi lagi? Saya katakan jika kita sendirian… PKR pastinya akn hilang N9 dan paling menyedihkan akn kehilangan Selangor. Kita kena rasional/realistik.

Andaikata DS Anwar duduk semeja dgn TS Muhyiddin saya pasti ada kelompok yg akn menulis… kami tak mahu bersama pengkhianat. Sdgkan politik ini dinamik. Kita kena belajar dari BN bagaimana mereka berpolitik (tolak korupsi mereka).

UMNO/BN dari parti yg hampir diharamkan, memperkudakan PAS parti yg mengkafirkan mereka ketika mereka lemah. Kemudian bila mereka kuat… mereka tinggalkan PAS dan berlawan kembali walaupun PAS merayu utk bersama mereka.

Bezanya dari pembangkang mereka kini jadi kerajaan tanpa perlu pilihanraya dgn menggunakan kesempatan itu menjatuhkan satu persatu kerajaan mandat rakyat. Itu seni politik mereka sb mereka tak jadikan UMNO ini Universiti. Licik tapi berjaya.

Saya tidak hairan jika ramai yg akn menghentam DS Anwar jika berunding dgn Muhyiddin. Saya sekadar mahukan isu populis dimainkan disindir oleh MP PKR tapi apabila Presiden akur pengeluaran KWSP di saat akhir PRN Johor… MP tersebut diam membisu.

Hasil kajian saya jika pembangkang bersatu… BN tidak boleh memerintah Johor. Malah mereka hanya mampu menguasai 15 DUN paling tinggi. Yg lain itu akn menjadi milik pembangkang.

Bagaimana kita boleh menang dahulu? Sebab kita bersatu dlm pembangkang. Bagi saya faktor 70% pengundi diperlukan utk kita memenangi PRN Johor bukan faktor utama kita tewas… kita tewas kerana kita tidak bersatu. Kalian boleh lihat setiap undi DUN diperolehi jika pembangkang bersatu BN tidak akn jadi kerajaan di Johor.

Kita dpt melihat dgn fakta keputusan PRN Johor semalam. Anwar, Muhyiddin, Hadi Awang, Mat Sabu, LGE, Syafie Apdal ini masing2 mempunyai pengaruh tetapi masing2 ada ego tersendiri.

Jika tanya saya bila melihat video desakan penyokong BN mahukan Ismail Sabri membubarkan Parlimen… Anwar dan Muhyiddin kena berjiwa besar duduk dimeja rundingan bagaimana utk menghalang kluster mahkamah kembali berkuasa.

Masa sudah tidak banyak lagi. Formula mudah…Contoh jika PRN16 Johor nanti.. mana2 kawasan PN mengatasi PH kita serahkan kpd PN. Begitulah sebaliknya.

Bagaimana jika mereka khianat? JIKA… tapi JIKA tak berpakat yg pastinya kita tak akn jadi kerajaan. Kita kali ini bukan perlukan khemah besar tapi perlukan STADIUM BESAR utk berlawan dgn BN. Kuasa itu penting utk melakukan reform. Ambil peluang yg ada dari mencuba kpd situasi yg kita tidak berpeluang langsung (slim chance).

Kesilapan PH waktu memerintah cuba jadi seperti Morsi di Mesir (cepat mahu reform) dan bukan seperti Erdogan di Turki (ambil masa yg lama dgn pendekatan psikologi). Kita memerintah pula mcm cara kita berkempen iaitu terlalu akademik dan terlalu ghairah nak tunjuk kita ini parti intelektual.

Kita potong bajet rakyat konon suruh berjimat, kita tak benarkan rakyat hisap rokok dlm kedai mamak utk kesihatan, kita kononnya amalkan demokrasi media dan akhirnya semua ini memakan diri sendiri.

Namun nak salah PH 100% selain kebodohan beberapa pemimpin pun tak boleh juga sb kita tahu PH telah disabotaj oleh Mahathir.

Masalah pembangkang kita berlawan sesama sendiri. Kita tak mahu Najib jadi PM dan dlm masa sama parti pembangkang juga ada yg tak mahu Anwar jadi PM. Pecah dan perintah Mahathir telah menghancurkan harapan rakyat.

Apapun kpd rakyat Malaysia kita jgn panik. Pertama kerana undi popular di Johor kita masih mengatasi BN. Kedua kita ada masa utk duduk berbincang dgn parti2 pembangkang. Ketiga PRU15 jika kita mencapai peratusan yg tinggi sedikit peluang PH lebih cerah, keempat undi anak muda dilihat memihak kpd pembangkang.

Ada yg kata Cash is king (rasuah sampul surat)… ia faktor sampingan membantu BN. Tapi ia tidak boleh dijadikan dalil utama sb PRU14 pun mereka main duit tapi pembangkang bersatu ketika itu. Secara umumnya majoriti rakyat Malaysia masih bencikan BN kerana kletopkrasi.

Bersambung… apa yg perlu PKR lakukan segera sebelum Perak atau Kedah??? Apa yg berlaku di Johor ‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh’.

 

PRN JOHOR : AKHIRNYA IANYA MENEPATI RAMALAN AKU..

 daniel davve

1- Aku tak pasti keputusan akhirnya PRN Johor, Tapi apa yang terlintas waktu aku tonton Awani tadi, Ia seakan menepati ramalan dalam tulisan aku siang tadi dan juga semalam..
2- Kelihatan PH bakal kalah teruk biarpun kemungkinan DAP mempertahankan 10 dari 14 Kerusi yang dimenangi pada PRU 14.. Muda menang 1 Kerusi atas Ihsan Amanah..PKR mungkin hanya bernasib baik di Batu cuma berkelebihan 132 undi, itupun PKR bernasib baik calon BN dari MIC/India.. Drmazlee pla tewas di Layang Layang..Manakala Amanah masih belum nampak bayang..
3- Ramai yang marah marah kononnya Rakyat Johor memilih Rasuah..UMNO Menang besar.. hakikatnya dari keputusan yang aku lihat sebenarnya tidak banyak bezanya dengan PRU 14.. UMNO kini lemah, Cuma undi Pembangkang Berpecah..
4- Apa undi yang diterima PH, dan Undi diterima PN sebenarnya itulah campuran undi yang diterima ketika PRU 14.. Andai kedua undi itu dicampurkan, UMNO mungkin akan kalah teruk.. Itu sebab aku sependapat dengan Mazlan Aliman kita perlu memberi laluan dan Kerjasama dengan PN bagi menghalang kemenangan UMNO atas sebab Strategi..
5- Jelas Segmen Undi protes dari UMNO, Undi Melayu pergi kepada PN.. ada Faktor Mahaiddin yang tak boleh dinafikan di Pantai Barat, PN juga terima undi yang setara dengan PH.. Setakat ini difahamkan depa dah menang 3 Kerusi, Nasib PN juga seperti PH.. sebenarnya mereka perlukan sokongan dari PH seperti PRU 14 untuk mengalahkan UMNO. begitu juga PH..
6- Malangnya ada budak parti berlagak pandai sampai boleh mempengaruhi presiden parti dia untuk percaya cerita dongeng Logo Parti mereka..logo Keramat.. kononnya Pada PRU 14 rakyat memilih PH sebab logo mereka.... Itu lah nasihat budak budak yang lahir di bandar..Di Lembah Pantai dan Petaling Jaya yang tak faham reality Politik di Malaysia..
7- Petang tadi ada sahabat PKR komen nasib yang bakal diterima parti Abah dan Pejuang.. Aku jawab jelas semalam, Perlunya kerjasama dengan parti Teras Melayu..aku sebut dengan jelas, Segmen Melayu akan tertumpu kepada PN.. Pejuang semalam aku dah sebut akan kalah besar kalau bersendirian, Aku sebut dengan jelas Pejuang akan senasib PAS dalam PRU 14 di pantai Barat.. dan itu yg berlaku..
8- Sebenarnya Logo PH takda masalah apapun, Kita sendiri tak yakin.. Disebabkan ada kebodohan dari kalangan Pemimpin Muda yang jadi Penasihat sang pemimpin.. Ketakutan..Kebencian kepada Logo PH itu sebenarnya diburukkan bukan dari UMNO ,Hatta dari budak budak PH sendiri..
9- Susah kalau jenis tak reti baca dan analisis Data... bila tersilap, cipta alasan..Last last dok baca, Nak panggil balik Rafizi.. Rafizi kalau bertanding Johor kawasan Melayu pun kalah, Jangan kata Dr Maszlee.. kalau tak, Pattutnya Rafizi bertanding kat Terengganu kampung dia.. sebab apa bertanding Pandan ? Sebab itulah Reality Politik Pantai BArat dan PAntai Timur..
10- Aku tetap berpandangan PH perlu lakukan kerjasama parti teras Melayu..Teruskan hasrat bina Khemah besar biarpun aku tak suka guna term "Khemah Besar".. jangan jadi penakut untuk berkata benar..! bagi aku kejayaan awal dah dirintis dengan Muda cukup baik..maka perkuatkan kerjasama..Tunjukkan Keikhlasan dalam kerjasama..Jangan pentingkan diri sendiri seperti PAS dulu...
11- Semoga ia pelajaran Berguna bagi PH.. 🙂

(function() { var d = document, w = window; w

PKR TIDAK AKAN PINGGIRKAN SAIFUDDIN..SELAIN BELIAU KUAT BEKERJA..BELIAU ADALAH AKTIVIS AWAL MENENTANG REGIM MAHATHIR...JASA BELIAU HARUS DIHARGAI.KITA BUKAN UMNO

  Harap Anwar tak pinggir Saifuddin, kata akar umbi susulan keputusan terkini pemilihan Anne Muhammad  - May 29, 2022          Timbalan Peng...