MAHATHIR BERUBAH UBAH FIKIRAN MENYULITKAN LAGI CALON PM



Dalam isu menentukan calon Perdana Menteri PH Plus yang sehingga kini belum lagi dapat dimuktamadkan, ramai orang cuba menyalahkan Anwar Ibrahim atas kegagalan itu.
Kata mereka, jika Anwar sedia bertolak ansur dan mengalah kepada Tun Mahathir Mohamad, sudah pasti kata putus sudah dapat dimuktamadkan sekarang ini.
Mereka menambah lagi, tiada alasan untuk Anwar tidak setuju beralah kerana kali ini dikatakan Tun Mahathir hanya mahu memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh selama enam bulan saja.
Selepas itu, Tun Mahathir diperkatakan setuju sepenuhnya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar melalui satu surat perjanjian hitam putih yang disertakan sekali tarikh penyerahan kuasa itu akan dilakukan.
Selain itu, sementara menunggu kuasa diserahkan kepadanya, Anwar juga akan diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Oleh itu, tambah mereka, apa lagi yang Anwar perlu bimbangkan?
Menyedapkan lagi cerita, mereka menambah, Tun Mahathir juga semakin tua sekarang ini dan tidak mungkin mampu bertahan lebih lama untuk terus bekerja sebagai Perdana Menteri.
Sekali imbas melihat kepada hujah tersebut dan bagi mereka yang tidak tahu perkara sebenarnya, memanglah ternampak ada logiknya untuk Anwar mengalah saja kepada Tun Mahathir.
Sampai masa atau selewat-lewatnya hujung tahun nanti, tibalah gilirannya pula menjadi Perdana Menteri.
Tetapi, selain Anwar sendiri cukup berhati-hati untuk setuju menerima semula Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kerana tidak mahu terperdaya untuk kesekian kalinya dengan mainan janji-janji bulan madu Pengerusi Bersatu yang telah terpecat itu, apa yang cukup memeranjatkan ialah kecenderungan berubah fikiran itu sudah pun dapat dikesan sejak mesyuarat pertama PH Plus di Pejabat PKR pada 12 Jun lalu lagi.
Difahamkan, dalam mesyuarat pada hari itu memang Tun Mahathir ada menyuarakan hasratnya mahu menjadi Perdana Menteri selama enam bulan saja sebelum melakukan peralihan kuasa kepada Anwar.
Tidak seperti sebelumnya di mana beliau enggan menerima Anwar sebagai timbalannya, kali ini Tun Mahathir turut bersetuju agar Presiden PKR itu diletakkan sebagai orang nombor duanya dalam kerajaan pimpinannya nanti.
Namun, dalam pertemuan pemimpin PH Plus pada 12 Jun kemudiannya, Tun Mahathir sudah berubah fikiran dengan mengatakan tempoh enam bulan tidak mencukupi untuknya menegang jawatan Perdana Menteri buat kali yang ketiga ini.
Sehubungan itu, beliau meminta tempohnya dilanjutkan kepada setahun dan selepas itu barulah penyerahan kuasa kepada Anwar dapat dilakukan.
Dalam waktu yang sama pula, Presiden Warisan, Shafie Apdal sepanjang masa bertegas bahawa Tun Mahathir perlu dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.
Beliau sama sekali menolak untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri untuk tempoh enam bulan atau setahun.
Dalam hal ini, bukan saja kelakuan Shafie yang menyamai perangai Azmin Ali sebelum ini yang cukup membimbangkan, lebih mengesankan semua orang ialah Tun Mahathir sudah pun menunjukkan sikap tidak konsisten dan mudah berubah fikiran hanya dalam tempoh empat hari saja.
Bayangkan berapa kali lagi fikirannya akan berubah jika setelah mendapat kuasa sebagai Perdana Menteri nanti?
Untuk itu, sebenarnya ketegasan Anwar dan PKR menolak idea menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekali lagi bukan sesuatu yang tidak berasas, malah siapa pun pasti akan melakukan pendirian yang sama jika kemungkinan janji dimungkiri dapat dikesan hanya dalam tempoh seawal empat hari. 
(Shahbudindotcom 16/06/2020)



KENYATAAN MEDIA



16 Jun 2020
File:Pakatan Harapan Logo.svg - Wikimedia Commons



Saya mengikuti beberapa laporan media berkait dengan calon Perdana Menteri dan ingin menegaskan kenyataan-kenyataan tersebut tidak berasas dan bukannya dikeluarkan oleh Pakatan Harapan mahupun Pakatan Harapan Plus.

Sementara kita menghormati pandangan serta komen-komen yang diberi pelbagai pihak, sayugia dimaklumkan perbincangan masih lagi dilakukan di antara komponen Pakatan Harapan dan rakan-rakan pembangkang.

Kenyataan rasmi tentunya akan dikeluarkan apabila keputusan muktamad dicapai.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan



AWAT UMNO KALUT MEETING ? MGTV LIVE : Pemimpin - Pemimpin Tertinggi UMNO Hadir Bermesyuarat Di PWTC.



AWANI 745 16/6/2020



BERITA 4 -PEMBANTU ANWAR NAFI MAHATHIR PILIHAN PH PLUS

Malaysiakini
M.KINI

Dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) sudah bersetuju Dr Mahathir Mohamad menjadi calon perdana menteri manakala Anwar Ibrahim timbalannya adalah tidak benar, kata seorang pembantu presiden PKR itu.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, menafikan laporan yang disiarkan Free Malaysia Today (FMT) berhubung gandingan Mahathir-Anwar.
Sebaliknya kata pengerusi PKR Perak itu, hal berkenaan masih dalam perbincangan.
Terdahulu FMT mendakwa PH bersetuju mencalonkan Mahathir sebagai perdana menteri bagi mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional.

Memetik sumber dalaman PKR yang tidak dinamakan, portal berita itu melaporkan Mahathir akan berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga akhir 2020 sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar.
Persefahaman itu didakwa dicapai melalui perjanjian bertulis.
Persetujuan di antara PH dan kumpulan Mahathir menjadi kebuntuan utama yang menghalang kerjasama mereka dalam usaha merampas semula kerajaan yang ditubuhkan ekoran Langkah Sheraton akhir Feb lalu.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memaklumkan kepada media tengah hari tadi, kepemimpinan PH akan mengeluarkan kenyataan mengenai hal itu lewat hari ini.
Sementara itu Farhash berkata pihaknya tidak akan menerima pencalonan Mahathir.
“Kami menolak cadangan untuk menjadikan Tun (Mahathir) sebagai perdana menteri,” katanya.

BERITA 3....MACAM MACAM ANDAIAN.



PAKATAN Harapan belum dapat mencapai persetujuan tempoh untuk Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai perdana menteri, sekiranya gabungan itu dapat berkuasa semula, kata beberapa sumber dalaman parti komponennya kepada The Malaysian Insight.

Selepas bersetuju Dr Mahathir, 94, jadi perdana menteri sekali lagi dan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya, gabungan tiga parti PKR, DAP, dan Amanah, serta sekutu Parti Warisan Sabah dan kumpulan ahli Parlimen Bersatu yang tidak menyokong Perikatan Nasional (PN), tidak mencapai kata sepakat mengenai tempoh peralihan kuasa.

Gabungan yang disebut sebagai “PH Plus” ini bertemu sekali lagi pada Sabtu lepas untuk berunding sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum lebih awal, ketika kerajaan PN bertahan dengan majoriti tipis.

Dalam pertemuan pada Sabtu itu, timbul cadangan supaya Dr Mahathir jadi perdana menteri selama setahun dan bukannya enam bulan seperti cadangan asal, kata sumber.


The Malaysian Insight tidak dapat memastikan pihak atau parti mana yang mencadangkan tempoh enam bulan dan 12 bulan itu.

Cadangan untuk Dr Mahathir jadi perdana menteri selama enam bulan difahamkan dibuat dalam mesyuarat PH Plus pada 9 Jun.

Pertemuan itu bagaimanapun tidak mencapai kata sepakat untuk menerima Dr Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi.

Namun ketika PKR mula menerima idea itu kerana hanya untuk enam bulan, parti itu terkejut dengan satu lagi cadangan pada mesyuarat kedua pada Sabtu untuk Dr Mahathir jadi perdana menteri bagi tempoh setahun.

“Kami fikir isu menerima beliau sebagai perdana menteri boleh selesai Sabtu lepas tetapi tempoh 12 bulan menyebabkan semua orang tidak dapat buat keputusan,” kata seorang lagi sumber, dari PKR.

“Sebelum lima pihak terlibat dapat buat keputusan, tiang golnya sudah berubah lagi.”

Menurut sumber, cadangan supaya Dr Mahathir jadi perdana menteri pada mula mengejutkan kerana beliau sendiri letak jawatan pada 24 Februari lalu ketika partinya menarik diri dari PH.

Dr Mahathir menentang langkah yang digerakkan oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Peletakan jawatan Dr Mahathir dan penarikan sokongan Bersatu menyebabkan kerajaan PH tumbang. Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac.

“Jadi, cadangan beliau untuk sekali lagi mengejutkan,” kata sumber PKR.

PH Plus dijadual bertemu sekali lagi hari ini untuk menyelesaikan kekusutan itu.

Mesyuarat bagaimanapun ditangguhkan kerana Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal yang juga ketua menteri Sabah, tidak dapat hadir.

Selepas pertukaran kerajaan pada hujung Februari, PH menyusun semula kedudukannya untuk menghadapi PN dalam pilihan raya umum yang dijangka akan berlangsung lebih awal.

Mandat Parlimen ke-14 dijadual berakhir pada 15 Julai 2023.

Akhbar The Straits Times di Singapura minggu lalu melaporkan Muhyiddin mahu pilihan raya lebih awal tahun ini untuk menamatkan keraguan mengenai mandatnya.

Pada masa ini PN mempunyai 115 ahli Parlimen sementara pembangkang 107 kerusi. – 16 Jun, 2020

BERITA 2 Anwar PM, Mahathir MM?






 





MGF08102018_CERAMAH-MEGA-PH_08-681x454
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
PETALING JAYA – Pakatan Harapan + (PH+) dijangka
 mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) mereka
 dalam masa terdekat.
Sinchew Daily melaporkan, PH setakat ini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM manakala Tun Dr. Mahathir akan 
dicadang sebagai Menteri Mentor yang setaraf dengan mendiang 
Lee Kuan Yew di Singapura.
Walau bagaimanapun, hasil rundingan belum dimuktamadkan 
dan Dr. Mahathir yang mencadang diri sebagai PM difahamkan 
juga menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Anwar bagi mengelakkan syak wasangka.
Cadangan Dr. Mahathir itu bagaimanapun tidak dipersetujui PH.
Sumber berkata, rundingan mengenai calon PM telah sampai ke penghujungnya dengan pemimpin tertinggi PH+ akan mengadakan mesyuarat terakhir sebelum memuktamad calonnya.
“Hampir selesai perbincangan ini, kini memasuki peringkat terakhir. Biasalah, kami perlu berunding tentang syarat-syaratnya sebelum pelantikan dibuat
“Esok (Selasa), kami akan serah kepada lima pemimpin PH+ 
untuk berbincang dan mengumumkannya.
” Ya, PKR, DAP dan Amanah menyokong Anwar sebagai PM,
 tetapi PH sekadar mempunyai 91 kerusi dan kami perlu 
berbincang dengan parti lain untuk mencapai sasarannya,” kata sumber kepada Sinchew Daily.
Katanya, perundingan sebelum ini tersekat kerana Dr. Mahathir 
mahu menjadi Perdana Menteri selama enam bulan dan beliau menerima sokongan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Walaupun perbincangan akhir akan dijalankan, tetapi sumber tidak menafikan hasil rundingan mungkin di luar jangkaan malahan berakhir dengan kegagalan sekiranya masing-masing Anwar dan 
Dr. Mahathir enggan bertolak ansur.
“Jika rundingan tidak berhasil, maka ia bermakna Anwar dan 
Dr. Mahathir masing-masing perlu bertindak secara persendirian untuk mendapat sokongan 112.
“Keadaan politik di Sabah mula menunjukkan tanda-tanda tidak stabil. Adakah Mohd Shafie akan bertukar menyokong Anwar 
untuk menghadapi keadaan ini?
“Keadaaan juga sama untuk GPS di Sarawak, bukannya tidak mungkin jika mereka beralih menyokong Anwar,” katanya.
Mengenai calon Timbalan Perdana Menteri, sumber berkata, ia 
tidak disentuh dalam mesyuarat, walaupun nama seperti Datuk 
Seri Mukhriz Mahathir dan Mohd. Shafie telah disebut dalam perbincangan persendirian.
Sumber berpendapat, sekiranya rundingan gagal, maka ia bukan perkara terburuk buat PKR kerana parti itu masih mempunyai
 peluang pada pilihan raya akan datang untuk membentuk kerajaan. 


Pulihkan mandat rakyat, PH mesti pastikan niat murninya berjalan lancar

Pulihkan mandat rakyat, PH mesti pastikan niat murninya berjalan lancar

‘U-turn’ lagi: Selepas dikritik penyokong, Eric Pulsen dipecat

‘U-turn’ lagi: Selepas dikritik penyokong, Eric Pulsen dipecat




Selepas dihujani kritikan penyokong, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi membuat keputusan pusingan U (u-turn).
Kali ini, kerajaan PN menarik semula pelantikan Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hanya selepas dua hari dilantik.
Dalam siaran media KKMM hari ini, keputusan tersebut bagaimanapun dikatakan tidak akan menjejaskan fungsi MPKM yang ditubuhkan pada 9 Jun lalu.
“Ia (MPKM) akan terus berperanan membincang dan menasihati Kementerian dalam pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia selaras dengan matlamat KKMM,” katanya.
Keputusan ‘u-turn’ itu susulan bantahan daripada pemimpin Umno, Pas dan Bersatu yang merupakan parti komponen PN.
Eric, 47, ialah lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London dan pemegang Ijazah Sarjana dalam Undang-Undang Hak Asasi Antarabangsa dari Universiti College London, United Kingdom.
Dia sebelum ini dikenali sebagai seorang peguam yang terkenal dengan pelbagai kenyataan ekstrem dan berbaur penghinaan terhadap Islam dan umat Islam melalui saluran media sosialnya.
Eric antara lain menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi ekstremisme dalam khutbah Jumaat, memperlekeh hukum syariah dan menyalahkan madrasah sebagai lokasi pengembangan ekstremis Islam.
Semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang ketika itu Menteri Luar melantik Eric sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).
Pelantikan Eric bagi penggal 2019-2021 itu juga mendapat bantahan Umno dan Pas.


DULU PUJI TERKANGKANG, SEKARANG KUTUK MENGENGKANG


Terkejut Dr Mahathir sanggup rayu jawatan PM kepada Anwar

 

Zahid Mat Arip calon TYT Melaka – Malaysia Dateline
Muhammad Zahid Md Arip
KUALA LUMPUR – Muhammad Zahid Md Arip terkilan dengan tindakan mengejut Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sanggup merayu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri di bawah Pakatan Harapan (PH)
Beliau sama sekali tidak menyangka Dr Mahathir sedang melobi bersama PH dan berusaha merampas kembali kerajaan pimpinan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya sangat terkejutlah bila Tun sanggup pergi ke ibu pejabat PKR (Parti Keadilan Rakyat), sanggup menemui Anwar, sanggup merayu semula jawatan perdana menteri dalam keadaan entah ada, entah tidak angka (sokongan). Ini sangat memeranjatkan saya,” kata bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir.

Beliau ditemui selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen hari ini.
Zahid mengakui beliau sebenarnya berat hati untuk mengkritik Dr Mahathir kerana sangat rapat dengan bekas pemimpin negara itu.
“Bukan senang nak komen pasal Tun, dia adalah sahabat keluarga dan kawan rapat datuk saya. Saya pernah berkhidmat dengan beliau sebagai setiausaha politik,” katanya yang menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Dr Mahathir.
Zahid mengajak rakan-rakan seperjuangan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya bersatu padu menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden parti.
“Mudah-mudahan dengan bersatu kita menjadi kuat,” ujarnya.MG


BERITA 1 PERTAMA MUNCUL.


*No meeting at PKR HQ today (June 16), but wait for statement, says Fahmi Fadzil*

PETALING JAYA: There will be no Pakatan Harapan meeting at the PKR headquarters on Tuesday (June 16) on the coalition's choice of prime ministerial candidate, but PKR strategic communications director Fahmi Fadzil (pic) says a statement will be issued later in the day.

"The official statement of the top leadership will be issued late this evening or much later today," he said in a statement on Tuesday (June 16).

The much anticipated meeting among top Pakatan leaders and its allies was expected to take place to make a final decision on who — Datuk Seri Anwar Ibrahim or Tun Dr Mahathir Mohamad — will be their choice of candidate for the Prime Minister post.

Supporters from both camps have expressed hope on social media via hashtag #DemiMalaysia that the two leaders will put aside all their differences and work together for the country.

Top Pakatan Plus leaders held a meeting on Tuesday (June 9) and said it had yielded "positive developments".

Pakatan Plus is an informal term referring to the Pakatan coalition after Bersatu and several PKR leaders left.

It comprises Opposition parties, namely Pakatan parties, several ex-Bersatu leaders and Parti Warisan Sabah.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/16/no-meeting-at-pkr-hq-today-june-16-but-wait-for-statement-says-fahmi-fadzil

DENDAM YANG TAK SUDAH



Arina Riana

Mengapa Mahathir berkehendakkan sangat jawatan PM buat kali ketiga ini?

Perkiraan ramai kita, antaranya:

1) memulihkan wibawa & egonya yang teruk tercalar dek tersungkurnya kerajaan PH yg berpunca daripadanya,

2) menyelesaikan beberapa urusan kepentingan elit bisnes yg sentiasa setia bersama2 dan memerlukannya,

3) membalas jasa kepada para penyokong-pentaksubnya dengan kedudukan/tempat yg terjamin,

4) menangguhkan atau (jika masih mungkin) menyekat kemaraan Anwar ke jawatan nombor satu negara, dan

5) memastikan namanya tercatat sebagai jaguh politik yg tidak mampu dikalahkan lawan atau kawan.

Apakah kita secara jujur, yakin bahawa nasib dan kepentingan rakyat ramai serta destini negara punya tempat dalam skema politiknya kali ini?

Anwar & seluruh PH, berwaspadalah!

Para penyokong dan rakyat menaruh harapan tinggi dan meyakini komitmen dan  kebijaksanaan anda. Jangan kecewakan mereka kali ini! 

(AB, 15/6/20)



SEJARAH PRU MEMBUKTIKAN ORANG MELAYU TIDAK PEDULI RASUAH

PAGI TADI BARU TANYA ..LEPAS UNTUK 1 KES...

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

SINGKIR PROFESIONAL MELAYU BERINTEGRITI DI GLC TANDA HILANG AKAL BUDI

MASA ORANG AJAK DEBAT ILMIAH DIA NYOROK MACAM KURA ....


MAT MAN

Alkisah mokhtar snake terhadap DAP dgn AMANAH.
Sebelum komen org tengok diri n perangai sendiri dulu.

Awas.. Benih DAP akan tumbuh melalui tapak semaian PAN.
Melihat kesungguhan PAN mempertahankan DAP selepas kejatuhan PH ini hati saya terpandang sesuatu. Apakah DAP akan terus menggunakan PAN sebagai tapak semaian baru Ideologi DAP. Maaf jika itu adalah su'u Dzhon saya semata2. Tapi tidak salah rasanya jika saya melontarnya disini agar kita jgn lupa dgn sifat hazar iaitu berwaspada mesti sentiasa ada.
DAP yg menggalas ideologi liberal dan bebas berfikir tanpa sempadan akan mudah mempengaruhi golongan yang tandus pendidikan agama. PAN adalah tapak semaian yg paling sesuai untuk DAP tumbuh kembali khususnya menarik simpati bangsa Melayu. Untuk itu kerajaan Malaysia Sejahtera perlu memberikan fokus yg serius kearah membina generasi celik agama dan sekaligus memahami tipu muslihat ideologi liberal komunisme. Perlu kita ingat bahawa DAP tidak akan berputus asa dan mereka akan mempelajari sesuatu dari kejatuhan yg mereka alami.
Suka juga saya mengingatkan bahawa Muafakat Nasional PAS UMNO jgn dibiarkan hambar dek kerana gabungan dlm Perikatan Nasional yg baru dibentuk ini. PAS dan UMNO atau MN perlu menjadi sebatang tubuh dItengah2 komponen PN. Apa pun keadaan MN tidak boleh berpisah apatah lagi bertelagah. Siapa yg mahu menerima PAS dia mesti menerima sama UMNO. Siapa yg mahu menerima UMNO dia mesti menerima sama PAS. MN dibentuk atas nama persaudaraan demi Islam.
Semalam saya menulis tentang Malaysia tidak memerlukan DAP. Maka itu juga bermakna malaysia tidak memerlukan PAN. Cukup lah tempoh 22 bulan itu mengajar kita supaya MENGAJAR DAP dan PAN. Supaya mereka semakin paham siapa rakyat Melayu Muslim yg ada di Malaysia ini. Rakyat yg tidak mudah ditipu dan dipermainkan. Hari ini PH sudah jatuh. Diganti dengan PN. Maka yg menganti ini hendaklah berusaha agar lebih baik dari yg diganti.
UMS
Kuantan Pahang
9. Mac. 2020