Perang terhadap rasuah dan membudayakan integriti mesti menjadi nadi pentadbiran PH – Anthony Loke


 *Ucapan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, Kongres Khas DAP 2022*

1) Selepas Kongres Kebangsaan yang diadakan 6 bulan yang lalu, kita berhimpun semula di dewan ini untuk mengadakan Kongres Khas pada hari ini. Kongres khas ini diadakan untuk satu tujuan khusus iaitu untuk meminda Perlembagaan Parti selari dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang melarang tindakan lompart parti.

2) Dalam tempoh 6 bulan yang lalu, 2 perkembangan yang sangat penting telah berlaku yang akan memberikan implikasi yang sangat besar kepada senario politik Malaysia khususnya dalam Pilihanraya Umum ke-15 yang akan datang.

3) Yang pertama, Parlimen Malaysia mencipta sejarah pada 28 Julai yang lalu apabila 209 Ahli Dewan Rakyat yang hadir sebulat suara menyokong usul pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk melarang Ahli Parlimen untuk melompat parti selepas dipilih atas kapasiti parti masing-masing. Ini secara efektifnya dapat mengadakan satu undang-undang anti-lompat parti yang telah diperjuangkan oleh DAP sejak tahun 1970an khasnya oleh Sdr Lim Kit Siang dan mendiang Sdr Karpal Singh. 

4) Pindaan Perlembagaan Persekutuan ini yang memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen akhirnya dapat direalisasikan kerana tindakan pimpinan DAP dan Pakatan Harapan yang berani menggunakan kekuatan politik kita di Parlimen untuk memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) dengan pentadbiran Dato’ Seri Ismail Sabri pada 13 September 2021 untuk menstabilkan keadaan politik negara semasa kemuncak pandemik wabak Covid-19 melanda negara. 

5) Dalam proses rundingan sebelum MOU itu ditandatangani, syarat yang paling penting yang diletakkan oleh pimpinan PH yang tidak boleh dikompromi atau “non-negotiable” ialah pindaan perlembagaan untuk membolehkan undang-undang akta-anti lompat parti dilaksanakan. Undang-undang ini amat penting dilaksanakan sebelum PRU-15 untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem politik negara dan kebolehpercayaan sistem pilihanraya kita. 

6) Saya sedar bahawa selepas MOU itu ditandatangani, ramai ahli dan penyokong kita berasa amat bimbang malah ada yang keliru mengapa pucuk pimpinan bersetuju dengan persefahaman ini dengan pihak kerajaan? Adakah kita sudah menyokong BN dan PN? Ada pula pihak yang menuduh kita menjual prinsip seolah-olah nak dapatkan peruntukan kawasan. 

7) Kejayaan pindaan Perlembangaan Persekutuan ini membuktikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada kita adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Ia juga membuktikan keputusan pimpinan tertinggi parti yang diterajui oleh Sdr Lim Guan Eng pada ketika itu adalah satu keputusan yang berani dan strategik.

8) Bayangkan sekiranya kita tidak mengambil langkah berani tersebut pada bulan September 2021, sepanjang 12 bulan yang lalu kita hanya menjadi “bystander” dalam politik Malaysia dan bukannya memainkan peranan sebagai agen perubahan walaupun DAP merupakan parti yang terbesar di Dewan Rakyat sekarang dengan 42 kerusi. 

9) Proses yang telah kita lalui ini akan menjadi pedoman kepada saya untuk terus  memacu hala tuju parti dengan pemikiran yang strategik, pendekatan yang fleksibel dan keputusan yang inklusif. 

10) Sebelum kita memasuki gelanggang PRU15, marilah kita menghayati satu taktik perlawanan yang diilhamkan oleh seorang lagenda kungfu iaitu Bruce Lee. Bruce Lee pernah kata “Be Water, My Friend. Empty your mind. Be formless, shapeless, like water. You put water into a cup, it becomes the cup, you put water into a bottle, it becomes the bottle, you put into a teapot, it becomes the teapot. Now water can flow or it can crash. Be water, my friend”.

11) Ia membawa maksud bahawa kita tidak boleh terperangkap dalam paradigma yang lama dalam pendekatan dan strategi politik kita. Kita mesti berani untuk membuat perubahan mengikut keperluan semasa dan mengorak langkah yang strategik demi mencapai matlamat perjuangan parti. 

12) Namun begitu, saya ingin memberi jaminan kepada semua ahli dan penyokong DAP bahawa apapun pendekatan dan strategi yang bakal diambil, saya selaku Setiausaha Agung parti tidak akan sesekali melupakan asas dan prinsip perjuangan DAP yang berlandaskan demokrasi, keadilan, kebebasan, budaya integriti dan pentadbiran baik (good governance).

13) DAP bersama dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan mesti bertekad untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya yang meluhurkan Perlembagaan Persekutuan dengan berpaksikan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan pada masa yang sama, menjamin dan menghormati kemajmukan dan kepelbagaian di kalangan rakyat Malaysia dari segi agama, kaum, bahasa dan budaya. 

14) Dalam soal menghormati kemajmukan dan kepelbagaian, kita mesti mengambil contoh yang terbaik daripada pengalaman di wilayah Sabah dan Sarawak. Kedua-dua wilayah ini merupakan manifestasi semangat rakyat Malaysia yang terbaik yang patut diteladani di Semenanjung. Pada masa yang sama, aspirasi rakyat di wilayah Sabah dan Sarawak untuk memperjuangkan lebih banyak autonomi pentadbiran demi memelihara keunikan kehidupan masyarakat tempatan perlu dihormati dan direalisasikan. 

15) Kita mesti memartabatkan semangat “perpaduan dalam kepelbagaian” atau “unity in diversity”. Kita mesti menyakinkan rakyat bahawa kepelbagaian di kalangan masyarakat kita bukanlah satu penghalang kepada perpaduan tetapi  merupakan aset terbesar untuk negara kita untuk maju ke hadapan secara bersama. 

16) Kita mengejar kuasa bukan demi jawatan atau memperkayakan diri tetapi kuasa politik diperlukan untuk melaksanakan apa yang kita perjuangkan selama ini seperti pepatah “Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata”. Pemimpin DAP dan Pakatan Harapan mesti berazam untuk menganggotai pentadbiran negara demi menyumbang kepada reformasi institusi untuk membudayakan integriti dalam kerajaan, membantu menyediakan persekitaran ekonomi yang menjana peluang pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia, melaksanakan dasar untuk memerangi kesan perubahan iklim, meningkatkan mutu sistem pendidikan negara untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing, memperbaiki sistem pengangkutan awam ke arah yang lebih efisyen dan banyak lagi cabaran yang bakal dihadapi oleh rakyat dan negara dalam dekad yang akan datang. 

17)  Pendek kata, kita ingin menjadi penyumbang kepada proses pembinaan negara atau nation building. We want to be “nation-builder”, not as “slogan cheerleader”. 

18)  Perkara kedua yang memberikan kesan yang besar kepada lanskap politik ialah keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun ke atas bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib. Pemenjaraan Najib merupakan manifestasi makna perubahan bersejarah pada 9 Mei 2018. Sekiranya Pakatan Harapan tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU14, Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri sampai hari ini dan bukannya merengkuk di Penjara Kajang menerima hukuman yang setimpal dengan jenayah rasuah besar yang dilakukan.

19) Apa yang berlaku ke atas Najib mesti menjadi pengajaran kepada semua pemimpin politik termasuk diri kita supaya jangan sesekali menyalahgunakan kuasa dan memecahkan amanah yang diberikan oleh rakyat. 

20)  Beberapa hari yang lalu, DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah bahawa amalan rasuah di negara ini telah sampai ke tahap yang membahayakan dan menjadi penyakit barah dalam masyarakat kita sehingga membantutkan pertumbuhan ekonomi dan membawa pelbagai kesan yang amat buruk kepada kehidupan rakyat. 

21) DAP bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan mesti menyahut titah Baginda Sultan Perak dengan menjadikan perang terhadap rasuah sebagai misi dan agenda utama perjuangan politik kita untuk memenangi PRU15 dan menerajui tampuk pemerintahan negara.

22) Perang terhadap rasuah dan membudayakan integriti di kalangan rakyat Malaysia mesti menjadi nadi pentadbiran Pakatan Harapan. 

23) Tidak seperti sebuah parti yang lain, DAP menentang rasuah tanpa mengira latarbelakang kaum dan agama. Kita benci kepada perasuah tak kira mereka bernama Najib ataupun Jho Low. Yang menerima atau yang memberi sama-sama salah lebih-lebih lagi yang menjadi “mastermind”. 

24)  Perhimpunan perwakilan peringkat kebangsaan pada hari ini merupakan yang terakhir sebelum PRU15. Sebentar nanti, saya akan menyerahkan bendera parti kepada setiap Pengerusi Negeri sebagai simbolik pelancaran persediaan jentera pilihanraya DAP di seluruh negara. Saya yakin semua jawatankuasa negeri sedang rancak membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa. 

25)  Bagi pihak parti, saya ingin mengulangi pendirian kita bahawa DAP tetap komited terhadap Pakatan Harapan dan kita akan bertanding sebagai calon Pakatan Harapan. Kita mengangkat semangat, dasar dan kepimpinan Pakatan Harapan untuk menuju ke Putrajaya. 

26) Majlis Presiden Pakatan Harapan telah memutuskan bahawa semua parti komponen akan menggunakan logo bersama. Saya amat yakin soal logo ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. 

27) Dalam soal pengagihan kerusi, rundingan sedang rancak diadakan setiap minggu dan disasarkan untuk diselesaikan secepat mungkin. Dalam proses rundingan ini, mesti ada semangat “give and take” dan faktor kebolehmenangan atau winnability perlu diambil kira. Seperti nasihat orang tua-tua, “yang meminta janganlah tamak, yang memberi janganlah kedekut”. 

28)  Dalam mengorak strategi untuk calon-calon DAP pula, saya tidak akan lupa kepada peranan DAPSY dan Wanita. Peluang sudah tentu akan diberikan kepada calon-calon muda yang menjadi pelapis kepada kepimpinan parti terutamanya di peringkat kerusi DUN. 

29) Kita amat bangga dengan prestasi dan kebolehan pemimpin Wanita kita sama ada di peringkat Parlimen ataupun negeri. Percayalah, wanita dalam DAP akan terus diperkasakan dan memainkan peranan kepimpinan yang penting untuk memacu kejayaan DAP.

30) Saya mengajak seluruh keanggotaan DAP untuk bangkit berjuang bersungguh-sungguh dalam PRU15 untuk membina sebuah Malaysia yang progresif, berintegriti, menghormati kemajmukan dan mengembalikan kewibawaan negara di persada antarabangsa. 



Kena kutuk dalam Muzikal Lawak Superstar, ini respon Sajat pada kumpulan Ubi

 


Kena kutuk dalam Muzikal Lawak Superstar, ini respon Sajat pada kumpulan Ubi

Kena kutuk dalam Muzikal Lawak Superstar, ini respon Sajat pada kumpulan Ubi

Program Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 yang melabuhkan tirainya semalam menyaksikan para penonton ketawa besar apabila nama Sajat menjadi sebutan.

Nama usahawan kontroversi itu dipetik dalam persembahan pertama kumpulan Ubi yang dianggotai oleh Fad, Syarif dan Namie.

Dalam persembahan tersebut, walaupun nama Sajat tidak disebut dan dikutuk secara jelas, namun orang ramai boleh mengagaknya apabila negara Australia disebut.

“Entahlah kakak ke abang aku yang duduk Australia tu, aku kadang keliru nak panggil apa dia,” jelas Namie dalam persembahan tersebut, semalam.

Namun, dalam satu hantaran di TikTok hari ini, Sajat tampil dan mengucapkan tahniah kepada kumpulan tersebut yang muncul sebagai juara program terbabit.

“Berani mati dia kutuk Sajat walaupun tak cakap secara tepat nama saya, berani dia kutuk menang ke Ubi ni semalam?

“Tak ada lah saya tak marah mereka, saya bergurau sahaja. Tahniah Ubi kerana muncul sebagai juara semalam,” jelas Sajat.

Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 telah menobatkan kumpulan Ubi sebagai juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000 serta piala.


Jangan tangguh penguatkuasaan pindaan anti-lompat parti (Malay/English)


 

File photo: Aliran

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya melaksanakan pindaan perlembagaan anti-lompat parti tanpa berlengah-lengah lagi.

Pindaan perlembagaan yang amat diperlukan ini telah diwartakan pada 6 September. Pada mulanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengisytiharkan bahawa ia akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya pada pertengahan September, dalam sidang media di Parlimen pada 9 Ogo.

Walaubagaimanapun baru-baru ini diumumkan bahawa tarikh penguatkuasaan akan diumumkan kemudian oleh Agong.

Bersih ingin tahu mengapa penguatkuasaan pindaan ini, yang diluluskan oleh kedua-dua dewan Parlimen, ditangguhkan.

Pilihan raya umum semakin hampir, jadi adalah mustahak pindaan ini dikuatkuasakan supaya pengundi boleh mengundi dengan tenang bahawa pilihan mereka tidak akan dibatalkan oleh katak politik selepas pilihan raya.

Di bawah pindaan ini, sekiranya mana-mana ahli parlimen bertukar parti, kerusi parlimen mereka akan dikosongkan secara automatik dan pilihan raya kecil akan diadakan melainkan kurang daripada dua tahun sebelum penggal Parlimen berakhir, maka tiada pilihan raya kecil akan dipanggil untuk mengisi kekosongan itu.

Sekiranya pertimbangan kerajaan adalah penerimaan undang-undang ini diperingkat negeri, di mana memerlukan kebenaran Sultan atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing, maka seluruh pindaan kecuali bahagian yang melibatkan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan boleh dikuatkuasakan dahulu. Hal ini dibenarkan di bawah Seksyen 1(2) dan (3) pindaan ini.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or auto-donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Tidak ada alasan untuk menangguhkan lagi penguatkuasaan ini yang telah mendapat konsensus nasional yang telah ditunjukkan semasa pengundian parlimen di peringkat persekutuan.

Bersih menjangkakan bahawa pindaan ini akan menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi, dan hal ini penting dalam demokrasi bagi mana-mana kerajaan yang dipilih untuk mempunyai mandat yang kuat dan sah untuk mentadbir selama lima tahun. – Bersih

IKUT KERUMUN PM PASAI PA ?

 

Umno pi kerumun PM di PBB, walau depa tak kena mengena dengan sidang PBB!

APA KOMEN ANDA?




KENYATAAN MEDIA DSAI-KETUA PEMBANGKANG




Kenyataan Media

27 September 2022

Saya telah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat bagi mengambil tindakan segera untuk menangani krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan parah matawang negara yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Permasalahan ini ternyata amat mengesankan rakyat serta negara dan ia perlu ditangani dengan kadar segera.

Justeru itu, saya mencadangkan sama ada kerajaan untuk membawa usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku Ketua Pembangkang untuk mengemukakannya.

Saya turut mencadangkan agar permasalahan ini diberi keutamaan untuk dibahaskan dalam minggu pertama sidang parlimen yang akan bermula 3 Oktober depan.

ANWAR IBRAHIM













 

KAH..KAH...WOIIII MAMAT LEBAI- SEJAK BILA PH HASUT SUPAYA UMNO PAS JANGAN BERBAIK ?....UMNO TAU HANGPA KAKI KENCING PARTI YANG BAIK DENGAN HANGPA KOT...




Ni kelakar wei. Sejak bila PH tak nak UMNO dan PAS bergabung? Pemimpin PH tak ada pun hasut suruh kurang bergaduh.

Kita cuma ulas sebab kesian PAS macam gila talak. Kesian PAS kena reject dek UMNO buta-buta gitu je. Terkedek-kedek nakkan UMNO tapi UMNO buat tak nampak je.

Wei dol! Bukan PH yang tak mahu PAS dan UMNO bergabung. Tapi UMNO yang tak mahu. Korang ni reti baca berita ke tak?

Secara peribadi, aku suka sangat kalau PAS dan UMNO bergabung. Senang aku nak tunjukkan pada walaun yang PAS parti tak ada integriti.

Jadi silalah bergabung. Lagi cepat lagi baik. Kalau PAS join BN terus pun ok. Atau bubar PAS, semua masuk UMNO terus laaagi bagus. Guane boh?

Raja Gelap


KEH...KEH....AMMAKARIWOLLE...KARIWOLLLE.....




Berita ni aku baca dengan perasaan yang macam macam. Ada rasa pelik, kelakar, geram pun ada. Boleh baca di: https://bit.ly/3dGM9Pb.

Kelakar sebab yang kata DAP akan perintah negara ni Timbalan Presiden MIC. Kalau yang menakutkan pengundi terhadap DAP ni parti penunggang kaum dan agama macam UMNO, PAS dan PPBM aku tak pelik sangat. Sebab memang dari dahulu itu sajalah modal politik mereka.

Tapi ini parti yang (mengaku) mewakili orang bukan Melayu pun pun sama. Tak kelakar ke? Kalau dulu masa PAS bersama pembangkang, MCA dan MIC selalu takutkan pengundi bukan Melayu dengan PAS. Itu tak pelik. Ini dah jadi terbalik.

UMNO dan PAS kata DAP parti bukan Melayu. Patut MIC sukalah kalau parti bukan Melayu yang kawal negara. Tapi dia marah pulak. Tak ke pelik? Sejak bila MIC jadi parti Melayu? Adakah ini bermakna yang MIC mengaku mereka ditolak oleh pengundi India jadi bergantung semata-mata kepada undi orang Melayu?

Tapi sebenarnya, dalam PH tiada parti dominan. Dalam PH ada 4 parti. Keadilan, DAP, Amanah dan UPKO. Apa yang menarik, walaupun Keadilan parti terbesar diikuti DAP, tapi Amanah dan UPKO punyai suara yang sama besar. Itu perbezaan paling besar antara PH dan BN.

Jadi tak ada istilah DAP menguasai kerajaan. Atau mana-mana parti pun. Sebab semua keputusan mesti mendapat konsensus Majlis Presiden. Tidak seperti BN. Dari kenyataan Saravanan ini, nampak macam BN membenarkan PM jadi diktator. Maka terjadilah apa yang telah terjadi. PM curi duit rakyat berbilion dan semua pakat senyap.

Sebab itu Mahathir tak betah mentadbir bersama PH. Mahathir seorang diktator tapi tak dibenarkan bertindak sesuka hati. Itu yang dia marah dengan PH sampai letak jawatan, dengan harapan dapat sokongan parti yang menjunjung dictatorship (PAS dan UMNO) untuk menyokongnya jadi PM kembali selepas meletakkan jawatan.

Jadi apa yang disebutkan oleh Saravanan sukar untuk berlaku. PM mungkin dari Keadilan, mungkin DAP bahkan mungkin UPKO tetapi keputusannya nanti tetap akan mewakili suara keempat-empat parti. Secara dasarnya, mewakili suara rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Guane boh?

Raja Gelap

 

HUH...JAGA JAGA LAH MUHYIDDIN- JANGAN SAMPAI HAMPA UNTUK NAK MENJADI PM KEMBALI....

 

Tiada keputusan dicapai dalam pertemuan Hadi dan Zahid, kata Muhyiddin.




Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Pertemuan antara Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mencapai sebarang keputusan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin diberitahu semalam selepas pertemuan dengan Presiden PAS tersebut.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata Hadi memberikan penjelasan berhubung pertemuannya dengan Presiden UMNO yang dilaporkan media baru-baru ini dan mengesahkan sebelum ini terdapat perjumpaan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

“Tok Guru Hadi juga menjelaskan dalam pertemuan dia dengan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dia kata tak ada apa-apa keputusan dicapai.

“Dia jumpa, bincang setengah jam lepas itu tak ada apa-apa jadi,” kata Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini.

Menurut Muhyiddin lagi, mereka tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat sekiranya terdapat perbincangan politik yang diadakan dengan parti politik lain.

“Dan kami pun kalau jumpa, saya jumpa siapa, kita lapor balik. Kita tak ada benda yang kita sorok,” katanya lagi.

Walaupun mengakui perpaduan ummah adalah penting, namun Muhyiddin menegaskan sebarang usaha ke arah kerjasama pasti tidak akan berhasil kerana sikap UMNO sendiri yang menolak keras sebarang usaha untuk bekerjasama, malah pendirian parti itu sendiri yang menolak Bersatu menyukarkan lagi usaha tersebut.

“Tok Guru Hadi kata nak mewujudkan perpaduan ummah ni kita setuju memang bagus tetapi dari segi realitinya saya jelaskan Bersatu tidak mungkin boleh bekerjasama dengan UMNO.

“Kerana UMNO sendiri telah membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung tahun lalu untuk tidak menerima Bersatu ataupun tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan sampai hari ni kekal,” ujarnya lagi.

Malahan, Bersatu sebelum ini sudah bersetuju untuk bersama dalam Muafakat Nasional (MN) tetapi malangnya sehingga hari ini tidak menerima jawapan daripada UMNO.

“(Sebelum ini) jemput kita untuk menjadi wakil ataupun jadi anggota dalam Muafakat Nasional, kita dah jawab bersetuju tapi tak jadi apa-apa.

“Jadi jelas terbukti bahawa UMNO langsung tidak mahu bekerjasama,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkata PAS bakal membuat ketetapan muktamad pada masa terdekat ini berhubung isu kerjasama dengan UMNO.

“Saya diberi bayangan bahawa kemungkinan dalam tempoh terdekat akan buat satu keputusan muktamad tentang apakah hala tuju mereka ke hadapan dalam Perikatan Nasional dan sama ada ada apa-apa lagi apa usaha yang nak dibuat dengan pihak UMNO dan sebagainya… mereka akan buat satu keputusan,” ujarnya lagi.

Menurut Muhyiddin lagi, mereka tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat sekiranya terdapat perbincangan politik yang diadakan dengan parti politik lain.

“Dan kami pun kalau jumpa, saya jumpa siapa, kita lapor balik. Kita tak ada benda yang kita sorok,” katanya lagi.

Walaupun mengakui perpaduan ummah adalah penting, namun Muhyiddin menegaskan sebarang usaha ke arah kerjasama pasti tidak akan berhasil kerana sikap UMNO sendiri yang menolak keras sebarang usaha untuk bekerjasama, malah pendirian parti itu sendiri yang menolak Bersatu menyukarkan lagi usaha tersebut.

“Tok Guru Hadi kata nak mewujudkan perpaduan ummah ni kita setuju memang bagus tetapi dari segi realitinya saya jelaskan Bersatu tidak mungkin boleh bekerjasama dengan UMNO.

“Kerana UMNO sendiri telah membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung tahun lalu untuk tidak menerima Bersatu ataupun tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan sampai hari ni kekal,” ujarnya lagi.

Malahan, Bersatu sebelum ini sudah bersetuju untuk bersama dalam Muafakat Nasional (MN) tetapi malangnya sehingga hari ini tidak menerima jawapan daripada UMNO.

“(Sebelum ini) jemput kita untuk menjadi wakil ataupun jadi anggota dalam Muafakat Nasional, kita dah jawab bersetuju tapi tak jadi apa-apa.

“Jadi jelas terbukti bahawa UMNO langsung tidak mahu bekerjasama,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkata PAS bakal membuat ketetapan muktamad pada masa terdekat ini berhubung isu kerjasama dengan UMNO.

“Saya diberi bayangan bahawa kemungkinan dalam tempoh terdekat akan buat satu keputusan muktamad tentang apakah hala tuju mereka ke hadapan dalam Perikatan Nasional dan sama ada ada apa-apa lagi apa usaha yang nak dibuat dengan pihak UMNO dan sebagainya… mereka akan buat satu keputusan,” ujarnya lagi.

 


PAS KEKAL MAIN DUA KOLAM SEHINGGA HARI PENGUNDIAN?

 

Di sebalik hubungan Bersatu dengan Pas yang dilaporkan sedang diselubungi awan mendung sejak kebelakangan ini, Hadi Awang malam tadi mengadakan pertemuan dengan Mahiaddin Md Yasin.

Dalam pertemuan itu, Presiden Pas ditemani Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, sementara Presiden Bersatu pula diiringi Ahmad Faizal Azumu dan Dr Radzi Jidin.

Ahmad Samsuri adalah Naib Presiden Pas, manakala Ahmad Faizal dan Dr Radzi masing-masing merupakan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Bersatu.

Memetik kenyataan Mahiaddin di laman Facebooknya yang menyiarkan gambar pertemuan itu, beliau memaklumkan perjumpaan tersebut berlangsung selama dua jam.

“Alhamdulillah. Perbincangan selama dua jam malam tadi yang amat bermakna.

“Banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional dalam menghadapi PRU-15,” tulisnya.





Sebelum ini, Mahiaddin dilaporkan mahu mendapatkan penjelasan daripada Hadi berhubung dakwaan bahawa Pas mahu berbaik semula dengan UMNO dan menghidupkan kembali MN.

Dalam usaha terbaru itu, Hadi dan Presiden UMNO, Zahid Hamidi juga didakwa telah mengadakan satu pertemuan sulit pada Selasa lalu.

Selain itu, beberapa pemimpin Pas juga secara terbuka menyanggah dan tidak setuju dengan kenyataan Mahiaddin yang menegaskan BN sebagai musuh PN.

Malah, petang semalam pun, Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hasan turut mengeluarkan kenyataan media menolak pendirian Mahiaddin itu.

Tanpa menyebut nama Mahiaddin walaupun itulah maksudnya, Takiyuddin menyebut, tidak wajar dan janggal sekiranya pihak yang dilabelkan sebagai musuh utama tersebut adalah rakan yang sama-sama membentuk muafakat dalam kerajaan sedia ada.

Kenapa Takiyuddin tidak hadir dalam pertemuan bersama Hadi dengan Mahiaddin malam tadi, walhal sebelum ini dalam banyak pertemuan yang diadakan Presiden Pas itu, beliau dan Samsuri hampir tidak pernah ketinggalan daripada menjadi peneman?

Begitu pun, apa yang menarik dalam kenyataan Mahiaddin berhubung pertemuannya dengan Hadi itu ialah banyak perkara telah dipersetujui bersama untuk mereka memperkukuhkan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Apakah dengan kenyatan itu bermaksud Pas sudah bersetuju untuk hanya komited kepada PN dan tidak lagi cuba berbaik dengan UMNO serta menghidupkan MN?

Apakah Pas turut setuju bahawa mulai sekarang BN adalah musuh kepada PN?

Tetapi, kenapa hanya Mahiaddin yang menyiarkan gambar pertemuan malam semalam di laman sosialnya, manakala Hadi langsung tidak berbuat demikian?

Apakah ini bermakna pertemuan itu tidak akan mengubah apa-apa dari segi matlamat yang ingin dicapai Pas dan mereka akan terus main dua kolam sehingga ke hari pengundian PRU15? – ShahbudinHusin 27/09/2022.

 

MMMMM....


 

ULANG SEMULA KES TERIMA DUIT- SUMPAH JADI ABU


Beberapa perkara yang aku dengar, yang terfikir sejenak untuk aku nak persoalkan pada sesiapa yang boleh jelaskan.

 1 - Dia ada sebut pasal CIA. Betulkah ni, apa yang aku dengar? CIA? CIA ni pula berkawan dengan Yahudi. Jadi PAS boleh berkomunuikasi terus dengan CIA-Yahudi? Untuk tujuan apa? Risikan? Lagi bahaya ni? Sedangkan mereka yang tuduh DAP ambil duit Yahudi. Sekarang cerita dah jadi berbelit dah??? Apa faedah contact dengan CIA? Mereka nak bantu kita atau nak jahanamkan? 

2 - Dia mengaku panggil UMNO bodoh dan munafik. Habis, sekarang siapa yang kawan dengan UMNO? Boleh pula ambil duit orang munafik demi menaikkan Islam. Boleh kah begitu? Kot mana hukum membolehkannya? Ada ayat Al Quran atau hadis sebagai dalil?

 3 - Sumpah jadi abu? So, sekarang 40 saksi tersebut akan jadi abu lah bila2 masa nanti.

 4 - Dia kata, dia tahu pasal 2.6B duit Najib tu dari sumber sebenar dan tuan yang sebenar? Mengapa dia tidak just katakan dari Raja Arab Saudi? Sebab Najib dah beritahu semua bahawa itu duit derma Raja Arab Saudi. Jadi, maksudnya mengikut ucapan Nik Abduh, duit tu adalah bukan dari Raja Arab Saudi lah? Najib, apa pendapat anda pasal ni? Setuju or ..?

 5 - Betulkah dia claim Ustaz Fadhil adalah diantara yang hasut bahawa kononnya Suwardi jahat didepan TGHH? 

6 - Duit 2 juta tu, duit apa? Nak percaya tak, TGNA ambik duit UMNO? Padahal isu ni berlaku selepas TGNA meninggal. Kalau TGNA masih hidup, rasanya aku yakin tak mungkin Pakatan Rakyat akan dibubarkan. Boleh lihat wajah nya yang begitu ceria bila diwujudkan PR. 

7 - Wow ..ayat terkejut ..."UMNO yang menyebabkan kita berjaya". Takut bunyinya. Allah lah penentu segalanya. Bukan UMNO.! 

8 - Sekarang RUU 355 ni, yang UMNO riuh sangat kononnya nak tingkatkan syariat Islam ni hanya lakonan saja lah. Semua ni, berkat hasil dari hulur duit rupanya. Patutlah aku heran tiba2 UMNO kalut sangat sebab sebelum ini, punca pertelingkahan PAS - UMNO adalah sebab tak nak terima hukum Islam especially hudud.

 9 - Cara dia explain strategi dia, seolah2 dia ni geng TGHH. Dan TGHH tak sependapat dengan TGNA. So, dia pakat dengan TGHH untuk buat semua kerja PAS tanpa melalui pengetahuan TGNA? Dia membelakangkan bapa dia sendiri ke? Patutlah kena cop dengan bapanya. However, alhamdullillah sebab akhirnya bapa dia dah maafkan dia. Aku persoalkan isu2 ini sebab mungkin kurang faham kecek Kelante dia, kurang faham isu dalaman PAS dan setengah apa yang dia cakap betul2 kaget seperti CIA tu. Mungkin ada penjelasan yang lebih baik dapat diberi?


ANA AMBIK DUIT UMNO TOK GURU AMBIK DUIT UMNO


 

Dari Rafizi Ramli BANTAH PRU15 SEMASA BANJIR: SELAMATKAN NYAWA BUKAN JAWATAN

 

Dari Rafizi Ramli

BANTAH PRU15 SEMASA BANJIR: SELAMATKAN NYAWA BUKAN JAWATAN

Perdana Menteri, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat tekanan

hebat

dari UMNO untuk mengadakan Pilihanraya Umum 15 (PRU15) secepat mungkin. Jika Parlimen dibubarkan dalam masa sebulan dari sekarang, PRU15 akan diadakan semasa musim banjir.

Semua laporan kaji cuaca meramalkan bencana banjir yang lebih parah tahun ini. Belum pun musim tengkujuh sampai, kejadian banjir kilat terus berlaku di tempat-tempat yang sebelum ini tidak mengalami bencana banjir yang teruk.

Presiden UMNO, Dato' Seri Zahid Hamidi mendabik dada bahawa UMNO sanggup meredah banjir demi PRU15 yang lebih awal.

Semua parti politik akan bersedia secukupnya apabila PRU15 dipanggil. Isunya bukanlah soal parti-parti politik gah berkempen walaupun menghadapi banjir.

Isu pokok ialah semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menghadapi banjir dan semua perkara yang boleh ditangguhkan atau dielakkan, wajarlah ditangguhkan dahulu.

PRU15 semasa banjir bermakna lebih RM1 billion akan digunakan untuk menguruskan pilihanraya sedangkan dana rakyat itu lebih baik disalurkan kepada usaha menangani bencana. Ia juga bermakna beratus ribu penjawat awam perlu bertugas untuk mengendalikan pilihanraya sedangkan mereka wajar bersama-sama sukarelawan membantu mangsa banjir.

Hanya suara rakyat yang dapat menghantar isyarat yang jelas bahawa rakyat mahu ahli politik menumpukan perhatian menghadapi bencana banjir, bukannya mengejar jawatan-jawatan politik melalui pilihanraya.

Bantu saya bawa suara anda kepada ahli-ahli politik. Tandatangan petisyen ini dan sebarkan kepada seramai mungkin melalui semua saluran.

Saya hanyalah seorang rakyat. Dengan bantuan ratusan ribu suara rakyat yang lain, suara kita bersama akan didengari oleh ahli politik.

Tandatangan petisyen di bit.ly/TumpuBanjir

RAFIZI RAMLI

Rakyat Malaysia

 


(function() { var d = document, w = window; w

PH-BN AKAN JADI GABUNGAN BESAR – ZAHID HAMIDI

  Kerajaan Perpaduan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diyakini terus menjadi gabungan besar yang tidak akan berakhir ...