Isu Rohingya: Sejarah Panjang Konflik, Penindasan dan Persepsi Masyarakat










Konflik melibatkan komuniti Rohingya di Myanmar bukanlah isu yang muncul dalam tempoh singkat, sebaliknya berakar daripada sejarah panjang yang merentasi era penjajahan, Perang Dunia Kedua dan pergolakan politik negara itu.


🔥 Semasa Perang Dunia Kedua, komuniti Rohingya dilaporkan cenderung menyokong pihak British, manakala sebahagian besar masyarakat Rakhine yang beragama Buddha memberikan sokongan kepada tentera Jepun. Pertembungan antara kedua-dua pihak ketika itu menyaksikan berlakunya keganasan dan pembunuhan berskala besar yang meninggalkan kesan mendalam serta mewujudkan jurang permusuhan antara komuniti Islam dan Buddha di wilayah tersebut.


📜 Selepas perang, timbul perdebatan berhubung status dan asal-usul Rohingya. Ramai rakyat Myanmar berpendapat komuniti itu berasal dari Bengal dan berhijrah ke Arakan (kini Rakhine) ketika zaman pemerintahan British. Atas sebab itu, istilah "Rohingya" sering ditolak oleh sebahagian masyarakat Myanmar yang lebih memilih penggunaan istilah "Bengali".


☸️ Pada masa sama, gerakan nasionalis Buddha seperti Ma Ba Tha turut memainkan peranan dalam membentuk persepsi masyarakat dengan mendakwa bahawa komuniti Rohingya berpotensi mengubah keseimbangan demografi dan agama di wilayah Rakhine.


🚫 Kemuncak kepada pertikaian status tersebut berlaku apabila kerajaan tentera Myanmar memperkenalkan Undang-Undang Kewarganegaraan 1982 yang tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu daripada 135 etnik rasmi negara. Keputusan itu menyebabkan ramai Rohingya kehilangan akses kepada kewarganegaraan dan hidup sebagai komuniti tanpa negara (stateless).


⚔️ Dalam keadaan terpinggir dan berdepan pelbagai sekatan, kumpulan bersenjata Rohingya seperti Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) muncul dan melancarkan beberapa siri serangan terhadap pos keselamatan Myanmar pada 2016 dan 2017.


🔥 Tindakan tersebut kemudian dijadikan alasan oleh junta tentera Myanmar untuk melancarkan operasi ketenteraan berskala besar di Rakhine. Operasi itu mencetuskan kecaman antarabangsa susulan dakwaan pembunuhan, serangan seksual, pembakaran kampung dan pemindahan penduduk secara paksa.


🌍 Krisis berkenaan menyebabkan lebih sejuta Rohingya meninggalkan Myanmar dan mendapatkan perlindungan di negara-negara jiran termasuk Bangladesh, Malaysia, Indonesia dan beberapa negara lain.


🤔 Namun, kehadiran komuniti pelarian Rohingya di beberapa negara turut menimbulkan pelbagai perdebatan dalam kalangan masyarakat tempatan. Ada yang menzahirkan simpati terhadap nasib mereka sebagai mangsa konflik dan penindasan, manakala ada juga yang meluahkan kebimbangan berkaitan isu sosial, kebersihan, pematuhan undang-undang dan integrasi dengan masyarakat setempat.


💬 Persoalan yang sering dibangkitkan ialah sama ada cabaran tersebut berpunca daripada kesan trauma peperangan, kemiskinan dan kehidupan sebagai pelarian selama bertahun-tahun, atau faktor-faktor lain yang mempengaruhi proses penyesuaian mereka di negara tuan rumah.


🗣️ Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Adakah pendekatan yang lebih seimbang diperlukan bagi memahami cabaran yang dihadapi oleh komuniti pelarian dan masyarakat setempat? Kongsikan pendapat anda secara berhemah.





BILA PAS DAH KENCING, KINI TINGGAL USAHA SENDIRI NAK BUKA PARTI BARU.

 



Khairil Yee


Pandangan saya. 





Bakal .. .. Bila tak tau lagi. 

Saya Rasa DSHZ dalam keadaan tertekan sekarang.  

Time is running out for him

Lagi lama tak setel Reset akan jadi sejuk sendiri. 


Nak establish parti baru bukan Mudah. 

Ongkos kena banyak Dan sentiasa Ada. 

Ini Termasuk lah Parti RR juga. 

Nak tak nak isu dana memang top on the list. 

Takde orang nak Kerja free free zaman sekarang. 


Peringkat awal. 

Kena faham Kalau pasal parti atau gabungan baru ni ada 3 Peringkat utama. 


1 Fasa Pengenalan. 

Akan ambil masa sekurang2nya 1hingga 2 tahun baru pengundi  kenal .

Terutama pengundi yang atas pagar. 


2. Fasa Ujian. 

Kena uji dulu dalam 1 atau 2 kali pilihanraya. 

Baru tau kekuatan dan daya tahan parti atau gabungan Baru ini. Kalau ada respon positif maka lebih ramai akan tertarik Nanti. 


3.Fasa Membina Dan Mengekalkan  ideology. 

Ini akan ambil masa yang lama.  Mungkin 10 tahun atau lebih. 

Takde parti politik akan Terus hidup jika pengasas nya sudah tiada lagi. 

Tak seperti zaman dahulu sebelum Merdeka. 

Politik sekarang adalah perebutan Kuasa Di antara ketua. 

Tiada ketua parti akan hanyut Dan mati dengan sendiri... a slow death. 


So. Pada saya. 


PH,  BN , DAP Dan Pas. 

Akan terus hidup  dalam politik Malaysia. 


Yang lain atau yang  baru kemungkinan besar  tak akan tahan selama mereka. 


Salam. 

Peace.




RAMAI TAK BERMAKNA SUKA.

 

Nik Ainol



Ingat lagi masa kempen PRN Johor dulu. Ada seorang pemimpin daripada puak tersebut yang kata orang ramai datang kerumun Datuk Seri Najib sebab nak tengok pencuri.






“...nak tengok dekat-dekat betul ke dia ni perompak, betul ke dia ni yang dah dijatuhkan hukuman. Jadi jangan kita andaikan bila ramai datang itu kerana suka, mungkin mereka datang nak tengok wajah sebenar. Bagi saya ini satu perkara yang amat memalukan. Jadi kalau ramai keluar tu dia rasa seronoklah, tapi sepatutnya dia ada rasa malu.”


Lepas tu, puak yang sama, dia berpantun ke apa saya pun tak pasti. Tak tahu pula ditujukan kepada siapa, tapi lebih kurang begini bunyinya,


“pelari duit berjuta-juta , datang ke Johor berlagak pula” saya masih simpan video tu.


Sejak dari peristiwa tu, saya terus hilang rasa hormat pada pemimpin tersebut dan mula memandang parti tersebut dengan perspektif yang sangat berbeza dari sebelum tu.




LEBAI TESLA DIHENTAM NETIZEN.

 

















TERINGIN NAK JADI KERAJAAN PULAK DAH. SAT CERAI SAT NAK RUJUK.

 

Khairil Yee






Maaf cakap. 

Dah takde modal kot. 


Narratif lapuk. 

Dah tak laku. 

Tak boleh pakai. 


Temberang


Bila sebut Muafakat demi bangsa Dan agama .

Orang semakin meluat. 

Mengalahkan scammer. 


Bila bergabung  gaduh. 

Semua berebut kerusi. 

Tak puashati. 

Demi bangsa Demi agama ke laut. 


Lebih baik  solo. 

Nak bergabung tunggu lepas  PRU .


Sapa paling banyak kerusi.

Takde sapa boleh pertikai.


Duit PRU masing masing cari .

Nak jadi calon pun letak duit sendiri.


Ada berani? 


After PRU then talk. 


Sekarang orang  dah tak percaya. 


Peace.