BIAR RAKYAT NILAI KE ARAH MANA PERJUANGAN PAS – IZZAH

‘PAS, BN SILA TUMPU PRU 15, BIAR ANWAR MENANG DI PD’

TERBAIK. MESTI BACA: MENJAWAB HUJAH TONTOWI TENTANG ANWAR DI MUKTAMAR PAS



ORANG TAK UNGKIT KISAH KITA PUN DAH TERBAIK....JAGALAH HARAKAH SUPAYA DAPAT MEMBANTU PARTI.


Image may contain: 1 person


INI GAMBAR ORIGINAL AKU AMBIL PADA MALAM KEJATUHAN KERAJAAN PERAK...,,LEPAS PIJAK GAMBAR..BERBAIK DENGAN UMNO?





Tontowi dlm Muktamar baru-baru ini menyerang Anwar. Dia kata sebaik saja Anwar keluar dari penjara, Anwar terus serang Pas apabila Anwar berkata PH mahu rampas Kelantan dan Terengganu. Dia pun ungkit kononnya Anwar tak kenang jasa Arwah Us Fadzil Noor yg buka pintu kpd Anwar sebaik saja Anwar dipecat dari Umno dan TPM.

Aku nak jawab la kata-kata Ketua Penerangan Pas, Tontowi yang lari dari Temerloh dalam PRU14 yang lalu kemudiannya kalah teruk pula di Indera Mahkota.

Betulkah Anwar serang Pas? Adakah sebagai pemimpin utama di dalam PH yg menjadi kerajaan, apabila Anwar mahu rampas Kelantan, Tganu, Pahang dan Perlis yang dikuasai oleh Pembangkang (Umno/Pas) itu satu perkara yg pelik? Kalau tidak mahu ditentang dalam politik, baik daftar Pas sebagai NGO atau Jemaah Tabligh. Masuk politik mesti bersedia untuk ditentang oleh pihak lawan. Itu asas politik yang mustahil Tontowi tidak tahu.

Image may contain: one or more people

ANWAR TETAP TURUN KE TEEMERLOH WALAU BANJIR SERATA PAHANG SELEPAS PILIHANRAYA



Hakikatnya, Anwar secara peribadi telah lama diserang oleh Pas semenjak ketiadaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz lagi. Anwar sentiasa diserang oleh Pas sejak Anwar di dalam penjara lagi setelah Pas putus hubungan dengan Pakatan Rakyat dan Keadilan lagi. Waktu itu Anwar tidak boleh menjawab serangan Pas kerana beliau di dalam penjara. Pas serang Anwar lebih awal lagi.

Semua tahu, walaupun Pas sering menyerang Anwar waktu Anwar di dalam penjara, namun Anwar sentiasa berkata kepada parti Keadilan dan PH yang baru ditubuhkan waktu itu agar jika boleh berundinglah dengan baik bersama Pas, pujuklah Pas agar bersama PH untuk menentang Umno/Bn di dalam PRU14. Anwar di antara sebab-sebab yang menjadikan Keadilan kelihatan terlalu berlembut dengan Pas di kala rakan-rakan lain . Dap dan Amanah lebih awal tidak lagi melayan Pas. Anwar cuba memujuk beberapa pimpinan Keadilan agar berusaha memujuk Pas agar bersama di dalam PH. Pas dijemput hadir sewaktu rundingan meja bulat bagi penubuhan PH.

Tapi, apa reaksi Pas? Pas tetap ego dan sombong. Mereka tidak hadir di dalam rundingan meja bulat tersebut. Pas kata, Pas kuat bersendirian. Bahkan, Pas mengejek-ejek Keadilan kononnya Keadilan masih harapkan Pas disebabkan Keadilan tiada jentera dan Pas memiliki jentera yang kuat. Pas dengan angkuh dan sombong ingin tawan Selangor negeri yang diperintah oleh Keadilan. Lebih dari itu, Pas ingin menunjukkan kekuatannya apabila melancarkan jentera Pas di Permatang Pauh, kubu Anwar lebih awal kononnya ingin menggertak Keadilan. Siapa sebenarnya sombong?

Apabila semua usaha Keadilan atas nasihat Anwar untuk memujuk Pas gagal, tambah pula Pas secara resminya di dalam Muktamar mereka memutuskan bahawa Pas putus Tahalluf Siyasi dengan Keadilan. Waktu itu, Keadilan akur dengan takdir kesombongan parti lebai ini. Itu pun, Azmin selaku MB Selangor masih menternak beberapa Exco Pas yang berkulit tebal yang tidak mahu melepaskan Kerusi Exco Selangor walaupun Tahalluf Siyasi sudah terputus. Tahalluf Siyasi terputus, namun kuasa dan jawatan lumayan tidak terputus.

Akhirnya di dalam PRU14, PH bertembung dengan Umno/Bn dan sekutunya Pas. Apabila PH menang di Putrajaya dan menawan kesemua negeri di Semenanjung, kecuali Kelantan, Tganu, Pahang dan Perlis, maka bagi PH negeri-negeri tersebut adalah Pembangkang. Sebagai kerajaan, tentulah kita mahu merampas negeri-negeri  tersebut pada PRU15 akan datang. Jadi, salahkah Anwar menyatakan PH akan berusaha menawan Kelantan, Tganu, Pahang dan Perlis? Adakah itu dianggap serangan kepada Pas secara peribadi?

Isu tentang Arwah Us Fadzil Noor, Presiden Pas waktu itu telah membuka pintu kepada Anwar sebaik sahaja Anwar dipecat dari Umno dan TPM, itu tidak perlu diungkit. Arwah Us Fadzil pemimpin yang bijak politiknya, dan beliau melihat bahawa isu pemecatan Anwar ini bukan sahaja isu kezaliman ke atas Anwar tetapi ia juga satu peluang untuk Pas di dalam strategi memperluaskan pengaruh Pas. Semua tahu, sebelum era reformasi, Pas bukan parti yang kuat kecuali di Pantai Timur khususnya di Kelantan. Melambak calon Pas yang bertanding di dalam pilihanraya di seluruh Semenanjung hilang deposit terutamanya di Johor, Melaka dan N.Sembilan. Tetapi, selepas peristiwa pemecatan Anwar, barulah nampak Pas bangun. Ramai pimpinan yang ada di dalam Pas dulu dan sekarang ini hanya sertai Pas selepas era reformasi. Cuba tanya Us Tuan Ibrahim, Timbalan Presiden Pas sekarang, dia mula aktif di dalam Pas semenjak bila? Dulu, Dr Hassan Ali termasuk Arwah Dr Haron Din, Us Taib Azamudin, dan ramai lagi, mereka ini mula bergerak aktif di dalam Pas selepas era reformasi 1998.

Fakta dan rekod boleh dilihat bahawa Pas mula mendapat nama dan melahirkan ramai Wakil-wakil Rakyat samada di Parlimen atau Dun hanya selepas 1998. Samada mahu akui atau malu ingin akui, faktanya jelas bahawa pengaruh Anwar bayak mainkan peranan menaikkan imej Pas. Sebab itu saya kata Arwah Us Fadzil dan Arwah Tok Guru Nik Aziz memang politikus yang bijak dan pintar tidak seperti Hadi Awang sekarang yang tergila-gila untuk bersama Umno yang terkenal sebagai pewaris kerajaan Kleptokrasi.

Ertinya, Anwar membalas jasa-jasa Arwah Us Fadzil Noor dengan membantu Pas maju dan hebat . Tidak perlu Tontowi mengungkit-ungkit jasa Almarhum Us Fadzil Noor yang anak Almarhum sendiri pun menolak Pas. Tontowi muncul di dalam Pas pun sewaktu Pas tengah kuat dan tidak seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahudin Ayob dan beberapa pimpinan Amanah yang dulunya berjuang sewaktu Pas tidak dikenali ramai masyarakat.

Cukup-cukup lah dendam dan sakit hati kamu wahai Tontowi terhadap Anwar. Dulu kamu menang di Temerloh pun, Anwar turun bantu kamu di situ walaupun Keadilan tidak bertanding di Parlimen Temerloh. Kaum Cina Dun Mentakab yang memenangkan kamu di Temerloh itu adalah kerana pengaruh Anwar yang berkempen di situ. Oleh kerana kamu sedar itu, sebab ituah kamu lari ke Indera Mahkota pada PRU14 baru-baru ini. Namun, orang yang tiada nilai, lelong di mana pun tiada harga juga.

WFAUZDIN NS