KANTOI JUGA....

 

Pihak kami ingin merakamkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat dan penyokong atas kekhilafan teknikal yang tidak disengajakan."




SEKIRANYA NURUL DIPILIH NAMA PM ANWAR PASTI AKAN TERCEMAR DAN PKR AKAN DI ANGGAP SEBAGAI PARTI NEPOTISME....


Mat Jenin


 Mengapa ramai ahli politik senior baik yang dalam kerajaan, pembangkang mahupun yang pencen berpihak atau nyatakan sokongan kepada Nurul Izzah? Boleh kita rungkaikan antara sebabnya.... 

1. Rafizi Ramli telah mencipta sejarah dalam politik tanah air sbg YB yang pertama isi  Borang Isytiharan Harta dan minta semua Ahli Parlimen untuk ambil tindakan yang sama. Tindakan beliau ketika itu membawa kegusaran kepada ahli Yang Berhormat, MP PAS hingga hari ini masih membantah. 

2. Rafizi Ramli juga banyak mendedah salahlaku ahli politik yang terpalit rasuah bahkan pernah masik lock up ketika mendedah scandal NFC yang melibatkan Ketua Wanita UMNO dan suami. Tak heran jika ada pemimpin UMNO masih kurang selesa dengan RR. Maka tidak keterlaluan jika RR diberi gelaran Bapa Pembasmi Rasuah. 

3. Kemenangan untuk Nurul Izzah akan jadikan PKR sasaran mudah untuk dihentam tak kira parti gabungan Madani, pembangkang atau dalam PKR sendiri. Isu NEPOTISME akan jadi bahan serangan  pihak lawan. Seterusnya, akan menjadi cabaran berat baik untuk PKR mahupun PMX. Kemungkinan kekalahan dan perletakan jawatan RR akan merubah iklim politik tanah air 

Sekian. 

Mat Jenin dengan angan-angannya




Pakistan Klaim JF-17 Thunder Hancurkan Sistem Pertahanan Udara S-400 India

NURUL TAK MAMPU - TAK LAYAK GANTI RAFIZI | PKR HANCUS - ANWAR PM SEPENG...

Rafizi Ramli & Rakan-Rakan: Jelajah "Hidupkan Idealisme Reformasi" Zon P...

SOKONG JONAH


 MOHON RESTU DAN DOKONGAN


rakan dan taulan, 

sahabat seperjuangan, jauh dan dekat,

terima kasih daun keladi




Wahhh mudah benar pakat lupa ya..




2018: benar NI dan SN sebagai pengarah pilihan raya bersama. Namun, gerakan kempen ke seluruh negara dijalankan oleh RR bersama lori buruk dia.. jauh lebih awal dari tarikh pru. Secepat itu lupa jasa orang?? Selain dari gerak kerja dan kempen Invoke, pada masa itu banyak isu besar yang berbangkit; 1MDB yang paling besar. Selain itu, rakyat juga sangat terkesan dengan pelaksanaan gst! Dua isu besar ini siapa yang tukang laung paling kuat kalau bukan YB Rafizi Ramli? 


Baik, kita tengok pula pru 2022. Kena ingat, PH 1.0 sangat dibenci rakyat akibat kecelakaan yang dibuat oleh PM7 yang meletak jawatan dan kesan-kesan selepas itu yang tak perlu diungkapkan lagi. Lets the history speaks by itself. Akibatnya, orang dah tak percaya PH lagi. Apatah lagi apabila Muhyiddin jadi tukang baca doa di tv.. tiap-tiap hari tv siarkan. Rakyat jadi sangat taksub, siap dipanggil abah. Kemudian, diberi pula kebenaran mengeluarkan wang KWSP. Rakyat yang tak berduit akibat kesan covid19, apa lagi.. sokongan dan dokongan padu diberikan. Datang pula Pak Mail Bera sebagai PM9. PH tandatangan perjanjian sokong kerajaan Pak Mail sehingga habis penggal. Waktu ini, gelombang hijau sangat hebat. PH pula terkontang kanting, langsung tak menyerang. 


Gabungan dalam PH juga tak kemas. Ada je kenyataan dari parti-parti komponen nak gantikan DSAI sebagai ketua PH sehingga sampai ke satu ketika DSAI bersuara suruh namakan siapa yang diinginkan sebagai pengganti beliau dan minta dibawa cadangan itu ke mesyuarat Majlis Presiden PH. 


Di dalam keadaan yang sangat kucar kacir dan tidak terurus inilah, maka Allah SWT dengan sifat rahman dan rahim-Nya telah menghantar RR kembali ke medan politik; iaitu hanya beberapa bulan sebelum pru. Terus bertanding jawatan timbalan presiden dan menang. Lalu menjadi panglima perang PH mengasak kerajaan dengan pelbagai isu pada waktu itu. Hasilnya, walau pun di dalam tempoh masa yang sangat singkat, pada pru yang lalu PH berjaya mendapat kerusi paling banyak walau pun tidak dapat membentuk kerajaan secara solo. Tetapi kita berjaya meletakkan DSAI sebagai PMX.


Lupa dah ke semua itu wahai sekalian manusia?!! Nak jadikan DSAI sekadar PMX sahaja? Tak nak jadikan PMXI dah??? Kalau nak, tak ada pilihan lain melainkan kekalkan RR sebagai timbalan presiden merangkap panglima perang PKR. NIA tak mampu untuk menggalas tugas seberat ini. Percayalah!



KENANGAN ZAMAN REFORMASI DAN KEADILAN TERUS BERGERAK TANPA PEMIMPIN YANG TAK SETIA


Asuwardy Ismail


 Aku dulu pernah berdemo bersama Ezam...Azmin Ali..Lokman Adam...






   Kenangan paling manis bila penamaan calon kat Shah Alam...Ezam calon kat situ..punya ramai manusia waktu tu kepala dah sampai dewan tapi ekor masih lagi kat tempat berkumpul....itu lah detik permulaan Umno kat Shah Alam nak jatuh kerana sini Umno amat kuat...

   Demo kat Dataran Kl ikut Ezam dalam satu kumpulan...depan mata nampak Polis tangkap Lokman Adam...masa tu takut juga...

    Tapi bila mereka tak bersama Anwar walau ada sahabat2 yang ikut mereka PKR tetap tak terjejas sikit pun walau masa tu ada yang ramal PKR akan jatuh kerana orang kuat dah tiada....

   Aku cerita ni yang paling hebat dalam PKR dah tiada....setakat Zulkifli Nordin dan yang lain2 tu tak payah cerita lah ..langsung tak jejas....

   Nak beritahu kerana ada yang kata jika Nurul Izzah atau Rafizi tiada dalam PKR parti akan terjejas...

   Kemungkinan jejas sikit tu ada tapi tak teruk jika Anwar masih ada dalam PKR...

   Penyokong Ezam dan Azmin dulu pun ada yang ikut mereka tapi tak lah sampai PKR terjejas...akhirnya mereka entah ke mana...

    Apa2 pun kita perlu pelapis yang hebat untuk masa depan jika Anwar dah tiada...

    Generasi yang baru perlu ke hadapan untuk terus berjuang...kami yang zaman Reformasi awal2 dulu makin tua dan ramai  dah tak aktif dalam politik serta ramai dah meninggal....tambah2 lagi bila Anwar pun dah jadi PM ke 10...




KEMPEN HIRUK MENJADI MEDAN CERAMAH..

 


Malam semalam saya ke Seremban ikuti siri  HIRUK kempen kem Rafizi. Saya tak mahu ulas apa yg dibicarakan tp saya dapat lihat HIRUK dari segi peluang untuk ahli dari kem Rafizi.


Pada pengamatan saya, pengumuman Izzah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden membuka ruang kempen yg besar kpd ahli2 lain yg bersama kem Rafizi.


Bayangkan kalau Izzah tak bertanding TP dan Rafixi menang tanpa bertanding, saya rasa suasana lesu utk kempen bg calon Naib Presiden, Ahli MPN, Ketua Wanita, Naib KW dan barisan exco dan Timbalan Ketua AMK dan barisan exco.


Semalam semua dalam kem Rafizi yg bertanding dlm jawatan2 di atas diberi peluang berucap dan perkenalkan diri, dalam dewan tak lebih dari 1,000 orang yg hadir tp yg tonton secara live di FB lebih dari 43K. Ini peluang emas yg mereka dapat memudahkan kerja kempen mereka. Mereka cuma perlu ikut dlm semua siri kempen HIRUK dan saya kira selepas ini makin ramai yg akan hadir dan ikuti secara live.


Bagaimana dengan kem Izzah? Setakat ini saya tidak tahu siapa calon Naib Presiden dan MPN yg sah berada dlm kem Izzah selain calon Ketua Wanita yg secara terbuka memberi sokongan kpd Izzah. Siapa calon Naib Presiden yg berada dlm kem Izzah? YAB Amir sblm ini juga memberi sokongan terbuka kpd Izzah, apakah tersenarai dlm kem Izzah? Tapi dlm siri pertama DAMAI Izzah di Ipoh, tiada kelibat Amir dan juga calon2 yg lain? 


Kalaulah DAMAI itu hanya platform utk Izzah seorang maka calon2 yg lain perlu bekerja keras dan menghabiskan duit yg banyak utk bergerak memperkenalkan diri.


Itulah saya lihat lebihnya mereka yg berada dlm ken Rafizi dari segi gerak kempen. YB Rodziah calon Ketua Wanita telah mula kempen di HIRUK semalam, bagaimana dgn YB Fadhlina? 


Inilah sekolah politik… melihat dan mengkaji.



KOMEN WALAUN BIASA KURANG BIJAK.



 Aku baca tajuk ni tak salah dah. Jelas. Selangor 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝘁𝗮𝗷𝗮 pelajar ijazah pertama ke 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵. Tajuk dah betul tu. Bukannya Selangor henti taja 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 pelajar ijazah pertama.








Tapi komen walaun banyak menunjukkan kebodohan mereka. Mungkin 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝘁𝗮𝗷𝘂𝗸 je. Komen seolah-olah takkan taja langsung. Siap ungkit 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗖𝗶𝗻𝗮, 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻.


Yang sebenarnya, Majlis Agama Islam Selangor mahu pelajar ijazah pertama 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Ini bagi mengelak pelajar 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 perkara yang jejaskan pemikiran dan jati diri.


Senang cerita, dorang nak sekat 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵 𝘄𝗮𝗵𝗮𝗯𝗶.


Sejujurnya aku pun 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 dengan pendekatan ini. Aku rasa ada faedahnya kalau hantar pelajar ke Timur Tengah. Tapi kena 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗮𝗱𝗶𝗹. Jangan semberono menghentam tanpa tahu cerita sebenar.


Budaya 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗹𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗶𝗹𝗺𝘂 ini adalah didikan ulama PAS. Pimpinan PAS dan PN sendiri pun suka sangat 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮. Sebab tu la sentiasa 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵.


Malangnya ia semakin menjadi. Tak mustahil lepas ni ada yang 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸 dan kemudian fitnah itu 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗿𝗮𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Memang walaun semua ni 𝗸𝗮𝗹𝗶𝘀 𝗮𝗽𝗶 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮 𝗸𝗲? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



32-0....KEH KEH KEH

 




32-0. Semua ADUN Terengganu adalah orang 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Begitu jugalah rakyat Terengganu. Majoritinya 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Bagaimana ini boleh berlaku?


Apa dah habis ke tanah di negeri Terengganu?


Tak apalah. Barlah rakyat Terengganu uruskan. Cuma aku pelik mana pergi 𝗽𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴-𝗽𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 yang riuh sangat tentang 𝗞𝗴. 𝗦𝗴. 𝗕𝗮𝗿𝘂? Yang ini dia taknak bela pulak?


Ke 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗯𝘂𝗹𝘂? Nak bela orang bandar je. Kalau orang kampung, 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮. Atau sebab yang kecoh isu 𝗞𝗴. 𝗦𝗴. 𝗕𝗮𝗿𝘂 tu artis, perempuan pulak tu. Itu yang 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗷𝗮?


Atau sebenarnya mereka tu 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁? Bukan peduli soal nasib rakyat. Bukan peduli yang 𝗵𝗮𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗮𝘁𝗶𝗹. Semua semata-mata untuk 𝙢𝙞𝙡𝙚𝙖𝙜𝙚 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 je. Orang lain buat, 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Geng sendiri buat, 𝗱𝗶𝗮𝗺 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗽𝘂𝗻 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Begitu? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



ORANG SOH KELUAR DARI DUNIA KOLOT TERPEROK ...NAK DUDUK JUGA SAMPAI MEREPUT...DAH BERHIJRAH KELUAR CARI MAKAN ..HASUT NAK AMBIL ALIH NEGERI ORANG...APA PUNYA SENGET LA..

 

Buat apa nak dapatkan fakta 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Kan?







Aku jumpa 𝘱𝘰𝘴𝘵 ni dalam FB. Bertanyakan tentang 𝗸𝗼𝘁𝗮𝗸 di tepi pantai. Menjengah ke komen, ramai juga yang 𝗽𝗮𝗹𝗮𝘁𝗮𝗼. Tak tahu cerita tapi nak komen. Jadi fitnah pun tak kisah.


Ada yang kata ia 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗴𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵. Ada yang kata ia projek 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶. Tapi ramai yang tak tahu kotak apa tu sebenarnya.


Ada seorang pengomen yang kata 𝗸𝗼𝘁𝗮𝗸 begitulah yang 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗿𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶𝗻𝘆𝗮. Menurutnya, dia menjual 𝗮𝗶𝘀𝗸𝗿𝗶𝗺 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗽𝗮 di 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗧𝘂𝗷𝘂𝗵, 𝗧𝘂𝗺𝗽𝗮𝘁. Tapi penerangannya tak memuaskan hati orang.


Ada yang masih nak 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁. Kotak banyak tapi tak ada yang sewa, salah kerajaan. Pelik. Kerajaan dah sediakan peluang, tapi rakyat yang tak nak ambil peluang, 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻?


Dah kerajaan negeri yang ditadbir PAS beri peluang perniagaan yang bagaimana kepada rakyat.


Ada seorang yang menjelaskan, kotak tu sebenarnya semua 𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀 𝗱𝗶𝘀𝗲𝘄𝗮. Dia pernah cuba 𝘢𝘱𝘱𝘭𝘺 tapi 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗸𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻. Maknanya dah ada orang ambil cuma belum mula berniaga.


Kenapa? Entah. Ada yang kata mungkin sebab nak 𝗮𝗹𝗶𝗯𝗮𝗯𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝘂. Maknanya dia sewa murah, dia sewakan kepada orang lain mahal sikit. Dia boleh dapat untung atas angin.


Aku pun tak pasti kisah sebenar. Tapi aku tak rasa ini sebagai satu projek gajah putih. Peluang berniaga dah ada tapi kalau rakyat tak minat berniaga, nak salahkan kerajaan tu kenapa? Yang pelik-pelik je walaun ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TEORI 'RAFIZI MAHU TUMBANGKAN KERAJAAN' MENGARUT, TAK MASUK AKAL



Saya tertarik dengan penulisan yang diterbitkan oleh portal Bebas News (RUJUK: https://bebasnews.my/2025/05/11/rafizi-bukan-sekadar-berjuang-tapi-sedang-menyusun-langkah-menumbangkan-kerajaan/ )


Menurut penulisnya:


"Baru-baru ini Presiden Bersatu umum PN sedia bekerjasama dengan UMNO. Tapi UMNO yang mana? Sudah tentu bukan yang bersama Zahid. Ini satu isyarat jelas kepada kumpulan MP UMNO anti-Zahid, yang selama ini tidak senang dengan hala tuju kepimpinan mereka.


"Rafizi juga bukan bersendirian. Dia ada barisan MP yang setia, ada jentera yang solid, dan yang paling penting — dia ada modal kepercayaan rakyat. Tapi dia tahu, jika dia masuk ke PN begitu sahaja, rakyat akan label dia sebagai pengkhianat. Jadi apa jalan terbaik?


"Dia mesti dipecat."


-----------------------------------------


Adakah saya mempercayai teori ini? 


Tidak. 


Saya menghormati pandangan penulis, tetapi terus terang, bunyinya agak mengarut.


Kenapa saya kata mengarut?


1. Berdasarkan pemerhatian saya dan juga pendapat beberapa sumber politik yang berpengetahuan, portal ini dilihat positif (pro) kepada Bersatu dan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


2. Mustahil mana-mana portal yang positif kepada Bersatu dan Muhyiddin sanggup mendedahkan secara terbuka komplot atau strategi tumbangkan kerajaan sehingga dapat dibaca oleh Perdana Menteri dan seluruh barisan Kabinet Persekutuan.


3. Di situ sahaja dah "tak masuk akal." Saya tidak tolak kemungkinan ianya bertujuan menimbulkan kecelaruan, keretakan dan tuding-menuding dalam PKR dan UMNO.


4. Ini disokong oleh penemuan terkini bahawa 28 ahli PKR, termasuk tiga pemimpin yang menang pada pemilihan Cabang parti itu, disahkan mempunyai keahlian dalam parti politik lain.


5. Rupa-rupanya, ada ahli yang mewakili parti dari luar blok kerajaan meresap masuk ke dalam PKR dan menang pemilihan di peringkat cabang.


6. Maka tidak mustahil ada komplot dari luar blok kerajaan untuk menyahstabilkan parti-parti blok kerajaan.


Seperkara lagi:


7. Kerajaan pimpinan Muhyiddin tumbang pada 16 Ogos 2021 disebabkan komplot yang digerakkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa MP UMNO.


8. Pada ketika itu, Muhyiddin memilih untuk meletak jawatan daripada menasihati YDPA untuk membubarkan parlimen.


9. Pada pengamatan saya, Muhyiddin tidak berani menghadapi pilihan raya umum kerana tahu Zahid akan bawa UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan.


10. Muhyiddin tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri jika Zahid bekerjasama dengan Anwar.


11. Jadi, Muhyiddin memilih untuk meletak jawatan dan memberi ruang kepada YDPA untuk melantik Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.


12. Berbeza pula keadaannya sekarang jika benar Rafizi terlibat dalam 'komplot' untuk tumbangkan kerajaan.


13. Anwar tidak perlu risau menghadapi Pilihan Raya Umum sebab tahu Zahid tidak boleh menerima Muhyiddin dan akan kekal bersama PH.


14. Cina pula rela sokong calon Barisan Nasional, dan ini terbukti di kedua-dua PRK Mahkota dan Ayer Kuning.


15. Sebaliknya, Perikatan Nasional tiada sokongan Cina atau India, malah ada tanda-tanda gabungan itu hilang sedikit sokongan Melayu di kedua-dua PRK itu


16. Maka, jika parlimen bubar, BN dijangka merampas antara 20-25 kerusi dari PN untuk membentuk kerajaan super-majoriti bersama PH, Sarawak dan Sabah, sekalipun PH hilang beberapa kerusi.


17. Kesimpulannya, jika Rafizi mengorak sebarang 'langkah' bersama MP UMNO dan PN, Anwar sudah pasti akan menasihati YDPA untuk membubarkan parlimen.


18. Sekalipun Rafizi dipecat, beliau tidak akan mampu meyakinkan Cina untuk mengundi PN, kerana Cina tidak akan menerima PAS.


19. Kesudahannya, PH akan membentuk kerajaan lebih stabil bersama BN, dan kedua-dua Anwar dan Zahid akan menggunakan pembubaran parlimen untuk mencantas terus semua MP dan ahli parti yang dianggap membawa risiko kepada kerjasama mereka.


20. Saya bukannya penyokong mana-mana parti atau pemimpin, malah saya akui banyak 'formula' Rafizi sebelum ini gagal.


21. Tetapi saya boleh nyatakan dengan penuh keyakinan di sini - Rafizi bukannya orang bodo'.


22. Ikut teori penulis ini, jika benar Rafizi mahu dipecat, beliau sepatutnya berusaha kalah pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.


23. Tetapi saya lihat Rafizi giat mempromosi dirinya dan berpeluang untuk menang (walaupun setipis manapun peluang itu).


24. Sekalipun Nurul Izzah menang, penyokong setia Rafizi dari dalam parti akan lebih rela berdamping dengan Nurul berbanding menyokong kerajaan baru di bawah PN.


25. Pendek kata, Anwar juga bukannya bodo'. Ada sebab Nurul dipelawa bertanding menentang Rafizi.


26. Yang bodo' adalah mereka yang percaya bahawa PN boleh berkuasa semula jika Rafizi berkomplot menentang Anwar.


27. Berulang kali saya katakan - berhenti dengan teori mengarut "kerajaan tumbang," dan sebaliknya, tekan pembangkang untuk berfungsi sebagai pembangkang yang matang.


RJ Rithaudeen




Teori 'Rafizi mahu tumbangkan kerajaan' cukup mengarut, ini sebabnya (To...

HRC LIVE!! - RAFIZI DAH HAND OVER - PKR PATUT BIMBANG SEMUA INI | Mampuk...

Jaga supaya tidak terlanjur, kata Presiden PKR


 

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan PKR 2025 perlu dianggap sebagai satu ‘pertarungan antara rakan-rakan setia’ dalam parti.

Menurutnya, kesemua calon berkenaan harus disantuni dengan baik supaya semangat persaudaraan dalam kalangan ahli parti kekal utuh.

“Pemilihan ini antara rakan-rakan setia, yang banyak (daripadanya) tokoh reformasi.

“Oleh itu, kita kena jaga supaya tidak terlanjur kerana kita mahukan (pemilihan ini) untuk kita rangkul sebagai satu kekuatan,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah di Tawau hari ini.

Selain itu, beliau mengingatkan penyokong kepada pihak yang bertanding untuk tidak ‘terlajak’ (berlebihan) kerana ia boleh mengeruhkan keadaan.

 

 “Ini (PKR) persaudaraan yang harus diperkukuh… selesai sahaja Kongres (Kongres Nasional PKR) kita harus bekerja sebagai satu pasukan yang padu,” tambah beliau lagi.

 

"Kita tidak boleh lari dari isu nepotisme bila Nurul Izzah tanding Timba...

Kenapa Rafizi tak garang, tak lantang selepas jadi menteri?

"Ramanan masih baru dalam parti, budaya akar umbi KEADILAN berbeza denga...

NURUL TAK MAMPU - TAK LAYAK GANTI RAFIZI | PKR HANCUS - ANWAR PM SEPENG...


Jawatan Timbalan Presiden datang dengan tugas besar. Mengemudi parti dan gabungan PH dalam menghadapi PRU16. Rafizi sudah buktikan pada 2018 dan 2022. Nurul Izzah? Gagal di tiga buah negeri utara pada 2022. Kerusi sendiri pun tumbang di Permatang Pauh. MEREKA SEMEMANGNYA TIDAK SAYANG PARTI!





Wow Mematikan !! 110 Buah Carl Gustav 84mm Malaysia Telah Dihantar, Peng...

PM Anwar Seru Tingkat Kerjasama, Muafakat, Jangan Seteru Dengan Semenanjung

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TAWAU, 11 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan negeri tidak seharusnya mengambil pendekatan ‘berseteru’ dengan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya perlu memperkukuh kerjasama dan muafakat demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

Perdana Menteri menegaskan, Semenanjung, Sarawak dan Sabah tidak akan maju tanpa kesepakatan dan muafakat untuk mengangkat negeri secara bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan program Solar MADANI selepas merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor kerana menyebut tentang keperluan untuk bekerjasma.

“Kadang-kadang saya tidak mampu jawab semua teguran orang kerana ada sebahagian pemimpin yang mereka hari-hari bertanya bagaimana hendak majukan Sabah?.. tetapi dengan cara berseteru dengan Semenanjung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Hari ini, setiap hari berita pecah antara kaum, pecah antara wilayah, pecah agama, kerana apa? Kerana bila ada kuasa tidak fikir rakyat… namun bila sudah hilang kuasa kemudian datang merayu supaya jaga Melayu, Islam terancam, negeri tidak dijaga.

“Saya cabar rakan-rakan yang ada kuasa buatlah sebaiknya untuk rakyat semasa kita berkuasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Peringkat Negeri Sabah, di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan Program SOLAR MADANI di seluruh negara membabitkan peruntukan lebih RM350 juta dengan projek rintis bermula di Tawau membabitkan pemasangan 40 tiang lampu solar, hasil kerjasama dengan UniMAP dan penglibatan komuniti setempat.

Inisiatif itu menjimatkan kos, menggunakan tenaga hijau dan menggalakkan komuniti menjaga kemudahan demi manfaat bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, Anwar turut menafikan tuduhan bahawa Negeri Sabah selama ini disisihkan kerajaan Persekutuan sebaliknya menegaskan pelbagai projek telah dilaksanakan di Sabah.

“Saya sebutkan di sini, di negeri Sabah sahaja, kita telah berjaya melaksanakan sebanyak 144 projek berjumlah RM14 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Hospital Tawau kita naik taraf, Penjara baharu di Lahad Datu, dan Pelabuhan Sepanggar Bay (Teluk Sepanggar) kini sedang giat dilaksanakan selaincadangan pusat perubatan jantung di Kota Kinabalu,” katanya.

Pada majlis itu juga, kerajaan turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta untuk selenggara kedai dan gerai kecil di seluruh Sabah di bawah Projek Siap Tamu Sabah.


Kerajaan MADANI Berjaya Laksana 144 Projek RM14 Bilion Di Sabah – PM Anwar


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TAWAU, 11 Mei – Kerajaan MADANI telah melaksanakan sebanyak 144 projek pembangunan di Sabah setakat ini, dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM14 bilion, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, antara projek yang terlibat termasuk kerja-kerja menaik taraf Hospital Tawau dan Penjara Lahad Datu, pembinaan pelabuhan kontena di Sepanggar Bay serta cadangan pembinaan sebuah pusat perubatan jantung di Kota Kinabalu.

Anwar berkata, kerajaan turut memperuntukkan lebih RM350 juta bagi pelaksanaan Program Solar MADANI, yang menyaksikan Tawau dipilih sebagai lokasi projek rintis, melibatkan pemasangan 40 tiang lampu solar hasil kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan penglibatan komuniti setempat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita laksanakan apa yang terbaik untuk rakyat, termasuk menangani masalah kos elektrik, kos tenaga, keperluan sekolah anak-anak, tandas, makmal sains, serta keperluan anggota polis dan tentera seperti perumahan dan pembaikan jalan,” katanya ketika menyempurnakan perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini pada Ahad.

Menurut Anwar, dalam tempoh lebih dua tahun ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan MADANI, namun beliau mengakui masih terdapat kekangan tertentu.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam ucapannya, Anwar turut mengumumkan kelulusan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kedai dan gerai kecil di seluruh Sabah menerusi Projek Siap Tamu Sabah.

“Sempena sambutan Hari Ibu hari ini, ini hadiah kepada para ibu yang ramai berniaga di Tamu Desa ini, supaya penambahbaikan yang dilakukan dapat memberi lebih keselesaan agar dapat berniaga dan berteduh daripada kepanasan dan hujan

“Saya tidak mahu menjadi perdana menteri yang melupakan kesusahan rakyat. Sebab itu, kita sentiasa berusaha sedaya upaya membangunkan Sabah daripada aspek kesalinghubungan, teknologi kecerdasan buatan (AI), digitalisasi serta usaha menoktahkan kemiskinan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini, Anwar berkata program berkenaan merupakan platform terbaik untuk rakyat setempat mendapat pendedahan mengenai pelbagai inisiatif, program dan projek yang dilaksanakan kerajaan.

“Ini satu pendedahan kepada rakyat tentang apa yang telah dan sedang dilakukan kerajaan, sama ada dalam sektor pertanian, digital mahupun pertahanan. Jadikan platform ini sebagai ruang pemantauan agar anak muda turut boleh memberi pandangan dan cadangan demi membina Malaysia yang hebat dan maju,” katanya.

Bertemakan “Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan”, PMR Sabah 2025 merupakan inisiatif kerajaan melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) selaku kementerian peneraju serta Kerajaan Sabah sebagai tuan rumah, bagi membawa perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KES LANGGAR LARI DAN LAPORAN PALESU

BBBC BANDAR BARU BANGI COMMUNITY 


 Difahamkan lelaki ini ialah pemilik Nissan Navara hitam yang telah dirakam melanggar lari sepasang suami isteri yang sedang menunggang motosikal.





Dan berdasarkan kepada cerita yang tersebar di sosmed, dipercayai lelaki ini telah buat satu laporan palsu, mendakwa penunggang motosikal tersebut tiba-tiba menukar laluan.


Sekarang masyarakat nak tahu, dia ini dah ditahan atau belum? Jangan sampai rakyat ambil tindakan sendiri. Banyak kali jadi kes langgar seperti ini yang menyaksikan pembuat onar terlepas begitu sahaja sama ada pemandu tu ada kad OKU ke dan sebagainya.


Saya harap rakan-rakam jangan buat komentar merujuk kepada kaum atau etnik. Yang bodohnya individu, bukan seluruh kaum. Tapi kadang-kadang puak sebegini ada ramai yang "backup" juga. Tu yang orang geram.



ANAK MALAYSIA BERKHIDMAT DI NASA

 

Ini anak Melayu serta wanita pertama negara yang berkhidmat di NASA, Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim.





Anak kelahiran Kelantan tapi membesar di Pulau Pinang ini sambung belajar di Universiti Minessota pada usia 17 tahun 


Dan beliau terus sambung belajar di sana untuk 20 tahun berikutnya.


Di sana beliau mula cari peluang bekerja secara sukarela sebagai pencuci kanta slaid dan penutup mikroskop dari tahun pertama di universiti.


Itu sajalah kerjanya selama bertahun-tahun. 


Tapi kerja inilah yang tarik perhatian profesornya untuk beri tugas yang lebih mencabar kepada beliau.


Pada tahun 2014,  Dr. Wardatul dapat peluang ketuai projek nano satelit NASA untuk di bawa ke planet Marikh.


Masa ini beliau sedang bekerja di Universiti  Purdue di Indiana.


Beliau juga pernah dapat peluang ketuai sepasukan saintis, jurutera dan jurutera untuk projek astrobiologi pertama NASA, SporeSet.


Dr. Wardatul berkhidmat sebagai saintis di Universiti  Purdue sebelum buat keputusan pulang ke Malaysia dan capai impiannya berbakti kepada negara di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


....


* Hayati amalan bisnes billionair Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang boleh kita tiru. Dapatkan di sini 👇


https://tipbiz.ordersini.com/view/s/amalan-bisnes-syed-mokhtar-albukhary



USAHAWAN YANG KUAT BERSEDEKAH



 Antara khabar angin yang pernah berlegar tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah beliau sedekah paling 300 juta setahun untuk tujuan kebajikan.





Dan 'khabar angin' juga kata beliau pernah marah salah seorang pekerjanya kerana dedahkan jumlah sumbangannya setiap tahun.


Betul atau tidak jumlah ini tak siapa tahu.


Tapi tidak mustahil ada kebenarannya.


Sebabnya Forbes Asia pernah nobatkan beliau sebagai salah seorang dermawan dengan sumbangan yang banyak.


Pada tahun 2013 sahaja jumlah sumbangan beliau yang dapat disahkan adalah lebih 1.5 billion ringgit (dalam dan luar negara).


Majoriti sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar disalurkan melalui Yayasan AlBukhary.


Dari mana datangnya sifat suka bersedekah beliau ini?


Dari ibunya.


Dari kecil lagi Tan Sri Syed Mokhtar telah dibiasakan ibunya dengan bersedekah kepada orang miskin.


Malah masa mula berniaga, ibunya 'arahkan' beliau untuk sedekah separuh dari gaji setiap bulan.


Amalan inilah yang buatkan Allah SWT izinkan bisnes beliau terus bertahan dan berkembang setiap tahun, walaupun macam-macam cabaran dihadapi termasuk terima panggilan telefon dari PMX.



KEH..KEH..KEH...SUDAH LAH BHAI...BALIK KO JAGA NEGERI KO TU...


 

KISAH IZZAH LAWAN RAFIZI


Mat SAMAN Kati


 Rafizi vs Izzah. 





Sapa-sapa yang tengok podcast Rafizi semalam boleh nampak Rafizi sudah bersedia untuk kalah. Bagi orang luar parti mungkin susah nak faham. 


Kalau dibandingkan Rafizi dengan Izzah, macam api dengan panggang. Dari segi idea dan pelaksanaan, aku bagi Rafizi 8..Izzah 1. Markah kesian. Dari segi sumbangan kepada parti, aku bagi Rafizi 6. Izzah aku malas nak bagi. 


Pernah tengok Izzah berkempen masa pilihanraya? Pernah tengok dia berceramah masa PRK? Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat PKR pun hanyut bila dapat kat dia. Izzah hanya aktif diawal reformasi sebab nak bebaskan bapak dia dan bila bapak dia bebas, dia pun hilang. 


So, game ini bukan antara Rafizi dengan Izzah. Game ini antara Rafizi dan orang yang tak suka Rafizi. Izzah hanyalah ikon atau avatar yang mewakili orang yang tak suka Rafizi. 


Semalam, bila aku sebut Triple H... ramai yang mesej aku bagi tau sapa Triple H. Semua sebut nama yang sama tapi semua takut nak sebut secara terbuka.


Pasai apa semua takut dengan Farhash Salvador? 


See, orang PKR sendiri setuju game ini antara Rafizi dengan Farhash. Farhash tak akan buat sesuatu tanpa restu Anwar. Ini aku yang cakap. 


Secara legal, aku masih ahli PKR Cabang Kuala Kangsar. Farhash pernah jadi Ketua Cabang Kuala Kangsar. Masa aku organise National Conference on Biodiversity tahun 2019, Farhash juga yang tolong aku dapatkan Anwar untuk merasmikan majlis. 


So, jangan kata, aku tak kenal Farhash. Dan jangan kata aku tak kenal Rafizi. 


Ini bukan nak cari sapa hero atau sapa crook. Sapa baik atau sapa jahat. Semua sama saja. 


Arwah Khalid Ibrahim dulu menjadi sanjungan masa dia jadi Menteri Besar Selangor. Cukup bagus dikalangan orang luar parti sebab cara dia mengurus negeri. Tapi dalam parti, dia tak disukai sebab kedekut. Dia tak mau bagi duit rakyat untuk perbelanjaan parti. 


Sapa yang menjadi dalang untuk menjatuhkan Khalid? Rafizi dan Saifuddin. 


Perkara yang sama, berlaku sekarang. Orang diluar parti menyanjung Rafizi tapi orang parti tak suka sebab Rafizi kedekut. Tak mau tolong parti. Hangpa dah jadi menteri.. gaji puluh ribu, tapi bil letrik pejabat pun kena mintak derma. Hangpa, makan sedap tiap hari, mesyuarat kat Seri Perdana, mesyuarat Cabang masih lagi bihun goreng dengan kopi O. Nak harap menteri turun, jangan harap la. Nak jumpa menteri pun, jangan harap la.


Jangan salahkan Farhash kalau dia mengambil peluang diatas kelemahan Rafizi ini. Dia ada masa dan ada duit untuk mengatur strategi. 


Gerakan untuk menyingkir Rafizi ini bermula sejak tahun lepas lagi. Langkah pertama yang aku nampak ialah dengan menukarkan Pengerusi PKR negeri Perak, Chang Lih Kang yang pro Rafizi dan digantikan oleh Amir Sabri yang merupakan Ketua Cabang Kuala Kangsar dan juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun. 


Semalam, Izzah memulakan kempen di Perak. Dan kalau tengok pada poster tu pun seriau. 


Team Rafizi menentang Team Anwar. Boleh menang ka lawan Anwar?