Antara khabar angin yang pernah berlegar tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah beliau sedekah paling 300 juta setahun untuk tujuan kebajikan.
Dan 'khabar angin' juga kata beliau pernah marah salah seorang pekerjanya kerana dedahkan jumlah sumbangannya setiap tahun.
Betul atau tidak jumlah ini tak siapa tahu.
Tapi tidak mustahil ada kebenarannya.
Sebabnya Forbes Asia pernah nobatkan beliau sebagai salah seorang dermawan dengan sumbangan yang banyak.
Pada tahun 2013 sahaja jumlah sumbangan beliau yang dapat disahkan adalah lebih 1.5 billion ringgit (dalam dan luar negara).
Majoriti sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar disalurkan melalui Yayasan AlBukhary.
Dari mana datangnya sifat suka bersedekah beliau ini?
Dari ibunya.
Dari kecil lagi Tan Sri Syed Mokhtar telah dibiasakan ibunya dengan bersedekah kepada orang miskin.
Malah masa mula berniaga, ibunya 'arahkan' beliau untuk sedekah separuh dari gaji setiap bulan.
Amalan inilah yang buatkan Allah SWT izinkan bisnes beliau terus bertahan dan berkembang setiap tahun, walaupun macam-macam cabaran dihadapi termasuk terima panggilan telefon dari PMX.

No comments:
Post a Comment