KENA PADA KELUARGA SENDIRI KO MEROYAN KOYAK. KO KATA PADA ORANG LAIN TAK PA PULAK.


 

AKHIRNYA DIN MENGAKU DUIT MASUK PARTI... MAKNYA NYA KAMU SAKAW MASUK PARTI.


 

MACAM DIA LA SOLLEH SANGAT... HUKUM ITU INI. JANGAN MAKAN ITU INI.


 

MUKA PENIPU MENYAKAW.


 

𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗞𝗔𝗠𝗜𝗟 𝗠𝗨𝗡𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗞𝗥, 𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗔𝗗𝗔𝗕 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗟𝗔𝗞 𝗬𝗚 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝




1) SUDAH lama saya perhatikan pemimpin muda PKR, antara anak didik PMX yg beradab, berakhlak 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗞𝗮𝗺𝗶𝗹 𝗠𝘂𝗻𝗶𝗺 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 (𝗦𝗘𝗧𝗣𝗢𝗟) 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗠𝗼𝗙 seorang yg tenang, kemas hujahnya dgn laras bahasa yg sangat beradab sopan. Pemimpin muda yg berpotensi di masa hadapan.


2) Ciri yg tidak ada pada 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮-𝗽𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 yg terjerit-jerit nahukan PMX meletakkan jawatan. KP mereka pula melakukan 𝗗𝗼𝘀𝗮 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 dgn tuduhan meliwat terhadap PMX. Dia ingat dia tak sebut nama Allah SWT tak tahu?? Itu adalah 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 dan tetap 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙. 𝗣𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 ni Allah pun depa nak tipu. 



3) Malah 𝗞𝗣 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 itu terang-terang membuat Fitnah ke atas Kerajaan berkaitan draf MoU yg telah saya ulas dalam artikel : 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛, 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗜𝗦𝗨 𝟯𝗥 𝗗𝗜𝗕𝗜𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗘𝗟𝗨𝗔𝗦𝗔 : 𝗧𝗜𝗕𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗬𝗗𝗣𝗔 𝗖𝗔𝗠𝗣𝗨𝗥𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 Link : https://www.facebook.com/zus.dinii.37/posts/pfbid02kjBWd9W2KM6waCAeyk1qSQ1WVGVAGoWxdjRyMPUcT9wJsqoECKVyf824hDmruTe2l



4) Mat Jargon hanya boleh tersipu-sipu berhadapan dgn Kamil Munim, gaya beliau menjelaskan betapa semangat demokrasi sepatutnya ditunjukkan oleh pemuka-pemuka politik utk mendahulukan Rakyat bukan komen dan tuduh Kerajaan macam-macam kerana tak setuju dgn draf MoU. Sepatutnya hantar lah komen ke atas draf itu. 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗿𝗶𝘂𝗵 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗱𝗿𝗮𝗳 𝗠𝗼𝗨 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗴𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻.


5) PMX seorang yg beradab dan berakhlak sebab tu anak didiknya pun begitu. Malang bagi pemuda-pemuda dan walaun KHAWARIJ mursyid mereka adalah 𝗰𝗵𝗶𝗽 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗣𝗮𝗸 𝗔𝗷𝗶 𝗘𝗱𝗱𝘆 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗘 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗴 𝘆𝗴 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗗𝗔𝗕 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗟𝗔𝗞. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗵 𝗧𝗼𝗸 𝗚𝗔𝗥𝗨 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮𝗯, 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗿𝗶𝗱 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗹𝗮. Tapi PMX suruh walaun pi ajar Pak Aji tu erti 𝗔𝗗𝗔𝗕 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗞𝗛𝗟𝗔𝗞. Eloklah tu Tok GARU dan anak murid kedua2nya tarak ADAB. 2x5.


6) Rasulullah S.A.W bersabda,


أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا


Maksudnya : “𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗸𝗺𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗻𝗮 𝗶𝗺𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗾𝗻𝘆𝗮.” 


(HR. Tirmidzi no. 1162, Abu Daud no. 4682 dan Ad Darimi no. 2792, hasan shahih)


Sebab tu 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 yg kaki mencaci cerca, maki hamun PMX tak payah le 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 bila sokong parti PNunggang Agama.


7) Menurut PMX, Pak Aji Eddy TEMPE bukannya "𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗹 𝗵𝗶𝗸𝗺𝗮𝗵, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗹 𝗺𝗮𝗸𝗶 𝘄𝗮𝗹 𝗵𝗮𝗺𝘂𝗻". Hish...malunya. Pak Aji yg dah tua-tua nak mampos tu walaun tunduk, puja dan beribadah pada dia rupa-rupanya 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗗𝗡 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗗𝗔𝗕 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗟𝗔𝗞?? 


8.) Offcozlah benar sebab PMX dan MDN lebih lama kenal 𝗣𝗮𝗸 𝗔𝗷𝗶 𝗘𝗱𝗱𝘆 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗘 dan tahu benar siapa dia. Semua rekod dalam tangan. Walaun sunat laser dan BBNU apa tahu?? Apa pun taktau.


Wallahualam.


-Zus Din 

27092024



KATA LAH APA PUN. ANWAR AKHIRNYA MENJADI PM KE 10. DAN MASA INI IA. ERADA DILANDASAN TERBAIK MENTADBIR NEGARA.

 

𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗨𝗔 𝗧𝗞𝗧 - 𝗧𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗬𝗔𝗡



𝗠𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻 𝗚𝗜𝗟𝗔 𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗶 𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗧𝘂𝗮 𝗻𝗶. Harap bateri cukup power la. Dia lupa berjuta org yg dok ratib liwat dan buat 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 dia ada share kat akhirat tu sebab dia lah yg mulakan cerita jijik tu sejak 1998. Skrg rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, masih tak sedaq diri?


𝗗𝗘𝗦𝗣𝗘𝗥𝗔𝗗𝗢. Buatlah macam mana pun, sekat lah macam mana pun Atok wooii..𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗪𝗧 𝗧𝗔𝗞𝗗𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗦𝗔𝗜 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠𝗫 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮. Dan yg syoknya anak2 Atok kena siasat. Kalau didakwa dan didapati bersalah, pakat dok dalam pagaq besi. Atok mungkin dah dok 6 kaki di bawah dah..kah kah...So relax Atok, hati panas takpa, 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗣𝗢𝗤...


-Zus Din 

27092024

************

https://www.malaysiakini.com/news/720720



SANG SAKA PENIPU



 


Macam biasa, Dr Mahathir Mohamad mengambil sejarah sekerat-sekerat. Dia pilih mana yang hendak ditulis, dan mana yang hendak dipadamkan. Di sana, dia berharap terlepas daripada semua bayang-bayang hitam dan kejahatan masa lalu.

 

Dalam twit petang Jumaat, 27 September, Mahathir mengulangi kenyataan yang Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman oleh mahkamah rentetan kes yang tercetus pada 1997-98. Kata Mahathir, ada dua tuduhan, yakni; salah guna kuasa, dan; liwat—yang keduanya sudah dijatuhkan hukuman. Mahathir bagaimana pun tidak akan sekali-kali berani menyatakan yang Anwar bukan sahaja telah mendapat Pengampunan DiRaja; terhapus semua kesalahan, bahkan; pengakuan bahawa memang wujud kepincangan dan ketidakadilan ketika kes-kes Anwar berlangsung dahulu.

 

Sepertimana permainan Pemuda PAS mutakhir ini, peristiwa berkenaan diungkit oleh Mahathir tanpa konteks dan latar belakang. Mahathir hanya ibarat kura-kura yang menyorokkan kepala; menyembunyikan dalih yang dialah kepala utama dalam serangan dan komplot terhadap Anwar, dulu dan kini.

 

Semua pertuduhan terhadap Anwar yang disebutkan Mahathir sebenarnya ada terkandung dalam buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM” yang ditulis oleh Khalid Jefri. Buku itu diterbitkan oleh syarikat Media Pulau Lagenda, beralamat di Taman Kosas, Ampang.

 

Telah didedahkan lama bahawa premis syarikat berkenaan ialah milik Rahim Thamby Chik, bekas ketua menteri Melaka yang menjadi aliansi politik Mahathir. Rahim juga cukup diketahui ramai memang berdendam dan cemburu terhadap Anwar. Nama Rahim sudah lebih awal rosak dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah.

 

Barang diingat, dalam buku “50 Dalil,” pertuduhan terhadap Anwar bukan cuma dua; bukan salah guna kuasa dan liwat sahaja. Ada juga pertuduhan lain-lain lagi, yang disenaraikan sehingga 50 banyaknya! Ia termasuklah konon Anwar berselingkuh dengan bini orang dan mempunyai anak luar nikah. Sampai hari ini, fitnah tersebut juga tidak dapat dibuktikan oleh Mahathir, mahupun penulis buku “50 Dalil.”

 

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 18 Ogos 2005 tidak pernah pula disebutkan oleh Mahathir sebagai sandaran hujahnya. Keputusan hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus adalah sangat penting bagi meruntuhkan seluruh pertuduhan sebelumnya. Dalam ringkasan penghakiman, Hishamudin menyebutkan:

 

“Berkenaan dengan cara keluasan penyebaran buku tersebut (’50 Dalil’) dalam Perhimpunan UMNO dengan cara meletakkan buku tersebut di dalam beg-beg para perwakilan perhimpunan tersebut. Defendan-defendan dan pihak lain yang telah berkonspirasi (‘who conspired’) dengan mereka telah mencapai tujuan mereka. Kerjaya politik plaintif (Anwar Ibrahim) telah musnah akibat penerbitan buku tersebut.”

 

Daripada keputusan itu juga, penulis dan penerbit buku diminta membayar ganti rugi RM4.5 juta—jumlah yang sebesar itu dikatakan bukan lagi kebiasaan dikenakan kepada kes-kes lain. Akan tetapi, memandangkan ia kes yang unik, maka jumlah ganti rugi sebesar itu pun ditetapkan oleh mahkamah.

 

Maka sekali lagi, dengan runtuhnya wibawa isi kandungan buku berkenaan, justeru wajarlah seluruh kes-kes atau pertuduhan lain juga tergugur. Tidak siapa yang boleh membayangkan, ketika Mahathir menjadi presiden UMNO, buku yang sebegitu jijik dengan pertuduhan liar, yang ditujukan kepada Anwar sebagai timbalan presiden UMNO boleh dimasukkan dan diedarkan di dalam beg-beg setiap perwakilan. Ya, kalau semua itu bukan kerja jahat Mahahtir, siapa lagi?

 

Semua fakta di atas sempat dikompilasikan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) dalam sebuah makalah yang bertajuk “Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi,” yang terbit pada 2005.

 

Bahkan ramai yang masih ingat adegan usung tilam ke mahkamah oleh pihak pendakwa. Foto berkenaan sengaja digunakan di muka depan banyak akhbar perdana bagi menimbulkan persepsi Anwar memang bersalah; jauh sebelum keputusan mahkamah sendiri. Sementara di dalam sidang, hujah yang jadi bahan jenaka juga selalu didengar, termasuk tarikh kondominium yang dipinda-pinda kerana dalam pertuduhan awal, kondominium yang dikatakan tempat kejadian di dekat Bukit Damansara belum pun lagi siap!

 

Dua hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap Anwar ialah Ariffin Jaka dan S. Augustine Paul, di mana ketika mengendalikan kes, keduanya menerima kecaman pelbagai pihak termasuk badan-badan antarabangsa seperti Human Right Watch (HRW) dan The International Commission of Jurists (ICJ). Kesatuan Eropah (EU) juga ada mendesak agar proses mahkamah wajarlah mengikut piawai sistem keadilan antarabangsa. Di kalangan kelompok elit di Kuala Lumpur, selalu pula kedengaran bahawa hubungan Mahathir dengan ‘hakim gula-gula Hack’ bukan lagi rahsia.

 

Ahli Majlis Fiqh Antarabangsa yang berpengkalan di Jeddah, melalui Dr Sheikh Taha Jabir al-Alwani pernah mengeluarkan fatwa tentang pencabulan terhadap keadilan dan hukum syarak dalam pertuduhan terhadap Anwar. Boleh dikatakan, tidak ada satu pun badan, pemimpin dan organisasi di peringkat antarabangsa yang cenderung melihat dan percaya bahawa kes terhadap Anwar dapat berlangsung dengan adil—melainkan ia konspirasi keji semata-mata.

 

Dan sungguh taktik ala-Mahathir itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam kajian politik moden. Misalkan, Selepas Perang Dunia Ke-II banyak individu yang dimusuhi rejim di negara masing-masing pernah dituduh menjadi tali barut komunis. Ini juga terjadi di Indonesia, Singapura dan Malaysia.

 

Begitu ketika Anwar dan Dr Syed Husin Ali ditahan pertama kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pertengahan 1970-an, antara tuduhan kepada mereka ialah menjadi agen komunis.

 

Seorang mantan ketua pengarang Utusan Melayu, Said Zahari juga ditahan dan dipenjarakan selama 17 tahun oleh rejim Lee Khuan Yew atas tuduhan sama. Mujur sewaktu Anwar hendak dihabisi oleh Mahathir pada era Reformasi ‘98, sentimen komunis sudah tidak laku di kalangan rakyat Malaysia, dan Perang Dingin sudah lama berlalu. Kalau sentimen itu masih boleh digunakan, tidak mustahil Mahathir turut menuduh Anwar sebagai tali barut komunis juga.

 

Di sisi lain, percubaan Mahathir untuk mengaitkan Anwar dengan Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF) juga gagal. Bolehkah kita bayangkan, boleh dikatakan apa sahaja cemuhan, kata nista dan tuduhan yang ada di dalam benak seorang Mahathir, semuanya akan dihalakan kepada Anwar. Justeru itu, tidak hairanlah yang Mahathir memang tidak pernah berniat jujur untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sama ada 26 tahun lalu, mahupun ketika beliau diberi peluang menjadi perdana menteri kali kedua selepas PRU 2018 dahulu.

 

Mahathirlah yang sudah lama merancang pengkhianatan, sama ada di dalam atau luar negara untuk menyekat Anwar dengan apa cara sekali pun. Akan tetapi, perancangan Allah SWT tiada siapa yang mampu mengubah atau menghalanginya. Apa yang menakutkan, satu-persatu kehinaan tertimpa pula kepada setiap sang konspirator, meski di hujung hayat-hayat mereka. — Oleh HASMI HASHIM.