KEH KEH KEH...HASIL DIDIKAN SALAH.,

 

Timbalan menteri ni dia cakp masuk puluh ribu...kata dia bodo tak jadi hal..sebab tu peluang berkaloborasi dengan umno.



Hang pulak dengan baret merah dan uniform sekupang pun hang tak dapat kurang rega minyak masak...hang tak rasa malu ka memang hang bodo?


Mohd Mukhlis Mohd Syarif.



Inilah contoh terbaik hasil skuad Jilat menunggang inflasi. Kan lebai dah kata harga barang tetap akan naik, jadi kalau naik pun bukan masalah besar.


Kalau rasa susah hati, sesak nafas tengok kos barang naik, amalkan wirid "22 bulan hidup tersiksa, janji duta guru selesa", pasti hati akan tenang dan cepat bertemu Tuhan.



GAMBAR GAMBAR HIMPUNAN BANTAH HARGA NAIK : HIMPUNAN YANG SEHARUSNYA MENGGERAKKAN MASYARAKAT. BUKAN SATU PARTI TAPI JENTERA DAN PH PERLU BERGERAK BERSAMA.YANG LAIN NAK JOIN BOLEH IKUT.


KREDIT FOTO RAYME RAHMAN


LOKASI MASJID JAMEK



















 

TEMA HARI MERDEKA....PAKAT PAKAT LOMPAT


 Zunar cartoonist fan club


AGAK AGAK PATUT KA DIA BERCAKAP SELEPAS LAMA TAK BERCAKAP ? BIASA KALAU PILIH MENTERI YANG BODO..HASILNYA PUN BODO MACAM MENTERI NI CAKAP. PATUT PE SEKEH PALA DIA MASA DIA KATA SPORE TANAM PADI

 

Harga barang bukan masalah besar, kata timbalan menteri



Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Nik Muhammad Zawawi Salleh, berkata Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang memperuntukkan sejumlah besar wang untuk memberi subsidi bagi membantu rakyat.

PETALING JAYA: Seorang timbalan menteri dari PAS menyifatkan kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada pengguna di negara ini.

Nik Muhammad Zawawi Salleh yang juga timbalan menteri pertanian dan industri makanan, berkata situasi rakyat negara ini lebih baik, berbanding rakyat di negara lain dikatakan lebih teruk.“Oleh demikian, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada mereka (pengguna). Berbanding dengan rakyat dari negara lain, mereka di sana lebih teruk keadaannya daripada kita.

“Dalam kes kita, kerajaan kita masih mempunyai keupayaan untuk membantu rakyat dan kita akan terus mencari jalan untuk membantu rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang memperuntukkan sejumlah besar wang untuk memberi subsidi bagi membantu rakyat.

“Kami masih memberi subsidi untuk ayam dan telur yang mana, untuk kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan menyediakan bantuan tunai.

“Oleh itu, apabila kita bercakap mengenai kenaikan harga ayam dan telur, kita kena sebut juga tentang subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

Katanya, tidak ada satu negara di dunia yang mampu menghalang kenaikan kos barangan yang turut berlaku di seluruh dunia.

Sebelum ini, Jemaah Menteri mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung, bermula hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee, berkata Jemaah Menteri turut bersetuju untuk menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 0.45 sen sebiji bagi gred A, Gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji).

KATA TAK GADUH- NAK CARI JALAN HARMONI DALAM UMNO PULAK...BERSERABUT LA TU BHAI....

 

Pucuk pimpinan UMNO perlu cari jalan harmonikan semula parti - Annuar Musa


Bernama
Pucuk pimpinan UMNO perlu cari jalan harmonikan semula parti - Annuar Musa
Menurut Annuar, dalam keadaan negara menghadapi isu harga barang, UMNO seharusnya mengurangkan kegawatan dalam parti sebaliknya memperkukuh solidariti dan terus fokus dalam memberikan khidmat kepada rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan UMNO perlu mencari jalan untuk mengharmonikan semula parti selepas pendedahan mengenai wujudnya akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata dalam keadaan negara menghadapi isu harga barang, UMNO seharusnya mengurangkan kegawatan dalam parti sebaliknya memperkukuh solidariti dan terus fokus dalam memberikan khidmat kepada rakyat.
"Saya fikir sekarang ini elok kurangkan kegawatan, pucuk pimpinan harus cari jalan harmonikan keadaan.

 "Dari terus serang-menyerang dan terus-menerus gawat, kalau boleh saya cadangkan harus ada pihak ambil tindakan uruskan hal ini, dan tidak membincangkan ia secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2022 di sini hari ini.
Annuar yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian ketika ditanya mengenai pendedahan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu pada satu sidang media khas selepas digugurkan dari MT UMNO pada 24 Jun.
Ditanya sama ada beliau menandatangani SD berkenaan, Annuar berkata: "Saya tidak terlibat".
Sementara itu, Annuar menafikan laporan media mengenai mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ada dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.
"Palsu!. Sebagai menteri komunikasi saya boleh jawab dengan ringkas, ia adalah palsu," katanya.
Beliau berkata mesyuarat Kabinet yang diadakan setiap minggu hanya membincangkan soal berkaitan negara dan kebajikan rakyat.
-- BERNAMA

TIKTOK- MERAPU APA NAJIB


 

TIKTOK ANJING ZAHID DAN NAJIB MAKI SAYA DATO ZAHRIN


 

TIKTOK PEMBOHONG

 


TIKTOK PELUANG PEKERJAAN DI KELANTAN TAK ADA..DIA EXCO..GAJI MAKIN NAIK


 

TIKTOK NIK AMAR MENGAKU KELANTAN TAK ADA AIR BERSIH






 

ANWAR DEDAH APA BERLAKU DI SEBALIK LANGKAH LE MERIDIEN


APA CERITA PROJEK PEMBEKAL 5G NEGARA?


ITU KATA PENGANALIS. ORANG BUKAN PAKAI SANGAT PUN PENGANALISI TANPA ADANYA ANALISIS JITU MACAM INVOKE LAKUKAN. BUKAN SOAL LAPOK ATAU KELEBIHAN ATAU KURANGNYA RAKYAT TAHU UMNO TENGAH BERGOLAK. ITU SAJA. JADI PENGANALISIS NI KENA BIJAK BICARA...KALAU TIDAK ORANG GELAK.

 

Isu SD Umno tak beri kelebihan pada Anwar, kata penganalisis




Seorang penganalisis melihat pendedahan Anwar Ibrahim itu akan
 memberikan lagi kekuatan kepada ahli Umno untuk bersatu kerana
 mereka percaya ia adalah cubaan menghancurkan parti dari dalam.

PETALING JAYA: Penganalisis politik berpandangan bahawa tindakan Anwar Ibrahim yang mengesahkan Umno memberi surat akuan bersumpah (SD) menyokongnya menjadi perdana menteri, tidak memberi sebarang nilai tambah kepada ketua pembangkang itu.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, ia tidak memberi kelebihan kepada pemimpin itu dalam meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap diri serta gabungan pimpinannya.

“Kelebihan tetap ada pada BN biarpun Anwar mengesahkan pendedahan Tajuddin Abdul Rahman itu. Isu sama pernah didedahkan sebelum ini namun BN tetap berjaya menang pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor,” katanya.

Semalam, Anwar mengesahkan pendedahan yang oleh dibuat bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini bahawa beliau adalah saksi bahawa Umno menghantar SD menyokongnya sebagai perdana menteri kepada Agong.

Awang Azman Awang Pawi.

Beliau turut mendedahkan bahawa Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi adalah antara 15 pemimpin Umno yang membuat SD itu.

Anwar yang ditemui dalam satu majlis di Port Dickson itu berkata, Najib ada memberi SD kepada beliau namun dengan syarat bahawa kes mahkamah mensabitkan bekas perdana menteri itu “tidak diteruskan”.

Iskandar Hasan Tan Abdullah.

Sementara itu, Iskandar Hasan Tan Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan melihat pendedahan itu akan memberikan lagi kekuatan kepada ahli Umno untuk bersatu kerana mereka percaya ia adalah cubaan menghancurkan parti dari dalam.

“Bagi mereka, kesetiaan ke atas parti lebih utama daripada mempercayai pendedahan tersebut yang dilihat sebagai satu kaedah yang cuba menghancurkan Umno dari dalam.

“Cubaan ini akhirnya menemui kegagalan kerana apa yang didedahkan itu sebenarnya memberikan lagi kekuatan kepada ahli Umno untuk lebih bersatu dan setia kepada parti.

“Memandangkan pendedahan itu adalah isu lapuk dan tidak diambil cakna oleh Umno sendiri, maka ia akan berlalu,” katanya.

Dr Mahathir dedah ada usaha nak gulingkan PM

 


Dr Mahathir dedah ada usaha nak gulingkan PM


Pendedahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, semalam termasuk gesaan menandatangani akuan bersumpah (SD) menunjukkan banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

Tanpa memperincikan mana-mana parti politik, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pertukaran perdana menteri menjadi isu yang dimainkan pihak terbabit bagi menarik sentimen rakyat.

 “Itulah kerja mereka…bukan hendak mentadbir negara,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Jabatan Peguam Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan dibuat Tajuddin semalam yang mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak layak memimpin parti dan perlu undur diri secara terhormat.

Tajuddin yang digugurkan jawatan itu Selasa lalu menerusi satu surat mendakwa segala keputusan mesyuarat MKT UMNO selama ini bukan kehendak ahli MKT, sebaliknya adalah kehendak Ahmad Zahid sendiri.

Ahli Parlimen Pasir Salak turut mendedahkan Ahmad Zahid mengetuai bagi menandatangani SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri.

Tajuddin turut mendakwa Ahmad Zahid juga tidak berpuas hati dengan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kerana beliau tidak diberi ruang menggalas jawatan itu.


Nazri dedah Salahuddin lebih disenangi di Pulai berbanding pemimpin Umno

 


Nazri dedah Salahuddin lebih disenangi di Pulai berbanding pemimpin Umno


Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub lebih disenangi pengundi di parlimen tersebut berbanding Datuk Nur Jazlan Mohamed, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mohamed Nazri berkata, kemenangan Salahuddin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini adalah bukti rakyat lebih meyakininya.

“Pada saya Salahuddin telah membuktikan dia telah memberi khidmat yang jauh lebih baik berbanding Nur Jazlan di Pulai.

“Bukti jelas rakyat menyenangi Salahuddin bila dia menang di DUN Simpang Jeram pada PRN Johor baru-baru ini.

“Ketika itu, rakyat tolak ramai calon PH tetapi Salahuddin menang, itu tanda rakyat suka dia.“Masa dia lawan Nur Jazlan di Pulai pada PRU14 pun dia menang besar, itu pun isyarat rakyat tidak suka Nur Jazlan.

“Saya tidak mahu ganggu ahli parlimen yang disenangi rakyat. Lagi pun Salahuddin kawan baik saya,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pelawaan kali kedua Nur Jazlan agar bertanding di Parlimen Pulai.

Pada Selasa, Nur Jazlan sekali lagi mengulangi pelawaan beliau agar Mohamed Nazri bertanding di parlimen tersebut.

Mohamed Nazri turut merakam penghargaan kepada Nur Jazlan yang mengiktiraf beliau sebagai Pahlawan UMNO.

“Terima kasih lah sebab iktiraf saya sebagai Pahlawan UMNO.

“Hanya pahlawan sahaja yang boleh menang selesa dalam PRU ketika tsunami politik dan rakyat menolak UMNO.

“Saya tidak mahu komen lanjut tentang Nur Jazlan sebagai menghormati Allahyarham bapanya Tan Sri Mohamed Rahmat yang cukup saya kenali dan kasihi,” katanya lagi.

Sebelum ini ketika kali pertama dipelawa Nur Jazlan bertanding di Parlimen Pukai,Mohamed Nazri berkata beliau yakin boleh menang sekiranya bertanding di parlimen itu.

Selain Mohamed Nazri, Nur Jazlan turut mempelawa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong bertanding di Parlimen Pulai pada PRU15 nanti.



HAAAA....BUAT ELOK ELOK DENGAN GANG BUDAK AMPANG- BUANG HANTU KAWASAN TU...AJAR PENGKHIANAT KUASA RAKYAT UNDI DIA SELAMA INI

 

Hans Isaac menang ketua PKR bahagian Ampang




Hans Isaac menang dalam perebutan jawatan ketua PKR bahagian Ampang menerusi pemilihan semula parti yang diadakan Rabu lalu.

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit, Hans Isaac menang dalam persaingannya untuk merebut jawatan ketua PKR bahagian Ampang.

Menerusi akaun Instagramnya, bekas pengerusi Finas itu memuat naik gambar dirinya menandatangani dokumen dengan kapsyen “Happy to announce officially that it’s official” diikuti dengan tanda pagar “Ketua Cabang Ampang” (Ketua bahagian Ampang).

Pemilihan semula diadakan di bahagian PKR Ampang pada Rabu selepas keputusan pemilihan bahagian dibatalkan berikutan dakwaan ketua bahagian yang baharu dipilih terlibat dalam pembelian undi.

Sebelum ini dilaporkan Daing Muhammad Reduan Bachok menang dalam pertembungan enam penjuru bagi jawatan itu menentang Hans dan empat calon lain. Daing hilang kelayakan daripada pemilihan semula itu.

FMT cuba menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Dr Zaliha Mustafa untuk mendapatkan komen.

DUTA BESAR KE INDONESIA: TARIK BALIK LANTIKAN TAJUDDIN


TIDAK PEDULI TEKANAN KERAJAAN, SIDANG NADI RAKYAT DITERUSKAN ESOK


(function() { var d = document, w = window; w

SELEPAS 24 TAHUN MEREKA BERSATU KEMBALI