MGID

TERUS BONGKAR APA SAJA TENTANG UMno

Selangor Akan Bawa Pakar Luar siasat penyelewengan NFC

GOMBAK, 2 DIS : Kerajaan Selangor bersedia memperuntukkan sedikit dana untuk menggunakan khidmat pakar penyiasatan daripada negara luar seperti Britain dan Eropah bagi membawa kes projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke mahkamah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia adalah pendekatan yang sering digunapakai negara luar bagi menyelesaikan jenayah kolar putih atau jenayah bersifat korporat.

Jelasnya, walaupun ia adalah pendekatan yang belum pernah digunakan di negara ini, namun beliau yakin kaedah itu akan membantu menyelesaikan perkara berkenaan.

"Saya serahkan kepada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution. Mereka akan membuat pembentangan kepada pihak polis dan MACC supaya menunjukkan pekara yang perlu diperhatikan oleh pihak polis."

"Ini adalah perkara baru di Malaysia tetapi perkara ini sangat dijaga di Britain dan Australia."

Terdahulu, ketua Audit Negara mendedahkan bahawa projek fidlot tersebut dalam keadaan kucar kacir dan tidak menepati sasaran ekoran tiada kepakaran pengurusan.

Skandal ini menjadi tumpuan media apabila pimpinan Pakatan Rakyat mempersoalkan pinjaman dana RM250 juta yang diberikan kepada keluarganya.

Tidak cukup dengan itu, beberapa pendedahan berhubung salahguna kuasa dan urus tadbir oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pembelian dua buah kondo mewah dan membuka syarikat-syarikat milik peribadi turut didedah.

Namun, kepimpinan Umno dan sayap Wanitanya bersungguh-sungguh mempertahankan Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Radioaktif Lynas: Akhirnya Kerajaan BN Akui Berbahaya

Radioaktif Lynas: Akhirnya Kerajaan BN Akui Berbahaya


Setelah berbulan-bulan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berdolak-dalih mempertahankan projek Lynas yang menghasilkan radioaktif merbahaya di Gebeng, Pahang, akhirnya kementerian itu mengajui projek tersebut tidak begitu selamat kepada alam sekitar.

Demikian ditegaskan oleh ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menyambut baik kenyataan Setiausaha MITI Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh dikeluarkan ke atas LAMP sewaktu beliau melawat kilang itu di Gebeng 30 November lalu.

“Menteri MOSTI sudah pun mengaku di Dewan Rakyat, sewaktu sessi penggulungan peringkat jawatankuasa bajet bahawa sisa WLP berkadar radioaktiviti 6Bq/g (laporan IAEA ms 13) dari kilang LAMP diklasifikasikan sebagai sisa buangan radioaktif.

“Ini bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini yang bertegas mengelirukan rakyat mengatakan bahawa sisa dari LAMP adalah selamat, boleh ditabur di merata-rata tempat di samping merupakan sisa industri yang hanya mengandungi NORM (Normal occuring radioactive material)

“Pengakuan Menteri Kementerian Sains dan Inovasi (MOSTI) jelas menunjukkan bagaimana pihak kerajaan selama ini hanya menjadi jurucakap Lynas dan menggunakan maklumat dari Lynas semata-mata. Malah Fact Sheet mengenai Lynas keluaran MITI juga merupakan input dari Lynas,” katanya dalam satu kenyataan media.

Fuziah juga merujuk kepada laporan National Toxic Network Australia mengenai bahaya kebocoran radioaktif yang didedahkan oleh kerajaan negara itu yang dikatakan menyamai kadar radioaktif di Lynas sekiranya kilang itu beroperasi kelak.

“Selepas terbitnya laporan National Toxic Network Australia berkenaan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini, saya ingin menegaskan bahawa kedudukan LAMP di Gebeng nanti dijangka akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi (hingga mengakibatkan malapetaka),” katanya.

Tambah Fuziah, radioaktif yang dikeluarkan Lynas memang jauh lebih besar daripada kadar dibenarkan antarabangsa yang sesuai bagi manusia tinggal berhampiran dengannya. Oleh itu tidak sepatutnya kilang Lynas didirikan berdekatan dengan penempatan penduduk. Kadarnya seperti berikut:

1) Radioaktiviti sisa Lynas concentration plant di Mt Weld ialah dikadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktiviti sisa WLP solid di LAMP ialah pada kadar 6 Bq|g. Kadar maksimum yang diterima antarabangsa ialah 1Bq|g di mana Malaysia juga menerima pakai standard antarabangsa ini.

2) Di dalam jarak 30 kilometer radius di Lynas concentration plant di Mt Weld, tiada wujud penduduk sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk.

3) Dalam jarak 25 km radius di Lynas Concentration Plant di Mt Weld, tiada terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan LAMP ialah di atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi dari kadar paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan di sebelah Gebeng. LAMP juga terletak dalam 5km dari laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancongan. Di samping itu laut China Selatan juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama.

Kata Fuziah, dengan segala fakta itu kebocoran di LAMP akan meninggalkan impak yang cukup menghancurkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan penduduk. Tiada industri yang 100% bebas kemalangan dan LAMP tidak terkecuali.

“Selama ini Lynas berselindung di sebalik kementerian MOSTI dan MITI dan tidak bersikap bertanggungjawab. Menteri di kedua kementerian sebelum ini hanya menekankan aspek radiasi luaran, mengikut rentak dan telunjuk Lynas. Malah aspek radiasi dalaman juga tidak dapat dijawab oleh Menteri sebelum ini.

Saya tegaskan bahawa LAMP tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi di Gebeng tidak akan boleh menepati dan mematuhi segala aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa,” tegasnya.

PATUT BACA- Adegan UMNO yang tak sanggup kita lihat...MALUNYA MENJADI BANGSA DAN PARTI MELAYU....(WRLR)

Adegan UMNO yang tak sanggup kita lihat...auta pemimpin untuk sang lembu yang dipawah.

Perhimpunan agung UMNO bermula secara rasminya hari ini. Namun arah tujuannya sudah pun jelas melalui suara persidangan sayap pemuda, wanita dan puteri parti semalam. Malah lebih awal lagi, api perkauman sudah pun dinyalakan.

Sebelum persidangan bermula, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan telah memulakan tembakan dengan memberi peringatan basi kepada orang Melayu bahawa jika UMNO hilang kuasa, maka Melayu akan hancur musnah.

Menurutnya, tanpa UMNO, institusi diraja akan hancur dan Islam juga akan hancur kerana DAP merupakan "ejen kristianisasi". Tidak cukup dengan itu, DAP dituduhnya tidak menghormati institusi raja kerana tidak mahu meminta atau menerima darjah kebesaran!

Kenyataan politik longkang ini datangnya dari seorang pemimpin UMNO yang hanya beberapa hari lalu dilaporkan media sebagai berkata, "apabila kita beri pandangan tertentu, kita perlu memikirkan perasaan kaum lain yang pelbagai dalam negara ini."

Cakap tak serupa bikin itu sudah seperti menjadi budaya di kalangan pimpinan UMNO. Mungkin mereka lupa pesan nenek moyang sendiri, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

"Parti paling rasis"

Bukan sahaja tidak ada sesiapa yang menegurnya, malah Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin menyambung nada Ahmad dengan mengumumkan "jihad" untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional - dengan menghamun DAP sebagai "parti paling rasis".

DAP yang menolak ketuanan kaum, yang mahu kepada hak dan peluang saksama, dan yang mahu kepada keadilan untuk semua, dikatakan parti paling rasis. Inikah kenyataan bernas dari seorang Menteri Pelajaran?

"Daripada soal kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP," kata Muhyiddin tanpa memberi sebarang bukti untuk mengalas fitnahnya.

Ditambah pula: "Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan."

"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa."

Bukan sekali, malah berkali-kali fitnah. Begitu rendah sekali pandangan Timbalan Perdana Menteri terhadap orang Melayu yang disangkanya akan mudah menelan bulat-bulat pembohongannya. Oh, mungkin yang ditujukannya itu hanya kepada para perwakilan UMNO sahaja.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah ucapan Timbalan Presiden UMNO di mana lebih 60 kali nama "DAP" disebut dengan diselitkan dengan pelbagai fitnah. Memang semua pembohongan Muhyiddin dijawab oleh DAP tetapi kita sedar tidak ada satu kenyataan pun telah dan akan disiarkan oleh media massa yang hampir keseluruhannya dikawal oleh UMNO-BN.

Sopan santun perwakilan UMNO?

Mengapa para pemimpin UMNO perlu memusuhi orang lain demi mengekalkan kemandirian politiknya? Mereka sentiasa menggunakan DAP (sebagai ganti nama 'Cina') untuk menjadi kambing hitam. Kini untuk menambah perencah dalam hidangan mereka yang basi, mereka menambah penganut agama Kristian pula sebagai sasaran.

Tidak cukup dengan itu, bahasa sesetengah perwakilan UMNO sewaktu persidangan sayap-sayap parti juga biadap dan memalukan serta menjatuhkan maruah bangsa Melayu. Sudah tentu ada di antara 3.2 juta ahli UMNO yang merasa malu mereka menjadi anggota parti itu pada saat ini.

Seorang wakil Pemuda UMNO, mungkin kerana penguasaan kosa kata yang lemah dan terhad, telah menggelar PAS dan PKR sebagai "pondan" dan "bapok" serta menuduh sesiapa yang menyokong DAP adalah "bangsat". Jika beginilah pemimpin muda Melayu, sukar dibayangkan nasib anak-anak Melayu di masa hadapan.

Jika berbuat salah, salahkan orang lain

Logik yang semakin pupus sifat munasabahnya pula dibawakan oleh Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal penternakan lembu, termasuk wang yang digunakan untuk membeli kondominium mewah, dengan cuba mengalihkan tumpuan kepada kes mahkamah Anwar Ibrahim.

Shahrizat mencabar Wanita PKR supaya mendesak Wan Azizah Ismail meletak jawatan kerana suaminya Anwar dikatakan telah melakukan pelbagai kesalahan. Apa pula kena-mengena Anwar dengan projek lembu beratus juta ringgit yang diberikan kepada keluarga Shahrizat yang penuh dengan pelbagai persoalan, sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara?(NAK MENIPU DAN MELEPASKAN KESALAHAN ...NAMUN UMNO YANG SEMEMANGNYA TUNGGUL KAYU MEMPERCAYAI APA SAHAJA TANPA MENILAINYA-PEMIMPIN MENAIKI KERETA 500 RIBU-PENYOKONG NAIK MOTOSIKAL ATAU PROTON BURUK KE TEMPAT KERJA-WRLR)


(BANGANGNYA SI PENYOKONG YANG MENCIUM MANUSIA YANG TELAH DIKAITKAN DENGAN SKANDAL NFC DIANGGAP PEMIMPIN-WRLR)


Dan seperti biasa, agama menjadi alat. Shahrizat yang mendapat "restu" perwakilan wanita yang mengangguk dan menyorak sokong sewaktu ucapannya itu, menggulung dengan menyatakan: "Saya menyeru semua rakyat Malaysia tak kira parti mana pun, kita orang Islam mari bersatu, jangan kita biarkan ideologi politik memecah-belahkan ukhuwah kita".(YA CAKAP SOAL ISLAM..PAKAI TUDUNG PUN TAK BETUL-SAPU BERJUTA-JUTA..AJAK RAKYAT BERSATU PERGHHHHH-WRLR)

Telenovela tahunan UMNO ini baru sahaja bermula. Saksikanlah drama hebat ini yang pasti mengundang air mata, sama ada terlalu sedih dan pedih mengenangkan nasib orang Melayu di bawah UMNO atau terlalu tidak masuk akal memikirkan kedangkalan politik UMNO masa kini yang telah menghancurkan impian ibu-ibu dan bapa-bapa kemerdekaan kita.

MASIH BERKUMANDANG DI PWTC-PERSIDANGAN POK AMAI-AMAI

(function() { var d = document, w = window; w

PENYOKONG UMNO, PAS BERBEZA PENDAPAT TENTANG MUHYIDDIN

  Minggu ini politik Malaysia digawatkan berkaitan hubungan politik antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN). Pembentukan Kerajaan Perikatan ...