POLITIK WANG: PARTI ADA MAKLUMAT – ANWAR

GAJI MINIMUM AKAN DIBAWA SEMULA KE KABINET – KULA

TUN MAHATHIR PERLU ROMBAK KABINET, TAK CANTIK BAKAL PERDANA MENTERI BERADA DI LUAR KERAJAAN



(ShahbudinHusin 16/10/2018)



Kembalinya semula Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen semalam merupakan satu lagi detik bersejarah dalam hubungan beliau dengan Tun Mahathir Mohamad.

Pernah merupakan gandingan paling rapat ketika dalam UMNO, kemudian terpecah pada 1998, seterusnya berbalah dan saling mengata selama berbelas tahun di pentas ceramah atau melalui saluran media, kedua-duanya kemudian bertemu dan berdamai pada 2016 apabila Tun Mahathir mengunjungi Anwar di mahkamah.

Sejak itu hubungan mereka terus bertaut dan semakin rapat sehingga kedua-duanya dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ke-7 dan bakal Perdana Menteri ke-8 dalam kempen PRU14 yang menjadikan Pakatan Harapan merupakan gabungan pembangkang pertama dalam sejarah negara berjaya menumbangkan UMNO dan BN.

Tidak dinafikan bahawa salah satu keyakinan rakyat untuk mengundi Pakatan Harapan dan membuang BN dalam PRU14 ialah kerana gandingan Tun Mahathir dan Anwar yang dipercayai mampu memulihkan negara ini daripada pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh Najib Razak.

Tanpa Tun Mahathir, Pakatan Harapan tidak mungkin menang pilihanraya serta membentuk kerajaan dan tanpa memasukkan nama Anwar juga mustahil Pakatan Harapan mampu beroleh kejayaan.

Selepas lima bulan kemenangan bersejarah pada 9 Mei lalu, hari ini kedua-duanya iaitu Tun Mahathir dan Anwar sudah pun kembali berada Parlimen sepertimana kali terakhir kita pernah saksikan gandingan mereka pada tahun 1998 dahulu.

Tetapi, kali ini Tun Mahathir adalah sebagai Perdana Menteri dan Anwar hanyalah sebagai Ahli Parlimen biasa saja. Meskipun Timbalan Perdana Menteri ialah Dr. Wan Azizah Wan Ismail, namun bakal pengganti kepada Tun Mahathir yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Harapan ialah Anwar, bukan Dr. Wan Azizah yang menjadi orang nombor dua dalam kerajaan sekarang.

Walaupun kembalinya semula Anwar sebagai Ahli Parlimen kian mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan dan persoalan untuk meletakkan beliau sebagai pengganti Tun Mahathir tidak menjadi masalah lagi, tetap ternampak ada kejanggalan yang amat ketara di mana bakal Perdana Menteri ke-8 hanya Ahli Parlimen biasa dan bukan sebagai sebahagian anggota kerajaan.

Untuk itu, sesuai dengan kembalinya semula Anwar sebagai Ahli Parlimen serta kemenangan besar yang telah diraihnya dalam pilihanraya kecil Port Dickson baru-baru ini yang memberi gambaran pengundi memang tidak meragui langsung  kedudukannya ssbagai bakal Perdana Menteri ke-8, maka adalah wajar bagi Tun Mahathir untuk melakukan rombakan kabinet dalam waktu yang terdekat ini.

Anwar perlu dikembali dan diletakkan sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menggantikan Dr. Wan Azizah sebagai sebahagian proses dan pengiktirafan bahawa beliau adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya.

Adalah lebih cantik jika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri, berbanding daripada kerusi Ahli Parlimen biasa terus "melompat" mengambili alih jawatan ketua kerajaan daripada Tun Mahathir.

Selain itu, dengan adanya Anwar dalam kabinet, kedudukan kerajaan juga dengan sendirinya akan bertambah kukuh dan mantap berbanding sekarang yang hanya Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin saja merupakan pemimpin yang ada pengalaman dalam pentadbiran di peringkat persekutuan.

Terlanjur dengan rombakan itu nanti, bolehlah juga Tun Mahathir menukar atau menggugurkan beberapa menteri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik atau lebih banyak menimbulkan kecaman orangramai berbanding perkhidmatan mereka kepada rakyat dan negara.

Dalam era Malaysia Baru ini, kita tidak perlu menteri-menteri yang kemaruk dengan gelaran Datuk dan Datuk Seri, suka bercakap soal remeh dan picisan seperti stokin atau menteri yang merasakan dirinya macam "artis popular" dengan suka memuatnaik di media sosial gambar mandi tanpa baju dalam "bathtub" untuk tontotan seluruh dunia.

Perangai sesetengah anggota kabinet yang cukup memualkan ini, bukan saja kepada rakyat, tetapi juga kepada penyokong Pakatan Harapan sendiri, sewajarnya ditangani dengan segera oleh Perdana Menteri sebelum tanda-tanda penolakan rakyat menjadi semakin ketara.

Mewujudkan semula gandingan Tun Mahathir dan Anwar dalam kerajaan, sambil dibuang  beberapa menteri yang menyakitkan mata dan menyesakkan dada, barangkali adalah penawar untuk memulihkan kembali keyakinan sebahagian rakyat yang sudah mula "putus harapan" kepada kerajaan Pakatan Harapan. 

INI ANTARA CONTOH BAGAIMANA AHLI Umno HIMPIT PEMIMPIN PAKATAN

Image may contain: 1 person, smiling, standing

Molek doh tu....
Menteri pun selesa

Jika x menang PRU 14, MENTERI PUN TAK BERPELUANG BERSAMA ORG UMNO.
DAH MENANG,KENA KUTIP UMNO BARU RAMAI NANTI TUKANG PACAK BENDERA.
Golongan ini akan cari apa cara pun utk bergambar, dengan gambar itulah nantinya mereka harap boleh cari makan seperti yang mereka buat zaman Najib.....
Golongan ini lupa, INI MALAYSIA BARU!
MENTERI KITA PULA JENIS TAK KISAH NAK JADI APA,ASAL SAJA ADA ORANG NAK BERGAMBAR!
Image may contain: 2 people, people smiling, selfieImage may contain: 5 people, people smiling, people sitting

Warkah ringkas untuk Tun Dr Mahathir B. Mohamad. Perdana Menteri Malaysia yg ke-7


Assalamualaikum Tun...moga Tun sihat adanya dan sentiasa di berkati oleh Allah S.w.t. Tun..baru-baru ini Tun ada menyatakan kekesalan Tun kerana masih ada Pegawai-pegawai tertinggi KERAJAAN yg cuba mensabotaj kerajaan pimpinan Tun. Ketika Tun memberikan kenyataan itu...ianya lebih menjurus tentang 'kepayahan' atau 'kehilangan' Jho Low yang mungkin membabitkan kelemahan pegawai-pegawai Polis.

Soalan ini saya minta Tun perjelaskan agar rakyat marhaen sekalian akan terasa dan berasa tenang.

1. Bila Tun nak Pecat KPN, KP Kastam, KP KPM dan beberapa pegawai kanan KDN?

2. Kenapa YB2 PH di bawah pentadbiran Tun suka-suka sahaja mengambil orang-orang UMNO (yang baharu keluar UMNO) menjadi orang penting dan penasihat kepada mereka? Tun tidak mahu tegur ke?

3. Kenapa Tun tidak mengarahkan YB2 PH itu mengambil sahaja orang-orang PH yang ramai di kalangan mereka adalah yang berpendidikan tinggi, bijak dan pandai?

4. Soalan terakhir...bilakah semua perkara yang di atas itu akan berlaku?

Mohon pertimbangan sewajarnya dari pihak Tun untuk menjawab soalan-soalan di atas.

Yg ikhlas, jujur dan benar

Isu kurniaan anugerah, gelaran: Kadir Jasin setuju pendirian DAP


Hal yang hendak saya kupas ini mungkin sensitif dan menyinggung perasaan. Jadi saya mulakan dengan memohon ampun kepada sesiapa juga yang berasa tersinggung.
Ada dua aliran pemikiran dalam hal yang hendak saya bahaskan ini.
Pertama diwakili oleh seorang Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghantar pesanan WhatsApp (tolong, bukan wasap) menyatakan kejelikan melihat menteri setahun jagung (sebenarnya baru empat bulan lebih kurang) dianugerahkan bintang kehormatan (honorific title) negeri Melaka.
Kedua, seorang penggiat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga menghantar pesanan WhatsApp, menuduh langkah Parti Tindakan Demokratik (DAP) menolak bintang kehormatan sebagai “protes atas ketuanan raja-raja Melayu.”
Saya amat setuju dengan orang tua bergelar Tun itu. Gunakanlah alasan dan kayu ukur apa pun, tindakan lima menteri itu menerima bintang kehormatan negeri Melaka adalah tidak bijak.
Ia memberi gambaran bahawa tidak ada sebarang perbezaan di antara menteri Pakatan Harapan (PH) dengan para pembesar kerajaan Barisan Nasional yang gilakan pangkat, gelaran dan kekayaan.
Maaf cakaplah kalau saya katakan ramai dalam parti masing-masing belum jelas apakah jasa mereka sehingga melayakkan mereka menerima darjah kehormatan itu.
Namun begitu saya tidak menafikan ada sebahagian kecil mereka yang berjasa dan terbukti kerana lama berjuang dalam pembangkang.
Tetapi yang rakyat nilai sekarang adalah jasa dan prestasi mereka sebagai menteri Kabinet PH.
Rakyat jelata jengkel. Perbahasan dalam media sosial jelas menunjukkan majoriti rakyat jelata tidak bersetuju malah berasa loya dengan penganugerahan dan penerimaan bintang penghormatan tersebut.
Soalnya, apakah mereka ini diberikan bintang kerana pangkat mereka besar atau jasa mereka yang besar?
Adakah bintang kehormatan diberikan kerana pangkat dan kedudukan atau jasa bakti kepada masyarakat, negeri dan negara?
Kalau kerana pangkat mereka besar, siapakah yang memberikan mereka pangkat itu?
Adakah mereka mendapat restu orang atau pihak yang memberikan mereka pangkat yang besar itu sebelum bersetuju menerima bintang kehormatan tersebut?
Kalau kerana berjasa, apakah jasa mereka yang terserlah sejak menjadi menteri?
Sebaliknya, di warung kopi pasar tani Pendang, Kedah, semalam saya mendengar rungutan rakyat jelata tentang menteri, menteri besar dan timbalan menteri PH yang tidak nampak kelibat sejak menang pilihan raya.
Mereka juga bersungut mengenai banyak masalah harian yang belum diatasi.
Seorang daripada mereka bertanya, bolehkah menteri yang lahir dan membesar di bandar raya faham susah payah hidup rakyat jelata di kampung dan desa?
Menteri yang dimaksudkan itu berkata anugerah bintang Melaka yang diterimanya akan memberikannya semangat untuk lebih tekun berkhidmat kepada rakyat jelata.
Apakah undi dan mandat rakyat jelata belum memadai untuk memberikan beliau semangat?
Perlu peka
Kalau pemimpin PH peka atau dalam lain bahasa, lebih baik daripada pemimpin BN, mereka perlulah sedar bahawa kita kini berada dalam persekitaran baru.
Kita sedang menyusun semula keutamaan dan tingkah laku politik kita. Gerak geri kita sedang diperhatikan oleh semua pihak.
Kita kena ingat bahawa ketika pilihan raya umum lalu, ada di kalangan anggota golongan feudal yang “berkempen” untuk mengekalkan BN dengan menghina PH, khususnya pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saya setuju dengan pendirian DAP tidak menggalakkan pemimpinnya mengutamakan bintang kebesaran sebaliknya menumpukan perhatian kepada menunaikan amanah rakyat jelata.
Bagi saya, ini bukan soal “protes atas ketuanan Raja-raja Melayu” atau apa-apa, tetapi isu dasar. Sepatutnya semua parti PH mengutamakan khidmat kepada rakyat jelata dan membentuk persekitaran yang lebih sama rata (egalitarian) bukan memanjangkan amalan feudalisme, kelas dan kasta.
Lagipun bintang kehormatan semakin hari semakin tidak bermakna apabila diberikan seumpama “door gift” majlis kenduri kepada orang yang entah apa-apa latar belakangnya – termasuk ketua kongsi gelap, kaki pukul dan gedebe.
Melaka bukanlah sebuah negeri besar. Tapi dalam majlis penganugerahan kali ini, selain lima orang menteri, 414 yang lain turun terima bintang dan gelaran. Boleh baca DI SINI.
Saya harap, dalam Malaysia baru ini marilah kita muliakan balik institusi-institusi negara agar masing-masing berada di tempat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Ingatlah tidak seorang pun yang memijak bumi Malaysia dan menjunjung langitnya berada di atas Perlembagaan. Kita semua tertakluk kepada Perlembagaan.
Dan selagi kerajaan PH berkuasa – atas penentuan rakyat jelata – tolonglah utamakan perkhidmatan. Belum terlambat memperbetulkan kesilapan. Jadikan cerita bintang Melaka ini sebagai teladan dan sempadan. – Roketkini.com
*Tulisan ini kali pertama disiarkan di kadirjasin.blogspot.com
*Datuk A Kadir Jasin ialah penasihat media dan komunikasi di Jabatan Perdana Menteri merangkap pimpinan pusat Bersatu. Beliau juga merupakan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd.

JAMBATAN KE 3 LEBIH PENTING DARIPADA JAMBATAN BENGKOK – DAP

KEPUTUSAN BICARA NAJIB – ROSMAH PENENTU MASA DEPAN MALAYSIA

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar doesn’t rule out possibility of working with Umno