PAKEJ PRIHATIN KERAJAAN YANG TIDAK PRIHATIN


Berikutan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Muhyiddin Yassin Jumaat lalu, termasuk pemberian bantuan tunai selama dua bulan kepada rakyat yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19, Kementerian Kewangan semalam mengumumkan pembayaran akan mula diagihkan pada penghujung April ini.
“Pembayaran itu akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020,” kata kenyataan itu.
Pembayaran tunai yang dinamakan Bantuan Prihatian Nasional atau BPN itu dianggarkan bernilai kira-kira RM10 bilion.
Bayaran BPN merangkumi kategori berikut:-
• RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan RM600 pada bulan Mei.
• RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
• RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April dan baki RM300 pada bulan Mei.
• RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April dan baki RM250 pada bulan Mei.
Menurut kenyataan itu lagi, mereka yang belum berdaftar dan tidak pernah menerima skim Bantuan Sara Hidup (BSH) atau dikenali BR1M sebelumnya, permohonan baru boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM – www.hasil.gov.my.
Bagaimanapun, berdasarkan respon di media sosial, ramai yang mempertikaikan bayaran BPN yang akan dibuat pada penghujung April itu.
Rata-rata mengatakan pembayaran yang bermula pada penghujung April itu terlalu lewat memandangkan umat Islam akan mula menyambut puasa pada 24 April 2020.
Dengan itu, terutamanya kepada pekerja bergaji harian yang sudah tiada pendapatan sejak 18 Mac sebaik saja PKP dikuatkuasakan, bermakna mereka akan menanggung kesengsaraan hidup yang agak lama sebelum dapat menerima wang BPN pada penghujung April akan datang.
Setelah hampir sebulan setengah tidak ada pendapatan sejak 18 Mac dan kemudian bantuan BPN hanya diterima pada penghujung April, ketibaan Ramadan bermula 24 April langsung tidak memberi apa-apa makna kepada mereka.
Oleh kerana persiapan menyambut Ramadan perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sebelum itu, terutama bagi yang mempunyai keluarga ramai, bayaran BPN yang munasabah sebenarnya ialah pada pertengahan April.
Dalam hal ini, adalah penting untuk kerajaan mempercepatkan bayaran, terutama kerana sebahagian besar pemohon sudah pun berdaftar dengan LHDNM atas kapasiti penerima BSH sejak bertahun-tahun lalu.
Bagi pemohon baru, terutama daripada golongan M40, jika bayaran dibuat pada penghujung April, mungkin ia tidak mendatangkan banyak masalah bagi mereka.
Tetapi, bagi golongan B40 dan mereka pula sudah berdaftar dengan LHDNM, tidak ada sebab bantuan kepada mereka dilewatkan sehingga penghujung April juga.
Selewat-lewatnya, wang bantuan mesti dimasukkan ke dalam akaun bank mereka pada pertengahan April.
Lagi pun, dengan nama bantuan itu sendiri dinamakan Bantuan Prihatian Nasional, kerajaan sesungguhnya wajib menunjukkan keprihatinan yang tinggi dalam perlaksanaan bantuan tunai itu.
Mana yang boleh dipermudahkan, mudahkanlah dan mana yang boleh dipercepatkan, ia harus dicepatkan.
Janganlah nama saja prihatin, tapi dari segi perlaksanaan, ia langsung tidak prihatin!! (ShahbudinHusin 30/03/2020)

0:16 / 9:35 (Terkini) Anwar Ibrahim: Peranan Masyarakat Sivil Dan Percepat Bantuan Rakyat



Bayaran bantuan akhir April terlalu lambat, makcik Kiah pun tak boleh tunggu


 
Ahmad-Muzakkir-Hamid
Ahmad Muzakkir Hamid
KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menyediakan satu bantuan kecemasan kepada golongan peniaga-peniaga kecil yang ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ supaya mereka mendapat bantuan kewangan segera.
Pengerusi Hal Ehwal Usahawan, Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), Ahmad Muzakkir Hamid berkata, pertimbangan ini perlu dibuat memandangkan peniaga-peniaga ini sudah kehilangan pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Menurutnya, sedangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pula semalam mengumumkan akan membayar wang Bantuan Prihatin Nasional pada akhir bulan depan atau Mei.
”Makcik Kiah tetap bersyukur apa yang diumumkan oleh kerajaan, tetapi kita yakin jika ditanya pada makcik Kiah beliau juga ingin dipecepatkan bayaran kerana perniagaan goreng pisangnya sehingga hari ini tidak dapat berniaga sejak PKP.
“Bagi saya tempoh ini terlalu panjang untuk peniaga-peniaga pasar malam, penjaja kaki lima, peniaga pasar tani dan penjaja warung yang pastinya lebih terjejas kerana mereka mendapat pendapatan harian.
Menurutnya, sedangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pula semalam mengumumkan akan membayar wang Bantuan Prihatin Nasional pada akhir bulan depan atau Mei.
”Makcik Kiah tetap bersyukur apa yang diumumkan oleh kerajaan, tetapi kita yakin jika ditanya pada makcik Kiah beliau juga ingin dipecepatkan bayaran kerana perniagaan goreng pisangnya sehingga hari ini tidak dapat berniaga sejak PKP.
“Bagi saya tempoh ini terlalu panjang untuk peniaga-peniaga pasar malam, penjaja kaki lima, peniaga pasar tani dan penjaja warung yang pastinya lebih terjejas kerana mereka mendapat pendapatan harian.
Lantaran itu, Ahmad berbesar hati jika kesulitan peniaga-peniaga ini mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya oleh kerajaan. 



MGTV LIVE : Kes Positif Covid-19 Bertambah Kepada 2,626 Kes - Dr Noor Hisham




JUJURKAN HATI

*JUJURKAN* hati anda.

1.  Presiden parti mnakah yang *telah menyerahkan Singapura* kepada Lee Kuan Yew *?*
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO BN✔

2.  Siapakah yang *menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland* status hak milek kekal kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk
judi *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

3.  Siapakah yang bertanggungjawab terhadap *kehilangan 50 bilion saham bumiputera* sejak merdeka *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

4.  Siapakah yang *menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu* yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

5.  Siapakah yang *telah menyerahkan Pulau Batu Putih & Tanjung Pagar* kpd Singapura *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

6.  Siapakah yang *memberi arahan supaya membunuh* orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985 *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

7.  Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain *?*
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)✔

8.  Siapakah yg *menghilangkan RM 28 bilion setahun* dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala *?*
A. UMNO BN ✔
B. PAS
C. DAP           
                 
9.  Siapakah yg *me'lego' telaga minyak* pada Berunai berjumlah 300 billion *?*
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔

10.  Siapakah *merampas Perak ala samseng dan mafia ?*
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔

11.  Siapakah yg *memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat* dalam operasi lalang dahulu... *?*
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO BN✔

12.  Siapakah yg *selalu menaikan harga barang ?*
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔

13.  Siapakah yang *menolak hukum islam* selama ini.
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔

14.  Siapakah yang *memberikan subsidi insentif pada kroni* IPP, RM 19 billion tetapi *pada rakyat subsidi mahu di hapuskan* terus *?*
A. PAS
B. DAP
C. BN UMNO✔

15.  Siapakah yang *menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu* sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. BN UMNO ✔

16.  Siapakah *bela lembu dalam kondo*
A. Anwar, PKR
B. Nik Aziz, PAS
C. Sharijat, BN UMNO✔
     
17.  Siapakah yg *merasmikan kilang Arak Guinness* di sungai Way pda tahun 1968..
A. PAS
B. DAP                                              C. BN UMNO✔

18.  Siapakah yang *menukar wang Royalti kepada wang Ehsan* pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999 *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

19.  Siapakah yang *menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas,* sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak *tidak dikenakan* tindakan sama *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

20.  Siapakah yang *menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu* di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

21.  Siapakah yang *menghalau Melayu Pulau Pinang* dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO GERAKAN BN✔

22.  Siapakah yang *menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar* pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997 *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

23.  Siapakah yang *membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik* di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

24.  Siapakah yang *membolot saham AP untuk menantu dan kroni,* sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

25.  Siapa yang *melingkupkan dasar DEB* hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000. *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

26.  Siapakah yang telah *memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi* dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

27.  Siapa yang *menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin* dalam program PPRT *?* Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, *52 billion lagi lesap* di telan pentadbiran.
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

28.  Siapa yang *mencipta krisis perlembagaan 1982* yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

29.  Siapa pula yang *melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu* pada awal 1990-an *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

30.  Siapa yang *menggelarkan rajanya ‘NATANG’* bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU 12 yang telah lalu *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

31.  Siapakah yang telah *mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu* bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen diKedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002 *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

32.  Siapa yang *melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu* untuk mendapat bantuan biasiswa *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

33.  Siapa yang *menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN* dengan kadar 4% *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

34.  Siapa yang *mencemar bahasa Melayu* dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

35.  Siapa yang *menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kpd bahasa Inggeris* dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan
bandar danluar bandar semakin melebar *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

36.  Siapa yang *mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM* dan bahasa pengantar Inggeris diuniversiti universiti *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

37.  Siapa yang *jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen* 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

38.  Siapa yang *serah blok minyak kepada negara Brunei* tanpa persetujuan dari DUN, Parlimen atau YDPA *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

39.  Siapa yang *cuai menjaga tanahair sendiri* hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

40.  Siapa yang *menghapuskan tulisan jawi* dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

41.  Siapa yang *kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam* dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kep  ada anak-anak yang bersekolah ketika itu *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

42.  Atas alasan itu, siapa yang *menghentikan geran perkapita kepada SAR* hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu
atau setengahnya berkubur tanpa nesan *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

43.  Siapa yang *mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu ?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

44.  Siapa yang *kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu* supaya orang Melayu senang diperbodohkan *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

45.  Siapa yang *naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas* ketika itu Melayu adalah golongan  yang miskin dinegara ini *?*
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

46.  Siapakah yg *mencipta GST* membebankan Rakyat Cukai barangan: *?*
1.PAS
2.UMNO✔
3.DAP

47.  Siapakah pula yg *memperbodohkan dirinya* konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu *( PEKEMBAR ) dibuang dan diguna bahasa penjajah* UNITED MALAYSIAN NATIONAL ORGANISATION ( UMNO BARU )
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔

48. Pru14UmnoBN dah jatuh terjelepok..parti mana yg mbantu kasi tongkat kpd umnoBn?
A. Bersatu.
B. PAS
C. PartiAjaranSesat

49.Siapakah pengkhianat mandatRakyat?
A. Kartel
B. Kitol
C. Yiddin

50.Manakah keraJaan haram di dunia? KeraJaanTebukAtap.?
A. KeraJaan PN
B KeraJaan PeNipu rakyat
C. KeraJaanKonciSorgaDiTanganku..


#tolakPengkhianatNegara
#backdoorPm


*Letakkan perkara benar
DITEMPAT YG HAK.*

Hati-hati berita palsu ‘berkeliaran’ di media sosial


POJOK | Syabas kepada petugas kesihatan yang bekerja bertungkus lumus siang dan malam demi memastikan wabak pandemik Covid-19 dapat dibendung di negara ini. 
Penghargaan juga buat pihak berkuasa yang sentiasa memantau keadaan di seluruh negara bagi memastikan orang awam dan pengusaha patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan juga, duduk di rumah. Jika perlu keluar atas urusan penting, jangan lupa mengamalkan penjarakkan sosial dan lain-lain langkah pencegahan. 
Bagi mereka yang kebanyakan masanya di rumah kerana arahan PKP dan banyak menghabiskan masa mendampingi laman sosial, jangan pula gatal-gatal tangan menaip cerita rekaan ataupun berita palsu. 
Maklumlah imaginasi lazimnya meliar ketika waktu bosan-bosan berkurung di rumah, bermunculan idea untuk mengarang cerita yang bukan-bukan. 
Bagi yang tidak menaip berita palsu pula, jika ternampak berita palsu yang sememangnya tak diketahui asal usulnya, jangan pula cepat-cepat dikongsi dengan rakan-rakan. Pastikan kesahihan perkara itu sebelum berkongsi. 
Hampir semua agensi kerajaan dan ahli politik mempunyai akaun media sosial seperti Facebook, Twitter, Tik Tok dan sebagainya. Jadi rajin-rajinkanlah diri menyemak dulu dengan sumber yang sahih.
Petugas barisan hadapan tanpa mengenal lelah bekerja demi mengekang penularan wabak, jadi kita jangan pula sukarkan tugas-tugas mereka dengan menularkan perkara yang tak benar.
Kalau tidak tahu bagaimana untuk mengesan berita palsu, pesanan khidmat masyarakat di bawah boleh membantu anda. – Roketkini.com

Kerajaan perlu pastikan dana PTPTN cukup – Nie Ching


Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching menggesa kerajaan menjelaskan pendekatan yang akan diambil bagi memastikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pinjaman baru dan sedia ada. 
Katanya, penjelasan perlu dibuat lebih-lebih lagi jika kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk membantu PTPTN melaksanakan pinjaman secara bersindiket dengan institusi kewangan atau menerbitkan program sukuk berjaminan dalam tempoh masa terdekat.
Tambahnya, sumber utama kewangan PTPTN bergantung kepada pinjaman atau sukuk dari institusi kewangan.
Beliau mengulas keputusan kerajaan untuk melanjutkan masa penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN daripada tiga bulan kepada enam bulan melibatkan kutipan berjumlah RM750 juta. 
“Secara prinsip, saya menyokong inisiatif ini,” kata Nie Ching yang juga mantan Timbalan Menteri Pendidikan dalam kenyataan, hari ini. 
“Walau bagaimanapun, persediaan yang mencukupi dan perancangan yang teliti adalah amat diperlukan untuk memastikan bahawa kedudukan kewangan PTPTN dan juga bakal peminjam baharu tidak terjejas.”
Katanya, secara purata, PTPTN perlu menyediakan peruntukan sebanyak RM3.7 bilion hingga RM4.3 bilion setahun untuk membiayai pinjaman kepada 180,000 peminjam baharu dan 420,000 peminjam sedia ada.
“Setakat 2019, geran dari Kerajaan Persekutuan adalah RM5.295 bilion, yang telah disalurkan pada 1997 hingga 2002. 
“Sejak 2003, tiap-tiap tahun PTPTN mengumpul dana melalui pinjaman atau sukuk. Jumlah keseluruhan dana pinjaman jangka panjang PTPTN setakat 2019 adalah RM54.2 bilion dan jumlah yang telah dibayar adalah RM16.9 bilion,” ujarnya. – 


MENTERI KESIHATAN DEDAH NAMA PESAKIT?


Mohd Asri bakar


Mintak pihak berkuasa (PDRM, KKMM, SPRM, MKN) dapatlah tangkap Menteri air suam (jangan panas sangat).....kerana dia dah melanggar undang-undang dan telah membuka aib orang.
Cai-cai PN boleh tolong jawab tak? (Kalau bodoh...duk diam-diam)..saya tanya jer ni dan jgn marah-marah ek, kita ni bersaudara, kan?!!!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang

47 zon merah, jingga selesai disinfeksi



 


MGF30032020_ZURAIDAH-TINJAU-DIINFEKSI09
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin melakukan kerja-kerja diinfeksi bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di Masjid Al Falah Sungai Ramal Dalam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 30 MAC 2020.
KAJANG – Kesemua 47 zon merah dan jingga ekoran penularan Covid-19 telah disinfeksi hari ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kesemua kawasan itu terdiri daripada 23 zon merah dan 24 zon jingga.
“Hari ini 47 zon merah dan jingga serentak kita lakukan proses disinfeksi di seluruh negara termasuk Kluang, Simpang Renggam, Ulu Kinta dan Kota Bharu.
“Sungai Petani esok akan dilakukan. Hari ini semua 47 zon selesai disinfeksi,” katanya selepas meninjau proses disinfeksi di Sungai Ramal, hari ini.


MGF30032020_ZURAIDAH-TINJAU-DIINFEKSI08
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin melakukan kerja-kerja diinfeksi bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di Masjid Al Falah Sungai Ramal Dalam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 30 MAC 2020.

Zuraida mengambil masa kira-kira 30 minit untuk turun ke salah satu kawasan zon merah di Hulu Langat.
Beliau turut melakukan kerja-kerja disinfeksi di Masjid Al Falah.
Jelas Zuraida, pihaknya akan memfokuskan kepada kawasan zon merah dan jingga terlebih dahulu sebelum meliputi kawasan-kawasan lain.
“Kita akan fokus kepada zon merah dan jingga dahulu. Ini termasuk kawasan PPR di kawasan merah dan jingga,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata, pihak yang melakukan proses disinfeksi masih memerlukan 10,000 Kelengkapan Keselamatan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk kerja-kerja nyahkuman.
“Kita perlukan lagi 10,000 unit PPE kerana pakaian itu akan dibuang jika sudah dipakai. Jadi kita kena ganti.
“Itu sahaja kita perlu tambah, yang lain macam bahan kimia kita bancuh sendiri dalam negara.
“Sumber manusia dan peralatan kita sudah ada melalui bomba, Alam Flora, dan kita pakai mesin sembur yang digunakan denggi dahulu,” katanya.
Ditanya mengenai keberkesanan bahan kimia yang digunakan, Zuraida melahirkan keyakinan bahawa bahan yang digunakan akan dapat membasmi kuman Covid-19.
“Saya tengok daripada contoh negara luar macam China, Turki dan negara lain telah buat operasi sebegini. Operasi disinfeksi ini melihat bahawa kadar kes positif Covid-19 menurun sehingga China boleh buka semua negaranya kepada aktiviti sediakala dengan syarat tertentu,” katanya. 

Pemimpin politik, polis pakai ‘tag’ kalis virus

Pemimpin politik, polis pakai ‘tag’ kalis virus



Tular di media sosial foto beberapa pemimpin politik memakai tag di leher mereka yang dikatakan mampu menghapuskan kuman termasuk virus dalam jarak satu meter.
Mereka dilihat memakai tag serupa berwarna putih berharga RM59.90 yang difahamkan tahan selama 45 hari.
Pada produk dinamakan Antah Wellness itu, maklumat tertera memberitahu mampu melindungi pemakai daripada penyakit bawaan udara atau airborne.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden Umno dilihat mengenakan tag itu.
Turut memakai tag perlindungan itu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Muhyiddin dilihat memakai tag anti virus yang dikatakan tahan selama 45 hari.
Foto isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga memperlihatkan beliau mengenakan tag anti kuman itu.
Walau bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berdekatan dengannya dilihat tidak pula memakai alat perlindungan tersebut.
Selain ahli politik, anggota polis yang bertugas juga dilihat mengenakan tag penghapus virus itu.
Walau bagaimanapun, individu yang bukan berada di barisan hadapan dianggap membazir memakai tag tersebut memandangkan pandemik Covid-19 bukan tersebar melalui udara.
Virus Covid-19 disebarkan melalui titisan cecair atau droplet yang terhasil daripada percikan air liur yang tidak akan berterbangan bagi jarak lebih satu meter.
Sehubungan itu, pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berada di rumah serta mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat dilihat cukup membantu bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Hanya Hasmah, Mahathir dilihat tidak pula memakai tag anti-virus.
Bahan ini dikatakan dijual di farmasi dengan harga RM59.90.

KENYATAAN MEDIA DATO AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI

Salam,
Dua hari yang lalu, ada orang yang tidak bertanggung jawab telah membuat satu posting, kononnya rakyat yang mahukan bantuan makanan dan peralatan utk hindar diri dari wabak Covid 19 bolehlah hubungi saya dan Pegawai saya di Pejabat Parlimen Sg Petani pada bila-bila masa dalam masa 24 jam.

Disenaraikan semua nombor telefon semua pegawai saya. Ini Berita PALSU.
Semua bantuan di Kedah disalurkan melalui ADUN. Kerajaan Negeri telah pun agihkan bantuan ini melalui ADUN atau Penyelaras DUN.

Ahli Parlimen, seperti saya tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Namun saya masih membantu mana sekadar yang boleh.

Oleh kerana Posting yang PALSU ini saya dan Pegawai2 saya dihujani dengan ratusan panggilan. Saya amat simpati dengan pemanggil kerana mereka ditipu oleh posting yang tidak bertanggungjawab ini.

Saya telah kenalpasti siapa yang buat posting ini dan Laporan Polis dan Laporan ke MCMC akan menyusul. Hukuman kepada penulisan Berita PALSU amat berat.

Saya mohon maaf kepada pemanggil yang menalefon saya, yang tak sempat saya jawab.
Namun sebagai Adun Gurun, tindakan untuk DUN Gurun telah saya ambil. Jika ada lagi peruntukan sampai dalam masa terdekat ini, insyallah akan saya agihkan. Salam hormat, mohon semua jaga diri. Sekian,

- Dato'Johari Abdul.

JANGAN POLITIKKAN ISU COVID 19

Mohd Asri Bakar


Bismillahirrahmanirrahim...
Bismillahhitawakkaltu 'alalallah WA la haulawala kuwwata illa billahhilaliyyil aziim.....

Assalamualaikum wbt.

Hari ini(semalam), takat jam 10.30am, sudah 35 nyawa korban Covid-19. Innalillahhiwainna ilaihirojiuun!!! Al fatehah untuk ruh-ruh arwah mereka2 yang beragama islam.

"Jangan di politikkan isu COV-19 ni" Kata pemimpin-pemimpin dan cai-cai PN.

Apa yang kami politikkan tu, cer cerita sikit. Benda betul2 yang sedang dan telahpun terjadi kenapa kami nak diamkan sahaja...kan?

Dulu, masa tragedi atau isu di Sg Kim-Kim Johor....bukan korang ker yang wat fitnah macam2. Sampai aku terpaksa pergi ke Johor dan minum air sg Kim-kim tu secara live untuk membuktikan bahawa sungai itu sudah tiada pencemaran. Ketika itu, korang langsung tak membantu apa2 pun. Takat datang ambik gambar tu, adalah...issshhhh, suka2  korang jer wat fitnah, kan?...astaghfirullahhalaziim.

Kali ini...wajarlah kami tanya pulak, kenapa masih ada yang hilang nyawa walupun dah minum bertan-tan air suam tu?. nanti ada cai PN akan jawab "dah kehendak Allah". Korang cai-cai PN ni bukannya membantu apa-apa pun, sekadar mengaharapkan simpati dan wang ihsan dari KERA jaan jer laaa. Tak macam kami ni...yang bertungkus lumus membantu pejuang2 di barisan hadapan.

Tahniah dan terima kasih kepada para doktor2, jururawat2, Pembantu2 perubatan, attendan klinik/hospital, pemandu2 ambulan, ahli2 farmasi hospital, juruteknik makmal, pengawal keselamatan di hospital2, bahagian pengurusan dan pendaftaran dan sebagainya.

Tidak di lupakan kepada semua anggota keselamatan negara seperti PDRM, ATM, APM, BOMBA dan lain2 agensi keseleamatan yang kini sedang bertungkus lumus dalam menjalankan Operasi PKP.

Terima kasih....dan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik, usaha serta penat lelah kalian semua.

VIDEO DIDALAM : Sayu… Ayah mengalir airmata lihat anak lelakinya disahkan positif Covid-19



Remaja lelaki disahkan positif Covid-19 kelihatan sebak malah ayahnya sendiri turut mengalirkan airmata. (Gambar Facebook)

Seorang remaja lelaki di Simpang Renggam, Johor disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri rewang sebuah kenduri.

Namun sayunya apabila dia dijemput oleh pihak hospital dengan ambulans di rumah tanpa boleh ditemani sesiapa pun ahli keluarganya.
Tular video di media sosial di saat lambaian ayahnya yang turut mengalirkan airmata tatkala melihat anak bujangnya dibawa pergi.
Tambah menyedihkan, perginya cuma berseorangan tanpa seorang pun waris dibenar menemani.
Cuma lambaian keluarga mengiringi, sambil berpesan di balik tingkap “Nanti telefon ayah ya Wan.”

Perkongsian melalui sepupunya mungkin dia dijangkiti ketika kenduri atau di surau Simpang Renggam, Johor. (Gambar Facebook)

Dalam rakaman tersebut, seorang remaja lelaki bertopeng muka dilihat membawa baldi dan beg berisi barangan keperluannya sebelum menaiki ambulans sambil diperhatikan seorang petugas kesihatan.
Suara tangisan ahli keluarga lain yang tidak dapat menahan kesedihan, turut kedengaran dengan jelas.
Tambah menyedihkan, mangsa turut dilihat menyeka air matanya sewaktu keluar dari rumah sehinggalah berada di dalam ambulans.
Difahamkan, kejadian berlaku di Bandar Baru Ibrahim Majid, di Simpang Renggam, Johor.
Video tersebut kini telah mendapat hampir 2.1 juta tontonan dan 90,000 perkongsian di laman Facebook milik sepupunya.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen, turut tersentuh dan mengalirkan air mata sambil mendoakan mangsa diberikan kesembuhan serta-merta.