Saya tertarik dengan kata-kata Menteri Kewangan yang mengatakan bantuan yang diumumkan Perdana Menteri adalah "for survival". Tetapi kalau Menteri-menteri kita tidak dapat membezakan penjimatan RM800 berbanding RM4,000 - bagaimana mereka akan membuat pengiraan tepat berkenaan keperluan rakyat?
Hutang yang ditunda bukan simpanan atau penjimatan. Hutang tetap hutang. Selepas PKP, selepas episod COVID, selepas 6 bulan; hutang tetap perlu dibayar.
Mungkin PM ingat selepas PKP, automatik semua sambung kerja seperti sediakala? Semua kilang, hotel, bisnes, gerai, kedai; PM ingat automatik boleh buka, gerak dan jana pendapatan macam biasa?
Pastinya tidak. Pelbagai sektor dan industri terkesan dengan COVID. Samada kilang atau gerai makan, mahupun hotel atau bank, semua saling terikat dan terkait. PM perlu mempunyai penyelesaian yang lebih menyeluruh, lebih mendalam dan memikirkan jangka panjang demi kepentingan rakyat. Tidak perlu menipu rakyat dengan janji manis berkenaan "penjimatan" mereka.
*Muneerah Raiyan Abdul*
*MPP KEADILAN*