RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR

 



Aku bayangkan jika kita rakyat tidak dihasut untuk benci membenci, kehidupan golongan susah / marhaen dinegara ini akan lebih terjaga.. kerana merekalah sasaran parti politik yang memainkan sentimen agama dan bangsa.. sementara penyebar politik sentimen, naik kereta mewah seperti Vellfire ke sana kesini untuk berceramah dgn bayaran lumayan.





WALAUN JANGAN GI BELI... BIAR PUAK WALANON DAN PH ZAJA GI BELI.

 RMS


Jualan RAHMAH Madani Kelantan sempena musim perayaan 23-24 Dis 2024.



Rating Penerimaan PM Anwar Naik 4 Peratus, Kerajaan Perpaduan 5 Peratus


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima darjah kebesaran tertinggi Kelantan daripada Sultan Muhammad V pada 1 Oktober lalu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Rating penerimaan terhadap pentadbiran tahun kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik empat peratus kepada 54 peratus, berbanding 50 peratus direkod bagi tempoh sama tahun lalu.

Hasil tinjauan Merdeka Center itu, rating penerimaan terhadap Kerajaan Perpaduan juga meningkat lima peratus untuk berada pada 51 peratus, berbanding 46 peratus November tahun lalu.

“Pengundi secara amnya berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri dalam beberapa aspek (iaitu menarik pelaburan, meningkatkan imej negara dan meningkatkan perkhidmatan awam), namun memberikan penilaian bercampur-campur apabila ditanya mengenai usaha memperkukuh ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada masa sama, firma tinjauan itu mendapati rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan Persekutuan pada masa ini berada pada tahap 47 peratus.

“Petunjuk ini sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai tekanan kos sara hidup dan beberapa kebimbangan mengenai pemotongan subsidi yang dijadualkan akan berlaku akan datang,” katanya.

Katanya, seperti sebelum ini, sentimen pengundi kekal tertumpu kepada isu ekonomi, di mana 65 peratus menyatakan ia sebagai masalah nombor satu dihadapi rakyat ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual dengan para tetamu ketika hadir pada majlis Kenduri Rakyat dan Ziarah Mahabbah di Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin Tanah Hitam di Chemor pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, biarpun tinggi peratusan itu menurun berbanding 74 peratus dicatat tahun lalu.

“Sebanyak 53 peratus berpendapat negara sedang menuju ke arah yang salah (berbanding 54 peratus setahun lalu), sementara bilangan pengundi yang berpendapat negara menuju ke arah yang betul meningkat sedikit pada 39 peratus berbanding 36 peratus pada November 2023.

“Sebab utama arah yang salah ialah isu ekonomi (47 peratus), ketidakstabilan politik (tujuh peratus) dan pentadbiran yang lemah, lapan peratus,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) diiringi Anwar (dua kanan) melawat pameran lukis pada Manifestasi Tiga Seni di Balai Budaya Dewan Bahasan dan Pustaka (DBP). Foto Aswadi Alias

Tinjauan oleh Merdeka Center dijalankan antara 27 November hingga 10 Oktober lalu, bertujuan mengukur persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa.

Seramai 1,207 pengundi berdaftar terdiri daripada 52 peratus Melayu, Cina (29 peratus), India (tujuh peratus), masing-masing enam peratus Bumiputera Islam dan bukan Islam di Sabah dan Sarawak, yang mencerminkan profil pilihan raya negara, di temubual melalui talian tetap dan telefon mudah alih.

Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berstrata mengikut kumpulan umur, etnik, jantina dan kawasan pilihan raya negeri.

Undian itu dibiayai menerusi sumber kewangan dalaman Merdeka Centre.



WALAUN BUKAN BENGONG.... WALAUN NAK BANTU DAP KEMPEN PILIHANRAYA.... TAHNIAH PAS..... KERANA KAMU.. KAMI DAP KAYA RAYA..


 

LEBAI SELALU BUAT CERITA BENGONG


 

MELAYU TAK LEMAH LAH... RAJA. MB ASKAR POLIS SWMUA MELAYU.. MELAYU LEBIH KUAT KINI..


 

FATWA SESAT KELUAR DAH


 

KISAH TOK LAKI TAKUT BINI BILA TAK SAIN SSPA.


 

KALAU DIN JADI PM... MEMANG NAYA LA KAKITANGAN AWAM

 

Kalau abahcow masih PM sampai ke hari ni. Walaun yang dok kerja sebagai penjawat awam sesen habuk pon tak merasa naik gaji




CERDIK PUSING

 


Pas lancar derma jihad minta walaun bantu si pemfitnah YB Siti Mastura yang kena saman fitnah.


 Walaun anak 7 orang susah sampai tidur dalam kereta, YB DAP tolong bantu. 



Cerdik tak mainan politik Pas...?!!



TAK CERDIK... JANGAN SOKONG LA PARTI NI.

 




KEDUA² Ketua Penerangan parti ini gagal dan memalukan parti sendiri. Cuba untuk menjadi cerdik tapi tak cerdik rupa²nya. Mereka cuma membaca tajuk berita dan mengulas seperti level uunnnssstit dan cai sahaja bila PMX kata beliau yakin akan menang jika  Pru16 diawalkan. Mereka tidak membaca isi berita.




Si Fadhli terus berdalil kasihan rakyat walhal dia takut Pa$ akan kehilangan banyak kerusi.

Si Faisal pula berdalil rakyat bersedia menolak kerajaan walhal inilah peluang segera dia untuk menjadi calun.


Pa$ sedar mereka kini diperkuda oleh Ber$atu, tapi untuk bersendirian mereka tahu jalan untuk menjadi kerajaan semakin jauh. Sebab itu mereka bersungguh² untuk merujuk kembali bersama Umno. Jika hari ini Umno bersetuju bersama Pa$, kelmarin dulu lagi Pa$ akan cerai Ber$atu. Bukan susah pun untuk membaca gerak politik Pa$ yang terkenal dengan nikah cerainya.


Mereka sudah kehabisan isu, hanya bermodalkan slogan Selamatkan Malaysia. Kini dalam ceramah² mereka lebih menumpukan serangan terhadap PMX. dengan memberi pelbagai persepsi negatif.


Mereka sebenarnya dalam keletihan menunggu PRU16.



HUKUM DAN DALIL BARU.



 Yeyy..dalil sudah mari.


Membantu orang yang menyebarkan fitnah adalah jihad.




PUTUIH ANGAN ANGAN PAS BERSATU NOHHH....


 Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberikan jaminan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponen, akan terus memberi komitmen sepenuhnya bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).




INGAT KES NAJIB MASIH BANYAK.


Zainuddin Omar


 Jika Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan, maka Najib Razak akan menjalani hukuman penjara di rumah. 



Jangan lupa Najib masih ada beberapa kes di Mahkamah dan jika didapati bersalah akan berpatah balik ke penjara. 


Ps 

Tetapi ada orang yang lebih suka tinggal di penjara dari tinggal bersama isteri. Ahaks. 


**********

KUALA LUMPUR, 23 DEC - Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah meminta agar setiap bahagian dalam negeri ini untuk menghantar ahli-ahlinya ke Istana Kehakiman pada 6 Januari depan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak bagi rayuannya berkaitan Titah Addendum.


Menurut surat yang dikeluarkan oleh Setiauasaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Wira Abdul Mutalif Abdul Rahim, UMNO Bahagian-bahagian di seluruh Selangor diminta untuk menghantar 80 orang ahli atau bersamaan 2 buah bas dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Bahagian.


Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan 6 Januari depan untuk pendengaran bagi rayuan Datuk Seri Najib Razak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Addendum.


#BeritaKS



KHAS BUAT WALAUN..KALAU TAK MAU MASUK NERAKA, BAIK JANGAN BAGI..TU BUKAN FISABILILLAH...TU SEBAB BUAT SALAH...


 

BETOI KATA VATERAN UMNO...SAPA DIA NAK PILIH DIKALANGAN PAS ?


 

KAMI TAK KENAI AIHHH. KATA WALAUN


 

MALAYSIA BAKAL MILIKI SU57 ?


 

PEMIMPIN PN OTAK KEMETOT.

 

𝗛𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗣𝗡 ni. Pimpinan PN dibarisi oleh mereka yang 𝗯𝗲𝗿𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗺𝗲𝘁𝗼𝘁. Tak berfikiran rasional dan tak faham kiasan. Atau buat-buat tak faham.


DIA NI JANGAN PERCAYA SANGAT.. GOPOH DAN BENGONG. KALAU BAB AKADEMIK SELALU DIA KE LAUT. 


Maksud kenyataan DS Anwar mudah. Kalau buat PRU sekarang, 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. Maksudnya beliau yakin sokong rakyat kini sangat kuat.




Aku rasa mereka yang berakal pasti faham. DS Anwar bukan kata nak buat PRU. Bukan nak bubar parlimen. Tapi nak beritahu 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.



BERSATU MANA ADA AHLI.. HARAP SOKONGAN WALAUN. WALAUN KALAU TAK SOKONG BERSATU KIOK. 


Datang 𝗣𝗦𝗗 (Professor Serba Dungu) yang kemaruk nak ulas semua isu, pertikai DS Anwar nak buat PRU awal. Bila masa pula DS Anwar cakap macam tu?


Dia baca tajuk je ni. Macam walaun jugak. Walaun tu takpe la. Ini ahli parlimen pun 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂. Kalau dia baca, tentu tak keluar kenyataan dia sebegini.


Dia macam tu. Kena geng dia dari 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 pulak boleh tahan juga 𝗯𝗲𝗴𝗼𝗻𝘆𝗮. Dia cabar pulak DS Anwar bubar parlimen. Jauh sangat menyimpang tu.


Tapi apa yang lawak, kenyataan mereka ni 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗱𝗶𝗸 antara satu sama lain. PAS tak mahu PRU awal tapi Bersatu pulak gila nak PRU.


Cuba fikirkan. Antara dua parti tu, jelas PAS lebih kuat dan berkemampuan. Pantai Timur dalam genggaman PAS, 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮.


Manakala Bersatu pula 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗽𝗮𝗿𝗮𝘀𝗶𝘁. Tiada matlamat, tiada jentera bahkan 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮. Selama ni Bersatu cuma hidup dengan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝘀𝗮𝗽 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗔𝗦.


Sedangkan parti macam PAS pun 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶, macamana Bersatu boleh terlajak berani? Nampak sangat 𝗧𝘂𝗻 𝗙𝗮𝗶𝘀𝗮𝗹 tak berpijak di bumi yang nyata. Cakap 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗵𝗲𝗺𝗯𝘂𝘀 𝗷𝗲.


Mereka sebenarnya tak faham apa yang berlaku dalam kalangan rakyat. Jadi tak tahu 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Jenis pemimpin yang 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Bercakap sekadar untuk bentuk persepsi. Asal boleh bercakap, nampak 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗹 𝗣𝗠𝗫, dah cukuplah.


Aku simpulkan macam ni je.


1. PAS rasa tergugat ketika ini. PAS tak ada keyakinan sokongan terhadap mereka masih kuat 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗥𝗨15 sebelum ini. Sebab tu takut nak PRU.


2. Bersatu memang hilang punca. Mereka tak ada akar umbi yang boleh jadi 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗶𝗻𝗴𝗮 parti. Mereka 𝗯𝘂𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Sebab tu berani cabar bubar.


3. PAS dan Bersatu memang tak ada persamaan. Tak ada 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴. Mereka selalu bertentang pendapat. Sebab tu PN sedang 𝗿𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵.


Tapi ini juga bukti kehebatan DS Anwar. Hanya dengan satu penyataan mudah, pembangkang pun menggelitik kepanasan. Bukan calang-calang orang boleh buat begitu.Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



NAK BLOCK BUAT APA.


 Semalam aku nampak ada sorang influencer FB post 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗕𝗹𝗼𝗰𝗸 𝙇𝙤𝙘𝙠𝙚𝙙 𝙋𝙧𝙤𝙛𝙞𝙡𝙚. Macam menarik je kan?


Orang yang 𝘭𝘰𝘤𝘬 𝘱𝘳𝘰𝘧𝘪𝘭𝘦 ni jenis 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝘂𝘁. Berani buat kacau dekat post orang lepas tu menyorok. Bapok pun tak macam tu.


Soalan. Patut ke page ni 𝗯𝗹𝗼𝗰𝗸 orang yang lock profile tapi sibuk nak komen? Apa pendapat kurang? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Kenapa berhijrah dari Kelantan ke Pulau Pinang mencari pekerjaan?


Zainuddin Omar




Mana ADUN dan MP pembangkang tak bantu?


Ciiiit. 


***

Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah di Bukit Mertajam, mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang membantu menyediakan rumah dan mendapatkan pekerjaan buat si bapa.


Menerusi perkongsian di Facebook, Sim yang juga Menteri Sumber Manusia berkata lelaki itu yang dikenali sebagai Hilmi, sebelum ini merupakan pemandu lori dan mahu membawa keluarganya berpindah dari Kelantan ke Pulau Pinang termasuk menyewa sebuah rumah yang lebih selesa untuk mereka.


Namun malangnya menurut Sim mereka ditipu tuan rumah dan dihalau meskipun deposit sewa telah dibayar.


"Maka dari situ mulalah kisah derita keluarga muda ini. Mereka tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta usangnya. Bumbung ada, cermin tingkap tiada, malah cermin belakang pun dah pecah. Nak baiki tidak mampu jadi tutup dengan plastik putih dililit pelekat.


“Oleh sebab hidup berkelana dalam kereta usang, Hilmi akhirnya terpaksa melepaskan kerja sebagai pemandu lori tetapi Hilmi tidak berputus asa. Kereta usang yang jadi rumah itu, kereta itu juga dibawa ke sana ke sini buat Lalamove,” menurut hantaran Sim.


Beliau berkata anak pasangan tersebut berumur dua hingga sembilan tahun dan dua daripada mereka terpaksa berhenti sekolah disebabkan keadaan itu.


Menurut Sim, sebaik mendapat aduan mengenai keluarga itu, beliau terus ke lokasi mereka sebelum mendapati tujuh sekeluarga duduk beralaskan kain rentang buruk di tepi kereta.


Tersentuh dengan kisah dilalui mereka, beliau mencarikan rumah baharu dengan bantuan sewa setahun, membelikan perkakasan rumah dan mendapatkan kerja buat Hilmi di sebuah syarikat lori manakala anak-anaknya dibantu untuk bersekolah semula.


Menurut hantaran itu, Sim turut menyerahkan bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka serta membelanja mereka sekeluarga makan tengah hari pada pertemuan hari ini.


"Bila saya serahkan kunci rumah, Hilmi pula menitiskan air mata dan saya sempat titipkan (kata-kata) kepadanya usah bersedih, kini masanya untuk membina semula kehidupan malah malam ini saya gembira mengetahui Hilmi dan isteri, Yani (serta anak-anak mereka) tidak lagi hidup berbumbungkan langit beralaskan kain usang di tepi jalan,” katanya.


- Bernama



PETROLEUM BUKAN RETA MERDAK ORANG POLITIK. TU DUIT RAKYAT...


 

PAS DAN FITNAH TIDAK BOLEH DIPISAHKAN


 

DALAM DEWAN KO KUTUK ANWAR... LA NI HANG PI DOK TENGOK LAM LOKAP SEHARI DUA..


 

WOIII... WALAUN.... SIAPA DERMA WALAU 1 SEN... DIA TETAP BANTU DAP.

 


𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗼𝘀𝗺𝗮𝗵, 𝗣𝗠𝗫 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗻𝗮




Baca la. Rosmah lepas bukan sebab Pendakwaraya tarik balik tuduhan. Tapi 𝗵𝗮𝗸𝗶𝗺 yang berpendapat tak ada kes kerana 𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗮𝘀𝗮𝘀 dan pendakwaan 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘀𝘂𝗿 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 dalam tuduhan.


Itu yang aku pelik. Keputusan tu kan keputusan hakim. Pembangkang salahkan DS Anwar tu kenapa? Nak 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 ke?


Siasatan dan pendakwaan dibuat ketika 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 dan 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 jadi PM. Tanya la mereka kenapa dakwaan 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗴𝗲𝘀𝗮-𝗴𝗲𝘀𝗮?


Pembangkang sekarang ni kena demam 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗠𝗫. Walhal salah berpunca dari zaman PN pun tetap PMX juga yang jadi sasaran.


Macam perlantikan 𝗠𝘂𝘀𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗻. Sibuk kata Musa tu ada kes rasuah. Mana ada! Kes tu sudah 𝗱𝗶𝗴𝘂𝗴𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 dah. Bila tu? 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠.


Yang lantik Musa tu pun 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴. Bukan PMX. Dan yang hantar nama Musa tu pula 𝗛𝗮𝗷𝗶𝗷𝗶, 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵. Apa kena mengena dengan PMX?


PMX dah cadangkan nama lain bila Hajiji hantar cuma nama Musa 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮. Tapi YDP Agong nak pilih Musa, nak suruh PMX buat apa? Nak PMX 𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 kepada YDP Agong macam 𝗧𝗮𝗸𝗶 dan 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻?


Masalah lebai, walaun, walatok semua ni, mereka tak dapat lagi 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻. Sebab dah terlalu biasa dengan cara PM sebelum sebelum ni yang suka 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵.


Tapi meroyan tanya 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶. Tapi bila PMX buat reformasi dengan tak campur urusan mahkamah, 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸. Kan auta je lebih tu.


Apa pun, Pendakwaraya akan buat rayuan keputusan ini. Kita nantikan Aku pun bukan nak tengok Rosmah dipenjara. Tapi aku mahu 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗲𝗴𝗮𝗸.


Kalau betul dia bersalah, buktikanlah dan kemudian hukumlah dia. Macam 𝗦𝗮𝗱𝗱𝗶𝗾 yang bakal 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗿𝗼𝘁𝗮𝗻 tu. Tapi kalau dia tak salah, biarlah dia lepas. Kenapa nak dakwa atas kesalahan yang 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻.


Rosmah pun bukan boleh suka sangat. Masih ada lagi satu kes yang mana dia sudah pun 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Sekarang dalam proses rayuan.


Aku cadangkan lebai dan walaun yang marah sangat Rosmah lepas kes ni, 𝗯𝘂𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗵𝗮𝗷𝗮𝘁 supaya kes yang dalam rayuan tu pun dia kalah. Kalau nak sangat tengok Rosmah kena penjara la. Kalau tak nak, sudah. Tapi jangan nak salahkan PMX je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



WALAUN DAN LEBAI KUAT SANGATBKA MAKAN KANGKUNG... OTAK KURANG BERFUNGSI... SAYOQ LAIN ADA YANG LEBIH MURAH GAK MAKAN KA? NEGERI WALAUN SWMUA TENGGELAM.. MANA KANGKUNG NAK HIDUP.. PIANG BETOI


 Ini berita yang banyak dimainkan oleh walaun. Dengar kata lebai pun main isu yang sama. Harga kangkung 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗰𝗲𝗰𝗮𝗵 𝗥𝗠10 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗹𝗼.



Tak ada yang salah pada berita ni. 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗚𝗮𝘇𝗲𝘁𝘁𝗲 pun siarkan berita secara jujur. Dinyata secara jelas harga naik 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿.


Tapi apa walaun buat? Mereka tak petik berita. Mereka ambil bahagian gambar sahaja dan. sebarkan. Jadikan berita ini 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿.


Itulah cara walaun dan lebai. Mereka mencipta naratif palsu dan jahat, 𝗺𝗲𝗺𝘂𝘁𝗮𝗿𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 untuk timbulkan salah faham.


Ada ditulis peniaga berkata, kenaikan harga kerana 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 akibat banjir. Tapi yang itu 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘆𝗶𝗸𝗮𝗻.


Inilah jadinya bila pembangkang tak tahu buat kerja dan hanya tahu 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Hingga sanggup 𝘴𝘱𝘪𝘯 fakta untuk cipta kekeliruan.


Kenaikan ini hanya 𝘀𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮. Ia bukan seperti harga ayam dan telur 𝗣𝗡 𝗺𝗲𝗺𝗲𝘁𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗱𝘂𝗹𝘂 yang baik tanpa bayangan akan turun.


Mujurlah kerajaan Perpaduan terbentuk dan sekali gus selesaikan is kenaikan harga barangan makanan yang 𝗣𝗡 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻.


Walaun dan lebai memang tak reti beri idea yang elok untuk kebajikan rakyat. Jadinya mereka cuma tunggu kerajaan buat silap.


Tapi bila tiada kesilapan berlaku, mereka pun buatkan 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 begini dengan niat 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 rakyat yang 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BUKAN SEMUA BENDA FITNAH... ADA BANYAK YANG BETUL TENTANG NAJIB BINTI ROSMAH.


 Ada sesiapa kenal pakcik ni? Serius aku tak kenal dia.



Dia kata, 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗺𝗮𝗮𝗳 sebab masa kempen PRU15 dulu, ramai pemimpin UMNO yang difitnah. Ini susulan kenyataan DS Anwar bahawa ketika PH1.0 memerintah terdapat 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗼𝘁𝗶𝗳𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺.


Rasanya pakcik ni salah faham. Memang benar ada pendakwaan bermotif dendam tapi bukan semuanya fitnah. Contoh 𝗸𝗲𝘀 𝗦𝗥𝗖 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯. Ia benar dan Najib pun 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 malah kini sedang menjalani hukuman.


Begitu juga Rosmah. Kes 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 ni memang tiada bukti. Tapi untuk kes 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗵𝗶𝗯𝗿𝗶𝗱 𝘀𝗼𝗹𝗮𝗿, memang dia didapati bersalah. Dah jatuh hukum cuma sekarang ni dalam proses rayuan. Kes itu bukan fitnah.


Manakala salah UMNO yang kita selalu sebut adalah 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵. Malah hingga ke hari ini pun UMNO masih lagi 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 walaupun Najib sendiri 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮 di mahkamah. Itu pun bukan fitnah. 


UMNO kena 𝘮𝘰𝘷𝘦 𝘰𝘯. Tak payah nak 𝗮𝗰𝗮𝗵-𝗮𝗰𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗰𝗶 lagi. Memang 𝗰𝗼𝗽 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 dah 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗵𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 dah. Pusing la macamana pun, sebut je UMNO, orang akan teringat rasuah. Sebab dari zaman Mahathir lagi memang rasuah dah jadi budaya UMNO.


Cuma sekarang, UMNO ada peluang untuk 𝙧𝙚𝙙𝙚𝙚𝙢 𝗱𝗶𝗿𝗶. Bersama PH di bawah pimpinan DS Anwar, UMNO berpeluang buktikan 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗷 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝘂𝗹𝘂. UMNO sekarang berjuang atas nama keikhlasan dan kebenaran.


Langkah pertama adalah dengan 𝗯𝗶𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗹𝗶𝘁 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺. Terima keputusan mahkamah. Mulakan 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗯𝗮𝗿𝘂 dengan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi pemimpin yang korup itu.


Sebenarnya UMNO di landasan yang baik sekarang ini. Ramai menteri dari UMNO 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝙥𝙚𝙧𝙛𝙤𝙧𝙢. Misalnya 𝗔𝘇𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮 dan 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗭𝗮𝗳𝗿𝘂𝗹. Malahan 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶 juga cemerlang dalam pengerusikan 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.


Bencana banjir kini amat terusus, tidak seperti ketika para penyangak dan pengkhianat dalam PN mentadbir dulu. Hasil kerja yang elok daripada menteri UMNO ini sedikit sebanyak mampu 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗨𝗠𝗡𝗢 yang telah tercemar.


Kalau nak UMNO bangkit, tak perlu bising suruh orang minta maaf macam ni. Sebaliknya tunjukkan UMNO telah 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘀𝗮𝗳 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗹𝘂 dan kini bertekad untuk berubah. Najib dah jadi 𝙩𝙝𝙚 𝙖𝙡𝙗𝙖𝙩𝙧𝙤𝙨𝙨 𝙖𝙧𝙤𝙪𝙣𝙙 𝙩𝙝𝙚 𝙣𝙚𝙘𝙠 dah. Beban.


Tinggalkan Najib dan mereka yang seumpamanya.. Biarkan mahkamah tentukan nasib mereka. Utamakan rakyat.  InsyaAllah imej UMNO akan pulih dan kembali dihormati. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BODOHNYA WALAUN.. DERMA DUIT KEPADA DAP. BAGI DUIT KAT KAPIAQ WOIIII..


Ibrahim Mat Isa




 Walau 1 sen pun yang walaun derma untuk bantu Dr Siti Mastura untuk bayar denda saman fitnah 800k, tetap duit itu pergi ke DAP. Bodohnya walaun bagi duit kat DAP 😅😅





HARAM BANTU PEMFITNAH.

 Aman Mohammad


Berdosa besar bantu orang yang memfitnah, apatah lagi orang itu bergaji dan elaun puluhan ribu setiap bulan.


Kalau nak bantu, bantulah rakyat marhaen yang dizalimi contohnya aku, yang dizalimi oleh PAS/PN ketika mereka menjadi kerajaan.




:)


KERAJAAN BANTU RM 1 JUTA PUSAT PENGAJIAN ISLAM.

 

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan kerajaan Pusat sebanyak RM1 juta kepada pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin di Chemor di sini yang terletak dalam kawasan Parlimennya.




PENYOKONG TEGAR SANUSI. TENGOK PERANGAI WALAUN....GITU LA ..


 

LIHAT TUAN TUAN... DAP BANTU ORANG... PAS KUTIP DUIT BAYAR SAMAN FITNAH





Alhamdulillah Kerajaan Madani.


Zainuddin Omar


 Alhamdulillah Kerajaan Madani. 


Itu pun ada puak yang ingin porak perandakan keamanan yang kita kecapi sekarang dengan ugutan tebuk atap. 


Bersyukurlah. 


***********

Sebuah kajian baru-baru ini oleh BookRetreats.com, sebuah agensi pelancongan global dalam talian untuk percutian kesihatan, yoga dan meditasi, telah menempatkan Malaysia dengan baik dalam beberapa kategori di bawah Global Relaxation Index.




Secara khusus, Malaysia dinobatkan sebagai destinasi percutian paling selamat di Asia dan ke-8 di dunia, serta destinasi percutian paling santai kedua di Asia dan ke-20 di peringkat global.


Dalam ranking destinasi percutian paling selamat, Malaysia adalah satu-satunya wakil dari Asia dalam kedudukan 10 teratas, berada di tangga ke-8 dunia dengan skor akhir 57.5 dan Global Peace Index (GPI) sebanyak 1.427.


Di tangga teratas ialah Iceland, dengan skor 71.2 dan GPI 1.112, diikuti oleh Ireland di tempat kedua. Melengkapkan kedudukan lima teratas ialah Austria, New Zealand dan Switzerland.


Perlu diingat bahawa skor akhir adalah markah keseluruhan untuk indeks ini, yang akan dihuraikan lebih lanjut dalam artikel ini.


Malaysia juga adalah destinasi percutian paling santai ke-2 di Asia


Dalam indeks keseluruhan, Malaysia berada di tangga kedua di Asia dan ke-20 di dunia untuk destinasi percutian paling santai.


Jepun adalah satu-satunya negara Asia yang menduduki kedudukan lebih tinggi daripada Malaysia dalam indeks ini, berada di tempat ke-15 di dunia dengan skor akhir 59.0.


Berikut adalah destinasi percutian paling santai di dunia menurut indeks ini:

 1. Australia (skor 73.😎

 2. Kanada (skor 72.5)

 3. Iceland (skor 71.2)

 4. Finland (skor 71.1)

 5. New Zealand (skor 69.3)


Bagaimana kajian ini dijalankan


Untuk menentukan destinasi percutian paling santai di dunia, BookRetreats.com mendedahkan bahawa mereka membandingkan 76 negara berdasarkan 5 dimensi utama, iaitu Keselamatan, Kesendirian, Ketenangan, Alam Semula Jadi, dan Aktiviti Kesihatan.


Dimensi-dimensi ini dinilai menggunakan 9 metrik individu, termasuk:

 • Keamanan (GPI 2024)

 • Kepadatan Penduduk

 • Pencemaran Bunyi dan Cahaya

 • Trafik

 • Jumlah Bandar

 • Kawasan Terlindung

 • Liputan Hutan

 • Biodiversiti

 • Aktiviti Kesihatan


Melalui normalisasi min-maks dan logaritma, BookRetreats.com menentukan purata wajaran setiap negara merentasi semua metrik untuk mengira skor keseluruhan.


Setiap destinasi dinilai pada skala 100 mata, dengan skor paling hampir kepada 100 menunjukkan tahap relaksasi yang lebih tinggi.


Sebagai konteks, berikut adalah skor Malaysia untuk setiap metrik dalam indeks ini sehingga mencatat skor akhir sebanyak 57.5:

 • Keamanan – GPI 2024 sebanyak 1427

• Kepadatan Penduduk – 107.07

• Pencemaran Bunyi dan Cahaya      – 49.25

• Trafik – 37.17

• Bandar – 37

• Kawasan Terlindung – 8.13

• Liputan Hutan – 58.17

• Biodiversiti – 0.778

• Aktiviti Kesihatan – 804


Sumber: World of Buzz



23 DISEMBER | ISNIN | 10.00 PAGI | DARI PAHANG : ONLINE MAYA - PENAT DITEMPAT KERJA, RUMAH BAGAIMANA




YADIM TV dan YADIM Pahang membawakan Yadim Maya sebagai inisiatif melestari gerakan dakwah dan memperkasa Kerajaan Madani.


Tajuk : Penat Ditempat Kerja, Rumah Bagaimana!


Panel : Dr. Nadzirah binti Ahmad Basri, Pensyarah dan Ahli Psikologi Klinikal


Moderator : Puteri Nursabrina binti Zamry, Yadim Pahang


Tarikh : 23 Disember 2024 (Isnin)

Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi

Anjuran : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang


======================


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan

InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani



TU JA MAMPU BUAT?

 MSO


Wakil rakyat pembangkang buat lawatan beramai ramai ke kawasan banjir. Itu saja yang mereka mampu buat jual janji jaja harapan kepada rakyat atau salin bekas barang yang disumbangkan Ngo ke dalam raga lambang bulan.



Kalau mereka benar benar simpati dengan mangsa banjir tunjukkan simpati sejati. Kalau tidak ada peruntukan untuk bantu, infatkan gaji dan elaun mereka untuk mangsa sekurang kurang tiga bulan sebagai tanda simpati. Sanggup?


Kalau melawat kawasan banjir nak buat konten dan masuk kedai pun rakyat bayar makan tak guna sikitpun. Trims.



DANA PETROLEUM TERENGGANU DISALAH GUNA?




Dana Petroleum yang diberikan kepada negeri Terengganu sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan negeri itu. Namun amatlah menyedihkan apabila ianya dibelanjakan bagi tujuan sebaliknya, apatah lagi bagi membayar emolumen gaji dan elaun.


Bagi tahun 2023 misalnya, sejumlah RM802.2 juta dana diterima oleh Kerajaan Terengganu yang mana RM651 juta atau 81.2 peratus dibelanjakan untuk tujuan emolumen.


Ini dah dikira salahguna dana!


Kerajaan Terengganu sepatutnya mengkaji semula kos emolumen ini memandangkan ia tidak setaraf dengan penjanaan hasil negeri itu yang tak sampai pun RM300 juta.


Patut la Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar ni banjir-banjir pun boleh pergi holiday. 'Cukup makan pakai'.


Calon Perdana Menteri PN kita, kah!


#MyCommunityNews

#MCN

#DanaPetroleum

#EmolumenNegeri

#Terengganu

#SalahgunaDana

#DrSamsuriMokhtar



KERJA KERAS KERAJAAN MADANI UNTUK KEMAKMURAN NEGARA DAN RAKYAT


 Alhamdulillah, Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan untuk terus melonjakkan ekonomi negara sepanjang tahun ini bagi melimpahkan kemakmuran berpanjangan buat rakyat dan negara. 


Kerajaan akan terus bekerja keras di tahun-tahun mendatang untuk memacu masa depan kita yang lebih sejahtera, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI

#Sorotan2024

#MADANIBekerja