Elak kontroversi: Keputusan kerajaan BN wajib disemak kabinet

SOKONGAN UMNO, PAS KEPADA PM SINKIR ANWAR

140 KONTRAK MERAGUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN DIBATALKAN

Pas TUDUHAN TANPA BUKTI




Kerajaan negeri Perak menyelar pembangkang di negeri itu, khususnya Pas yang sering menuduh tanpa mengemukakan bukti kelemahan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, tindakan ADUN Gunung Semanggol, Hj Razman Zakaria sebelum ini yang beberapa kali mendakwa berlaku kelemahan pentadbiran negeri tanpa mengemukakan cukup bukti amatlah tidak wajar diteruskan.
Menurutnya, tindakan Pesuruhjaya Pas Perak itu agak mengecewakan kerana tidak mengamalkan prinsip Islam dalam membuat tuduhan.
“Untuk pengetahuan YB, semua program, dasar dan polisi Kerajaan Negeri Perak pada hari ini sedang berjalan dengan baik. Sehingga kini kerajaan telah berjaya mendapatkan nilai pelaburan ke negeri ini sebanyak RM 1.434 billion berbanding hanya RM 249 juta oleh kerajaan terdahulu dalam tempoh yang sama.
“Pencapaian ini juga turut meletakkan Perak di tangga kelima berdasarkan statistik daripada Lembaga Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi tempoh Januari hingga Mac 2019,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu menurutnya, kerajaan juga telah melancarkan beberapa skim bantuan kepada golongan sasar terutamanya kumpulan B40 seperti Kad Perak Prihatin, Kotak Harapan, Dermasiswa, Rumah Harapan, Rumah Perakku, Pinjaman Pengajian Tinggi, Biasiswa Menteri Besar, Kad Kesihatan dan Makanan, Tabung Usahawan dan Kesihatan, Bantuan Dana NGO serta banyak lagi insentif lain yang terus disampaikan kepada rakyat di negeri Perak. Malah kerajaan negeri juga tidak meletakkan syarat untuk mendapatkan sokongan daripada pemimpin kerajaan untuk mendapatkan kemudahan ini seperti yang diamalkan kerajaan terdahulu.
Selanjutnya Hasnul berkata kes-kes yang disebut oleh Razman telah pun diambil tindakan dengan mengambil keterangan pihak yang terlibat dan masih dalam proses penyiasatan.
Hasnul juga menasihatkan agar Razman mendapat maklumat yang tepat terlebih dahulu selaras dengan ajaran Islam supaya tidak membuat tuduhan melulu sehingga boleh menimbulkan fitnah dan memecah belahkan masyarakat.
“Dalam negara yang mengamalkan demokrasi pihak kerajaan negeri mengalu-alukan kritikan atau pandangan daripada pihak pembangkang tetapi pihak YB diingatkan supaya kritikan yang dibuat perlulah bersandarkan kepada fakta dan bersifat membina
“Sekiranya pihak YB tidak mempunyai maklumat yang jelas dalam apa-apa isu atau perkara berkaitan kerajaan negeri, pihak YB dialu-alukan untuk datang ke pejabat saya atau berjumpa mana-mana Exco yang berkaitan untuk mendapatkan penjelasan,” katanya lagi. – RF8 Media

HELLO MENTERI...MASIH DIBUAI MIMPI KAH?



Hari ini sudah 13 haribulan Ogos, bermakna tidak lama lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos.
Tahun ini negara akan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-62.
Tetapi, apa yang kita rasa pada tahun ini menjelang ketibaan tarikh 31 Ogos?
Kenapa tiada sambutan bulan kemerdekaan?
Kenapa tiada kempen memasang bendera di kenderaan dan juga kediaman?
Melihat kepada pelbagai isu perkauman dan agama yang semakin banyak melintas dalam negara kebelakangan ini, tentu sebahagian besar daripada kita berasa rimas dengannya.
Lebih-lebih ia berlaku di bulan kemerdekaan di mana kita semua sepatutnya bersatu hati meraikan persamaan serta meminimakan segala perbezaan yang ada.
Kita tidak akan mampu bergerak ke depan dan menuju kemajuan jika sentiasa dibebankan dengan isu perkauman dan agama yang sempit dan memualkan sebegini.
Dalam hal ini, selain menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan yang ternyata gagal dalam peranannya, kenapa menteri berkaitan komunikasi dan multimedia yang biasanya dipertanggungjawabkan dalam perkara sambutan kemerdekaan juga seolah-olah tiada berperanan?
Apakah erti kemerdekaan pada tahun ini jika sambutannya ketika negara lebih diselubungi dengan isu perkauman dan agama yang sempit dan keterlaluan? (Shahbudindotcom 13/08/2019)

UMNO MONOPOLI PENGAMBILAN PEKERJA BANGLADESH




Akhbar Bangladesh mendedahkan bagaimana Kerajaan Umno Terdahulu Menjana `Monopoli 'Dalam Pengambilan Pekerja Bangladesh -  Wang Rasuah Dihantar Kepada Zahid Hamidi

Akhbar Bangladesh telah mendedahkan bagaimana kerajaan Malaysia sebelum ini didakwa mencipta sindiket tenaga kerja yang memonopoli pengambilan pekerja Bangladesh ke negara ini. 

The Daily Star melaporkan bahawa ia telah bercakap dengan pegawai dan mendapatkan dokumen yang menunjukkan bahawa sindiket itu meraih berbilion ringgit daripada  dua juta pekerja Bangladesh yang datang ke Malaysia sejak awal tahun 2017. 

Setengah wang yang dibuat dikatakan telah dicuci ke Malaysia, untuk dikongsi dengan "ahli politik yang kuat" di negara ini. 

Ia juga mendedahkan majikan Malaysia terpaksa bergantung kepada ejen atau broker untuk mendapatkan permohonan untuk pekerja Bangladesh yang diluluskan.

Daily Star melaporkan bahawa monopoli dalam pengambilan pekerja Bangladesh telah diwujudkan selepas bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa pengambilan pekerja akan dilakukan melalui sektor swasta dan bukannya kerajaan kepada kerajaan (G2G).

TULISAN JAWI DIMUSNAHKAN DI ZAMAN UMNO, KERAJAAN PH CUBA MEMBAIKINYA TAPI UMNO DAN PAS MEROYAN



Apa yang menjadi fakta, tulisan jawi dimusnahkan oleh umno, kawan Pas skrg, di zaman khir johari lagi.  Kerajaan PH pula ingin kembalikan semula tulisan jawi. 

Meskipun ada bberapa pihak dari kaum cina dan india termasuk dari MCA dan MIC, komponen BN yg kini adalah kawan Pas turut bantah tulisan jawi, kami dlm PH tetap akan laksanakannya. 

Mngapa skrg umno baru fikir tulisan jawi itu penting setelah mereka hilang kuasa?  Mngapa umno dan Pas hanya nampak seorang dua pemimpin Dap yg menentang jawi tetapi mereka tidak bising bila MCA dan MIC juga menenrang jawi?  Ohh...sbb MCA dan MIC tu kawan umno dan umno itu kawan Pas, kan? 

Nah, lihat, jelas bahawa isu jawi ini cuba dipolitikkan bukan kerana prinsip.  Kalau kerana prinsip, waktu umno ada kuasa dulu mengapa Umno tidak buat dan mengapa Pas tidak bising?  Ini semua kerana mereka dengki bila kjaan PH cuba untuk membaikpulih tulisan jawi yg telah umno rosakkan dulu.

WFAUZDIN NS

RAFIZI BERGAMBAR DENGAN LEMBU KORBAN PUN MACAI MEROYAN.?



Sesuatu yang menarik di Hari Raya Aidil Adha, apabila Rafizi menaikkan status dan foto bersama lembu di FB nya telah mendapat respon dari ramai citizen.

Apa tidaknya, bila disebut lembu, semua terbayangkan Kak Ijat dalam skandal NFC atau "lembu dalam kondo" yang telah didedahkan oleh Rafizi sebelum PRU14 yang lalu.  Maka, melompat sakan dan meroyanlah puak-puak macai apabila Rafizi berselpi dengan "Kak Ijat".

Sekeping gambar selpi bersama "Kak Ijat" benar-benar memberi kesan kepada macai-macai.  Mungkin Rafizi tidak terfikir selpi bersahaja itu telah memberi kesan yang mendalam bak panahan menembusi dada mereka.  

Paling menyakitkan hati mereka apabila Rafizi menang dalam rayuannya untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi terhadapnya yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah.  Ini menunjukkan sememangnya ada "lembu dalam kondo" dan pendedahan Rafizi itu benar.  

Tahniah Rafizi.  Sekeping gambar sudah cukup membuat mereka sentap.  

WFAUZDIN NS