Berlakukah kerjasama PH dengan Umno? ULASAN

 

Berlakukah kerjasama PH dengan Umno?

ULASAN

DESAS desus kemungkinan PH akan bekerjasama dengan Umno boleh menjadi berita awal tahun 2021 yang mengejutkan tetapi ia bukanlah sesuatu menghairankan kerana politik itu bersifat dinamika. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam dunia politik. Yang jelas ura-ura kerjasama Umno - PH itu lebih menarik dari idea Grand Coalition yakni politik "Grekok". 

Kerjasama Umno - PH satu dinamika baru politik yang menarik, suatu sejarah, adapun Grekok itu tidak lebih dari usaha untuk memakai baju baru kepada patung lama sahaja. 

Persoalan kini timbul sejauh manakah kerjasama Umno dengan PH itu? Apakah ia sesuatu yang logik atau sebaliknya. Dengan menerima politik itu sebagai serba mungkin ia bukan hal yang pelik dan aneh. 

Kalau jadi kerjasama itu, pertanyaan yang lahir apakah ia akan membawa kepada Piraum ke-15 akan datang atau hanya bersifat sementara sahaja bagi mencapai niat dan impian bersama? Mengikut makrifat siasah saya, ia bersifat sementara tidak akan kekal sampai membentuk kerjasama holistik membawa ke dalam Piraum.

Semua faham ura-ura kerjasama itu berlaku ia atas keinginan dan amarah Umno yang terbit atas rasa frustasi Umno dengan rakan mereka dalam PN khasnya PPBM. Sebenarnya awal-awal lagi Umno tidak senang dengan kerjasama itu. Mereka menegaskan kerjasama dengan PPBM dan Pas itu hanya di peringkat parlimen sahaja. Ertinya ia bersifat sementara untuk menyokong menumbangkan kerajaan PH tidak lebih dari itu. Dan pendirian Umno dalam hal ini nampaknya konsisten.

Yang menjadi sedikit masalah kepada Umno, pendirian itu, untuk bekerjasama dengan PH tidak diterima secara sekata dalam Umno. Pemimpin Umno berbelah bahagi mengenai pendekatan itu. Ada yang menjadikan DAP sebagai hambatan. Ada pula yang tidak bersetuju dan tidak mahukan kerjasama itu sampai ke dalam pilihan raya, khasnya mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan PN. 

Mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan dan mendapat ghanimah sebagai menteri dan sebagainya berharap kerjasama dengan PN itu kekal kerana mereka memikirkan soal kedudukan mereka. Mereka ini lebih memikirkan tembolok berbanding nasib partinya. 

Sebaliknya bagi pemimpin Umno yang dapat menghidu kerugian dengan kerjasama itu tidak setuju dan mahu putuskan hubungan dengan PPBM.

Ada munasabahnya kalau ada pemimpin Umno mencurigai PPBM. Salah satu yang menyebabkan Umno marah apabila PPBM mencuri ahlinya.  

Terdapat 16 orang ahli Parlimen Umno yang dicuri oleh Bersatu.  Bukan sahaja Umno sesiapa pun tidak dapat menerima perkara ini. Wajar kalau Umno marahkan kepada PPBM dan akan berakhir dengan menarik diri daripada kerajaan PN. Tidak guna Umno berkawan dan menyokong pencuri. 

Apa menjadi masalah kepada Umno, dan ini mengecewakannya apabila kawan ta'awunnya (Pas) yang sama-sama menyokong kerajaan PN sudah larut dalam dakapan PPBM mahu kekal dalam kerajaan. Paling mendukacitakan Pas menunjukkan keintiman dan kerap ke dalam kamar dengan PPBM sedang muafakat awal bersama Umno. Sikap Pas menyebabkan ada pemimpin Umno menuduh Pas tidak boleh dibuat kawan. 

Apakah perkembangan dan kerenah ini menyebabkan Umno akan melakukan "istidraj" akan bekerjasama dengan PH?

Jangan terkejut.

Kalau Umno bersama PH jangan terkejut. Wajar kalau Umno mengambil jalan itu untuk melepas angin sebagai membela diri dan maruahnya. Bagaimanapun seperti dikatakan tadi kebersamaan dengan PH bukan kekal, ia bersifat sementara sahaja. Umno kekal dengan nawaitunya untuk kembali menguasai semula negara. Umno dengan PH hanya sebagai meneruskan hasratnya yang terganggu, yakni mahu mendesak parlimen dibubarkan. Itu sahaja.  

Dalam melihat ura-ura kerjasama ini semua pihak kena faham, apa yang dicadang awal-awal oleh Umno dahulu ialah mendesak agar parlimen dibubarkan. Mereka tidak ada niat pun untuk merampas  kerajaan. Dengan bersama Pas membentuk MN, tidak akan tercapai melainkan dalam pilihan raya. 

Hubungan ta'awun Umno - Pas berubah, apabila Pas beralih angin setelah mendapat jawatan dan merasakan keempukan kerusi menteri berbanding dengan belakang unta yang dinaikinya selama ini. Itulah kemalangan buat Umno setelah mencelikkan orang buta, setelah mereka dapat melihat dilupa  segala jasa-jasa bomoh. Itulah yang boleh diibaratkan yang berlaku ke atas Pas kepada Umno.

Justeru kalau Umno bekerjasama dengan PH bukan bersifat kekal, tetapi sementara untuk menumbangkan kerajaan PN sahaja.

Makanya PH terutamanya Keadilan perlu berhati-hati dengan janji dan persetujuan Umno jika ia benar. Apa yang perlu difikirkan bukan kerajaan, tetapi persediaan menghadapi pilihan raya. Itu lebih afdal. Saya melihat kerjasama dengan Umno itu (jika berlaku) adalah untuk membubarkan parlimen sahaja. Kerajaan PN boleh ditumbangkan tetapi apakah manfaat kepada PH selepas itu, dalam pilihan raya nanti. Kalau dalam pilihan raya nanti ia tidak memberi manfaat, bermakna usaha kerjasama seperti menolak kereta mampos dapat menelan asap sahajalah.

Diharap PH tidak akan terkena sekali lagi dengan tawaran manis Umno. Apapun apakah kerjasama untuk menumbangkan kerajaan PN itu berjaya atau tidak ia terjawab pada Rabu ini apabila MKT Umno bersidang dan membincang desakan 143 bahagian Umno yang mahukan Umno memutuskan kerjasama dengan PPBM. 

Sekiranya MKT bersetuju dengan desakan 143 bahagian Umno itu, ia juga tidak secara automatik kerajaan PN akan tumbang kerana penolakan itu adalah dalam pilihan raya, bukan sebelumnya. Boleh jadi juga Umno membuat solusi awal mengenai kerjasama dengan PPBM itu memboleh mereka menentukan kerusi-kerusinya dan calon yang akan diletakkan awal-awal. Umno menegaskan mereka akan bertanding di 98 kerusi parlimen. 

Nota: kerjasama Umno dengan PH walaupun tidak mustahil tetapi masih mustahil. [wm.kl.8:41 am 04/01/2020]



Kenyataan Media dari Dato Taqiyuddin ini menunjukkan

Sham Ghaz


Kenyataan Media dari Dato Taqiyuddin ini menunjukkan.


1. Pas ni makan dua kolam


2. Kolam Muafakat Nasional dengan UMNO, kolam Perikatan Nasional dengan BERSATU


3. Kenyataan media ini juga secara tersirat, boleh kita faham kedudukan Kerajaan PN dalam keadaan sangat goyang menanti runtuh.


4. Pas jika Kerajaan PN ni runtuh mereka lah Parti paling rugi.


5. PRU15 Muafakat Nasional pecah balik, Pas kontang kanting.


6. Bersatu pula bila hilang Kerajaan, mereka akan jadi Parti paling tidak signifikan di Malaysia kerana BN tolak mereka, PH juga tolak mereka.


7. Masa tu Bersatu akan kenal Pas, Pas tak akan bagi Kerusi pada Bersatu seperti mereka buat pada UMNO di Kelantan.


8. Kita sama-sama doakan Kerajaan Pakatan Harapan 2.0 (atau nama baru) dapat di bentuk dengan kadar segera.


9. Sama-sama buat solat Hajat, agar mandat yang diberikan kepada rakyat boleh dapat semula. Amen


Syam Ghaz



 

KITOL MODEN/SAYA SANGGUP LAWAN AZMIN/AZMIN KITA TAK BOLEH BAGI MUDAH [DA...

KERAJAAN PN PERLU DITUMBANGKAN

 

Kerajaan PN perlu ditumbangkan segera

Image may contain: text that says "SEBAB SEBENAR PROJEK 'HIGH SPEED RAILWAY' DIBATALKAN KERAJAAN PENIPU TAK MAHU TENDER TERBUKA Menteri Pengangkutan Singapura dedahkan di parlimen, SEBAB SEBENAR PROJEK HSR DIBATALKAN KERAJAAN MALAYSIA TIDAK MAHU PEMILIHAN TENDER' KONTRAKTOR & PEMILIHAN TEKNOLOGI TREN DIBUAT SECARA TENDER TERBUKA UNTUK DIPANTAU SECARA BERSAMA OLEH SINGAPURA"

NORMAN RADUAN

Sangat-sangat memalukan dan sangat-sangat tidak bertanggungjawab... Projek HRC dibatalkan kerana Malaysia menolak tender terbuka yang lebih telus. Malah sanggup menggunakan wang rakyat hanpir RM1 billion untuk pampasan hanya untuk kepentingan pihak tertentu Malaysia negara Islam tetapi memalukan Islam.

Rahsia China, Korea, Singapore, Taiwan, Jepun menjadi 'Singa Asia' kerana mereka telus dan amanah menguruskan negara. Parlimen Singapura menjadi saksi mengapa perkara ini berlaku. Beranikah To'Pa menyaman kerajaan Singapura yg terkenal dgn ketulusan mereka?

Kerajaan PN perlu ditukar segera untuk Malaysia berunding kembali mengenainya. Sayang hampir RM 1 billion wang rakyat digunakan untuk tujuan tersebut apatah lagi HRC ini bagus untuk memacu ekonomi kedua negara.

 

ORANG MELIHAT ISLAM DARI TINHKAH LAKU

 Norman Radzuan

Ya benar orang bukan Islam melihat atau mengenali Islam bukan melalui Al Quran tetapi melalui tingkah laku kita. Kita dimomokkan Islam terancam...benarkah?

Kata Gus Mus.."Yang menghina agama mu... tidak bisa merosakkan agama mu. Yang boleh merosakkan agama mu adalah perilaku mu yang bertentangan dengan agamamu..."

Gambar sekadar hiasan...


Image may contain: Amani Zafran, text that says "Parti dia tak pernah silap. Kaca mata dan teropong parti dia sentiasa terang. Dia kawan DAP, dia betul. Dia lawan DAP, dia betul. Dia lawan MCA, dia betul. Dia kawan MCA, dia betul. Dia lawan Umno, dia betul. Dia kawan Umno, dia betul. Dia bangkang Najib, dia betul. Dia sokong Najib, dia betul. Dia nak kata dia betul, itu hak dia. Cuma, benda yang dia kata betul kalau dia buat, apabila orang lain buat, dia kata salah. Bag dia, dia saja yang betul. Orang lain semua salah."

 

Amaran Terakhir Kepada Pimpinan PH, Jika Masih Nak Mahathir, Saya Akan L...

APA ADA PADA ATAP YANG DITEBUK DI SAAT RAKYAT KELAPARAN?

MEMBALAK SAJA KERJANYA...KAH....


RINA HAMZAH


 PAS perlu bermuhasabah diri jangan kerja nak membalak je.

Dari Kelantan sempai ke Kedah, pemimpin PAS kerja nak potong balak je.
JKR ni tak takut masuk neraka ke? Berani depa sindir ulamak....

SR


Image may contain: outdoor, text that says "JKR JKR Malaysia @JKRMalaysia 23 kes pembalakan haram dikesan di Kelantan 1127 November 2020 Kejadian banjir lumpur di FT 185 sekyen 60-62 Jalan Lojing Gua Musang hari ini. Berkemungkinan kesan daripada pembangunan tanpa kawalan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. SR suararakyat นാരร Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengesan sebanyak 23 kes pencerobohan HSK terutamanya di Gua Musang, Kuala Krai dan Machang. Gambar hiasan 123RF SELAMA INI KERAJAAN PAS BUAT APA??!"


Annuar Dipecat, UMNO Akan Tarik Diri Dari Kerajaan PN | BULETIN PERTIWI ...

SAMPAI BILA SPRM akan bersikap profesional, bebas siasat pembatalan HSR Kuala Lumpur-Singapura?

 

Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP)

Adakah SPRM Akan Bersikap Profesional Dan Bebas Menyiasat Pembatalan Landasan Keretap Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura Kerana Malaysia Menolak Untuk Mematuhi Proses Tender Antarabangsa?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertindak tepat dengan menyiasat penyalahgunaan kuasa oleh Prasarana dan konflik kepentingan serta pembayaran kepada kontraktor untuk projek LRT3 berikutan pendedahan dalaman kerajaan PN terhadap Pengerusi sekarang.  Tidak ada keraguan bahawa Prasarana berada dalam kesulitan dan kegagalan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong untuk menanganinya adalah bukti ketidakmampuan Wee.

Walaupun siasatan SPRM dimulakan setelah Pengerusi sekarang melancarkan serangan terhadap kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini adalah langkah yang tepat oleh SPRM kerana begitu banyak dana awam yang terlibat. Untuk rekod, harga asal projek LRT3 pada RM31.65 bilion oleh kerajaan BN dikurangkan sebanyak RM15.02 bilion atau 47.5% kepada RM16.63 bilion setelah kajian semula pakar oleh kerajaan PH.

Persoalannya ialah adakah SPRM juga akan bertindak secara profesional dan bebas dengan menyiasat pembatalan HSR KL-Singapura kerana kerajaan Malaysia enggan mematuhi proses tender antarabangsa? Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung mengatakan sebab utama mengapa kedua-dua negara tidak dapat mencapai persetujuan mengenai projek HSR adalah kerana Malaysia ingin menyingkirkan syarikat aset tender bersama (AssetsCo).

Ong mengatakan bahawa melalui tender antarabangsa yang terbuka dan telus, AssetCo akan memastikan kebertanggungjawaban kepada kedua-dua negara. Sebagai tindak balas hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed mengatakan model asal Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), yang memerlukan tender untuk dijalankan bersama dengan Singapura, adalah terlalu mahal.

Mustapa tidak mengatakan bahawa Malaysia akan menggunakan model baru yang masih akan mematuhi protokol tender antarabangsa. Mustapa menyebut bahawa kaedah yang dipersetujui oleh kerajaan BN pada tahun 2016 akan meningkatkan kos dan PN telah mencadangkan model baru yang akan membantu mengurangkan kos. Tidak ada penjelasan mengenai bagaimana kos dapat dikurangkan.

Mustapa tidak jujur dan bercanggah dengan dirinya sendiri apabila beliau nampaknya lupa bahawa beliau juga merupakan Menteri Kabinet dalam kerajaan BN pada tahun 2016. Mengapakah anggaran kos HSR sekurang-kurangnya RM80 bilion, tidak termasuk pembayaran faedah puluhan bilion ringgit tambahan, dikatakannya mahal sekarang tetapi tidak dahulu?

Atas sebab ini, SPRM juga mesti memulakan siasatan terhadap pembatalan ini untuk melenyapkan persoalanan rakyat bahawa ia menyiasat tanpa rasa takut atau berat sebelah berdasarkan fakta, dan bukan alat politik untuk kerajaan PN sekarang.



Anak Zahid dakwa bapanya tiada kaitan dengan pelantikan sebagai ahli perbadanan SME Corp



HAMDAN TAHA

 Nak di sebut dia anak orang ternama dan

Hebat juga presiden parti umno...

Tapi buat masa ni dia di lantik jadi pengarah GLG tak berapa nak cantik buat umno dan bapa dia. Sikit melucukan sebabnya bapa dia tengah meluyaikan kerajaan PN ni...

Tiba tiba anak dia pula di lantik jadi Pengarah sedangkan dalam akaun anak dia pun Ya Allah banyak dah....boleh dia terima tu yang di luar kotak tu...siapa pula yang beri nama dia tu...dia mewakili siapa....apakah umno..?

Susah jadi anak pemimpin parti umno ni....semuanya serba tak kena kan....ye betui memang susah....tapi anak presiden ni ramai bukan sorang....tapi yang macam macam hal ni dia ni sorang jer...

Buat lah kerja kerja lain dan berniaga....jawatan kat spnb pun dah besar...tumpukan kat situ kira ok dah tu...

 

Anak Zahid dakwa bapanya tiada kaitan dengan pelantikan sebagai ahli perbadanan SME Corp

Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelantikannya sebagai ahli perbadanan SME Corporation tidak ada kaitan dengan bapanya.

Katanya, dia sendiri menyerahkan resume dirinya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Alhamdulillah. Tapi nak bagi tau Zahid Abah kepada Nurul takda kena mengena dalam pelantikan ini.

“Anak Zahid bawa resume/CV sendiri serah kepada menteri kerana merasakan beliau layak memberi sumbangan kepada agensi itu selaras dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam pelbagai bidang,” tulis Nurulhidayah di laman Instagram.

Pada majlis malam semalam, Wan Junaidi melantik Nurulhidayah dan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (Acccim) Koong Lin Loong sebagai ahli perbadanan SME Corporation.

SME Corporation adalah agensi yang menyelaraskan program pembangunan untuk perniagaan kecil, menyediakan khidmat nasihat dan berfungsi sebagai sekretariat Majlis Pembangunan PKS Usahawan Nasional (NESDC), yang dipengerusikan oleh perdana menteri.

Nurulhidayah, 42, adalah anak sulung Zahid. Menurut laman Linkedin, dia adalah pengarah eksekutif di Menara Rezeki Sdn Bhd dan rangkaian hotel mewah Kumpulan Ri-Yaz.

Dia juga adalah pengasas bersama syarikat tudung Couverture dan pernah menjadi ketua komunikasi korporat di Syarikat Perumahan Negara Bhd, ketika memulakan kerjayanya pada tahun 2002.

Nurulhidayah memiliki ijazah sarjana dan sarjana muda dalam bidang komunikasi korporat dari Universiti Putra Malaysia.


Adakah kerajaan hanya akan tunggu vaksin tiba di Malaysia?

 

Oleh Syahredzan Johan

(Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri)

Semalam dilaporkan bahawa jumlah kematian yang disebabkan wabak Covid-19 telah melebihi 500. Dilaporkan juga bahawa jumlah keseluruhan kes Covid-19 melangkaui 120,000 setakat 4 Januari 2020. Angka-angka ini sangat membimbangkan, apatah lagi apabila hanya beberapa bulan yang lepas, negara mencatatkan sifar kes tempatan. 

Dilaporkan juga, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan bahawa hospital dan pusat rawatan Covid-19 hampir mencecah tahap maksimum dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mempertimbangkan supaya pesakit tanpa gejala dikuarantinkan di rumah.

Pada masa yang sama, Kerajaan telah melonggarkan SOP yang telah ditetapkan sebelum ini Ironinya, SOP adalah lebih ketat ketika gelombang kedua dan proses pemulihan selepas itu, berbanding sekarang. 

Tidak dinafikan, ada banyak pandangan berbeza berkenaan pelonggaran SOP, pembukaan sektor ekonomi dan perjalanan rentas negeri ini, namun demikian situasi sekarang menimbulkan persoalan sama ada Kerajaan Persekutuan mempunyai pelan yang rapi dan menyeluruh untuk menghadapi Covid-19 yang dilihat semakin teruk. Keyakinan umum terhadap cara Kerajaan Persekutuan menangani wabak ini semakin terhakis. 

Adakah Kerajaan hanya akan membiarkan keadaan ini berlarutan, sehinggalah vaksin wabak tersebut tiba di Malaysia pada bulan Februari? Inilah persoalan yang bermain di fikiran ramai apabila Kerajaan seperti mengambil sikap acuh tidak acuh dan ‘business as usual’’ sahaja walaupun dengan angka-angka harian yang begitu menggusarkan.

Kerajaan tidak boleh hanya bergantung harap pada vaksin yang dijangka tiba dan harus mempunyai pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk membendung penularan wabak ini sebelum ianya terlambat. Oleh itu, Kerajaan digesa untuk segera mengumumkan dan memaklumkan kepada rakyat tentang perancangan negara untuk berhadapan dengan wabak ini di hari-hari yang akan datang.


WALAU BUKAN MP, KHALED NORDIN JUGA PERLU MELEPASKAN JAWATAN DALAM GLC


 Bersama tegangnya hubungan dengan Bersatu ketika ini, tuntutan paling banyak kedengaran ialah agar Ahli-Ahli Parlimen UMNO segera melepaskan semua jawatan masing-masing dalam kerajaan.

Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC diminta tidak berlengah lagi melepaskan jawatan masing-masing, sesuai dengan usul majoriti UMNO bahagian-bahagian yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu serta menolak kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.

Setakat meluluskan usul tapi tidak disusuli dengan menarik sokongan serta melepaskan semua jawatan dalam kerajaan yang dilantik oleh Muhyiddin, semuanya tidak bermakna apa-apa.

Malah, ia hanya memperlihatkan mereka sebagai pemimpin yang lebih sayangkan jawatan daripada perjuangan.

Dalam hubungan ini, ada laporan menyebut bahawa dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian pagi tadi, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dikatakan memang ada membangkitkan soal keperluan berundur daripada kerajaan itu.

Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan sambil enggan mengesahkan laporan tersebut berkata, sebarang keputusan dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua Bahagian hari ini akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat MT UMNO esok.

“Itu hanya laporan, apa-apa yang kita bincang tadi kita akan bawa ke MT.

“Jadi, keputusan muktamad, apa juga yang dibincangkan adalah pada mesyuarat MT esok malam,” katanya lagi yang baru diumumkan sebagai Setiausaha Agung BN menggantikan Annuar Musa.

Makna kata, jika MT UMNO esok memutuskan semua Ahli Parlimen perlu meletak jawatan kerajaan masing-masing, mereka tiada pilihan selain harus berbuat demikian.

Itu adalah dalam konteks untuk UMNO menjatuhkan kerajaan PN dan memungkinkan PRU diadakan dengan segera, selari dengan usul-usul yang telah diluluskan.

Tetapi, atas nama UMNO itu sendiri yang enggan bekerjasama dengan Bersatu dan menolak PN, sewajarnya semua pemimpin, tak kira kecil atau besar, menjadi Ahli Parlimen atau tidak, mereka juga wajib melepaskan jawatan masing-masing dalam kerajaan sekarang.

Apa saja jawatan yang diterima melalui kerjasama politik UMNO dalam kerajaan PN mesti dipulangkan semula

Contoh pemimpin UMNO yang bukan Ahli Parlimen tetapi diberikan jawatan dalam GLC ialah Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin.

Atas kapasitinya sebagai Naib Presiden UMNO, setelah PN menjadi kerajaan, bekas Menteri Besar Johor itu telah dilantik sebagai Pengerusi Boustead Holding Bhd, sebuah anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau LTAT.

Oleh kerana Khaled sendiri agak lantang mengkritik kerajaan PN dan keras dengan pendirian menolak kerjasama UMNO dengan Bersatu, sebagai tanda sehati sejiwanya dengan keputusan parti, beliau tidak ada sebab lagi untuk terus memegang jawatan tersebut.

Adalah amat janggal sebenarnya, sebagai pemimpin dalam hireaki nombor tiga UMNO, sementara lantang mengkritik Bersatu dan PN, beliau didapati masih tidak segan-segan memegang jawatan bergaji lumayan dalam syarikat senaraian awam itu.

Sebaik-baiknya, malah beliau pasti akan lebih dihormati oleh akar umbi UMNO yang tidak mendapat apa-apa nikmat kebendaan sejak kerajaan PN terbentuk, kiranya sebelum mesyuarat MT malam esok, surat perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Boustead itu sudah pun siap ditandatanganinya. 

(Shahbudindotcom 05/01/2021)



"Saya akur jika diminta letak jawatan" - Khairy Jamaluddin


Umavathi Ramayah
"Saya akur jika diminta letak jawatan" - Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan akur dengan apa sahaja keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, beliau sedia melepaskan jawatan dalam kerajaan sekiranya diminta untuk berbuat demikian.
"Saya akur, jika diminta letak jawatan," kata Ahli Parlimen Rembau itu dalam sidang akhbar perkembangan perolehan COVID-19 di Parlimen di sini, pada Selasa
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, beliau terikat kepada sebarang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan bermesyuarat esok untuk membincangkan kedudukan pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional pimpinan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, beliau dimaklumkan yang MKT akan mengadakan mesyuarat esok dan besar kemungkinan akan membincangkan perkara itu.
Kalau keputusan dibuat MKT, sebagai ahli parti, saya akur dengan keputusan yang dibuat.
"Saya bukan ahli MKT, keputusan akhir akan dibuat oleh MKT, tapi kalau MKT membuat keputusan demikian dan mengarahkan semua ahli UMNO untuk melepaskan (jawatan), sebagai ahli UMNO saya akur dengan keputusan itu," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan perolehan vaksin COVID-19 negara di Parlimen di sini, pada Selasa.
Terdahulu beliau mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos pembelian vaksin Covid-19 yang didakwa harga sebenar vaksin COVID-19 adalah jauh lebih murah berbanding harga yang didedahkan kepada umum.
Khairy berkata, dalam pertemuan kira-kira tiga jam bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), beliau mendedahkan harga vaksin Pfizer-BioNtech dan AstraZeneca kepada PAC.
Beliau menjelaskan, turut didedahkan dokumen-dokumen kontrak melibatkan syarikat syarikat Pfizer dan AstraZeneca bersama dengan kerajaan Malaysia.
"Disebabkan tidak dapat mengumumkan harga secara teliti bagi setiap pembelian walaupun kita sudah umum harga keseluruhan tetapi saya membuat keputusan, dalam prosiding PAC, saya mendedahkan harga pembelian kita secara terperinci," ujarnya.

Pembatalan projek HSR bukti kerajaan PN lemah, kata Khaled

 

Pembatalan projek HSR bukti kerajaan PN lemah, kata Khaled




Pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura  mencerminkan kelemahan pentadbiran dan proses membuat keputusan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Naib Presiden Umno, Khaled Nordin berkata kerajaan seperti tidak tahu apa yang sebenarnya ingin dimanfaatkan daripada kerjasama serantau dengan Singapura.

“Kerajaan Malaysia tidak dapat membuat keputusan yang tegas dan konsisten berhubung integrasi ekonomi rentas sempadan kedua-dua negara, malah memaparkan pendirian yang ‘flip flop’.

“Malaysia kini hilang peluang keemasan untuk merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua bandar metropolis yang merupakan antara enjin ekonomi utama Asia Tenggara,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kata Khaled pendirian tidak konsisten itu bertentangan dengan strategi yang diumumkan perdana menteri pada Jun lalu untuk meneruskan projek mega seperti projek HSR dalam usaha merancakkan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak Covid-19.

“Akibat sikap tidak konsisten ini, projek HSR yang mendatangkan pelbagai manfaat ekonomi menjadi mangsa ketidakpastian,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah menyifatkan permbantalan HSR sama seperti “membunuh” ekonomi Johor.

Hairi berkata, projek HSR berupaya membantu pembangunan ekonomi terutama di tiga daerah di Johor, justeru menuntut kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai pembatalan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed mempertahankan langkah itu sebagai “penyelesaian terbaik” untuk Malaysia, di tengah-tengah kebimbangan mengenai kerugian jangka panjang.

Dalam wawancara dengan Astro Awani malam tadi, Mustapa sekali lagi menegaskan bahawa model asal projek itu, yang memerlukan tender dilakukan bersama dengan Singapura, terlalu mahal.

Kata Mustapa, model baru yang dicadangkan oleh Malaysia akan memberi pilihan kepada kerajaan untuk melantik kontraktor dan perunding tempatan.

Mustapa berkata demikian sebagai respons kepada Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung, yang mengatakan sebab utama mengapa kedua-dua negara tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai projek HSR adalah kerana Malaysia ingin menghapuskan syarikat aset (AssetsCo).

Mengenai spekulasi projek kereta api laju Kuala Lumpur-Johor Bahru menggantikan HSR, Mustapa berkata ia hanyalah spekulasi, dan kerajaan akan melaksanakan kajian terperinci untuk menentukan hala tuju seterusnya.



HSR - MALAYSIA NAK 'DIRECT NEGO', SINGAPORE TOLAK… WHY??

 


BOB KELANANG

Singapura tidak setuju permintaan Malaysia mahu tender secara terus punca HSR batal, dedah Najib. Permintaan Malaysia yang tidak mahu tender kontraktor serta pemilihan teknologi tren Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dibuat secara terbuka dan dipantau bersama Singapura menyebabkan projek mega itu tidak dapat diteruskan, dedah Najib Razak.

“Dulu bila saya usahakan projek ini, saya dengan sengaja mahu kedua-dua negara bertanggungjawab atas kejayaan projek tersebut supaya penyelewengan dapat dikurangkan atau dielakkan.

“Tapi pendekatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) agak berbeza. Mereka mahu pilih kontraktor dan vendor projek secara terus tanpa campur tangan Singapura dan negara itu juga tidak bersetuju dengan permintaan kerajaan PN untuk tren HSR berakhir di KLIA,” katanya dalam catatan di Facebook.

Pada 1 Jan lalu, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek berkenaan memandangkan kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan berhubung perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia susulan perjanjian projek itu berakhir pada 31 Dis 2020. - fmt

Pasai tulah Singapore push for join ownership of AssetCo supaya tender di urus professionally. Malaysia tuntut direct nego kerana melalui direct nego komisyen boleh diperolehi thru' anak and cronies seperti yang sedang berlaku dalam perojek2 Prasarana, MRT, MRL dan berbagai lagi. Singapore ni dah memang masak dengan budaya rasuah UMNO, lebih2 lagi yang cadang projek ini tak lain tak bukan MO1, 1MDB... - dr.ts

KUCAR KACIR SAJA..MANA MUAFAKAT DALAM MELAYU ?

 

Image may contain: 1 person, text


FAEZUDDIN PUAD


1. Kononnya dulu ada pihak mendakwa jika ditubuhkan gabungan parti-parti melayu dalam sebuah kerajaan maka rakyat akan menyaksikan kestabilan politik dan sebuah kerajaan yang kuat.

2. Tetapi hari ini apa yang sedang berlaku? Kita semua sedang menyaksikan pergolakan parti-parti melayu Islam.

3. PN-BN sedang bergolak teruk. Semalam, 189 Bahagian UMNO tolak Bersatu sebagai rakan politik. Terbaharu, Tan Sri Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agong BN.

4. Apa sudah jadi kepada laungan slogan muafakat melayu dan melayu bersatu? Adakah dengan pergolakan ini bererti kerajaan melayu Islam ini stabil dan kukuh?

5. Sekarang jelaslah semua yang dilaungkan Bersatu, UMNO dan PAS cuma temberang politik. Kerajaan melayu Islam pula hanya retorik. Kestabilan kerajaan pula tersasar sangatlah jauh.

6. Dengar khabar banyak lagi drama menarik akan menyusul selepas ini. Sama-sama kita nantikan.

Sekian, Wallahualam.

PRESIDEN UMNO ARAH MP LETAK SEMUA JAWATAN DALAM KERAJAAN

 Hamdan Taha

Presiden umno dah minta mp mereka letak jawatan...dlm jawatan kerajaan


Ini membuka ruang baru pemilihan perdana menteri baru....


Kita tunggu

KEH....DAH KENA TENDANG DAH....Annuar Musa dipecat serta-merta sebagai Setiausaha Agung BN

 

Annuar Musa dipecat serta-merta sebagai Setiausaha Agung BN

Astro Awani
Annuar Musa dipecat serta-merta sebagai Setiausaha Agung BN
Sumber UMNO memaklumkan, keputusan memecat Tan Sri Anuar Musa dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa. - Gambar Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa hari ini dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta -merta.
Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di sini pada Selasa.
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti itu sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti itu sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.


Pas akan pilih Bersatu dan tinggalkan Umno sebab mudah dapat kerusi-18 KETOI HANYUT AKAN IKUT ASAL DAPAT JAWATAN KAH.........

 

Pas akan pilih Bersatu dan tinggalkan Umno sebab mudah dapat kerusi

PENGANALISIS meramalkan PAS akan meneruskan hubungannya dengan Bersatu dan meninggalkan Umno kerana dapat mengelak konflik besar rundingan kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) berbanding rundingan dengan Umno.

Tidak seperti Umno, PAS tidak mempunyai masalah dengan Bersatu daripada segi pembahagian kerusi, kata pengarah eksekutif ILHAM Centre Hisomuddin Bakar.

“Kekuatan PAS ada di Kedah, Kelantan dan Terengganu di mana Bersatu tidak ada, dan PAS tidak akan berhadapan kesukaran untuk mendapatkan kerusi yang diinginkan di negeri-negeri itu.

“Sebaliknya, PAS akan selalu ada konflik dengan Umno yang juga kuat di Kedah dan Terengganu dan pada tahap lebih rendah, di Kelantan,” kata Hisomuddin.