GEMPAR TERKINI🔥 USAHA ANWAR MENERUSKAN LEGASI NIK AZIZ ?

MENGAPA HADI PILIH MAHATHIR SEBAGAI KAWAN? MENGAPA TOLAK ANWAR ?

B40 DAN INISIATIF MADANI




Alhamdulillah kini golongan B40 dapat manfaat perkhidmatan kesihatan PERCUMA bukan hanya dari hospital atau klinik kerajaan, tetapi di klinik swasta juga melalui Skim Perubatan Madani. Tahniah PMX dan Kerajaan Perpaduan di atas inisiatif yang melegakan rakyat ini.

 

Jom periksa kelayakan di sini:

 

#MalaysiaMadani

 

https://bantuanrakyat.my/skim-perubatan-madani/

 

 


UNTUK LEBIH RELEVAN KHAIRY TAK SERTAI MANA MANA PARTI POLITIK

 

Untuk terus berjaya dan mengembangkan kariernya, KJ harus ada keberanian seperti Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin yang tidak lagi berharap kepada UMNO setelah meninggalkan parti tersebut….

 

KEKAL TANPA PARTI, WALAUPUN SOKONG PN TAK AKAN BAWA KJ KE MANA-MANA 

 

Walaupun belum rasmi dan tidak sahih lagi kebenarannya, Khairy Jamaluddin yang semalam bertemu Mahiaddin Md Yasin dilaporkan akan kekal dengan pendirian tidak mahu menyertai mana-mana parti buat ketika ini.

 

Pun begitu, beliau dikatakan memberi komitmen kepada Mahiaddin untuk membantu PN dalam kempen PRN di enam negeri akan datang ini.

 

Pendirian itu difahamkan dimaklumkannya dalam pertemuan mereka semalam dan Mahiaddin diberitakan memahami serta menerima dengan baik pendirian bekas Menteri Kesihatan yang dipecat daripada UMNO itu.

 

Laporan mengenai pendirian KJ itu ada di sini – https://m.malaysiakini.com/news/669308

 

Dengan pendirian tersebut juga bermakna KJ tidak sedia untuk bertanding dalam PRN yang dijangka akhir Julai atau awal Ogos depan ini.

 

Walaupun merupakan hak KJ untuk membuat apa juga pilihan yang dirasakan terbaik buat dirinya, tetapi memilih tidak menyertai mana-mana parti bukanlah pilihan yang tepat buat beliau.

 

Untuk terus maju ke depan, KJ harus berani membuat pilihan dan seterusnya komited dengan pilihannya itu.

 

Lebih tidak tepat lagi pilihannya itu, jika ianya benar, ialah mahu berkempen membantu PN dalam PRN akan datang nanti.

 

Sekiranya PN menang dalam PRN nanti, di mana beliau mahu diletakkan susulan keputusannya tidak menyertai mana-mana parti dan tidak bertanding itu?

 

Sudah tentu hanya ahli parti dan mereka yang bertanding saja akan berolehi jawatan atau kedudukan setelah kemenangan dalam PRN diperolehi.

 

Lebih buruk lagi jika sekiranya PN kalah, terutama di Selangor misalnya, kehadiran KJ dalam kempen akan dianggap tidak bernilai dan tidak mampu mencetuskan gelombang ke arah kemenangan.

 

Beliau nantinya pasti akan dianggap tidak penting dan tiada harga di mata pengundi.

 

Dalam politik, memilih wadah perjuangan atau parti adalah penting dan boleh dikira syarat utama untuk berjaya.

 

Tanpa parti, sekadar popular begitu saja bolehlah, tetapi populariti itu tidak mampu membaww ke mana-mana.

 

Sebagaimana beliau tiada parti selepas dipecat daripada UMNO dan dirinya tidak pun ke mana-mana, keadaan KJ tidak akan berubah jika beliau tiada keberanian membuat pilihan menyertai parti lain atau menubuhkan parti baru.

 

Kalau keengganannya menyertai mana-mana parti kerana berharap mahu kembali semula ke dalam UMNO suatu hari nanti, ia boleh dikata mimpi di siang hari saja selagi Zahid Hamidi mengetuai parti tersebut.

 

Demi survivalnya, Zahid Hamidi tidak akan membenarkan sesiapa mengancam kedudukannya sebagaimana beliau membuang semua pengancamnya menjelang pemilihan UMNO sebelum ini.

 

Oleh itu, adalah membuang masa jika KJ terus berharap kepada UMNO untuk terus mengembangkan karier politiknya.

 

Senang cerita, anggap saja masa depannya bersama UMNO sudah berakhir.

 

KJ mesti ada keberanian seperti Anwar Ibrahim dan Mahiaddin yang tidak berharap kepada UMNO selepas dipecat, sebaliknya menggunakan wadah atau parti baru sebagai “vehicle” untuk terus berjuang dan mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri.

 

Lagi pula, walaupun tidak menyertai mana-mana parti tetapi berkempen untuk PN dalam PRN akan datang ini sebagaimana itu yang dikhabarkan sebagai pendiriannya, ini akan menjadikan tiada parti lain lagi, khususnya UMNO, mahu memandang kepadanya selepas ini.

 

Jangan sampai sudah tiada harga lagi nanti baru sibuk hendak mencari parti untuk disertai. – ShahbudinHusin 21/06/2023.

 

https://shahbudindotcom.net/

 

 

LAPORAN POLIS TELAH DIBUATi




Fitnah keluarkan kad pengenalan kepada warga asing, Setiausaha Politik buat laporan polis

 

GEORGE TOWN – Satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan fitnah terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang kononnya memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri dalam pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

 

Laporan dibuat oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Teh Lai Heng dekat Balai Polis Jalan Patani, Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut, tengah hari ini.

 

“Akaun Facebook dengan nama ‘Nik Nasrul’ memaparkan gambar Ketua Menteri dengan kenyataan fitnah seperti berikut; Dah ngaku! TANGKAP. PEMBERIAN KAD PENGENALAN KEPADA WARGA CHINA DAN HONG KONG ADALAH KUASA KERAJAAN NEGERI, KERAJAAN PUSAT TIDAK BERHAK CAMPUR TANGAN – CHOW KON YEOW.

 

“Posting (hantaran) tersebut adalah satu fitnah jenayah terhadap Y.A.B. (Ketua Menteri) kerana beliau tidak pernah pada bila-bila masa membuat kenyataan fitnah seperti itu.

 

“Malah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan rakyat Malaysia, Y.A.B. menghormati dan mendokong Perlembagaan Persekutuan yang jelas memperuntukkan bahawa isu kewarganegaraan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri.

 

“Kenyataan fitnah ini boleh menyebabkan atau menaikkan sentimen agama dan perkauman dalam kalangan masyarakat di negara ini kerana ia seolah-olah menunjukkan Y.A.B. memberi kepentingan khusus kepada warga negara China dan Hong Kong,” tegas Lai Heng kepada pihak media.

 

 

 


MP NI KATA...APA RAKYAT DAPAT ? KELANTAN DAPAT APA BARU NI.,.NI PMX JAWAB.....HANG MELALAK PANDAI. AIR PUN TAK DAK NEGERI HANG.


 

ADAKAH INI PILIHANRAYA TERAKHIR BUAT PMX? INI JAWAB BELIAU


 

MP PAS DAN BERSATU DIAM...MANA PI HANGPA DIAM BISU


 

MAHATHIR JADI PM...MUHYIDDIN JADI MENTERI KDN.


 

HAAAA...PENYOKONG PN....ANGPA TAK INGAT KAH MASA YIDDIN JADI PM DULU....DIA PERBODO HANGPA...


 

DATO AYUB KHAN. TIM KETUA POLIS NEGARA. NI PUN PADA DAH. ANTI RASUAH DIA NI. HANGPA SAKAW BOLEH HABUAN LA.


 

STRESS BETOI TENGOK PARTI GERAKAN SEKUTU PN NI


 

NOHHJH...HAMZAH KENAPA DIAM MEMBISU BILA GERAKAN CAKAP SOAL KAUM TERITAMANYA BAB PENJAWAT AWAM


 

LEBAI MENIPU, WALAUN PUN TERTIPU


 

SANUSI: SEBELUM JADI MB DAN SELEPAS JADI MB.


 

𝗠𝗣 𝗟𝗘𝗕𝗔𝗜 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗨𝗠𝗞 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗧𝗨𝗞 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗣𝗠𝗫 & 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜-𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗠𝗨 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥




MP OTAK KEMETOT KENA DENGAN BUDAK BUDAK U. SEBAB TU KENA BELAJAQ TINGGI SEBELUM JADI YB.








1) MP Lebai 𝗧𝗘𝗥𝗖𝗬𝗗𝗨𝗞 dan rasa 𝗧𝗘𝗥𝗚𝗨𝗚𝗔𝗧 TAK MAMPU SEKAT lalu hanya membengkakkan kemaluan sendiri. Perkara baik yg diusahakan oleh PMX 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟮𝟬𝟭𝟵 iaitu program "𝗧𝗲𝗺𝘂 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿" diteruskan oleh para Menteri melalui sessi-sessi atau program 𝗜𝗸𝗼𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗱𝗮𝗻 "𝗧𝗼𝘄𝗻𝗵𝗮𝗹𝗹" bersama Rakyat serta Pelajar.


2) Program-program seperti ini lebih kpd mahu menyantuni dan menyelesaikan masalah Rakyat serta Pelajar secara lansung. PMX dan para Menteri juga bersedia dikritik secara terbuka. Ada pelajar UiTM pernah meminta supaya PMX JANGAN TUTUP UiTM. PMX beri jaminan itu hanya propaganda. Ini sikap gentleman dan telus diambil oleh Kerajaan MADANI. Ia adalah 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸. 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠.


3) Para pelajar adalah anak-anak muda yg kini berasa sangat 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗝𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗜𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗜 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗠𝗫, 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶-𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗗𝗦 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗡𝗮𝘀𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 (𝗞𝗗𝗡), 𝗗𝗦 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝘆𝗼𝗯 (𝗞𝗣𝗗𝗡), 𝗬𝗕 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 (𝗝𝗣𝗠 - 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶) 𝗱𝗮𝗻 𝗬𝗕 𝗙𝗮𝗵𝗺𝗶 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗶𝗹 (𝗞𝗞𝗗) sudi bertemu dan berdialog dengan mereka.


4) Jika ditonton Temu Anwar, anak-anak muda kelihatan sangat teruja kerana cadangan mereka kpd PMX 𝗺𝗲𝘀𝗸𝗶𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗱𝗶𝗹𝘂𝗹𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 "𝗢𝗡 𝗧𝗵𝗲 𝗦𝗣𝗢𝗧" tetapi diminta Naib Canselor memberikan perhatian dan melaporkan perkembangannya ke PMO. Ini bijaknya PMX. Ada juga cadangan pelajar dibawa PMX terus ke Mesyuarat bersama Suruhanjaya Sekuriti. Demikian sekali Program ini 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶 𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔 yg selama ini dikekang oleh 𝗔𝗨𝗞𝗨. 


5) Bayangkan diri anda di tempat pelajar-pelajar berkenaan? Wow...Seorg pelajar punya peluang mengadu terus kpd PMX dan Menteri lalu diberikan perhatian....!!! Tidak pernah dalam sejarah Malaysia pelajar diberikan peluang dan kedudukan sebegitu istimewa. Hasrat PMX ialah Program seperti ini akan diteruskan selagi mana Kerajaan MADANI berkuasa. Ia akan terus diadakan dan ROTATE ke seluruh universiti / pusat pengajian tinggi di negara ini. Pelajar tahu jika ada rezeki mereka akan bertemu lagi dgn PMX dan para Menteri. Mereka sentiasa teruja. Malah ada pelajar yg ambil kesempatan bertanya bagi pihak kakaknya, yg punya isu "doktor kontrak" dan dilayan dgn baik oleh PMX. Siap kirim salam lagi.


6) Ini adalah antara 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠 𝘆𝗴 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫, 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗔𝗴𝘂𝘀 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳𝗳 (𝗞𝗣 𝗝-𝗞𝗢𝗠) dan Kerajaan MADANI utk memastikan generasi pelapis negara ini mempunyai keberanian menyatakan pandangan dan mencambahkan idea tanpa merasa bimbang diambil tindakan oleh pihak universiti. Ia adalah sesuatu yg sihat asal dipelihara adab sopan dan tidak melanggar undang-undang.


7) Anda boleh lihat Program ini disambut baik oleh anak muda kerana ia bukan majlis makan-makan bersama pelajar kemudian 𝗜𝗞𝗥𝗔𝗥 𝗧𝗮𝗮𝘁 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘆𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗶𝘇 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗻𝘂𝗻 𝗱𝗶 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴. Program Temu Anwar, Ikon MADANI dan Townhall bersama Menteri-menteri kini popular di kalangan Rakyat dan Pelajar.


8.) 𝗔𝘁𝗮𝘀 𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗞𝗜 𝗱𝗮𝗻 𝗚𝗘𝗡𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗣 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 cuba mengutuk dan memperlekehkan usaha PMX dan Kerajaan MADANI tapi dibalun oleh pelajar-pelajar UMK sendiri. Jika MP Lebai memilih utk "bersengketa" dgn pelajar, maka semakin buruklah PA$ dan PNyakau di mata anak muda. Ini juga adalah natijah usaha BAIK Kerajaan MADANI membantu Rakyat dan Pelajar lalu mereka dengan sukarela mempertahankan tindakan Kerajaan MADANI. Alhamdulillah. 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗰𝗶𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗶 : https://harapanmadani.com/prn-2023-mp-pas-kena-sekolah-dengan-pelajar-umk-akibat-cuba-tohmah-program-temu-anwar/


9) 𝗔𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿... 𝘂 𝗰𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆 𝗕𝗔𝗕𝗔𝗜 to 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶......😅


Wallahualam.


- Zus Din 

20062023



AYOB KPN? | BOSAN, GERAM DAN RIMAS DENGAN PAS | LUPAKAN LAH SAJ...







1. Permilihan siapa Ketua Polis Negara sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan pada 21 June Rabu ini. Siapa? Adakah Ayob Khan?
2. PAS semakin menggila dengan impian nak jatuhkan PMX lagi. Hadi pula kembali memperkatakan DAP malaysian Malaysia dan Sekularisma. KDN tolong Hentikanlah semua ini, bertegaslah sedikit. Rakyat semakin meluat, rimas dan geram dengan mereka ini yang masih mahu menggangu gugat kerajaan PMX. Tunggulah PRU nanti hoii!
3. KJ mempertikaikan kepimpinan PMX Anwar dan kerajaan Perpaduan. Masih boleh kah untuk bawa KJ masuk? PMX rasanya perlu berhati hati dengan KJ ini. Semakin terserlah siapa beliau yang sebenarnya.






20.6.23 Pendedahan rafizi beberapa hari lagi akan merisaukan PN.



 20.6.23 Pendedahan rafizi beberapa hari lagi akan merisaukan PN. PERIKATAN NASIONAL BIADAB! MAHU BUANG RAMAI PENJAWAT AWAM! PAS sudah jadi Khadam Gerakan. Pas sekali lagi mahu tumbangkan PMX. Tiada warlord kedah akan sertai PN. Pendedahan rafizi beberapa hari lagi akan merisaukan PN

 


Bila kerajaan nak bayar royalti minyak dan gas Kelantan?

 

Bila kerajaan nak bayar royalti minyak dan gas Kelantan?

 

Kerajaan Perpaduan tertubuh pada Disember 2022. Sebelum itu 33 bulan PAS berada dalam kerajaan. Berapa royalti yang Kelantan dapat masa tu?

 

Kalau tak dibayar, kenapa PAS tak desak kerajaan ketika itu? PAS dalam kerajaan, beberapa pemimpin PAS jadi menteri. Takkan tak mampu desak?

 

Kalau dah dibayar, kenapa masalah rakyat Kelantan masih tak selesai? Apa sudah dibuat dengan duit yang banyak itu? Apa hasil dari duit royalti?

 

Tahun 2018 pentadbiran pusat yang diketuai oleh Mahathir beri RM400 juta kepada kerajaan negeri Kelantan. Ke mana duit itu dibelanjakan?

 

Masalah tak selesai. Bahkan hutang negeri RM60 juta pun mahu kerajaan pusat selesaikan. Belanja RM400,000,000 juta macam RM400. Hebat betul.

 

Kerajaan Perpaduan baru berusia 7 bulan, walaun sibuk main isu royalti konon jadi punca Kelantan mundur. Padahal masa dia dalam kerajaan sikit pun tak terniat nak tuntut duit tu. Alasan je semua tu.

 

Hakikatnya, sama ada duit royalti diberi atau tidak kepada kerajaan negeri Kelantan, negeri itu takkan maju kerana pemimpin mereka mandul idea.

 

Walaun tak usah main isu royalti petroleum sangat la. Selangor dan Penang tak ada royalti juga bahkan balak pun tak ada tapi masih mampu jadi maju.

 

Terima hakikat para pemimpin PAS yang mentadbir Kelantan tidak pandai dan tidak serius memerintah. Itu hakikat yang sebenar. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

 

.

 

 

WALAUN PENAKUT BILA NAK REPORT PDRM


Baru ni ada walaun masuk komen. Aku takde hal sangat walaun komen. Jarang aku layan pun. Tapi kali ni masuk terus main isu LGBT. Aku ingatkan dia itu fitnah. Razman sendiri pun takut dan minta maaf sebab main isu ni.

 

Tapi dia degil. Tepek gambar-gambar edit kononnya bukti kaitkan LGBT dengan PH. Aku pun tak tengok sangat. Tapi aku report komen dia. 5 Kai aku report kemudian tag MCMC dan PDRM sebab ini isu fitnah dan hasutan.

 

Kemudian bila aku tengok balik komen tu dah kena hide. Aku ingatkan aku terhide masa aku nak click reply. Aku click unhide balik. Tapi bila aku tengok sekali lagi, kena hide juga. Jadi kali ni dah confirm bukan aku yang hide 

 

Tak tahu siapa yang hide. Mungkin Facebook sebab aku report komen tu. Mungkin juga MCMC ataupun PDRM. Atau, mungkin dia sendiri yang hide sebab ketakutan. Yang aku tahu mamat tu dah komen lagi dalam posting aku. Tak tahulah sebab takut atau sebab kena restrict. Tapi aku tak block dia lagi.

 

Jadi lepas ni, kalau ada lagi komen atau posting yang berbentuk fitnah dan hasutan, tak payah nak bergaduh. Tak usah layan. Lebih baik report ke FB dan kalau nak, cuma tag MCMC dan PDRM. Gitu je cara nak ajar. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 


SIAM

 SIAM 




Hari ni kita tuisyen lagi naaa… cerita Kedah-Penang. 

 

Semalam saya dah habaq, bawah Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan, terang dan nyata Penang dan Kedah itu 2 negeri berbeza. 

 

Hari nak cerita Fasal 167 pulak. Terang dan nyata di situ, tulih hak Penang, dari Baginda Ratu British diberikan kepada negeri Penang tu sendiri. Ini perkuatkan lagi Fasal 1 yang Penang sebuah negeri berdaulat. Takde pulak dia tulis jadi hak Kedah. 

 

Karang ada kutu tanya, “Awat yang bayar duit pajak pada Kedah lagi. Makanya Penang tu Kedah punya la”. 

 

Abang oiii, bawah Perkara 7 Fasal yang sama, Kerajaan kena bayar bukan hanya pada Kedah. Kena bayar Raja Siam juga. Maka, boleh ka kata Penang tu Siam punya? 

 

Kalau ikut logik dia, la ni Siam pun boleh tuntut bukan saja Penang, dengan Kedah sekali. 

 

Sebabnya, Perjanjian Anglo-Siam 1909 tu British bayar duit tahunan pada Siam untuk dapatkan Kedah. Sampai la masuk dalam Perlembagaan kita. 

 

Lepas ni, kalau ikut akai Sanusi, bukan Sulu saja kita kena hadap, dengan Siam sekali. 

 

Tu sebab saya cakap, kita kena perlu pilih betul2 pempimpin. Kalau benda basic Perlembagaan pun dia tak tahu dan buat main, tak tahu la macam mana dia nak memerintah negeri. 

 

FYI, Tahun 2018, dah naikkan bayaran tahunan untuk Kedah ke RM10juta setahun. Kerajaan Persekutuan bayaq. Apa lagi Sanusi nak? 

 

Daripada dia tuntut bayar lebih untuk negeri orang, apa kata dia cari nadir bumi “RM43 trillion” hari tu yang dia cakap. Ada juga hasilnya di situ… 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

 


KJ PUN HANGPA BERGADUH KE WALAUN ?

 


RMS


KJ punya pasal geng Walaun bergado sesama sendiri..

😆😆😆😆😆

LAGU MICHAEL JACKSON YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH US DISIARKAN.

 WAITING FOR THE CALL



🎼 Lagu yg tidak pernah diizinkan utk umum....tetapi setelah matinya MICHAEL JACKSON terbongkar satu persatu....inilah salah satu lagunya yang dikunci oleh pihak pemerintahan Amerika Syarikat, lagu yg memuji kebesaran Agama Islam yang terang lagi nyata. Betapa indah lirik lagunya dan sedap untuk didengar. Indah lagunya, sangat indah liriknya. Merinding bulu roma mendengarnya sampai air mata menetes tidak disedari. 


( Lagu Almarhum MICHAEL JACKSON yg tidak pernah disiarkan....Tentang Ibadah Haji.) 🙏🙏🙏🙏💝💝





RENTASAN 1390 | PANAS!! INI AMARAN KERAS PM10 KEPADA KERAJAAN NEGERI PEM...




MENARIK DALAM RENTASAN 1390 1. ISLAM ATAU PAS YANG TERANCAM? 2. ADAKAH HARI INI MURID KE SEKOLAH BERSKIRT DAN SELUAR PENDEK? 3. KENAPA TIDAK 30 TAHUN DAHULU? 4. PN TAKUT KERJASAMA PH DAN BN ERAT





[fitnah] BEKAS PEMIMPIN PAS BALUN! ANNUAR MUSA DI PENTAS KERAJAAN PERPAD...


PENCERAHAN DARI SEORANG BEKAS PEMIMPIN PAS YANG DIPECAT OLEH PAS DALAM PENTAS

KERAJAAN PERPADUAN DI PELANCARAN JENTERA PRN KELANTAN!!

Terengganu ada 10 ribu miskin tegar, kerajaan pusat cuba selesai masalah





Terengganu mengikut perangkaan terbaharu memiliki sekitar 10,000 isi rumah dikategorikan sebagai miskin tegar yang menyebabkan negeri itu berada di tangga 5 terbawah sebagai negeri miskin di Malaysia.



Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu, Azan Ismail berkata kategori miskin pula meliputi lebih banyak isi rumah dan hal itu tidak mampu diselesaikan oleh pentadbiran Pas pada waktu ini.



"Kalau mengambil kira miskin di bawah pendapatan RM5,000 di Terengganu kita ada 30,000 ke 40,000 isi rumah. Ini adalah tumpuan yang diberi perhatian khusus oleh PMX yang berjanji dan berkomitmen bahawa sehingga 31 Disember tahun ini dia beriltizam untuk menghapuskan miskin tegar di negara ini termasuk Terengganu. Sifar miskin tegar dalam Terengganu.



"Bermakna kita nak keluarkan kelompok isi rumah miskin tegar ini, diusahakan supaya mereka tidak duduk dalam kategori itu lagi.



"Ini usaha yang mesti digembleng secara bersama. Sebab itu dari segi urusan pentadbiran, urusan kewangan dan ekonomi kita kena ada penyelarasan di peringkat negeri dan pusat. Kalau keadaan seperti sekarang, dengan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pas maka kita tahu ada banyak masalah yang mereka politikkan (tetapi tiada penyelesaian)," katanya dalam satu siaran media.



Oleh itu, menurut mantan ADUN Bandar itu, rakyat Terengganu tiada ada pilihan dalam Pilihan Raya Negeri bulan hadapan berhubung isu penyelesaian masalah kemiskinan.



Katanya, hanya Kerajaan Negeri dari parti yang sama dengan kerajaan pusat sahaja akan mampu menyelesaikan isu berkenaan dengan cekap lagi berkesan.



"Kita tidak ada pilihan. Di Terengganu kalau kita bersimpati atau kita beriltizam hapuskan miskin tegar, kita harus selaraskan pentadbiran itu dengan baik. Barulah pentabiran berjalan lancar dan tidak ada unsur unsur mempolitikan isu.



"Kita perlu lepaskan isi rumah miskin di Terengganu ini, cari jalan dan itu adalah tugas kita yang perlu ditunaikan," katanya lagi.



 

DUIT POLITIK

 

DUIT POLITIK 

 

1. Minggu ini, dunia politik dikejutkan (setengah tak terkejut sangat) dengan pelbagai pendedahan bahawa UMNO pernah ada dana RM100 bilion. Namun sekarang tinggal ciput saja. 

 

2. Soalan pertama, Rakyat biasa akan tanya, betul ke amaun tu? Punyalah banyak?! Tetapi kalau dibuat rujukan parti yang ada. Parti baru tubuh pun duit kena sita sampai beratus juta. Tu pun sita lepas pilihanraya. Bayangkan berapa banyak dah habis masa PRU. 

 

3. Kalau parti baru tubuh 3 tahun ada RM130 juta dalam akaun. Kita boleh bayangkan berapa banyak Parti 60 tahun memerintah pernah simpan dan belanjakan. 

 

4. Soalan kedua, Rakyat biasa berhak tanya, mana datang dana punya banyak tu? Mereka kata donation. Ada yang kata parti politik buat bisnes. 

 

5. Logically, parti politik buat bisness dan untung melalui projek dan tender Kerajaan. Itu paling senang. It’s an open secret, mereka dapat AP dan pink form, bagi nominee pegang. 

 

6. Lepas UMNO kena haram tahun 1986, semua harta UMNO dah tak diletak bawah nama parti. Takut kena haram lagi. Lalu mereka cari proksi dan kroni. Kononnya pegang atas nama parti. 

 

7. Tapi at the end, kroni lari. Mereka tak ngaku duit tu duit UMNO. Semua claim duit sendiri. Tengokkan Bendahari UMNO, dari Tun Daim, TSJJ, dan Ku Nan. Di Sarawak ada Tun Taib Mahmud. Harta berbilion jua. Keluarga pun berebut sama. 

 

8. Bila PM5 jadi Presiden UMNO, harta UMNO dah berkurang. Ramai proksi yang pegang. Aset UMNO pun banyak yang hilang. 

 

9. Yang ramai tertanya2, harta UMNO itu berbilion. Kita diberitahu Melayu malas dan perlu berusaha. Cash is not King, jangan harapkan bantuan Kerajaan saja. Makanya, harta berbilion UMNO buat apa sebenarnya, kalau bukan untuk rakyat. 

 

10. Mereka  kata jangan dok mintak ikan, perlu belajar dapatkan joran. It’s only fair kalau ia terpakai juga kepada kayangan. Bilamana mereka sendiri pun meniaga tender dan monopoli Kerajaan. 

 

11. Melayu tetap miskin di negara sendiri. Nelayan, pesawah dan petani. Masih lagu tu hingga kini. Walaupun dah 60 tahun DEB. 

 

12. Malaysia, negara ketiga dalam dunia dalam Indeks Kapitalis Kroni. Maknanya kekayaan negara hanya dikongsi oleh golongan elitist. Terang cakap orang politik! 

 

13. Mereka guna Melayu terancam sebab kaum lain. Namun hakikatnya, 60 tahun memerintah mereka yang kaya raya. Melayu marhein struggle seperti biasa. 

 

14. Bangkit bangsaku. Jangan lagi ditipu. 

 

Jangan pajak otak pada mereka. Guna politik kaum dan agama. Sebenarnya untuk terus berkuasa. Merompak harta negara. Dengan alasan untuk duit politik mereka. Walhal, disakau sama rata. 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

 

Di persimpangan peralihan teknologi: Tarik bakat, pelaburan baharu - Rafizi


 

Negara berada di persimpangan peralihan teknologi pada Separuh Penggal Rancangan Malaysia (RMK) ke 12 dan satu kajian menyeluruh harus dibuat sebelum tahun 2026, yang mana RMK seterusnya akan dilancarkan.



Hal itu dinyatakan oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dalam sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK 12 di Putrajaya, petang tadi.



Menurut beliau, Malaysia perlu menarik masuk pelaburan di dalam sektor yang bernilai tinggi daripada pengurus dana asing



Katanya, jika dana asing tidak masuk maka dengan itu nilai ringgit akan jatuh, bursa saham rugi dan pelbagai implikasi buruk ekonomi akan berlaku.



"Wang ini dikawal oleh pelabur portfolio antarabangsa, sebelum dia buat keputusan di mana dia nak agihkan, dia tengok kedudukan makro sesebuah negara



"Sebab itu seperti 2 - 3 bulan kebelakangan ini kita tumpu industri baru bernilai tinggi. Kita beralih kepada yang berasaskan tenaga, bukan soal solar semata mata, ia sebenarnya soal industri bernilai tinggi pada masa hadapan. Kerana 2020 - 2021 pelaburan baru terbesar di dunia bukan lagi dalam bidang komputer tetapi bersabit peralihan tenaga.



"Mana mana negara yang terkehadapan dalam peralihan tenaga maka mereka akan menarik pelaburan," katanya.



Oleh kerana itu, menurut Rafizi, kerajaan sedang berusaha untuk menggandakan sasaran tenaga boleh diperbaharui negara sehingga 11 kali ganda kapasiti daripada yang ada pada hari ini



"Untuk itu berlaku, kita kena menggandakan kapasiti tenaga boleh perbaharui 11 kali ganda daripada sekarang sampai 2050, yang melibatkan projek baru RM637 biion.



"Kita harap pelaburan masuk. Kita akan menumpukan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hub kepada industri digital, kita telah semak dan kita yakin pilihan di antara Singapura dan KL sebagai start up hub rantau ini, sebenarnya KL boleh menawarkan lebih banyak daripada Singapura.



"Tetapi tentu lebih banyak yang kita perlu buat dan pastikan tenaga kerja kita ini boleh menampung dalam sektor digital," katanya



Rafizi turut menyebut Kuala Lumpur perlu menjadi antara 10 kota di dunia yang boleh menarik masuk bakat bakat (talent) baharu masuk dan memulakan perniagaan start up yang menjadi model utama perniagaan di negara maju pada waktu ini.



Oleh itu, katanya terdapat cabaran dari pelbagai sudut, termasuklah perancangan bandar yang perlu mengubah pembangunan sedia ada kepada projek pembangunan yang kalis cuaca



"Juga pengangkutan awam yang jauh lebih tinggi penggunaannya daripada sekarang. Supaya kerajaan dan rakyat dapat pulangan lebih baik dalam pelaburan MRT.



"Pelaburan pengangkutan bas juga perlu menghubungkan stesen MRT. Jika tidak, kerajaan sampai bila bila kena subsidi (MRT) yang tidak balik modal) dan ia melarikan dana untuk sektor lain," katanya.



Sebelum itu, Ahli Parlimen Pandan itu juga menyentuh mengenai perancangan kewangan negara dalam 5 tahun dan perlunya polisi subsidi untuk semua ketika ini dialihkan kepada polisi subsidi bersasar.



Katanya, perbelanjaan yang betul akan memastikan negara tidak lagi mewarisi defisit berterusan dan lebih banyak dana boleh dialihkan untuk pembangunan.

 

TN BRAHIM TN MAN CUBA BINA NARATIF UNTUK WALAUN. RAFIZI BALAS AKAN KELUARKAN DATA DAN HASIL KAJIAN. SABAR LAH ...GILIRAN KAMU AKAN SAMPAI..TENANG..TENANG....


 
TN IBRAHIM TUAN MAN KATA KERAJAAN PN AKAN BERJAYA TUMBANGKAN KERAJAAN PERPADUAN . MEREKA BOLEH BERANGAN TENTANG HAL TERSEBUT. DALAM MASA TERDEKAT , SAYA AKAN KEMUKAN DAPATAN MELALUI KAJIAN DAN SERVEY YANG TELAH DIBUAT.


PROPAGANDA DARI PN BERKAITAN SELANGOR DAN PENANG AKAN JATUH ADALAH TIDAK TEPAT . SAYA,  JIKA SAYA DIAM BERDASARKAN KEPADA DATA KITA PKR PUNYAI KEKUATAN DAN DALAM BEBERAPA HARI LAGI SEMUA KANYATAAN PN INI ADALAH PEMBOHONGAN .
APA YANG PATUT DIBIMBANGI BUKAN PH , PH TETAPI PIHAK MEREKA.


KARYA ARTWORK ORANG PUN SAPU. BAB DUIT JANGAN CERITA LA SAKAW

 




Kamu fikir PN PAS,PPBM cuma curi kerajaan dari PH yg menang PRU14 secara demokratik di peti undi dulu?Kamu lihat bagaimana PN juga curi hasil karya lorang lain yg kurang upaya OKU tanpa segan silu.Artwork curi yg jadi background itu kekal tapi yang lain banyak yang tukaq.Bukan hampa semua terpaling panglima ka?Awat flip flop?Takut ke sapa?Dari 3 orang dah jadi 2 orang.Pasaipa? Perkataan Melayu kenapa buang? Boh la.Islam hampakan terhad pada Melayu ja https://twitter.com/Injang_Nation/status/1671027507183898624

 

Kenapa penganjur Himpunan Melayu Raya guna artwork 

@FaizalMamat4 tanpa kebenaran???Kesian orang tu penat-penat buat 3D, dia main tepek je jadi background poster https://twitter.com/arfdy12/status/1670966166129639425

 

Ini bukanlah kali pertama pelukis 3D @FaizalMamat4 di tindas.Susah sangat ke nak bayar hasil kerja beliau untuk menampung kehidupan?Tak ada hati perut?

 

 


OWHHH- MASA DALAM KERAJAAN PUN BANYAK YANG HILANG. TERKINI VANDILATOR. SEBELUM NI KBS HILANG DEKAT 100 JUTA TAK SILAP.....



 Masa Mahiaddin jadi PM, kemudian masa KJ duduk dalam kabinet, berapa kukuh matawang negara? Cuba ingatkan balik. Matawang kita merudum baru ni ke atau menerima masa PN memerintah, masa KJ ada dalam Kabinet lagi?

 

Berapa ramai rakyat yang peduli nilai matawang? Kota jadi cakna sebab kalau nilai ringgit merudum, maka banyak barangan import naik harga. Tapi jika harga barang kekal, atau makin murah, rakyat tak kisah sangat pun soal ini.

 

Masa KJ dalam kabinet, nak makan ayam susah. Nak beli telur pun tak ada. Bukan setakat mahal, tak ada di pasaran. Pengangguran pun naik. Syarikat, terutama milik peniaga kecil Melayu melingkup pun semakin menjadi-jadi.

 

Kes bunuh diri pun mendadak naik. Sudahlah begitu Menteri Kesihatan pun paksa orang ambil vaksin. Siap berjanji akan susahkan hidup mereka yang tak mahu divaksin. Menteri janji begitu. Manusia jenis apa menteri tu. Kan KJ?

 

Yang bising soal nilai matawang ni jenis yang main politik je. Kebanyakan marhaen bicarakan tentang survival sehari-hari. Setidaknya kos sara hidup kini tidak sesusah sewaktu KJ dalam kabinet dulu. Ada penambah baikan di situ.

 

Hala tuju ekonomi juga jelas. Kerajaan pimpinan DS Anwar tegas mahu membasmi kemiskinan. Inisiatif khusus untuk golongan miskin tegar dan B40 untuk perbaiki taraf hidup telah dilancarkan. Tiada lagi menteri pembuli rakyat.

 

Yang benci kerajaan madani ni cuma ada tiga je. Pertama golongan perasuah dan penyakau yang takut rahsia pecah dan dipenjarakan.

 

Keduanya mereka yang kecewa kerana kehilangan pangkat dan kuasa dan yang ketiga para penyokong yang sebenarnya menderita masa penyakau dan si gila kuasa memerintah tapi kekal sokong kerana kegagalan fungsi otak.

 

Rakyat terbanyak ramai yang berpuas hati dengan pentadbiran DS Anwar. Ini terbukti melalui kajian yang dibuat baru-baru ini serta sambutan diberikan terhadap program DS Anwar. KJ pun tak pernah lagi disambut sebegitu rupa.

 

Cerita rakyat tak puas hati ni hanya rekaan mereka dalam tiga golongan ini dengan niat nak timbulkan sentimen dalam diri rakyat atas pagar. Tapi rakyat bijak berfikir. Bukan macam seluang dan berebut najis yang jatuh ke sungai.

 

Tapi rasanya kenyataan KJ lebih menyerang UMNO bervanding kerajaan. Tampaknya KJ mendendami UMNO. Tapi kota boleh faham kalau KJ berdendam terhadap UMNO lebih-lebih Zahid Hamidi. Baca do https://shorturl.at/iuyM2.

 

Mungkin tugas sebagai DJ radio di stesen yang tak berapa popular itu begitu sibuk hingga KJ tak dapat info terkini. Tapi seeloknya KJ periksa dahulu fakta berkenaan usaha kerajaan sebelum dia keluarkan kenyataan. Jangan tuduh semberono. Bikin malu je. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

 

.

 


(function() { var d = document, w = window; w

Fitnah jelik PM: AMK buat laporan qazaf kepada JAWI

  Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia petang ini membuat laporan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur berh...