Masa Mahiaddin jadi PM, kemudian masa
KJ duduk dalam kabinet, berapa kukuh matawang negara? Cuba ingatkan balik.
Matawang kita merudum baru ni ke atau menerima masa PN memerintah, masa KJ ada
dalam Kabinet lagi?
Berapa ramai rakyat yang peduli nilai
matawang? Kota jadi cakna sebab kalau nilai ringgit merudum, maka banyak
barangan import naik harga. Tapi jika harga barang kekal, atau makin murah,
rakyat tak kisah sangat pun soal ini.
Masa KJ dalam kabinet, nak makan ayam susah.
Nak beli telur pun tak ada. Bukan setakat mahal, tak ada di pasaran.
Pengangguran pun naik. Syarikat, terutama milik peniaga kecil Melayu melingkup
pun semakin menjadi-jadi.
Kes bunuh diri pun mendadak naik. Sudahlah
begitu Menteri Kesihatan pun paksa orang ambil vaksin. Siap berjanji akan
susahkan hidup mereka yang tak mahu divaksin. Menteri janji begitu. Manusia
jenis apa menteri tu. Kan KJ?
Yang bising soal nilai matawang ni jenis yang
main politik je. Kebanyakan marhaen bicarakan tentang survival sehari-hari.
Setidaknya kos sara hidup kini tidak sesusah sewaktu KJ dalam kabinet dulu. Ada
penambah baikan di situ.
Hala tuju ekonomi juga jelas. Kerajaan
pimpinan DS Anwar tegas mahu membasmi kemiskinan. Inisiatif khusus untuk
golongan miskin tegar dan B40 untuk perbaiki taraf hidup telah dilancarkan.
Tiada lagi menteri pembuli rakyat.
Yang benci kerajaan madani ni cuma ada tiga
je. Pertama golongan perasuah dan penyakau yang takut rahsia pecah dan
dipenjarakan.
Keduanya mereka yang kecewa kerana kehilangan
pangkat dan kuasa dan yang ketiga para penyokong yang sebenarnya menderita masa
penyakau dan si gila kuasa memerintah tapi kekal sokong kerana kegagalan fungsi
otak.
Rakyat terbanyak ramai yang berpuas hati
dengan pentadbiran DS Anwar. Ini terbukti melalui kajian yang dibuat baru-baru
ini serta sambutan diberikan terhadap program DS Anwar. KJ pun tak pernah lagi
disambut sebegitu rupa.
Cerita rakyat tak puas hati ni hanya rekaan
mereka dalam tiga golongan ini dengan niat nak timbulkan sentimen dalam diri
rakyat atas pagar. Tapi rakyat bijak berfikir. Bukan macam seluang dan berebut
najis yang jatuh ke sungai.
Tapi rasanya kenyataan KJ lebih menyerang
UMNO bervanding kerajaan. Tampaknya KJ mendendami UMNO. Tapi kota boleh faham kalau
KJ berdendam terhadap UMNO lebih-lebih Zahid Hamidi. Baca do
https://shorturl.at/iuyM2.
Mungkin tugas sebagai DJ radio di stesen yang
tak berapa popular itu begitu sibuk hingga KJ tak dapat info terkini. Tapi
seeloknya KJ periksa dahulu fakta berkenaan usaha kerajaan sebelum dia
keluarkan kenyataan. Jangan tuduh semberono. Bikin malu je. Guane boh?
Raja Gelap
.