LAPORAN POLIS TELAH DIBUATi




Fitnah keluarkan kad pengenalan kepada warga asing, Setiausaha Politik buat laporan polis

 

GEORGE TOWN – Satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan fitnah terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang kononnya memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri dalam pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

 

Laporan dibuat oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Teh Lai Heng dekat Balai Polis Jalan Patani, Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut, tengah hari ini.

 

“Akaun Facebook dengan nama ‘Nik Nasrul’ memaparkan gambar Ketua Menteri dengan kenyataan fitnah seperti berikut; Dah ngaku! TANGKAP. PEMBERIAN KAD PENGENALAN KEPADA WARGA CHINA DAN HONG KONG ADALAH KUASA KERAJAAN NEGERI, KERAJAAN PUSAT TIDAK BERHAK CAMPUR TANGAN – CHOW KON YEOW.

 

“Posting (hantaran) tersebut adalah satu fitnah jenayah terhadap Y.A.B. (Ketua Menteri) kerana beliau tidak pernah pada bila-bila masa membuat kenyataan fitnah seperti itu.

 

“Malah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan rakyat Malaysia, Y.A.B. menghormati dan mendokong Perlembagaan Persekutuan yang jelas memperuntukkan bahawa isu kewarganegaraan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri.

 

“Kenyataan fitnah ini boleh menyebabkan atau menaikkan sentimen agama dan perkauman dalam kalangan masyarakat di negara ini kerana ia seolah-olah menunjukkan Y.A.B. memberi kepentingan khusus kepada warga negara China dan Hong Kong,” tegas Lai Heng kepada pihak media.

 

 

 


No comments: