CAKAP BERDEGAR-DEGAR DIHADAPAN PENYOKONG SENDIRI, AJAK BERDEBAT MENIKUS

Tuduhan Rapid rugi RM40b kerana PR tidak berasas, kata Ahli Parlimen pembangkang

OLEH DIYANA IBRAHIM
December 05, 2013
Datuk Seri Najib Razak menyalahkan Pakatan Rakyat menyebabkan kerajaan rugi RM40 bilion apabila pelabur menarik keluar dari projek Rapid. Gambar Reuters. Datuk Seri Najib Razak menyalahkan Pakatan Rakyat menyebabkan kerajaan rugi RM40 bilion apabila pelabur menarik keluar dari projek Rapid. Gambar Reuters.




















Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Najib Razak menyalahkan mereka ke atas kerugian RM40 bilion yang ditanggung kerajaan akibat penarikan balik pelabur dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak danPetrokimia(Rapid) di Pengerang, Johor.

Menurut Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, tuduhan Najib itu langsung tidak berasas kerana hanya berani mencadangkan di Perhimpunan Agung Umno namun bukan saluran betul seperti Parlimen.
"Siapa yang menyebabkan kerugian? Kalau betul tuduhan beliau, maka saya cabar membawa isu ini ke Parlimen berdebat dengan kita.

Tambahnya beliau juga antara salah seorang peguam yang mewakili rakyat Pengerang membawa kes ini kerana melihat projek tersebut bertentangan dengan undang-undang.

"Sekiranya kes ini tidak ada bukti dan asas yang kukuh maka tidak mungkin permohonan untuk membawa kes ini di Mahkamah Tinggi Johor Bahru berjaya. Kita mencabar dari sudut undang-undang mengenai projek itu," katanya.

Najib, semasa menyampaikan ucapan dasarnya hari ini, mendedahkan Presiden Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas memaklumkan kepada beliau mengenai kehilangan peluang pelaburan dari Taiwan bagi projek Rapid itu.

Ini kerana sebilangan ahli pembangkang telah ke negara itu dan menakut-nakutkan pelabur terbabit.
Sementara itu Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyifatkan tindakan Najib menyalahkan PR adalah sesuatu melucukan.

"Kenapa dia menyalahkan Pakatan, mereka yang menentang adalah rakyat, kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan mengenai isu tersebut.

"Sekiranya beliau menyalahkan PR bermakna turut menyalahkan keinginan rakyat," katanya.
Kok menjelaskan tindakan tersebut secara terang-terangan menunjukkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional kerana selalu saja menuduh tanpa ada sebarang bukti dan fakta.

Manakala Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang dikatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggelar PR sebagai pengkhianat adalah perbuatan biadap.
"Amat biadap kerana beliau sebenarnya menuduh rakyat sebagai pengkhianat kerana yang menentang penduduk. Parti politik cuma lah suara menyalurkan bantahan mereka untuk pengadilan," katanya.

Katanya lagi, Najib sebenarnya keliru antara kehendak rakyat dan parti politik berhubung isu tersebut.
"Beliau cuba mengalihkan kegagalannya menguruskan negara dengan ketirisan dan kebocoran yang menunjukkan mereka ini sebenarnya pengkhianat.


"Itu merupakan satu perbuatan biadap padahal dia sepatutnya rasa syukur bila rakyat tidak melabelkan dia sebagai pengkhianat," katanya. – 5 Disember, 2013.

Hikayat Marhaintua: Pok amai-amai datang lagi... (LM)


Pok Amai-amai Datang Lagi

Kuala Lumpur sedang sesak sekarang ini. Cuti sekolah dan keadaan kelam-kabut di Thailand membawa rezeki kepada Kuala Lumpur. Lebih 300 ribu pelancong asing yang sepatutnya mendarat di Bangkok mengalihkan destinasi pelancongan mereka ke Kuala Lumpur.

Di PWTC pula, UMNO sedang sibuk menyiapkan persidangannya. 


.