NAJIB GAGAL LAGI..MAKCIK PEKAN SILA TOLONG NAJIB



h536h
1of802ure1ii5
Najib gagal lagi
Dia diperintah bayar 40k sebagai kos mahkamah.

Pirane Johor: Jangan mati beramai-ramai hidup berasingan. PANDANGAN

 


 


DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor telah pun dibubarkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya pada minggu pertama bulan depan. Tampaknya SPR tidak begitu "gaduh lorak" untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang perihal Pirane Johor itu. Kelambatan ini menyebabkan timbul persoalan, apakah Pirane Johor akan diadakan serentak dengan Piraum ke-15?

Yang pastinya pembubaran DUN Johor itu tidak disenangi oleh parti pembangkang dan juga parti dalam gabungan kerajaan di Johor Bersatu, Bersatu. Pembangkang memberi alasan tidak ada keperluan untuk diadakan pilihan raya, kerana kerajaan Johor tidak menghadapi cabaran dan berjalan dengan baik. Selain itu pandemik Covid tidak sesuai untuk diadakan pilihan raya. 

Bersatu pula melahirkan rasa terkilan dengan pembubaran DUN Johor kerana tidak dibincang sama dengan mereka. Sebagai kerajaan bersama, sewajarnya Umno memanggil Bersatu bincang hal pembubaran itu. Di sini nampak Umno membelakangkan Bersatu dan pembubaran itu ada niat tidak baik, semacam mahu mengajar Bersatu.

Sementara di pihak Umno pula mengambil kesempatan atas kedudukan kerajaannya 28 : 27 untuk mengadakan pilihan raya kerana bimbang kerajaannya akan tumbang. Umno mahu menghadapi pilihan raya semasa ia menjadi kerajaan. 

Itu hanya alasan sahaja, kerana pembangkang (PH) sudah beri komitmen tidak akan ganggu kerajaan Johor kerana berbagai sebab. Antaranya kerana pandemik masih belum kendur dan masalah ekonomi masih tidak menentu di samping kesan banjir masih menjejaskan kehidupan rakyat. Pembangkang sendiri pun dalam situasi bergelora dan bercanggah pendapat sesama sendiri dalam mencari formula, tidak yakin dapat mengulang kejayaan dalam pilihan raya lalu. Baginya kalau tidak diadakan pilihan raya lagi baik. 

Semestinya Umno telah mengambil semangat kemenangannya di Melaka dan kegagalan pembangkang di Sarawak untuk mengadakan pilihan raya. Dari hitungan politiknya, jika diadakan pilihan raya, Johor mereka berjaya menawannya. Alasan dan keyakinan itulah mendorong agar DUN Johor dibubarkan dalam keadaan ia konfiden menang.

Tetapi apakah pilihan raya Johor akan diadakan dalam tempoh 60 hari atau akan dijalankan serentak dengan pilihan raya umum? Ia masih menjadi tanda tanya. Ada sebahagian pendapat pirane Johor akan diadaan serentak dengan Piraum ke-15?

Persiapan pembangkang.

Dalam pada itu pembangkang (PH) sudah pun membuat persiapan sepatutnya bagi menghadapi kemungkinan Pirane Johor. Misalnya pembahagian kerusi khabarnya sudah pun selesai. Tiga buah parti pembangkang utama dalam PH, sudah berbincang antara satu sama lain. Dan sepakat menerima keputusan. 

Dalam pembahagian itu dipersetujui Keadilan dan Amanah masing-masing diperuntukan 20 kerusi sementara DAP 16 kerusi. Pembahagian itu dikira adil dan saksama. Tidak ada apa yang perlu diogehkan (dipertikaikan) lagi.

Cuma apa yang bunyi kurang baik apabila PH tidak akan menggunakan logo PH dalam pilihan raya itu. Keadilan akan menggunakan logonya sendiri, Mata. Sementara DAP dan Amanah pula tetap akan menggunakan logo PH seperti mana di Melaka. DAP dan Amanah kurang setuju dengan keputusan Keadilan itu. Jadi soal penggunaan logo ini menjadi masalah sedikit buat pembangkang. Perbezaan ini menyebabkan umum melihat PH tidak sekata. 

Sebenarnya perkara ini tidak perlu didebatkan. Sebaliknya semua parti diberikan kebebasan untuk menggunakan apa sahaja logo yang mereka fikir sesuai dan boleh mempengaruhi rakyat. Yang penting menang. Kalau logo cap ayam boleh membawa kemenangan, boleh gunakan logo cap ayam sahaja. Makanya kalau Keadilan hendak gunakan logo Mata silakan. Parti itu ada alasan sendiri kenapa perlu menggunakan logo tersebut. Jangan soal logo dijadikan titik bengik untuk bergaduh.  

Kekalahan di Melaka sehingga tidak mendapat satu kerusi mungkin menjadi sebab kenapa Keadilan bergagah dan phobia untuk menggunakan simbol PH, dan mahu menggunakan logonya. Dalam Pirane Melaka Keadilan bertanding menggunakan logo PH, yang tidak ada apa-apa "simbol" (objek) dan hanya tulisan perkataan HARAPAN semata-mata, parti itu gagal mendapat sebarang kerusi. 

Berbeza dengan Amanah dan DAP. Tampaknya logo PH tidak menjadi dan dikira bermasalah kepada kedua parti itu. Amanah walaupun tidak berjaya mempertahankan jumlah kerusi diperolehi dalam Piraum ke-14, tetapi ada juga satu kerusi dimenangi. Begitu juga dengan DAP. Ertinya lambang PH masih membawa tuah kepada kedua parti itu. Tetapi menjadikan kecelakaan buat Keadilan. Lantaran itu eloklah Amanah bermuafakat dengan DAP menggunakan logo berkenaan. 

Justeru kalau Keadilan enggan menggunakan lambang PH dan berkeras untuk menggunakan lambangnya, biarkan. Semua pihak kena akur dan tidak perlu membuat spekulasi liar. Itu adalah hak asasi dan kebebasan demokrasi. Lagipun tidak ada syarat terikat dan diikat parti dalam PH wajib menggunakan logo PH tersebut harApan dengan huruf "A" dibesarkan sebagai roket. 

Bagi kita soal simbol tidak penting dan itu pilihan masing-masing. Apa yang penting, pembangkang khasnya Keadilan, DAP dan Amanah jangan bergelut dalam kubang yang sama. Jangan ada yang bertanding antara satu sama lain dalam kerusi sama. Elakan ini berlaku. Dalam 20 kawasan ditandingi Keadilan jangan ada calon Amanah atau mana-mana parti pembangkang lain yang masuk mencelah. Begitu juga dengan Keadilan jangan ganggu dan meletak calon di kerusi lain melainkan di 20 kerusi yang ditetapkan sahaja.

Khabarnya ada yang hendak mendirikan khemah besar dalam pilihan raya di Johor itu dengan membawa semua parti-parti pembangkang bersatu. Idea itu walaupun tidak melambangkan semangat PH dan cuba merosakan idea serta ukhwah PH sebelum ini, tetapi ia juga satu percubaan yang baik. Boleh sahaja membuka khemah besar asalkan jangan menggali kubur besar. Kita bimbang kalau gali kubur besar nanti akan dikuburkan dalam satu lahad. Jangan mati beramai-ramai, hidup berasingan.

Khemah besar ini akan membawa parti-parti pembangkang lain, Pejuang, Muda, Warisan. DAP dan Amanah kelihatan beriya dengan khemah besar ini. Keadilan tidak perlu gundah dan gusar. Benar dan izinkan. Cuma apakah yang perlu difikirkan dan menjadi persoalan, di kerusi manakah parti-parti kuping itu hendak bertanding. Kerusi di Johor hanya ada 56 sahaja. 

Untuk meraikan parti-parti itu demi membuka khemah besar, DAP dan Amanah perlu berkorban. Mereka boleh berikan kerusi mereka kepada parti-parti itu. Disebabkan mereka beriya untuk membuka khemah besar dan meragui keupayaan PH, maka elok kalau mereka mengorbankan kerusi masing-masing untuk diinfakkan kepada Pejuang, Muda dan Warisan atau pun mana-mana parti. 

Apakah usaha DAP dan Amanah beriya mengajak parti itu berkumpul dalam big tent satu aksi untuk meninggalkan Keadilan bersendiri? 

Tidak ada guna pun bertanding banyak kerusi kalau kalah, dan adalah baik bahagi kerusi kepada semua asalkan menang. 

Saya nampak dalam hal ini, pilihan raya Johor boleh dihadapi oleh pembangkang dalam semangat kepembangkangan profesional dan rasional. Kalau semua pihak sedia berkorban dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain, ia akan menatijahkan kemenangan. 

Apakah Umno akan bersama Pas atau sebaliknya, itu bukan persoalan dan urusan pembangkang. Yang perlu difikirkan pembangkang mantap, tidak "beragun" (berlawan) sesama sendiri dan dapat uruskan pilihan raya itu dengan sempurna dan bijaksana. 

Pilihan raya Johor penting kepada semua baik PH, BN, PN atau Pas kerana ia akan menjadi indikator untuk Piraum akan datang. Pirane Johor adalah ujian semesta akhir buat semua parti politik untuk menentukan apakah mereka layak untuk meneruskan "pengajian ke universiti" atau kandas.  

Jika itu dapat dilaksanakan, Umno yang yakin akan mengulangi sejarah di Melaka itu tidak mudah menggapainya. Kesepaduan pembangkang dalam pilihan itu pasti akan menyulitkan Umno untuk  membangunkan tembok kubunya yang roboh pada Piraum 14, yang dikesali dan ditangani dan didendami hingga kini. [wm.kl.11:05 am 27/01/2022]

 

POLITIK APA MACAM INI ?


 

AZAM BAKI! ISMAIL SABRI DIMALUKAN ORANG ANWAR IBRAHIM!



Kem YB Port Dickson Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membuat satu demo di depan ibupejabat SPRM di Putrajaya untuk memalukan YAB Bera Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Adakah Pakatan Harapan (PH) telah melanggar syarat MOU untuk menyokong PM9? Ini ulasan dan laporan kami di YB Viral.



MENGULAS PENULISAN LIYANA MARZUKI






Saya terpanggil untuk ulas tulisan sahabat saya, walaupun setengah dari pendapat dia saya setuju tapi ada beberapa perkara yang saya rasa tak betul.

Saya sendiri rasa bila PKR guna bendera sendiri untuk PRN Johor tak mengubah apa-apa pun; mungkin 1%-2% sahaja. Masalah yang besar ialah pengundi luar dan pengundi hypercritical tak pulang mengundi. Kalau mereka pulang mengundi dan mereka berada di pusat pengundian, tapi mereka masih lagi pilih untuk undi BN atau PN, sebab konon2nya PH guna logo Harapan, saya rasa idea itu langsung tak logik.

Ini yang saya tak bersetuju bila kata PH kena bagi laluan pada PN untuk kerusi Melayu; kiranya kalau pengundi PH datang pusat pengundian, pastu PH tak bertanding, mereka akan undi PN dari undi BN. Saya bagi contoh DUN saya sendiri Sementa yang mana ADUN nya Daroyah yang khianat ke Bersatu, lepas tu Khianat lagi ke parti bangsa malaysia. Awak rasa kalau ada snap election di Selangor dan PH tak bertanding di Sementa, saya nak undi pengkhianat tersebut? Baik undi rosak atau pun tak mengundi langsung sebab kalau undi BN dah sah sah penyamun, undi PN tak tahu apa pula yang mereka akan khianat. Jadi PH tetap kena masuk bertanding, ini bukan soal politik cah keting, ini soal prinsip dan PH kena jadi viable alternatif.

Lagi satu bila pengundi PH yang undi PRU14 dahulu adalah golongan yang hypercritical, awak ingat mereka nak undi ke orang yang khianat dan kleptokrat kalau PH tak bertanding? Kami ini bukanya walaun, di suruh undi MCA mereka undi MCA, di suruh undi Gerakan mereka undi gerakan, sebab akal mereka sudah di pajak pada pimpinan.

Berbalik pada tulisan sahabat saya tadi yang dia kata Dinasour politik ini kena retire, cuma dia tak terangkan dengan jelas Dinasour sebab umur tua atau pun Dinasour sebab lama dalam berpolitik. Saya dah acap kali terangkan yang umur tidak releven, yang penting kena kuat (qawwi) dan amin (amanah) dan itu yang jumhur ulama bersetuju. Sebab itu saya tak ada masalah untuk sokong Mahathir jadi calon PM masa PRU14 sebab kita ingat dia akan buat islah. Tapi apa yang dia buat adalah sebaliknya. Cuma kawan saya tadi tak explain pula teori dinasour ini masa dia setuju Mahahir jadi calon PM pru14; sebab itu dalam bidang saya (teknikal), you need to be fair and not bias. Kalau awak kata A untuk si fulan, the same should apply to orang lain.

Lepas itu dia kata orang Melayu majoritinya tolak Anwar kerana kes2 beliau. Bila dia tulis majoriti sepatutnya kena bagi data tapi simple pool yang Sinar Harian buat tulis Anwar masih lagi calon terbaik untuk Perdana Menteri. Here is the problem dengan statement ini, dari dulu saya pernah kata Kes Mahkamah ini banyak jadi political tools untuk siapa yang berkuasa jadi PM, tapi dia tak setuju. Contoh kes pecah Amanah SS dan salah guna wang, saya tak pasti apa pendapat dia. Adakah konspirasi ataupun betul-betul kes jenayah? Kita lihat masa PM PDF berkuasa berapa banyak kes yang di tarik balik oleh DPP ( bukan hakim lepaskan), ataupun bila ada Kes rasuah, tiba-tiba senyap sebab sokong PN? Ini masalah dengan negara kita sekali tak ada reformasi politik.

Berbalik pada kes seksual dan jenayah pecah amanah, pecah amanah lagi senang nak lekat, tapi kenapa dalam kes Anwar, konspirator berusaha sedaya upaya untuk jatuhkan Anwar dengan politik lendir? Sebab mereka tak boleh sabitkan Anwar dengan kes salah guna kuasa dan wang. Anwar waktu dia jadi TPM dia tolak tawaran tanah atas nama Ayah dia. Berapa banyak pemimpin muda ( yang bukan dalam dinasour poltik boleh buat benda yang sama?). Yang kita dengan ada bising-bising 2 orang mantan PM bergaduh bab tanah, sorang tuduh beli tanah harga murah, sorang lagi tuduh dapat tanah percuma, macam kuali tuduh belanga hitam, padahal dua-dua sama.

Lagi satu kes liwat ini adalah satu konspirasi, ini saya bagi bukti keratan yang Hakim Hamid Sultan Abu Backer dakwa dalam afidavit dia yang ada campur tangan dalam kes di Makamah Persekutuan. Kita juga tahu yang salah sorang dari hakim tersebut dapat laba dalam konsisi lebuhraya. Tapi apa yang kerajaan waktu itu buat tentang afidavit tersebut? Nada. Kita faham implikasi perundangan kalau hakim tersebut korup, nanti akan ada semakan semua kes yang di adili oleh hakim tadi tapi ini adalah bukti yang saya selalu kata ada campur tangan politik dalam sistem kehakiman kita.

Lagipun menggunakan perkataan majoriti Melayu tolak tanpa di sertakan data itu sendiri tak ada locus standi. Kalaulah majoriti itu selalu betul, tak adalah Nabi Nuh setelah berdakwah lebih 950 tahun masih gagal yakinkan majoriti kaum dia. Orang Melayu tak semua kes malas berfikir, ada ramai aje orang melayu yang progresif. Contoh yang marah pasal kes salah guna akan CDS itu pun ramai juga orang Melayu, jadi persoalan yang yang sepatutnya kena tanya, macam mana nak kembalikan kepercayaan pengundi kita pada sistem demorkrasi yang telah di rosakkan oleh orang politik.

Saya juga tak bersetuju dengan kenyataan dia yang kata misi PKR nak angkat Anwar Sebagai PM. Kalau Anwar jenis bengkok pada prinsip, saya rasa dah lama dia jadi PM. Tengok apa jadi dengan PM kita sekarang, sudah la slow macam sloth, bila tak ada prinsip ikut sahaja. Kes akaun CDS sendiri dia tak berani kata apa-apa padahal semua orang tahu benda itu adalah kesalahan ikut akan SC. Yang gila nak jadi PM ialah Din PDF. Dia ini kaliber pun tak ada boleh melawak nak rotan rakyat di TV dan hanya pandai baca doa. Yang gila nak jadi PM ialah orang yang dah jadi PM 2 kali lepas itu resign, dan nak jadi PM balik. Ataupun yang ada 87 kesalahan rasuah tapi masih tak mahu letak jawatan sebab that is the only chance for him to be able to contest and become PM.

Yes PRU15 is an up hill battle terutama sekali dengan kelelahan pandemik, orang tak suka ahli politik etc. Tapi hanya dengan reformasi penuh dari orang yang ada ciri-ciri islah sahaja negara ini boleh di selamatkan. Bukan yang bising kleptokrat sana sini, tapi kalau siapa yang sokong dia, kes selamat ( kes heli, kes 90 juta), ataupun yang duk tadah doa depan TV tapi berkhianat, mungkin SSST lupa nasihat yang doa pengkhianat tersangkut di langit.

PH banyak aje pemimpin pelapis gred A macam Maszlee, Adly, Saif, Steven Sim tapi bila compare dengan Anwar, dia ini Rank S class. Selagi dia ada tak salah kita cuba masuk PRU15 dengan kepimpinan Anwar. 22 tahun Anwar melawan itu bukan perkara yang sia-sia, banyak reform yang kerajaan terpaksa buat, contoh kebebasan berhimpun dan dakwat kekal. Kalau tak ada orang melawan 22 tahun lepas, silap-silap kita semua sudah dalam penjara sebab akta lalang atau akta ISA (cuba teka siapa yang suka guna akta ini)

Wallahualam

MMMS

 


 

KENYATAAN MEDIA DSAI : MENGAPA PNB, KHAZANAH, DAN KWSP BERI PINJAMAN KEPADA SYARIKAT PERJUDIAN?




Kenyataan Media

27 Januari 2022

MENGAPA PNB, KHAZANAH, DAN KWSP BERI PINJAMAN KEPADA SYARIKAT PERJUDIAN?

Saya ikuti pendedahan terkait tiga bank Malaysia, Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad yang dijangka mengalami kerugian berbilion ringgit ekoran Genting Hong Kong yang diisytihar muflis.

Menurut laporan media, ketiga-tiga bank tersebut telah memberi pinjaman tanpa jaminan berjumlah AS$600 juta (RM2.51 bilion).

Saya mendesak Menteri Kewangan untuk segera menjawab persoalan mengapakah bank-bank ini dibenar memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong.

Ini adalah kerana kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham terbesar dalam ketiga-tiga bank itu.

Bagaimana pinjaman tanpa jaminan kepada syarikat perjudian ini boleh diberi dengan sebegitu mudah?

Walaupun syarikat itu berdaftar di Hong Kong, pemiliknya adalah ahli perniagaan Malaysia yang sekurang-kurangnya perlu diminta jaminan peribadi atau simpanannya dalam syarikat yang dimilikinya di Malaysia.

Menteri Kewangan juga dituntut menjelaskan bagaimana pinjaman RM2.51 billion ini akan dibayar oleh Genting Hong Kong yang sudah muflis.

Bagi saya, penjelasan ini perlu disegerakan bagi mengelak skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) Hong Kong berulang.

ANWAR IBRAHIM

 

Orang kayangan ada dinasti, Orang miskin ada solidariti.




APA PAS INGAT POLITIK MACAM POLIGAMI KE?

 

Selain hairan, kita juga kadang-kadang pening melihat gelagat dan karenah Pas dalam langkah politiknya.

Dalam PRN Johor yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi misalnya, sementara UMNO begitu ghairah untuk bertanding solo atas tiket BN sebagaimana di Melaka dahulu, Pas sebaliknya tetap berusaha untuk berunding bagi bekerjasama dengan parti itu.

Walhal, Pas adalah ahli rasmi gabungan Perikatan Nasional atau PN yang diketuai oleh Bersatu dan dipimpin oleh Mahiaddin Md Yasin.

Bersatu sebagaimana kita semua tahu adalah musuh utama UMNO dan sedang cuba dimatikan pengaruhnya melalui PRN Johor ini.

Hubungan Pas dengan UMNO hanyalah sekadar bermesra cium-cium pipi saja melalui Muafakat Nasional atau MN tetapi ia tidak pernah sama sekali dinikahkan secara sah.

PN pula adalah gabungan yang telah didaftarkan secara sah dan Pas ibarat ada ikatan rasmi dengan Bersatu melalui gabungan tersebut.

Soalnya, kenapa Pas masih tergila-gila mahu bersama dengan UMNO?

Masih tak faham bahasakah bahawa UMNO mahu bertanding solo?

Kenapa Pas tidak mengutamakan hubungannya dengan Bersatu yang sedia ada melalui PN, sebaliknya masih sibuk mencari peluang kerjasama dengan UMNO?

Dalam keadaan UMNO sentiasa mahu mematikan Bersatu dan Bersatu pula adalah musuh UMNO, Pas sebagai ahli rasmi gabungan PN yang ada Bersatu didalamnya tidak harus sama sekali cuba berbaik-baik, apa lagi bekerjasama dengan UMNO.

Pas sepatutnya sentiasa memihak kepada Bersatu kerana parti pimpinan Mahiaddin Md Yasin itulah rakan sah yang mereka ada ikatan rasmi dengannya.

Bukankah pelik, dengan Bersatu yang ada ikatan rasmi tak dipeduli, tetapi dengan UMNO yang tiada ikatan apa-apa yang membuatkan Pas serabut kepala untuk bersama?

Dalam hal ini, jika Pas benar-benar jujur ingin bersama UMNO, mereka mesti berperlakuan betul dengan berani meninggalkan Bersatu dan keluar daripada PN terlebih dahulu.

Jika setelah tidak lagi bersama PN dan tiada apa-apa ikatan dengan Bersatu, barulah nampak munasabah kalau ia pun bersungguh-sungguh mahu menjalin kerjasama dengan UMNO.

UMNO pun, jika Pas tiada lagi dalam PN dan tidak terikat dengan Bersatu, pasti lebih terbuka untuk berunding bagi menjalin sebarang kerjasama.

Ini tidak, dengan Bersatu mahu dan dengan UMNO juga mereka mahu.

Apa Pas ingat politik ini macam poligami ke? – ShahbudinHusin 27/01/2022.



GEMPAR! TEKA SIAPAKAH MENTERI ITU?


ZUNAR

(Clue, anak bekas PM. Nama saintifiknya air. )

ISU: Beli kapal dengan FRANCE, bayar berjuta2. Kapal tidak ada..tiba2 wang ditemui di SINGAPORE!



 

SHAUQI TAUPOI


Maaf Cakap La,Kalau Rakyat Ledang Dan Rakyat Johor Masih Memilih Barisan Nasional,Maka Terus Gelap Masa Depan Ank2 Dalam Gambar Ni Dan Seluruh Masa Depan Rakyat Malaysia.

Sudah2 La Dok Kena Bohong,Khianat,Zalim Dengan Puak2 Ni Serta Parti Sekutu Denganya.



Nak lantik peguam dari UK untuk apa?

 



DS Najib sudah tewas 2 peringkat mahkamah - mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan dengan keputusan 4-0.

Ini bermakna para hakim tidak berselisih pendapat langsung tentang hukuman yang telah dijatuhkan ke atas DS Najib.

Kami khuatir permohonan melantik peguam dari UK Description: 🇬🇧ini akan melengahkan lagi proses rayuan di peringkat mahkamah persekutuan.

Tambahan pula dengan kes jangkitan harian yang begitu tinggi di UK, agak berisiko untuk membuka pintu masuk kepada orang asing ke negara ini.

Lagi pun kes jenayah DS Najib yang dibicarakan di mahkamah bukanlah suatu kes yang ‘rare’ dan peguam di Malaysia masih berkemampuan untuk mengendalikannya.

Justeru, kami nampak tiada keperluan untuk melantik peguam dari negara luar, apatah lagi dari Great Britain.

Kita seharusnya yakin dengan kemampuan sistem perundangan kita sendiri!

Mahkamah persekutuan perlu segerakan rayuan kes ini!

MAMPUKAH PH CIPTA KEJAYAAN DENGAN MENGGUNA LOGO BERLAINAN?

 

Mampukah PH mencipta kemenangan atau sekurang-kurangnya memberi saingan yang sengit, meski mengguna logo yang berlainan dalam PRN Johor akan datang ini?

Tidakkah tiada kesepakatan dalam penggunaan logo itu sudah menggambarkan tidak ada perpaduan dalam PH?

Bukankah juga pengggunaan logo yang berlainan itu memperlihatkan BN sudah awal-awal lagi diberi kelebihan kerana isu tersebut pasti akan diguna untuk mengelirukan pengundi bagi menggambarkan PH bukanlah gabungan yang bersatu padu untuk dijadikan kerajaan negeri?

Bagaimana PH mahu menyatukan parti-parti pembangkang bagi menentang BN, sedangkan mereka sesama sendiri tidak mampu sekata dalam penggunaan logo?

Di atas adalah antara beberapa persoalan yang kedengaran berikutan keputusan Majlis Presiden PH semalam yang membenarkan PKR menggunakan logo partinya sendiri, manakala DAP dan Amanah akan menggunakan lambang PH dalam PRN Johor tidak lama lagi.

Meskipun keputusan tersebut dicapai melalui persetujuan bersama dan dalam suasana harmoni antara PKR, DAP dan Amanah, kebimbangan bahawa perkara itu akan mengurangkan peluang PH untuk menang tetap tidak boleh dinafikan.

Benarkah?

Atau PH lebih mempunyai harapan cerah untuk menang dengan penggunaan logo berasingan itu?

Daripada satu segi, keputusan membenarkan PKR menggunakan logonya sendiri di PRN Johor nanti amat menggembirakan akar umbi parti itu.

Bukan saja di Johor, ahli-ahli PKR di seluruh negara seperti telah diberi suntikan semangat baru dengan keputusan Majlis Presiden PH itu.

Ini kerana bagi ahli-ahli PKR, logo PH adalah melesukan kerana ia mengingatkan mereka kepada pengkhianatan Bersatu yang juga menggunakan warna merah untuk logonya.

Selain itu, logo PH berwarna merah itu turut mengingatkan kepada Tun Mahathir Mohamad yang tidak berpegang kepada janji peralihan kuasa dan berdolak-dalik untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagaimana telah dipersetujui.

Maka, mengguna logo sendiri dilihat mampu memberi lonjakan semangat kepada PKR, bermula di PRN Johor dan seterusnya untuk PRU15 akan datang.

Dalam hal ini, meskipun berlainan logo, apa yang penting ialah pembahagian kerusi mesti dapat dilakukan dengan baik dan tidak berlaku sebarang pertindihan.

Oleh kerana PH mungkin bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain, terutamanya Muda, jika pembahagian kerusi berjaya dilakukan dengan baik, isu berbeza logo sebenarnya adalah perkara kecil saja.

Ia berikutan Muda misalnya dan parti-parti lain yang akan bekerjasama dengan PH, sudah pasti akan menggunakan logo parti mereka sendiri untuk PRN Johor nanti.

Jadi, tiadalah isu besar sangat dalam penggunaan logo yang berbeza itu, asalkan tidak berlaku pertindihan calon antara sesama pembangkang.

Tambahan lagi, untuk mengatakan masih ada yang mungkin keliru dengan penggunaan logo yang berbeza itu barangkali terlalu minima sifatnya.

Hakikatnya, majoriti rakyat negara ini sudah berpendidikan, terdedah kepada pelbagai maklumat dan mereka boleh membaca berita melalui telefon di tangan masing-masing dengan mudah.

Lebih daripada itu, ramai orang kampung dan warga tua sendiri sekarang ini pasti ada memiliki Whatsapp dan akaun Facebook, selain tidak kurang yang lebih gemar dengan Youtube dan Tik Tok.

Dengan itu, kemungkinannya adalah terlalu kecil jika mahu dikata ada yang masih keliru atau boleh dikelirukan dengan keputusan membenarkan penggunaan logo yang berbeza itu. – ShahbudinHusin 27/01/2022.



KUCING DUJUMPAI HIDUP KERANA MEMAKAN KERTAS SELAMA 52 HARI TERKURUNG

 

Dikurung dalam rumah selama 52 hari, kucing ini makan kertas kerana terdesak kelaparan


TUlar baru-baru ini mengenai satu berita yang sangat menyedihkan bukan sahaja kepada pencinta kucing tetapi juga kepada sesiapa yang sayangkan makhluk bernyawa.

Seekor kucing dijumpai terkurung dalam sebuah rumah kosong selama hampir dua bulan tanpa makanan dan minuman. Kucing tersebut ditemui oleh pemilik baru rumah tersebut yang mahu melihat dan memasuki memasuki rumah yang baru dibelinya.

Menurutnya, rumah itu merupakan rumah lelong yang dibelinya hampir dua bulan lepas atau 52 hari dan ini adalah pertama kali dia datang melihat keadaan dalam rumah barunya itu.

Pembeli rumah yang terkejut melihat kucing tersebut dalam keadaan menyedihkan dalam rumah terkurung segera membawanya kepada doktor haiwan untuk diperiksa keadaannya.

Pemeriksaan doktor haiwan terhadap kucing itu menemui sesuatu yang memeranjatkan apabila doktor mendapat cebisan kertas ditemui dalam tahi kucing tersebut. Doktor mengesyaki perut kucing itu dpenuhi dengan kertas, dipercayai dimakannya akibat terdesak kelaparan dan tidak dapat pergi kemana-mana.

Kucing itu kini sudah dirawat dan sihat berbanding sebelum ini ditemui dalam keadaan yang kurus dan lemah. Namun begitu, menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal, kucing yang dinamakan sebagai Finn itu enggan berada dekat enggan manusia pada masa kini, kemungkinan masih trauma.

Tambahnya lagi, rumah berkenaan kemungkinan ada saluran paip yang bocor yang membolehkan Finn untuk minum air. Mereka juga akan menempatkan Finn kepada penjaga yang baharu yang penyayang selepas kucing itu betul-betul pulih.

Pihak polis masih belum dapat memastikan bagaimana Finn boleh berada dalam rumah tersebut, namun tidak menolak kemungkinan kucing itu sengaja diletakan atau dibuang oleh pemiliknya ke rumah tersebut.

Selain itu, pemilik lama kucing yang yang dinamakan sebagai Finn ini juga berkemungkinan dikenakan tuduhan kekejaman terhadap haiwan sekiranya dia berjaya ditemui dan dikenalpasti.


CIMB-RAMAI MERUNGUT SISTEM DOWN

 

Rakyat Malaysia menuntut akauntabiliti daripada tiga bank Malaysia susulan pelaburan besar daripada dana berkaitan kerajaan berhubung keputusan mereka untuk memberikan pinjaman tidak bercagar yang besar kepada Genting Hong Kong yang kini menghadapi masalah kewangan.




majalahforexmalaysia.com
GENTING HONG KONG BANKRAP : 3 BANK MALAYSIA TERKESAN KERANA BERI PINJAMAN RM2.51 BILLION TANPA CAGARAN - Majalah Forex Malaysia
Rakyat Malaysia menuntut akauntabiliti daripada tiga bank Malaysia susulan pelaburan besar daripada dana berkaitan kerajaan berhubung keputusan mereka

Balai bomba tertinggi di dunia bakal dibina di Gunung Kinabalu

 Balai bomba tertinggi di dunia bakal dibina di Gunung Kinabalu


Jika Pos Malaysia mempunyai peti pos tertinggi di Malaysia di Panalaban, Gunung Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak lama lagi bakal mempunyai balai bomba yang mungkin terletak di lokasi paling tinggi di dunia.

Dengan ketinggian lebih 3,382.2 meter dari paras laut, balai bomba atau tepatnya pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat (Mosar) itu bakal diwujudkan di bangunan bekas asrama penginapan di Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu yang kini dikosongkan selepas gempa bumi pada 2015.

Apabila beroperasi kelak, ia bakal menjadi satu-satunya balai bomba di kawasan altitud tinggi di Malaysia, sekali gus melakar sejarah sebagai pusat operasi menyelamat di gunung yang pertama di dunia dikendalikan sepenuhnya oleh kerajaan.

Timbalan Pengarah JBPM Sabah Farhan Sufyan berkata, sejak Mosar ditubuhkan pada 2015, susulan insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015, tiada bangunan khas yang sesuai dengan keperluan operasi gerak kerja Mosar.

Katanya, pasukan Mosar hanya ditumpangkan di bilik penginapan di kawasan Panalaban, malah kini keanggotaan Mosar semakin bertambah seramai 42 anggota bagi keperluan menghadapi kecemasan dan bencana di sepanjang laluan ke puncak Gunung Kinabalu.

“Kami ada melakukan tinjauan ke tempat penginapan Mosar di Panalaban dan ia kurang sesuai dan perlu penambahan baikan.

“Oleh itu, berdasarkan perbincangan awal kami bersama Taman-Taman Sabah (TTS) dan mereka (TTS) sudah cadangkan supaya Gunting Lagadan Hut dijadikan lokasi pusat operasi Mosar.

“Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang kami kena semak lagi dari segi keselamatan dan aset ataupun pergerakan yang mana perbincangan lanjut akan diadakan dengan TTS,” katanya di Gunting Lagadan, Gunung Kinabalu, semalam.

Terdahulu, Farhan dan Ketua Zon 3 Kudat Penguasa Bomba, Sahidih Mahali bersama 15 pegawai dan anggota JBPM Sabah memulakan pendakian pada 22 Januari lalu, untuk memantau gerak kerja Mosar di Gunung Kinabalu.

Pendakian yang dirasmikan Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail juga bertujuan memantapkan lagi kerjasama strategik antara JBPM Sabah dan TTS dalam aspek penyelamatan melalui pewujudan Mosar.

Mengulas lanjut, Farhan berkata, sehingga kini terdapat seramai 42 keanggotaan pasukan Mosar di Gunung Kinabalu.

“Kami akan semak semula keanggotaan serta prosedur operasi standard (SOP) Mosar untuk memberi perkhidmatan yang lebih efektif,” katanya.

Sementara itu, mengenai operasi penyelamatan Mosar di Gunung Kinabalu, Farhan menjelaskan bermula dari 2016 lalu sehingga semalam, sebanyak 259 kes penyelamatan dilaksanakan membabitkan pendaki untuk turun dari Gunung Kinabalu dan untuk tahun ini sahaja sebanyak enam kes penyelamatan dijalankan.

Katanya, kebanyakan kes yang dilaksanakan iaitu menyelamat pendaki yang mengalami akut gunung atau Altitude Mountain Sickness (AMS), kesejukan melampau dan tercedera.

KAH..KAH...SEBENARNYA DUA DUA PARTI PENIPU MELAYU-PAS KATA UMNO, UMNO KATA PAS....DUA DUA HAMPAS

 


Rundingan kerusi PRN Johor: Pas kata Umno menipu


Rundingan kerusi PRN Johor: Pas kata Umno menipu

PAS berpendapat, sebarang dakwaan daripada parti lain mengenai rundingan pembahagian kerusi melibatkan mereka di Johor adalah suatu pembohongan.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihak terbabit sebenarnya sedang cuba mengusahakan agar penyokong mereka membenci partinya.

“Sehingga ke saat ini, belum ada sebarang perundingan kerusi pilihan raya di Johor.

“Jika ada pihak yang mendakwa PAS menolak kerusi yang mereka tawarkan kepada PAS atas sebab apa sekali pun, sesungguhnya dia telah berbohong,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sanusi memang tidak menamakan sesiapa dalam kenyataan tersebut. Bagaimanapun ia dipercayai ditujukan kepada rakan mereka dalam Muafakat Nasional (MN), Umno.

Sebelum ini tular satu klip video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad, berucap dalam majlis parti mengenai persediaan mereka menghadapi PRN.

Hasni mendakwa Umno Johor menawarkan empat kerusi yang “mesti menang” kepada PAS namun ia tidak mendapat persetujuan parti terbabit.

Digambarkan sebagai tamak

Sebaliknya, dakwa Hasni, PAS berminat dengan tawaran 15 kerusi daripada Bersatu. Untuk rekod di sebalik penyertaan PAS dalam MN, parti itu juga menjadi komponen kepada Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Bersatu.

Umno pula sudah membuat ketetapan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Selain Hasni, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, juga menganggap tawaran empat kerusi daripada Umno Johor itu sebagai “bukan cara yang baik” untuk mengukuhkan MN.

Semalam salah seorang pemimpin kanan PAS, Mokhtar Senik, turut memberikan pandangan pedas kepada Umno dan menganggap parti itu sudah melupakan bantuan yang diberikan semasa mereka menjadi pembangkang.

Umno-BN ketika ini sudah menggambarkan bahawa mereka hampir pasti bergerak sendirian.

Kata Sanusi apabila ada pihak berbohong mengenai sikap PAS – yang digambarkan sebagai tamak – di hadapan jentera parti mereka sendiri, hanya ada satu matlamat yang diinginkan.

“Jika mereka menyemai kebencian dengan bercakap bohong, adakah akan tumbuh pernyatuan? Tidak!

“Mereka sedang mengusahakan perpecahan,” katanya.