KHEMAH BESAR TIDAK SEMUDAH LAFAZ DIBIBIR

 Buat Abang Mat Sabu...

KHEMAH BESAR TIDAK SEMUDAH LAFAZ DIBIBIR


Norman Radzuan


Mat Sabu adalah pemimpin yg mempunyai pemikiran tipikal Malay yg mengamalkan jalan pintas. Sepatutnya dia perkuatkan partinya di mana partinya adalah parti yg dilihat dominan Melayu. Mat Sabu kena melihat prospek Amanah yg suatu hari nanti akn menjadi parti pilihan bangsa Melayu. 


Kelemahan Mat Sabu dia tidak membawa partinya utk mengisi kekosongan pengundi luar bandar yg dimonopoli parti UMNO dan PAS. Kelemahan kedua Mat Sabu seolah olah dia tidak ada plan jangka panjang utk Amanah dlm tempoh 20 tahun akn dtg.


Begitu ramai anak2 muda atau generasi 30an berbakat dlm Amanah yg boleh diketengahkan menjadi calon dan sebagainya. Begitu ramai juga tokoh2 agama dlm Amanah yg sepatutnya berperanan atau ditonjolkan utk Amanah dilihat parti yg mengamalkan Islam rahmatan lil alamin.


Mat Sabu mesti sedar kekuatan PKR dan Dap ia bukan terjadi sekelip mata. Mereka melalui naik turun dlm politik berpuluh tahun lamanya. Amanah jgn seperti Bersatu muncul bak Mee Segera tapi dgn segeranya juga parti ini menguncup hingga ahli2 menubuhkan beberapa parti lain.


Kejayaan mesti dibina dari akarnya bukan dari pucuknya. Ia mesti dibina perlahan lahan. Saya hairan Mat Sabu seolah mengiyakan apa yg dikatakan oleh Hadi Awang.


Khemah besar bukan semudah mengumpul konvoi geng motor, ia  perlu duduk semeja. Perlu ada konsesi, mekanisma dan mcm2 lagi... bermula dgn logo, pembahagian kerusi dan siapa yg menjadi MB jika menang. 


Bukan apa saya kesian bila pimpinan tempatan dari PKR, Amanah dan DAP yg bekerja selama ini tiba2 org lain ambil alih begitu sahaja... jgn jadi nasib PH seperti dinikmati Rina Harun. Bimbang grassroots akn sabotaj. Persoalannya ada ke Muda, Warisan dan Pejuang akar umbi mereka di Johor?


Mat Sabu jgn ikut cara org Melayu berniaga... based on trust. Bila dah make money bergaduh. Takut nanti pada PRN ini bila menang bergaduh berebut siapa nak jadi MB dan bila kalah Anwar sekali lagi dipersalahkan. 


Amanah ada masa depan yg baik. PH rumahnya bukan roboh cuma dulu telah diceroboh penyamun. Dirompaknya TV, Komputer dan Peti Ais. Mereka tak bawa lari rumah kita. PH ini rumah yg hanya perlu dibaiki sahaja jadi kenapa perlu pasang khemah?


Komen ini bukan saya sebagai ahli parti tetapi pandangan sebagai mantan pengamal media. Anda boleh menerima dan menolaknya.


No comments: