Rafizi jangka PH sapu 11 kerusi di KL, 19 di Selangor, Negeri Sembilan


Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan PH mampu memenangi 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 19 di Selangor dan berpotensi meraih 13 hingga 15 kerusi di Johor pada PRU15. Menurutnya selain Negeri Sembilan, data dari syarikat tinjauan awamnya Invoke Malaysia menunjukkan PH mampu mempertahankan kerusi-kerusi di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Saifuddin Nasution: Ceramah Kelompok Di Kulim, Kedah 05/11/2022

PASTIKAN PRU15 HUMBAN PENGKHIANAT DAN KLEPTOKRAT



Ini tidak dapat dinafikan apabila Pakatan Harapan memperuntukkan RM810 juta untuk memulihkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan [FELDA], yang penerokanya majoriti adalah Melayu. Peruntukan kepada Pembelanjaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa Datuk Seri Dr Mujahid menjadi menterinya, telah naik kepada RM1.3 bilion.

HAIYYAAAA...BO CIAK BO POI- JUMPA BOMO JUGA KA DIA NI


 

KISAH PERDEBATAN WALAUN TENTANG TABUNG HAJI





Moving the goal post. Tadi confiden kata 302 juta subsidi haji. Lepas tu boleh kata tersilap pula.

Tapi tapi tapi dalam statement tulis 437 juta untuk perbelanjaan 1st half 2022. Yang 302 juta tu 2021. So part mana 302 juta dalam tahun 2022?

"Jumlah keuntungan TH bagi 1H 2022 sebenarnya lebih sedikit berbanding keuntungan 1H 2021"

thanks captain obvious, jadi mengaku pun yang dah silap.

Bukan awak ke yang dengan yakin kata 1st half 2022 lagi tinggi?

Mula2 dia yang cerita bab 1st half kewangan. bila nampak tak boleh nak konar, dia pergi pula pada point kena tengok full financial year pula. Petik accrued accounting pula.

Macam lawan bola mula2 setuju 45 min sahaja, bila nampak tak boleh nak menang, pergi extend pula ke 90 minit.

Lepas tu main strawman fallacy, nak petik bab UJSB pula.

UJSB ini korang settlekan lah, kata hebat memerintah. Buat apa nak salah yang 22 bulan, yang 31 bulan tu korang buat apa? Ke 22 lagi besar dari 31?

Jem jem palo memikir

Kalau buat tubik RCI kan senang, tak payah nak berdebat di facebook

 MMMS

KISAH SEORANG CALON YANG YANG DIKATAKAN PUNYA IJAZAH KEDOKTORAN









Ini Ijazah yang disebar luas. Dikatakan kepunyaan “doktor” tersebut. Saya juga dengar Press Conference dia semalam. Didepan balai polis.

Bila ditanya reporter, boleh tunjuk sijil Ijazah beliau, beliau kata, tak perlu. Ada pada lawyer.

Makanya kita tak tahu la betul ke Ijazah viral ni Ijazah dia. Cytro UMNO dah buat kerja tempek2 merata.

Saya rasa lebih afdal dia tunjuk je lah Ijazah yang ada. Apa yang nak malu?

Ini yang saya dapat sijil Ori Uni Gadjah Mada dan datanya dalam KPT. Orang Indonesia. Jauh beza benar dari yang disebarkan. Mungkin dah berbeza format?

Makanya, kalau kita ditayangkan dengan kelaku sebegini, kita nak penjelasan saja. Senang cerita.

Apa yang susah sangat? Awak tu nak jadi Wakil Rakyat. Kalau benda macam ni dok ugut rakyat, mendatang lagi teruk dikritik bertingkat2.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

“SAYA MASIH POSTER BOY, CALON PM” – ISMAIL SABRI

 

“SAYA masih lagi poster boy dan calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) selepas PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15),” kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri berkata pemilihan beliau sebagai calon jawatan utama pentadbiran kerajaan itu diputuskan secara jelas pada Persidangan Agung Umno 2021 serta keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada April lepas.

“Setakat ini tidak ada keputusan daripada MT Umno yang mengatakan sebaliknya (tukar calon Perdana Menteri) dan baru-baru ini lebih 156 daraipada 190 Bahagian Umno membuat usul mencadangkan saya sebagai calon perdana menteri.

“Perkara (keputusan sebagai calon Perdana Menteri) itu tidak ‘reversed’ dan tak ada mesyuarat (dalam parti) yang memutuskan sebaliknya (tukar calon Perdana Menteri), maka apa yang diputuskan sebelum ini kekal,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas hadir di pusat penamaan calon bagi Parlimen Bera di Pusat Penamaan Calon Parlimen Bera di Dewan Konvesyen Majlis Daerah Bera hari ini. 

Naib Presiden Umno itu turut menafikan wujud surat akuan bersumpah bagi memilih calon Perdana Menteri selain beliau selepas pilihan raya, yang didakwa perlu ditandatangani setiap calon daripada Umno, seperti yang tular di media sosial beberapa hari lepas. 

Sebaliknya Ismail Sabri berkata surat yang ditandatangi calon yang terpilih untuk mewakili parti pada pilihan raya kali ini adalah untuk memastikan tiada yang bertindak melompat parti selaras dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang berkuat kuasa 5 Okobert lepas.

“Kalau dulu, surat itu adalah seperti surat peletakan jawatan kita sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Adun kalau kita melompat parti lain. Itu dulu, tapi sekarang sejak ada akta anti lompat parti, kita punya SD (surat akuan bersumpah) adalah berdasarkan akta itu,” katanya.

Ditanya mengenai spekulasi wujud kerjasama atau pakatan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim PRU15 untuk membentuk kerajaan selepas PRU15, Ismail Sabri secara ringkas berkata:

“Saya tak pasti… kita tak dengarlah perkara itu… spekulasi (timbul) macam-macam,” katanya. – Bernama, 5 November, 2022.


BIJAK SANGAT KAH DIA NI






Ada member mintak saya check mengenai calon fofular Isham Jalil. Room mate saya suka dengar apa dia cakap. Made sense and smart. Except bila dia taksub pada Merpati. And hentam mahkamah bagai. Yang tu kami angkat kening. Dengar pun pening.

Ada yang DM mintak saya semakkan, macam mana dia buat MBA satu tahun dengan 2 Ivy Leagues. Macam tipu je.

Saya teringat dulu masa belajar, saya ada kenal seorang Fulbright scholar. Memang ada course dual MBA Harvard-Wharton. Dia pun ambil sama. So saya semak la and google. Memang ada.

Jadi, we have to call spade a spade. Setakat ni dia clear. We can give him a benefit of the doubt. Makanya, selamat maju jaya.

Saya ABU ini penggal. Kalau PRU16 UMNO dah bersih dari Kluster Mahkamah dan mereka kembali pulih, kita boleh consider semula.

Loyalty to our country always!

Loyalty to political parties or leaders, only when they deserve it!

~LM~

 

PENGKHIANATAN HAJI HADI TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ PULA DIBONGKAR

 PENGKHIANATAN HAJI HADI TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ PULA DIBONGKAR



KHAIRUDDIN AT TAKIRI DAN NIK ABDUH KENA DEDAHKAN WATIKAH HJ HADI KHIANATI ARWAH TOK GURU NIK AZIZ


1. Kenapa Hj Hadi buat Surat Watikah lantik Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar lepas PRU13 lalu?


Tahun 2013:



▪️Kempen PRU13: PAS kempen TGNA akan tetap jadi MB Kelantan, kami dari ROYALTI kempen all out bantu.


▪️5 Mei 2013 Pas menang Kelantan, malam itu saya berada di Pjbt Pas Kelantan, lihat berberapa kelompok individu (masih ingat lagi siapa) naik tergesa gesa kerana katanya ada mtg Khas (Nak tukar TGNA supaya tidak jadi MB).


▪️ 6 Mei 2013 Hadi keluar watikah lantik Ahmad Yaakob jadi MB dan angkat sumpah tergesa gesa di Istana.


Hari yang sama saya bersama arwah TGNA di Hospital USM Kubang Kerian di wad lihat beliau kesedihan.


Haritu juga saya kata Pas (Hadi) tak boleh pakai. Khianat (TG Nik Aziz) semata mata nak UG dengan UMNO. Arwah TGNA lah batu penghalang utama usaha mereka.


Pagi itu arwah TGNA tengah siap-siap pakai baju untuk angkat sumpah MB, dengan anggapan beliau masih lagi MB.


Bila dapat tahu Ahmad Yaakob jadi MB. terus beliau ke USM di bawa oleh? Teka.


Nik Abduh ‘diperkudakan’ oleh Team Hadi, untuk menjatuhkan Ayahnya sendiri bagi menghalalkan Agenda UG PAS – UMNO.


Yang akhirnya jadi Muafakat Nasional. PAS beri talian hayat kepada UMNO (yang arwah TGNA tentang sejak lama).


Bila UMNO berkuasa, kini menjadi PM. PAS ditendang balik. Terpinggir tiada teman, Pas Hadi pergi peluk Mahiaddin.


Habis madu sepah dibuang.


Beza benar cara kerja PAS HADI dan PAS NIK AZIZ.


Pas Nik Aziz disukai semua kaum dan semua kelompok Masyarakat samada lawan dan kawan.


Pas Hadi sebaliknya.


Orang Pas banyak tak tahu peristiwa ini, banyak jadi Pak Turut sahaja.


Jika mereka tahu hal sebenarnya, PAS akan pecah hancur.


Kita nanti tengok adakah Nik Abduh akan kena tulah dari kata kata arwah Ayahandanya?


Jika beliau Insaf, elok Nik Abduh mengaku kesalahannya dan dedahkan apa perkara yang berlaku sebenarnya.


Dedahkan Watikah dari Hadi lantik Ahmad Yaakob sabotaj arwah Tok Guru Nik Aziz.


Kita semua tahu Nik Abduh team up dengan Khairuddin Takiri, Nik Zawawi, Tontowi dan berberapa lagi.


Al Fatihah untuk arwah TG Nik Aziz.



Anwar Ibrahim: Ucapan Majlis Makan Malam Chemor, Perak

GEMPAR TERKINI🔥 RAFIZI KONGSIKAN DATA TERKINI YANG MENGEJUTKAN UMNO ?

UNDILAH PH DEMI KESTABILAN




Ulasan yang ana petik dari pengguna FB M Hafizul Hilmi :

Untuk yang terfikir nak mengundi PN

Dua gambar di bawah ini saya buat masa politik negara menghadapi dead-lock, Muhyiddin.pdf dijatuhkan oleh Umno dan tiada siapa yang dapat majoriti untuk jadi PM. Tujuannya adalah untuk menggambarkan senario kemungkinan yang ada untuk negara keluar dari kemelut politik.




Senario 1 masa tu secara teknikalnya sudah berlaku tapi kemudiannya Zahid dan Najib buat u-turn dalam masa tambahan, difahamkan kerana 'tuntutan politik' tidak dipenuhi.

Senario 2 pula jangkaan yang betul-betul terjadi bila Bersatu sanggup jilat balik ludahnya dan sokong Umno jadi PM.



Sejarah telah membuktikan jika berlaku dead-lock politik dan kerajaan pusat tak dapat dibentuk:

1. Pas akan cari semula Umno dan sanggup duduk dengan perasuah dan penyakau. Macam-macam dalil akan keluar.

2. PN - Muhyiddin, geng Azmin, Bersatu, dan Pas sanggup kembali berdakap dengan Umno demi mendapat kuasa dan laba politik.

Jika kita ambil senario PRU-14, bolehlah dikatakan bahawa parti-parti utama di Malaysia ini sudah ada fixed deposit kawasan Parlimen yang tersendiri. Katakan PH boleh push sampai 90 kerusi (data terkini Invoke 100 kerusi), PN kalau ambil tapak pengundi Pas katakan dapat 30 kerusi, BN dapat 50 kerusi, dan selebihnya lain-lain termasuk parti Sabah dan Sarawak.




Maksudnya, trend 3 penjuru tak akan lari jauh dan tidak ada satu parti yang boleh dapat majoriti mudah (kecuali ada 'tipping point' pada saat akhir).

Kenapa mustahil untuk BN dan PN bergabung dengan PH?

1. Umno tengah bergelumang dengan kes-kes rasuah dan jenayah. Dulu 15 MP Umno tarik sokongan kepada Muhyiddin sebab kes Najib, kali ini Umno desak bubar Parlimen sebab kes Zahid. Buktinya sudah terzahir bila Zahid cantas semua orang kuat Ismail Sabri dalam senarai calon dan akujanji calon Umno tersebar (dinafikan oleh Umno): Kena beri mandat kepada Zahid untuk jadi PM. PH tak mungkin pukul biawak hidup.

2. Pergolakan dua kem dalam Umno antara Presiden Zahid dan PM Ismail Sabri. Yang paling parah nanti ialah semasa pemilihan Umno lepas PRU sebab semua orang Umno tengah panas dengan Zahid. Parti tak stabil akan beri kesan kepada kestabilan kerajaan. PH tak mungkin pikul biawak hidup.





3. PN pula adalah tong separuh masak tempat pengkhianat PH mencari pelampung. Muhyiddin kemungkinan besar akan kalah di kerusi Pagoh (dan akan bersara lepas PRU), Peja pun tenggelam di Tambun, Azmin dan pengkhianat PKR/PH cuma mengharapkan ihsan penyokong Pas. Mati hidup balik PH tak akan bagi muka kepada PN.

4. Pas sudah bakar jambatan dengan PH.



Selain itu, pindaan Perlembagaan (Perkara 49A) iaitu undang-undang larangan MP lompat parti sudah digazet. Status MP akan gugur kalau keluar parti dan jadi bebas, atau MP Bebas join mana-mana parti. Kerajaan hanya boleh dibentuk secara gabungan blok. Walaupun ada kebarangkalian untuk blok-blok parti re-shuffle (macam Bersatu keluar PH), tapi sekurang-kurangnya katak-katak politik ini tak boleh dibeli sekor-sekor, kena beli satu reban terus. Undang-undang baru ini menguatkan lagi hujah yang PH tidak mungkin bergabung dengan BN/Umno atau PN/Pas.

Kemungkinan paling besar untuk terjadi jika merujuk kepada pasca Langkah Sheraton, adalah Bersatu, Pas, dan Umno terpaksa telan balik ludah masing-masing dan bergabung untuk bentuk kerajaan. Kita akan kembali kepada status quo Langkah Sheraton dan BN-PN akan berpegang kepada core interest yang sama iaitu takut PH berkuasa, Anwar jadi PM, dan kes sumbang, rasuah, dan jenayah dalam poket masing-masing terburai.





Belum sempat PRU lagi semua ini telah terbukti. Sehari sebelum penamaan calon, BN PN dan Pas saling kutip-mengutip calon-calon yang dibuang parti sendiri. Ini adalah hakikat bahawa BN PN Umno Bersatu dan Pas ini semuanya duduk dalam tong yang sama.

Jika ini berlaku, negara sekali lagi akan buang masa selama 5 tahun untuk melayan karenah BN PN ini, seperti yang terjadi lepas Langkah Sheraton sampai tukar 2 orang PM dalam masa 30 bulan.

Rakyat Malaysia wajib ambil pengajaran:

1. Sampai mampos kerajaan tak akan stabil sebab masing-masing ada tuntutan politik. Nak buang kes, nak jawatan menteri, nak sakau projek, nak berebut jawatan PM. Akan ada ugutan nak tarik sokongan PM kalau tak penuhi tuntutan masing-masing.

2. Semasa nak membentuk kerajaan, semua parti akan jadi pak sanggup asalkan dapat kuasa dahulu, kemudian tuntutan parti masing-masing akan menjahanamkan negara untuk jangka masa panjang.

3. PM dan menteri-menteri akan buat kepala sendiri, duduk dalam satu kabinet tapi hala tuju nak bangunkan negara tak sama sebab takut parti lain dapat markah lebih. Tak akan ada tanggungjawab bersama (collective responsibility) untuk bawa dasar yang terbaik kepada rakyat.

4. Masing-masing akan cover kes jenayah sebab kalau 2-3 MP dihukum bersalah dan masuk penjara, runtuh lah kerajaan sendiri.

5. Kabinet akan jadi terlalu besar, timbalan menteri sampai 2-3 jawatan, duta itu duta ini yang takde guna seduit. 70 orang menteri akan makan gaji buta semata-mata untuk kekalkan sokongan kepada PM, sebijik macam kabinet Muhyiddin dan Ismail Sabri. Ini kita panggil kabinet kembung perut.

6. Kalau kerajaan tak stabil dan tak kuat, masalah rakyat tak akan selesai. Nak ubah sistem pendidikan tak lepas, nak imbangi kuasa kapitalis yang manipulasi pasaran tak mampu, nak lawan rasuah jauh sekali.

7. Pas masuk kaki dalam kerajaan pun RUU355 entah ke mana. Cabutan judi makin banyak, kilang arak tak tutup, ajaran sesat menjadi-jadi, konsert liar tumbuh macam cendawan, LGBT makin subur. Takde beza pun. Umno masuk kaki dalam kerajaan pun terkial-kial nak buang kes Najib dan Zahid. Bersatu pulak cuma fikir survival parti sahaja. Semuanya buang masa kita semua.

8. Dapat menteri tak guna, takde rasa tanggungjawab nak urus masalah stok makanan, ayam, daging, telur, apatah lagi semua negara luar dunia sibuk dengan isu food security. Sebab buat kerja letih-letih pun akhirnya parti PM yang dapat nama. Baik buat kerja ala kadar, datang meeting, potong reben, rasmi majlis, baca skrip dalam Parlimen, ambik elaun, cukup bulan dapat gaji.

Sebab itulah jangan bazirkan undi awak semua kepada PN. Saya sendiri dah tak sanggup nak bazirkan lagi 5 tahun dan mengharapkan masa depan generasi anak-anak jadi lebih baik.

Tulisan panjang-panjang ni memang tak sesuai jadi propaganda PRU. Semua orang nak suruh lukis (dah lukis kat bawah, siap ada gambar bukti).

Saya cuma nak mengajak kawan-kawan berfikir, 5 tahun adalah satu tempoh yang panjang untuk kita sekali lagi buang masa dengan politik kucar-kacir macam Langkah Sheraton. Kalau tak nak kesian kepada diri sendiri, kasihanilah generasi anak cucu yang baru nak mula bina kehidupan dalam negara Malaysia ini.

 

Survey IDE 2423 Responden sahaja?






Survey IDE 2423 Responden sahaja?

Masalah dengan sesetengah orang, mereka malas membaca lepas tu buat kesimpulan sendiri. Lagi best dengan yakin masuk wall orang terus terjah dan condemn kerja orang lain. Ini yang di panggil dunning Kruger effect.

Sampling IDE 2423 responden lagi besar dari Ilham Centre 1,622 responden dan O2 Research Malaysia 1,105 responden. Dia ingat kalau ada 21 juta pengundi baru, kena buat kena buat 210,000 responden kut. USA yang ada 168 juta pengundi untuk pilihanraya Presiden 2022, survey mereka pun dalam 1,540 responden sahaja. Benda ini normal, yang penting segmen dan demographi pengundi itu kena ikut pecahan kaum, umur, jantina dan pekerjaan.

Invoke tak tepat? Ini mesti jenis tak tahu atau berlakon serba tahu. 2018 Invoke kata PH akan dapat dalam lingkungan 111 kerusi dan ini tepat. Sudah tentu setiap survey ada margin of error dia, tak semua survey tepat, ini yang di panggil error rate.

Nak kata IDE bias pun tak juga. Semua survey boleh jadi bias, depend on how the survey being conducted. Kadang-kadang sampling pun boleh bias. Sebab tu banyak faktor kena check macam error rate, accuracy, precision, f1 score, recall di bandingkan dengan survey-survey sendiri yang lepas.

Survey ini macam reconnaissance dalam perang, nak tengok kekuatan dan kelemahan di mana, bukan bermakan kalau dah survey 100% akan berlaku jadi tak payah mengundi.

MMMS

Certified Data Scientist / MSc Data Science.

 

PERMATANG PAUH


 

MAT SABU JELASKAN KENAPA BELIAU NAIK ANGIN


 

REPORT POLIS- LEPAS PILIHANRAYA SAMAN MENYUSUL.


 

MUFTI BOSNIA SERU SOKONG ANWAR


 

KENAIKAN KADAR FAEDAH US

 



NIK HASYUDEEN


Rizab Persekutuan Amerika menaikkan kadar faedah di sana sebanyak 0.75% lagi. Di dalam soal jawab selepas membuat kenyataanya, Pengerusi Rizab Amerika, Jerome Powell menjelaskan ada 3 perkara penting yang diambilkira di dalam menaikkan kadar faedah bagi menurunkan inflasi kepada 2% seperti yang disasarkan:

1. Berapa cepat kenaikan faedah perlu dibuat bagi menurunkan inflasi?;

2. Berapa tinggi kadar faedah yang diperlukan? Dia ada memberi gambaran bahawa kadar 4.5% seperti yang dijangka pada bulan September lalu mungkin tidak cukup tinggi;

3. Berapa lama kadar faedah perlu berada di tahap yang tinggi?

Kenaikan kadar faedah ini akan menjadikan nilai Dollar Amerika semakin teguh dan akan memberi kesan ke atas kadar tukaran asing dengan negara lain. Ini adalah kerana dengan kenaikan faedah, pelabur di seluruh dunia akan membeli Dollar untuk melabur di dalam pasaran kewangan di sana.

Saya menjangkakan bank-bank pusat lain di seluruh dunia akan menaikkan kadar pinjaman di negara masing-masing bagi mengurangkan jurang kadar faedah dengan Dollar. Ini akan membantu menstabilkan kadar tukaran asing mereka dan membendung inflasi dari diimpot ke negara masing-masing disebabkan kadar tukaran asing yang rendah.

Satu perkara penting yang akan memberikan kesan ke atas kita ialah sejauh mana kita sanggup menaikkan kadar faedah di sini? Jerome Powell dengan tegas menyatakan mereka akan jalan terus sehingga sasaran mereka tercapai bagi menurunkan kadar inflasi di Amerika. Mereka tidak akan memperdulikan kesan ke atas negara lain. Jadi, ini akan menjadi delima kepada bank pusat seperti di Malaysia.

Minggu hadapan rakyat Amerika akan mengundi di dalam pilihanraya separuh penggal. Ini tidak memberi kesan kepada Rizab Persekutuan Amerika di dalam membuat keputusan. Inilah pentingnya satu institusi yang bebas, buat keputusan di atas data dan fakta, walaupun tidak mempopularkan kerajaan.

Inilah sebabkan integriti dan kebebasan institusi rakyat seperti ini penting. Mereka buat apa yang mereka kena buat, bukan mendengar kehendak orang-orang politik yang suka menolak masalah untuk diselesaikan oleh anak cucu kita di masa hadapan, bukannya mengambil tanggungjawab di ketika ini dan hari ini. Inilah juga sebabnya saya tidak boleh menjadi ahli politik kerana saya yakin keputusan yang tepat tidak semestinya popular. Saya tidak peduli samada saya popular atau tidak. Saya lebih takut hari hisab di hadapan Allah kelak.

 

GAMBAR GAMBAR MAJLIS MAKAN MALAM DI CEMOR SEMALAM

 








Majlis Makan Malam DAP Chemor, Tambun

Menghadiri majlis makan malam anjuran DAP Chemor tadi.

Saya kagum dengan semangat teman-teman kita dalam merealisasikan impian sebuah Malaysia yang aman dan berukun. Negara ini mesti terus maju dan progresif membina persefahaman yang mempererat perpaduan.

Negara ini tidak boleh diganggugugat oleh naratif perkauman sempit tetapi kita mesti melihat antara satu dengan yang lain dengan sifat rahmah dan terbuka.

Itu erti sebenar sebuah Malaysia yang lebih baik!

#Harapan #MalaysiaBangkit #KitaBoleh

 

TELAH LAMA DIKETEPIKAN , NAMUN PENANG BERTAHAN DENGAN KEMAJUAN EKONOMI YANG ADA



P Pinang akan terus diketepi, jika BN atau PN memerintah, kata pemimpin DAP




Zairil Khir Johari berkata, Pulau Pinang memerlukan kerajaan persekutuan yang akan membantu dalam pembangunan negeri, bukan menyusahkan mereka.

GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan terus diketepikan kerajaan persekutuan, jika Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan, kata Naib Pengerusi DAP negeri, Zairil Khir Johari.

Beliau berkata, ini jelas selepas PN mengambil alih Putrajaya pada 2020, diikuti BN setahun kemudian, kerana dana persekutuan hanya disalurkan ke negeri itu apabila mereka berkuasa.

Sejak 2020, katanya, hanya ada sebuah projek tebatan banjir yang diluluskan di Pulau Pinang, dan itu juga untuk kawasan PN.

Kemudian, didedahkan kawasan itu ialah Seberang Jaya, yang kini disandang Dr Afif Bahardin, yang melompat daripada PKR ke Bersatu pada 2020.

Zairil berkata, semasa PH memerintah, projek utama tebatan banjir dan projek lain bernilai lebih RM240 juta diluluskan. Projek itu tidak diumumkan sebelum PH mengambil alih.

Beliau berkata, ini dilakukan semasa Lim Guan Eng menjadi menteri kewangan, tetapi usahanya untuk memperluaskan lapangan terbang Pulau Pinang dan membina sistem kereta kabel ke Bukit Bendera dibatalkan Putrajaya.

“Kita memerlukan kerajaan persekutuan yang akan membantu dalam pembangunan Pulau Pinang, bukan menyusahkan kita.”

Katanya, kerajaan persekutuan PN-BN juga menggagalkan cubaan negeri membina sistem LRT sendiri, dengan menolak jaminan bon sukuk dan pinjaman daripada Bank Pembangunan Asia.

Beliau berkata, Pulau Pinang hanya menerima sekurang-kurangnya 1.7% pembiayaan per kapita dalam Rancangan Malaysia Ke-12, walaupun merupakan antara penyumbang cukai utama.



TIADA SISTEM 2 PARTI

 

Selesai sudah penamaan calon hari ini. Tak tercapai cita-cita DS Anwar untuk melihat sistem dua parti kerana adanya pihak tak sedar diri seperti PN, GTA dan Warisan yang hanya kacau daun.

Selain dari entiti tamak haloba yang disebutkan, ada juga beberapa individu yang masuk sebagai calon bebas. Persoalannya, sejauh manakah calon bebas menguntungkan pengundi.

Ada antara calon bebas itu adalah tokoh yang telah dikenali umum dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang mereka lakukan. Adakah itu boleh menjadi penanda aras untuk memilih mereka?

Untuk Parlimen, rakyat perlukan lebih daripada itu. Setakat banyak membantu rakyat, tanpa sikit pun menafikan kebaikan mereka, itu belum melayakkan mereka untuk menjadi suara rakyat di parlimen.

Ahli parlimen lebih daripada cerita tampal lubang di jalan. Atau bantu gelandangan. Parlimen adalah tempat di mana dasar dan polisi negara digubal. Ia berkenaan undang-undang dan perlembagaan.

Kita perlukan ahli parlimen yang berpendidikan dan berpengetahuan. Yang faham akan isu global dan lokal. Dan yang paling penting, ahli parlimen tak boleh bergerak sendiri. Ahli parlimen perlu berparti.

Mengundi calon bebas tak menguntungkan rakyat. Setakat mana calon bebas mampu melahirkan dasar dan polisi untuk rakyat? Setakat boleh undi untuk sokong atau tolak sesuatu usul sajalah.

Kalau untuk DUN, aku rasa okay. Memang tugas Adun lebih banyak membantu rakyat secara terus. Tapi untuk parlimen, ceritanya tidak sebegitu. Oleh itu rakyat harus faham, memenangkan calon bebas tidak sesihat yang dijangkakan.

Bukan menafikan kebaikan yang pernah mereka ini taburkan. Tapi untuk parlimen, kita perlukan calon berparti supaya aspirasi rakyat dapat diterjemah dalam bentuk dasar dan polisi. Guane boh?

Raja Gelap

 

HATI HATI DENGAN COVID

 

“Pakailah mask, elak berkumpul ramai-ramai… Covid varian baru Omicron XBB sedang melanda”, umum Khairy dengan wajah penuh kerisauan…..






MASA NAK SURUH BUBAR TAK MENYEMPAT. BILA DAH BUBAR......

 

Masa desak PRU hari tu yakin sangat boleh menang besar. Sampai tak endah amaran MyMet banjir akan berlaku. Siap kata pembangkang macam bomoh boleh ramal banjir. Punyalah bongkak.

Sekarang nada dah berubah. Sedia kerjasama pulak dah. Kalau dah sedia nak kerjasama, buat apa yang kelam kabut sangat nak buat PRU sampai pertaruh nyawa rakyat? Pemimpin apa begini tak pandai fikir.

Tapi kalau betul UMNO/BN akan bentuk kerjasama, aku yakin yang bakal mereka pilih adalah PN dan GTA. Tak mungkin PH. Sebab Zahid tahu PH takkan berkompromi dengan para perasuah.

Tapi yang lebih logik nanti, UMNO akan tarik PAS keluar daripada PN. Mungkin masa tu Muafakat Nasional akan bernyawa semula. PAS ni mudah. Tawarkan jawatan je, setujulah dia.

Sebab itu rakyat cuma ada PH sebagai pilihan. Sokonglah PN ke, atau GTA, waima Warisan sekali pun, BN akan kembali berkuasa. Mahukan total reform, berikan PH kemenangan besar. Guane boh?

Raja Gelap