ELOKS....
Dulu Felda adalah penyumbang kedua terbesar hasil kepada negara selepas Petronas, sekarang apa dah jadi dengan Felda???
KEH KEH KEH...DIA INGAT KERAJAAN KEDAH HARAM KAN JUDI ...CEHHH...APA PUNYA WALAUN
Yang haramkan Judi tu Allah, bukan Kerajaan Kedah.
Allah kata Judi Haram bagi orang Islam, tapi kerajaan Kedah nak haramkan juga kpd orang kafir, tapi Perlembagaan kata tak boleh.
KETUA AMK KENA KERJA KERAS....DULU...ZAMAN AWAL..EZAM BERJAYA. TAPI DULU LA....SAYANG BELIAU PUN TAK KERUAN KINI.
AWAT jadi macam tu?
Dulu cakap lain, hari ni cakap lain
Dulu memuji, hari ni mengeji
Dulu manis, hari ni tawar hebeh
Dulu gagah, hari ni lembek
Hentam saja Labuuu ...
SANUSI TANYA APA KERAJAAN NI CAPAI. DEPA JAWAB KEPALA BAPAK HANG...HANG PULAK BUAT APA ?? DIA NI SINTAQ PUNYA KAKI.
*Pencapaian kerajaan MADANI catat rekod TERTINGGI, TERBANYAK dan PERTAMA KALI dalam SEJARAH NEGARA*
1.Rizab negara hampir mencapai tertinggi dalam sejarah.
2.Ekspo buku Msia mencapai pengunjung tertinggi tanda ramai sudah minat hobi membaca.
3.Tiktok owner nak pam 10b di Msia.
4.UM mencapai rank tertinggi tempat ke 60 dunia.
5.Harga getah naik ke 4-5rm dari 2rm zaman PN.
6.Apple Store pertama dibuka di Msia.
7.Rapid Rail lakar sejarah capai 1 juta pengguna dalam sehari.
8.Msia rank ke 14 negara paling ramai dilawati didunia.
9.Msia tempat ke 7 destinasi makanan terbaik dunia.
10.Google labur 10b di Msia.
11.PM pertama yg berani buat subsidi bersasar.
12.Msia negara paling disayangi di Asia.
13.Bursa Saham Malaysia FBM KLCI Tertinggi dalam 52 minggu terakhir.
14.Bursa Mid 70 tertinggi dalam sejarah Malaysia.
15.Ekonomi Malaysia berkembang melebihi jangkaan di Suku pertama 2024. Iaitu 4.2% berbanding 3.9% dijangka sebelum ini.
16.Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 7.1% kepada RM 690.6 Bilion.
17.Pasaran Automotif Malaysia menewaskan Pasaran Automotif Thailand untuk menjadi pasaran kedua kenderaan terbesar di ASEAN.
18.Hari ini dalam sejarah Malaysia Qatar telah membuka universiti Malaysia di Qatar UKM Qatar.
19.Pasaran harta tanah negara pada suku pertama tahun ini merekodkan pertumbuhan positif, dengan lebih 100,000 transaksi bernilai RM56.53 bilion, iaitu lonjakan nilai transaksi 34.3 peratus.
20.Prestasi kukuh saham tempatan selama empat hari berturut-turut, menyaksikan permodalan pasaran mencecah lebih RM2 trilion, buat pertama kali dalam sejarah.
21.Bursa Malaysia's market capitalisation hit RM2 trillion for first time ever, KLCI at two-year high 7 May- The Edge.
22.Indeks Kebebasan Media terbaik dlm 68 tahun tmpt ke 79 pads 2023 dan 107 pads. 2024(turun sikit sebab memerangi 3R).
23.Microsoft umum pelaburan IT tertinggi dlm sejarah 32 thn di Msia 10b.
24.Kenaikan gaji penjawat awam 13% utk yg gred tinggi dan 40% utk yg gred rendah tertinggi dlm sejarah.
25.Satu2nya PM dalam sejarah tak ambil gaji dan segala elaun dr GLC dll.
26.Pusat kewangan,pelaburan Labuan catat pertumbuhan luar biasa,#BHBisnes Menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia, melepasi paras RM1 bilion buat pertama kali dalam sejarah..
27. *Malaysia Airlines akhirnya catat keuntungan RM1.146 billion setelah 14 tahun catat kerugian.*
28.Pembelian Ekuiti di BSKl tertinggi sejak 2018..
29.KWSP capai PENDAPATAN TERTINGGI dalam sejarah 57.81b.
30.Harga minyak mentah kelapa sawit tertinggi dalam sejarah 12 tahun.
31.PMX lah PM pertama dalam sejarah yg mengota janji Perjanjian MA63 yg tertangguh puluhan tahun..
32.Kerajaan pertama dalam sejarah yg ada 2 TPM.
33.Tertinggi didunia dalam sejarah negara dalam Global Islamic Fintech.
34.FDI pelaburan masuk tertinggi dlm sejarah.
35.Petronas untung tertinggi dalam sejarah.
36.BSKL tertinggi dalam 20 bulan.
37.Proton sales tertinggi dalam sejarah.
38.Perodua sales tertinggi dalam sejarah.
39.Inflasi rendah 1.5 lebih rendah dr negara maju.
40.Westport (pelabuhan barat)untung tertinggi dalam sejarah.
41.LHDN capai kutipan tertinggi dalam sejarah.
42.Bonus penjawat awam tertinggi RM2000.
43.Deviden tertinggi dalam sejarah 10-14%(1992-1998) dan tahun ini juga tinggi dari kerajaan lepas..
44.Kemasukan Pelancong tertinggi di Asean.
45.Jualan semua kenderaan tertinggi dalam sejarah.
46.Msia jd tempat persaraan ke 8 terbaik dunia dari tempat ke 15 pada 2022.
47.Index demokrasi terbaik di Asean.
48.JPJ kutip 5b tertinggi dalam sejarah.
49.Port Klang catat kendalian kontena tertinggi dalam sejarah.
50.EPF catat kenaikan keuntungan lebihan 33% dr zaman PN.
51.Syarikat2 swasta spt LBS Maybank dll catat keuntungan tertinggi dalam sejarah.
52.Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$115.4 billion berbanding US$114.8 billion pada 31 Jan, 2024.
53.Zaman PMX la solat subuh sampai beribu2 orang teramai dalam sejarah.
54.Satu2nya PM yg balun betul2 depan muka Presiden US pertama kali dalam sejarah dalam isu Palestin(kaki jerit lain hanya berani berkokok dr jauh shj).
55.Pertama kali dalam sejarah driver bas,bas sekolah,teksii dll ada Perkeso yg ditanggung kerajaan..
56.Index Kebebasan Media melonjak dari tmpt ke 130 ke 109 pencapaian terbaik dalam sejarah.
57.KL duduki tempat ke 6 didunia mengatasi New York bandaraya paling popular pertama kali dalam sejarah..
58.Index Anti Rasuah meningkat dari tempat 63 ke 57.
59. Msia satu2nya negara didunia yg berjaya benteras miskin tegar di Ibu Negara.
Credit to pkrcabangmaran.
#pmxbest
#KerajaanMadani
Apa berlaku jika kapal Malaysia tembak kapal coast guard atau kapal Navy China di Zee ?
Hasil persoalan orang ramai, kenapa dan mengapa kapal-kapal coast guard dan Navy China bebas ber-navigasi di perairan Malaysia di Serawak ? kenapa tidak tembak sahaja ?
Sebenarnya Ikut undang-undang kapal-kapal China memang boleh belayar disitu (ZEE), ia bukan perairan milik negara tetapi perairan ZEE sahaja.
Kalau kapal Malaysia - sama ada TLDM atau APMM - yang tembak dulu kapal China Coast Guard (CCG) atau Navy China (PLAN) di dalam ZEE Sarawak, itu akan jadi kes paling besar dalam sejarah Malaysia moden. Walaupun dalam ZEE kita, undang-undang tetap tidak benarkan kita tembak sesuka hati.
Ini apa yang akan berlaku ikut turutan 👉
1. Dari segi undang-undang, Malaysia yang akan salah dulu. Dalam ZEE, prinsipnya Freedom of Navigation. Kapal China Coast Guard atau Navy ada hak untuk belayar di situ selagi dia tidak guna senjata atau curi hasil laut kita.
UNCLOS hanya benarkan penggunaan kekerasan jika :
- Kapal asing itu buat serangan bersenjata terhadap kita dulu (self-defense)
- Kapal asing itu engkar selepas amaran bertubi-tubi dan cuba merempuh kapal kita, masuk ke Perairan Wilayah 12 batu nautika dan enggan keluar.
Kalau kita tembak kerana dia "ada di ZEE saja" atau kerana geram, Malaysia akan dianggap sebagai pihak yang memulakan konflik bersenjata (aggressor). China pasti akan bawa kes ini ke Majlis Keselamatan PBB. Atau logiknya mereka akan balas juga, dan tahap agresif mereka akan meningkat.
2. Tindak balas ketenteraan China - sangat cepat. China Coast Guard itu bukan polis biasa. Kapal mereka ada meriam 76mm dan saiz sampai 12,000 tan - digelar "The Monster". Di belakang mereka, biasanya ada kapal Navy China (PLAN) yang sedang standby di Gugusan Spratly, jarak cuma beberapa jam dari Beting Patinggi Ali.
Kalau satu kapal CCG kena tembak : Dalam beberapa jam, 2-3 kapal perang PLAN dan pesawat pejuang dari pangkalan mereka di Fiery Cross Reef akan datang. TLDM kita akan jadi outnumbered serta-merta. TLDM ada kekuatan tapi tidak direka untuk perang satu lawan satu dengan China di Laut China Selatan. Kapal-kapal baru kita pun belum siap dan belum lengkap.
Risiko paling buruk : pertempuran laut kecil jadi perang terbuka.
3. Tindak balas ekonomi dan diplomatik - ini yang paling sakit untuk Malaysia. China adalah rakan dagang No.1 Malaysia.
Apa yang pernah jadi pada negara lain bila tembak / tahan kapal China ?
Filipina (2012 Scarborough Shoal) : Lepas konfrontasi, China sekat import pisang dan nenas Filipina, pelancong China boikot, beratus kontena sangkut di pelabuhan China.
Ekonomi : Projek ECRL, pelaburan kilang di Gebeng, Kuantan, dan pasaran sawit Malaysia - semua boleh dibekukan.
Diplomatik : China akan panggil Duta Malaysia di Beijing, dan Duta China di KL akan serah nota bantahan keras. Hubungan ASEAN-China juga akan retak, dan Malaysia akan nampak sebagai negara yang tidak stabil.
Sebab itu Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan sentiasa guna ayat "kita akan perkukuh rondaan" dan "bantahan diplomatik" - bukan "kita akan tembak".
4. Apa SOP sebenar Malaysia kalau diserang ?
Malaysia tak akan tembak dulu. SOP TLDM/APMM adalah : Amaran Radio -> Bayangi (Shadowing) -> Halang laluan (Blocking maneuver) tanpa sentuhan -> Rakam bukti video -> Hantar laporan ke Wisma Putra untuk Nota Bantahan.
Senjata hanya boleh guna untuk mempertahankan diri - contohnya kapal CCG cuba rempuh kapal kita dengan sengaja, atau dia hala meriam ke arah kita. Itupun tembakan amaran ke udara / ke air dulu, bukan terus ke badan kapal.
Pendek kata : Di dalam ZEE, hak kita adalah hak ekonomi, bukan hak untuk tembak sesiapa yang lalu. Kalau kita tembak dulu, kita hilang moral high ground di mata dunia, dan kita yang akan kena saman di mahkamah antarabangsa, bukan China.
Sebab itulah strategi Malaysia sampai sekarang ialah "Presence is power" - kita mesti sentiasa ada kapal di Beting Patinggi Ali, bina pangkalan di Bintulu, dan biarkan diplomasi yang bercakap, bukan peluru.
Bila kita sentiasa ada, kita akan kekal disitu ✅
Begitulah yer 😁
Rujukan laman-laman platform Kementerian Pertahanan dan .gov,
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG
H INDO PLANTATIONS: SEJAK BILA DANA JEMAAH HAJI DIURUS MACAM KEDAI RUNCIT?
1. ANAK CINA LSS kini sedang rancak menjaja naratif dan putar belit kononnya Tabung Haji (TH) langsung tidak rugi walau satu sen pun dalam skandal TH Indo Plantations, sebaliknya beliau cuba meyakinkan kita bahawa TH "untung besar".
2. Hebat sungguh permainan silap mata ANAK CINA LSS. Beliau cuba membodohkan pembaca dengan logik kewangan tahap "kedai runcit" semata-mata untuk menutup kecacatan tadbir urus dan pelanggaran piawaian operasi standard (SOP) berskala bilion ringgit yang telah didedahkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Dalam mana-mana standard pengurusan yang ketat, pelanggaran kawalan tatakelola (governance) sebegini adalah satu kecacatan kritikal (non-conformance), bukan perkara yang boleh disapu di bawah karpet.
3. Mitos ANAK CINA LSS: "Diskaun AS$100 juta bukan rugi sebab jualan keseluruhan masih untung."
Fakta RCI: ANAK CINA LSS sengaja menyembunyikan penipuan penyata kewangan TH pada waktu itu. Aset telah dinilai terlampau tinggi di atas kertas menggunakan kaedah Realizable Asset Value (RAV) semata-mata untuk mewujudkan 'ilusi keuntungan' bagi menghalalkan pengagihan hibah. Apabila urus niaga sebenar berjalan dan harga terpaksa dipotong sebanyak AS$100 juta (lebih RM400 juta), TH terpaksa menelan kerugian rosot nilai (impairment loss) ke atas buku mereka. Buku kewangan yang dicanang untung, rupa-rupanya merekodkan defisit. Ini bukan strategi perniagaan yang sah, ini dipanggil creative accounting.
4. Mitos ANAK CINA LSS: "TH bayar RM540 juta kepada bank, bukan masuk akaun pembeli. Jadi tiada masalah."
Fakta RCI: Wah, sejak bila institusi pelaburan suci umat Islam ini berubah fungsi menjadi pelepas hutang (bailout) kepada taikun luar negara? Hakikatnya, pegangan saham telah diserahkan sebelum bayaran penuh diterima daripada pihak pembeli. Apabila pembeli gagal menjelaskan obligasi mereka, TH dengan semberono terpaksa mendahulukan RM540 juta wang pendeposit untuk menebus hutang tersebut. Apabila penjual terpaksa membiayai pembelinya sendiri, ia adalah tahap pendedahan risiko (risk exposure) yang amat melampau. Kalau pembeli lari dan muflis, adakah LSS mahu menggantikan dana pencarum TH yang lebur?
5. Mitos ANAK CINA LSS: "Pendahuluan RM540 juta dipulangkan semula pada 2025, malah siap dapat untung forex RM192.3 juta. Jadi TH untung."
Fakta RCI: Ini adalah hujah paling bodoh untuk menipu mereka yang buta metrik kewangan. ANAK CINA LSS dengan licik cuba memadamkan realiti Time Value of Money (Nilai Masa Wang). Dana tunai mega RM540 juta milik jemaah haji telah TERKUNCI dan lumpuh dari sebarang kitaran pelaburan selama sedekad.
Jika dana ini diuruskan dengan betul, dicairkan lebih awal, dan disuntik ke dalam instrumen berisiko rendah yang patuh syariah (dengan unjuran purata 5% setahun selama 10 tahun), TH sepatutnya telah menjana pulangan kompaun beratus juta ringgit secara stabil dan selamat. Sebaliknya, duit itu tersangkut. "Untung RM192.3 juta" yang dibanggakan itu bukanlah hasil kehebatan strategi, ia semata-mata nasib kebetulan (windfall) akibat penyusutan nilai mata wang Ringgit.
6. Laporan RCI bukan sembang kedai kopi. Penemuan ini merangkumi siasatan forensik yang mengesahkan bahawa pengurusan TH sebelum 2018 sarat dengan kelemahan pengurusan risiko, sehingga empat orang pegawai berdepan dengan pertuduhan tatatertib akibat salah urus transaksi ini.
Amat menyedihkan apabila wujud segelintir orang Melayu-Islam kita yang begitu taksub dan mudah menelan naratif songsang daripada seorang individu luar yang langsung tiada kepentingan untuk memelihara duit jemaah haji, berbanding menyokong usaha dan dapatan pakar audit kita sendiri yang sedang bertungkus-lumus membersihkan kerosakan institusi ini.
Jangan biarkan akal kita terus diperbodohkan oleh propaganda.
Fikir-fikirkanlah.
Ridhuan Esa
Exco Pemuda Amanah Nasional
17 Ogos 2026
Padu ayat Azri Walter ni...
Padu ayat Azri Walter ni...
KEKAL KERAJAAN YANG ADA DEMI KESTABILAN
Ketegangan politik yang melanda tanah air ketika ini, terutamanya yang melibatkan PAS, Bersatu dan UMNO, didapati semakin menggugat kestabilan politik negara. Konflik dalaman, perbezaan matlamat serta perebutan kuasa antara parti-parti terbabit bukan sekadar mencetuskan ketidakpastian, malah memahirkan perasaan penat dalam kalangan rakyat yang mengharapkan kestabilan dan tumpuan terhadap kemajuan negara.
JANJI JALANG
Sebenarnya pemimpin Pas adalah golongan yang cetek pemahaman terhadap perlembagaan negara, atau mungkin mereka tak percaya kepada perlembagaan maka disangka perlembagaan itu boleh dilompat sesuka hati atas alasan nak laksanakan Islam.
FELDA: FORENSIK DAN PEMULIHAN MELALUI HALA TUJU BARU








