(LIVE) Dr Mujahid: Jet Mewah, Iklan Judi, Kakitangan Awam Wakaf Gaji & T...

Kemana Ahli UMNO Pergi Jika UMNO Diharamkan? BERSATU Bukan Parti

Kongsi Gelap | Polis dalam proses sita harta

KELAPA SAWIT | Belgium Larang Penggunaan Minyak Sawit Bermula Tahun Had...SEMBANG LEBAI...MANA NEGERA LAGI SELAIN AFGANISTAN,,,>

MASIH ADA MAJIKAN HIDUP DI ZAMAN BATU TAHUN 2021



KERAJAAN MELAYU ISLE DIAM BISU.....WALAIN DAN MACAI....

Sementara itu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci agar pesalah terbabit didakwa atas tuduhan menyerang, memukul dan kesalahan undang-undang yang lain. "Selaras dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa 'setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya', Suhakam ingin menjelaskan akan kepentingan untuk menghormati kebebasan setiap orang untuk menjalankan tuntutan atau kepercayaan melalui anutan, amalan serta ajaran agama mereka dan tiada sesiapa yang boleh dipukul, dihina atau diaibkan kerana melaksanakannya," tegas kenyataan itu.






TMJ mahu jumpa pengurusan sekolah asing sukan ikut kaum esok

 

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menemui pengurusan SMK Dato’ Bentara Luar esok. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menemui pengurusan sebuah sekolah di Batu Pahat, selepas ia memohon maaf kerana melaksanakan dasar pengasingan kaum untuk aktiviti kokurikulum pelajarnya.

Tunku Ismail membayangkan isu itu selesai susulan permohonan maaf oleh pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar semalam.

“#selesai, jumpa esok,” tulis TMJ sambil menyertakan kenyataan mohon maaf sekolah itu.

Kontroversi tercetus selepas surat yang dikeluarkan sekolah itu bagi pendaftaran kokurikulum pelajar tingkatan satu meletakkan syarat kaum, contohnya bola sepak dan sepak takraw untuk pelajar lelaki Melayu saja, manakala bola keranjang hanya untuk pelajar lelaki dan perempuan Cina.

Hoki hanya terbuka kepada pelajar yang tinggal di asrama, manakala pelajar perempuan Melayu hanya boleh menyertai kelab bola jaring.

Sukan seperti bola baling, boling, petanque dan badminton bagaimanapun terbuka kepada semua kaum.

Susulan itu, pengurusan SMK Dato’ Bentara Luar memohon maaf dan mengakui terlepas pandang terhadap isu perkauman yang timbul daripada syarat dikenakan kepada pelajar tingkatan satu untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum.

Ia turut menarik balik dan membatalkan pendaftaran dalam talian menggunakan Google Forms yang dimuatnaik 15 April lalu bagi tujuan penambahbaikan.

Jangan pusing cerita dakwa Umno cetus masalah, Shahril beritahu Bersatu

 

Shahril Hamdan berkata, dakwaan pembentukan Perikatan Nasional dipersetujui Umno tidak benar kerana gabungan itu didaftarkan secara mengejut tanpa dirunding bersama Umno.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalkan keikhlasan parti pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin itu untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa penyertaan parti itu dalam MN menjadi tanda tanya kerana sikap Umno berdiam diri terhadap surat balas persetujuan mereka dalam pakatan itu.

Shahril yang juga naib ketua Pemuda Umno berkata, dakwaan pembentukan Perikatan Nasional (PN) dipersetujui Umno juga tidak benar kerana gabungan yang didaftarkan secara mengejut itu tidak pernah dirunding bersama Umno.

“Soal Bersatu hendak masuk MN, di mana keikhlasannya untuk bersama MN, kalau terus mendaftar PN dan mengajak parti lain bersama?

“Kalau lihat kenyataan awal pimpinan Bersatu pada dan sebelum Ogos 2020, PN hanya sebagai gagasan besar di mana MN menjadi antara tonggak utama, bersama parti lain dari Sabah atau Sarawak. Tetapi, tiba-tiba sebelum pilihan raya negeri di Sabah, PN berdiri sendiri,” tulisnya di Facebook.

Waktu itu, beliau berkata, PN bukan lagi gagasan besar, sebaliknya parti rasmi yang didaftarkan, tanpa persetujuan Umno.

“Benar, nak daftar PN tak perlu persetujuan Umno, tapi jangan pusing cerita konon Umno yang mencetuskan masalah.”

Wan Saiful dalam wawancara eksklusif bersama FMT baru-baru ini berkata, Umno disifatkan “abang long besar” dalam gabungan Barisan Nasional, sekali gus mewujudkan kebatasan dalam menzahirkan pandangan setiap parti gabungan, berbeza dengan PN yang membenarkan setiap parti bersuara.

Hari ini, Shahril berkata, Bersatu perlu cermin diri kerana parti itu yang sebenarnya memainkan watak “abang long besar”.

“Yang jelas dominan hari ini adalah Bersatu. Yang beraksi seolah-olah abang besar adalah Bersatu.

“Maka, sewajarnya mereka melihat tindak-tanduk sendiri sejak awal penubuhan kerajaan PN lebih setahun dahulu, jika mahu mengenal pasti punca keretakan kerjasama.”

Mengenai dakwaan Umno dan BN tiada calon perdana menteri sehingga kini, Shahril berkata, Umno tidak tergesa-gesa menamakan calon untuk jawatan nombor satu itu kerana pilihan raya umum (PRU) bukannya diadakan esok.

“Bila hendak menamakan, itu keputusan Umnolah. Setahu kami, PRU bukan esok. Esok, demokrasi Malaysia masih tergendala akibat keputusan darurat.

“Jadi, hendak buktikan majoriti di Parlimen pun tak mampu, apatah lagi hendak PRU segera,” katanya sinis.

Beliau berkata, Umno tidak gusar mengenai calon perdana menteri, malah mempunyai ramai calon berkaliber untuk membarisi kepimpinan pusat mahupun negeri.

“Untuk Bersatu, mungkin mudah sebab fikir hanya satu jawatan, dan sememangnya tiada orang lain untuk jawatan itu.

“Sesudahnya, jika dapat jawatan itu, yang lain mungkin boleh tangkap muat. Tidak untuk Umno. Pendekatan kami berbeza.”

Azmin gagal sebagai menteri MITI, sibuk mencatur politik - Johari Abdul

 


POSTED BY AMIR WRLR


Perdana Menteri (PM) Malaysia tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata "kita tak banyak wang lagi yang tinggal" sekiranya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali melakukan tugasnya dengan baik dalam menarik pelaburan asing (FDI).

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, kegagalan Azmin menarik FDI yang banyak menyebabkan ekonomi menjadi lembab dan kerajaan tidak berupaya mengumpul jumlah cukai yang secukupnya untuk memberi keselesaan kepada hidup rakyat.

Semua itu, kata Johari, disebabkan Azmin terlalu sibuk mencatur politik sehingga terlupa tugas utamanya sebagai menteri.

"Ini semua disebabkan 99% dari masa dihabiskan memikirkan politik sebab dia sendiri pun tak yakin akan terus jadi kerajaan untuk pilihan raya akan datang

"Jadi oleh kerana itu masa dia habis memikirkan tentang politik, yang sepatutnya memikirkan pembangunan usahawan

"Bagaimana memberi insentif-insentif supaya pelabur masuk dengan jumlah besar. Ini tidak berlaku kerana dia memikirkan masa depan dia saja," kata Johari.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah itu lagi, yang menjadi mangsa kelemahan kerajaan Perikatan Nasional ini adalah rakyat biasa yang kehilangan pekerjaan dan tidak berjaya pula mencari pekerjaan lain untuk menyara kehidupan.

Bagi Johari, PM Muhyiddin juga harus dipersalahkan dalam hal itu kerana melantik menteri yang tidak faham keutamaan dan lemah menjalankan tugas.

"Untuk Muhyiddin pula, bukan sahaja dalam hal-hal ekonomi (lemah) tetapi dari segi perundangan pun dia telah gagal kerana dia ingkar (sidang) Parlimen. Kedua dia tidak ada nombor mencukupi untuk jadi kerajaan

"Maka eloklah beliau letakkan jawatan secepat mungkin," katanya lagi.

Untuk rekod, Laporan oleh United Nations Conference on Trade and Development (Unctad) baru-baru ini menyatakan kadar pelaburan asing Malaysia merudum lebih dua pertiga kepada hanya AS$2.5 bilion pada tahun 2020, menjadikan ia penurunan yang paling dahsyat di rantau Asia Tenggara.

 

1,684 penghantar makanan maut, kerajaan perlu sediakan pekerjaan lebih baik

 



POSTED BY AMIR WRLR


Kematian 1,684 penghantar makanan sepanjang 9 bulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tahun 2020 lalu sebagaimana dilapor media, amat menyedihkan.

Ketua Wanita KEADILAN Perak, Junaida Jamaludin berkata, tidak sewajarnya sebegitu banyak belia maut ketika bekerja sebagai penghantar makanan.

Baginya, kerajaan perlu menyediakan garis panduan yang lebih baik untuk khidmat penghantar makanan atau menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan selamat kepada anak muda.

"Sangat mendukacitakan bila menerima berita sedih 1,684 penghantar makanan maut sepanjang 9 bulan tempoh PKP 2020. Bilangan ini bukanlah jumlah yang sedikit. Saya percaya rata-rata yang menjadi penghantar makanan adalah anak muda dalam lingkungan umur 19 hingga 35 tahun.

"Kehilangan nyawa rakyat bukanlah perkara enteng. Ianya harus dipertanggungjawabkan ke atas pundak kerajaan. Kerajaan PN sangat lemah sehingga mereka gagal menyediakan platform untuk anak muda menjana pendapatan menyara diri mereka dan keluarga," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kerja penghantar makanan bukanlah pilihan utama anak-anak muda selepas menamatkan pengajian namun sebahagiannya terpaksa melakukannya kerana dibuang kerja atau gagal dalam perniagaan.

"Bukan sedikit di kalangan mereka dibuang kerja. Majikan terpaksa menutup operasi akibat pendemik Covid-19. Ramai jugà yang terpaksa menutup perniagaan baru dibangunkan. Hutang keliling pinggang. Ada yang menjaga orang tua dan ada jugà isteri yang tidak bekerja.

"Di manakah letaknya hatibudi para Menteri? 1,684 orang maut. Ada anak kecil kehilangan ayah. Ada isteri yang sarat mengandung kehilangan suami. Ada ibu kehilangan anak yang sangat disayangi," katanya lagi.

Oleh itu, menurut Junaida, Kerajaan Perikatan Nasional yang lemah wajib ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 15.

 

Wujudkan Selda seperti Felda di Semenanjung - KEADILAN Sarawak




KEADILAN Sarawak merancang untuk melakukan reformasi tanah adat sebagai manifesto utamanya dalam pilihan raya negeri akan datang.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Joshua Jabeng berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan calon dan pasukan kempennya dalam mengetengahkan beberapa isu penting semasa berkempen, terutama isu Hak Adat Anak Negeri (NCR) yang masih menjadi perjuangan di kalangan penduduk asal di negeri itu.

"Perselisihan antara pemilik tanah NCR dan pemilik tanah tetap telah berlangsung selama bertahun-tahun. Walaupun lebih dari 400 kes kini telah dihadapkan di mahkamah, tidak ada satu pun yang mencapai satu keputusan yang boleh diterima.

"Juga penting untuk diperhatikan bahawa tidak ada satu inci tanah NCR telah dikembalikan kepada pemilik asal," katanya.

Justeru, Joshua yakin hanya dengan reformasi tanah adat akan membentuk masa depan yang positif bagi penduduk asal, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan pertanian komersial di kawasan yang luas di kawasan luar bandar, yang dihuni oleh majoriti penduduk asal.

Beliau mengatakan konsep di sebalik ‘reformasi agraria’ itu disebut sebagai ‘Lembaga Pembangunan Tanah Ekonomi Sarawak (Selda), yang digambarkannya ​​seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ’.

"Felda bermula pada tahun 1957 dengan 600 isi rumah tanpa tanah yang terdiri daripada 400 keluarga Melayu, 160 Cina dan 50 orang India. Setiap isi rumah diberi 10 ekar untuk dikembangkan untuk pertanian komersial.

“Konsep ini telah terbukti menjadi salah satu rancangan pembangunan pertanian paling berjaya yang pernah ada.

"Hari ini, Felda meliputi lebih dari dua juta ekar tanah, yang melibatkan 112,000 isi rumah peneroka, semuanya telah menjadi pemilik tanah, dan banyak yang telah menjadi usahawan dan pemilik perniagaan yang berjaya.

"Sekiranya KEADILAN menjadi yang terdahulu untuk memimpin kerajaan negeri, kita akan menggunakan dan melaksanakan modul Felda, bermula dengan 200,000 ekar tanah yang melibatkan 20,000 isi rumah.

"Ini akan menjadi pelan 15 tahun untuk pengembangan pertanian komersial kerana iklim Sarawak memungkinkan penanaman dan penuaian sepanjang tahun," katanya.

Pada masa sama, Joshua juga menganggap Selda merupakan satu visi pembasmian kemiskinan secara total, meningkatkan taraf hidup rakyat, transformasi luar bandar Sarawak, pusat komersial terdesentralisasi, menghidupkan industri cottage, program penghutanan semula hutan, eko-pelancongan, pengeluaran makanan dan juga eksport.

 

Polis ‘dipaksa’ guna Proton X70 sebagai kereta peronda?

 


Gempar! Polis ‘dipaksa’ guna Proton X70 sebagai kereta peronda?

KESELAMATAN warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak patut diperjudikan dengan peralatan atau kelengkapan yang tidak berkualiti dan tidak selamat untuk digunakan.

Difahamkan PDRM kini dalam proses perolehan ratusan Proton X70 sebagai kereta peronda polis (MPV) bagi menggantikan kenderaan lama yang sudah tidak sesuai lagi digunakan.

Namun, timbul isu apabila kenderaan gantian yang bakal diperoleh itu tidak melepasi ujian penilaian yang dilakukan PDRM.

Menurut sumber, kepimpinan PDRM membantah mengenai pemerolehan itu susulan ujian yang dilaksanakan di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor mendapati kenderaan itu gagal dari segi ujian ketahanan, penggunaan minyak, ujian keselamatan dan banyak lagi faktor lain.

“Malangnya, PDRM ‘dipaksa’ menerima juga X70 itu walaupun ia tidak sesuai dan tidak melepasi ujian dilaksanakan.

“Antara kelemahan kenderaan itu adalah tidak stabil ketika melalui selekoh tajam hingga terbalik ketika dalam pemanduan laju, sukar bergerak di kawasan berbukit yang licin dan becak selain mempunyai tangki minyak yang kecil,” katanya.

Menurutnya, jika benar PDRM ‘dipaksa’ menerima atau menggunakan kenderaan yang tidak sesuai untuk tugasan rondaan itu, maka keselamatan 135,000 warganya kini berdepan risiko.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan mengenai isu ini dan agensi yang berkaitan juga perlu menyiasat jika berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak dalam proses pembekalan kenderaan terbabit,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, perkara itu juga sudah dibangkitkan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim dalam sidang medianya di Nibong Tebal pada 7 April lalu.

Memetik laporan Bernama, Zainal Abidin ketika itu berkata, penggunaan kereta Proton X70 jenis pacuan dua roda hadapan itu selepas PDRM menjalankan pandu uji di Muar, Johor mendapati ia tidak sesuai dijadikan MPV polis.

PDRM sebelum ini memaklumkan Proton X70 akan digunakan dalam tugasan rondaan bagi menggantikan MPV lama model Proton Waja yang sudah melebihi had penggunaan.

Difahamkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador juga sudah menyuarakan bantahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai perkara itu untuk tindakan lanjut. 






SEJAK SEMALAM HEBOH DI TWEETER.Menteri kesihatan nafi Agong peroleh vaksin Sinopharm Covid-19 dari UAE

 

Menteri kesihatan nafi Agong peroleh vaksin Sinopharm Covid-19 dari UAE

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menafikan laporan media yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperoleh vaksin Sinopharm Covid-19, yang belum diluluskan untuk digunakan di Malaysia, untuk ahli keluarga baginda.

The Malaysian Insight hari ini melaporkan bahawa Adham telah menafikan laporan Asia Sentinel baru-baru ini dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Dia juga menekankan bahawa pembelian vaksin di negara ini harus menjalani penilaian menyeluruh oleh Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional (NPRA).

“Setelah penilaian menyeluruh, ia perlu mendapatkan kelulusan dari Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF). Bukan itu sahaja, kita juga memastikan semua vaksin yang kita beli selamat.

“Dari mana penulis mendapatkan sumber laporannya? Dia berusaha menciptakan persepsi negatif terhadap Malaysia,” kata Adham, seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insight hari ini.

Laporan Asia Sentinel, yang diterbitkan dua hari yang lalu, mendakwa pemimpin tertinggi di Malaysia juga terlibat dalam perkara ini, termasuk Adham, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dan Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein.


Artikel itu mendakwa Agong telah memperoleh vaksin Sinopharm dari Putera Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohamed Mohamed Nayan. Kedua-duanya adalah rakan sekelas semasa belajar di UK.

Laporan itu juga mendakwa Agong diberi 2,000 dos vaksin tambahan untuk rakan dan keluarganya di Malaysia.

Sementara itu, turut dilaporkan bahawa polis belum menerima laporan mengenai perkara ini. 



ANWAR GARIS BEBERAPA KELEMAHAN KERAJAAN TANGANI COVID19


Pada hari Jumaat yang lalu Malaysia melaporkan sebanyak 2,551 jumlah kes jangkitan COVID-19 yang baru. Angka terkini ini adalah sesudah 395 hari tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hampir 100 hari sejak Pengisytiharan Darurat diumumkan.

Sejujurnya pelaksanaan PKP adalah kegagalan yang nyata. Darurat hanya helah pemerintah untuk terus berpaut pada kuasa. Rencana vaksinasi juga tidak jelas dan lembab.

Sikap kerajaan ini dalam mengemudi negara saat wabak dapat dikelaskan kepada dua kategori. Bila ia berjalan lancar, percayalah kami sedang menanganinya. Jika tidak, pemerintah akan bingkas menyalahkan rakyat.

Namun, tidak akan ada sebarang kebertanggungjawaban kepada para pemimpin yang bertanggungjawab dalam merencana dan melaksana kebijakan, mendapatkan vaksin, dan juga memastikan agar rencana vaksinasi berjalan pantas dan dengan berkesan.

Inilah hasilnya bila sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat yang menyalahguna wabak dan Perlembagaan untuk berpaut pada kuasa.

Dalam hari-hari mendatang ini saya mengjangkakan rakyat akan terus dibuli kerana melanggar SOP dengan beberapa pengumuman yang mengelirukan, yang sekiranya dilanggar akan dikenakan denda yang melampau tinggi.

Beberapa pengumuman yang mengelirukan ini juga termasuk larangan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, meski para menteri akan dibenarkan merentas negeri dan menganjurkan majlis.

Saya menggesa kerajaan untuk memberi respon pada persoalan-persoalan ini:

1. Menteri bertanggungjawab menjaga hal vaksin mengatakan bekalan vaksin Malaysia rendah kerana negara-negara kaya mengawal pasaran. Hal ini mustahil untuk disahkan, kecuali terdapat ketelusan dalam proses pemerolehan.

Sangat mengecewakan apabila alasan semacam ini digunakan bagi menutup kelemahan tatakelola tatkala Malaysia kini sedang berusaha mahu menjadi negara yang maju dan yang berpendapatan tinggi.

Memandangkan negara berpendapatan sederhana yang lain menunjukkan kadar vaksinasi yang lebih tinggi dan cemerlang, alasan menteri tersebut kekal lemah sehingga fakta diketahui.

Alasan alternatif tentang mengapa Malaysia mempunyai bekalan vaksin yang rendah adalah kerajaan lambat bertindak untuk mendapatkan kontrak atau rundingan dengan pembekal menemui kegagalan, dan sudahnya kita di barisan akhir untuk mendapatkan vaksin.

2. Menteri tersebut juga mendakwa Malaysia mampu mencapai 80% kadar vaksinasi sebelum penghujung tahun ini. Tetapi kadar vaksinasi di Malaysia lembab, dan tidak meningkat sejak ia diumumkan pada bulan Februari yang lalu dengan anggaran sebanyak 24,000 dos sahaja sehari ketimbang 13 negara berpendapatan sederhana di rantau Asia.

Kita juga meminta pengesahan terkait keupayaan logistik di seluruh Malaysia bagi mencapai 210,000 dos sehari. Ini juga termasuk penyelarasan dengan hospital, fasiliti kesihatan, klinik-klinik awam dan farmasi.

Rencana ini mesti dikongsikan, jika tidak kepada rakyat sekalipun ia mesti dikongsikan kepada jawatankuasa bipartisan.

3. Mengapa dengan penutupan sempadan dan tahap kuarantin yang ketat kita masih dikesankan dengan mutasi wabak yang berbahaya di Malaysia?

Penutupan sempadan telah memberi kesan yang sangat besar pada ekonomi dengan alasan untuk menyelamatkan nyawa.

Sekiranya penutupan sempadan ini tidak diuruskan dengan baik, maka kita sedang mengorbankan ekonomi kita tanpa manfaat yang munasabah.

4. Apa kemaskini terbaru terkait dalam hal memastikan sektor swasta bertanggungjawab atas penularan wabak COVID-19 di kalangan pekerja asing?

5. Pendaftaran untuk vaksinasi juga rendah, dan ini menambah kebimbangan apakah imuniti kelompok mampu dicapai pada hujung tahun ini. Apa yang telah dilakukan kerajaan setakat ini bagi meyakinkan rakyat untuk mendapatkan vaksin?

6. Apa metrik yang digunakan oleh jawatankuasa bipartisan dalam kesungguhannya untuk mengesyorkan penamatan darurat?

Saya menggesa rakyat untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin. Saya menggesa rakyat Malaysia, termasuk yang telah mendapatkan vaksin, untuk terus patuh SOP demi kebaikan semua.

Berdepan dengan keadaan wabak dan ketidaktentuan hari ini, kita mesti terus berjaga-jaga dan jangan berputus asa.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Ketua Pembangkang.


Kisah ramalan keputusan PRU





Saifuddin Nasution


Hari ini temujanji saya dengan KP ROS di putrajaya. Sambil menunggu di ruang tamu sy membaca akhbar BH yg memuat laporan seorg profesor dari ukm. Profesor ini meramalkan PN bakal menang pd PRU15 jika berlaku 3 penjuru dgn BN dan PH.


Sambil itu sy segera google berita lama. Profesor ini juga menyebut BN bakal menang majoriti  2/3 pd PRU14. Ramalan hasil kajiannya dibuat feb 2018 lengkap hujah dan alasan.


Saya seronok membaca profesor ini dan ramalan nya 😄


#staysafe



LAPORAN POLIS TERHADAP PROF KANGKUNG.STEVEN HARUS SAMAN .

 

Hariz Zafrie






Laporan polis telah dibuat terhadap seorang profesor berhati jahat yg mencetuskan kebencian antara kaum..




KEPAKARAN MENANGGUH TERLETAK PADA HADI



W.Fauzdin

 Memang kepakaran Hadi tangguh menangguh ni.  Perkara agama seperti hudud dan RUU 355 itu pun selamba je dia tangguh, setakat dengan Umno ni apa la sangat kpd Hadi....



Kecoh! Ahli Parlimen PAS bangun bantah kenyataan Akmal- KES 90 JUTA DIAM..

Gara-gara 'Langkawi', MP bertelagah- PASIR PUTIH DAN MARANG.....KAH...KAH....MCA TOLAK HUDUD...

KAH..KAH..KAH....WOIII BUKAN KAU JADI MENTERI KEHAKIMAN.....WOIII IKLAN RAYA WOII DAH ADA....Pencelahan YB PAS; Hapuskan Perjudian Berlesen, Setuju atau Tidak?

VIDEO : 1 DEMI 1 TERBONGKAR? TU LAH JANGAN TEBUK ATAP,JANGAN RAMPAS KUASA

Poster GAMIS dah tak ada gambar penumbuk- MAT CEROI MELINGKUP KE MANA DAH ?

 

Poster GAMIS dah tak ada gambar penumbuk


[ IKLAN RAYA JUDI: PENJAJAHAN PEMIKIRAN MEDIA BARU ]

1. Di saat masyarakat Muslim menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran dan dihiasi dengan amal ibadat, namun terdapat golongan yang cuba untuk mengambil kesempatan dengan menggiatkan promosi judi yang dinamakan sebagai GDBet333 dan IBC 033.

2. Kegiatan promosi judi tersebut yang menggunakan platform Youtube jelas menggunakan perkataan “cuci semua kemudian beraya” dan “menang banyak raya pasti happy” yang menggambarkan bahawa kegiatan judi ini boleh dilakukan secara terbuka tanpa meghiraukan senstiviti masyarakat Islam di negara ini.

3. Sehubungan itu, penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi kes yang disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka. Penerbitan video judi atas talian ini berniat jahat menyeru umat Islam untuk berjudi dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta mencemarkan institusi agama lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

4. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengucapkan tahniah kepada PDRM dan SKMM atas tindakan pantas terhadap isu video promosi judi atas talian GDBet333 ini dan siasatan sedang dijalankan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.

5. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 90:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَٰمُ رِجۡسٞ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

6. GAMIS mewakili mahasiswa Islam seluruh Malaysia menyeru kepada kerajaan agar lebih proaktif kearah mengharamkan judi secara menyeluruh di Malaysia. Selain membunuh moral dan intergriti, kegiatan judi juga akan mengakibatkan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Perkara ini mesti dijadikan pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam agar memelihara kesucian agama Islam.

‘MEMIMPIN KEBANGKITAN MAHASISWA”

Majlis Dakwah dan Kebajikan,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) 2021

17 APRIL 2021 | 5 RAMADAN 1442H

#GAMIS2021
#BANTERASMUNGKAR






Panelis PAS menyamar sebagai ‘pasu bunga’ buat netizen terhibur hati

 [VIDEO] Panelis PAS menyamar sebagai ‘pasu bunga’ buat netizen terhibur hati

[VIDEO] Panelis PAS menyamar sebagai ‘pasu bunga’ buat netizen terhibur hati

Terhibur hati melihat panelis PAS menyamar sebagai Pasu Bunga.

Bagaimana untuk rapatkan jurang gaji di negara ini? Ini cadangan yang dipersetujui ketiga-tiga ahli panel.

Video Player
00:00
01:19

 

Bagaimana untuk rapatkan jurang gaji di negara ini? Ini cadangan yang dipersetujui ketiga-tiga ahli panel.

Video Player
00:09
01:19

 

Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota terlibat jenayah terancang

 


Bernama
Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota terlibat jenayah terancang
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata penularan maklumat terlibat telah dibuat secara meluas selain menimbulkan keraguan dan kegusaran masyarakat berikutan dakwaan salah laku tersebut. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai polis ditahan kerana dipercayai menjadi dalang memuat naik senarai nama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa terlibat pelbagai sindiket jenayah terancang.
Suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira 11.30 malam semalam, di sebuah rumah di Alor Setar, Kedah selepas terkait dengan penyebaran artikel bertajuk ‘Kumpulan Kartel Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman’ yang tular di media sosial.
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata suspek menerusi artikelnya mendedahkan nama pegawai dan anggota polis JSJ yang dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa, melindungi, bersekongkol selain menerima rasuah daripada pelbagai sindiket jenayah terancang
Beliau berkata penularan maklumat terlibat telah dibuat secara meluas selain menimbulkan keraguan dan kegusaran masyarakat berikutan dakwaan salah laku tersebut.
“Suspek juga membuat tohmahan bahawa pegawai dan anggota turut terlibat dalam beberapa sindiket jenayah terancang seperti geng Nicky Liow, Addy Kanna, Wan Padang Besar, Pak Su Bukit Kayu Hitam dan Tiger 99,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, empat laporan polis dibuat oleh empat pegawai polis yang namanya didedahkan dalam artikel berkenaan.
Huzir berkata pada masa sama, pihaknya membuka empat kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi mengesan, menahan dan mendakwa mana-mana individu terlibat dalam penyebaran isu berbentuk fitnah itu.
“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek yang juga bekas Inspektor sebelum ini telah dijatuhkan hukuman pengawasan selama dua tahun di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 oleh Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ).
“Suspek ditahan semasa Operasi Mualang yang dilaksana bahagian Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Gangsterisme JSJ Bukit Aman bagi mencegah kegiatan kongsi gelap di sekitar Klang,” katanya.
Selain itu, suspek juga dikesan pernah membuat beberapa tohmahan sebelum ini terhadap pegawai dan anggota polis bahagian tersebut.
Huzir berkata hasil siasatan mendapati tindakan suspek dipercayai kerana marah dan tidak berpuas hati, selain menyimpan dendam terhadap pasukan siasatan D7 yang telah mengambil tindakan kepadanya sehingga diberhentikan kerja.
“Polis dalam masa sama turut merampas komputer riba, telefon bimbit dan beberapa barangan lain yang kemudiannya dihantar ke makmal forensik PDRM untuk dianalisa.
“Orang awam diminta untuk menghentikan sebarang spekulasi atau andaian tidak berasas, selain tidak menyebarkan isu ini di mana-mana saluran atau media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” katanya.
-- BERNAMA




(function() { var d = document, w = window; w

ISTANA NEGARA DUKACITA- TAKIYUDDIN TAK FAHAM MAKSUD DUKACITA GAMAKNYA-DURHAKA SANG LEBAI