Pulapol didakwa hidang makanan busuk, lif dan tandas sering rosak


Dua ahli Parlimen DAP hari ini membangkitkan mengenai operasi dan infrastruktur Pusat Latihan Polis Malaysia (Pulapol) yang dilihat berada pada tahap yang tidak memuaskan.
Menurut Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, antara aduan yang diterima beliau daripada para pelatih adalah mengenai makanan busuk yang disediakan pihak Pulapol.
Beliau mendakwa terdapat sekurang-kurangnya tiga kes keracunan makanan berlaku tahun ini sehingga menyebabkan berbelas-belas orang dikejarkan ke hospital.

“Pihak pembekal membekalkan ikan dan ayam busuk… Ini bukan kali pertama, tetapi Kementerian Dalam Negeri tetapi gunakan khidmat pembekal yang sama.

“Mengapa jadi begini? Kementerian Dalam Negeri harus jawab. Saya harap Kabinet akan meneliti perkara ini. Bayangkan, inilah tempat di mana kita melatih bakal-bakal ketua polis negara,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Selain itu, katanya, pelatih juga terpaksa menghadapi masalah infrastruktur seperti lif dan tandas rosak.

Menurut Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan itu, lif di kebanyakan bangunan di Pulapol rosak sejak dua tahun lalu, malah keadaan lampu serta tandas amat tidak memuaskan.

Lim Eng menegaskan bahawa beliau tidak mengkritikan pasukan polis, sebaliknya menyuarakan pandangan pegawai polis kanan yang menceritakan mengenai masalah tersebut kepadanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kampar Thomas Su menggesa kerajaan agar menjaga kebajikan pegawai polis.

“Jika kita tidak boleh jaga polis, siapa yang kita boleh harap untuk jaga negara? Ini logik yang paling mudah,” ujarnya. 



Bantuan Sara Hidup (BSH) diagih bermula Mac


Kerajaan Pakatan Harapan akan mengagih Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada penerima yang layak bermula Mac tahun depan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menurut beliau, kerajaan kini sedang dalam fasa mengumpul data bagi mengenal pasti penerima yang layak.

“Kita mempunyai pendekatan baharu, maka ia memerlukan masa untuk dilaksanakan.

“Seperti mana diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2019, kita mempunyai kaedah baharu melaksanakan pengagihan BSH.

“Ia akan dibuat selepas sambutan Tahun Baharu Cina dan ia akan dibayar,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Setiap isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima RM1,000.

Tidak ketinggalan golongan B40 yang mempunyai anak berusia bawah 18 tahun bakal menerima RM120, namun terhad kepada empat orang anak.


DARI PUTRAJAYA KE JALANRAYA...



Di kerusi usang di atas lori di jalanraya....


Bersila di jalanraya.....


Terbayangkah kita keadaan ini berlaku hanya tujuh bulan setelah kehilangan kuasa?

Di dalam hati, adakah mereka ini menyalahkan Najib Razak sebagai puncanya? (ShahbudinHusin 10/12/2018)

BEKAS SEKUTU NAJIB, DEEPAK SUMBANG DERMA PADA PH

ICERD: DEMO PULIH SEMANGAT AHLI PAS SELEPAS GAGAL JADI KING MAKER

BERI BANTUAN SEGERA KEPADA GOLONGAN MISKIN – TUN M