MAHATHIR MENGAMOK LAGI.....

 

Dr M ingin pastikan Najib masih seiring

Apakah teguran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa makna beliau ‘merajuk’? – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2014. 

Apakah teguran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa makna beliau ‘merajuk’? – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2014.

 Apa kesan Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik sokongannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

Amaran keras bekas perdana menteri itu terhadap Najib sama seperti perkataan yang digunakan pada 2006 yang mencetuskan kempen beracun terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi – kempen yang memainkan peranan penting memusnahkan Pak Lah sebelum Pilihan Raya Umum 2008.
Namun terdapat perbezaan besar antara dahulu dan sekarang.


Sebagai permulaan, Dr Mahathir berjaya menggoncang Abdullah kerana beliau menerima bantuan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin kanan Umno yang berupaya menimbulkan persepsi di akar umbi menentang Pak Lah berikutan kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapat dua pertiga majoriti  di Parlimen.
  Jadi bukan sahaja Dr Mahathir berjaya membangkitkan penentangan terhadap Abdullah dari luar, beliau juga mempunyai ejen di peringkat Majlis Tertinggi Umno yang mengganggu gugat sokongan mereka terhadap Abdullah. Sehinggakan mereka yang dilihat menyokongnya atau neutral, sebenarnya sebahagian daripada geng Mahathir-Muhyiddin.

Hari ini, tiada kepimpinan tertinggi Umno menerima jemputan Dr Mahathir untuk mengkritik Najib. Tidak Muhyiddin. Tidak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mengapa? – 18 Ogos, 2014.

Nik Aziz harap tiada p'raya baru S'gor

Nik Aziz harap tiada p'raya baru S'gor


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bersetuju dengan segala keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam yang menolak kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Nik Abdul Aziz berkata keputusan menyokong itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali di Kota Baharu.

"Saya telah mendengar penjelasan daripada Presiden PAS dan Setiausaha Agung dan saya bagi sokongan penuh terhadap keputusan Jawatankuasa PAS Pusat itu.

"Alhamdulillah keputusan itu kita kekal dalam Pakatan (Rakyat) dan saya menyokong apa yang diputuskan semalam," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim di Kota Baharu.

Abdul Hadi dan Mustafa juga turut hadir dalam sidang akhbar itu.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Nik Abdul Aziz telah membuat keputusan menyokong penuh Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Semalam, Jawatankuasa Kerja PAS pusat itu turut mencadangkan dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali bagi sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Ketika ditanya kenapa bertindak menyokong Wan Azizah sedangkan keputusan sebelum itu berbeza, Nik Abdul Aziz kemudiannya berkata: "Siapa jadi MB (menteri besar) itu terpulang kepada perkenan Sultan".

Sementara itu, Abdul Hadi berkata keputusan yang diputuskan parti itu adalah berdasarkan kepada keadaan semasa iaitu pada masa menyokong Abdul Khalid adalah kerana ketika itu beliau ia masih merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Masa itu, Abdul Khalid masih dalam PKR dan kini telah dipecat dan masalah berkaitan dengannya sudah tidak timbul lagi," katanya.

Beliau berkata persoalan sama ada Abdul Khalid bersalah atau tidak terhadap tuduhan yang dilemparkan parti termasuk dakwaan salah laku, itu merupakan isu yang berbeza dan tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat semalam.

Abdul Hadi juga berkata keputusan PAS memilih Wan Azizah itu juga tiada kaitan dengan dakwaan menyokong nepotisme yang cuba diamalkan oleh PKR.

"Saya tidak mahu komen dengan nepotisme atau tidak atau ia telah bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama. Terpulang kepada Sultan untuk menentukan dan itu bukan hak kita," katanya.

Ketika ditanya adakah Abdul Hadi telah menasihatkan Abdul Khalid dalam soal itu, beliau hanya berkata: "Nanti saya jumpa dia (Abdul Khalid) dan bukannya nasihat melalui akhbar".

Abdul Hadi berkata, PAS berharap pilihan raya negeri tidak akan diadakan, tetapi tetap bersiap sedia menghadapinya.

"Bubar dewan itu hak Tuanku dan tiada siapa boleh campur tangan tetapi kita harapkan ia tidak berlaku," katanya.

- Bernama
 


LAPAN SAHAJA? HANGPA KENA BELAJAR DENGAN HISHAMUDDIN RAIS




YA....hangpa tau apa....Harap hangpa cakap betul.Khir Toyo tak abai ka? Tibai umah Juta juta...Habis tu Tan Sri Khalid nak bagi hangpa tol pun hangpa terima ka?

Kah..Kah..Kah...Bila masa Wan Azizah bahas dalam dewan..Kah ..kah ..kah...

KHALID DINASIHATKAN TUBUH PARTI BARU

Sultan tolak permohonan Khalid menghadap di luar negara.

 

Daulat Tuanku.... Khalid Ibrahim telah menipu Tuanku semasa mempersembahkan beliau mempunyai majoriti yang cukup.


Tuanku Sultan harus menghukum siapa yang menipu Tuanku.



Istana Selangor menyatakan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara.

Bagaimanapun, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir
Bani berkata baginda menitahkan Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.

"Saya telah menerima permohonan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menghadap DYMM Sultan Selangor di luar negara bagi menjelaskan perkembangan semasa politik di Negeri Selangor dan juga kedudukan beliau sebagai Datuk Menteri Besar Selangor.

"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada DYMM Tuanku. Walau bagaimana pun Baginda menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga Baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," kata Munir dalam satu kenyataan hari ini.

Spekulasi tersebar bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berlepas ke Budapest, Hungary, untuk bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Negeri Selangor.

Satu mesej teks ringkas (SMS) disebarkan di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat berkenaan hal ini.

SMS tersebut turut menyatakan Khalid menghadap Sultan untuk mendapat perkenan pembubaran Dewan Negeri, membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

"Dapat maklumat semalam Khalid akan meminta Sultan membubarkan DUN (Dewan Negeri Selangor).

"Mungkin Khalid akan ke Budapest bertemu DYMM (Sultan)," kata mesej yang dilihat Malaysiakini itu.

Bagaimanapun Setiausaha Akhbar Khalid Arfa'eza Abdul Aziz menafikan spekulasi tersebut.

Beliau menyatakan Khalid akan meneruskan kerja seperti biasa sehingga Sultan kembali dari luar negara 27 Ogos depan.