PRU15 sesuai pada Julai



Diterbitkan:  Jun 16, 2022 



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tarikh yang sesuai bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan adalah pada Julai tahun depan.


Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata tarikh itu bersesuaian kerana ia merupakan penggal Parlimen ke-14 tamat.


“Kalau kita ikut jadual pilihan raya, itu tarikh yang sesuai,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Pejuang Muda dan Silver Gold Collector Group diPutrajaya hari ini.


PRU15 perlu diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023.


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengulangi pendirian PRU15 tidak sesuai diadakan ketika ini, malah tindakan terlalu membincangkan tarikh PRU15 akan memberi kesan kepada kestabilan politik negara.


- Bernama


MESTI PROFF NI GANG PEJA




Seorang professor daripada UKM mencadangkan agar kenderaan berusia lebih 10 tahun untuk dilupuskan. Ini pendapat orang kaya. Sama macam pendapat 'pakar ekonomi' tentang GST tempohari.

Tidak ada logik kenderaan berusia lebih 10 tahun kalau dilupuskan boleh membantu kurangkan kesesakan jalanraya. Sebab lepas keretanya dilupuskan, pemilik akan beli kereta baharu.

Yang jadi kurang adalah pendapatan rakyat. Sebab akan terus berhutang. Pinjaman kereta 9 tahun. Baru habis hutang setahun, dah kena hutang lagi. Entah dari sudut apa kebaikannya nanti?

Yang untung tauke kereta. Yang susah tetap rakyat. Bagusnya pakar yang beri idea menyusahkan begini kita potong gajinya biar setara B40. Kemudian kita tengok kalau-kalau dia nak keluarkan cadangan yang sama lagi.

Kalau betulkan nak hapuskan kesesakan jalan raya, pertama tingkatkan sistem pengangkutan awam dan turunkan harga tambang. Baru rakyat ada keyakinan untuk gunakan perkhidmatan awam.

Kedua, kembangkan kawasan industri. Ini tidak. Semua tertumpu di KL. Sedangkan kawasan berhampiran macam Klang, Seremban bahkan Melaka boleh juga ditawarkan kepada pelabur.

Kalau nak ikutkan, ada 1,001 cara lagi yang boleh dibuat untuk tangani kesesakan jalanraya. Aku marhaen boleh fikirkan. Entah kenapa pakar boleh fikir untuk lupus kereta tua je? Guane boh?

Raja Gelap

KEH..KEH...KEH...JANGAN LENA BANYAK SANGAT


 

ISMAIL SABRI DAH MULA TUNJUK BERANI, KLUSTER MAHKAMAH SILA DUDUK DIAM-DIAM DIRI!!

 


Beberapa hari lalu saya telah menulis menyarankan perlunya Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menunjukkan keberanian dengan seberapa segera bagi menghentikan polemik berkaitan tarikh PRU15 daripada terus berpanjangan.

Ini kerana selagi polemik itu tidak dihentikan, selagi itulah ia akan berlarutan dengan pihak mendesak diawalkan dan pihak yang mahu dilewatkan terus mengeluarkan hujah masing-masing.

Keadaan tersebut bukan saja tidak sihat untuk negara di ketika rakyat sedang dibebani kesusahan waktu ini, tetapi juga kerana penentuan tarikh PRU adalah hak Perdana Menteri untuk memilih masa yang sesuai bagi menasihati Yang Dipertuan Agong berkenaan dengannya.

Dengan itu, pihak lain tidak berhak sama sekali untuk campurtangan.

Tambah pelik, puak yang sedang hangat bertelagah mahu PRU awal dan lewat itu adalah sama-sama duduk dalam kerajaan dan menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Tidak bolehkah mereka duduk diam-diam dan menghormati kuasa Perdana Menteri?

Begitu pun, untuk menghentikan polemik itu, yang paling tepat berbuat demikian tentunya tidak lain ialah Perdana Menteri sendiri.

Jika Perdana Menteri memberi isyarat atau kenyataan yang jelas dan konsisten, sudah tentu akhirnya mereka yang bertelagah itu sedar siapa diri mereka yang sebenarnya.

Hakikatnya bukan hak mereka untuk masuk campur dan biarlah Perdana Menteri menentukan waktu yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.

Untuk itu, apabila hari ini Ismail Sabri memberi kenyataan berkaitan polemik PRU, ia nampaknya ada sedikit keberanian mula ditunjukkannya.

Menurut beliau, kekerapan pelbagai pihak berbincang soal tarikh PRU15 akan memberi kesan kepada kestabilan politik negara.

“Tidak ada seorang pun Perdana Menteri berbincang mengenai tarikh PRU secara terbuka di khalayak ramai.

“Semua Perdana Menteri tak bincang soal tarikh PRU, sebab ini beri kesan kepada kestabilan politik.

“Kalau kita bincang, akhirnya tumpuan kita lebih kepada soal pilihan raya’” ujarnya lagi.

Apa yang tersirat daripada kenyataannya kali ini, Ismail Sabri tidak saja ingin memberitahu kuasa pembubaran Parlimen adalah haknya sebagai Perdana Menteri dan tidak akan membincangkannya secara terbuka sebagaimana amalan semua Perdana Menteri sebelum ini, bahkan suatu mesej agar pihak lain jangan asyik menekan atau mengasaknya.




Dengan demikian, mulai sekarang, kluster mahkamah khususnya, sila duduk diam-diam dan berhentilah membuat desakan terbuka.

Selain itu, apa yang diharapkan juga selepas ini, Ismail Sabri harus kekal berani dan mesti bercakap dengan nada yang sama tidak kira ketika di pentas UMNO, ketika mesyuarat MT UMNO atau di mana-mana saja.

Jangan lagi hanya di khalayak ramai atau di depan wartawan saja ada macam berani, tetapi apabila di pentas UMNO menampakkan dirinya seolah-olah memberi harapan dan tunduk kepada kehendak kluster mahkamah seperti mengeluarkan ayat “tarikh pilihan raya tidak akan ditangguhkan walau sesaat sekali pun jika BN sudah bersedia.”

Kata-kata di atas tidak lebih merupakan ayat memberi harapan kepada kluster mahkamah, sedangkan hakikatnya bukan begitu yang seharusnya ditunjukkannya dan diingini oleh rakyat.

Rakyat mahu melihat Perdana Menteri seorang yang berani dan tidak tunduk, terutama kepada mereka yang ada kes mahkamah.

Tunduk dan mengalah kepada kluster mahkamah lebih membahayakan masa depan Ismail Sabri sendiri sebagai “poster boy” yang dipertaruhkan sama ada BN mampu menjadi pilihan rakyat atau sebaliknya pada PRU15 akan datang.

Dalam banyak keadaan, pemimpin yang tidak berani bukanlah pilihan pengundi. – ShahbudinHusin 16/06/2022.

 

KISAH PEMAIN HOKI NEGARA KITA YANG LAYAK KE PIALA DUNIA TIDAK DIENDAHKAN OLEH KEMENTERIN BELIA DAN SUKAN- CAP AYAM


 

RTM PUN DAH TA SEBELAH NAJIB. ALAMAT TAK SELAMAT LA ...





Tudia RTM pun dah tak boleh nak berpihak dekat PENYAMUN ni dah, siap masuk berita pukul 8 malam ni 15hb Jun 2022 menyatakan jelas penyelewengan dana 1MDB dibuat sendiri oleh Najib PENYAMUN ni tampa pengetahuan Bank Negara Malaysia sebaliknya PENYAMUN itu yg memandai mandai memindahkan sendiri wang dari 1MDB ke akaun bank dia atas kapasiti sebagai menteri kewangan.. Cai2 yang mana minum air jampi Rosmah dulu ni harap2 cari bomoh pulihkan balik otak masing2 wokay..

#sejukseluloi

#malaysiaku

 

CIAK....CAP AYAM

 




ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB


ANTARA  KOMEENNYA ..UNPROFESSIONAL USELESS FOR NOTHING

KISAH SEDIH MARHAEN MOHON TANAH TAK DAPAT DAPAT


MOHD SHAH RIM



CERITA SAYA - VERSI 1.

Walaupun banyak kedai nombor ekor, namun Malaysia hanya mempunyai 1 sahaja kasino iaitu di Genting. Pemberian lesen kasino secara monopoli tersebut sejak zaman YAM Tunku bertujuan untuk memajukan Genting...

Genting pada asalnya ingin dimajukan YAM Tunku sebagai pusat peranginan Kerajaan namun terpaksa ditangguhkan kerana JKR pada waktu itu memerlukan masa 15 tahun hanya untuk membina jalan raya ke Genting.

Lalu muncul Goh Tong sebagai adiwira yang menawarkan diri untuk mengambil alih. Akhirnya Goh Tong dan Tan Sri Haji Mohd Noah mendapat tanah seluas 4940 hektar daripada Kerajaan Pahang secara pegangan kekal.

Tidak cukup dengan itu, mereka memohon lagi tanah Selangor seluas 1110 hektar. Pada awalnya MB Selangor hanya bagi pajakan namun selepas dipujuk, dirayu maka Selangor pun turut memberi pegangan kekal.. Lim Goh Tong akhirnya berjaya membina jalan raya ke Genting dalam masa kurang lebih 3 tahun.

Dengan senang Goh Toh and the geng dpt 6050 hektar tanah.. Marhain mohon lot rumah pun dah 17 keturunan masih belum dapat.

Genting sebenarnya hanya menggunakan 4% daripada tanah yang diberikan kerajaan... Buat masa ini hutan itu masih selamat...

Sejak itu Lim Goh Tong menjadi anak emas YAM Tunku. Banyak pengecualian cukai diberikan oleh Tunku kepada Genting pada waktu itu.

Sumber : Lim Goh Tong. Cerita Saya. 2004. Pelanduk Publication.

DSP.

 

BANJIR LUMPUR DI KELANTAN- SILA KE STATUS LINK JIKA VIDEO TIDAK DAPAT DIMAINKAN

 Walaun Pas Buat Lawak Apa Harini

0:00 / 2:17
Banjir lumpur jalan Gua Musang - Lojing, beratus kenderaan sangkut 5 jam
Akibat rakus manusia membalak dan buka ladang musnah alam sekitar di Kelantan.
BUMI dan ALAM SEKITAR bukan ukuran lagi, SEMUA KERANA PITIS!
Kesian pada rakyat nak lalu pun susah. Habis perniagaan rakyat terjejas.
MB, TMB, Exco tak fikir ke rakyat ke lulus ladang berleluasa sangat di Lojing dan Gua Musang?
Sedarlah adik kakok… sebar
Aktivis #SaveKelantan, Bro Johan di Lojing melaporkan.

(function() { var d = document, w = window; w

AMBOI NUSI...TAK PATUT HANG KATA KE BANG KHAI...DIA BALIK DARI TURKEY BERAPA BILLION WALAUN DOK KATA....DIA BAGI TAU YANG BETOI....TAU LA PARTI HANG NAK PELUK BERSATU DALAM PN- UMNO CERAI HANGPA DAH....

  Sanusi selar Khairuddin ‘haiwan politik’, tak kenang jasa Bersatu Nora Mahpar  - August 9, 2022  Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Khairu...