MGID

PRK PD BUKTI RAKYAT MAHU GANDINGAN MAHATHIR – ANWAR

ANWAR BANGGA SOKONGAN SEMUA KAUM, TAWAN KUBU UMNO

SAMBUTAN KEMENANGAN DSAI DI PD

KEMENANGAN ANWAR MENANDAKAN PAKATAN HARAPAN TERUS KUKUH DI HATI RAKYAT



Sebagaimana yang ditulis dalam blog ini semalam bahawa kemenangan sudah pasti buat Anwar Ibrahim berikutan peningkatan sokongan rakyat yang amat jelas dapat dilihat di hari-hari terakhir kempen, ia menjadi realiti dan tontonan dunia akhirnya.

Meksipun peratusan mengundi hanya 58.2 peratus, kemampuan Anwar yang mewakili Pakatan Harapan meraih 31,016 undi untuk mencipta majoriti 23,560 adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Ia sekaligus menunjukkan majoriti kemenangan Pakatan Harapan di Port Dickson dalam pilihanraya kecil ini adalah lebih besar berbanding pilihanraya umum lalu yang direkodkan sebanyak 17,710 undi.

Tiada keraguan lagi bahawa mesej pengundi Port Dickson di sebalik kemenangan besar ini ialah mereka menerima serta mengalu-alukan kehadiran Anwar, bukan saja sebagai wakil rakyat baru buat mereka, tetapi juga sebagai pemimpin masa depan dan bakal Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad.

Rakyat kini tidak perlu bimbang lagi kiranya sesuatu berlaku kepada Tun Mahathir kerana dengan adanya Anwar sebagai Ahli Parlimen, soal pengganti dan peralihan kuasa sudah tidak menjadi masalah atau kebimbangan lagi.

Hanya masa dan keizinan Tuhan saja lagi yang akan menentukan segala-galanya. Buat sementara sebelum berlakunya peralihan kuasa, gandingan Tun Mahathir - Anwar di pentas politik negara akan terus membawa mimpi ngeri untuk UMNO dan BN.

Tetapi, mesej paling besar yang ditunjukkan oleh pengundi Port Dickson dengan kemenangam bergaya ini ialah keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan masih lagi kuat dan utuh.

Dengan pelbagai serangan yang bertujuan menggugat kestabilan dan menyebar keraguan terhadap Pakatan Harapan oleh UMNO dan BN sejak akhir-akhir ini, malah Najib Razak sendiri semakin aktif menulis dan melepaskan peluru serangan sehingga kadang-kadang dua atau tiga tulisan dilakukan dalam sehari, semua itu nampaknya masih gagal mengalih keyakinan rakyat.

Selain itu, diiringi fitnah dan mereka-reka cerita palsu terhadap pemimpin dan kerajaan Pakatan Harapan di media sosial turut semakin dahsyat, namun keyakinan rakyat tetap juga tidak berubah.

Ini adalah kemenangan 4-0 buat Pakatan Harapan sejak kejayaan menumbangkan BN pada pilihanraya umum yang lalu. Di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan kini Port Dickson, mesejnya amat jelas bahawa "cahaya di hujung terowong"  belum lagi kelihatan buat UMNO dan BN.

Bahkan, jika ada pilihanraya kecil di mana-mana jua selepas ini, soal mencipta kemenangan seterusnya turut bukan merupakan masalah untuk Pakatan Harapan menciptanya.

Keyakinan serta sokongan rakyat ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa masih jauh perjalanan, lembah dan lurah yang harus dilalui oleh UMNO dan BN untuk kembali memegang kuasa semula.

Tidak mustahil, dengan kejayaan cemerlang di Port Dickson semalam dan bayangan pengganti Perdana Menteri masa depan sudah tiada lagi keraguan, selepas ini akan lebih ramai Ahli Parlimen, Ketua Bahagian dan pemimpin-pemimpin UMNO pelbagai peringkat beralih arah meninggalkan perjuangan lama untuk menyertai mana-mana wadah yang ada Pakatan Harapan.

Kemenangan di Port Dickson dan hadirnya semula Anwar di Parlimen dengan sendirinya menjadikan UMNO dan BN semakin tenggelam dan tidak lagi relevan.

Masa depan Malaysia Baru tidak berganjak adalah milik Pakatan Harapan. (ShahbudinHusin 14/10/2018)

UCAP UTAMA ANWAR SELEPAS PRK

RAFIZI DEDAH SEBELUM PRK PD.

(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR PD - BEBERAPA AKTIVITI MEMBANTU MASYARAKAT

  4 MAC   Hari ini saya bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan...