SEMOGA MAJLIS PEGUAM BERJAYA.. KITA RAKYAT MENYOKONG USAHA MAJLIS PEGUAM

 



KUALA LUMPUR, 11 Nov - Badan Peguam telah memfailkan satu cabaran perundangan baharu di Mahkamah Tinggi bagi mencabar keputusan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International secara tahanan di rumah.




Permohonan semakan kehakiman yang difailkan menerusi firma guaman Amir & Rajpal Ghai itu memohon kebenaran untuk mencabar kesahihan prosiding serta tindakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) berhubung aturan bertarikh 18 September lepas.


Menerusi permohonan tersebut, badan berkanun itu memohon perintah certiorari untuk membatalkan sepenuhnya prosiding LPWP serta sebarang keputusan yang memudah cara pelaksanaan kaedah tahanan berkenaan.


Badan Peguam turut menuntut pengisytiharan rasmi daripada pihak mahkamah bahawa segala langkah susulan yang diambil oleh jabatan kerajaan untuk melaksanakan aturan tersebut adalah tidak sah dan terbatal di sisi Perlembagaan.


Pemohon juga mahu Najib dihalang daripada mengemukakan sebarang permohonan pengampunan baharu sehinggalah kesemua kes jenayah yang dihadapinya selesai serta beliau mengaku bertanggungjawab secara terbuka atas pensabitan tersebut.


Sehubungan itu, satu perintah berasingan turut dipohon bagi menghalang LPWP daripada mempertimbangkan mana-mana permohonan sedemikian sehinggalah kesemua syarat ketat yang digariskan itu dipenuhi sepenuhnya.


Permohonan secara ex-parte yang disokong oleh afidavit Setiausaha Majlis Peguam, R Jayabalan itu dijadualkan untuk didengar di hadapan Hakim S Indra Nehru pada esok hari.


Tindakan perundangan terbaharu ini difailkan menjelang keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Januari depan berhubung satu lagi rayuan berasingan oleh Badan Peguam terhadap keputusan pengurangan hukuman Najib pada Januari lalu.


#BeritaKS





MAJLIS PEGUAM RAYU BATAL TAHANAN NAJIB

 


Badan guaman itu memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk membatalkan prosiding serta keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan aturan tahanan rumah yang diberikan pada 18 September lalu.





Majlis Peguam turut memohon supaya pelaksanaan aturan berkenaan ditangguhkan sementara menunggu penyelesaian semakan kehakiman sekiranya kebenaran untuk meneruskan permohonan itu diberikan.


https://demirakyatchannel.my/2026/11/tidak-berperlembagaan-majlis-peguam-cabar-dan-mahu-tahanan-rumah-najib-dibatalkan/