MALAYSIA JATUH LAGI

Penduduk mahu lampu jalan

Penduduk mahu lampu jalan


KEMALANGAN maut yang berpunca akibat ketiadaan lampu isyarat mungkin boleh berulang kembali jika kawasan jalan yang berbahaya tidak dipasang dengan lampu jalan. - Gambar Hiasan


KAMI penduduk masyarakat Orang Asli Kampung Penderas Kuala Krau, Temerloh mahu pihak berkuasa membina lampu jalan di kampung ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Permintaan kami adalah munasabah kerana kampung-kampung tradisional memiliki kemudahan itu malah ada juga perkampungan Orang Asli turut mempunyai kemudahan yang sama.

Sudah lama kami mahu lampu jalan itu kerana kawasan yang gelap dan perkara itu perlu diatasi kerana kami tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Perkara itu wajar diminta kerana kami penduduk di sini bimbang jika berlaku kejadian di luar jangkaan berikutan suasana persekitaran yang gelap.

Keadaan gelap menyukarkan penduduk di sini untuk keluar malam sama ada mengunjungi rumah saudara-mara atau membeli barang di kedai runcit berhampiran.

Kegelisahan itu wujud kerana takut keselamatan mereka terancam jika terdapat pihak tertentu mengambil kesempatan dalam suasana gelap dengan melakukan perkara negatif terhadap kami.

Selain itu, anak-anak yang keluar awal pagi ke sekolah cukup bimbang dengan keselamatan dan ia cukup merisaukan ibu-bapa untuk melepaskan mereka keluar pada waktu itu.

Permohonan itu wajar supaya tindakan pencegahan dapat dilakukan sekiranya terdapat orang luar yang tidak dikenali mengambil kesempatan melakukan kegiatan tidak berfaedah terhadap penduduk di sini.

Saya berharap supaya perkara ini mendapat perhatian dan permintaan itu diberi perhatian demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk di kampung ini.

MAT DIAH, Temerloh

ANWAR AKAN DI SUMBAT KE PENJARA-CIKGU BARD

TEMURAMAH BERSAMA CIKGU BARD

DARI : ANAK SUNGAI DERHAKA.



Badrul Hisham Shaharin, atau lebih suka dikenali sebagai che' GuBard, tidak asing untuk mereka yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Anak muda yang berumur 32 tahun ini menyertai Parti Keadilan Nasional pada awal penubuhannya, malah terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Pusat pada tahun 2007.

che'GuBard (gambar kanan) menyarung jersi PKR untuk bertanding di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada PRU ke-12. Bagaimanapun, beliau tewas kepada Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO sekarang) dengan perbezaan 5,746 undi.

Beliau pernah menerbitkan buku "Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya", dan mempunyai "pengalaman" untuk ditangkap, ditahan dan disoal-siasat polis, berikutan keterlibatannya dalam aktiviti politik. Yang berikut adalah satu wawancara yang dijalankan melalui email, bersama Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan diri sebagai calon Ketua AMK.

1. Penilaian anda terhadap situasi/prestasi AMK sekarang. Pada pendapat anda, apakah masalah pokok yang membelenggu AMK kini?

Prestasi AMK pada hari ini secara umumnya baik. Sebagai sebuah organisasi baru (AMK ditubuhkan pada tahun 2005), peranan yang telah dimainkan oleh AMK sepanjang musim lepas boleh dibanggakan oleh kerana masih mampu untuk mempertahankan sebuah organisasi yang menyatukan pelbagai kaum, agama dan ideologi.


Akan tetapi, AMK masih boleh dimantapkan jika ada misi dan visi yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara.

Apa yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara?

Jawapannya adalah AMK harus membawa kembali obor perjuangan rakyat yang telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi pada tahun 1998 dahulu. Jika obor perjuangan ini dikembalikan, rakyat Malaysia terutamanya orang-orang muda akan kembali bersama AMK dan Pakatan Rakyat secara umumnya.

Jika AMK bergerak ke depan dengan membawa obor perjuangan, secara tidak langsung, Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP akan bergerak bersama-sama dalam memastikan kedaulatan rakyat terus dibela.

2. Ramai pemimpin muda dalam PKR yang agak menyerlah secara individu. Malah, PKR menjadi pilihan golongan muda selepas PRU ke-12, kerana dilihat sebagai harapan masa depan. Ironinya, dari segi organisasinya, AMK agak lemah. Mengapakah situasi ini berlaku?

Masalah ini berlaku oleh kerana ramai yang masih terperangkap dengan politik personaliti. Di dalam politik personaliti, individu akan menjadi faktor dan akan bergerak dan bertindak seperti seorang celebriti. Ini telah menyebabkan, kebanyakan pimpinan muda yang menyerlah bergerak secara bersendiri.

Misi saya adalah untuk menjadikan AMK sebagai sebuah organisasi yang dimiliki oleh kesemua orang-orang muda bukan sahaja di dalam PKR, termasuk juga orang-orang muda yang tidak menggangotai PKR. Kita tahu, sifat orang muda biasanya "rebel". Saya kenal dengan ramai orang-orang muda yang pintar dan berani dan bersama perjuangan Pakatan Rakyat tetapi tidak berminat untuk bersama parti.

Ini berlaku kerana AMK masih lagi gagal untuk dijadikan sebagai sebuah platform untuk menyatukan anak-anak muda di seluruh negara.

3. Apa yang anda lakukan sepanjang beberapa tahun ini, sebagai cubaan untuk mengatasi masalah yang dikatakan di atas?

Sepanjang berberapa tahun kebelankangan ini, saya dan teman-teman anak muda menubuhkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). SAMM telah membuktikan bahawa anak muda di luar sana yang tidak berminat dengan parti politik seperti penyajak, Rahmat Haron pernah melibatkan diri dalam aktiviti SAMM.

Pada tahun 2007, ketika SAMM menghantar "bantal" kepada Abdullah Badawi (gambar kiri) oleh kerana sering tertidur ketika menjalankan tugasan negara, Rahmat Haron telah membawa kawan-kawan seniman untuk bersama-sama. Event ini telah menjadi "world news" kerana turut dilaporkan oleh Washington Post dan New York Times.

Jika menang sebagai ketua AMK, saya dan teman-teman pimpinan akan mengubah imej AMK menjadi sebuah organisasi untuk seluruh anak muda di Malaysia.

4. Anda menonjolkan demonstrasi jalan raya sebagai pendekatan anda. Tetapi, AMK dilihat lemah dari segi keupayaan untuk memobilisasi sokongan ramai agar turun ke jalan raya, berbanding PAS. Persoalannya, mengapa situasi ini berlaku, dan bagaimana anda mengatasinya?

AMK tidak lemah. Seperti yang saya jawab di atas sebelum ini, AMK hanyalah untuk AMK. Saya akan pastikan, AMK adalah milik semua anak muda di Malaysia. Selepas ini, tidak akan ada masalah lagi untuk AMK memobilisasi massa.

5. Anda mengandaikan Anwar akan ditahan semula ke dalam penjara. Lantaran daripada itu, anda mendahulukan "demonstrasi jalan raya" daripada tema "pencerahan" mahupun "menuju Putrajaya" daripada dua orang lagi calon ketua AMK. Bukankah ia lebih mudah mengundang persepsi bahawa agenda perjuangan AMK sekadar untuk membela seorang individu bernama Anwar Ibrahim?

Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik. AMK berjuang untuk memantapkan lagi Pakatan Rakyat. Apabila ketua Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang dihina oleh musuh, apakah AMK harus berdiam diri?

6. Penilaian anda terhadap Gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Pada pandangan anda, apakah bentuk dan halatuju baru untuk Gerakan Reformasi ini, selepas 12 tahun?

Masalah utama kepada gerakan Reformasi semenjak dari 1998, ianya tidak disusun dengan baik. Jika menang sebagai Ketua AMK, kami akan bersama-sama dengan teman-teman dari gerakan reformasi untuk membincangkan kembali halatuju gerakan Reformasi di Malaysia.

7. Penilaian anda terhadap Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO. Setujukah anda bahawa beliau memiliki keupayaan bukan sahaja dari segi perbahasan dasar, tetapi juga berpidato ketika dalam ceramah, malah ketika berdemonstrasi?

Pada pandangan saya, KJ mempunyai kelebihan. Akan tetapi, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh kerana beliau gagal untuk menggerakkan Pemuda UMNO sekurang-kurangnya menjadi lebih baik daripada Hishamuddin Hussein.

8. Penilaian anda terhadap Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS dan Anthony Loke selaku Ketua DAPSY. Apakah yang membezakan anda dengan dua orang ketua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat?

Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang baik. Akan tetapi saya berbeze dengan kedua-dua mereka oleh kerana:

PKR merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang menyatukan pelbagai ideologi. Di dalam PKR, terdapat golongan Nasionalis, Sosialis, Kapitalis dan kelompok agama. Sudah tentulah, perbezaan-perbezaan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran pada peringkat awal ini.

Akan tetapi, proses evolusi yang sedang berjalan ini memantapkan PKR. Dalam masa 10 tahun akan datang, selepas perdebatan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR berjaya diselesaikan, PKR akan menjadi sebuah parti politik yang terkuat di Malaysia oleh kerana kejayaannya menyatukan pelbagai kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.

AMK pada waktu ini sedang menjalani proses untuk menyesuaikan diri dengan proses evolusi yang sedang berlaku seperti yang saya maksudkan di atas.

9. Sila nyatakan tiga perkara yang akan anda lakukan dalam tempoh jawatan seandaiya anda terpilih sebagai Ketua AMK.

a. Menyatukan AMK yang terpecah kepada beberapa fraksi sepanjang tempoh pemilihan.

b. Menjadikan AMK sebagai wadah perjuangan bagi anak muda di Malaysia.

c. Menyatukan Pemuda Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional di dalam pilihanraya mahupun pilihanjalanraya.


10. Pada pandangan anda, apakah kelebihan diri anda berbanding calon Ketua AMK yang lain?

Jika saya menang, saya bukanlah ketua kepada anggota AMK, akan tetapi hamba kepada mereka. Saya akan cuba untuk berkhidmat dengan sebaiknya.