PENYATUAN MELAYU APA...TAK BOLEH DAH RASUAH..,.ZAMAN NI DOK MAKI HAMUN SEBAB NAK JATUHKAN ANWAR SAJA. RASUAH TAK BOLEH DAH ZAMAN NI.


 

KHAS BUAT BERSATU.

 


BERSATU DAH BERSEPAI

 


PAS DULU SELALU SALAHKAN PARTI LAIN. KALI NI DIA NAK KENCING.. DIA LAK KENA KENCING.

 

Syam Ghaz


Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN.








PN nak urus Negeri sekecil Perlis dan majority 1 kaum Melayu sahaja pun tak mampu, ada cita cita nak tadbir Negara Malaysia yang pelbagai kaum, agama dan Negeri?


Lepas ni akan ada berberapa Negeri letak jawatan Pengerusi PN Negeri.


Tapi kena ingat dia masih Presiden BERSATU, kerusi Ahli Parlimen Bersatu masih dalam tangan dia.


Pas pula kena ingat, jika letak dia jadi Pengerusi PN, comfirm Gerakan, geng Hindraf, geng Ramasamy, geng parti Sabah Sarawak akan tarik brek.


Akhirnya Hamzah Zainuddin minyak masak juga akan naik? Bukannya Pas.


Masa tu, skali lagi Pas yang MENGAKU diri dia kuat, kena TUNDUK kepada parti Lemah.


PAKAT LETAK JAWATAN DSH..MELINGKUP DAH BERSATU..



 Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) serta Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor, berkuat kuasa 1 Januari 2026.



Beliau menjelaskan pelantikan sebagai Setiausaha Agung PN adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Justeru itu, keputusan meletak jawatan diambil selaras dengan hal tersebut.


Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari ini.


Gambar: Malaysiakini



LETAK JAWATAN

 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan. 


Klik link: https://www.utusan.com.my/berita/2025/12/mohamad-hanifah-letak-jawatan-pengerusi-pn-negeri-sembilan/





LAGU MANA NAK TAWAN PAHANG


 

MUFTI PERLIS SEKOLAHKAN PAS BERKAIT KRISIS PN NEGERI - MEMANG PADU







Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, dilaporkan berkata:


"Apabila saya kata: "Jika buat tuduhan, nyatakan bukti supaya tiada yang menjadi mangsa". Kamu kata: "Mufti cakap agama sahaja, jangan cakap hal politik. Kalau nak cakap, sila masuk bertanding.


"Semalam kamu kata agama dan politik tidak boleh berpisah. Kamu kata: "sesiapa yang memisahkan agama dan politik maka dia menjadi kafir". Maka dalam sejarah kamu, begitu ramai yang telah menjadi mangsa kafir mengkafir atas teori tersebut.


"Hari ini lain pula bunyinya. Kemudian, larangan membuat tuduhan tanpa bukti itukan larangan agama? Sudah berapa kali kamu ubah agama kerana kehendak politik kamu? Apakah agama yang kamu perjuangkan selama ini?"


Komen saya:


Cukup padu...Dan tepat!! 


RJ Rithaudeen





DARI KECIK SAMPAI TUA...BAB RASUAH ZAMAN INI JANGAN KATA TAK BUAT KERJA.


 

NI SEKOQ LAGI KALAU BAB SEMBANG. MASA JADI TIM MENTERI APA DIA BUAT NTAH ?

 


PAS ARKITEK KEHANCURAN SENDIRI, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN...



Beginilah...


1. MB Perlis yang terdahulu, Shukri Ramli, mula-mula terpalit dengan kontroversi, walaupun secara tidak langsung, apabila anaknya - yang juga menantu Hadi Awang - ditahan SPRM untuk siasatan salah laku.


2. Kemudian, 3 Adun PAS berkomplot dengan 5 Adun Bersatu untuk menarik sokongan terhadap Shukri Ramli.


3. Dari sudut Perlembagaan (baik Perlembagaan Persekutuan mahupun undang-undang tubuh Perlis), Adun-Adun ini ada hak untuk menentukan, secara peribadi dan tanpa tekanan parti, siapa mereka sokong sebagai MB.


4. Namun, PAS tak puas hati dengan Adun-Adun ini, sehingga Hadi sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa 3 Adun itu digugur keahlian daripada parti.


5. Isu ini menjadi sensitif, memandangkan Shukri Ramli ada talian persaudaraan dengan Hadi menerusi perkahwinan anak bekas MB itu.


Malah, saya mengesyaki tindak-tanduk 3 Adun PAS itu dilihat sebagai serangan secara halus terhadap Hadi sendiri. 


6. Apa pun, Shukri Ramli akhirnya meletak jawatan bagi memberi laluan kepada proses pelantikan MB baharu.


7. Dengan itu, kerajaan PN Perlis secara otomatik tumbang, dan yang lawak, ianya di tumbangkan oleh orang-orang PN sendiri dalam pada PN beriya-ia mahu tumbangkan kerajaan Persekutuan. 


8. Bersatu, bagaimanapun, tidak menggugurkan keahlian 5 Adun mereka menurut rentak PAS.


9. Saya difahamkan, ini telah mengundang rasa amat tidak puas hati di kalangan pelbagai lapisan pemimpin PAS - terlalu ramai. 


10.  Tidak cukup dengan itu, salah seorang Adun Bersatu tiba-tiba dilantik sebagai MB Perlis baharu.


Ini berlaku dalam pada PAS terang-terang menyuarakan perlunya MB baharu itu datang dari PAS, memandangkan jumlah Adun PAS masih melebihi jumlah Adun Bersatu.


11. Kemudian, Mohd Amar (PAS) dilaporkan membangkitkan persoalan: “Apakah retak menanti belah”.


12. Bukankah saya dah beritahu berulang kali dari awal tahun lagi, bahawa hubungan PAS-Bersatu memang "retak menanti belah?"


13. Malah, saya difahamkan - dan berdasarkan pemerhatian saya sendiri - PN dah belah pun, cuma tunggu masa nak umum.


14. Masalahnya, PAS terlalu khusyuk bercatur langkah seterusnya jika PN diisytihar bubar, termasuk percubaan orang-orang PAS di sana sini untuk pujuk UMNO tarik sokongan terhadap kerajaan.


14. PAS terdesak, sebab PN sememangnya akan merosot teruk pada PRU16.


15. Imej parti itu kini tercalar teruk, apabila salah satu negeri pegangan mereka, iaitu Perlis, 'jatuh di bawah kepimpinan Bersatu' atas tindak tanduk Adun-Adun PAS sendiri.


16. Sebab itu PAS menggugurkan keahlian 3 Adun mereka - pada saya, ianya untuk alih perhatian agar akar umbi parti itu tidak marah dengan kepimpinan pusat, khususnya Hadi (kerana talian persaudaraan MB Perlis terdahulu dengan Hadi). 


17. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur, dan saya terima maklumat bahawa cukup ramai pemimpin PAS di pelbagai peringkat hampa dengan kepimpinan pusat.


18. Bersatu bawah Muhyiddin pula seolah-olah tidak kisah dan terus bersikap seperti "Abang besar" sekalipun Muhyiddin ditolak oleh majoriti dalam partinya sendiri.


19. Ini menambahkan lagi kemarahan akar umbi PAS, dan kemarahan ini dijangka memuncak setelah Bersatu tidak memberi laluan secara sukarela kepada PAS (majoriti) untuk menggantikan Shukri Ramli sebagai MB, sekalipun Bersatu tahu bahawa jumlah Adun Bersatu yang berkomplot menentang Shukri Ramli melebihi jumlah Adun PAS yang terlibat sama. 


20. Jadi, persepsinya, PAS kini dianak tirikan oleh kem Muhyiddin yang terang-terang ditolak majoriti dalam Bersatu.


21. Apa yang menarik, walaupun Bersatu amat bersandar kepada PAS untuk sokongan Melayu-Islam dan PAS memiliki kerusi majoriti dalam PN, kem Muhyiddin tetap berani buat ikut suka hati. 


22. Kem ini seolah-olah tidak kisah tentang perasaan PAS - Pengerusi PN pun dia nak pegang (walaupun PAS dah beri isyarat beberapa kali bahawa perlu pertimbang orang PAS sebagai Pengerusi PN), calon PM pun dia nak (walaupun PAS dah bangkang berulang kali), dan yang terkini, kerusi MB Perlis pun dah beralih kepada Bersatu bawah kepimpinan Muhyiddin. 


23. Tapi PAS akan tetap membiarkan semua ini berterusan dan berdolak dalik untuk isytihar bahawa PN sudah hancur, kerana PAS terlalu khusyuk mencari jalan 'nak tebuk atap' disebabkan keterdesakan parti itu mendapatkan kuasa dan kedudukan di peringkat kerajaan pusat. 


24. Akibat daripada 'kekhusyukan' ini, PAS tersungkur dalam percaturan sendiri.


"Nak sangat tebuk atap Putrajaya, akhirnya, ditebuk atap sendiri" - lebih kurang gitulah... 


25. Pada saya, kumpulan Muhyiddin berani buat apa yang mereka buat, kerana Muhyiddin cukup faham kelemahan PAS, iaitu:


a. PAS takut hilang sokongan yang sedia ada jika parti itu mengumumkan PN bubar, kerana PAS takut dituduh menjadi punca perpecahan PN, dan


b. PAS takut hilang peluang menjadi kerajaan jika PN diisytihar bubar dalam pada parti itu gagal memujuk Umno untuk bersamanya.


Sebab itu, walaupun Muhyiddin tahu Bersatu amat bergantung kepada sokongan pengundi PAS untuk terus relevan, dia mampu bersikap seperti 'Abang besar'.


26. Yang paling lawak, dalam pada PAS cuba memujuk Umno untuk bersamanya, seorang pemimpin PAS meletakan syarat bahawa Umno perlu tinggalkan kerajaan terlebih dahulu sebelum PAS bersetuju untuk hidupkan semula Muafakat Nasional. 


27. Yang terdesak PAS, yang letak syarat pun PAS - masuk akal? 


28. Sikap 'lembap' dan tidak sedar diri inilah yang bakal menjahanamkan sebarang peluang PAS untuk kekalkan jumlah kerusi yang sedia ada pada PRU16, dengan atau tanpa Bersatu.


29. Bersatu pula dijangka hilang semua atau hampir semua kerusi yang ada kepada UMNO tanpa sokongan PAS, dan sekalipun PAS sokong, Bersatu mungkin hilang lebih 80% kerusi yang ada.


30. Tapi PAS terlalu lembap untuk memahami hakikat yang cukup mudah ini, dan percayalah, mereka akan terus lembap menuju PRU16 dan ke hadapan.


Semua di atas sekadar pendapat, terutamanya berdasarkan pemerhatian saya... 


RJ Rithaudeen



PAS MAKIN TERDESAK, DAH TAHU PN AKAN KENA BELASAH TERUK PADA PRU16



Inilah kenyataan terdesak daripada bekas ahli Umno - kini MP PAS - yang  sebelum ini bercakap besar kononnya misi pembangkang ialah untuk tumbangkan kerajaan pusat.

"Nak sangat tebuk atap Putrajaya, akhirnya, ditebuk atap sendiri." Lebih kurang gitulah...

Tiba-tiba, semua dalam PAS teringat balik kat Muafakat Nasional, malah saya tidak terkejut jika kepimpinan tertinggi PAS, dalam keadaan terdesak, guna Shahidan untuk cuba pujuk UMNO kembali kepada Muafakat Nasional.

Bukankah PAS dulu yang mengkhianati Umno, apabila parti itu senyap-senyap mendaftarkan PN bersama Muhyiddin gara-gara Muhyiddin ada kuasa PM, walaupun PAS tahu bahawa parti itu dan UMNO sudahpun berikrar untuk menggunakan Muafakat Nasional sebagai platform penyatuan ummah?

UMNO bukannya bodoh la...umpan ni PAS boleh makan sendiri...

Kini, Perlis pegangan PAS pun sudah menjadi "Perlis milik Bersatu," dalam pada Bersatu berpaut pada PAS untuk kekal relevan.

Memang kartun betul...

Semalam, saya menulis....

Baca selanjutnya: https://www.facebook.com/share/p/1A6z7AuYAX/




PUAD, BUKAN SAJA UMNO SERIK...PARTI LAIN PUN SAMA JUGA...KENA KENCIN DENGAN PARTI JUAI AGAMA NI. HANTAQ KETUA PEMUDA SOH DIA KELUAR UMNO ...

 


𝗣𝗨𝗔𝗗 𝗭𝗔𝗥𝗞𝗔𝗦𝗛𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 ‘𝗗𝗥𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗧𝗜’, 𝗚𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗕 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨






​Kemelut politik di Perlis nampaknya semakin hangat selepas pengunduran Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar kelmarin. Berikut adalah ringkasan perkembangan terbaru dan pandangan Ahli MKT UMNO, Dr. Puad Zarkashi:


​1. Drama Politik PN Belum Berakhir?

Dr. Puad menjangkakan lebih banyak pergolakan dan "drama" akan berlaku dalam Perikatan Nasional (PN) di Perlis. Namun, beliau menegaskan drama ini tidak akan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana UMNO sudah "serik" dengan kerjasama tersebut.


​2. Isu MN & Cadangan Bubar PN

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh mencadangkan PN dibubarkan dan MN dihidupkan kembali susulan kemelut di Perlis serta isu titah adendum Najib Razak. Walaupun PAS (melalui Ahmad Fadhli Shaari) terbuka untuk berbincang, Puad nampaknya menutup pintu buat MN.


​3. Krisis Kepercayaan & Langkah SD

Politik Perlis bergolak selepas 8 ADUN (3 PAS, 5 Bersatu) dikatakan hilang kepercayaan terhadap Mohd Shukri dan telah menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Raja Perlis.


​4. "PAS Patut Gentleman"

Puad menggesa PAS supaya berlapang dada dan menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Bersatu. Mengapa?

👉 Kerana majoriti ADUN yang menarik sokongan terhadap Shukri adalah daripada Bersatu (5 orang).

👉 Demi memastikan pentadbiran negeri tidak tergantung dan rakyat diutamakan.


​5. Peluang Keemasan Bersatu?

Menurut Puad, mustahil Bersatu akan memecat 5 ADUN mereka yang terlibat, kerana ini adalah peluang terbaik bagi Bersatu untuk mentadbir sebuah negeri buat pertama kali dalam gabungan PN.


​6. Respon Bersatu

Setakat ini, Hamzah Zainudin (Timbalan Presiden Bersatu) meminta semua pihak bertenang dan matang dalam menangani isu ini. Beliau menegaskan mandat rakyat pada PRU15 perlu dihormati bagi memastikan kerajaan negeri terus berfungsi.


​Apa pendapat anda? Adakah wajar jawatan MB Perlis diserahkan kepada Bersatu demi kestabilan PN, atau ada 'plot twist' lain yang bakal berlaku?




NOHHH....TAK BAYAQ HUTANG


 

Raja Perlis Tegur ADUN, Mahu Polemik Politik Dihentikan Segera






ARAU, 28 Disember  - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menegur sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) susulan pergolakan politik yang berlaku antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri berkenaan. 


Titah Baginda, pergolakan politik yang membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, serta penggantungan keahlian tiga ADUN PAS, telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat. 


Keadaan itu, menurut Baginda, turut mengundang pelbagai tohmahan terhadap kepimpinan kedua-dua parti bawah Perikatan Nasional (PN), sekali gus memberi tempias kepada pentadbiran kerajaan negeri dan rakyat Perlis. 


Sehubungan itu, Tuanku Syed Sirajuddin berharap pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis ke-9 dapat meredakan ketegangan politik yang berlaku ketika ini. 


“Bermacam-macam spekulasi berlaku dan macam-macam tohmahan serta perkara yang tidak diingini disebut. Saya harap selepas ini, semua ini dapat dihentikan demi kebaikan negeri. 


Kita mahu negeri ini mara ke hadapan. Bukan mudah untuk saya melantik seorang Menteri Besar yang baharu dalam keadaan seperti ini,” titah Baginda. 


Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis di Istana Arau. 


Istiadat berkenaan turut dihadiri empat ADUN Bersatu, lima ADUN PAS serta seorang ADUN Pakatan Harapan.

Manakala dua lagi ADUN daripada Bersatu dan PAS tidak dapat hadir kerana berada di Sabah dan Mekah. 


Gambar : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyampaikan watikah Menteri Besar Perlis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis di Istana Arau hari ini.

.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽

.

Sumber : Berita RTM

.

Teruskan Bersama @PerlisPermai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis20242026

#PakatMaiPerlis

#TahunMelawatPerlis



TU DIAAA AIHHHHH..,.PERANGAI PAS SAMPAI LAGU TU


 

PAS TIKAM PAS