SENYUM.....MACAM DALAM DEWAN....

Image may contain: 9 people, people smiling, people sitting and wedding

Bersama gabungan pun PAS menang 27 saja. Sekarang ahli dah ramai keluar, sokongan China dan India merudum. Agaknya berapa kerusi PAS akan dapat?

MOOD MENUKAR KERAJAAN JELAS, PH BERSEDIA HADAPI PRU 14 – TENGKU ZULPURI

MOOD MENUKAR KERAJAAN JELAS, PH BERSEDIA HADAPI PRU 14 – TENGKU ZULPURI

GUNA SATU SIMBOL..BENDERA PKR JADI PILIHAN

Image may contain: 1 person, smiling

SOKONG PAKATAN HARAPAN

 Image may contain: 3 people, people smiling, text
Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar sahabat-sahabat orang Perlis Kedah Perak Pulau Pinang Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sarawak Sabah..tidak lupa juga kepada sahabat dari Singapura Indonesia dan Brunei.. semoga sihat-sihat selalu.. Aamiin ya Rabbal Alamin
Jom kita bawa perubahan pada PRU 14
Jangan beri peluang pada mereka yang menindas kita
Undi Pakatan Harapan untuk masa depan yang gemilang

BIRU MUDA & ANAK MUDA DI RANTAU PANJANG


Show More Reactions


Commen

Kerajaan HARAPAN akan bersihkan Malaysia dalam 100 hari



Tempoh 100 hari pembentukan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menyaksikan perubahan dasar-dasar penting yang mengutamakan kedudukan ekonomi rakyat dan reformasi institusi serta dasar-dasar kerajaan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tempoh itu merupakan masa ‘pembersihan’ negara daripada sebarang kekotoran pentadbiran regim terdahulu.
“Pemerintahan UMNO selama 60 tahun telah menyebabkan penyingkiran institusi yang bebas dan runtuhnya prinsip semak – imbang sebuah sistem demokrasi.
“Agenda awal yang menjadi keutamaan Kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya adalah mereformasi institusi-institusi nasional bagi menyelesaikan skandal-skandal besar sama ada 1MDB, FELDA, MARA atau Tabung Haji,” katanya dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menjelaskan, tonggak pentadbiran yang bersih seperti pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman telah digantikan dengan pemusatan kuasa yang melampau oleh Perdana Menteri.
Sehubungan itu, kaedah terbaik mempertahan, melindungi dan memelihara Perlembagaan adalah dengan membuka laluan kepada kebebasan sivil yang sememangnya mendapat jaminan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, Peguam Negara yang baru akan diberi tanggungjawab untuk menyemak semula atau memansuhkan mana-mana undang-undang yang telah mengekang rakyat daripada menikmati hak yang termaktub dalam Perlembagaan.
10 Rang undang-undang yang akan disemak semula atau dimansuhkan ialah:
1)      Akta Perhimpunan Aman, 2012
2)      Akta Komunikasi & Multimedia, 1998
3)      Akta Kesatuan Sekerja, 1959
4)      Akta Imigresen
5)      Akta Pertubuhan, 1966
6)      Akta Polis, 1967
7)      Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971
8)      Akta Rahsia Rasmi, 1972
9)      Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984
10)   Akta Antiberita Tidak Benar, 2018 – Roketkini.com

SIMBOL PKR PILIHAN TEPAT MEWAKILI PAKATAN HARAPAN



Sebagaimana yang dijangka, malah disebut beberapa kali dalam tulisan sebelum ini, Pakatan Harapan akhirnya memilih simbol PKR sebagai lambang tunggal untuk semua calon gabungan itu dalam pilihanraya akan datang ini.

Sekaligus ini merupakan suatu kejayaan bagi gabungan pembangkang yang buat pertama kalinya dapat membuat persetujuan bersama berhubung penggunaan satu simbol itu.

Ini juga menunjukkan Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan telah mendapat penghormatan yang tinggi di mana usahanya untuk menyatukan parti-parti pembangkang telah mendapat respon yang baik serta membuahkan kejayaan akhirnya.

Penggunaan satu simbol ini adalah suatu lagi kejayaan Pakatan Harapan dalam usaha menumbangkan BN, setelah sebelum ini turut berjaya menyelesaikan pembahagian kerusi dan menetapkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-7.

Hakikatnya, tidaklah mudah untuk membuat persetujuan ini, terutamanya melibatkan DAP yang sejak  pilihanraya 1969 lagi telah menggunakan logo roket, bahkan simbol itu sudah begitu dekat dengan hati orang-orang Cina.

Tetapi, demi agenda yang lebih besar untuk menyelamatkan Malaysia dan menunjukkan kesepakatan bersama untuk menentang BN di bawah satu simbol, DAP telah melakukan suatu pengorbanan besar yang tidak mudah sebenarnya.

Untuk itu, tahniah dan syabas kepada DAP kerana akhirnya memilih untuk berjiwa besar demi masa depan Malaysia yang lebih baik selepas ini.

Namun demikian, penggunaan satu simbol ini tidak seharusnya menimbulkan masalah besar kepada semua parti dalam Pakatan Harapan. Pendekatannya adalah mirip seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN yang meninggalkan simbol masing-masing, sebaliknya hanya menggunakan lambang dacing untuk menyertai pilihanraya.

BN sendiri sebenarnya tidak mungkin berjaya menjadi kerajaan melebihi 60 tahun jika semua parti komponennya menggunakan lambang masing-masing setiap kali pilihanraya diadakan. 

Oleh kerana usaha menubuhkan Pakatan Harapan menghadapi sekatan dan nama serta simbol gabungan itu tidak boleh digunakan,  maka mengguna atau meminjam simbol PKR adalah pilihan yang tepat dan terbaik.

PKR adalah parti pelbagai kaum yang tidak ubah seperti BN juga kedudukannya, selain namanya sudah agak dikenali ramai. Jika PKR pelbagai kaum, BN juga pelbagai kaum. 

Kiranya dengan UMNO menggunakan lambang dacing yang pelbagai kaum tidak menyebabkan perjuangan Melayunya terpadam, begitu juga perjuangan Bersatu membela orang Melayu tidak berubah hanya kerana menggunakan simbol PKR.

Malah, dengan adanya satu simbol tunggal PKR itu, kerja jahat UMNO untuk mengelirukan pengundi dan membuat tuduhan palsu serta menakut-nakutkan pengundi Melayu terhadap DAP dan lambang roket, dengan sendirinya tidak laku lagi dalam pilihanraya kali ini.

Juga, tidak harus timbul sebarang keraguan sama ada calon Bersatu, DAP dan Amanah boleh menggunakan simbol PKR atau tidak. Turut tidak harus timbul ialah keperluan calon-calon Bersatu, DAP dan Amanah menjadi ahli PKR terlebih dahulu sebelum boleh bertanding menggunakan logo parti pimpinan Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu.

Praktisnya sudah berlaku sebelum ini di mana ahli PSM  atau Parti Sosialis Malaysia misalnya pernah meminjam logo PKR untuk bertanding di Parlimen Sungai Siput dan DUN Kota Damansara.

Untuk itu, amalan yang sama akan digunapakai kali ini di mana calon-calon Bersatu, DAP dan Amanah akan meminjam atau menggunapakai simbol PKR untuk menyertai pilihanraya, selain calon PKR sendiri sudah tentunya wajib menggunakan logo yang sama.

Pendekatan itu adalah suatu kejayaan bagi Pakatan Harapan yang tidak diberi kelulusan dan menjadikan ia semakin dekat untuk menjadi kerajaan baru bagi Malaysia menggantikan BN, meskipun di saat-saat akhir Bersatu cuba dilemahkan oleh Najib yang semakin terdesak dengan menggunakan RoS untuk membubarkan pendaftarannya. (ShahbudinHusin 07/04/2018)