Tsunami Gen-Y, apa lagi Najib mahu? (LM)

Adam Adli, Led Zeppelin dan siapa Najib
Belum pun sempat kerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak panas di Parlimen. Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti berpatah balik dua bulan ke belakang.

Rakyat masih tidak jemu untuk berdiri, berhujan, bersesak-sesak mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat (PR). 

AMK selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13

AMK selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13



May 24, 2013
PETALING JAYA, 24 Mei — Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” kata Shamsul dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9 di sini hari ini.
“Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia,” tambah ahli Parlimen Bukit Katil itu.
Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti.
Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.
“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.
Menurut Shamsul lagi, sudah tiba masanya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013.

“Sudah sampai masanya, bagi Pakatan Rakyat terus mengasak Pendaftar Pertubuhan bagi meluluskan Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti dengan fokus “Satu Parti, Satu Bendera, Satu Pengerusi, Satu Manifesto,” kata beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh “AMK turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik KEADILAN, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat. Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat,” katanya lagi.
Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.
Di dalam dewan tempat dimana kongres AMK berlangsung, kelihatan sepanduk digantung berbunyi,” Tahniah bro Sam! From a humble leader to a giant killer!”.

KITA BIASA KALAH,TAPI KITA MARAH KERANA TIPU


TAK SERTAI PUN TAK APA ......ASAL RAKYAT BERSAMA ANWAR

 Harun Taib baru-baru ni berita harian arahkan ahli PAS jangan sertrai himpunan tak guna ni.Banyak benda yang di lihat PAS tak sertai.Tak sertai pun tidak mengapa.Bagi rakyat tak payah parti arah pun kalau nak sertai juga tak mengapa.Macam PRU13 baru-baru ni, tak bagi lawan sesama sendiri pun lawan juga.....dah kuat gamaknya....




Kehadiran blackout505. Ramai yang engkar arahan Hj Hadi? 

dipetik dari the sniper

 

 

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

 Beliau berkata, “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

“Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

 

info yang diterima memaklumkan PAS pusat menghalang ahli2 menghadiri siri jelajah blackout 505 atas alasan ianya anjuran PKR. So, bila pulak nak buat siri jelajah penipuan pilihanraya anjuran PAS?

Atau macam biasa, bila siri jelajah ni berjaya baru grup Hj Hadi nak join?

Hmm.. macam tak yakin populariti diri je!

 

 

 

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritaka
n pengalaman masing-masing.

Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.

Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok.

Cina sokong Adam, apa lagi Najib mahu? (LM)

Kenapa orang Cina sokong Adam Adli?

Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.

Anwar wakili suara 53% bukan 47%... (LM)

'Saya tetap akan berjuang selagi rakyat bersama-sama'

Walaupun beberapa siri tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis berhubung bantahan dakwaan penipuan pilihan raya, namun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan terus berjuang bersama rakyat.

Seterusnya:   Anwar wakili suara 53% bukan 47%...