PEMIMPIN RASIS BELA SETINGGAN?


Posted by admin | Sunday, August 22, 2010


Print
ShareThis

SEORANG Ketua Menteri berbangsa Cina yang dimomokkan sebagai rasis, komunis dan berbagai cercaan telah memperlihatkan dirinya lebih adil dan prihatin terhadap nasib setinggan yang rata-rata terdiri daripada bangsa Melayu atau bumiputera.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang komited mengadakan forum tanah demi mempertahan hak permukiman turun-temurun orang Melayu, Cina dan India atas tanah bukan milik mereka hendaklah dipuji oleh semua pihak yang cintakan keadilan.

Forum tersebut diadakan secara kecil-kecilan sebagai langkah berhati-hati dengan inisiatif pemaju atau pemilik tanah yang acap kali menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir mereka yang terbabit. Lim Guan Eng telah mengambil inisiatif berjumpa dengan penduduk-penduduk yang terjejas, sekalipun tidak dibuat secara besar-besaran kerana ada perintah mahkamah.

Tindakan Lim Guan Eng ini berbeza dengan tindakan Ketua Menteri Sabah yang beragama Islam dan bermazhab UMNO yang terus menerus menindas setinggan yang merupakan rakyat Sabah.

“Tindakan demikian dilakukan bagi menjaga dan melindungi kepentingan pembesar UMNO dan kroni mereka,” demikian luahan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah.

Menurut Hj Hamzah yang juga YDP PAS Batu Sapi, pendekatan Lim Guan Eng yang mesra setinggan menepati ciri-ciri Khalifah Umar yang menjadi idola beliau iaitu mengasihi rakyat bawahan yang dipimpin.

Hj Hamzah yang begitu kecewa dengan tindakan UMNO Sabah yang melaungkan slogan 1 Malaysia, yang kononnya, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tetapi dalam masa yang sama telah bertindak ala Yahudi, meroboh rumah rakyat miskin di Parlimen Batu Sapi seperti Kg Lupak Meluas, Kg Sundang dan Kg BDC.

Berlainan dengan Lim Guan Eng, sekalipun digambarkan jijik oleh media arus perdana tunggangan UMNO, beliau telah membela tanah-tanah mukim seperti Kampung Mutiara dan Kampung Cetti (di Batu Feringghi), Kampung Sungai Tumai, Kampung Dodoi, Kampung Sungai Pinang, Kampung Pokok Asam, Tanah Jelutung, Jalan Lembah Permai, Kampung Said @ Koci (di Kelawai) dan Tanah Tanjung Tokong.

Tindakan Kerajaan Pakatan rakyat yang lebih prihatin dan mesra setinggan dan kerakusan pemimpin Barisana Nasional yang menjadikan golongan miskin sebagai alat mengaut keuntungan politik dan kemewahan hidup patut menjadi kayu ukur kepada rakyat dalam memilih kepimpinan negara.

Hj Hamzah menyeru dan merayu supaya rakyat Sabah bangkit menghukum dan menjulang kuasa rakyat dalam pilihanraya ke 13 nanti. Pakatan Rakyat mesti diberi peluang sekalipun sepenggal pilihanraya untuk memerintah Malaysia bagi membersihkan noda-noda Barisan Nasional seterusnya menyelamatkan Malaysia.

Pengundi Sabah, kata Hj Hamzah harus membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Sabah menjadi penentu kepada sesebuah kerajaan Persekutuan sepertimana rakyat Sabah telah menyelamatkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya umum ke 12 lalu!

Oleh: FAIZAL OKADAU (sabahkini)

RAKYAT DAH CERDIK.....

Zahid Hamidi fitnah, bohong - Anwar
Written by Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Kegagalan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini.

Katanya, tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.

“Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menambah, pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.

“Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera,” ujarnya.

Mereka, katanya menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil.

“Oleh demikian, saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu,” katanya lagi.

Menurutnya, hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

AHLI PAS AKAN DI AMBIL TINDAKAN

YDP Pas Tanjung Mahu Tindakan Displin






Inbox

X








)

En Yaacob YDP Pas Kawasan Tanjung menjelaskan bahawa isu ahli pas halang kereta Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dalam Sinar harian Sabtu 21 Ogos adalah ahli pas yang ada masalah akhlak , tidak ada moral.Mereka ini adalah merupakan ahli pas berkepentingan peribadi.


Ada segelintir ahli kawasan Pas Tanjung yang sudah dikenal pasti melanggar disiplin parti Pas .Nama nama mereka akan dimaklumkan kepada Badan Perhubungan Pas Negeri dan seterus Pas Pusat untuk diambil tindakan displin sewajarnya mengikut undang-undang Parti Islam Semalaysia.

Mereka ini agen UMNO ...........
Ahli Pas halang kereta Ketua Menteri dalam program bertemu rakyat dan majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Rawa adalah Arif Ibrahim.

..................................
Ahli Pas halang kereta Guan Eng


GEORGETOWN - “Lim Guan Eng langsung tidak mahu pandang ke arah saya ketika saya memintanya beri perhatian untuk selesai masalah tanah perkuburan di Masjid Jelutong.

“Apabila saya berpeluang menjerit ke arahnya sebaik sahaja tingkap keretanya diturunkan, saya lihat dia memalingkan mukanya ke arah lain seolah-olah tidak mahu mendengar,” kata Arif Ibrahim.

Menurutnya, beliau bersama seorang rakannya nekad untuk berjumpa Guan Eng setelah mengetahui Ketua Menteri akan menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Rawa petang Rabu lalu setelah beberapa usaha sebelum ini untuk mendapatkan bantuannya tidak berhasil.

Arif, ahli Pas kawasan Tanjong, berkata masalah itu sudah berlarutan beberapa tahun tanpa ada penyelesaian selepas pemerintahan Pulau Pinang diambil alih oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 2008.

“Sebelum ini tanah Lot 21 dan 22 yang akan dijadikan tanah perkuburan tambahan untuk kariah Masjid Jelutong hampir diselesaikan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN). Tetapi apabila PR ambilalih, perkara ini seolah-olah cuba dilengahkan.

“Terkini, saya dapat tahu tanah itu sudah dimiliki oleh sebuah syarikat dan akan dibangunkan dengan projek pembangunan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Menurutnya, beliau memang merancang untuk menyekat kereta Guan Eng untuk meluahkan rasa tidak puas hati atas sikapnya yang enggan membantu menyelesaikan masalah itu demi keperluan masyarakat di kawasan berkenaan.

“Kejadian ini berlaku begitu pantas, kira-kira satu atau dua minit sahaja. Sebaik sahaja nampak kereta Guan Eng membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke Lintang Kampung Rawa, saya cuba menahan keretanya tetapi pemandu enggan berhenti.

“Apabila kereta itu bergerak perlahan ketika berselisih dengan sebuah lori dari arah bertentangan, saya melompat ke atas bonet kereta dan menutup cermin bahagian pemandu dengan kertas kadbod untuk menghalang penglihatannya supaya dia terus berhenti,” katanya.

Arif berkata, Guan Eng kemudian menurunkan cermin kereta dan ketika itu, beliau (Arif) terus meluahkan rasa marah kerana isu itu belum dapat diselesaikan.

“Saya rasa puas hati dapat menyuarakan apa yang terpendam selama ini kepada Guan Eng walaupun dalam tempoh singkat setelah diseret ke tepi oleh anggota polis untuk membolehkan kereta Guan Eng bergerak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap tindakannya itu akan membuka mata Guan Eng dan Kerajaan Negeri untuk sama-sama membantu menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira kaum atau keturunan.

“Semua masalah rakyat mesti diselesaikan tanpa mengira ia melibatkan orang Melayu, Cina atau India,” katanya.

Difahamkan, selepas insiden itu, Guan Eng meneruskan programnya untuk berbuka puasa dengan jemaah di masjid berkenaan. Bagaimanapun, Guan Eng dinasihatkan agar pulang lebih awal bagi mengelak perkara tidak diingini.

TAWAN BUKIT BENDERA

Pakatan Rakyat Erat Parlimen Bukit Bendera PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera
Aug 22, 2010 at 08:13 AM
Isu Pakatan Rakyat PR dikatakan retak tidak timbul di parlimen Bukit Bendera.Ini terbukti perhubungan perpaduan diantara pimpinan PAS dan DAP.Terbukti berpadu,berubah dan berkat.Memimpin Perubahan Menjana Kemenangan.Tidak seperti BN berkelahi sampai sekarang antara UMNO dengan Gerakan di kawasan Bukit Bendera.BN bukan pembela rakyat.
YB.Liew Chin Tong diapit oleh 2 tokoh pas Kawasan parlimen Bukit Bendera.TYDP Saiful Lizan Md Yusoff dan YDP Hj Halim Salleh di rumah NYDP Hj Jamaludin di Batu Feringhi.



Kedatangan Ramadhan tahun ini YB.Liew Chin Tong setulus ikhlas memberi sumbangan buah kurma kepada Pas Cawangan Batu Feringhi untuk diberikan kepada masyarakat khasnya di kawasan tersebut.
Ketua Cawangan Pas Batu Feringhi Hj Jamaluddin menerima sumbangan dari YB.Liew Chin Tong .
Ketua Muslimat PAS Kawasan Bukit Bendera Puan Zarina dan Ajk Muslimat turut hadir raikan tokoh pimpinan parlimen bukit bendera yang amat hormati.
YB.Liew Chin Tong NYDP PAS Bukit Bendera memberi sedikit maklumat bagaimana sumbangan buah kurma ini akan diagihkan kepada kumpulan sasaran iaitu golongan miskin yang terdapat di sini.
YB.Liew Chin Tong TYDP PAS Bukit Bendera memberi pandangan dan menyusun kaedah penyerahan kurma kepada masyarakat setempat.
Picture 247 Lawatan masuk kampung Mutiara dimana salah seorang yang ditemui ialah abang kepada tokoh penceramah terkenal ust Sahul Hamid.

YDP Pas Bukit Bendera turut hadir dalam lawatan Kampung Mutiara dan dibelakang adalah Ajk Pas Cawangan Batu Feringhi.

AWAS.. JUAL MAJALAH KARTOON KENA AKTA HASUTAN

Pengedar buku, yang pada awalnya disiasat bawah akta mesin cetak dan penerbitan, semalam menyedari bahawa beliau sebenarnya turut menghadapi siasatan bawah akta hasutan.

Mei lalu, dalam lawatan polis ke kedainya, Hawee Othman diberitahu pihak berkuasa bahawa beliau disiasat bawah akta mesin cetak kerana menjual penerbitan tanpa permit.

Menurut Hawee, polis merampas empat salinan buku kartun Isu Dalam Kartun karya Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar (kanan).

Hawee memberitahu, beliau cuba mempertahan diri dengan menunjukkan nombor penerbitan tetapi diberitahu alasan lain bahawa majalah itu "mungkin dirujuk kepada seseorang".

Bagaimanapaun, beliau bingung apabila tuduhan terhadapnya ditukar kepada Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang mana beliau dipanggil memberikan ketengan di ibu pejabat polis daerah Segamat semalam.

"Apabila saya tanya pegawai berhubung pertukaran itu, merekamemberitahu hanya mengikut perintah," dakwanya lagi.