








PERMATANG PAUH-Exco kerajaan negeri mengedarkan risalah untuk tatapan orang ramai. Risalah berhubung dengan apa yang telah di buat oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat adalah untuk pengetahuan umum.
KUALA LUMPUR, 10 Mac — Susulan siri pemimpin Pakatan Rakyat ditemu siasat oleh polis sepanjang bulan lalu, kini giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siri ceramah yang dihadirinya di seluruh sejak kebelakangan ini.
Difahamkan polis akan mendapatkan keterangan daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat berhubung empat ceramah setakat ini.
The Malaysian Insider difahamkan Anwar akan disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung laporan-laporan polis yang dibuat di Batu Maung, Kepala Batas, Kg Baru dan Kubang Semang.
Anwar lazimnya mengambil ceramah perdana yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat ataupun diadakan oleh parti komponen ikatan itu.
Biasanya beliau menyentuh pelbagai isu termasuk soal kredibiliti institusi perundangan dan kehakiman, jet enjin, kes wanita Mongolia yang dibunuh empat tahun lalu, tuduhan liwat kedua yang dilalui beliau sekarang serta polemik penggunaan kalimah “Allah”.
Setakat ini, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang telah diambil keterangan berhubung ceramah mereka ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS.
Anwar yang juga Penasihat PKR akan direkod kenyataan oleh pihak polis di ibu pejabat parti itu pada pukul11 pagi esok
Sivarasa dan Salahuddin, masing-masing Ahli Parlimen Subang dan Kubang Kerian telah diambil keterangan berhubung dakwaan membuat kenyataan
berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Pulau Pinang awal bulan lalu.
Kedua-dua mereka disiasat di bawah Akta Hasutan.
Salahuddin berkata, polis menyoal siasat beliau berhubung ucapannya berkaitan dengan isu kalimah “Allah” tetapi enggan menjawab soalan mereka dengan menegaskan haknya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
Sivarasa, wakil rakyat Subang pula berkata, beliau disiasat kerana menyentuh perbicaraan kes liwat Anwar yang sedang berjalan sekarang.
KUALA LUMPUR : Mantan Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Kalakau Untol mengumumkan penyertaan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) 28 Februari lalu, iaitu 10 hari selepas meninggalkan Barisan Nasional (BN).
Perkara itu, diumumkan beliau di depan ribuan rakyat pelbagai kaum, di Sabah dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Penasihat Dap, Lim Kit Siang.
Dalam ucapannya, mantan Ketua Pemuda Upko selama 12 tahun berturut-turut itu menjelaskan, bahawa tujuannya menyertai PKR dan Pakatan Rakyat adalah disebabkan pentadbiran negeri itu tidak terurus sejak Umno dan BN memerintah Sabah sejak 1994.
"Selain itu, wujud isu pencerobohan gereja yang gagal ditangani oleh pemerintah BN," tambah beliau.
Kalakau yang juga bekas Senator memberitahu, bahawa beliau akan bergerak lebih aktif lagi selepas ini, termasuklah mengadakan siri penjelajahan ke seluruh bahagian di Sabah bagi menjelaskan isu-isu penting termasuk hak royalti kempen 'Minyak untuk Sabah' dan isu kempen 'Fitnah 2' yang kini dilemparkan ke atas Anwar.
"Ini bukan lagi masa berbulan madu, ini masa untuk kita semua bangun melaksanakan agenda perjuangan PKR, rakyat ingin berubah dan selama ini Umno-BN tidak pernah berubah," katanya dalam majlis yang berlangsung di Tuaran Sabah pada malam 28 Februari lalu.
Bekas Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) turut merangka program khas pada April depan dengan mengundang Ahli Parlimen (MP) Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menerangkan isu berkaitan Petronas dan royalti minyak yang sepatutnya dinikmati negeri Sabah.
Turut serta di majlis itu, pimpinan Pakatan Rakyat negeri Sabah termasuk Ketua Penerangan Pas, Hishamuddin Sulaiman dan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Hj Ansari Abdullah dan Pengerusi DAP Sabah, Dr. Hiew King Cheu.
Berikut ialah sebahagian Pimpinan BN yang Keluar parti bersama ribuan penyokong masing-masing sejak setahun lalu (sekadar menyebut beberapa nama).
Berikut pula ialah bekas pemimpin BN yang pernah menjawat jawatan menteri dan bertaraf pimpinan tertinggi yang berhijrah menyertai PKR setakat ini.