RADIO LAMA ....RADIO BUROK NI TAK LEH PAKAI DAH....UMNO PATUT BUANG JA...MANA DIA TAU ANGKA ANGKA DAN KAJIAN MANA DIA DAPAT..

 

Rahim Thamby Chik dakwa Umno tak akan menang lebih 50 kerusi




Abdul Rahim Thamby Chik berkata Umno ibarat ‘sebuah rumah besar namun sudah buruk, berlubang, dipenuhi anai-anai dan sukar untuk dibaiki’. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Veteran politik, Abdul Rahim Thamby Chik, mendakwa Umno tidak akan menang lebih 50 kerusi memandangkan berlaku perubahan “mindset” orang kampung yang muak memandangkan parti itu berdepan masalah dalaman termasuk kes mahkamah melibatkan pemimpinnya.

Bekas ketua menteri Melaka itu berkata, sebagai orang lama dalam politik, beliau melihat Umno ibarat “sebuah rumah besar namun sudah buruk, berlubang, dipenuhi anai-anai dan sukar untuk dibaiki”.

“Dengan masalah dalaman, perpecahan dan rahsia bagaimana pemimpinnya menipu rakyat yang didedahkan secara undang-undang dan dalam mahkamah, orang dah muak.

“Pada perhitungan saya, selepas mendengar pandangan daripada sahabat, bacaan-bacaan…‘mindset’ orang kampung berubah. Bila ada media sekarang
menghuraikan bagaimana kelakuan, perangai, watak pemimpin Umno, saya rasa kali ini mereka (rakyat) akan berhijrah,” katanya menurut Astro Awani.

Dalam laporan hari ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Umno terdesak mengadakan pilihan raya umum kerana sedar sokongan pengundi Melayu baginya menjunam dalam tempoh Ogos hingga September sahaja.

Katanya, berlaku peralihan sokongan Melayu 9% selepas bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan, selain susulan pendedahan isu kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam pada itu, mengulas kerjasama Bersatu dan parti lain, Rahim berkata, kerjasama politik seharusnya dimeterai sebelum pilihan raya, namun dakwanya, parti yang berbincang dengan Bersatu hanya “sibuk” dengan jawatan.

Katanya, perbincangan yang hanya berkisar kepada jawatan itu membuatkan kerjasama ingin dijalinkan sebelum pilihan raya gagal.

“Saya yakin kalau Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu ‘go alone’ (bergerak sendiri), kita boleh ambil risiko ini sebab kita tidak terhutang sangat kepada suasana yang mengecewakan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Rahim turut memberi bayangan akan membuat kemunculan semula, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) atas tiket Bersatu.

“Saya akan bertanding di (Parlimen) Hang Tuah Jaya, mungkin…kalau jadilah,” katanya yang yakin rakyat Melaka masih mengingati jasanya ketika mentadbir negeri itu.

TAMBUN NI TAK PAYAH ANWAR- BAGI DUA TIGA LAPIS LAGI -LETAK ORANG MUDA JA BOLEH MENANG.KESIAN DEKAT DIA TAK BOLEH NAK LENA MENGELUPUR DENGAR NAMA ANWAR SITU..KAH..KAH..KAH

 

‘Tambun ada pengkhianat besar’, DAP pelawa Anwar tanding di Perak.




Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yakin Anwar Ibrahim akan menang dan membantu PH merampas semula kerajaan negeri itu.

PETALING JAYA: DAP Perak mempelawa Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen negeri itu kerana ketokohan presiden PKR amat diperlukan untuk membantu Pakatan Harapan (PH) merampas semula Perak.

Pengerusinya, Nga Kor Ming, berkata berdasarkan rekod tiga pilihan raya umum (PRU) lalu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti bertanding amat tipis dan seimbang.

“Jika beliau datang, saya yakin bukan saja beliau akan menang, tetapi akan membantu kita memenangi semula kerajaan Perak. Jangan lupa, Perak sudah tiga penggal 50-50,” katanya menurut Sinar Harian.

Nga turut mencadangkan Anwar bertanding di kerusi disandang ‘pengkhianat’ PH, iaitu Parlimen Tambun yang diwakili Ahmad Faizal Azumu.

“Anwar kata dia nak bertanding di kawasan pengkhianat. Jangan lupa di Tambun ada pengkhianat yang cukup besar, mana dia bertanding, saya tunggu saja,” katanya.

Beliau berkata, DAP tidak menetapkan lokasi khusus untuk Anwar bertanding, sebaliknya pelawaan itu untuk memberi kelebihan kepada Perak, jika pengerusi PH itu menjadi perdana menteri.

AKU RASA AKU TAU KOT SYARAT - PERTAMA JANGAN MAIN 2 KOLAM KEDUANYA JANGAN TAMAK KERUSI DAN KETIGANYA KERUSI MELAYU HARUS DIBAHAGI SAMA BANYAK. JANGAN KAWASAN UMNO NAK MASUK ..KAWASAN PAS UMNO TAK BOLEH ..INGAT WAK BARU BERPOLITIK KA ?EEEEH...TEDIAAA AIHHHH NO...AGAK AGAK SAJA..TAPI BOLEH JADI LA....

 

Umno kembali runding kerjasama PRU15 jika PAS penuhi 3 syarat, kata Zahid.




Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata permuafakatan Umno dan PAS kekal di ‘takuk lama’ jika tiada keputusan rasmi daripada parti itu. (Gambar Bernama)

ALOR GAJAH: Umno akan kembali ke meja rundingan dengan PAS berhubung kerjasama dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika parti itu memenuhi tiga syarat ditetapkan, kata presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, tiga syarat itu sudah dikemukakan kepada PAS ketika beliau bertemu presiden parti itu, Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Ditanya apakah tiga syarat tersebut, Zahid berkata:”Saya telah nyatakan itu (kepada PAS), lebih baik saya tidak menyebutkannya.

“Mereka (PAS) mengetahui syarat-syarat itu dan kalau mereka memenuhi syarat-syarat itu baharu rundingan boleh dilakukan dengan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutup “Boot Camp” BNComms.

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, permuafakatan antara Umno dan PAS untuk menghadapi PRU15 akan “kekal di takuk lama” jika tiada keputusan rasmi daripada PAS.

“Selagi PAS tidak membuat keputusan secara rasmi selagi itu kita tidak dapat merungkaikan apa juga isu dan perkara-perkara yang menjadi perbezaan antara kedua-dua parti,” katanya.


DI PAHANG SIAP KEMPEN LAGI KERAJAAN MELAYU ISLE MENJELANG PRU 15- TAPI DOK JOGET DEPAN MATA TAK RASA NAK TEGUR..,TEBANG HUTAN JANGAN CERITA LA...JALAN BERLOBANG BIASA....KAH..KAH..KAH..

 

Khutbah Jumaat tak patut sentuh politik




Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata khutbah Jumaat bertujuan merungkaikan soalan berbangkit dalam masyarakat bukan digunakan bagi tujuan kempen parti tertentu. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Khutbah Jumaat yang menyentuh isu politik terutama dilihat condong ke arah kepartian tertentu tidak sepatutnya berlaku di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

“Jika isu membabitkan politik yang berat sebelah (bias) kepada kepartian parti tertentu ia tidak sepatutnya berlaku dalam khutbah Jumaat.

“Khutbah Jumaat adalah untuk merungkaikan soalan berbangkit dalam masyarakat kita. Tetapi sekiranya digunakan untuk tujuan kempen parti tertentu yang tidak ada maslahah umum kepada masyarakat ia tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian program Hari Sayidatina Khadijah peringkat Parlimen Pengkalan Chepa di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai warga maya yang mempersoalkan ada masjid yang didakwa memasukkan isu politik dalam khutbah Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk menegaskan perkara itu akan diserahkan untuk tindakan kerajaan negeri masing-masing bagi penelitian lebih lanjut.

TANPA PENGALAMAN PH BERJAYA TURUNKAN INDEKS RASUAH




Semua menteri yang dilantik pada ketika kerajaan Pakatan Harapan dahulu tidak ada pengalaman mentadbir negara. Tetapi kita berjaya menurunkan indeks rasuah, ini menunjukkan kejayaan besar Pakatan Harapan memerangi rasuah. Sekarang kita sudah ada pengalaman dan kita yakin boleh mentadbir negara dengan lebih baik selepas PRU-15 nanti.

#PakatanHarapan

#AmanahProgresifPeduli
#AmanahUntukMalaysia

METOS

 

Banjir dia kata mitos? Ini orang ke alien? Dia baru sampai planet bumi ke?

Dia sendiri sebut, kalau banjir kerajaan caretaker boleh uruskan banjir. Bermakna dia arif yang rakyat akan terkesan kerana banjir. Tetap dia nak baur PRU juga. Dia ni ada hari perut ke tidak?

Tok Mat hari tu puas bekap cakap UMNO pun ada perikemanusiaan juga. Tapi kenyataan Zahid ini membuktikan sebaliknya. UMNO memang pembuli. Siksa rakyat kalau UMNO terus berkuasa. Guane boh?

Raja Gelap






HILANG BILLION BILLION BUKAN SEBAB PENJAJAH TAPI DISAKAW ORANG POLITIK


 

KITA TUMBANGKAN BN/PN


 

ELOK AAA...DAH JADI MENTERI NI CUBA LAH CAKAP DALAM PARLIMEN ATAU USULKAN DIMANA YANG SESUAI...


JAMZURI ARDANI


Sebab apa bila dah jadi Menteri dia tak berani nak cakap benda nie?

Sebab dia tahu ... kalau kerajaan haramkan DAP ... apa lagi modal

politik PAS yang tinggal untuk nak kelentong rakyat?

Sagonista!!!





TUUU DIAAA ORANG NAK MENIAGA TAK BOLEH ...KONSERT BOLEH PULAK ??? BIAQ BETOIIIIII NIIIIII???? ....AWAT LAGU TUUUUU ?????....NAHHH HAIHHH....


 

SHOUQI TOPOI KEDAH


Tudiaaa Ha....Wey Mb,Wey Exco Agama,Weyy Ostaz-ostaz Apa Dah Jadi Ni???

Lokasi Dekat Dengan Masjid Zahir Dan Betul-betul  Depan Pagar Pejabat Agama Islam Negeri Kedah...

Sebelum Ni Orang Nak Berniaga Dan Lepak D Dataran Bandar Alor Setar Hampa Bagi Alasan Macam-macam..Tapi Konsert Terkinja-kinja Lelaki Dan Perempuan Hampa Ok Saja....

 

TU DIAAA TUAN TUAN- KALI INI LEBIH DASYAT BERHADAPAN MASJID. INI LAH PEMERINTAHAN YANG DIKATAKAN NEGERI YANG DIKUASAI PAS. TAPI PAK LEBAI SASARKAN PENANG SANA...PENANG BUKAN NEGERI ISLAM...TAPI LIHAT INI JELAS TUAN TUAN SEMUA..PAS GAGAL DALAM MENTARBIAH RAKYAT DINEGERI YANG DIPERINTAH MEREKA..SAMA SAJA TUAN TUAN DAN PUAN PUAN...MEREKA HANYA PANDAI BERCAKAP TETAPI TIDAK MELAKSANAKANNYA...DAP PUN BUAT KONSERT ..TAPI DI TEMPAT TERTUTUP DALAM DEWAN ATAU STADIUM TUAN TUAN...






 

KENYATAAN PEROSAK NEGARA JANGAN IKUT

 

Saban hari ada saja kenyataan kelakar yang ditutur oleh ahli politik. Contohnya hari ini, komentar dari Timbalan Ketua Penerangan GTA (Gerakan Tanah Air, bukan Grand Theft Auto) yang mereka perlu menang PRU bagi kembalikan kestabilan politik.

Apa yang kelakarnya, dia mengatakan yang GTA bergerak bersama NGO dan individu yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Kononnya parti politik atau dipanggil kartel politik, menyebabkan politik negara tidak stabil (https://bit.ly/3dSRvaa).

Kalau GTA menang, yang akan jadi PM nanti adalah Mahathir. Apa Mahathir tu bukan orang politik ke? Dalam GTA pun ada beberapa parti politik termasuk Pejuang, parti yang diasaskan oleh Mahathir. Dia ni faham ke tidak apa yang dia sendiri katakan ni?

Mahathir bukan setakat ahli politik. Bahkan dialah yang merosakkan politik negara. Sewaktu dia jadi PM lah rasuah tumbuh mekar di negara ini. Dia juga yang mengasaskan kronisme. Bahkan bapa segala perasuah, Najib Razak, dipilih oleh Mahathir sendiri untuk jadi PM.

Kestabilan politik negara ini lebur kerana perbuatan Mahathir yang mengundang katak dari UMNO untuk melompat ke dalam PPBM. Dan kalau dia tak letak jawatan untuk jadi PM semula, kita takkan berdepan dengan situasi kegawatan politik seperti sekarang.

Kemudian dia sentuh pula tentang DS Anwar yang dikata sanggup bekerjasama dengan parti yang telah ditolak oleh rakyat (UMNO) demi untuk jadi PM. Dia mungkin tinggal di gua sampai tak baca yang DS Anwar tolak sokongan kluster mahkamah demi menjaga prinsip.

Tapi dia tak cerita tentang rakaman audio yang Mahathir mahukan sokongan UMNO selepas PPBM keluar dari PH untuk jadi PM semula. Dia tak ulas yang Mahathir kata mahu tawarkan jawatan kepada UMNO sebagai umpan sokong Mahathir untuk jadi PM lagi.

Dia sebut pula PH sanggup tandatangani MoU bersama UMNO. Tadi dia kata nak kestabilan politik kan? PH buat MoU dengan kerajaan untuk stabilkan politik Malaysia. Tapi kenapa tak suka? Dia nak yang macamana sebenarnya? Mabuk mamat ni.

Hakikat sebenar, GTA hanya debu jalanan yang tiada nilai. Cakap merapu dan perjuangan pun tak jelas. Tandus pemimpin sampai yang dah dekat sedekad umurnya pun nak dilantik jadi PM lagi. Orang yang khianat kerajaan sendiri pula tu!

Kalau ada terniat dalam hati nak sokong Pejuang ataupun GTA, lupakan sajalah. Sejujurnya, mereka akan bawa keburukan sama banyak dengan PPBM kerana mereka lahir dari rahim UMNO juga. Dasar parti mereka juga tidak berbeza. Kalau benci UMNO dan PPBM, maka tak logik kalau sokong GTA atau Pejuang. Guane boh?

Raja Gelap

 

Datuk Zaharin Dipecat Akan Bersama Dengan PH Untuk Kempen PRU15?



UMNO AKAN TERUS TENGGELAM KATA ZAHARIN

Kira-kira 14 jam sebelum MT Umno bermesyuarat malam tadi di sebelah paginya saya terjumpa sdr Zaharin Mohd Yassin di sebuah kedai mamak kesukaanya, di Seri Ramapai. Kami sempat minum bersama dan saya mengambil kesempatan meninjau pendapatnya berhubung hasil dan tujuan mesyuarat MT Umno malam nanti.

Selamba beliau menjelaskan mesyuuarat itu akan mendesak untuk memecat tiga pemimpin Umno, Ismail Sabri Yaakob, Annuar Musa dan Shiahdan Kassim. Saya tidak memberi reaksi lanjut dan percaya kepada apa yang dilapazkan Zaharin sebab dia mempunyai konteks rapat dengan pemimpin Umno.

Dan pagi ini setelah buka media sosial, berita pertama yang terbaca ialah mengenai pemecatan beliau daripada menjadi ahli Umno. Apa yang diketahuin itu agak bertentangan dengan apa yang beliau nyatakan pagi semalam. Mengejutkan.

Dalam keanyataan ringkas dengan pemecatan itu Zaharin memberi tahu dia tidak mengalami apa-apa kerugian.l Sebagai ahli Umno di zaman British beliau tetapi dengan cara dan prinsipnya. Beliau akan mengkritik para pemimpin Umno yang korup dan prinsip perjuangan untuk Melayu akan diteruskan.

Iya, dalam hal ini Umno ada kuasa untuk memecat Zaharin sebagai ahli. Tetapi dari satu sudut kalau Umno khasnya para pemimpinnya mengenal hati budi Zaharin, tindakan memecat itu tidak memberi kesan yang diharapkan. Kerana beliau akan tetap bercakap seperti apa yang beliau cakapkan sebelum ini. Pemecatan itu bukian hakl memelikkan. Zaharin pernah melalui episod itu.

Sebenarnya, penglihatan Zaharin dengan Umno lebih awal berbanding dengan beberapa pemimpin Umno yang ada kini, termasuk Zahid Hamidi, Ismail Sabri Yaakob dan lain-lain. Baginya Umno adalah segala-galanya, ia bukan sahaja menjadi sebuah rumah, istana tetapi ia juga adalah "setesen bas" buatnya.

Sebelum menititik catatan ini saya ingin petik apa yang Zaharin preditkan dengan pemecatan itu dan juga suasana dalam Umno kini, bahawa parti itu akan terus tenggelam dan lenyap selepas ini. Trims.

 


Langkah Pendekar.


Sudah menjadi adat, penyandang jawatan utama dalam parti pasti akan bertanding di kerusi yang dianggap selamat kerana mereka mahu ada dalam kerajaan seandainya parti mereka menang.

Contohnya Timbalan Presiden UMNO. Selama ini bertanding di DUN. Bila nak tanding parlimen, terus pilih Rembau. Kenapa? Sebab Rembau kerusi yang selamat buat UMNO. KJ boleh cari tempat lain.

Begitu juga Najib. Mewarisi kerusi arwah ayahnya. Sekarang Najib dah jadi banduan, anaknya pula nak bertanding di Parlimen Pekan. Hadi sendiri pun tak berani nak bertanding selain dari di Marang.

Tapi tidak bagi DS Anwar. Beliau tak pernah takut nak berdepan dengan sesiapa, di parlimen mana sekalipun. Dari Permatang Pauh ke Port Dickson. Dan kali ini, mungkin di Ampang atau Gombak.

Beliau sendiri memilih untuk berdepan dengan para pengkhianat. Sedikit pun tak risau walaupun yang bakal dihadapi nanti seorang menteri. Yang penting para pengkhianat ini perlu diberikan pengajaran.

Rasanya Zahid berani tak nak lawan Mahiaddin di Pagoh? Hadi berani tak berdepan dengan Abg. Mat di Bukit Raja? Jangan haraplah. Cabar orang lain bertanding di kerusi dia beranilah.

DS Anwar ini baru betul pendekar. Tak payah beliau nak melaung macam seorang tu konon pendekar Bugis. Tapi penakutnya Na'uzubillah. Tindakannya jelas mencerminkan siapa DS Anwar sebenarnya.

Tapi aku tak fikir akan berlaku pertembungan antara DS Anwar dengan Azmin atau Zuraida. Aku berani kata dua ekor pengkhianat itu pasti awal-awal lagi akan pilih tempat lain yang mereka rasa selamat.

Mungkin nanti Azmin umumkan tempat bertanding akhir sekali. Atau mungkin juga hari pencalonan baru tahu di mana dia bertanding. Sebab takut DS Anwar ikut dia. Dasar pengecut, begitulah.

Pemimpin seberani DS Anwar adalah apa yang kita perlukan untuk mengangkat negara ini semula di persada dunia setelah dimalukan akibat perbuatan jahat dan keji Najib Razak yang ketahui umum.

Sungguh aku sendiri tak menyangka DS Anwar akan ambil tindakan begini. Tapi aku bangga dan sokong serta memberikan aku keyakinan yang aku telah memilih pemimpin yang tepat. Guane boh?

Raja Gelap

 


KEH..KEH...INGAT UMNO NAK DOK DIAM KE...PH PUN TAK DUDUK DIAM....LEBAI...MANA KAJIAN YANG MENYATAKAN PAS BOLEH MENANG LAGI >

 

Rakyat Terengganu masih mahu kami, kata PAS






Setiausaha PAS Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah yakin PAS
 Terengganu mampu menang lebih banyak kawasan pada PRU15 jika
 strateginya tepat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS Terengganu yakin mampu mempertahankan 22 kerusi DUN dan membentuk kerajaan berdasarkan “mood” atau sentimen rakyat negeri itu setakat ini,

Setiausaha PAS Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, meskipun bakal bertembung dengan Barisan Nasional (BN) yang bergerak solo dan menolak Muafakat Nasional (MN), pihaknya tidak gentar kerana yakin rakyat masih bersama parti itu, berdasarkan penilaian pihaknya.

Wan Sukairi, yang juga ADUN Wakaf Mempelam, mendakwa PAS mampu menang lebih banyak kawasan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) itu jika strateginya tepat.

“Sasaran kita, kekalkan kerajaan Terengganu PAS dengan kemenangan dua pertiga, kita telah buat persiapan. Jentera hanya menunggu pilihan raya umum berlangsung sahaja,” katanya kepada FMT.

Wan Sukairi berkata, pada asasnya, PAS akan mempertahankan 22 kerusi manakala baki 10 lagi yang disandang BN masih belum diputuskan.

Berhubung kerjasama dengan BN menerusi Umno, Wan Sukairi berkata, pintu rundingan masih terbuka walaupun pemimpinnya berulang kali menegaskan mahu bergerak solo dengan meletak semua calon di 32 kerusi DUN dan enam Parlimen.

“Kita akur sahaja, jika PAS pusat kata kita masih bersama Umno dalam MN dan perteguh Perikatan Nasional (PN), persediaan sama sahaja, sama ada dengan mereka atau sebaliknya.

“Kalau bertembung BN pun kita sedia dan tidak boleh tolak,” katanya yang masih berharap ada jalan penyelesaian untuk kerjasama dengan Umno.

Berhubung keyakinan Umno merampas semula Terengganu susulan kegagalan PAS menyelesaikan pelbagai isu, Wan Sukairi berkata, pihaknya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai keberkesanan PAS dalam berkhidmat.

Beberapa isu pokok yang menghantui rakyat negeri itu, seperti bekalan air dan pengurusan sampah, katanya, telah ditangani dengan baik oleh kerajaan PAS Terengganu.

“Isu air dan sampah kita telah tangani dengan baik. Cuma ada perkara lain yang memerlukan penyelesaian jangka panjang … biasalah, siapa jadi kerajaan akan berhadapan isu sama juga,” katanya.

Di samping itu, menurut Wan Sukairi, 90% daripada 20 janji dalam manifesto PAS Terengganu pada PRU lepas telah ditunaikan, manakala bakinya akan dilaksanakan menjelang PRU15. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan janji-janji yang telah ditunaikan PAS itu.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan memperlekehkan mana-mana pemimpin lawan, termasuk bekas menteri besar Ahmad Said yang dipilih sebagai “poster boy” BN Terengganu.

“Saya tak perlu kata itu sebagai cabaran sebab semua orang kenal siapa Ahmad Said. Semua orang (juga) kenal siapa menteri besar PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Biar rakyat menilai, mereka tahu siapa lebih bagus. Kita serah kepada rakyat,” katanya.

Umno mahu PRU15 segera kerana sedar sokongan Melayu menjunam, kata Rafizi .jelajah Pulau Pinang





Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, PH mampu menubuhkan
 kerajaan jika memperoleh sokongan 30% pengundi Melayu, selain 80%
 pengundi Cina dan India.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Umno terdesak mengadakan pilihan raya umum kerana sedar sokongan pengundi Melayu baginya menjunam dalam tempoh Ogos hingga September sahaja.

Katanya, berlaku peralihan sokongan Melayu 9% selepas bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan, selain susulan pendedahan isu kapal tempur pesisir (LCS).

Peralihan itu sebenarnya “besar”, katanya, apabila mengambil kira peralihan sokongan Melayu sebanyak 5% yang menyumbang kepada kejatuhan lima negeri ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, manakala peralihan 7% menumbangkan kerajaan persekutuan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Awal September, selepas Najib masuk penjara, LCS dan ‘merpati’, saya macam tak percaya apabila tengok (kaji selidik) dan (saya) tunjuk kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR – ‘too good to true’.

“Peralihan sokongan Melayu kepada Umno menjunam 9% kepada 18% berbanding 27% pada awal Ogos. Peralihan 9% undi itu sebenarnya besar kerana ketika Umno-BN jatuh pada 2018, peralihan sokongan Melayu 7% sahaja,” katanya pada jelajah Trak Ayuh Malaysia di Pulau Pinang.

Rafizi berkata, Pakatan Harapan (PH) mampu menubuhkan kerajaan jika memperoleh sokongan 30% pengundi Melayu, selain 80% pengundi Cina dan India.

Katanya, kaji selidik dan wawancara yang dilakukannya setiap bulan sepanjang enam tahun lalu, membabitkan 2,500 pengundi yang dipilih secara rawak, bertujuan menilai sentimen pengundi.

Pada masa yang sama, beliau menafikan tuduhan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa PH takut berdepan pilihan raya segera, menyifatkannya sebagai tidak benar sama sekali.

“Sepatutnya Umno yang perlu takut buat pilihan raya kerana ramai pengundi Melayu yang akan terjejas akibat banjir,” katanya.

Jika pilihan raya umum ke-15 diadakan pada November, PH diyakini mampu menjadi blok paling besar yang akan “dijemput” membentuk kerajaan, katanya.

Pada 26 Ogos lalu, Zahid berkata, beliau tidak akan mengikut rentak pembangkang melengahkan PRU15 dan memberi peluang kepada mereka untuk menyerang Umno.

“Kita tidak akan ikut rentak pembangkang yang mahu melengahkan PRU15 agar mereka dapat menyusun strategi, mempelbagaikan propaganda, menambah serangan politik terhadap Umno.

“Kita dalam arus politik perdana sangat faham gelagat mereka. Jangan bagi ruang seinci pun kepada pembangkang dan sekutu mereka untuk memporak-perandakan Umno,” katanya di Facebook.

Pada 30 Sept, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, pihaknya telah mencapai kata sepakat bahawa Parlimen hendaklah dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

PH MENANG 115 PARLIMEN?

 

thecoverage.my
Tengku Razaleigh : Petronas Gives As Much As RM40 Billion To 'UMNO' Every Year Since 1970s - What Happened To All The Money ? - The Coverage
Tengku Razaleigh had publicly admitted in an interview that Petronas gives as much as RM40 billion to UMNO annually since the 1970s. Source : Dayak Daily Source : Lina Soo Facebook Razaleigh said Petronas makes RM90 billion profit every year, which with only about RM40 billion of it would have gener...


1. Mungkin sobat-sobat tertanya ngapain saya minat banget follow politik Malaysia.

2. Jujurnya rasa minat itu muncul bila Skandal 1MDB Pak Najib meletus seluruh dunia. I've been followed INVOKE since the biggest scandal been disclosed by Rafizi and his fellows MP Tony Pua. Other is from Sarawak Report by Clare Brown.

3 Justeru saya senang sekali bila Rafizi Ramli comeback kerna beliau berani, pintar dan bijaksana. Sosok tegas pendirian. Nga ngomong sembarangan tanpa data maupun bukti di tangan.

4. Pak Jokowi sendiri lantik 10 anak muda pintar dan profesional bertugas di Istana Presiden. Bantuin beliau dengan idea baru membangun negara bangsa Indonesia maju bermaruah serta dihormati dunia.

5. Pastinya saya bangga dengan Indonesia hari ini walau masih banyak harus diperbaiki dan Reform terusan dilaksanain. Masa kanker kronik bisa sembuh segera? Betul nga?

6. Nga menduga kanker korupsi Malaysia kayaknya worst than Indonesia during Pak Soeharto in power. Bagaimana ya UMNO partai Melayu tega merampok wang syarikat Petroleum negara sendiri lebih RM1.5 trilion. Shocking!!! Former Petronas chairman, Tengku Razaleigh discloses that Petronas gives RM40 bilion every year to UMNO since 1970s.

https://thecoverage.my/petronas-gives-as-much-as-rm40.../

7. Malang sekali orang Melayu jadi korban pembohongan dan penipuan pemimpin UMNO sendiri. Malaysia negara kaya hasil bumi tapi hari ini udah miskin angkara koruptor merampok kekayaan negara sendiri. Pemimpin kayak apa gini?

8. Doa saya supaya orang Melayu bisa insaf kerna kesilapan sendiri mengizinkan UMNO perintah lama banget. Lebih 6 desawarsa. Justeru pemimpin UMNO berani merampok kerna mereka yakin orang Melayu gampang dibohongin dengan janji palsu. Kamu nga pernah mahu belajar dari penderitaan kami warga Indonesia lebih 30 tahun bawah kuasa Presiden Soeharto. Berjuta warga migrasi ke luar negara khusunya Malaysia cari kerja.

9. Pemilu 15 peluang terakhir rakyat Malaysia laksana perubahan. You all must vote Pakatan Harapan led by Anwar Ibrahim.

10. My prediction (base on data) is PH will dominate 115 Parliament seats in Peninsula.

11. Please save your country. Nga bisa diizinkan lagi BN or PN kembali berkuasa. You know the consequences. BANKRUPT!!!

 

4 FAKTOR AGONG MUNGKIN TOLAK KEHENDAK UMNO BUBAR PARLIMEN

 

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, boleh menolak nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.

Pensyarah Undang-Undang dan Polisi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, menggariskan empat faktor yang boleh dijadikan asas kepada penolakan Seri Paduka untuk tujuan membubarkan Parlimen. 

Pertama, katanya, Perdana Menteri ketika ini tidak mewakili sebuah parti atau gabungan parti secara ‘solid'(kukuh), dengan amalan sebelum ini nasihat Perdana Menteri sudah dianggap mewakili Kabinet tanpa perlu dipersoalkan. 

“Namun kini, jika Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen, ia belum mewakili keseluruhan anggota jemaah menteri yang mewakili kerajaan. 

“Maka nasihat Perdana Menteri mungkin ditolak atas alasan ia tidak dibuat secara kolektif sedangkan Perlembagaan memberikan penekanan kepada konsep ‘tanggungjawab bersama’ sepertimana di bawah Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebab penolakan kedua pula, katanya sebagaimana keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat pengisytiharan darurat berteraskan kepentingan awam, maka tidak mustahil nasihat Perdana Menteri untuk pembubaran Parlimen juga ditolak berasaskan kepentingan awam. 

“Kepentingan awam boleh merujuk kepada beberapa faktor termasuklah ketidaksesuaian Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada musim tengkujuh dan faktor pembaziran jika PRU di peringkat Parlimen tidak berjalan serentak dengan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri.

“Faktor ketiga, tindakan Yang di-Pertuan Agong yang mungkin tidak membubarkan Parlimen serta-merta walau pun selepas dinasihati Perdana Menteri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah seperti peruntukan Perkara 32,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, faktor keempat penolakan pembubaran disebabkan rakyat terpaksa mengundi sewaktu musim tengkujuh dan PRU sebelum urusan belanjawan negara tidak disempurnakan dengan baik oleh kerajaan, serta risiko pembaziran akibat pilihan raya tidak serentak adalah satu langkah tidak popular dan bertentangan dengan sentimen umum rakyat. 

“Sebarang tindakan Yang di-Pertuan Agong yang selari dengan kehendak rakyat sukar dipersoalkan walau pun ia kelihatan luar biasa,” katanya.

Maka, mengambil kira empat faktor itu, beliau menjangkakan tidak mustahil nasihat pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri akan ditolak, jika ia benar-benar berlaku. 

“Adalah lebih baik bagi Perdana Menteri untuk mengutamakan keputusan Kabinet berbanding keputusan partinya. 

“Jika Yang di-Pertuan Agong pernah menolak nasihat Perdana Menteri dan Kabinet untuk mengisytiharkan darurat pada Oktober 2020, maka tidak mustahil baginda juga menolak pembubaran Parlimen jika dinasihati oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat ini,” katanya. 

Beliau mendakwa, sungguhpun Kabinet tidak setuju pembubaran dilaksanakan, namun tidak mustahil Perdana Menteri akan bertindak juga mengikut kehendak partinya yang mahukan Parlimen dibubarkan segera. 

Katanya, jika mengikut konvensyen Perlembagaan dan kefahaman peruntukan Perlembagaan secara literal iaitu Perkara 55(2), Yang di-Pertuan Agong perlu membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri di bawah Perkara 40. 

“Berbeza dengan pembubaran akibat hilang sokongan majoriti di bawah Perkara 43(4) dan 40(2)(b) yang boleh dilakukan atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong,” katanya. 

Dalam situasi pelbagai parti menguasai kerajaan negeri, katanya, maka langkah yang paling tepat ialah mewujudkan persefahaman dengan parti berbeza berkaitan waktu pembubaran Parlimen dan DUN.

Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/10/1006791/4-faktor-agong-mungkin-tolak-nasihat-pm-bubar-parlimen-dalam-masa