AKU RASA AKU TAU KOT SYARAT - PERTAMA JANGAN MAIN 2 KOLAM KEDUANYA JANGAN TAMAK KERUSI DAN KETIGANYA KERUSI MELAYU HARUS DIBAHAGI SAMA BANYAK. JANGAN KAWASAN UMNO NAK MASUK ..KAWASAN PAS UMNO TAK BOLEH ..INGAT WAK BARU BERPOLITIK KA ?EEEEH...TEDIAAA AIHHHH NO...AGAK AGAK SAJA..TAPI BOLEH JADI LA....

 

Umno kembali runding kerjasama PRU15 jika PAS penuhi 3 syarat, kata Zahid.




Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata permuafakatan Umno dan PAS kekal di ‘takuk lama’ jika tiada keputusan rasmi daripada parti itu. (Gambar Bernama)

ALOR GAJAH: Umno akan kembali ke meja rundingan dengan PAS berhubung kerjasama dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika parti itu memenuhi tiga syarat ditetapkan, kata presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, tiga syarat itu sudah dikemukakan kepada PAS ketika beliau bertemu presiden parti itu, Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Ditanya apakah tiga syarat tersebut, Zahid berkata:”Saya telah nyatakan itu (kepada PAS), lebih baik saya tidak menyebutkannya.

“Mereka (PAS) mengetahui syarat-syarat itu dan kalau mereka memenuhi syarat-syarat itu baharu rundingan boleh dilakukan dengan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutup “Boot Camp” BNComms.

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, permuafakatan antara Umno dan PAS untuk menghadapi PRU15 akan “kekal di takuk lama” jika tiada keputusan rasmi daripada PAS.

“Selagi PAS tidak membuat keputusan secara rasmi selagi itu kita tidak dapat merungkaikan apa juga isu dan perkara-perkara yang menjadi perbezaan antara kedua-dua parti,” katanya.


No comments: