TAMBUN NI TAK PAYAH ANWAR- BAGI DUA TIGA LAPIS LAGI -LETAK ORANG MUDA JA BOLEH MENANG.KESIAN DEKAT DIA TAK BOLEH NAK LENA MENGELUPUR DENGAR NAMA ANWAR SITU..KAH..KAH..KAH

 

‘Tambun ada pengkhianat besar’, DAP pelawa Anwar tanding di Perak.




Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yakin Anwar Ibrahim akan menang dan membantu PH merampas semula kerajaan negeri itu.

PETALING JAYA: DAP Perak mempelawa Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen negeri itu kerana ketokohan presiden PKR amat diperlukan untuk membantu Pakatan Harapan (PH) merampas semula Perak.

Pengerusinya, Nga Kor Ming, berkata berdasarkan rekod tiga pilihan raya umum (PRU) lalu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti bertanding amat tipis dan seimbang.

“Jika beliau datang, saya yakin bukan saja beliau akan menang, tetapi akan membantu kita memenangi semula kerajaan Perak. Jangan lupa, Perak sudah tiga penggal 50-50,” katanya menurut Sinar Harian.

Nga turut mencadangkan Anwar bertanding di kerusi disandang ‘pengkhianat’ PH, iaitu Parlimen Tambun yang diwakili Ahmad Faizal Azumu.

“Anwar kata dia nak bertanding di kawasan pengkhianat. Jangan lupa di Tambun ada pengkhianat yang cukup besar, mana dia bertanding, saya tunggu saja,” katanya.

Beliau berkata, DAP tidak menetapkan lokasi khusus untuk Anwar bertanding, sebaliknya pelawaan itu untuk memberi kelebihan kepada Perak, jika pengerusi PH itu menjadi perdana menteri.

No comments: