KHAS JAWAPAN UNTUK HISHAMUDIN- 80 ATAU 100 KERUSI

JANGAN SEKADAR HANTAR NOTICE- SAYA MAHUKAN KES DIFAILKAN DI MAHKAMAH- INI BUKAN TUJUAN KEMPEN.

KALAU ISTIHAR HARTA NAK TUNJUK KAYA ATAU KEBODOHAN - KAMU YANG TAK KAYA TAKUT APA NAK ISTIHAR HARTA ? KENAPA TAKUT PULAK ?

ANWAR CABAR SIASAT SEMULA JIKA TAK BETUL- DULU MASA JADI KERAJAAN KENAPA TAK SIASAT

AHLI MT UMNO TEGUR KJ, SEKARANG BUKAN MASANYA BERCAKAP NAK JADI PERDANA MENTERI

KHAIRY Jamaluddin sepatutnya fokus untuk menang kerusi Parlimen Sungai Buloh terlebih dulu sebelum bercakap tentang cita-cita menjadi perdana menteri, kata Johari Abdul Ghani.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata fokus perlu diberikan terlebih dulu kepada memenangi sebanyak mungkin kerusi daripada 222 kerusi yang ada pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Johari berkata menang pilihan raya bukan tugas seorang individu dan Barisan Nasional (BN) perlu bergerak sebagai satu pasukan dalam mencapai matlamatnya untuk menawan sebanyak kerusi yang boleh.

Beliau berkata BN perlu menubuhkan kerajaan bersama wakil rakyat yang ada kemampuan dan kredibiliti, dapat bekerjasama dan membangunkan semula ekonomi negara.

“Kalau ramai orang menyokong dia (Khairy menjadi perdana menteri), kenapa tidak?. Tak ada masalah.

“Tapi soalnya sekarang kita bukan bercakap soal perdana menteri, tapi kita bercakap tentang nak dapatkan 222 ahli Parlimen yang mempunyai kelayakan, kecekapan dan pengalaman untuk membangunkan semula ekonomi negara kita yang terjejas,” katanya dipetik daripada Berita Harian ketika kempen untuk kerusi Parlimen Titiwangsa hari ini.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata cita-cita Khairy yang juga menteri kesihatan untuk menjadi perdana menteri pada masa depan akan bergantung kepada PRU ini.

Selasa lalu, Khairy dalam satu ceramah di Sungai Buloh, menyatakan hasrat memimpin Umno dan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti, dan yakin impian itu mampu dicapai sekiranya beliau berjaya menawan kerusi Parlimen Sungai Buloh untuk BN.

Khairy sebelum ini memegang kerusi Rembau selama tiga penggal tetapi pada PRU15 beliau memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Khairy berdepan cabaran daripada calon Pakatan Harapan R. Ramanan, Ghazali Hamin (Perikatan Nasional), Akmal Yusoff (Pejuang), Ahmad Zukri Faisal (Parti Rakyat Malaysia) dan dua calon bebas.

Penyandang Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa yang memegang kerusi itu selama tiga penggal untuk PH, digugurkan daripada bertanding kali ini kerana masalah kesihatan. – 10 November, 2022.

ANWAR SELESAI JUMAAT TADI DI TERENGGANU

SAPA NAK BAIKI PINTU JAMBAN BOLEH PANGE

PESANAN UNTUK HADI AWANG- JADILAH ORANG BERAGAMA YANG BAIK DAN BUKAN PENYEBAR FITNAH

DARI TAMBUN UNTUK MALAYSIA

KELANTAN BERUBAH

KITA BOLEH- ISMAIL SABRI BUKAN LAH POSTER BOY UMNO YANG BOLEH DIHARAPKAN

KAMI POIHHH HATI KATA TIMBALAN PRESIDEN PAS

BANYAK BETOI TUGAS KHAS DIA

KEH..KEH..KEH...MACAM NI LA ORANG KATA TAK BOLEH AJAR- DIA SAMAN DIA BAYAR SAMAN- BILA KATA PONTENG PARLIMEN DIA KATA BUKAN SEKOLAH- JADI DUTA DOK DI MARANG..KAH..KAH..KAH....WOIIII...DUNIA KEBODOHAN NAK TERBALIK....

Dakwaan kerap ‘ponteng’ Dewan Rakyat, Hadi kata Parlimen bukan sekolah

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata beliau juga mahu memberi peluang kepada Ahli Parlimen muda partinya terlibat dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi alasan jarang hadir ke sidang Dewan Rakyat kerana mahu memberi peluang kepada golongan muda daripada partinya berbahas, selain beliau sendiri ada melakukan “tugas-tugas khas lain”, selain menjadi Ahli Parlimen.

Katanya, Ahli Parlimen muda PAS perlu diberi peluang terlibat dalam sesi perbahasan kerana setiap parti mempunyai kuota kehadiran masing-masing.

“Saya ditugaskan bukan sahaja di Parlimen, tapi ada tugas-tugas khas. Datang ke Parlimen ini bukan macam hadir ke sekolah, menteri-menteri pun lepas habis jawab soalan kembali menjalankan tugas.

“Saya sudah lama di Parlimen, banyak sesi saya terlibat… berhujah… dan kini saya beri peluang kepada Ahli Parlimen generasi baharu untuk terlibat dalam perbahasan,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau berkata, isu kehadiran ke sidang Dewan Rakyat dimainkan pihak lawan ketika kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak langsung menjejaskannya.

Pada PRU14, Hadi yang bertanding di Parlimen Marang menang dengan majoriti 21,954. Pada PRU15, beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di kawasan Parlimen sama.

Hadi memegang jawatan duta khas perdana menteri ke Timur Tengah semasa pentadbiran kerajaan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, pada 2 Apr 2020.

BODOH HANG TAPI ADA MARUAH. - HANG JANGAN IKUT RAZMAN TU- DIA BODO BERTINGKAT TINGKAT- DIA NAK BAGI ANWAR 5 JUTA-- HANG JANGAN IKUT LEBAI JIRAT CINA- KENA UGUT NAK SAMAN DIA TAK DENGAR AZAN-NAK DENGAR AZAN MACAM MANA DOK ULU BANAT PADANG SERAI SANA-HANG JANGAN IKUT BANG KHAI TU- DIA KAPIRKAN MASA PR DULU AKHIRNYA DIA JADI CALON UMNO- TU ORANG KATA FIKIR SEBELUM CAKAP.

‘Undi BN, PH masuk neraka’, pemimpin PAS mohon maaf

Ketua Pemuda PAS Sik Shahiful Nasir mengakui kenyataan dibuatnya menyinggung ramai pihak.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS memohon maaf susulan memberi amaran kepada pengundi akan “masuk api neraka” jika memilih Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH), berbanding Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Semalam, tular rakaman Ketua Pemuda PAS Sik Shahiful Nasir berhubung ucapannya itu.

Dalam video dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda PAS Sik, Shahiful mengemukakan permohonan maaf, sambil mengakui kenyataan dibuat menyinggung ramai pihak.

“Berkenaan syurga dan neraka bukanlah ditentukan hanya kepada penyokong BN dan PH, tetapi dia melibatkan secara umum yang melakukan kebaikan atau pun kejahatan. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada semua di atas kekhilafan yang ucapan yang telah saya sampaikan.

“Saya memohon untuk dihentikan segala bentuk sebaran video itu bagi menjamin keharmonian dan perlawanan PRU15, agar PRU kali ini medan yang bebas daripada isu perkauman dan agama yang melampau,” katanya.

Ucapan “menerakakan” pengundi itu mengundang kecaman ramai dengan warganet menyindir Shahiful yang dikatakan seorang ustaz.

WOII PUAD- TEROWONG BARU PERINGKAT KAJIAN PELAKSANAAN. PATUT HANG KALAH DAN TAK JADI CALON.BODO RUPANYA

‘LCS lewat Rafizi bising, terowong ghaib dia senyap’, kata Puad.

Akhir Ogos lalu, Puad Zarkashi mencabar Rafizi Ramli membongkar isu projek terowong dasar laut, susulan pendedahannya berhubung syarikat dikaitkan projek kapal LCS.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi mengkritik Rafizi Ramli kerana masih berdiam diri mengenai isu projek terowong dasar laut Pulau Pinang melibatkan bekas ketua menteri, Lim Guan Eng.

Akhir Ogos lalu, Puad mencabar Rafizi membongkar isu projek terowong dasar laut, selepas timbalan presiden PKR itu mendedahkan syarikat dikaitkan projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion yang lewat diserahkan.

Pada 1 Sept lalu, Rafizi berkata, beliau akan jawab cabaran Puad mengenai isu terowong dasar laut Pulau Pinang yang masih ghaib hingga kini.

“Sekarang sudah masuk dua bulan. Masih tak jawab juga. Dia sebelum ini dengan angkuh kata, saya bagi bola tanggung, jawablah. Dia sibuk isu LCS sampai isu itu tidak lagi laku di PRU15 ini,” kata Puad dalam kenyataan.

Walaupun Lim sudah didakwa, katanya, tetapi rakyat ingin tahu macam mana terowong itu ghaib berbanding isu penghantaran kapal pertama LCS lewat dari tarikh asal April 2019 kerana projek itu dibekukan kerajaan Pakatan Harapan.

“Projek LCS lewat Rafizi bising, terowong ghaib dia senyap. Kapal LCS tidak ghaib macam terowong,” katanya.

Lim dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk meminta 10% keuntungan projek daripada seorang ahli perniagaan dan menerima RM3.3 juta sogokan daripada individu sama.

Beliau turut didakwa atas dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta dilupuskan kepada dua syarikat.

ANWAR PM 10

HAPUSKAN BUDAYA KUNO- CIUM TANGAN PEMIMPIN

MatSabu: Ucapan Penuh Ceramah Mega Harapan Negeri Kelantan

RENTASAN 1249 | GEMPAR!! KEGAGALAN BESAR KERAJAAN TEBUK ATAP AKHIRNYA DI...

MENARIK DALAM RENTASAN 1249
1. ANTARA MCA DAN DAP, SIAPA YANG RASIS? 2. PILIH WAKIL RAKYAT YANG BERKHIDMAT 3. BEKALAN TELUR PUN TAK BOLEH URUS

Dari Rafizi Ramli : KERAJAAN PAS UMNO BERSATU TELAH BERSETUJU MELANTIK MANGKUBUMI BAGI PROJEK TEBATAN BANJIR RM2 BILION SECARA RUNDINGAN TERUS

Dari Rafizi Ramli

11 November 2022

KERAJAAN PAS UMNO BERSATU TELAH BERSETUJU MELANTIK MANGKUBUMI BAGI PROJEK TEBATAN BANJIR RM2 BILION SECARA RUNDINGAN TERUS

Saya mengesahkan telah menerima satu Surat Tuntutan (“Demand Letter”) dari Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kenyataan-kenyataan saya yang mendedahkan pelantikan Mangkubumi Sdn Bhd dalam beberapa projek besar di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Untuk makluman orang ramai, menghantar Surat Tuntutan bukanlah bermakna tindakan saman telah diambil. Secara umumnya, satu pihak menghantar Surat Tuntutan ke satu pihak yang lain untuk mendapat penjelasan dan memaklumkan hasrat pihak itu untuk mengambil tindakan saman sekiranya tuntutan-tuntutan tidak dipenuhi.

Tindakan saman hanya bermula apabila saman itu difailkan di mahkamah.

Pengalaman saya selama ini menunjukkan hanya separuh dari surat-surat tuntutan yang dihantar kepada saya berakhir dengan tindakan saman. Surat-surat tuntutan dari 1MDB contohnya tidak pernah berakhir dengan tindakan saman.

Oleh itu, selepas peguam-peguam saya menjawab Surat Tuntutan dalam tempoh seminggu ini, saya berharap Tuan Ibrahim Tuan Man meneruskan niatnya untuk menyaman saya di mahkamah. Saya tidak mahu Surat Tuntutan yang dihantar semalam menjadi alat kempen semata-mata dalam tempoh berbaki kempen PRU15, tetapi selepas itu ia tidak berakhir dengan saman di mahkamah.

Saya mahu ke mahkamah kerana saya ada bukti yang kukuh mengenai pendedahan saya itu.

Sejak saya membawa isu ini ke pengetahuan umum pada hari Isnin lalu, reaksi tidak rasmi dan kenyataan rasmi Tuan Ibrahim Tuan Man cuba memberi gambaran berikut:

• Bahawa isu yang saya bawa (iaitu projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 akan diberikan secara rundingan terus pada harga RM2 bilion kepada Mangkubumi Sdn Bhd) adalah rekaan dan palsu

• Kenyataan saya bahawa proses untuk melantik Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus telah dan sedang berlaku adalah palsu

• Bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man tidak tahu apa-apa mengenai keputusan untuk melantik Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus bagi sebuah projek yang sebegitu besar

Oleh itu, hari ini saya tampil menunjukkan bukti kukuh bahawa projek tebatan banjir Kuala Langat Fasa 2 berjumlah RM2 bilion ini sebenarnya telah pun diluluskan secara rundingan terus kepada Mangkubumi Sdn Bhd.

Saya sertakan petikan surat dari Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir. Dr Zaini Ujang bertarikh 7 Oktober 2022 dengan nombor rujukan MOF.BPK(5)600-15/59/206(4) yang bertajuk “PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI LANGAT FASA 2, SELANGOR”.

Saya petik kandungan surat tersebut di perenggan 2 untuk manfaat rakyat Malaysia:

“2. Dimaklumkan bahawa YB Menteri Kewangan telah bersetuju meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Selangor dilaksanakan secara rundingan terus dengan syarikat Mangkubumi Sdn. Bhd. (MSB).”

Keputusan ini juga merujuk kepada surat dari Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai projek ini yang bertarikh 16 Ogos 2022.

Surat dari Kementerian Kewangan ini dikeluarkan pada 7 Oktober 2022 iaitu pada hari pembentangan bajet yang lepas. Secara logiknya, tumpuan keseluruhan kerajaan, Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan pada hari ini ialah pembentangan bajet.

Sebaliknya, surat ini dikeluarkan juga pada tarikh itu memandangkan menteri-menteri telah pun tahu bahawa Parlimen akan dibubarkan pada hari Isnin, 10 Oktober 2022.

Sebab itu saya katakan bahawa projek sebesar ini telah dipercepatkan keputusannya supaya kelulusan diberikan sebelum PRU15.

Lazimnya, apabila keputusan sebesar ini yang melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air telah diputuskan di peringkat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, walaupun surat pemakluman keputusan adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan kepada Ketua Setiausaha KASA, sudah tentu KSU KASA telah pun memberi taklimat dan memaklumkan Menteri KASA sejurus selepas 7 Oktober 2022.

Sebab itu saya kecewa dengan reaksi Tuan Ibrahim Tuan Man dan kepimpinan PAS yang cuba memberi gambaran mereka tidak tahu apa-apa. Malah, kempen PAS telah bertumpu sepenuhnya kepada menyerang peribadi saya untuk mengalihkan perhatian bahawa logiknya Tuan Ibrahim Tuan Man TAHU memang projek berjumlah RM2 bilion ini telah pun diluluskan oleh kerajaan untuk tindakan beliau sebagai Menteri KASA.

Saya juga akan menumpukan perhatian kepada tanggungjawab Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan yang meluluskan projek-projek rundingan terus seperti ini dalam sidang media yang akan datang.

Buat masa ini, saya berharap Tuan Ibrahim Tuan Man tidak berselindung di sebalik satu Surat Tuntutan untuk mencuci tangan dari tanggungjawab beliau mengenai projek ini.

Sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan dalam tempoh 10 hari dari sekarang, saya berhasrat untuk membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa mengenai peranan Ismail Sabri Yaakob, Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai peranan, fungsi dan keterlibatan mereka dalam kes ini untuk disiasat sepenuhnya oleh pihak-pihak berkuasa.

Walaupun Tuan Ibrahim sebelum ini mencabar saya untuk membuat laporan SPRM, saya berharap beliau bersabar kerana sudah tentu laporan SPRM akan dibuat sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat.

RAFIZI RAMLI

SAYA ADA BUKTI

TERUSKAN SAMAN, SAYA ADA BUKTI – KATA RAFIZI KEPADA TUAN IBRAHIM

Timbalan Presiden PKR

11 November 2022.

Rafizi - Sidang Media Timbalan Presiden KEADILAN | 11 Nov 2022

[LIVE] [[Live] JELAJAH MEGA HARAPAN DI NEGERI KELANTAN BERSAMA DS ANWAR ...

AMALAN SALAH PUAK PAS

IBRAHIM MAT ISA

Amalan salah puak PAS

Nampak sengit juga pertarungan berselimut rasis dan asobiyah ni. Member sedaerah aku di Kedah kerap call masa berkempen ni, biasalah membawanggg! Padahal dia dulu macam aku, taksub hijau patah sayap bertongkat paruh warna hijau Description: 😁

Cerita member aku ni, puak PAS geng PN tu duk kempen lepas solat jemaah di kampung dia suruh undi Cikgu Azman (pengkhianat Lunas) sebab lawan dia Karupaiya wakil PKR-PH(sebab depa kata dia ni Hindu). Alasan depa Azman tu mewakili orang Melayu, Islam lagi. Karupaiya tu Hindu bla bla bila..

Then, member aku tanya kalau di Sungai Petani lagu mana? Boleh ka kami sokong Dr Taufik sebab dia tu Hafiz quran, Melayu Islam juga.

Puak hijau tu keluarlah depa punya alasan kononnya di Sungai Petani diharuskan sokong Dr Robert (pengkhianat juga) sebab dia orang kita, dia sokong perjuangan Pas sebab tu duduk dalam PN.

Member aku tak berani maki sebab malu alah dengan tok imam, dia pula orang masjid.

Ermmm.. nasib baik bukan aku yang ada situ. Kalau tidak, siap la puak hijau keparat tu..

PARTI GERAKAN

NASAEI ISMAIL

Parti Gerakan salah satu kompenen BN dahulunya, telah hilang dari arus perdana sejak kalah pilihanraya tahun 2008. Kemudian kalah lagi kesemua kerusi parlimen dan dun dalam PRU-2013 dan PRU-2018. Gerakan adalah parti yang dipenuhi 99 peratus kaum Cina.

Walaupun kalah, tetapi suaranya tetap agresif. Di antaranya Parti Gerakan menentang perlaksanaan hudud di Kelantan. Bukan sekadar menentang, malah membawa kes ke mahkamah dengan menyaman kerajaan Kelantan kerana hendak melaksanakan hudud.

Seterusnya dalam kes Chin Peng, Parti Gerakan mendesak kerajaan membenarkan bekas Ketua Parti Komunis Malaya itu untuk pulang ke Malaysia. Bukan sekadar abunya selepas kematian, tetapi jasadnya ketika Chin Peng masih hidup didesak Parti Gerakan agar diberi kebenaran untuk kembali ke Malaysia.

Tetapi hari ini Gerakan kembali bernafas apabila menyertai Perikatan Nasional (PN). Rakan-rakan gabungannya memberi nyawa baru selepas hilang 3 penggal, dan paling penting, tidak ada label anti Islam atau pro-komunis buat Parti Gerakan walaupun mereka pernah menyaman hudud dan pernah mendesak Ketua Komunis pulang ke Malaysia. Begitulah politik negara kita. Bersama kami, anda suci. Tidak bersama kami, anda kotor sekotor-kotornya.

* Tambahan info. Gerakan kecewa ICERD tidak diratifikasikan oleh kerajaan PH.

Rasuah: Berapa kali tukar kerajaan, yang belum tukar sistem korup - Anwar

 Rakyat yang bakal mengundi pada 19 November ini diingatkan agar berfikir matang sebelum melakukan proses memilih kerajaan selepas berpengalaman diperintah oleh PN dan kerajaan BN - PN dalam 3 tahun kebelakangan.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 kali ini bukan semata mata untuk memilih kerajaan atau Perdana Menteri tetapi kerajaan manakah yang akan menukar sistem pemerintahan kepada yang lebih baik.

"Kita harus faham untuk melwan korupsi, 1MDB semua orang tahu tetapi adakah perubahan (sistem) dibuat?

"Seorang mantan PM telah masuk Penjara Kajang tetapi sistem itu diteruskan. Beza kesalahan biasa dan rasuah ialah rasuah itu merobohkan sistem dan institusi, dan tentunya memiskinkan rakyat.

"Bagi saya pertimbangan dalam PRU ini ialah berikan alternatif. Tukar kerajaan, tukar parti berapa kerajaan telah ditukar? Yang belum ditukar ialah sistem.

"Budaya rasuah dipegang oleh parti parti, semua itu (kononnya) menentang rasuah. Bapa perasuah pun kata kita tolak kleptokrat. Kalau tolak hang pun merudum," katanya dalam forum bertajuk "Ada Apa Dengan Koruspsi" di Nexus Connexion Conference Centre, Bangsar South, semalam.

Mengenai projek kerajaan atau penglibatan modal kerajaan dalam perniagaan pula, Anwar bertegas perlunya tender terbuka atau pemilihan yang telus agar wang rakyat tidak dibazirkan.

Mengulas isu penyedia spektrum 5G yang melibatkan kerajaan, Digital Nasional Berhad (DNB) yang menelan modal sekitar RM18 bilion, beliau menolak pendekatan tidak telus dalam penubuhan syarikat tersebut.

"DNB kaji semula kos. Tidak sebagaimana sekarang tak ada tender. Kekaburan ini yang memungkinkan rasuah itu menular.

"Yang orang marah bukan projek tetapi kegilaan buat mega projek. Padahal mutu pendidikan keutamaannya, sekolah baik, universiti kelas dunia perlu diutamakan. Tetapi tidak, semua nak yang besar kerana komisen dia tinggi. Kalau SME susah nak dapat satu projek 20 juta (komisen)," katanya.

Calon Ahli Parlimen Tambun itu juga menyentuh mengenai peranan dakwah yang tidak cukup dalam membangkitkan kesedaran umum dan perlunya rakyat Malaysia menolak rasuah secara total.

"Dalam tazkirah dakwah, dia sepintas lalu sahaja sebut rasuah. Dia anggap rendah (remeh) hal rasuah. Itu sebab ada tokoh Islam yang menyebut rasuah (1MDB) mana ada bukti. Ini meremehkan. Dia tak tahu semua khalifah hebat, misalnya Umar Abd Aziz itu integritinya amat kuat," katanya lagi.