KALAU BAGI KAT SAYA..FUHHH..SAYA PUTAQ HABIH

 

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa cadangan had jawatan Perdana Menteri bukan soal tempoh, tetapi prestasi kepimpinan.






“Kalau prestasi PM bagus, berapa penggal pun tak mengapa, sehingga 10 tahun, 10 penggal pun tak ada masalah.


Kalau prestasi PM itu tidak bagus, tak payah tunggu habis satu penggal,” katanya.Beliau berkata, had penggal boleh rugikan negara jika pemimpin muda terbukti cemerlang tetapi tidak dibenarkan memimpin lebih lama.Beliau juga menyentuh situasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berusia 79 tahun, had dua penggal adalah wajar memandangkan beliau akan berusia antara 85 hingga 86 tahun pada akhir penggal kedua.Gambar: Facebook Muhammad Sanusi Md Nor





PANAS! ABIM AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAS FITNAH PAPAGOMO TERHADAP A...

2026 Tahun Gawat Politik

Ganti Muhyiddin? PN Hilang Undi Melayu - PAS Gali Lubang Sendiri

PANAS! BERSATU MAHU BERSAMA PAKATAN! DAN PAS SUKA BERKAHWIN DAN CERAI PO...

PAS PEMBOHONG

Che Ibrahim



 Mesti Salah seorang telah berbohong atau dua dua bohong...

Kalau tidak berbohong, sah lori punah, takleh hantar bakal Pengerusi PN.






PAS ADA 4 LORI. TAK KAN NAK CARI PENGERUSI ON TAK DAK SEKOQ PUN. KA... PN MEMANG NAK BUNGKUIH HABIS.

 


TAK SUSAH NAK CARI PENGERUSI PN GANTI MUHYIDDIN


1.  Sebenarnya urusan mencari pengganti Muhyiddin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional ini mudah sahaja.


2.  Muhyiddin sudah menawarkan untuk meletak jawatan. Sekiranya diterima dalam mesyuarat MT PN, maka sahlah perletakan jawatan itu.


3.  Saya secara peribadi berpandangan bahawa PAS layak menerajui PN kerana PAS ialah parti terbesar dalam PN dan mempunyai paling banyak kerusi, baik di parlimen mahupun dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri. 


4.  Sekiranya kelayakan PAS itu dipersetujui semua, maka penggantian Muhyiddin tidak menjadi masalah langsung. Kerana mana-mana pemimpin PAS yang dinamakan oleh PAS sendiri seharusnya diterima oleh semua. 


5.  Bagaimanapun ada dua komplikasi yang boleh dilihat. 


6.  Komplikasi pertama ialah perkara penting yang mesti dirungkaikan secara objektif. Ia berkait dengan mandat yang diberikan kepada GERAKAN dan MIPP untuk mencari undi bukan Melayu untuk PN.


7. Saya dimaklumkan bahawa wujud kebimbangan di kalangan GERAKAN dan MIPP bahawa mereka tidak akan dapat menunaikan mandat mencari undi bukan Melayu sekiranya PAS memimpin PN, kerana kemungkinan imej PN di mata rakyat akan berubah jika PAS menjadi Pengerusinya. Benar, sebelum ini ada persoalan mengenai kemampuan dua parti itu menggalas amanah yang diberikan. Tetapi jika imej PN itu sendiri tidak membantu, maka ia seolah-olah kaki dan tangan dua parti ini sengaja diikat.


8.  Untuk menyelesaikan komplikasi pertama, ada pihak mencadangkan agar Dato Seri Hamzah Zainudin dilantik menjadi Pengerusi. Hujah mereka ialah jika sebelum ini PAS boleh mencadangkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, maka tidak ada masalah jika sekali lagi PAS juga mencadangkan Hamzah sebagai Pengerusi PN. Yang penting, calon itu mestilah dinamakan oleh PAS. Bagi saya, jika bukan Hamzah, maka Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pun adalah nama yang disebut-sebut oleh ramai pihak. 


9.  Sekiranya PAS mencadangkan nama Hamzah, kemungkinan besar GERAKAN dan MIPP boleh bersetuju. Sekiranya PAS mencadangkan Ahmad Samsuri, perbincangan mengenai imej tetap perlu dirungkaikan dengan harmoni.


10.  Tetapi jika Hamzah dicalonkan, maka itu membawa kepada komplikasi kedua. Komplikasi kedua ini adalah komplikasi yang dibuat-buat, bukan komplikasi sebenar. Komplikasi kedua ini berpunca dari niat busuk dan hasad dengki penjilat Muhyiddin.


11. Komplikasi kedua itu ialah dalam BERSATU hari ini ada gerakan penjilat-penjilat Muhyiddin yang berhempas pulas mahu menyekat Hamzah. 


12. Mereka mewujudkan pelbagai alasan asalkan Hamzah dihalang. Contohnya, mereka meletakkan syarat bahawa Pengerusi PN tak boleh orang selain Presiden parti. Ada juga yang meletakkan syarat bahawa mana-mana pemimpin BERSATU tak boleh mengambil apa-apa jawatan dalam PN. Semua ini bertujuan mengikat tangan PAS dan Hamzah. 


13.  Malahan, sejak beberapa hari kebelakangan ini, penjilat-penjilat Muhyiddin juga menyerang Ahmad Samsuri melalui media sosial untuk mewujudkan keraguan terhadap beliau. 


14.  Komplikasi kedua ini adalah komplikasi palsu yang sengaja dicipta oleh penjilat Muhyiddin yang memang mahu menyusahkan PN bergerak ke hadapan.


15. Sekiranya syarat-syarat yang sengaja mahu menyusahkan ini dibawa ke meja mesyuarat, maka nyatalah bahawa bagi Muhyiddin dan penjilatnya, matlamat mereka ialah jika Muhyiddin tak jadi ketua, biarlah PN itu lemah, hancur dan lingkup. 


16. Apabila PN lemah, lebih mudah pasangan dua sejoli Muhyiddin-Azmin membawa BERSATU kepada Pakatan Harapan.


WAN SAIFUL WAN JAN

Ahli Parlimen Tasek Gelugor

Pulau Pinang.



BILA ORANG TAK CERDIK NAIK MAHKAMAH


 

Malaysia-Turkiye AS$10 Bilion Dapat Dicapai – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

ISTANBUL, 8 Jan – Sasaran perdagangan dua hala bernilai US$10 bilion (US$1 = RM4.05) antara Malaysia-Turkiye dapat dicapai berdasarkan program dan pelaburan yang sedang berjalan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata keyakinan itu disuarakan berasaskan pelaksanaan program yang berkesan serta pelaburan yang mula menunjukkan pertumbuhan positif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

Untuk itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan memperincikan program perdagangan dan pelaburan yang telah dan yang mula berkembang.

“Itu (akan) menunjukkan keupayaan kita mencapai jumlah perdagangan US$10 bilion berbanding jangkaan awal,” kata beliau dalam sidang media sebelum berlepas pulang ke tanah air selepas mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari di Turkiye, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Turkiye mempunyai ekonomi yang kukuh dan berdaya tahan manakala Malaysia walaupun mempunyai saiz ekonom lebih kecil namun, berkembang pesat dan muncul sebagai destinasi menarik untuk pelaburan bernilai tinggi terutama dalam semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pusat data, teknologi baharu serta industri nadir bumi.

“Saya berpendapat kerjasama ini akan lebih bermakna bukan sahaja dari segi tahap perdagangan tradisional malah juga dalam disiplin baharu yang akan diperkukuhkan menerusi kerjasama pendidikan dan penyelidikan antara kedua-dua negara,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

Jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye dari Januari hingga November 2025 mencecah RM21.2 bilion (US$4.92 bilion), menjadikan republik ini sebagai rakan ekonomi penting Malaysia.

Pada 2024, Turkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan sumber import keempat terbesar dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan bernilai RM24.15 bilion (US$5.28 bilion).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO



PANAS BERAPI! ANAK RAJA PETRA DEDAHKAN BELIAU ADA BUKTI PAS TERIMA RASUAH!

ZALIM KERAJAAN PAS KELANTAN KALAH SAMAN MENCEROBOH GETAH PENEROKA FELCRA!

‘Pas Suka Kahwin Cerai’, Puad Bantah Jika Umno Bincang Penyatuan

 


Mohd Puad mendakwa, Pas mempunyai rekod memanipulasi sentimen agama demi kepentingan politik, sekali gus menimbulkan persoalan besar terhadap keikhlasan parti tersebut dalam sebarang bentuk penyatuan.

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Dr. Mohd Puad Zarkashi menegaskan akan menjadi individu pertama membantah jika cadangan penyatuan politik antara Umno dan Pas dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan datang.

Ahli MKT itu berkata, penyatuan politik atas nama kuasa antara kedua-dua parti terbabit bukan idea baik, malah berpotensi mencetuskan lebih banyak masalah dalam jangka panjang.

“Kalau ada perbincangan penyatuan Umno-Pas dalam mesyuarat MKT akan datang saya menjadi ahli MKT pertama akan bercakap membantah cadangan tersebut.

Kenyataan media Ahli MKT Umno, Dr Mohd Puad Zakarshi di Facebook pada 9 Januari 2026.

“Saya percaya penyatuan politik Umno-Pas tidak akan berjaya. Ia bersifat sementara dan akhirnya akan berakhir dengan sakit hati,” katanya di Facebook.

Adun Rengit itu mendakwa, Pas mempunyai rekod memanipulasi sentimen agama demi kepentingan politik, sekali gus menimbulkan persoalan besar terhadap keikhlasan parti tersebut dalam sebarang bentuk penyatuan.

“Kalau Pas boleh salah guna agama, apatah lagi Umno. Pas akan gunakan Umno semata-mata untuk mendapatkan kuasa,” katanya.

Beliau berkata, walaupun penyatuan itu kelihatan menarik di atas kertas, realiti politik Pas menunjukkan ia mempunyai masalah dalaman yang sukar diubah.

“Pas ada penyakit politik yang sukar disembuhkan. Mereka suka ‘berkahwin dan bercerai’ dalam politik, cepat berkahwin, tetapi cepat juga bercerai,” katanya.

Puad mengingatkan sejarah kerjasama politik Pas menunjukkan hampir semua gabungan yang disertainya berakhir dengan kegagalan, termasuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR) dan kini Perikatan Nasional (PN).

“Semua gabungan itu sudah berkubur. PN pula hanya menunggu masa,” katanya, sambil menambah setiap kali perpisahan berlaku, gabungan politik terbabit biasanya ‘tutup kedai’ untuk selama-lamanya.

Sehubungan itu, Puad berpandangan kerjasama longgar lebih realistik berbanding penyatuan penuh antara Umno dan Pas.

“Lebih baik tubuh kerjasama longgar. Ia mesti menyeluruh. Bukan setakat untuk PRU. Kalau kedua pihak ikhlas ia akan kuat dengan sendirinya,” katanya.

Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh dalam konvensyen khas Sabtu lalu menggesa Umno menarik diri daripada kerajaan perpaduan dan bekerjasama dengan Pas di blok pembangkang atas dakwaan berlaku pelanggaran berulang ‘garis merah’ melibatkan isu 3R – kaum, agama dan raja.

Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi kemudian dilaporkan berkata, Umno kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran.


Muhyiddin Kembali Menjadi Pengerusi PN..??

KISAH PMX DI TURKEYE.


 

DAPAT ANUGERAH PUN CEMBURU.? AKAI TAK DAK

 


WOIII budak..kalau mak BAPAK ko malas kerja..memang tak da la nak sewa rumah pun ...Bangla datang malaysia ..duduk umah baru menyewa..indon datang malaysia tak mo balik...MUNGKIN mak BAPAK ko la adik..malas kerja. 


PMX DAPAt ANUGERAH JANGAN lak melalak..harap president ko..makan GAJI BUTA..SAPA NAK bagi ANUGERAH LUAR negara..asyik duduk marang je...




SANUSI CAKAP TAK SAH! DIMANA 4 LORI CALON? PAS PENGECUT!

BIAR SAYA KE MALAYSIA!” PROFESOR BRITAIN BANJIRI KLIA, DUNIA TERKEJUT DE...

AMBULANS MALAYSIA PELIK!” BAPA ANAK AS TERKEJUT SELEPAS MENAIKINYA

DATO LOKMAN RESPON BERSATU PECAT SAIFUDDIN

PAS hampa usaha 'meminang' Umno dengan tawar jawatan PM kepada Zahid tid...

SANUSI CAKAP TAK SAH! DIMANA 4 LORI CALON? PAS PENGECUT!

Tipu helah Pas: Krisis Perlis, rajuk kuasa dan isyarat senyap kepada PN


 

Krisis politik Perlis tidak wajar dilihat sebagai sekadar pertikaian pengagihan jawatan Exco atau salah faham pentadbiran negeri. 

Ia sebenarnya membuka tirai kepada corak politik Pas dalam gabungan apabila kuasa tidak sepenuhnya berada di tangan mereka, pendekatan yang diambil bukan memperkukuh kerajaan, tetapi mencipta tekanan melalui sikap berkecuali yang disengajakan.


Keputusan Pas untuk tidak menyertai barisan Exco kerajaan negeri Perlis, namun pada masa yang sama kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan, menimbulkan persoalan besar tentang komitmen terhadap prinsip tanggungjawab kolektif. 


Dalam sistem Raja Berperlembagaan, menyokong kerajaan tetapi enggan memikul amanah eksekutif bukanlah satu bentuk keberanian politik, sebaliknya mencerminkan politik rajuk yang melemahkan institusi.


Perlis dijadikan medan isyarat bahawa Pas bersedia menjarakkan diri daripada tanggungjawab pentadbiran apabila tuntutan kuasa tidak dipenuhi sepenuhnya, tetapi masih mahu kekal dalam orbit kerajaan demi pengaruh politik. 


Ini bukan soal prinsip Islam atau integriti tadbir urus, tetapi soal strategi tekanan.


Namun lebih penting, krisis Perlis perlu dibaca bersama satu perkembangan yang lebih besar di peringkat nasional: usaha berterusan Pas untuk membuka semula pintu Muafakat Nasional (MN) dengan UMNO, walaupun pakatan itu pernah mereka tinggalkan dan “dikuburkan” sendiri apabila kuasa persekutuan dapat dicapai melalui Perikatan Nasional (PN).


Tokoh-tokoh utama Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Takiyuddin Hassan tidak pernah menutup sepenuhnya naratif “perpaduan ummah”. 


Di peringkat lapangan pula, tokoh-tokoh seperti Shahidan Kassim, Fadhli Shaari dan Afnan Taib Azamuddin secara konsisten meniupkan sentimen bahawa kerjasama dengan UMNO perlu dipertimbangkan semula, seolah-olah PN hanyalah satu fasa peralihan.


Lebih licik, Pas turut memanfaatkan peranan orang tengah. Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, dilihat — sama ada secara sedar atau tidak — menjadi jambatan emosi dalam skrip ini demi melunakkan akar umbi UMNO. 


Serangan berulang terhadap rakan dalam Kerajaan Perpaduan, retorik keras terhadap DAP, dan usaha membakar sentimen akar umbi UMNO semuanya selari dengan agenda Pas untuk menyediakan “pelamin” Muafakat Nasional. 

Pas memerhati dari jauh; jika berjaya, Pas menang besar. Jika gagal, Pas masih boleh berlindung di bawah PN.


Isyarat politik yang dihantar kepada Bersatu dan PN melalui semua perkembangan ini semakin jelas: kesetiaan Pas terhadap gabungan bukan bersifat mutlak, tetapi bersyarat.


Dalam bahasa politik yang berlapik tetapi tegas, mesejnya mudah difahami — Pas sentiasa menyediakan pelan alternatif dan tidak terikat sepenuhnya kepada satu gabungan. 


Atau dengan bahasa politik yang tidak berselindung — pergi mampus kamu Bersatu dan PN, kami ada pilihan lain.

Inilah sebab utama mengapa PN gagal membina hala tuju nasional yang jelas. 


Tanpa komitmen jangka panjang, tiada kesungguhan merangka dasar ekonomi berimpak tinggi, reformasi institusi atau pelan daya saing negara. 


Sebaliknya, ruang awam terus dibanjiri retorik agama dan sentimen emosi yang menutup kekosongan idea. Apa yang berlaku di Perlis mengesahkan pola ini. 


Jika sebuah kerajaan negeri sanggup dijadikan medan tekanan politik, sukar untuk rakyat diyakinkan bahawa pendekatan berbeza akan diambil di peringkat Persekutuan. 


Politik seperti ini bukan sahaja melemahkan kerajaan, malah menghakis keyakinan rakyat terhadap kestabilan pentadbiran.


UMNO pernah melalui episod pengkhianatan Muafakat Nasional. Kini, PN dan Bersatu berdepan ujian yang sama. 

Persoalannya bukan lagi tentang siapa betul atau salah, tetapi siapa sedang dimanipulasi dan untuk tujuan apa.

Memperalatkan agama untuk mengabsahkan semua ini hanya menambah kerosakan. Islam menuntut amanah, kejujuran dan kesediaan memikul tanggungjawab — bukan politik berkecuali yang disengajakan apabila kuasa tidak memihak.

Di sinilah persoalan maut yang tidak boleh dielakkan perlu ditujukan secara terus:


Apakah kepimpinan Bersatu benar-benar percaya Pas melihat PN sebagai rakan strategik jangka panjang, atau sekadar kenderaan sementara?


Dan kepada Pemuda UMNO, adakah peranan yang sedang dimainkan hari ini benar-benar demi masa depan parti dan negara — atau sekadar membuka laluan kepada pengulangan sejarah yang pernah mengorbankan UMNO sendiri? 


UMNO perlu meneliti dalang dalaman UMNO sendiri yang menjadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan untuk menjayakan agenda Pas! 


Hasrat tersirat meraka hanyalah diri mereka sendiri bukan negara dengan hanya menunggang PN dan UMNO dan ironinya menunggang agama sebagai kenderaan utama mereka!


Perlis telah memberi isyarat awal. Soalnya kini, siapakah yang benar-benar berani membacanya sebelum semuanya terlambat?








Tiada idea cari hasil negeri, Pulau Pinang pula diungkitnya


 

Orang naik ke bulan, pakai kereta lembu. Tiada idea cari hasil negeri, Pulau Pinang diungkitnya.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia selepas merdeka, seorang Menteri Besar Kedah mengungkit dan menuntut Pulau Pinang. Ini MB paling ‘koman’ dalam sejarah pentadbiran Kedah.

Pulau Pinang bukan milik Kedah pada masa ini (fakta boleh Google), walaupun secara sejarah ia memang berasal daripada 

Telah kerajaan jelaskan fakta-fakta mengenai sejarah Pulau Pinang berulang kali tetapi berulang kali Sanusi mengungkit. Isunya sekarang kenapa ia berlaku?

Adakah Sanusi sebodoh itu tidak membaca fakta sejarah dan proses perundangan? Tidak. Tetapi dia tahu penyokongnya yang mudah diperbodohkan seperti katanya sendiri ‘Hang bodoh’.

Sanusi membangkitkan tuntutan hanya untuk tujuan emosi politik. Dia tahu isu ini boleh menaikkan emosi sentimen emosi orang Kedah.

Seperti saya ulas mengenai strategi politik, kempen menggunakan sentuhan ‘emosi’ adalah strategi yang paling berkesan.

Dengan menyentuh emosi orang Melayu ia sangat berkesan untuk mengukuhkan sokongan politik dan menonjolkan dirinya (Sanusi) dengan imej kononnya “memperjuangkan hak Kedah.”

Dalam politik isu ini digunakan untuk mobilisasi sokongan sahaja. Tiada apa yang boleh dibanggakan tentang Sanusi. Dia hanya kerap main isu retorik seperti sejarah Pulau Pinang yang diulang berkali-kali berbanding dasar ekonomi konkrit.


Bak kata oangg Kedah begitu banyak projek-projek yang dijanjikannya gagal. Bila gagal mudah sahaja jawapannya, “ Saya tukang baca sahaja”

Saya pula melihat beliau lebih kuat berpolitik daripada mentadbir. Itulah perangai liciknya Sanusi untuk mengalihkan isu kegagalan hampir 10 tahun menguruskan negeri Kedah.

Pentadbiran Sanusi hanya kuat dari segi retorik dan politik tetapi sangat lemah dalam pelaksanaan projek ekonomi dan keperluan asas untuk rakyat Kedah atau rakyat ‘walaun’.

Rakyat Kedah masih sokong beliau bukan kerana projek berjaya tetapi kerana sentimen dan identiti politik. Sungguh saya kesian dengan rakyat Kedah mudah sangT dikotak katikkan dengan isu Pulau Pinang.

Bagus Sanusi ini dilantik menjadi Menteri Tuntutan Tanah Melayu. Suruh dia tuntut sekali Pattani, Yala, Singapura, Pulau Batu Puteh dan lain-lain.

Bak kata JS Kevin, “ Orang naik ke bulan, (kamu masih) pakai kereta lembu.” Move on tiada faedah kamu mengungkit perkara yang tidak menguntungkan rakyat Kedah.

 

 

 


Upacara Kalungan Bunga Di Makam Ataturk, Ini Penjelasan PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

ISTANBUL, 8 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, upacara meletakkan kalungan bunga di makam pengasas Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk di Anitkabir, sebenarnya merupakan sebahagian daripada protokol rasmi yang perlu dihormati kepada setiap ketua kerajaan yang mengadakan lawatan rasmi ke negara itu.

Menurut Anwar, pelaksanaan upacara tersebut tidak membawa sebarang mesej politik, meskipun secara peribadi beliau tidak sependapat dengan beberapa dasar dan tindakan Ataturk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

Malah ketika sidang media pada hari terakhir lawatan rasmi yang berakhir hari ini, beliau tidak bersetuju dengan beberapa keputusan dan dasar Ataturk yang berkaitan dengan Islam, termasuk isu perubahan bahasa azan, tulisan serta aspek pentadbiran.

Anwar berkata, kekeliruan serta kritikan yang timbul dalam kalangan segelintir pihak di Malaysia berhubung perkara itu berpunca daripada kurangnya pemahaman terhadap latar sejarah serta konteks zaman tokoh berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

“Saya rasa tidak ramai yang benar-benar memahami perkara ini. Hakikatnya, semua ketua negara atau kerajaan yang melakukan kunjungan rasmi ke Turkiye diwajibkan mengikuti upacara tersebut,” katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye bermula 6 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penilaian terhadap Ataturk perlu dilihat berdasarkan realiti sejarah awal abad ke-20, khususnya selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah susulan Perang Dunia Pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

Beliau menjelaskan, pada ketika itu, kuasa-kuasa bersekutu seperti Greece, Britain dan Perancis berusaha memecah-belahkan wilayah Uthmaniyah melalui perjanjian yang dimeterai pada 1920 dan 1923.

“Usaha ini bertujuan melemahkan dan menghapuskan empayar tersebut. Dalam keadaan itu, Mustafa Kemal memimpin gerakan ketenteraan yang berjaya menangkis pencerobohan dan mengalahkan beberapa kuasa penjajah,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatuni pelbagai pihak dalam sidang media dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye pada 8 Januari 2026. Foto PMO

Sehubungan itu, Anwar berkata, masyarakat Turkiye melihat Ataturk sebagai tokoh yang mempertahankan tanah air mereka daripada dijadikan wilayah jajahan Eropah dan persepsi inilah yang membentuk penghormatan tinggi negara itu terhadapnya hingga ke hari ini.



KEJAR DUIT RASUAH DAN SONGLAP



 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan aset Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed di luar negara dianggarkan bernilai jutaan ringgit dalam siasatan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan cadangan projek pembinaan Lebuh Raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX II).






Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi luar negara, terutama dari United Kingdom (UK) untuk mendapatkan kembali aset berkenaan, yang dijangka membabitkan jumlah lebih besar.


Bharian


 #NexusDunia




BANYAK JUGA TITLE DR TAPI BENGGONG...YANG NI MEMANG SEDIA BENGGONG DAH.

 My Politik


Ini lawatan negara oleh PM, bukan endorsement anutan sekular.






Mustafa Kemal Atatürk ialah pengasas negara Turkiye dan ziarah ke Anıtkabir adalah protokol rasmi kenegaraan untuk hampir semua ketua negara.


Soal hormat negara tuan rumah, bukan soal .


Bahkan kalau Hj Hadi dilantik jadi duta sekali pun, beliau tetap akan dibawa ke situ sebab itu protokol diplomatik antarabangsa, bukan pilihan peribadi.


Tapi tulah, Hj Hadi dulu dia buat kerja Duta Online ja.


Sebenarnya agak bodoh untuk menjawab benda yang sama berulang-kali. 


Sebab dentist yang pakai title “Dr” mcm Dr Azman Ibrahim pun boleh ikut dibodohkan oleh walaun.




Vietnam Muncul Raja Baharu Durian China, Malaysia & Thailand Tertekan







Takhta durian di pasaran China sedang berubah tangan. Jika sebelum ini Malaysia dan Thailand mendominasi, kini Vietnam muncul sebagai kuasa baharu yang semakin sukar dicabar.


Dalam tempoh hanya tiga tahun, Vietnam berjaya menguasai lebih 47% permintaan durian China, satu lonjakan besar yang meletakkan tekanan hebat kepada pemain tradisional Asia Tenggara. Tahun ini sahaja, Vietnam menyasarkan nilai eksport durian mencecah AS$5 bilion.


Kunci kejayaan Vietnam terletak pada logistik darat yang pantas dan murah. Penghantaran durian ke China hanya mengambil masa sekitar 36 jam, jauh lebih cepat dan menjimatkan kos berbanding penghantaran dari Malaysia dan Thailand.


Kesan langsungnya, pegangan pasaran Thailand merosot daripada sekitar 70% sebelum ini kepada kira-kira 50% ketika ini. Tekanan bertambah apabila Malaysia mendapat kelulusan mengeksport durian segar ke China pada Jun 2024.


Walaupun jumlah bekalan Malaysia lebih kecil berbanding Vietnam, durian premium Malaysia kekal menjadi pilihan pengguna China yang mementingkan kualiti. Persaingan kini bukan lagi soal kuantiti semata-mata, tetapi siapa paling cekap, pantas dan strategik menawan selera pasaran terbesar dunia itu.



Tiong arahkan jaminan bank segera selepas 36 jemaah umrah terkandas di Madinah







BINTULU (8 Jan) – Nasib 36 jemaah umrah yang terkandas di Madinah mengejutkan ramai apabila mereka ditinggalkan tanpa penginapan dan tiket pulang, selepas agensi pelancongan yang dipercayai menguruskan mereka gagal menunaikan janji.


Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, berkata beliau telah mengarahkan pelaksanaan segera jaminan bank bagi semua agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah – langkah tegas untuk melindungi rakyat yang menunaikan ibadah suci ini.


“Bayangkan, ada yang warga emas, ada yang kanak-kanak. Mereka telah membayar RM7,600 seorang, tetapi ditinggalkan sendiri, terpaksa memohon sumbangan awam hanya untuk pulang ke tanah air. Ini sangat menyedihkan dan tidak boleh dibiarkan,” kata Tiong.


Beliau menegaskan, insiden ini bukan sahaja menimbulkan kerugian wang, tetapi juga luka emosi yang mendalam kepada jemaah dan keluarga mereka. Ia sekali lagi menegaskan betapa pentingnya jaminan bank sebagai syarat lesen wajib di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.


“Tindakan ini bukan beban kepada pengendali yang jujur. Sebaliknya, ia adalah perlindungan rakyat, memastikan wang mereka selamat, dan pampasan diberikan jika berlaku penipuan atau kecuaian. Kita mahu ibadah rakyat dihormati, bukan dipersenda,” tegasnya.


Kesemua 36 jemaah kini telah selamat tiba di KLIA Terminal 2, hasil bantuan segera yang diatur melalui Kedutaan Malaysia di Riyadh. Namun, siasatan awal mendapati pejabat agensi itu sudah tidak beroperasi dan terdapat pelanggaran serius peraturan pelancongan.


Tiong menambah, kementerian sedang memuktamadkan cadangan untuk membatalkan lesen syarikat tersebut, sebagai pengajaran kepada pengendali lain yang mengambil ringan tanggungjawab mereka.


Beliau juga mengingatkan rakyat agar selalu menyemak status lesen agensi sebelum membuat bayaran, dan segera melaporkan sebarang penipuan.


“Motac tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menipu jemaah atau merosakkan nama baik negara. Tindakan tegas akan terus diambil supaya rakyat tidak lagi menjadi mangsa,” ujarnya penuh emosi.