MGF141021_MESYUARAT-MT-UMNO_18
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bercakap kepada media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 14 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, kepimpinan parti akan mengadakan mesyuarat sekali lagi tidak lama lagi.

Katanya, langkah itu diambil setelah tiada keputusan dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini.

“Saya tidak tahu. Tiada keputusan lagi.

“Kita akan meeting lagi sekali,” katanya ketika mengulas mengenai mesyuarat MKT UMNO yang diadakan sebentar tadi.

MKT UMNO malam ini bermesyuarat selama 3 jam untuk membincangkan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dalam masa sama, mesyuarat juga dikatakan turut membincangkan mengenai sama ada akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka. – MalaysiaGazette