TIDAK ADIL JIKA SAYA TIDAK DIPANGGIL JADI SAKSI RCI FOREX – ANWAR

RCI MEMALI: TUN MAHATHIR JANJI BAWA BUKTI

HILANG 3% SOKONGAN PAS KELANTAN TERSUNGKUR

Mahathir ke Terengganu akan dedah isu berkaitan royalti minyak


Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan ke Terengganu memeberi  penerangan berkaitan anti kleptokrasi membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan turut mendedahkan isu membabitkan royalti minyak Terengganu.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah kehadiran Dr Mahathir ke negeri itu, susulan isu kontroversi antarabangsa 1MDB, yang bermula sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) itu perlukan satu penerangan khusus kepada rakyat Terengganu.
"Selepas 40 tahun lebih minyak dan gas ditemui di perairan Terengganu, negeri ini masih dikalangan empat negeri termiskin di Malaysia.
"Selain pupusnya hasil tangkapan laut untuk nelayan dan pembaziran meluas dari perbelanjaan besar negeri sebanyak RM2.2 billion setahun, Tun akan berada dikalangan rakyat Terengganu.
"Menyedari rakyat perlu pembelaan atas kehilangan kredibiliti Negara dan juga kehilangan kekayaan Negeri Terengganu dari hasil minyak dan gas,
"Beliau akan berkongsi maklumat dan pengalaman bagaimana Negara dan negeri Terengganu ini boleh di pulihkan kembali," ujarya dalam kenyataan.
Justeru Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu ini juga mengalukan kehadiran rakyat Terengganu dalam sesi penerangan Dr Mahathir itu dijangka akan diadakan pada 26 Ogos(Sabtu) di Pasar Chabang Tiga, Losong Kuala Terengganu.
Menurut Raja Bahrin lagi oleh kerana Dr Mahathir memerintah negara ini selama 22 tahun ketika menjawat perdana menteri Malaysia membawa kepada penjelajahan Dr Mahathir ke seluruh negara untuk memberikan penerangan berkaitan isu-isu kleptokrasi membabitkan pimpinan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Di waktu Malaysia di tengah-tengah krisis kepercayaan di Negara sendiri dan juga di peringkat antarabangsa, rakyat amat dahagakan maklumat dari pemimpin pemimpin mereka.
"Mereka perlu mendengar suara-suara yang ada kewibawaan yang terbukti serta kredibiliti tempatan dan antarabangsa. Di antara tokoh tempatan yang terkenal diseluruh dunia adalah bekas Perdana Menteri Malaysia ke-empat yang pernah memimpin Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Memandangkan pilihanraya umum ke 14 makin hampir dan pengumuman Dauk Seri Najib ianya akan diadakan dalam waktu terdekat, ini mungkin peluang terakhir Tun Mahathir sempat bersama rakyat Terengganu.


Skandal BNM: Anwar dakwa Murad tidak bercakap benar beri keterangan RCI


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Murad Abdul Khalid mengenai taklimat berkaitan kerugian mata wang asing BNM yang berlaku di dalam sebuah penerbangan ke Hawaii  adalah palsu.
Anwar mengulas kenyataan diberikan Murad bahawa dalam satu penerbangan ke Hawaii pada awal 1994, beliau telah diberikan taklimat berkenaan kerugian urusniaga mata wang asing yang dialami BNM.
"Saya berkata kononnya jika kerugian tersebut diketahui umum maka saya terpaksa meletakkan jawatan Menteri Kewangan. Sindiran berniat jahat beliau (Murad) cukup jelas - bahawa makna tersirat kata-kata saya itu ialah isu tersebut perlu ditutup. Tuduhan ini adalah palsu belaka. Saya tidak pernah berkata sedemikian kepada beliau.
"Saya menegaskan bahawa saya tidak perlu berkata sedemikian kepada seorang petugas seperti Murad yang diarah Gabenor BNM Tan Sri Jaffar Hussein untuk memberi taklimat kepada saya berkenaan aspek teknikal perakaunan dan isi kandungan laporan tahunan BNM.
"Saya ingin menegaskan bahawa selain satu taklimat ini, saya telah berurusan secara terus dengan Tan Sri Jaffar," terangnya.
Anwar berkata, beliau telah telah mengendalikan isu kerugian mata wang asing BNM ini sejak April 1993 sewaktu beliau diminta menjawab di Parlimen berdasarkan angka dan maklumat yang terkandung di dalam laporan BNM yang diterbitkan pada 1992 serta taklimat-taklimat BNM.
"Saya sekali lagi menjawab di Parlimen pada April 1994 berdasarkan laporan BNM pada 1993 serta taklimat BNM," ujarnya.
Anwar mendakwa Murad mulai memusuhinya secara peribadi sejak 1999 apabila Murad membuat akuan berkanun (statutory declaration) yang palsu terhadapnya.
"Akuan ini telah disiasat Badan Pencegahan Rasuah pada ketika itu dan didapati tidak berasas.
"Seorang hakim Mahkamah Tinggi mengesahkan hal ini dan berkata 'akuan tersebut meragukan (discredited)', apabila hakim memutuskan New Straits Times bersalah di dalam kes saman saya berkenaan satu laporan akhbar tersebut yang merujuk akuan berkenaan.
"Saya akan mengulangi kenyataan saya ini kepada pihak Suruhanjaya apabila saya dipanggil untuk membantu siasatan ini. Saya berkata "apabila saya dipanggil" kerana saya berasa amatlah tidak adil jika saksi-saksi lain dibenarkan membuat kenyataan dan dakwaan yang memudaratkan terhadap saya di hadapan Suruhanjaya walhal saya tidak dibenarkan memberi respon kepada mereka dengan cara yang sama," ujarnya.
Malah Anwar juga melahirkan kebimbangannya beliau tidak akan dibenarkan hadir pendengaran Suruhanjaya SIasatan DiRaja (RCI) terhadap kerugian mata wang asing BNM walaupun permintaannya berkali-kali dibuat peguam-peguamnya berdasarkan fakta bahawa nama beliau telah disebut beberapa kali oleh beberapa saksi.
"Sudah pasti saya seorang yang ada 'kena mengena dalam perkara yang sedang disiasat' seperti terkandung di dalam seksyen 18, Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
"Walaupun begitu saya hanya dapat mengikuti perkembangan pendengaran melalui pertemuan dengan peguam-peguam saya di Penjara Sungai Buloh," ujarnya yang mendakwa hanya membaca keterangan Murad berkaitan perenggan 37 itu bahawa beliau dimaklumkan tentang kerugian mata wang asing BNM di dalam penerbangan ke Hawaii pada 1994.

Tubuh RCI Memali untuk cari kebenaran, bukan alat politik – Lim Kit Siang


KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Cadangan penubuhan suruhanjaya bebas menyiasat tragedi berdarah  Memali bukanlah perkara baru dan ianya perlu untuk mendapatkan keadilan, bukannya dijadikan alat bagi memenuhi agenda parti politik tertentu.
“Pada 32 tahun lalu, saya telah mendesak kerajaan supaya sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan menyiasat tragedi Memali – ianya bukan masalah orang Melayu atau Islam; mahupun isu antara UMNO dan PAS, tetapi masalah rakyat Malaysia yang perlu ditangani secara adil dan non-partisan,” kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.
Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan cadangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam sebelum ini supaya Suruhanjaya Siasaran Di-Raja (RCI) bagi menyiasat tragedi berdarah yang itu ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut Musa, penubuhan RCI selepas PRU14 bertujuan agar ia tidak disalahguna pihak tertentu bagi kepentingan politik mereta.
Dalam masa yang sama kerajaan tidak perlu tergesa-gesa menubuhkan RCI itu memandangkan insiden tersebut telah berlaku lebih tiga dekad lalu.
“Perlu pilih masa yang sesuai untuk tubuhkan (RCI) dan mengikuti prosiding untuk pastikan penubuhannya mencapai tujuan dan bukan menjadi sekadar agenda politik jangka masa singkat.
“Bagi saya, tidak ada masalah untuk tubuhkannya asalkan ia dilakukan dengan niat yang betul untuk mencari kebenaran dan keadilan tanpa sebarang prejudis dan dilaksanakan mengikut Perlembagaan dan undang-undang negara,” kata Musa

SELESAI SEGERA HUBUNGAN DENGAN PAS AGAR PKR KEKAL RELEVAN

RCI FOREX: TUN MAHATHIR BERANI, DATANG TANPA DIUNDANG

SEPANDUK SOKONG WILLIAM ANTI RUNDINGAN PKR – PAS DINAIKKAN

"SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG, NAJIBLAH PALING BERKUASA MENENTUKAN HARGA MINYAK"



Ulasan Blog - Tulisan saya pagi tadi tentang kenyataan Najib Razak bahawa beliau tiada kuasa menentukan harga minyak, diterima dengan reaksi yang berbagai oleh pembaca blog ini. Ada yang setuju, menyokong, tidak setuju, tidak terkecuali ada yang melenting marah.

Untuk pemahaman yang lebih lanjut, di bawah ini diperturunkan huraian oleh Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan mengenai penetapan harga minyak negara ketika ini.

Membacanya, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa Najiblah yang paling berkuasa menentukan harga minyak. Beliau boleh menjadikan harganya murah dan boleh juga membuatkannya mahal. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Marilah sama-sama kita baca, faham dan hadamnya dengan jujur. Huraian beliau ini hakikatnya sangat bermanfaat untuk akhirnya kita dapat menilai kejujuran Najib apabila beliau berkata, "saya tiada kuasa mengenai turun naik harga minyak."

Selamat membaca semua!! (ShahbudinHusin 23/08/2017)

Dato’ Seri Najib Tun Razak sepatutnya berasa malu dengan kenyataan beliau di Perhimpunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKK Persekutuan (JKKKP) dan JKKK Orang Asli (JKKKOA) semalam kononnya beliau “tidak ada kuasa dalam menentukan turun naik harga minyak setiap minggu”.
 
Saya tidak pasti sama ada Dato’ Seri Najib benar-benar percaya bahawa beliau tidak ada kuasa; atau pun itu hanya helahnya untuk menutup keadaan sebenar iaitu wang rakyat yang boleh digunakan untuk meringankan beban rakyat terutamanya mengawal harga minyak telah dibazirkan oleh pentadbiran beliau dalam projek-projek yang rugi besar seperti 1MDB, Felda dan lain-lain.
 
Saya yakin Dato’ Seri Najib tahu bahawa beliaulah yang mempunyai paling banyak kuasa dalam mengawal harga minyak di negara ini.
 
Kenyataan beliau bahawa harga minyak mingguan tidak dikawal oleh Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada harga pasaran semata-mata adalah tidak tepat.
 
Harga petrol (RON95 dan RON97) dan diesel ditetapkan secara mingguan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggunakan formula berikut:
 
Harga mingguan (RON95, RON97 dan diesel) = Harga minyak yang telah diproses mengikut harga rujukan MOPS95 terbitan Platts + Jaminan Kos Operasi & Keuntungan + GST (untuk RON97)
 
Harga minyak diproses: harga pasaran minyak yang telah diproses mengikut gred seperti yang diperdagangkan di Singapura dan laporan harganya diterbitkan oleh penerbitan Platts. Harga yang dilaporkan adalah di dalam Dollar AS (USD) dan perlu diterjemahkan kepada Ringgit Malaysia.
 
Jaminan kos operasi dan keuntungan kepada pengendali stesen petrol dan syarikat minyak: Kerajaan Persekutuan menetapkan satu kadar untuk menanggung kos operasi dan memberi keuntungan kepada pengendali stesen minyak dan syarikat minyak. Pada masa ini, kadarnya ialah 32 sen seliter (untuk pengendali stesen minyak dan juga syarikat minyak) bagi RON95/RON97 dan 23 sen seliter bagi diesel
 
GST: Kerajaan Persekutuan menetapkan sama ada bahan api seperti petrol dan diesel dikenakan GST dan berapa kadar GST yang dibayar
 
Oleh itu, Dato’ Seri Najib bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung dalam menetapkan harga minyak mingguan di negara ini seperti berikut:
 
SECARA LANGSUNG
i. Beliau mengetuai pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang membuat undang-undang bahawa harga minyak dikira berdasarkan formula yang telah ditetapkan (seperti di atas). Beliau hanya boleh mengaku beliau tidak mengawal harga minyak jika Kerajaan Persekutuan tidak menetapkan langsung bagaimana harga petrol dan diesel ditentukan oleh stesen minyak dan menyerahkan bulat-bulat kepada peniaga untuk menentukannya (seperti mana kerajaan tidak menetapkan harga goreng pisang).
 
ii. Beliau mengetuai pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang menetapkan bahawa harga minyak ditetapkan setiap minggu dan perlu dipatuhi oleh semua stesen minyak.

iii. Beliau mengetuai pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang menetapkan bahawa kadar jaminan kos operasi dan keuntungan yang dibayar kepada pengendali stesen minyak dan syarikat minyak adalah 32 sen seliter atau 23 sen seliter (bagi diesel). Harga minyak berubah mengikut berapa kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Jika Kerajaan Persekutuan menetapkan kadar yang lebih rendah dari sekarang, maka harga minyak akan turun dan begitulah sebaliknya.
 
iv. Beliau mengetuai pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang menetapkan bahawa RON97 perlu dikenakan GST pada kadar 6%.
 
v. Beliau mengetuai pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang memutuskan untuk menghapuskan terus subsidi minyak yang selama ini digunakan untuk mengawal harga minyak dan melindungi pengguna dari turun naik harga minyak mentah dunia. Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan berupaya memperuntukkan sehingga 20 sen subsidi seliter yang akan menurunkan harga minyak apabila ia telah melepasi paras tertentu.

SECARA TIDAK LANGSUNG
i. Beliau mengetuai pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang berbelanja dengan boros dan berlaku banyak ketirisan dan penyelewengan sehinggakan rakyat terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi.
 
Jumlah bayaran tahunan faedah hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah sekitar RM27 bilion setahun iaitu 5 kali ganda dari anggaran jumlah yang diperlukan untuk memperuntukkan subsidi 20 sen seliter pada kuota 25% penggunaan petrol dan diesel tahunan negara.  
 
Hutang 1MDB yang semestinya telah melepasi RM50 bilion telah menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar sekitar RM2 bilion setahun dalam bentuk faedah, sedangkan jumlah ini boleh digunakan untuk menyediakan subsidi bagi mengawal harga minyak.
 
Beban hutang yang tinggi ini dan belanja membayar faedah yang besar setiap tahun menyebabkan Kerajaan Persekutuan tidak ada wang untuk memperuntukkan subsidi minyak yang mendorong kepada tindakan Dato’ Seri Najib menghapuskan subsidi minyak.
 
ii. Beliau mengetuai pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang gagal melindungi nilai matawang ringgit sehingga nilai ringgit jatuh mendadak dari paras sekitar RM3.50 bagi setiap dolar kepada sekitar RM4.20 kini. Oleh kerana harga rujukan adalah di dalam dolar, matawang ringgit yang lemah menyebabkan harga RON95, RON97 dan diesel menjadi lebih mahal dari yang sepatutnya apabila harga rujukan ditukarkan ke dalam ringgit seperti yang dikehendaki formula.
 
Saya meminta Dato’ Seri Najib berhenti mencuci tangan dalam isu kenaikan harga minyak.
 
Beliau sewajarnya berdebat dengan kami di Parlimen mengenai cadangan-cadangan dari Pakatan Harapan untuk mengawal harga minyak yang pernah saya utarakan, iaitu pengenalan subsidi untuk mengekalkan harga minyak pada paras RM1.80 seliter yang tertakluk kepada kuota bulanan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak; kuota bulanan itu ditentukan mengikut peratusan dari jumlah penggunaan tahunan petrol dan diesel.
 
Kalau saya yakin Pakatan Harapan boleh mengawal harga minyak pada paras RM1.80 seliter dan stabil pada harga itu dalam suasana pasaran dunia sekarang, beliau sepatutnya menjawab kepada rakyat kenapa beliau tidak boleh berbuat yang sama?
 
Tindakan cuba membodohkan rakyat kononnya beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga minyak sebenarnya hanya menampakkan beliau bodoh. 
 
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN.


Saman keluarga Altantuya terhadap kerajaan ditolak


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk mengetepikan saman sivil difailkan terhadapnya oleh keluarga mendiang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Peguam Ram Karpal Singh, yang mewakili bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan tiga anggota keluarganya, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Nasfy Yasin membenarkan permohonan itu dengan kos.
Saya telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa plaintif berhasrat membuat rayuan mengenai keputusan itu kepada Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Nov sebagai tarikh sebutan kes seterusnya sementara menunggu rayuan yang dicadangkan itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata Ram Singh, saman keluarga Altantuya terhadap pegawai Unit Tindakan Khas Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar serta penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda tidak terjejas oleh keputusan itu dan akan diteruskan selepas keputusan mengenai rayuan yang dicadangkan itu diketahui.
Shaariibuu, isterinya, Altantsetseg Sanjaa dan dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman itu pada 4 Jun 2007.
Dalam saman berkenaan, keluarga Altantuya menuntut ganti rugi RM100 juta.
Mereka menamakan Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Abdul Razak dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya, 28, pada 2006.

Bagaimanpun, beliau dibebaskan daripada tuduhan itu pada Oktober 2008, tanpa perlu membela diri, manakala Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar serta membebaskan mereka daripada tuduhan itu.
Bagaimanapun, pada 13 Jan 2015, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan serta memutuskan bahawa Sirul Azhar dan Azilah bersalah dan menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.
Dalam kenyataan tuntutan mereka, keluarga Altantuya mendakwa kematian wanita itu menyebabkan mereka mengalami trauma dari segi mental dan psikologi.
Mereka mendakwa Abdul Razak bersubahat dengan dua pegawai polis berkenaan untuk membunuh Altantuya.
Mereka juga mendakwa Altantuya ditembak dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C-4 oleh Azilah dan Sirul Azhar hingga berkecai di sebuah hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 7 Nov 2006.
Plaintif antara lain mendakwa bahawa akibat tindakan Azilah, Sirul Azhar dan Abdul Razak itu, mereka mengalami penderitaan, terutama dua anak lelaki Altantuya, yang kehilangan ibu tersayang dan pencari nafkah untuk mereka.



Mahathir dakwa ada banyak bukti berkaitan Memali, sokong tubuh RCI

Mahathir dakwa ada banyak bukti berkaitan Memali, sokong tubuh RCI

Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau mempunyai banyak bukti berkaitan peristiwa Memali dan mengalu-alukan sekiranya kerajaan mahu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini berkata, dengan adanya RCI kerajaan akan mendapat keuntungan daripada isu Memali ini kerana ia menjadi 'Term of Reference' pada masa kini.
Berbanding menubuhkan RCI untuk menyiasat salah laku ketika pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"RCI boleh buat keputusan sebelum RCI bersidang dan Kerajaan boleh mendapat untung kerananya. Ini tentulah menjadi Terms of Reference (TOR) dizaman ini.
"Kerajaan jangan adakan RCI berkenaan 1MDB, duit sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun Datuk Seri Najib, duit KWAP yang lesap, hutang berbillion Ringgit yang tidak dapat dibayar, pembelian stesen jana elektrik dengan harga yang lebih mahal dari nilai pasaran dan dijual dengan harga murah sehingga rugi berpuluh juta, pengeluaran filem lucah Wolf of Wall Street, pembelian harta di United Kingdom (U.K) dan Amerika dengan duit 1MDB mengikut Department of Justice (DOJ). Ini semua bukan jenayah.

 "Pembelian berlian merah jambu untuk isteri dengan harga 120 million Ringgit hanyalah kerana sayang isteri. Salahkah sayang isteri. Demikianlah sayangnya isteri sehingga sanggup curi untuk menunjuk kesayangan yang tidak terhingga ini.
"Ya. RCI tidak perlu untuk semua ini. Bukanlah A.G telah sahkan ia semua halal," ujarnya dalam catatan di blog hari ini.
Malah bekas perdana menteri ini juga mahu sekiranya RCI ditubuhkan kerajaan juga perlu menyiasat semula apa yang telah beliau bina selama 30 tahun lalu.
"Banyak lagi perkara yang telah diselesai 30 tahun dahulu perlu disiasat oleh RCI. Pembinaan Menara Berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, Lebuhraya PLUS, KLIA, Westport, dan lain-lain.
Amanat Hadi"Semua ini perlu disiasat dengan diketuai oleh tokoh keadilan terkenal berslogan “Just do it”. Buat sahaja apa yang disuruh. Jangan soal," ujarnya.
Bahkan Dr Mahathir turut memuat naik salinan "Amanat Haji Hadi" agar siasatan RCI itu kelak bermula daripada menyiasat amanat tersebut.
"Untuk memulakan siasatan RCI Memali saya siar di sini “ Amanat Haji Hadi”. Dianya ada kaitan rapat dengan peristiwa Memali. Amanat ini menggalakkan perjuangan lawan Kerajaan sebagai jihad dan kematian pejuang adalah syahid.
"Dengan itu, pada 19hb November 1985, jam 11 pagi, pasukan polis diserang hendap (oleh orang dekat rumah Ibrahim Libya) dan seorang Inspektor dan seorang Sarjan polis dibunuh, seorang lagi Konstabel cedera parah. (Dari ucapan Pemangku Perdana Menteri di Parlimen pada 20 November 1985).
"Yang jelas ialah polis yang terbunuh dahulu, kerana pengikut Ibrahim berjihad kononnya," ujar Dr Mahathir.