PMX KE DOHA MENGHADIRI SIDANG KEMUNCAK TERGEMPAR ARAB ISLAM.

 


Berangkat ke Doha, Qatar bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam. Insya-Allah, esok saya akan menyampaikan Kenyataan Negara bagi menzahirkan solidariti Malaysia terhadap Qatar yang menjadi mangsa serangan biadab Zionis Israel.







Serangan terhadap Qatar ini jelas membuktikan bahawa kezaliman Zionis tidak terbatas. Ia bukan sahaja menindas rakyat Palestin sejak puluhan tahun, malah kini mengancam kedaulatan negara-negara Arab dan Islam seluruhnya. Jika Qatar boleh diserang, maka tiada negara yang benar-benar selamat daripada ancaman mereka.


Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim ini. Kita berdiri teguh bersama Qatar dan Palestin serta seluruh dunia yang cintakan keamanan serta keadilan. Inilah saatnya untuk dunia Arab-Islam, dan masyarakat antarabangsa bangkit bersatu mempertahankan maruah, menghentikan keganasan, dan menjamin keselamatan sejagat.


Saya juga akan tegaskan sekali lagi, Malaysia tidak akan tunduk, tidak akan goyah, dan berdiam diri selagi penindasan ini berterusan. Malaysia tetap berdiri bersama rakyat Palestin yang dizalimi.


🇲🇾🇶🇦🇵🇸


#MalaysiaMADANI 

#RancakkanMADANI 

#MADANIbekerja



TUAN IBRAHIM TUAN MAN CALON PERDANA MENTERI DARI PAS - BERSATU SETUJU TAK?

HRC LIVE!! - KETEPI ABAHKOW - PAS ADA SARJAN HASSAN | PN BERSERABUT ISU ...

NOH...

 

Mukhlis Eddie


1. STR (Sumbangan Tunai Rahmah) orang dapat duit tunai, mereka bebas guna untuk apa sahaja, bayar hutang, top-up telefon, minyak motor, sewa rumah. Tak semestinya masuk pasar raya.


2. SARA (Sumbangan Asas Rahmah) lebih terikat, biasanya berbentuk kredit tanpa tunai atau baucar yang hanya boleh digunakan untuk beli barang asas di pasar raya/rakan niaga terpilih. Jadi, kalau nilai SARA ditambah, secara automatik lebih ramai orang akan berbelanja di kedai-kedai besar macam Mydin.


STR luas rakyat merdeka.

SARA sempit Mydin yang kaya 😜






MACAM MACAM GILA ADA KALAU SYARAT PAS BAGI NI



 𝗠𝗮𝘁 𝗔𝗺𝗮𝗿 ni la salah seorang 𝗽𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗴𝗮𝗿 dalam berita  kepimpinan PAS. Tapi sejak dia turun pangkat jadi 𝙨𝙥𝙚𝙖𝙠𝙚𝙧 𝗗𝗨𝗡 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 ni, dia banyak senyap. Sunyi sikit tapi mujur PAS tak ketandusan pelawak. 





Pun begitu, kali ni aku setuju bila dia kata 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝗶𝗹𝗮. Betul sangat. Itu saja syarat yang perlu. 𝗧𝗔𝗣𝗜!!! Gila ada macam-macam jenis gila.


Yang tak layak jadi PM ni bukan setakat gila mental je. Ada banyak gila lain yang 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮.


Contohnya, 𝗴𝗶𝗹𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Lebih teruk kalau dia punya gila kuasa dah 𝘶𝘱𝘨𝘳𝘢𝘥𝘦 jadi 𝗴𝗶𝗹𝗮 𝗦𝗗. Kerjanya cuma nak rampas kuasa je. Untuk itu, dia sibuklah kumpul SD. Rakyat susah, dia tak peduli.


Kemudian yang lebih bahaya, 𝗴𝗶𝗹𝗮 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮. Yang ini pun tak layak jadi PM. Mana ke tidak, masa rakyat derita sampai kibar 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵, dia isytihar darurat. Dah tu diam-diam dia sakau duit rakyat.


Ada juga 𝗴𝗶𝗹𝗮 𝘂𝗺𝘂𝗺. Yang ni lebih macam jenis 𝘀𝘆𝗼𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Gila nak umum macam-macam projek. Tapi satu 𝗵𝗮𝗽𝗮𝗵 pun tak jadi. Lepas tu bila orang tanya, dia selamba jawab 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗷𝗮.


𝗚𝗶𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 pun bahaya juga. Sebab takut nanti orang suruh cari pelabur, dia tak buat. Yang dua buat cari 𝗯𝗶𝗻𝗶 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 2. Rakyat nak tambah pendapatan tak dapat, tiba-tiba dia 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝗶.


𝗚𝗶𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴 lagi satu. Bahaya sebab melancong masa rakyat kena 𝗺𝘂𝘀𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿. Yang ini kalau jadi PM, jenuh rakyat. Takut bajet untuk bantu rakyat yang terjejas banjir diguna untuk dia melancong.


𝗚𝗶𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁 pun tak layak jadi PM. Mana taknya, sampai sanggup 𝗽𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 sebab nak candat sotong. Habis kalau ada soalan untuk PM, takkan la semua MP kena pergi ke laut untuk tanya soalan.


Ada satu jenis gila yang cukup 𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨. 𝗚𝗶𝗹𝗮 𝗶𝘀𝗶𝗺. Yang ni 𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 sebab kerjanya nak 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗿𝗶𝘁 je. Apa bijik butir yang dia cakapkan pun tak tau. Lepas puas menjerit, dia hentam baca 𝗾𝘂𝗻𝘂𝘁 𝗻𝗮𝘇𝗶𝗹𝗮𝗵. Gila.


Akhir sekali, 𝗴𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝙨𝙩𝙖𝙩𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩. Gila ni lain macam sikit. Contoh gila jenis ni, orang tanya kenapa tak nak besarkan jalan, dia kata 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻.


Banyak lagi jenis gila sebenarnya tapi letih pulak aku nak senaraikan. Tapi memang sahih semua jenis gila ni tak layak jadi PM, macam Mat Amar ni kata. Jadi lepas tolak semua yang gila ni, keputusannya 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 sorang pun dalam PN yang layak jadi PM. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PERJUANGAN UNTUK TEMBOLOK SENDIRI


 

MULUT LAJU DARI OTAK.



 PAS Fadhli Shaari ni cakap main hentam ja tak sedar diri.Sebelum keluarkan kenyataan, Fadhli Shaari suruh pihak yang terlibat di era PN jelaskan isu kampung Kg Baru pada penduduk di kampung Sungai Baru. 





Ketua Penjahat PAS Fadhli Shaari kaki memusing kenyataan, isu Kg Sungai Baru masa era PN 33 bulan jadi kerajaan berlaku masalah.Sedar lah diri Fadhli Shaari jangan main hentam memusing kenyataan. Penduduk Kg Sungai Baru tidak bodoh.





TANJONG TOKONG NI JASA ANWAR SEWAKTU DIA JADI TPM DULU


 

LEKEH CALON PM DARI PAS NI.

 


TERUK LA KALAU DIA NI JADI PM ?

 



Macam mana begini punya 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹 boleh jadi Timbalan  Presiden PAS? Eh ada pulak yang calonkan sebagai 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. Hancur negara. Boleh jatuh papa dibuatnya.





Tuan Ibrahim kata kalau kerajaan sebelum ni luluskan, kerajaan sekarang 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗮𝘁𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻. Ewah ewah. Dia ingat macam main monopoli agaknya. Tak pun main 𝗽𝗼𝗻𝗱𝗼𝗸-𝗽𝗼𝗻𝗱𝗼𝗸?


Tahu apa masalahnya? Masalahnya, pemaju dah pun bayar 𝗽𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻 kepada penduduk. Tak setakat itu, pemaju juga bayarkan 𝘀𝗲𝘄𝗮 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗿𝗮𝗻𝘀𝗶𝘁 penduduk selama ini.


Kalau kerajaan sekarang batalkan, siapa yang akan tanggung kerugian tu? Dah tentu pemaju 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Berapa ratus juta pulak kerajaan sekarang kena tanggung?


Kenapa kena korbankan 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 kesan ketamakan dan 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻 kerajaan sebelum ni? Persoalan yang lebih jelas, kenapa kerajaan sebelum ni 𝘁𝗮𝗸 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗼𝘁𝗮𝗸 masa buat keputusan?


Itu tak kira pelabur yang lari kerana bimbang mereka juga 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 sekiranya melabur di sini. Dia bukan reti semua tu sebab PAS memang 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵.


Tuan Ibrahim tak payah 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝘁 dengan 𝘁𝗮𝗶-𝗰𝗵𝗶 kesilapan PN terhadap MADANI. Kenapa tak ambil sikap 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯? Kenapa bersifat 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 dan 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵?


PN dulu sanggup 𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀 tanah Kg. Sg. Baru binakan 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 1960 kerana percaya ianya satu projek yang baik. Kenapa baik waktu itu tak baik waktu sekarang?


Apa salah ambil tanggungjawab, berikan penjelasan kepada rakyat kenapa 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹? Ini tidak. PAS jadi 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝗰𝘂𝗻 dan menghasut rakyat dengan 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗲𝘀𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻.


Tak boleh bayangkan bila 𝗺𝘀𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸-𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹 macam ni memerintah negara. Memang jatuh papa dalam sekelip mata. Tak termasuk lagi berapa banyak yang akan 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 kalau puak dia yang berkuasa. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



Kekerapan Ke Luar Negara Sebab Kerja, Bukan ‘Jalan-Jalan’ – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

JOHOR BAHRU, 13 Sep – Kekerapan ke luar negara atas dasar tuntutan kerja selain memenuhi jemputan yang dibuat kepimpinan negara antarabangsa, bukan ‘jalan-jalan makan angin’, dijelaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi KEADILAN Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Hotel Grand Paragon, di sini hari ini, Perdana Menteri menafikan tuduhan tidak berasas yang dilempar sesetengah pihak termasuk pembangkang.

“Orang kritik kata saya banyak ‘berjalan’, ingat saya pergi senang-senang ke, ingat saya pergi bercuti ‘happy’ ke, saya pergi disebabkan kerja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru pada 13 September 2025. Foto Harapan Madani

“Sebagai Perdana Menteri saya banyak ‘berjalan’ kerana dijemput disebabkan kita ada suara, kita negara yang bebas dan merdeka, apa guna merdeka jika tidak berani bercakap.

“Saya terima pesanan daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, esok saya akan ke Doha bagi membincangkan serangan berterusan Zionis Israel terhadap penduduk Palestin,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap rakyat negara ini memahami pendirian kerajaan Persekutuan yang berterusan menyampaikan sumbangan kepada negara antarabangsa yang berdepan bencana dan krisis kemanusiaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru pada 13 September 2025. Foto Bernama

“Saya tidak faham apabila orang cakap Anwar asyik bantu Gaza, kita ini manusia, ada masa kemungkinan kita pula yang perlukan bantuan antarabangsa. Pakistan dilanda banjir, Myanmar gempa bumi, walaupun kita tak setuju politik di sana tetapi kita bantu kerana ada orang mati, ada orang sakit.

“Rakyat susah juga kita kena ambil tahu, sekarang kerajaan banyak beri bantuan kepada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, angka sebenarnya jauh lebih tinggi peruntukan kita bagi berbanding semasa dia (pembangkang) perintah,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan kepentingan untuk rakyat Malaysia berbilang kaum mempelajari dan menguasai penggunaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan di negara ini.

“Kita semua kena pandai Bahasa Melayu, sebab kita duduk di Malaysia tetapi ada anak-anak kita kurang pandai Bahasa Melayu, jangan begitu. Tetapi pada masa sama Bahasa Inggeris juga penting, begitu juga bahasa lain seperti Mandarin, Tamil dan juga Arab.

“Contoh sekiranya orang Cina mahir Bahasa Melayu dan Inggeris, kan bagus jika pandai pelbagai bahasa.

“Itu juga yang diperjuangkan KEADILAN, kita adalah satu-satunya parti politik yang mana semua kaum di Malaysia dirai sebagai sebuah keluarga,” katanya.



Pemerkasaan Ekonomi Seiring Dengan Pembangunan Insan, Budaya – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pengunjung selepas Majlis Perasmian Festival Budaya Malaysia 2025 di Taman Tasik Titiwangsa pada 13 September 2025. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Sep – Pembangunan ekonomi tidak boleh dilihat dari sudut material semata-mata, sebaliknya berteraskan pembangunan insan yang menyeluruh, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Budaya Malaysia 2025 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini, Perdana Menteri menambah, pemerkasaan ekonomi negara wajar digerakkan seiring dengan usaha memperkukuh budaya serta nilai kemanusiaan dalam segenap lapisan masyarakat.

“Teras kita adalah pemerkasaan ekonomi, kemampannya, tetapi yang kita nak bangunkan itu manusia.

“Pemerkasaan ekonomi mestilah selari dengan pemerkasaan budaya. Kita kembangkan nilai insan dan manusiawi, dan kita tunjukkan kesediaan kita bukan sekadar untuk kenal tetapi menghormati, mengimarahkan, menghebatkan, memperkenalkan dan menunjukkan kita terkesan dengan kehebatan masing-masing,” katanya.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa; serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa budaya merupakan antara kekuatan utama Malaysia dan perlu diperkasakan bersama nilai hormat serta keterbukaan terhadap kepelbagaian.

“Berbeza daripada pandangan kelompok kecil yang anggap hanya pandangan mereka baik dan tidak bersedia menerima kepelbagaian.

“Negara kita ditegakkan dengan beberapa asas, termasuk Bahasa Melayu yang berperanan memperkuat dan mengikat semua rakyat. Namun, negara ini juga ditegakkan dengan menghormati hak semua kaum menguasai bahasa mereka.

“Dan dengan perkembangan dunia yang mencabar hari ini, ia menuntut kita menguasai pelbagai bahasa, termasuk bahasa Inggeris,” ujarnya.

Menurut Perdana Menteri, teras budaya negara adalah budaya Melayu yang merupakan budaya kebangsaan, namun ia terus dikembangkan dengan merangkul kepelbagaian budaya etnik lain seperti Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan Bajau.

“Semua ini kita rangkul sebagai budaya Malaysia, budaya anak Malaysia. Inilah kekuatan sebenar yang akan menjamin keamanan dan kelangsungan negara.

“Kalau kita mula menolak (kepelbagaian) ini, itulah bibit-bibit perpecahan akan bermula,” katanya.


Peruntukan Khas RM100 Ribu PM Anwar Cetus Aura Luar Biasa Buat 4,000 Pengakap

 


Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi ‘Temu Anwar bersama Pengakap’ menerima sambutan padu sebaik mengumumkan peruntukan khas RM100 ribu kepada mereka bagi menggalakkan aktiviti bermanfaat sepanjang program di Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 14 Sep – Deruan ombak Laut China Selatan yang menghempas pantai tanpa jemu, tiba-tiba dikejutkan dengan rombongan lebih 4,000 peserta pengakap yang berkampung sejak Jumaat, dengan satu tujuan murni.

Disertai lebih daripada lima negara, Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 (PAPJ27) menghimpunkan peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Vitenam sebagai tanda solidariti dan kebersamaan memperkuat jaringan kerjasma dalam satu pasukan besar.

Malah ia dibuktikan secara tuntas apabila berita pasukan pengakap dari Melaka membantu mangsa kemalangan di Bukit Gambir ketika menuju tapak perkemahan di Tanjung Leman, mencetuskan semangat membara membantu dan bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan.

Pasukan pengakap dari Melaka membantu mangsa kemalangan di Bukit Gambir ketika dalam perjalanan ke Tanjung Leman, Mersing pada 12 September 2025. Foto Persekutuan Pengakap Melaka

Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tapak perkemahan jelas mencetuskan aura tersendiri apabila pertemuan dengan ribuan pengakap termasuk penulis, pantas menghangatkan suasana dingin dipuput sang bayu seawal jam 9 pagi lagi.

Ternyata semangat ahli pengakap luar biasa. Sebaik menyedari rombongan Perdana Menteri menghampiri tapak perkemahan bagi memulakan program ‘Temu Anwar’ bersama mereka, sambutan luar biasa menerjah kawasan dengan lensa kamera memenuhi ruang.

Untuk rekod, Anwar juga merupakan Perdana Menteri pertama dalam sejarah negara turun ke Mersing, atau lebih tepatnya Tanjung Leman, sekali gus mencatat nama sebagai pemmpin tertinggi negara melawat kawasan Timur Johor itu menghadiri program ‘Temu Anwar Pengakap’ yang julung kali diadakan di tepi pantai menghadap Laut China Selatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ketika sesi kupasan hala tuju pengakap, Perdana Menteri berkata, perpaduan di negara ini akan terjamin jika hak majoriti Melayu dan Islam dipertahankan tanpa menafikan hak kaum lain yang juga warganegara Malaysia kerana hal itu adalah asas kepada perpaduan negara yang dipegang selama ini.

“Kalau kita mahu jamin perpaduan, negara ini majoriti Melayu, Islam, mesti pertahankan hak mereka. Tapi negara ini juga mesti jamin hak semua warganegara (kaum) Cina, India, Orang Asli, Dayak, Kadazan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Peranan dan tanggungjawab golongan muda sebagai pemimpin dan pewaris masa depan negara, mereka perlu diberikan ruang, latihan serta kesempatan seluas-luasnya untuk membina disiplin dan kemahiran mereka.

“Kalau anak-anak muda yang cukup terlatih dan disiplin, masa depan kita itu lebih terjamin. Siapa yang akan menjadi pewaris? Anak-anak muda. Siapa yang menentukan masa depan? (anak muda),” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 kata Perdana Menteri, memberikan tumpuan kepada agenda keamanan, keterhubungan digital serta tenaga serantau yang dapat memperkukuh hubungan antara negara anggota.

Atas sambutan hangat yang disaksikan sendiri Perdana Menteri, beliau menyambut baik cadangan untuk mengadakan perhimpunan pengakap ASEAN sebagai platform memperkukuh kerjasama belia di rantau ini lantas mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM100 ribu bagi menyemarakkan lagi semangat anak muda menceburi organisasi bermanfaat ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Secara spontan, pengumuman Anwar disambut sorakan dan tepukan padu sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi Perdana Menteri memastikan perkemahan mereka terus mendapat bantuan sewajarnya.

Peruntukan itu juga selaras dengan penegasan Perdana Menteri bahawa beliau optimis pergerakan pengakap akan kekal relevan sepanjang zaman kerana nilai asas yang dipupuk persatuan itu ialah kemanusiaan dan ihsan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dia (pengakap) relevan 100 tahun lalu, dia akan relevan 100 tahun akan datang, melainkan manusia itu sudah hilang kemanusiaannya. Kalau manusia kekal menjadi manusia, badan-badan yang memupuk nilai manusiawi kemanusiaan atau insani yang ini, akan kekal relevan.

“Cuma tentulah, ada kemahiran (pengakap) dahulu tak cakap soal digital, tak bicara soal AI (kecerdasan buatan). Sekarang kita bicara soal itu. Tapi dia (pengakap) tak hilang tonggaknya. Apa tonggaknya? Kemanusiaan dan ihsan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sebelum beredar, ribuan anak muda tidak melepaskan peluang merakam momen terbaik bersama Perdana Menteri seakan membalas jasa baik beliau mengiktiraf peranan dan sumbangan mereka dalam pembentukan sahsiah dan jati diri bermaruah.

Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program bersejarah ini dan ia baru suatyu permulaan ke arah memartabatkan pengakap sebagai pertubuhan bermanfaat kepada rakyat dan negara.



Sabah Bergelap: Proses Pemulihan Bekalan Elektrik Dilaksana Berperingkat

 


Beberapa daerah di Pantai Timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik susulan kerosakan talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud melibatkan talian 1 dan 2 pada 5.05 petang 13 September 2025.

KOTA KINABALU, 14 Sep – Proses pemulihan bekalan elektrik di Sabah dilakukan secara berperingkat sejak terputus lebih 14 jam semalam di sesetengah kawasan.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam hantaran di Facebook rasmi memaklumkan bekalan elektrik di Kunak dan beberapa kawasan di Lahad Datu telah dipulihkan.

Di Semporna, bekalan turut pulih melibatkan Stesen Pam Minyak Buraq Oil, Kampung Sri Melor dan kawasan sekitarnya, manakala di Tawau, kawasan yang pulih termasuk Jalan Kampung Tinagat, Kampung Batu Payung, QL Farm, Jalan Apas Parit, SK Batu Payung, SK Kinabutan Besar dan sekitarnya.

Laporan gangguan bekalan elektrik di Sabah disiarkan pada 9 November 2024.

Semalam, beberapa daerah di Pantai Timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik susulan kerosakan talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud melibatkan talian 1 dan 2 pada 5.05 petang.

SESB memaklumkan daerah yang terjejas termasuk Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna, Beluran dan Tawau.

Sementara itu, tinjauan mendapati sebahagian kawasan di Tawau masih mengalami gangguan bekalan melebihi 13 jam.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee dalam hantaran Facebook rasminya turut memaklumkan beberapa kawasan di Sandakan berdepan gangguan elektrik yang berlarutan sehingga 13 jam.

Petugas Sabah Electricity berusaha keras memulihkan kerosakan talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud melibatkan talian 1 dan 2 pada 5.05 petang. Foto Sabah Electricity Careline

“Belum terima maklum balas terkini daripada Sabah Electricity,” katanya.

Tinjauan juga mendapati talian internet di kawasan terjejas turut mengalami gangguan dengan capaian menjadi lebih perlahan daripada biasa.

Untuk rekod, kali terakhir Sabah mengalami gangguan elektrik ialah pada 9 November tahun lalu melibatkan enam daerah.



Keretakan PAS-Bersatu memuncak: PAS mahu ambil alih tampuk PN, mahu Tuan...

AKHIRNYA MENTERI WILAYAH BUAT PENDEDAHAN! LEBAI PUSING FAKTA!


Pemaju menanggung sepenuhnya sewa kediaman majoriti penduduk Kampung Sungai Baru yang ditempatkan di penempatan sementara susulan pembangunan di kawasan berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata, mereka kebanyakannya ditempatkan di Residensi Sungai Udang dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda. “Sebenarnya mereka yang bersetuju untuk berpindah dan tinggal di kawasan yang contohnya di rumah PPR atau residensi di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sewaan mereka ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. “Sewa itu ditanggung oleh pemaju sehingga projek pembangunan semula selesai, sehingga mereka mendapat rumah ganti,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini. Beliau menegaskan bahawa kerajaan hanya mahu memastikan penduduk menikmati manfaat pembangunan termasuk pampasan adil dan kediaman yang lebih baik. Dr Zaliha menambah hasil pertemuan dengan penduduk, mereka menyatakan tidak sesekali menolak pembangunan, namun hanya mempertikaikan isu pampasan. Sebelum ini, projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang melibatkan rumah flat dan teres mencetuskan polemik apabila sekumpulan penduduk tidak berpuas hati dengan pampasan yang ditawarkan. Semalam, polis bersama pelbagai agensi penguat kuasa melaksanakan writ milikan kosong terhadap 26 hak milik individu merangkumi 37 unit rumah teres di kampung tersebut. Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera ketika mengawal keadaan sewaktu operasi pengosongan kediaman itu.









BERITA PALESU

 


Siapalah yang mula-mula sebarkan berita Rumah Biru yang terletak di Kampung Baru ,KL telah diroboh? Kampung Baru ye..bukan Kampung Sungai Baru.





....

Rumah Biru yang terkenal kerana masih mengekalkan keaslian seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru tidak dirobohkan sebaliknya hanya penghuni rumah yang berpindah sementara.


Perkara itu dimaklumkan salah seorang pemiliknya, Shafiq Abdullah yang telah berpindah bagi memberi laluan untuk pelaksanaan projek pembongkaran semula palong ditanam di bawah tanah rumah tersebut.


"Projek belum bermula lagi dan untuk maklumat semua rumah kami ini... Insya-ALLAH tidak dirobohkan sebab kami diminta keluar bagi memudahkan projek yang akan berlangsung nanti,"


https://www.sinarharian.com.my/article/672157/edisi/selangor-kl/rumah-biru-tidak-dirobohkan-kami-keluar-sementara---pemilik



KEH KEH KEH


Che Ibrahim


 Ambo kata kes dah cukup jomlah, dah lebih dari cukup, tu yang meroyan pasal PM tak habis habis.... 


Yang tak yakin kepada PMX tu hanya Pas, Bersatu pun menamakan Muhyidin sebagai PM untuk PRU 16.




PAS TAK HARUS BERLENGAH LAGI NAMAKAN CALON PM11



TAK PAYAH LA KALAU TAK BIJAK MACAM ANWAR...DALAM PAS BANYAK MACAM TU MAKSUDNYA...


KAMI RAKYAT NDAK SOQANG SAJA...BUKAN SAMPAI BERLORI LORI







10 September 2025


Menamakan calon Perdana Menteri ibarat memilih seorang nakhoda kapal untuk sebuah pelayaran di lautan yang penuh bergelora.


Tanpa nakhoda yang khusus, pelayaran kapal akan jadi tidak menentu dan gelombang cabaran dalam perjalanan juga sukar ditangani.


Mereka yang berada di dalam kapal pun automatik jadi selesa dan yakin dengan pelayaran jika nakhoda yang dipilih itu cukup berkelayakan dan berwibawa.


Begitulah juga keadaannya dalam  negara ketika berdepan pilihan raya, parti atau gabungan yang berhasrat mengambil alih kerajaan mesti menamakan calon Perdana Menteri mereka.


Mereka yang tidak menamakan calon Perdana Menteri bererti parti berkenaan tiada hasrat dan tiada keyakinan untuk menang.


Dengan itu, parti atau gabungan tersebut berkemungkinan bukan berada dalam pilihan pengundi untuk diberikan undi.


Soal sama ada calon Perdana Menteri yang dipilih itu akan diperkenankan atau tidak oleh Agong selepas mencapai kemenangan nanti, itu adalah soal kedua.


Soal yang pertama, dengan adanya nakhoda yang dipilih itu,  beliaulah yang akan mengemudi kapal ketika pelayaran sehingga hari pengundian.


Dalam konteks PN, pemimpin yang berpotensi untuk menjadi calon Perdana Menteri ialah sama ada daripada Pas atau Bersatu.


Dua komponennya lain – Gerakan dan MIPP – mereka tentu sedar siapa diri mereka.


Berkaitan hal tersebut, Bersatu telah menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi PN.


Tetapi, Pas nampaknya tidak senang dengan keputusan Bersatu itu.


Pas bukan saja keberatan untuk menyokong calon pilihan Bersatu itu, malah enggan  menamakan calon lain sama ada daripada parti  mereka sendiri atau daripada Bersatu sebagai calon Perdana Menteri.


Oleh kerana Pas dan Bersatu akan bertanding sebagai suatu gabungan atas tiket PN, keadaan itu menjadikan siapa calon Perdana Menteri mereka masih lagi tergantung ketika ini.


Meski Pas akan mengadakan Muktamar Agungnya di Kedah hujung minggu ini, namun Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menepis kemungkinan ada calon Perdana Menteri akan dinamakan.


Bila lagi Pas mahu berbuat demikian, sedangkan PRU16 hanya kira-kira dua tahun saja lagi daripada sekarang?


Dalam hal ini, adalah disarankan agar Pas tidak terlalu berlengah dalam memuktamadkan calon Perdana Menteri untuk mewakili PN.


Kalau setuju dengan Muhyiddin, sokonglah dan kalau tak setuju, kemukakan calon lain.


Selepas itu buatlah keputusan muktamad melalui mesyuarat PN.


Lagi cepat calonnya dinamakan, lebih mudah nakhoda memulakan gerak kerja pelayaran ke arah memenangi PRU16 akan datang.


Sebagai parti yang memenangi paling banyak kerusi Parlimen dan telah terbukti  disokong oleh majoriti pengundi Melayu di negara ini, Pas seharusnya memiliki keyakinan yang lebih tinggi dalam hal ini.


Persefahaman antara Pas dan Bersatu dalam memuktamadkan siapa calon Perdana Menteri adalah mustahak agar nakhoda yang dipilih dapat mula merangka pelan pelayaran sehingga benar berjaya dapat sampai ke destinasi impian.


Lagi satu, apabila calon Perdana Menteri sudah dimuktamadkan,  pemimpin yang dipilih sebagai nakhoda pun taklah teragak-agak lagi nak mengeluarkan duit belanja menggerakkan jentera parti. – ShahbudinHusin 10Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/pas-tak-harus-berlengah-lagi-namakan-calon-pm11/




KENYATAAN PURA PURA BUAT KERJA.

 


Sebab geng PN cuba hendak jadi hero, kita review balik apa yang jadi pada masa Jun 2021. Waktu ini negara masih lagi dalam PKP ke 3 lockdown penuh. Masa ini jgnkan kata nak berdemo, solat jumaat pun tak boleh. 







Sebabkan tak ada orang boleh berhimpun, kerajaan PN waktu itu cepat-cepat warta Seksyen 4 dan Seksyen 8 akta pengambilan tanah 1960. 


18 Jun 2021 (Jumaat)

🔹 Warta Seksyen 4 – Notis awal kerajaan bahawa tanah mungkin akan diambil.

👉 Hanya isyarat awal, belum muktamad.


21 Jun 2021 (Isnin)

🔹 Warta Seksyen 8 – Pengisytiharan rasmi bahawa tanah tersebut pasti diambil.

👉 Selepas ini proses pampasan dan pengambilalihan akan berjalan.


Jadi tak faham kenapa MP PN cuba hendak jadi hero sedangkan benda ini gazet zaman mereka kerajaan. Kalau benda dah gazet, nak batalkan bukan senang, silap2 kerajaan kena bayar ganti rugi yang lebih tinggi. 


Masa ada kuasa, tak buat kerja, masa tak ada kuasa, pura-pura buat kerja.


MMMS