KELAB PENYOKONG PAS AKAN DIBERI PERANAN LEBIH BESAR




(KIRI) Sdr Vellu Ketua pemuda kelab penyokong PAS Cawangan Pokok Machang(Kanan) S.Ramis Ketua Cawangan kelab Penyokong PAS cawangan.beliau mendakwa mempunyai 80 ahli di cawangan Pokok Machang Tasek gelugor.








OLEH:Amiruddin Ahmad

TASEK GELUGOR-Satu Majlis menyampaikan bantuan kepada golongan miskin kaum India telah di adakan di cawanagn Pokok Machang baru-baru ini.Majlis penyampaian bantuan ini di sampaikan oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan ahli parlimen Parit Buntar merangkap lajnah hubungan antara bangsa dan kaum ,juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat.Turut hadir ialah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Cawangan Pokak Machang saudara Ramis A/l Subramaniam,Sdr Fahmi Ahli Majlis gama Islam dan juga Setiausaha Pemuda PAS merangkap hubungan antara bangsa Tasek Gelugor Saudara Zamri.

Dalam ucapan yang disampaikan, Dr Mujahid menjelaskan bahawa PAS mengambil kesempatan ini untuk sama-sama menyampaiakan bantuan kepada golongan miskin kerana memang itu dasar parti kerana adalah perlu golongan yang terbiar harus diraikan. Seramai 25 orang kaum India menerima bantuan berupa beras dan juga keperluan dapur lain.

Beliau juga menjelaskan bahawa semasa berada di Bagan Pinang , kelab penyokong PAS memainkan peranan penting dalam usaha memenangkan PAS.Malah menurut YB Dr Mujahid lagi ,Umno menjanjikan mereka, kaum India wang apabila memberikan wang kepada pengundi di kawasan estet di Bagan Pinang.

“Malah PAS berjaya menubuhkan pondok panas di dalam kawasan Estet atas usaha ahli-ahli dan kelab penyokong PAS dari kaum India, dan usaha mereka nampaknya lebih hebat dari ahli PAS sendiri terutamanya di kawasan Estet”, demikian jelas beliau dan diberi tepukan gemuruh dari kaum India yang hadir.

“Pendekatan PAS bukan kerana duit, akan tetapi pendekatan PAS adalah sokongan dan harapan agar semua kaum didalam negara bersatu.Kita mahukan sokongan kepada PAS bukan kerana wang.wang boleh habis dan diketika itu jika kita tdak wang ,sokongan kepada kita akan berakhir kerana wang”, demikian jelas YB Mujahid lagi.

Beliau juga memberikan peringatan dan amaran kepada mana-mana parti yang terus menerus mengamalkan fahaman sempit dan menjadi agen dan menindas kaum lain sebagaimana yang terjadi di Selangor ini , bahawa itu bukan aamalan Islam, malah kami islam menghormati agama lain, jika kita menghina agama lain ,agama kita juga akan di hina.Umno telah lama tidak menyelesaikan masaalah di Shah Alam .Bila Pakatan menang , kita mahu mencari jalan dan pindah dan menyelesaikan masalah dan kita memberi alernatif,yang menimbulkan masalah ialah Umno yang menjadikan isu tersebut sebagai sentimen agama dan kerana itu kita kena tolak politik sebegini.

Menurut Dr Mujahid lagi ,Kelab penyokong PAS mempunyai keahlian seramai 20,000 ribu orang dan ini adalah salah satu perkembangan yang baik.Kita juga akan membawa isu untuk menjadikan kelab penyokong PAS sebagai satu sayap parti , dimana ianya juga mempunyai perlembagaan sendiri.Isu ini akan dibawa kepringkatpusat untuk dibincangkan dan kemungkinan dalam masa terdekat atau semasa muktamar akan datang ,jelas Yb Mujahid lagi.

Ditanya berhubung dengan perlantikan Pengerusi Majlis Agama Islama Pulau Pinang yang mana Ustaz Ellias Zakaria bekas Pengarah Pusat Islam USM di perkenan sebagai YDP majlis Agama Islam menggantikan Yb Shahbudin, beliau menjelaskan bahawa pada dasarnya memang kita bersetuju,namun selagi belum ada kertas lantikan kita tidak mahu mengulas berkaitan isu tersebut.

Isu YDP Majlis Agama Islam Pulaua Pinang timbul apabila dalam kempen piliharaya baru-baru ini , Pakatan Rakyat telah menjanjikan kedudukan YDP Majlis Agama Islam akan diberikan kepada calon PAS YB ustas Salleh Man atas kesefahaman dalam Pakatan Rakyat. Namun apabila isu ini tidak diselesaikan akibat Yb Shahbudin dari Umno di sambung kontrak setahun lagi dan berakhir hingga tahun ini, isu ini dibangkitkan semula.

Menurut YB Dr Mujahid “ Atas kepentingan Pakatan , isu ini akan dibincangkan di peringkat pusat untuk perkenan Yang Di Pertuan Agong.Ianya menjadi sebegini apabila kita mengganggap bahawa apabila isu Shahbudin tidak melepaskan jawatan, kita ingatkan pelantikan Elyas Zakaria selesai sehingga di situ, Pada ketika itu bekas TKM1 Pulau Pinang Mohd Fairus menjadi Timbalan Ketua Menteri.Kini apablla timbul semula isu tersebut, dancdengan perkenan tuanku, kita Cuma akan mengambil langkah jika adanya pandangan diplomasi dipihak ke Bawah Duli Tuanku, kita akan bertemu dan berbincang,Jika tidak, kita akur atas kesetiaan kita kepada ke bawah Duli Tuanku”.

FREEDOM FILEM FEST-ADAKAH BENAR-BENAR MENDIDIK MASYARAKAT?




OLEH:Amiruddin Ahmad

Jika ditanya kepada siapa yang menyaksikan filem-filem yang di tayangkan oleh kumpulan KOMAS ini maka jawapannya ialah ya dan tidak.Ya ialah apabila melakukan cerita ini dalam bentuk filem agar dapat dijadikan sebagai satu bentuk penyampaian kepada masyarakat melalui filem.Walau kita boleh lihat banyak filem-filem terutamanya melalui internet,siaran you tube, namun filem ini diolah dan disusun dan diatur dengan baik untuk memudahkan kefahaman masyarakat apabila menonton filem-filem ini.2 dari file mini pernah saya siarkan dalam akhbar Suara keadilan terutamnya kisah dan gambar rakyat bertempur di Perak dan juga Kayuh apabila 3-4 buah basikal dibakar di Yayasan Aman Penanti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Menurut pengarah KOMAS atau komunikasi untuk masyarakat dan kemanusiaan Saudara Jo Hann Ann, tujuan KOMAS ialah untuk memeberikan satu kelainan , iaitu menyampaikan maklumat yang berlaku di peringkat dalam negara dan luar negara mengenai isu-isu kemanusiaan dan hak asaasi manusia untuk di perbincangkan dengan baik dikalangan masyarakat dan juga sebagai satu bentuk penyampaian maklumat agar ianya dapat di perjelaskan kepada orang ramai akan sesuatu isu yang berbangkit dalam negara terutamanya.


“Namun dalam masa yang sama juga berlakunya salah tanggap dimana pihak berkuasa merasa curiga dengan kami, kerana filem-filem ini adakalanya menyentuh pihak tertentu dan bersikap lebih terbuka.” Jelas Jo Hann lagi.


Kita boleh memberikan filem –filem ini sebagai baik dan memuaskan terutamanya 3 buah filem-filem yang memenangi anugerah filem rakyat yang ditanyangkan ini dalam bentuk rencana dengan fakta misalnya filem No Silver lining:The Perak crisis,karya The-plotted 2009/20 minit yang memenangi FFF2009 Justin Louis Award.Namun Krisis yang digambarkan terutamanya krisis yang berlaku harus di panjangkan sedikit terutamanya di hadapan masjid Ubudiah dimana disinilah kuasa rakyat digambarkan sebagai tidak pernah terjadi sebelum ini apabila rakyat benar-benar bertempur dengan pihak berkuasa secara berdepan dan rakyat begitu berani ketika ini.

Filem Al fatehah untuk Memali karya Rahmat Haron pula adalah pertemuan dengan saksi-saksi yang masih berada ,sahabat,isteri dan juga rakan kampong di Memali dimana Sdr Black Amin Iskandar menemubual saksi-saksi kejadian Memali.Filem ini juga mendapat anugerah FFF2009 Justin Louis Award.





Manakala Filem ke 3 pula ialah filem Kayuh , karya Soh Sook Hwa dengan membawa 6 mesej utama untuk dihantar ke Parlimen .Antara mesej ialah perumahan selesa untuk rakyat dan juga pekerja ladang, hapuskan ISA,kawal harga barang,hentikan penswastaan,gubal akta gaji minima,pulihkan pilihanraya masjlis tempatan.

Sayangnya kes dan kejadian basikal di baker di Yayasan Aman tidak sempat dirakam kerana menurut maklumat dari pihak penganjur mereka kehabisan bateri di ketika itu ,namun hanya ada gambar-gambar dari kemera yang ada.ini antara cabaran paling teruk dihadapi pengayuh.

Kes ini dilihat sebagai satu kes yang agak melucukan apabila para pengayuh di saman,termasuk penganjur,juga 150 pemeriksaan dan sekatan polis sepanjang kempen Kayuh ini.ianya dapat menarik minat dan simpati masyarakat terhadap kempen yang dianjurkan ini.


Namun ada juga filem-filem yang menimbulkan perdebatan yang hebat jika di lakukan secara terbuka dan jika ramai yang mau menontonnya ,misalnya JIHAD FOR LOVE ,arahan Parves Sharma, warga Pakistan dimana di kisahkan bagaimana seorang imam di Afrika selatan yang mempunyai anak, namun seorang homoseksual.dan dalam satu perdebatan, beliau dikatakan menggunakan fikiran dan andaian sendiri menyalahkan takdir yang di tempuhi beliau dan jika disalah tafsirkan ianya boleh membawa kepada murtad.namun beliau menjelaskan bahawa Jihad yang beliau lakukan keatas diri beliau adalah jihad untuk mengawal nafsu ,namun masih belum berjaya.Disinilah ada sedikit keraguan apabila beliau mempersoalkan takdir Tuhan ini.

Imam tersebut juga jelas telah di pecat,dan dalam satu perdebatan dengan salah seorang alim ulama yang didatangkan khas untuk kes beliau , jelas imam ini mempersoalkan bahawa beliau berusaha dengan berpuasa,80 hari setahun,bersembahyang, namun sikap beliau tidak diubah oleh Tuhan menjadi normal,dimana sejak berumur 15 tahun beliau mula merasa kelainan apabila minat kepada kaum sejenis.Penjelasan dari ulama tersebut ialah manusia tidak boleh memutuskan hokum berdasarkan kepentingan peribadi kerana Quran adalah jelas sebagai petunjuk untuk umat islam.

Juga kisah lesbian yang dipaparkan.Filem ini harus ditayang dengan berhati-hati kerana ianya melibatkan agama islam yang sepatutnya di perhalusi lagi bagi mengelak ianya di manipulasi oleh pihak yang tidak faham apa itu agama islam yang bersifat universal.ianya seolah-olah mengaitkan agama dan juga kejadian alam yang berlaku keatas manusia sebagai ditentukan Tuhan dan Tuhan tidak mahu merubah seseorang itu?

Ini akan menimbulkan tanggapan negative keatas agama islam itu sendiri apabila hokum akal digunakan dalam kes lesbian dan juga homoseksual dan seolah oleh lesbian dan juga homo ini dikalangan umat islam adalah sesuatu yang dianggap sebagai luar biasa.Ada kaedah –kaedah rohani yang boleh dilaksanakan jika dilakukan dengan sempurna.namun ianya sesuai ditonton dan di perbincangkan dengan lebih terbuka berkaitan hokum keatas golongan ini.

Cerita lain bersifat dokumentari dan juga pendedahan mengenai kaum Penan di Sarawak ,Akhan di Utara Thailand .keduanya hapir sama , malah jika dilihat dalam kes kaum Akhan pula ianya mengenai mubaligh Kristian yang berusaha mengkristiankan kaum pribumi ini dengan memberikan makanan dan pakaian dan anak-anak kecil pula di manipulasikan untuk kepentingan para pemodal, dan bagaimana pemodenan akhirnya merosakkan alam sekitar dan akhirnya golongan ini terpaksa menerima perubahan.

Kisah ini memaparkan bagaimana seorang warga Sweden Tomas Ryska yang akhirnya mendapat geran dari United Nation bagi meneruskan pengajian dan juga kajian beliau keatas penduduk pribumi Thailand dan filem ini agak menarik kerana adanya unsur cemas apabila beliau di kejar oleh pihak berkuasa yang rasuah untuk mengelakkan filem dokumentari ini dari di sebarkan.

Pada umumnya festival filem ini patut di perluaskan lagi ke Bandar-bandar si seluruh negara kerana ianya dapat memberikan pendidikan dari segi kemanusiaan dan juga menjadi satu bentuk penyampaian pengetahan melalui medium baru iaitu filem dekumentari yang agak bebas dari suntingan dan juga membicarakan sesuatu isu untuk kefa

KERAJAAN NEGERI MEMBANTU PENIAGA KECIL




OLEH:Amiruddin Ahmad

Pulau Pinang Kerajaan negeri Pulau Pinang ,baru-baru ii telah melancarkan skim Bantuan tanpa faedah ala TEKUN untuk peniaga kecil.Majlis penyerahan cek telah diadakan pada 7 Oktober baru-baru ini.Skim yang dinamakan Iktiar Saksama Rakyat disampaikan oleh Ketua Menteri Pualau Pinang Yb Lim Guan Eng melalui cek .Dalam ucapan pelancaran yang disampaikan lagi oleh YB Lim Guan Eng beliau ,menjelaskan bahawa objektif utamanya ialah untuk menambah pendapatan, meningkatkan wang simpanan dan penambahbaikan ,keperluan asas sasaran wang asset para peniaga kecil yang terpilih.Golongan sasaran yang diberikan ialah .fakir,ibu tunggal, dan golongan cacat.

Bagi tujuan ini, pihak PDC dan USM mengikut modul Pinjman Micro Pinjaman USM dengan tema “Perbankan Golongan Keterbawahan dan Kelestraian Simpanan Hari Esok”. Keperluan ini diberikan kepada peniaga kecil dan bantuan ini diberikan mengikut apa keperluan dan corak perniagaan mereka.

Pinjaman tanpa faedah ini dibayar melalui nama PPSR iaitu maksima sebanyak RM 5000 dimana tempoh bayaran balik selama 2 tahun. Menurut Prof Shukur semua peserta dikenal pasti melalui Jabatan Agama dimana kita dibantu oleh pelajar USM. Phd.

Pinjaman ini dibawah PTSR, pinjaman tabung simpanan rakyat dimana jumlah pinjaman maksima RM5000 1 1.5 juta dari kerajaan negeri dan 1.5 juta dari PDC dengan cara PDC membeli geran .Jumlah keseluruhan adalah sebanyak Rm3.00 juta ringgit.

Pembahgian juumlah pinjaman ini adalah terbahagi kepada 1.25 Juta kepada golongan peniaga kecil RM1.25 juga kepada orang miskin dan ibu tunggal,manakala masing-masing 0.25 juta lagi kepada golongan cacat dan juga fakir miskin yang membawa jumlah sebanyak RM3 juta.

Seramai 40 orang pertamayang menjadi perintis telah menerima cek pada 7 Oktober baru-baru ini terdiri dari berbilang bangsa, iaitu kumpulan peniaga-peniaga kecil telah menerima dan ijabkabul pinjaman .Pinjaman bagi kumpulan pertama ini telah digunakan dengan sepenuhnya dan hanya tinggal 3 golongan lagi yang akan diberikan secara berperingkat.Kerajaan negeri menaruh harapan kepada semua penerima agar dapat menggunakan pinjaman dan berusaha menambahkan wang simpanan serta meningkatkan keperluan hidup.

Menjelang akhir tahun ini dengan mematuhi PKI golongan sasar, sasaran untuk meningkatkan keperluan asas golongan ini akan dapat dicapai.Menurut Prof Shukur Kasim ianya adalah bertujuan membantu kumpulan ini.Pertamanya agar mereka menukar kepenyewaan asset kepada pembelian asset perniagaan ,3 aspek pemnilaian ialah kesesuain kegiatan pinjaman, kesesuaain saiz yang di pohon dan kemampuan bayaran bailik .aspek ini digunapakai bagi merancang membantu golngan ini.Ditanya bagaimana orang ramai mahu meminjam, menurut prof shukur, terdapat 3 orang penyelia yangakan mencari golongan yang disasarkan.Selain itu ada juga selain itu juga pinjaman ini diberikan kepada pihak yang ingin belajar keperingkat Sarjana dan juga Phd.






AMK SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA KAUM INDIA SEMPENA DEEPAVALI






PERMATANG PAUH-AMK Cabang Permatang Pauh telah mengadakan lawatan dan ziarah dari rumah ke rumah kaum India terutamanya bagi ibu tunggal dan juga yang tidak berkemampuan apabila munculnya hari Deepavali yang semakin dekat.Program anjuran AMK ini diketuai oleh Ketuanya Sdr Amir Ghazali dan juga AJK AMK cabang Permatang Pauh.

Program AMK ini berterusan dari masa ke semasa menziarahi kaum India dan juga lain-lain kaum apabila munculnya sesuatu perayaan.Menurut Sdr Amir Ghazali lagi,perayaan Deepavali yang semakin dekat ini akan memberikan sinar buat kaum India yang kurang berkemampuan apabila bantuan yang diberikan ini kepada 20 penerima sumbangan bantuan hari Deepavali pada kali ini.Mereka semua adalah ibu tunggal yang patut mendapat bantuan.

Salah seorang yang menerima bantuan ialah Gayatri A/P Subramanian 64 tahun berterima kasih dengan bantuan yang tidak dijangka ini kerana menurut beliau ini adalah kali kedua beliau mendapat bantuan ini .Sebelum ini beliau tidak pernah menerima bantuan walau dari MIC sekali pun.


Pn Subhashini A/P Muruga juga menjelaskan bahawa beliau bersama anak-anak akan menyambut dengan ala kadar seperti tahun-tahun sebelumnya kerana menjadi kebiasaan bagi mereka menyambutnya dalam keadaan sederhana.beliau yang kematian suaminya mendakwa tidak pernah endapat bantuan sebegini.Ini adalahkali kedua ia mendapat bantuan. Sebegini.