PENYINGKIRAN TUN M DARIPADA BERSATU TIDAK BERI KEUNTUNGAN KEPADA MUHYIDDIN



Walaupun penyingkiran Tun Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu melalui keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS masih boleh dipertikaikan, tetapi itulah sebenarnya satu-satunya pilihan yang ada di tangan Muhyiddin Yassin untuk menguasai parti itu.

Memang benar Tun Mahathir ada meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu pada 24 Februari lalu tetapi mesyuarat tergempar MPT Bersatu pada 25 Februari yang dipengerukan oleh Muhyiddin kemudiannya menolak perletakan itu serta merayu agar beliau kembali semula memegang jawatan tersebut.

Susulan itu, pada 27 Februari, sebagaimana yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, Tun Mahathir disahkan kembali semula menjadi Pengerusi Bersatu.

Kenapa sekarang RoS hanya menerima perletakan jawatan Tun Mahathir saja, tetapi tidak mengambil kira penolakan MPT Bersatu dan setujunya beliau untuk kembali memimpin Bersatu?

Jawabnya mudah saja iaitu RoS ialah sebuah jabatan yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri di mana menterinya, Hamzah Zainuddin adalah bekas pemimpin UMNO yang melompat kepada Bersatu selepas PRU14 lalu dan baru-baru ini dilantik oleh Muhyiddin menjadi Setiausaha Agung Bersatu yang memihak kepadanya.

Berdasarkan itu, tentulah tidak menghairankan jika RoS yang terletak dibawah pengawasan Hamzah akan berbuat sesuatu yang memihak kepada Muhyiddin.

Penyingkiran Tun Mahathir ini tidak lain adalah bertujuan agar kedudukan Muhyiddin sebagai Pemangku Pengerusi Bersatu berikutan kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas Perdana Menteri itu dapat disahkan.

Bermakna sekarang, selain sebagai Presiden, Muhyiddin juga adalah Pemangku Pengerusi Bersatu sehingga pemilihan parti diadakan tidak lama lagi.

Tetapi, dengan kedua-dua jawatan itu dalam pegangannya, Muhyiddin bukan saja sudah boleh mengurus perjalanan parti untuk mengadakan permilihan, tetapi juga memanggil mesyuarat MPT.

Dengan yang demikian, dalam mesyuarat MPT Bersatu selepas ini atau sebelum berlangsungnya pemilihan parti, Muhyiddin sudah hampir pasti akan memecat Tun Mahathir sebagai ahli parti itu.

Ini bermakna, walaupun Tun Mahathir sudah diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu bagi sessi 2020-2023, kemenangan itu tidak akan bermakna kerana beliau akan dipecat terlebih dahulu sebelum pemilihan diadakan.

Di sinilah memperlihatkan bagaimana Muhyiddin tidak melepaskan peluang memanfaatkan kuasa yang ada melalui Hamzah yang dilantiknya sebagai Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Agung Bersatu bagi membolehkannya menguasai parti itu secara mutlak.

Namun demikian, kejayaan Muhyiddin menguasai parti itu melalui kuasa RoS ini tidak memberi apa-apa kelebihan kepadanya untuk menghadapi cabaran yang boleh menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri.

Cabaran yang lebih utama dan bahaya yang harus dihadapi oleh Muhyiddin ialah usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen yang akan dibawa oleh Tun Mahathir pada Julai akan datang dan bukannya pemilihan dalam Bersatu di mana beliau akan dicabar oleh Mukhriz bagi jawatan Presiden.

Meskipun Muhyiddin berjaya menguasai Bersatu dan memecat Tun Mahathir misalnya, jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya tidak akan bertambah sama sekali.

Mereka yang menyokong Tun Mahathir daripada Bersatu tetap juga akan bersama dengan bekas Perdana Menteri itu.

Sekaligus ini bermakna, dalam kedudukan majoritinya di Parlimen hanya dua, menyingkirkan Tun Mahathir daripada Bersatu tidak akan menjadikan Muhyiddin bertambah kuat atau bertambahnya jumlah undi untuknya dalam usul tidak percaya itu nanti.

Dengan tersingkirnya Tun Mahathir secara sebegitu rupa daripada Bersatu, selain simpati terhadapnya boleh jadi bertambah, beliau juga boleh menyertai mana-mana parti selepas ini.

Di dalam PH, kalau pun bukan menyertai PKR atau DAP, mungkin Tun Mahathir akan memilih untuk masuk Amanah sebagai platform barunya meneruskan perjuangan.

Lebih daripada itu, dengan Tun Mahathir menyertai mana-mana parti selepas ini, berdasarkan tinjauan rambang dengan beberapa pihak dalam Bersatu, dijangka sekitar 60 peratus daripada ahli Bersatu akan turut keluar parti untuk bersama dengan bekas Perdana Menteri itu.

Akhirnya, apa yang tinggal dalam Bersatu dan apa untungnya kepada Muhyiddin dengan dapat menguasai Bersatu?

Di ketika yang sama, undi tidak percaya di Parlimen tetap jalan seperti biasa, malah bersama mood rakyat menolak “kerajaan pasir dua butir” Muhyiddin yang begitu amat ketara sekali ketika ini, kejatuhannya ternampak sukar ditahan lagi. (Shahbudindotcom 19/05/2020)


Hampir mustahil' kerajaan PN kekal hingga PRU15, kata Anwar



19 Mei 2020

Usaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, bagaimanapun ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) "hampir mustahil" akan kekal sehingga PRU akan datang.

Ditanya berkenaan jangkaannya jika kerajaan itu kekal sehingga tamat penggal ini, iaitu selama tiga tahun lagi, Anwar dalam wawancara bersama Bloomberg Television berkata: "Hampir mustahil. Tetapi bagi pembangkang, saya fikir apa yang penting adalah komitmen kita terhadap agenda reformasi."

Anwar turut mendakwa kerajaan PN "takut" terhadap kemungkinan usul undi tidak percaya yang dicadangkan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan berjaya, seperti yang dilihat dalam langkah mengehadkan sidang Dewan Rakyat semalam kepada titah diraja Yang di-Pertuan Agong.

"Jika kerajaan sekarang ada keyakinan (sokongan majoriti), mereka akan mengadakan sidang Parlimen seperti lazimnya. Mereka tidak berbuat demikian.

"Mereka takut undi tidak percaya akan berjaya," katanya.

Aturan tempat duduk sidang semalam menunjukkan Muhyiddin mempunyai sokongan 114 anggota Parlimen, walaupun Anggota Parlimen Sri Aman Masir Kujat kemudian menjelaskan beliau masih sebahagian daripada pembangkang.

Ditanya sama ada beliau akan dinamakan sebagai perdana menteri atau tidak jika usul itu berjaya, Anwar hanya berkata beliau kini dalam usaha mengukuhkan pihak pembangkang dan komited terhadap agenda reformasi.

"Ini bukan isu personaliti. Orang cenderung untuk bercakap tentang personaliti.

"Kami di sini, kami terima mandat untuk melaksanakan pembaharuan struktur di negara ini," katanya lagi.

Beliau yang juga pengerusi PH berkata, rakyat Malaysia akan terus menggesa ke arah pembaharuan struktur dan bukan hanya perubahan kosmetik berkaitan individu yang dilantik ke tampuk kuasa.

"Rakyat bukan hanya mahu kita ambil alih. Ambil alih untuk apa? Hanya untuk tukar menteri?

"Pengambilalihan (adalah) melaksanakan pembaharuan yang berkesan. Bagi memastikan cukuplah dengan rasuah, pembaziran, kronisme dan kompromi terhadap kedaulatan undang-undang," katanya, selain menekankan kepentingan sistem untuk menjaga kebajikan majoriti. #MalaysiaKini


#AWANI745 19 Mei 2020



Akui tidak suka DAP, Anwar, lagi audio mesyuarat Bersatu tersebar

Akui tidak suka DAP, Anwar, lagi audio mesyuarat Bersatu tersebar


VIDEO MAHATHIR BERCAKAP :TUN YANG KHIANAT..SEMOGA LIM GUAN ENG DAN MAT SABU MENILAINYA..


"Saya pun tak suka DAP, Anwar" - Rakaman suara mirip Dr Mahathir pula tersebar


"Saya pun tak suka DAP, Anwar" -  Rakaman suara mirip Dr Mahathir pula tersebar
Rakaman audio yang mula disebarkan dipercayai suara Dr Mahathir kedengaran sedang membentangkan semula intipati dan keputusan mesyuarat MPT Bersatu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH), satu rakaman suara yang dipercayai bekas Perdana Menteri itu pula tular di laman sosial, hari ini.

Rakaman tersebut didakwa daripada mesyuarat MPT Bersatu yang diadakan pada pukul 11 pagi, 23 Februari lalu.

Menerusi rakaman audio tersebut, lelaki berkenaan yang dipercayai Pengerusi Bersatu itu kedengaran sedang membentangkan semula intipati dan keputusan mesyuarat tersebut.

Antara keputusan itu adalah ahli MPT sebulat suara bersetuju untuk parti tersebut keluar dairpada PH pada 23 Februari.
Selain itu, lelaki itu turut menyatakan bahawa beliau tidak suka kepada DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“La ni ada satu cadangan iaitu kita keluar daripada Pakatan Harapan… (dan) satu cadangan lagi yang datang daripada saya (dipercayai Dr Mahathir) ialah kita tunggu (dan) fikir dengan mendalam atau patut ikut yang lain.

“Jadi, saya nak tahu sama ada kita nak keluar sekarang ini ataupun kita nak bagi masa sedikit kerana pada saya the support from Umno is so fickle (sokongan daripada Umno adalah berubah-ubah). Kalau bagi masa sikit saja dia (Umno) nanti suka kat saya.

“Jadi, tak ada kelainan cuma saya pun tak suka kepada DAP, (dan) tak suka kepada Anwar, yang lain semua pun macam tu, tapi semua itu soal masa saja nak kita tentukan masa ataupun kita ambil tindakan hari ini,” demikian kata lelaki berkenaan dalam rakaman tersebut sebelum kedengaran suara lain bersetuju agar tindakan diambil pada hari tersebut.

Semalam, Dr Mahathir dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya memaklumkan parti Bersatu masih bersama PH, selain mendakwa keputusan membabitkan parti tersebut dibuat secara bersendirian oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, segala keputusan diambil Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, tidak melalui parti tersebut.

Sebelum ini, satu rakaman audio yang didakwa mirip suara Muhyiddin turut tersebar di internet.

Muhyiddin pada 24 Februari lalu mengumumkan Bersatu keluar daripada PH melalui keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas MPT parti berkenaan sehari sebelum itu.

Pada hari sama, Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh atas alasan partinya tidak lagi bersama PH, sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BINGKISAN DARI NURUL IZZAH ANWAR

Salam hormat Saudara serta Saudariku,

Nurul Izzah (@n_izzah) | Twitter



Terima kasih kerana masih setia bersama KEADILAN di waktu kita diuji dengan seribu satu pengkhianatan. Ini tempoh sukar untuk kita, namun menjadi bukti susah senang biar bersama.

Adapun sesetengah orang memilih untuk berpihak kepada pengkhianatan, itu merupakan satu gambaran yang kita hanya selangkah ke daerah kejayaan.

Namun, belum waktunya untuk kita mengalah. Membujur lalu melintang patah. Kita pasti akan bangkit berjuang dengan lebih kuat.

InshaaAllah, selagi hayat dikandung badan,
selagi niat berbekalkan kemahuan untuk berkebajikan buat rakyat, walaupun dengan dana yang sedikit, tetapi yang tidak terpalit dengan rasuah.

Ayuh tetapkan hati kita untuk sama-sama terus berjuang menghadapi cabaran zaman untuk kini dan masa hadapan.

Ikhlas,

Nurul Izzah Anwar


Perkara tak masuk akal (Wajib baca) Pengkhianatan bos GLC terhadap orang Melayu miskin.



Dasar Lintah Darat KEHORMAT - (DLDK) Menghisap Darah Rakyat oleh Para KORPORAT Bajingan Penghisap Darah Anjuran Ahli politik Recycle.

KITA kerap mendengar ahli politik menipu rakyat, dan mencuri wang negara.

 Terdapat banyak contoh pada masa ini bagaimana ramai ahli Parlimen yang sedang menghadapi kes rasuah di mahkamah dilantik sebagai menteri mahupun sebagai pengerusi syarikat kerajaan. Mereka ini dapat diibaratkan seperti ular sawa menjaga reban ayam.

Namun ramai yang tidak sedar bahawa terdapat juga CEO GLC yang mengambil kesempatan di atas keringat rakyat. Mereka tanpa segan silu tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat yang makin ditindih kesempitan.

Mereka ini bagaikan dewa-dewa di kayangan yang tidak mengendahkan nasib anak bangsa.

Semua maklumat yang saya kupas di bawah adalah dalam pengetahuan umum, dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan syarikat berkenaan. Rakyat boleh semak penyata berkenaan.

Biar saya berikan contoh.

Pada tahun 2018 selepas PRU14, ahli lembaga pengarah Tabung Haji yang baharu terpaksa berhempas pulas membawa institusi keramat itu ke landasan yang betul. Institusi itu telah dirompak berkali-kali ketika zaman BN, kerugiannya berbilion ringgit.

Beberapa laporan kepada pihak polis dan SPRM juga sudah dibuat, hanya menunggu perbicaraan di mahkamah.

Akibat kerakusan perompak ketika itu, rakyat terpaksa menerima padah. Hasilnya, hibah untuk pencarum Tabung Haji untuk tahun 2018 hanyalah 1.25%, yakni terburuk dalam sejarah negara.

Rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan mahupun Iban dan semuanya terpaksa “bail-out” Tabung Haji sebanyak RM19 bilion.

Tetapi, pada masa yang sama, gaji CEO anak syarikat Tabung Haji tidak terjejas, tidak sejajar dengan apa yang berlaku. Malah, CEO makin tamak dan rakus terutamanya syarikat milik Tabung Haji seperti Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, dan Bank Islam Holdings Berhad.

Ketika seorang mak cik di kampung mendapat hibah 1.25% dan terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk menabung RM10,000 untuk menunaikan haji, pendapatan CEO syarikat Takaful Malaysia iaitu Mohamed Hassan Kamil adalah bersamaan dengan RM903,000 sebulan ataupun RM10.84 juta setahun.

Kegilaan apakah ini? Bertahun-tahun beliau menerima imbuhan tak masuk akal ini?

Yang lebih menjijikkan, pendapatan beliau pada tahun 2019 naik hampir 17%, menjadikan purata pendapatan bulanan beliau tahun lepas adalah RM1.05 juta SEBULAN!

Ini menyamai pendapatan bersamaan RM30,000 sehari, manakala majoriti simpanan penabung haji yang menabung berpuluh tahun tidak pun sampai RM700! Gaji CEO ini untuk satu hari adalah bersamaan dengan tabungan seumur hidup penabung.

Kenapa ini dibiarkan berlaku?

Mari kita lihat pula sebuah lagi anak syarikat Tabung Haji iaitu BIMB Holdings Berhad. CEOnya adalah Mohd Muazzam Mohamed.

 Berapakah pendapatan beliau pada tahun 2018 ketika Tabung Haji membayar 1.25% hibah kepada orang Melayu yang miskin? RM3.12 juta setahun. Naik 2.7 kali ganda dari pendapatan beliau pada tahun 2017 iaitu RM855,000. Ketika Tabung Haji sudah hampir runtuh, CEO anak syarikat mendapat kenaikan gaji berganda-ganda!

Mereka ini mendapat gaji hasil dari titik peluh nelayan petani pesawah yang bersusah payah menyimpan sikit demi sedikit untuk menunaikah haji.

Harus diingatkan, untung Tabung Haji pada tahun 2018 jatuh 50% dari tahun sebelumnya, namun mereka ini tanpa segan silu masih menerima gaji yang amat tinggi. Adakah masuk akal pendapatan RM900,000 sebulan! Tidak bukan?

Tidakkah ini satu yang sepatutnya memalukan?

Kenapakah pihak ahli Lembaga Pengarah tidak bersuara? Melihat kepada laporan tahun BIMB, jawapannya jelas: mereka juga mendapat habuan yang menggiurkan. Jumlah imbuhan untuk ahli lembaga pengarah di Syarikat Takaful adalah hampir RM1.5 juta, manakala untuk BIMB Holdings mendapat RM4.1 juta.

Pengerusi BIMB Holdings mendapat RM375,000, manakala ahli Lembaga Pengarah yang lain masing-masing mendapat di antara RM375,000 hingga RM768,000 setahun. Mereka bersuka ria dengan habuan yang tidak masuk akal.

Bagaimanakah caranya untuk menaikkan hibah untuk makcik penoreh getah, pakcik pesawah padi yang begitu ciput sekali? Arghhh, persetankan! Yang penting aku sebagai CEO dapat habuan hampir RM1 juta sebulan.

Inilah barah yang sedang meresapi tubuh ahli profesional Melayu di GLC. Rata-rata mereka ini kluster di kayangan.

Lihat pula anak syarikat Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Majoriti penyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) hanya mempunyai simpanan tidak sampai RM1,000 tetapi CEO anak syarikat mendapat habuan yang melampau. Contohnya, CEO Maybank, milik PNB.

CEO Maybank adalah Farid Alias, yakni CEO sejak 2013. Beliau ini juga adalah pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia yang mengeluarkan kenyataan bahawa faedah ketika monotarium harus dikenakan. Pendapatan beliau tahun 2019? Hampir RM7.6 juta setahun ataupun RM630,000 sebulan!

Majoriti penyimpan di ASB hanya ada RM1,000 dalam simpanan, bermakna mereka harus menyimpan RM1,000 setahun selama 630 tahun baru bersamaan dengan gaji beliau sebulan.

Bagaimana pula dengan syarikat Sime Darby milik PNB? Laporan tahunan Sime Darby Plantation (SDP) ada menunjukkan imbuhan kepada CEOnya iaitu Mohd Bakke Salleh, bekas Pengerusi 1MDB, yang baru mendapat habuan menjadi Pengerusi Telekom.

Ketika beliau menjawat kedudukan sebagai CEO di Sime Darby Plantations (SDP) pendapatan tahunan beliau hampir RM8 juta setahun. Pendapatan beliau selama menjadi CEO di situ dari tahun 2011 hingga 2017 adalah RM64 juta!

Yang menghairankan, ketika beliau menjadi CEO pada tahun 2011, simpanan tunai di SDP adalah hampir RM5 bilion, tetapi ia merosot kepada 500 juta pada 2018, manakala hutang naik kepada RM15 bilion!

Tidakkah ini sesuatu yang memalukan? Tidakkah ini namanya tamak? Harus diingatkan, dividen ASB pada tahun lepas adalah yang terburuk dalam sejarah. Adakah CEO ini semua peduli? Argghh, persetankan saja.

Syarikat milik kerajaan iaitu Khazanah Nasional juga sama. Dua kali lima. CEO anak syarikat mereka mendapat habuan melimpah ruah. Akhbar The Star pernah melaporkan bahawa pada tahun 2018, pendapatan CEO syarikat IHH Berhad adalah RM33 juta setahun!
 https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/05/07/five-glcs-among-20-listed-firms-with-highestpaid-ceos/

Kegilaan apakah ini?

 Yang menariknya, CEO itu adalah warganegara Singapura.

Harus diingatkan juga, Khazanah melaporkan kerugian RM6.27 bilion pada tahun 2018. Adakah CEO peduli? Argghh, persetankan sekali lagi!

Salah sebuah syarikat milik Khazanah ialah CIMB Bank.

 CEO pada tahun 2018 tidak lain dan tidak bukan adalah Menteri Kewangan kerajaan Perikatan Nasional iaitu Tengku Zafrul Aziz. Beliau bangga berkata di stesen TV Astro Awani bahawa Mak Cik Kiah tidak perlu membayar faedah (selepas itu beliau u-turn dan menyalahkan Bank Negara Malaysia).

 Pendapatan beliau pada tahun 2018 adalah RM8.6 juta setahun ataupun RM717,000 sebulan.

Adakah mereka ini faham apa yang dihadapi oleh rakyat marhaen seperti Mak Cik Kiah?

Perangai Lintah Darat KEHORMAT.

Apabila kita meneliti laporan tahunan yang lain, jelas yang kaya terus kaya atas keringat rakyat. Pendapatan CEO Khazanah sebelum ini dikatakan hampir RM650,000 sebulan. Pendapatan CEO syarikat milik Khazanah juga menggila, CEO Axiata Berhad mendapat hampir RM 7 juta setahun, sedangkan pada tahun yang sama Axiata Berhad melaporkan kerugian RM7.64 bilion.

Ramai lagi CEO yang rata-rata orang Melayu tidak mahu berkongsi kesusahan rakyat. Tiada seorang pun yang menawarkan potongan gaji mereka.

Ketika pekerja hilang mata pencarian, bergelut mencari nasi dan susu untuk keluarga, dan wang simpanan makin susut, CEO KWSP masih boleh senyum gembira setiap hujung bulan.

Berdasarkan laporan tahunan KWSP terkini, gaji CEO dan timbalannya mencecah RM6.1 juta tahun lepas, ataupun purata hampir RM130,000 seorang ataupun RM4,300 sehari.

Bandingkan gaji mereka dengan fakta bahawa 1 dalam 5 penabung di KWSP mempunyai simpanan untuk hari tua hanya RM7,000 sahaja!

Ketika harga minyak jatuh dan keuntungan Petronas makin turun, pihak atasan di Petronas masih di kayangan.

 Gaji CEO Petronas juta hampir RM8 juta, malah dengan imbuhan yang menarik. Pernah dilaporkan bahawa antara imbuhan CEO adalah Petronas membayar setiap tahun kos percutian CEO dan keluarga ke mana sahaja di dalam dunia sebanyak RM300,000 setahun. Wow!

Ini berbeza dengan 10 tahun yang lalu. Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia pada Oktober 2004, bekas presiden Petronas berkata ketika zaman beliau, elaun ahli lembaga pengarah RM3,000 sebulan. Kini dikatakan keseluruhan secara purata mencecah RM40,000 sebulan!
http://www.alumniuitm.org.my/site/?p=10755

Sebagai perbandingan, gaji CEO bank terbesar dunia iaitu Industrial and Commercial Bank of China Ltd (ICBC) hanyalah RM380,000 setahun, ataupun RM32,500 sebulan! Bandingkan dengan CEO Maybank, CIMB, Bank Islam dan yang lain.

Syarikat GLC Malaysia jauh lebih kecil dari ICBC, tetapi anehnya gaji mereka jauh lebih tinggi. Hairan bin ajaib.

Amalan Hisap Sarah Rakyat.

Tiada seorang pun antara mereka yang dengan sukarela memotong gaji. Tidak ada langsung sifat menolong yang susah. Inikah sifat orang Islam?

Ada yang berkata, usahlah dengki. Mereka ini layak.
 Mereka ini Melayu Islam.

 Kau rakyat apa tahu?

Kalau kau tiada wang, pergi saja pajak gadai. Alhamdulilah, walaupun rakyat berbaris panjang berjela memajak emas perak untuk membeli makanan untuk anak isteri, menteri berkata ini benda positif kerana orang Islam celik fasal kewangan Islam. Aduh, beginikah, tuan mufti?

Difahamkan bahawa Dr Mahathir telah memotong elaun pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan-badan berkanun pada hujung 2019, dan CEO GLC yang dilantik oleh Lim Guan Eng ketika itu menerima gaji dan imbuhan yang lebih kecil dari apa yang mantan-mantan CEO terdahulu terima.

Namun, usaha Kementerian Kewangan untuk memotong gaji dan elaun pengerusi, ahli lembaga pengarah dan CEO di GLC menerima tentangan hebat dari mereka yang dilantik oleh rejim Najib, terutamanya GLC yang tersenarai di Bursa Saham.
Lintah Darat
Mereka mahu imbuhan yang lebih besar. Jika dipotong, bagaimana mahu ke London ketika musim sejuk nanti? Mana ada “kelas” bercuti di Malaysia tanpa salji?

Ya, aku CEO, aku “chairman”, maka aku hebat.

Amat jijik apabila mendengar mereka ini bertempik bahawa mereka berkhidmat bersama GLC kerana niat murni “national service”, tetapi tidak mahu gaji dan imbuhan dipotong langsung. Hipokrit, bukan? Cakap tak serupa bikin.

Kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kesemua mereka ini haruslah diberi gaji yang lebih kecil, dan simpanan dari pengurangan gaji mereka boleh disalurkan kepada anggota polis, tentera, bomba, jururawat dan doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan negara. Ini lebih baik.

Tetapi rakyat usah berhajat tinggi, sekarang ini, apabila ahli politik menjadi pengerusi lantikan dan menteri kewangan seperti lebih menjaga bank, usah mimpi gaji mereka ini semua akan dipotong.

Nasib kau lah rakyat sekalian. – 16 Mei, 2020.

* Megat Shahrizal Amir adalah pembaca The Malaysian Insight.

at 5/17/2020

MACAM NI SAJA MENTERI?


Yaacob Sapari

Menteri standard pinggan mangkuk tidak tahu mengawal harga pasaran ayam.


Sebagai bekas BOD NAFAS yang menjaga industri ayam , saya rasa nak jelaskan berkenaan harga pasaran ayam.


Peringkat awal PKP dilaksanakan permintaan ayam merudum, kerana semua restoran, hotel tutup dan tiada majlis kenduri atau majlis rasmi. Harga ayam di ladang bawah RM 3. Penternak mengalami kerugian. Tetapi harga di pasaran masih RM 6. Peniaga masih untung tetapi permintaan rendah.

Ekoran dari itu penternak mengurangkan pengeluaran. Bekalan anak ayam dikurangkan 40% . Supaya harga dapat dipulihkan. Bila PKPB dibuka dan musim perayaan, permintaan ayam meningkat semula. Harga ayam melambung tinggi.

Malangnya Menteri standard pinggan mangkuk. Sepatutnya telah bermesyuarat dua bulan lepas  untuk memastikan bekalan mencukupi. Panggil persatuan penternak untuk memastikan jumlah ayam di ladang. Tempoh masa menternak ayam ialah 32 hingga 36 hari.

Satu hari keperluan ayam lebih kurang 1juta ekor dan meningkat 2 juta ekor di musim perayaan. Jika jumlah ayam di ladang tidak mencukupi, arahkan FAMA untuk mengimport ayam halal dari luar negara. Tak kiralah dari Thailand, Cina atau Brazil Yang pasti halal.

Inilah standard Menteri pinggan mangkuk Harap elaun banyak tak reti kerja.
Akhirnya  rakyat yang susah, berbelanja dengan lebih mahal.

“HARAMKAN DONG ZONG” - PERTUBUHAN RASIS SEMPIT



NORSHIDAH MAOHD DAUD

Tgk tarikh post ni
Nampak camne puak-puak berkepentingan ni gunakan isu bangsa & agama untuk huru harakan keadaan politik negara pada masa tu?Akhirnya peperiksaan UEC dah diluluskan seawal langkah Sheraton.
Yang kau pun bodoh senang-senang terpedaya pehal?
Dulu berpuluh tahun berkuasa, xnak pun hapuskan semua ni
Bila ilang kuasa, menyalak mengalahkan anjing kurap
Ni dah berkuasa balik, jangan bagi alasan lagi
Si bodoh yang dok mainkan isu ni dulu, sila tekan pemimpin korang sekarang ni untuk hapuskan semua ni
Jangan nanti dah ilang kuasa semula, up lagi isu ni untuk tarik perhatian orang-orang bodoh macam kau


Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks



Seperti biasa sejak dari dulu jika ada isu yang berkaitan kaum cina maka Dong Zong yang akan menjadi juaranya. Jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara-perkara berkaitan dengan Melayu dan Islam maka Dong Zong juga akan menjadi pemain utamanya. Apakah kita sekarang ini dibawah Kerajaan DAP-PH akan berterusan berbicara dan dihidangkan dengan isu perkauman dan tuntutan-tuntutan melampau Dong Zong.
Dalam soal Tulisan Khat dan Tulisan Jawi ini walau Tun Mahathir selaku Perdana Menteri telah membuat keputusan yang amat jelas seperti “Keputusan mengenai Khat adalah muktamad”, seharusnya tidak lagi timbul pertikaian dari Dong Zong serta Ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP kerana ia merupakan keputusan kerajaan yang diwakili juga oleh DAP. Kenapa lagi perlu petisyen dan sebagainya. Mereka sengaja mengaitkan isu jawi dengan ugama sedangkan jawi hanya tulisan arab dan Khat pula merupakan seni tulisan.
Seperti yang kita tahu bahawa Dong Zong merupakan salah satu Hua Tuan (Persatuan-Persatuan Cina Utama Malaysia) dari lebih 2065 persatuan cina yang memainkan peranan dalam mengemukakan tuntutan di dalam Dokumen Siqiu. Pelbagai tuntutan yang mempertikaikan hak keistimewaan Orang Melayu Bumiputera Islam. Pelbagai perkara dalam perlembagaan cuba mereka ubah dan hapuskan untuk melenyapkan hak istimewa Orang Melayu.
Setiap perkara yang berkaitan Orang Melayu menjadi masalah kepada Dong Zong. Apakah Dong Zong ini “Pelampau Cina” yang menjadi “Tangan Jahat” bagi pihak Bangsa DAP? Apakah Tulisan Khat yang menjadi sebahagian dari budaya Orang Melayu Islam seawal 1303 (Batu Bersurat Terengganu) itu dilihat sebagai ancaman kepada Bangsa DAP? Apakah Dong Zong lupa bahawa Malaysia ini Tanah Melayu dan Majoritinya juga Melayu Islam?
Dalam cadangan Kerajaan era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum ini untuk mewujudkan satu Sekolah Wawasan dimana Sekolah Kebangsaan,SJK(C) dan SJK(T) dikumpulkan dalam satu kampus ditentang oleh Dong Zong atas alasan tidak mahu budaya melayu diterapkan kepada anak-anak mereka nanti.
Antara tuntutan lain Dong Zong yang ada dalam Siqiu ialah menuntut agar sistem kuota di universiti ,penjawat awam,pinjaman dan bantuan pelajaran dihapuskan dan digantikan dengan sistem meritokrasi atau berasaskan kebolehan dan pencapaian.
Dong Zong juga merupakan pemain utama dalam menggesa Kerajaan mengiktiraf Sijil UEC dan juga seawal pemerintahan kerajaan DAP-PH, Dong Zong menggesa agar bantuan kerajaan disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Persendirian Cina (Menengah dan Rendah) dan kerajaan DAP-PH secara terus merealisasikan tuntutan Dong Zong ini apabila memasukkan Sekolah Persendirian Cina sebanyak 60 sekolah dengan peruntukan RM12 juta dibawah peruntukan SJK(C) sebanyak RM50 juta yang berada diluar sistem atau dasar Pendidikan Negara sebagai sekolah yang mendapat peruntukan kerajaan dan secara tidak langsung ianya bertentangan dengan dasar kerajaan. Ini juga merupakan tuntutan yang ada dalam Siqiu.
Tuntutan Dong Zong bukan lagi tuntutan tetapi seolah suatu perkara yang harus diutamakan dalam Kerajaan DAP-PH hari ini.Untuk kepentingan mereka semuanya lulus dan “OK” tetapi apabila sampai kepada Orang Melayu Islam dalam bab Tulisan Khat pun mereka menentang dan bersuara lantang dengan pelbagai cara.
Saya ingin memberikan ingatan kepada Dong Zong bahawa mereka perlu ingat dan sedar di mana mereka berpijak dan langit mana yang mereka sedang junjung hari ini. Ini Tanah Melayu dan majoritinya masih Melayu Islam. Jangan dek kerana sikap Dong Zong terlalu lantang ini bakal mengundang semula kepada pertembungan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 satu ketika dahulu. Dong Zong jangan jadi “Pelampau Cina” yang akhirnya membakar kemarahan Orang Melayu Islam yang boleh mengundang perpecahan antara kaum.
Saya amat setuju dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa Dong Zong ini merupakan satu pertubuhan yang rasis dan justeru itu saya mencabar kerajaan supaya mengharamkan Dong Zong atas dasar menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam senarai negara bergolak atau negara yang tidak selamat apabila berlaku pertembungan etnik, kaum dan agama. Negara pasti tidak aman jika Dong Zong terus dibenarkan bersuara lantang. Dong Zong harus menghormati bangsa majoriti (Melayu) di Malaysia dan teras budayanya juga adalah Melayu. Pasti api kebangkitan Melayu Islam bisa saja membakar setiap kulit Chauvinist yang tidak sedar di mana bumi dipijak dan langit mana yang mereka junjung.

ZAMAN BILA NIH...DAH 2020 LA WEIIII: HUKUM BARU TAK BAYAR TAK DAPAT PAHALA, AIR KOTOR PULA BAGAIMANA





Ketiadaan air menyebabkan 300 penduduk Kampung Jembal, Kota Bharu mencatu bekalan hingga ada yang tidak mandi, semata-mata mahu menjimatkan bekalan asas itu bagi keperluan penting. Situasi terbabit dialami penduduk sepanjang Ramadan ini yang menyukarkan mereka untuk menjalani kehidupan dengan baik. Penduduk mendakwa masalah bekalan air sudah berlarutan sejak lima tahun lalu, namun keadaan meruncing pada awal Ramadan apabila air kerap terputus hampir sepanjang masa.









MAHATHIR MASIH MAHUKAN JAWATAN PM 9. JANGAN PERCAYA LAGI PADA BELIAU.


Bila mukriz di jatuhkan sebagai MB maka tamat lah cerita cerita kononnya semua perkara yang Tun M  buat selama ini adalah untuk mengukuhkan TSMY sebagai PM dan sebenarnya Tun M  dan TSMY  tak bergaduh....sebaliknya semua ini strateji untuk Tun M menyekat Anwar Ibrahim sebagai PM...

Tun  M mana ada fikir orang lain selain dari dia fikir diri dia sahaja. Saya percaya apa saja yang dia buat semuanya berpaksikan diri beliau sahaja. Selama ini apa saja yang dia atur dan buat Allah jadikan kenyataan ikut seperti yang telah di rancang. Kerana itu semua adalah ketentuan darinya yang nyata....ketentuan Allah qada dan qadarnya jua...

Apa yang dia buat semuanya terancang....saya di berikan satu gambaran oleh salah seorang yang bekerja dengan Tun M  selama 21 bulan di pejabat beliau. Cara bagaimana selama ini Tun M  bekerja dan merancang sangat lah halus dan tidak di sedari oleh orang bawahan beliau...selamanya Tun M bekerja cara yang sama.

Anwar sudah 'bersih', boleh kerjasama lawan Najib, kata bekas ...
Ketika orang kepercayaan ini atau lebih tepat salah seorang su Tun  M  ini bertanya soalan kepada Tun....Tun apakah Tun akan serahkan jawatan PM kepada Dato Seri Anwar Ibrahim...? Soalan ini akan di tanya oleh SU Tun  ini paling tidak sebulan sekali....Apakah jawapan Tun  M....ia lah jika You tak buat kerja kita kena bagi lah pada Anwar....kita nak buat apa dah Janji kita gitu.....itu ayat Dr M pada SU dia ini....maka SU dia faham jika dia tak buat satu gerakan menolak Anwar dan memanjangkan hayat bos dia...maka Anwar akan jadi PM...itu yang dia faham dari arahan Dr M....maka dia mula mengatur langkah memanjangkan Tun Dr M sebagai PM....antara perkara awal yang dia buat ialah buat kenyataan dari bahagian Bersatu mendesak supaya Tun Dr M di berikan mandat menjadi PM sehingga habis penggal.....kenyataan itu di terima dengan senyum oleh Tun Dr M....maka SU ini lebih yakin buat kerja menyekat Dato Seri Anwar...kerana dia tidak di tegur oleh tun dr m...

Dalam masa yang sama di waktu yang lain...Tun Dr M telah memanggil seorang bekas menteri yang musuh kepada Anwar yang telah bersama Bersatu. Arahan Tun Dr M kepada bekas menteri ini Jelas dan Tidak Berselindung....arahannya You buat kerja untuk kita sekat terus Dato Seri Anwar menjadi penganti....dengan apa cara dan kaedah pun You buat dari sekarang.....ayat dr m tak ada lapik sikit pun.....

HAMZAH-ZAINUDDIN – Buletin Asia

Begitu juga dia beri tahu kepada rakan lama beliau yang gelaran yang sama Tun juga....bahawa dia nak supaya dia kekal PM sampai habis penggal dan kita tak mau bagi Anwar....You buat lah apa pun dari sekarang...

Tetapi arahan dia kepada seorang penasihat media dia atau bekas ketua pengarang sebuah akbar berlain pulak caranya. Kerana orang ini penulis dan jaga media....maka Tun dr m beritahu bahawa dia akan menjadi PM sekitar dua tahun lebih sikit seperti mana yang di janjikan. Kerana kita kena patuh pada janji dan kita tak boleh main main dengan janji kita...kita wajib ada intergriti dan keikhlasan....kerana percaya dan yakin apa yang dr m kata maka dalam setiap tulisan penasihat media dia akan memuji Tun dr M dan dia akan tulis bahawa tun akan serahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim...jangan bimbang.....

Kadir Jasin says ambitious, greedy Bersatu leaders took party out ...

Setakat yang di ceritakan yang sampai ke saya begitu lah gerakan Tun M....dan itu arahan yang hanya kepada beberapa orang yang dia tahu. Su Tun ini kata....sudah tentu ayat Tun kepada Mat sabu lain nada dan ayatnya...pada DAP lain nyanyian dan dendangannya....pada Wan Azizah dan Nurul lagu Cinta di nyanyikannya....dengam Anwar Ibrahim pula bacaan ayar quran yang di bacanya....akhirnya semua percaya kepada dia dan bekerja kearah kekuatan berpusat dan menjadi super power...

Dengan Azmin Ali dia bernyanyi bersama sama berduet....bukan lagi nyayian solo....maka yakin lah Azmin Ali untuk meninggalkan PKR dan Anwar Ibrahim yang sudah lama tidak buat album berduet bersama semenjak Rafizi Ramli memgambil alih tempat bernyanyi berduet dengan Anwar.....bijaknya insan bernama Tun  M bersendiwara dalam politik....

Sebelum kes seraton berlaku....dia telah memberi arahan jelas kepada operetor bekas menteri yang masuk bersatu ini....kita tak mungkin berjaya jika Muhyuddin tak bersama kita. Tapi Anwar dah tawarkan Jawatan Timbalan perdana menteri pada dia....mana mungkin kita boleh berjaya jika kita nak bagi jawatan TPM bukan kepada dia...You kena atur supaya Umno dan Pas tidak menuntut Jawatan TPM ....kita kena bagi jawatan TPM kepada Muhyuddin.....You bagitahu pada Muhyuddin....arahan besar begini selalunya Tun M akan berikan pada Tun sahabat dia tu...tapi kerana Tun sahabat dia ni kurang suka pada TSMY maka dia gunakan Bekas Menteri yang menjadi operetor utama supaya berunding termasuk dengan Umno.....

Tun Daim Zainuddin

Semuanya berjalan seperti rancangan.....sebiji ikut jadual......cuma tiba tiba dia ubah fikiran letak jawatan itu sahaja yang semua tak dapat baca apa tujuannya....ini di luar skrip operetor dan tukang runding.....sampai sekarang tukang runding dan operetor tak tahu kenapa Tun M  ubah skrip di akhir drama tampa bagi tahu pelakon pelakon filem ....pelakon jadi jem....maka akhirnya pelakon terpaksa cari pengarah filem dan producer baru dengan segera....jika tidak filem boleh jahanam......

Itu lah kisah seorang ahli politik paling licik dalam negara.....cuma dia lupa....Allah swt adalah penentu yang sebenar benarnya.....

Hamdan Taha
Cerpen pendek

Cukup-CUKUP lah beri kepercayaan & sokongan untuk menaikkan semula Tun.Manusia pengkhianat seperti ini tidak perlu lagi dihulurkan tangan.Kerana sebaik sahaja dibantu dia akan menikam dibelakang tanpa sesiapa menyedarinya.

(function() { var d = document, w = window; w

GILA TALAK KA NIH ?

Hamzah Rie Na Sekarang korang tahulah kan? Kerja pas siang mlm ratip salah DAP. Punya gila essim dengan dap, Tak ada ribut Tak ada petir nak...