SETELAH ANAKNYA ‘DIPANCUNG’ DI KEDAH, APA LANGKAH MAHATHIR SETERUSNYA TERHADAP MUHYIDDIN?



Mukhriz Mahathir kini sah sudah hilang sokongan majoriti untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah.

Selepas dua Adun PKR mengisytiharkan diri mereka menjadi Bebas dan menyokong PN yang menjadi kerajaan di peringkat Pusat, difahamkan ada empat lagi Adun Bersatu juga turut berbuat demikian.

Dengan yang demikian, dalam waktu terdekat ini sudah pasti Kedah akan memperolehi seorang Menteri Besar baru.

Berikutan Pas mempunyai jumlah kerusi terbanyak iaitu 15, adalah dijangkakan calon Menteri Besar adalah daripada parti tersebut.

Menjelang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad di Sidang Parlimen 18 Mei depan, terpecatnya Mukhriz ini menunjukkan Muhyiddin Yassin tidak berdiam diri dalam usaha untuk mempertahankan kedudukannya.

Oleh kerana Tun Mahathir ingin menjatuhkannya melalui usul undi tidak percaya, Muhyiddin telah lebih dulu menumbangkan Mukhriz, anak kepada Mahathir.

Jatuhnya Mukhriz ini bukan saja memperlihatkan Muhyiddin sedang bersungguh untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, bahkan juga untuk mengekalkan kedudukannya selaku Presiden Bersatu yang akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah itu dalam pemilihan parti yang dijangka diadakan dalam suku ketiga tahun ini.

Tanpa kedudukan sebagai Menteri Besar, harapan Muhyuddin ternampak lebih cerah untuk mengekalkan kedudukannya selaku Presiden Bersatu dalam pertembungan dengan Mukhriz nanti.

Muhyiddin mungkin hanya tidak mampu mempertahankan jawatannya itu jika beliau berjaya ditumbangkan dalam usul undi tidak percaya oleh Tun Mahathir.

Dalam usahanya ini, Muhyiddin nampaknya mendapat sokongan dan bantuan daripada Azmin Ali kerana dua Adun yang mengisytiharkan diri mereka menjadi Bebas itu memang dikenali sebagai “geng kartel” dalam PKR.

Hanya setelah dua Adun PKR Itu mengumumkan menjadi Bebas, barulah ia diikuti oleh empat Adun Bersatu kemudiannya.

Tetapi, apa yang baiknya dengan tersungkurnya Mukhriz ini ialah ia dengan sendirinya memadam khabar-khabar angin yang mengatakan usul undi tidak percaya Tun Mahathir terhadap Muhyiddin hanya suatu drama semata-mata.

Diperkatakan di merata-rata sebelum ini bahawa kononnya usul undi tidak percaya itu hanyalah taktik Tun Mahathir untuk mengesahkan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan seterusnya untuk menghalang kemaraan Anwar Ibrahim.

Kini dengan anaknya sendiri “dipancung” oleh Muhyiddin menjelang seminggu sebelum usul undi tidak percaya dibentangkan, tentulah tidak masuk akal apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu hanya suatu drama semata-mata.

Permusuhan Tun Mahathir dengan Muhyiddin sekarang ini bukan saja sesuatu yang tidak main-main, malah menunjukkan Muhyiddin satu-satunya musuh politik yang berani bertindak “paling kejam” terbadap bekas Perdana Menteri itu.

Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak ketika menjadi Perdana Menteri tidaklah sampai hati bertindak terhadap Tun Mahathir sepertimana yang Muhyiddin lakukan sekarang ini.

Muhyiddin bukan saja “memancung” anak Tun Mahathir daripada jawatannya, malah sebelum ini telah cuba mengadakan mesyuarat Bersatu tanpa memanggil dua beranak itu serta ingin memecat mereka daripada Bersatu.

Walaupun mesyuarat itu telah ditangguhkan, tetapi difahamkan Muhyiddin tidak pernah menangguhkan keinginannya untuk membuang Tun Mahathir dan Mukhriz daripada Bersatu.

Bellau dikatakan hanya menunggu detik dan waktu yang sesuai saja untuk meneruskan hasratnya itu selepas ini.

Meskipun demikian, Tun Mahathir yang sebelum ini ibarat “harimau luka” kerana dikhianati oleh Muhyiddin yang telah memintasnya merebut kerusi Perdana Menteri, tentunya kini bertambah sakit hati apabila anaknya, Mukhriz pula dijadikan korban oleh Muhyiddin.

Beliau tentu saja tidak akan berdiam diri dan pasti melipat-gandakan lagi usaha untuk menumbangkan Muhyiddin pada undian usul tidak percaya Isnin depan nanti.

Apakah langkah dan tindak balas seterusnya daripada Tun Mahathir?

Yang pasti, menjelang 18 Mei ini, drama pergelutan politik antara Tun Mahathir dengan Muhyiddin tentu akan menyaksikan babak-babak baru yang lebih mendebarkan lagi.

Ini kerana Tun Mahathir adalah seorang yang tidak pernah mengalah apabila ditekan dan kerapkali beliau akan menjadi lebih cergas, tambah kreatif serta kian bertenaga setiap kali bertambah asakan diberikan kepadanya.

Apakah nasib Tun Mahathir kali ini, mampukah beliau menjadikan seorang lagi Perdana Menteri sebagai mangsanya atau beliau yang akan menjadi korbannya? (ShahbudinHusin 12/05/2020)

KACANG LUPA KULIT


Md Zulaimi Kazim


Kempen PRU13 di Lunas. Calon PH Cikgu Man dari PKR. Anwar turun kempen, Azmin tak turun pun. PRU14 Anwar di Sg Buloh tak dapat turun, saya tak tahu Azmin turun atau tidak.

Hari ini kerana taksub dengan Azmin dan berdendam dengan anwar dia khianati mandat rakyat Lunas. Banyak suara yang marahkan Anwar kerana tak dapat kawal orang PKR, kalau memang jenis pengkhianat, nak kawal macam mana lagi. Anwar tahu Cikgu Man nih adalah tali barut Kartel Azmin tapi demi nak jaga kerajaan negeri Kedah dari jatuh ditelan segala kepahitan ini. Akhirnya, si pengkhianat tidak akan puas selagi tidak dapat mengkhianati Anwar dan PKR atas arahan Azmin. Dia lupa yang dia berada di situ pun kerana PKR dan Anwar... kalau Azmin yang pimpin PKR nih tak sampai 2 tahun lingkup.

Bergembiralah Cikgu Azman dan nak tengok juga sampai kemana kamu. Sebagai orang politik mesti ada cita-cita tinggi dalam politik jadi kita sama-aama tengok la PRU15 nanti kamu dimana.

Credit gambar dr Pak Lang Roslan Abd Rahim.


KEJAYAAN PAM KUASAI KEDAH MELAMPIASKAN DENDAM


ULASAN

Dua Adun yang runtuhkan kerajaan PH Kedah?
KERAJAAN PH di Kedah sudah dianggap tiada lagi apabila dua orang Anggota Dewan Undangan (Adun) yang mendukungnya telah mengistyharkan menarik diri daripada menyokong kerajaan itu. Dua Adun itu kedua-duanya daripada PKR, Adun Sidam (Robert Ling Kui Eee) dan Adun Lunas (Azam Nasrudin). Mereka dikaitkan sebagai penyokong bekas timbalan presiden PKR.

Tidak ada yang pelik dan perlu dikesali dengan apa yang dilakukan oleh kedua-dua Adun itu. Sebagai orang kuat Azmin dan dipercayai akan dilantik jadi PM selepas ini, sudah tentu tidak betah untuk beliau bersama dengan kawan-kawan lain yang terus menyokong kerajaan PH Kedah. Apa lagi, tindakan mereka itu membolehkan kerajaan baru dibentuk, tindakan mereka itu pantas dari prinsip demokrasi Barat.

Dalam pembentukan kerajaan itu kelak, sudah pasti mereka akan diberikan keutamaan atau hadiah sesuai dengan pengorbanan mereka. Kedudukan lebih tinggi itu diharapkan. Mereka tentu tidak akan tergamak merobohkan kerajaan yang dibangun bersama hasil mandat rakyat daripada Piraum sebelum ini kalau tanpa apa-apa habuan atau hadiah setimpal.

Sebelum ini ada disebut terdapat Adun daripada Bersatu yang akan berbuat hal sama, tetapi nampak tidak ada. Mereka tidak pun diperlukan lagi kerana dengan dua Adun itu sudah cukup untuk menafikan majoriti mudah untuk mengekalkan Mukhriz Mahathir sebagai MB dan juga kerajaan PH. Atau pun ia memang ada, tetapi akan dibuat kemudian nanti kerana menghormati seseorang.

Perhatian kini bukan lagi soal nasib kerajaan PH Kedah walaupun semalam Pengerusi Amanah Phahrolrazi Mohd Zawawi mengatakan kerajaan PH masih berfungsi seperti biasa kerana belum ada kata-kata putus daripada mana-mana Adun yang ingin meninggalkan kerajaan PH.

Serentak itu beliau meminta agar mana-mana Adun yang "ada angin" untuk berbuat demikian supaya membuat kenyataan dan menzahirkan pendirian supaya kedudukannya jelas. Dan hari ini apa diminta Phahrolrazi itu sudah terpenuhi. Dua Adun tersebut telah membuat pendirian. Tidak ada lagi tanda tanya berhubung kedudukan kerajaan PH Kedah. Jatuh, khalas.

Yang ditunggu kini ialah proses pembentukan kerajaan baru Kedah itu. Sedikit timbul tanda tanya apakah ia akan tunggu hingga sidang Dun diadakan dimana undi tidak percaya akan diadakan sebagai mengesahkan kerajaan PH sudah hilang majoriti. Atau pun pihak yang mendakwa mendapat majoriti kini akan menghadap Sultan Kedah pohon perkenan MB baru.
Kalau begitu siapakah yang diangkat untuk menjadi Menteri Besar yang baharu dan selepas itu penyusunan barisan Exco. Sudah pasti kerana parti agama (Pam) merupakan parti terbesar memiliki 15 kerusi, segi jumlah kerusi, MB tentu akan datang daripada parti berkenaan. Dalam pembentukan nanti sudah tentu ramai wakil Pam diberi jawatan Exco. 

Relatifnya parti agama Kedah itu berhadapan dengan masalah kepimpinan yang berpengalaman dan senior apabila ramai pemimpin mereka telah bertindak meninggalkan parti itu untuk tubuh Parti Amanah Negara. Antara mereka Phahrolrazi Zawawi, Mahfuz Omar, Dr Ismail Salleh, Dr Amiruddin Hamzah sertai Bersatu dan lain-lain.
Yang tinggal kini adalah barisan pemimpin muda yang masih lembut. Merekalah yang perlu bertanggungjawab memikul apa yang berlaku kini. Ekoran itu beberapa nama disebut-sebut di kalangan Adun Pam akan mengepalai kerajaan baru itu kelak. Antara mereka Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Mohd Noor(foto) Adun Tokai Dr Mohd Hayati dan beberapa Adun lain tetapi tidak begitu ditonjolkan. Tetapi dua nama ini dikira menonjol dan memiliki kelebihan tersendiri.

Sanusi adalah Timbalan Pesuruhjaya II Pam Kedah, manakala kedudukan itu menjadi beliau ke depan, jika dipilih dari segi senioriti dalam parti beliau lebih berhak. Sebalik kalau MB itu nanti mahu diutamakan kepada pengalaman dalam parti dan seorang berpertawakan tenang, Adun Tokai sesuai.

Mohd Hayati sebelum ini pernah menjadi ahli parlimen, sedikit sebanyak pengalamannya semasa jadi ahli Parlimen boleh digunakan untuk jadi MB.

Sesiapa pun bakal dinobatkan sebagai MB Kedah mereka mempunyai tanggungjawab berat. Kekurangan pengalaman menjadi hambatan. Tentunya rakyat Kedah akan membandingkan MB baru itu dengan MB sebelum ini Mukhriz Mahathir. Tertakdirnya kerajaan itu kekal lama, masalah yang bakal berlaku kelak ialah selepas habis penggal sewaktu hendak menghadapi pilihan raya. Umno tidak mudah akur dengan apa yang ada kini dan senario waktu itu sudah berubah.

Kelangsungan dan kemajuan kerajaan Kedah dibawah gabungan Pam - Umno selepas ini bergantung kepada sejauh mana semangat kerjasama dan perpaduan di antara kedua itu terjalin dan di dibentuk. Jika tidak ada kejadian khianat, dengki atau cemburu kerajaan itu mungkin dapat bertahan hingga ke akhir penggal.

Sekiranya MB Kedah nanti daripada Pas saya hanya mahu menyimpul begini sahaja. Apa yang berlaku itu adalah satu perjuangan lama parti gemulah Chek itu untuk menguasai Kedah semula selepas kerajaannya tumbang apabila kalah dalam pilihan raya 2013 ditangan BN.

Apa yang terjadi hari ini walaupun prosesnya mendapat kuasa dan kerajaan sedikit berbeza, tetapi dendam Pam Kedah sudah berjaya dibalas, tetapi kepada siapa? Sebab yang melawan Pam dahulu bukan daripada PH tetapi rakan baru kini yang menyatu dengannya, Umno. Berlakukah pembalasan dendam itu? [wm.kl.2:08 pm 12/05/2020] 


Pas jatuhkan PH Kedah, usah bersandiwara lagi jadikan Covid-19 perisai

Pas jatuhkan PH Kedah, usah bersandiwara lagi jadikan Covid-19 perisai


BANTUAN DARI YB SENATOR BOB MANOLAN BUAT PENDUDUK KURANG MAMPU



BERA-Program bantuan Bakul Makanan yang disampaikan oleh YB Senator Bob Manolan di beberapa bahagian Bera dan Felda.Program yang berterusan ini juga dilakukan oleh NGO Bera yang juga menerima bantuan dari YB Bob Manolan.

Program ini yang memasukai fasa ke 4  menyampaikan batuan dapat mendekatkan rakyat antara felda dan kawasan kawasan yang terlibat, selian mengeratkan silaturrahim antara masyarakat dan PKR di Bera.


ADUN Sidam Dan Lunas Hadapi Tuntutan 10 Juta






Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Datuk Johari Abdul menjelaskan tindakan keluar parti 2 adun KEADILAN Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas) telah dijangka sejak Azmin Ali meningkalkan KEADILAN. Kedua-duanya dilihat condong menyokong Azmin dan tidak memeranjatkan mereka melompat ke Perikatan Nasional. Bagaimanapun, Johari berkata, rakyat Kedah terkilan kerana mereka diangkat sebagai ADUN atas lambang KEADILAN. Rakyat mengundi mereka atas parti tersebut tetapi mereka akhirnya khianat. Johari juga mengingatkan saman RM10 juta ke atas sesiapa yang pemegang kerusi yang berkhianat.

KISAH BERBAGAI PARTI POLITIK MALAYSIA


C&P

UMNO payah lompat. Sebab mereka terpukau dgn pangkat dan duit. Tetap kekal bersama UMNO.

PAS payah lompat. Bukan sebab cerdik tapi sebab wala' keterlaluan pada President parti; Hadi. Klu Hadi sokong DAP. Mereka akan sokong. Klu Hadi ajak makan gulai daging babi di Tanjung Piai, mereka pun makan bersama2.

AMANAH adalah lahir dari PAS. Mereka ada displin dan amanah. Cuma rekod tercalar ada seekor banjingan Ketua Pemuda AMANAH lompat di Perak baru ni. Budak2 biasalah. Otak singkat. Nampak duit dan pangkat.

ABDUL WAHID

PKR adalah parti katak lompat. Lompat sambil kencing kawan. Berapa ribu ekor dah yg lompat. Cuma Anwar Ibrahim saja yg belum lompat lagi. Sembang kemas sampai boleh terbalik meja tapi tarbiah lemah. Latest, 2 ekor banjingan di Kedah lompat. Anak Mahathir tgh garu kepala.

BERSATU adalah UMNO 2.0. Mesti balik semula pada induk asal. Hampir kesemua lompat dan berak atas muka kawan. Tinggal berapa kerat saja yg sokong Mahathir. Kejayaan hebat pengkhianatan BERSATU menyebabkan negara tumbang & 4 negeri pun jatuh terkangkang.

DAP jenis ada displin tapi ada juga beberapa ekor yg lompat. Antara yg terawal adalah nyonya capek Jelapang lompat menyebabkan jatuh Perak masa zaman Nizar. Yg latest lompat adalah YbaBi di Malacca.

Akhir kata, POLITIK juga boleh diterjemahkan sebagai POLITAIK....



MENJAWAB “FAKTA: GAME OVER, PAKATAN HARAPAN” OLEH SAUDARA ABDUL MUEIN ABADI



1. Dua hari lepas saya telah tulis satu posting mengenai Parlimen. Dalam posting tu, saya nyatakan yang saya kurang setuju undi tidak percaya kepada PM8 dibuat pada masa sekarang ketika negara dilanda krisis. Apa yang dirisaukan kalau negara terus terjerat dengan polemik politik yang berterusan. Sekiranya berlaku krisis perlembagaan atau pembubaran parlimen, pada hemat saya ia bukan menguntungkan Rakyat. Tambah ketika Covid sedang melanda dan ekonomi negara sedang merudum.

2. Kena ingat, ketika politikus sibuk dengan Langkah Sheraton la kluster Tabligh berlaku. Walaupun ada salah-menyalah antara PH atau PN, satu yang kita tak boleh sangkal, masing2 sibuk dengan kuasa. Sampai lupakan kepentingan Rakyat.

3. Ramai yang kurang setuju dengan posting saya, termasuk rakan2 dari PH sendiri. Tidak mengapa, masing2 ada pendirian berdasarkan pandangan masing2. Saya hormat pandangan yang berbeza. Semua ada hak untuk bersuara. Cuma pada saya, apapun yang dibuat perlu utamakan Rakyat dan Negara. Namapun “Wakil Rakyat” yang “berkhidmat untuk negara”. Maka Negara dan Rakyat perlulah didahulukan. Langkah politik kena kebelakang. Buat masa sekarang.

4. Walaupun pada saya “timing” kurang sesuai untuk Langkah Parlimen dibuat, namun tidak boleh disangkal punca kuasa untuk undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri secara jelas termaktub dalam Perlembagaan.

5. Hari ini saya terbaca nukilan Saudara Abdul Muein Abadi yang menghurai panjang mengenai undi tidak percaya. Pada pandangan beliau, undi tidak percaya kepada PM bersamaan dengan derhaka kepada Agong dan tidak harus dilakukan. Pada saya, pandangan beliau tidak menyeluruh mengikut Perlembagaan dan ada kekhilafan. Pohon saya betulkan.

6. Pertamanya, beliau selitkan Perkara 43 (4) Perlembagaan tetapi gagal mengulas lanjut peruntukan tersebut. Fasal tersebut menyebut “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang Dipertuan Agong.”

7. Dalam fasal ini, jelas membenarkan usul tidak percaya kepada PM dibuat. Sama ada melalui undi dalam Dewan Rakyat atau sekiranya PM sendiri merasakan beliau tiada lagi kepercayaan majoriti. Ini yang dibuat PM7 ketika beliau meletakkan jawatan sebagai PM. Beliau sendiri merasakan bahawa beliau tiada kepercayaan majoriti disebabkan banyak Wakil Rakyat PH dari parti Bersatu dan PKR yang mahu keluar dari PH.

8. Saudara Muein seharusnya melihat perkara ini dan kaitkannya dengan Perkara 43 (4). Jelas yang PM7 bertindak mengikut Perlembagaan. Walaupun beliau kurang bernasib baik, beliau tidak jadi PM8, proses peletakan jawatan tetap berjalan mengikut undang-undang. 

9. Seterusnya, selepas meletak jawatan, mengikut fasal yang sama, PM punya kuasa dan boleh meminta YDPA untuk membubarkan Parlimen. YDPA boleh menerima dan menolak permintaan tersebut. Dalam konteks peletakan jawatan PM7, tiada permintaan dibuat untuk membubarkan Parlimen. Sekiranya tiada permintaan dibuat untuk pembubaran Parlimen, YDPA punya kuasa untuk melantik PM yang baharu sebagaimana yang beliau buat ketika melantik PM8. Beliau lantik seorang PM, “yang pada hematnya mungkin mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan”: ayat Perkara 43 (2) (a). Setakat ini, saya berpandangan semuanya teratur mengikut Perlembagaan.

10. Namun, untuk terus menjalankan tugas sebagai PM, beliau perlu sentiasa mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ia satu keperluan dalam Perkara 43 (4). Kerana tanpa kepercayaan majoriti, mengikut Perlembagaan seorang PM perlu letak jawatan. Maka dengan itu jelas, undi percaya/ tidak percaya secara konvensyen dibenarkan untuk menzahirkan sokongan atau tolakan ke atas kepimpinan seorang PM. Ini perlu dibezakan dengan kuasa YDPA untuk melantik PM.

11. Perlu saya ingatkan saudara Muein, sistem perlembagaan kita menggunapakai sistem Westminister dari England. Di sana dan di kebanyakan negara Komenwel, undi percaya/ tidak percaya ini adalah perkara biasa. Perdana Menteri United Kingdom sekarang, Boris Johnson pada awalnya dilantik bukan melalui pilihanraya tetapi melalui undi percaya di Parlimen. Beliau menggantikan Perdana Menteri Theresa May yang meletak jawatan sebelum habis penggal. Di UK juga sama, pelantikan PM adalah budi bicara Permaisuri England yang melantik PM berdasarkan kepercayaan majoriti Ahli Dewan. Tiada bezanya dari Malaysia.

12. Saya percaya saudara Muein juga tahu, pada hujung tahun 2019 PM Boris Johnson mencabar parti pembangkang untuk membuat undi tidak percaya ke atasnya. Tak langsung disambut hingga kini. Beliau kekal sebagai Perdana Menteri. Sama juga di Australia, dalam satu penggal pilihanraya, PM boleh bertukar 2-3 kali.  Sama ada melalui undi percaya atau tidak percaya. Ianya sebahagian daripada proses demokrasi. Tiada pula dimomokkan di UK atau Australia undi percaya/ tidak percaya ini adalah “treason” atau derhaka kepada Permaisuri.

13. Mengenai isu ini, saya berpandangan lebih baik saudara Muien nasihat Kerajaan sekarang usulkan undi percaya kepada Perdana Menteri. Senang, boleh tutup mulut pembangkang. Tiada lagi boleh dibisingkan Kerajaan pintu belakang atau tebuk atap. Undi percaya/ tidak percaya ini pada saya, blessing in disguise kepada Kerajaan juga. Dengan undi percaya kepada PM, kita boleh move on dan focus pada pandemik dan Rakyat. Kalau dah gerenti, ada nombor yang mencukupi why not? Let it be done and over with. Dan terus kerajaan boleh berfungsi dan tidak hanging. Benda ni bukan benda baru, pernah dibuat dahulu. Perdana Menteri Tun Hussein juga dilantik begitu. Undi percaya ke atas beliau pada tahun 1976. Dalam Dewan Rakyat di Parlimen. Beliau dilantik jadi PM3.

14. Cuma yang risau kalau takde undi majoriti, berbalik kepada kerisauan saya tadi. Adakah ada pembubaran atau lantik Kerajaan baru. Berapa lama rakyat kena tunggu? Namun, saya percaya Agong kita buat keputusan betul. Betul la tu pada masa tu, PM8 ada majoriti undi. Makanya, takde masalah nak masuk usul percaya pada Perdana Menteri. Just get it done and over with. Boleh teruskan business as usual. Lain la kalau tak confident ada majoriti, itu lain cerita.

Wallahu a’lam.

Salam hormat,
Liyana Marzuki


PRK CHINI, BERSATU DIKETEPI.HANYA MN SAHAJA BAKAL DILETAKKAN



Walaupun tarikh PRK Dun Chini belum lagi ditetapkan, tetapi UMNO telah mula menampakkan keinginan untuk meninggalkan Bersatu dalam kempen pilihanraya tersebut.
Berdasarkan tweet Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, beliau menyebut, BN hanya akan bersama Muafakat Nasional atau MN dalam usaha mengekalkan kemenangan di Dun Chini itu.
MN adalah muafakat atau kerjasama politik antara UMNO dan Pas yang turut disokong oleh BN bagi mengjdapi pilihanraya akan datang.
Dengan itu, adalah jelas bahawa Perikatan Nasional atau PN yang menjadi kerajaan di mana Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin daripada Bersatu ada dalam gabungan itu tidak akan dilibatkan sama sekali dalam kempen PRK itu nanti.
Setelah sebelum ini Najib Razak mengatakan sokongan UMNO kepada PN hanya sehingga PRU15 saja dan kemudian Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan turut mengesahkan UMNO hanya mahu bekerjasama dengan Pas dalam MN dalam pilihanraya akan datang, PRK Chini nampaknya adalah permulaan UMNO dan Pas untuk mengenepikan Bersatu dan PN.
Kenapa Annuar tidak mengatakan PN yang akan bergabung tenaga untuk memenangi PKR Chini itu?
Mengapa hanya MN saja?
Jelas bahawa PN dan Bersatu tiada harga di mata UMNO dan BN walaupun mereka bersama dalam kerajaan sekarang ini.
Apa nasib Bersatu seterusnya jika hanya melalui MN saja kemenangan di Dun Chini sudah mampu dicapai dengan cemerlang?
PRK Dun Chini bakal diadakan berikutan kematian Adunnya, Abu Bakar Harun, baru-baru ini.
Dalam PRU14 lalu, Abu Bakar menang kerusi tersebut dengan majoriti 4,622 undi menewaskan Mohd Razali Ithnain (PKR) dan Mohd Fadzil Noor Abdul Karim daripada Pas. 

(ShahbudinHusin 12/05/2020)


KEDAH TUMBANG : KALI NI HANG MUNGKIN BERJAYA..TAPI BUKAN UNTUK PILIHANRAYA AKAN DATANG

Kedah jatuh: Siapa suruh cabar Azmin, kata MP penyokong Azmin
"Siapa suruh dia cabar Azmin," kata seorang ahli parlimen yang merupakan penyokong Azmin kepada Malaysia Dateline.

Kedah jatuh: Siapa suruh cabar Azmin, kata MP penyokong Azmin

SENTIMEN KAUM DAN AGAMA DIMAINKAN BILA ADA KEPERLUAN SAHAJA - Ipohmali



Sambutan hari Bomba..Kalau tahun lepas, masa hari Bomba..bersepah gambar Arwah Adib.. Pejuang2 Arwah Adib..tahun ni senyap sunyi.. sampaikan bapa Adib Mohd Kassim berseorangan terpaksa mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC)..

Sebab apa senyap ? sebab sentimen kaum dan agama.. dah tadkda keperluan bagi kelompok ashabiyah hari ini....sama dengan sentimen dan isu arak..Hudud..RUU 355..Dong Zong..Sekolah Vernakular...LTTE...semua ni cuma jadi alat kelompok Ashabiyah untuk bangkitkan sentimen perkauman agama dan kaum.. matlamat depa, mahu bangkitkan Kemarahan orang melayu membenci Kerajaan PH..

Jadi sekarang ni, Peguam Negara dikalangan bani Melayu..Pergi lah cari siapa pembunuh Adib.. dah jumpa ? pergilah buat pendakwaan..apapun..berdasarkan keterangan pakar perubatan dan Polis dalam Inkues..aku tetap menganggap kematian Adib akibat kemalangan, Bukan dibunuh.. biarpun Koroner berpandangan sebaliknya..

Ya kalau kita ambil keterangan Koroner kematian Adib sebab dibunuh..Jadi carilah Pembunuh tersebut..dakwa mereka..aku dalam kes Adib ini juga berbeza dengan sahabat PH yg lain..Sebab aku cenderung untuk percaya setelah mendengar seluruh kenyataan pakar perubatan..Adib mati sebab pelanggaran..soal sapa yg langgar..wallahua'lam..

Tapi aku lebih berminat nak tahu bukan pembunuh adib..Aku sampai hari ini nak tahu..Syarikat hartanah mana yang didakwa.. Peguam mana yang dikatakan mengupah penyerang..Kongsi gelap mana..Kelompok mana penyerang Kuil pada malam sebelum kejadian.. itupun sampai hari ini, Misteri masih belum terjawab...

Semoga selepas ini Allah membuka satu lagi misteri dan kebenaran sebagaimana sentimen2 kaum yg dimainkan kelompok Ashabiyah sebelum ini.. :)

Ipohmali
#MCO
#RamadanAtHome


Pas memperdagang Islam apabila persoal akidah, berbohong dan memfitnah

Pas memperdagang Islam apabila persoal akidah, berbohong dan memfitnah

Tindakan Muhyiddin jadi penyebab Bersatu bakal lenyap

Tindakan Muhyiddin jadi penyebab Bersatu bakal lenyap

DOSA INDIVIDU DIDEDAH, DOSA AWAM DITUTUP?

WAHAI MELAYU, CUKUPLAH DIPERBODOHKAN

Politik Ramadan

Politik Ramadan

(function() { var d = document, w = window; w

PdPR: Jangan bebankan guru, perkenal pedagogi baharu, sediakan elaun khas

  Sesi persekolahan normal yang ditunda berikutan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ...