DAH TERLAMBAT.. DAH BAGI PENJELASAN DAH.. MASA NAJIB KENA DULU DIAM MENIKUS.. MACAMANA NAK JADI PEMIMPIN. 87 KENA NGAN MAHAZALIM.. TAK PANGGUNG LANGSUNG.

 


𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗹𝗲𝗶𝗴𝗵 (𝗞𝘂 𝗟𝗶) pulak main isu adendum ni. Tiba-tiba pulak dia jerit suruh DS Anwar 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻. Ingatkan dah habis dah. Ingat semua 𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸 lepas penjelasan PMX tempohari.


Terlambat Ku Li. Sekarang orang cerita isu 𝗚𝗮𝗻𝗴𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗖𝗵𝘂𝗸𝗮𝗶 yang 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗵 𝗢𝗞𝗨. Orang tak main dah isu adendum ni. Tapi biasalah orang tua. Pakai 𝙥𝙧𝙤𝙘𝙚𝙨𝙨𝙤𝙧 𝗹𝗮𝗺𝗮. Mungkin sebab tu dia 𝘴𝘭𝘰𝘸.


Modal mengatakan 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗸𝗲𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 tu dah tak boleh pakai. Ini 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶. Bukan zaman 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺. Zaman ini PM tak masuk campur urusan AG.


𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 tu orang UMNO la Ku Li oi. Nak jadi apa orang UMNO sendiri pun dia tak percaya? Lagi pun DS Anwar 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 𝘁𝘂. Mana datang dakwaan Ku Li yang PMX 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮?


Ku Li baru bangun tidur agaknya. Ye kita faham. Orang tua memang banyak kena makan ubat. Lepas makan ubat memang kena tidur. Tapi kan kalau bangun tidur pun, kan elok kalau 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽.


Aku tengok sekarang ni 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 DS Anwar main isu ni adendum ni 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗻𝗮𝗸 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 sangat pun. Mereka cuma guna isu ni untuk desak DS Anwar letak jawatan. 𝗡𝗮𝗸 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶.


Tapi tak susah untuk aku fahamkan. Sebuah kerajaan yang 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵, memang takkan disukai oleh perasuah. Jadi kita boleh agak mereka ni, yang nak PMX turun ni, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗮𝗽𝗮.


Daripada cerita tahanan rumah untuk Najib ni, baiklah tengok 𝗸𝗲𝘀 1𝗠𝗗𝗕 Najib yang sedang rancak sekarang ni. Tengok Najib 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵. Itu lebih berbaloi untuk diulas.


Atau atas nama kemanusiaan, baik cerita tentang kes lelaki OKU yang jadi 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗯𝘂𝗹𝗶 Gangster Chukai. Itu lebih kejam. Lelaki OKU buat salah sikit, 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗻𝗮𝗸 𝗯*𝗻*𝗵. Yang curi berbilion duit negara nak dibela dan dibebaskan. Sakit otak?


Ku Li kalau nak 𝘶𝘱𝘨𝘳𝘢𝘥𝘦 𝘱𝘳𝘰𝘤𝘦𝘴𝘴𝘰𝘳 mungkin dah takde yang 𝘤𝘰𝘮𝘱𝘢𝘵𝘪𝘣𝘭𝘦 sekarang ni. Model Ku Li tu mungkin dah 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙡𝙚𝙩𝙚. Jadi baiknya Ku Li masuk 𝙝𝙞𝙗𝙚𝙧𝙣𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙢𝙤𝙙𝙚 saja. Tak payah ulas isu politik lagi. Ku Li sudah tak relevan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


USTAZ AKTIVIS DENGAN HASUTAN DAN FITNAH! MANA PIHAK BERKUASA? KETUA JKOM...



Orang ramai berharap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengenakan tindakan undang-undang terhadap seorang aktivis bergelar ustaz yang disifatkan menghasut rakyat.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain menerusi sedutan ucapannya yang tersebar di media sosial mengaitkan buku “Becoming Hannah: A Personal Journey.”
“Hannah Yeoh… menggunakan jawatan Menteri… jawatan sebagai ahli parlimen.. pusat khidmat ahli parlimen, digunakan untuk apa?
“Untuk menyampaikan dakyah…,” dakwa Sophian yang pernah menjadi antara panel dalam program anjuran Pas Pulau Pinang.
Dia juga baru-baru ini menerusi hantaran di Facebook mengecam kerajaan Madani yang disindirnya “cukup-cukup cerdik menggunakan semua atas jenama Agong” serta menuntut Datuk Seri Najib Razak diberi penahanan rumah.
Rata-rata menyifatkan kenyataan individu yang pernah tular kerana tidak puas hati terhadap pihak berkuasa berhubung isu warga asing berniaga di sekitar Pasar Selayang, Selangor itu sebagai keterlaluan.



DAP SELALU DIKAMBINGKAN HITAMKAN PAS! TETAPI DAP YANG TERKEDEPAN MEMBANT...



Pemimpin DAP seringkali dikecam oleh Pas tetapi merekalah yang terkedepan membantu masyarakat Melayu. Terbaru tular video TikTok Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong yang meraikan pengawal peribadi beliau Koperal Azhar. Sim meraikan Koperal Azhar yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan awam peringkat pengurusan awam. Sim menceritakan bahawa pengawal peribadi mencapai kejayaan ini dengan keputusan cemerlang meskipun sibuk bertugas. “Selepas berusaha lima tahun sambal bekerja kena belajar lagi. Saya tengok kadang-kadang kena mengulangkaji, sekarang sudah berjaya. Tahniah Azhar,” kata Sim kepada pengawal peribadinya. Sempena hari istimewa buat Azhar, Sim menghadiahkan sepasang sut. Rakan-rakan sekerja Azhar di Kementerian Sumber Manusia turut mengucapkan tahniah kepada beliau. Sehingga kini sudah ramai ahli Pas yang menjadi wakil rakyat dan anggota cabinet, tetapi tiada seorang pun yang membantu dan meraikan mereka yang terkesan, baik dalam kesusahan mahupun untuk meraikan. Yang pasti, pemimpin Pas sibuk memfitnah dan membuat dosa qazaf.




AGONG MURKA KERAJAAN PAS DAN BERSATU! SEMASA JADI KERAJAAN PN BANYAK PEN...

HAMZAH DATANG SABAH & PANGGIL RAKYAT SEBAGAI PALUI GURIS PERASAAN SABAHA...


Tindakan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengungkapkan perkataan ‘palui’ dan ditujukan kepada rakyat Sabah disifatkan sebagai perbuatan biadap.
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, walaupun ditujukan khas kepada Datuk Seri Hajiji Noor, namun ia telah mengguris hati dan perasaan rakyat Sabah. “Perkataan ‘palui’ atau ‘bodoh’ tersebut mungkin ditujukan khas kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
“Namun siapa sahaja individu yang dimaki atau dihina oleh orang luar, ia akan menyeba
bkan solidariti kami ke atas mereka,” katanya menerusi satu kenyataan kepada MalaysiaGazette, hari ini. Terdahulu video Hamzah yang juga Ketua Pembangkang tular di media sosial ketika beliau berucap pada program Jelajah Sabah Bersatu di Sepanggar, pada Khamis.
Zulkarnain yang juga Ketua Penasihat Gerakan Bangkit Sabah akan menggerakkan ahli-ahlinya membuat laporan polis di seluruh Sabah bermula hari ini dan esok.
“Ia bagi memastikan tindakan tegas dapat kenakan ke atas Hamzah,” katanya. Beliau berkata, Kerajaan Negeri Sabah digesa menggunakan kuasa imigresen untuk menghalang pemimpin dan aktivis politik bersikap sebegini daripada Semenanjung memasuki Sabah. “Kerajaan Negeri Sabah perlu menghalang mereka yang mempunyai sejarah atau perilaku menghina dan berpotensi melakukan huru-hara di Sabah. ================================================================================== Orang Sabah menempelak kenyataan atau ‘tagline’ – ‘Kasih bagus Sabah’ yang dibawa oleh parti pembangkang di peringkat nasional, Perikatan Nasional (PN).
“Selepas BN dan Warisan, sebuah lagi parti nasional mula menyerang kepimpinan negeri Sabah dan GRS. Kata Timbalan Presiden parti tersebut, ‘kasih bagus Sabah’.
“Pesan kami, kasih bagus dulu parti kamu sebelum sibuk kasih bagus Sabah,” tegas Naib Ketua Pemuda Parti Gagasan Sabah (Gagasan Rakyat), Azrul Ibrahim dalam satu kenyataan menerusi hantaran di Facebook menempelak Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang datang ke jelajah ke Sabah baru-baru ini.
Dalam pada itu, Azrul yang juga Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Kawang berkata, dibawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Sabah telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang signifikan baik dalam soal kutipan hasil negeri (tiga tahun berturut-turut mencatat rekod tertinggi dalam sejarah), nilai perdagangan tertinggi, peningkatan kemasukan pelabur asing dan pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan.
“Dalam tempoh empat tahun ini juga, pelbagai nikmat diperolehi rakyat baik dalam soal pendidikan (BUDI, BAKTI, BAGUS, BAIK dan lain-lain), pelaksanaan inisiatif untuk pelajar termasuk subsidi penerbangan sebanyak RM600 seorang (pelajar Sabah di Semenanjung, Sarawak dan Labuan), subsidi pengangkutan sebanyak RM300 seorang (pelajar Sabah dalam negeri) dan banyak lagi.







UMNO AKAN KALAH SEBAB MELAYU BANYAK TAK PAKAI OTAK

 

JAN 19 - UMNO akan kalah sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat kerana orang Melayu tidak menggunakan akal fikir mereka, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Nor Adam.



Menurut Lokman yang juga merupakan Pengarah Komunikasi UMNO, majoriti orang Melayu enggan menyokong UMNO dan kerajaan kerana mereka tidak mahu menyokong DAP.


“Saya cakap terus teranglah, kalau berlaku pilihan raya ini, bungkus kita. Saya minta maaf cakaplah, saya agak kecewa dengan orang Melayu. Sebahagian besar orang Melayu, saya boleh kata lebih 50 peratus, hari ini mereka tidak menggunakan akal fikiran mereka. Mereka gunakan emosi.


“Hari ini kenapa mereka tak nak dengan kerajaan sekarang. Kerana kerajaan sekarang dalamnya ada DAP. Dia tak sedar dulu ada juga Cina, ada juga India. Tapi masa tu kita hidup 61 tahun, aman damai zaman BN ini, ” ujar Lokman ketika sesi temu bual bersama portal pro-kerajaan NRChannel jumaat lalu (17 Januari 2025).


#BeritaKS



Polis boleh periksa telefon bimbit sewenang-wenangnya? Ini kata Menteri


 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh memeriksa telefon bimbit individu sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.

Mengakui potensi salah guna kuasa, Saifuddin berkata pihak berkuasa perlu bertindak dalam lingkungan yang termaktub di dalam undang-undang.

“Bukan semua orang diminta menyerahkan telefon mereka.


“Pihak polis mesti mempunyai asas yang kukuh seperti maklumat perisikan bahawa individu tertentu terlibat dalam aktiviti jenayah untuk membolehkan mereka membuat pemeriksaan tersebut.

“Kita ada undang-undang dan polis perlu bertindak dalam ruang lingkup tersebut.

Beliau turut menyeru masyarakat awam membuat laporan polis sekiranya pemeriksaan telefon bimbit dibuat tanpa alasan kukuh oleh mana-mana anggota polis


Isu ini timbul ekoran kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain yang menyatakan bahawa polis berkuasa untuk memeriksa telefon bimbit individu.

Kenyataan Razaruddin bagaimanapun dikecam oleh Lim Lip Eng (PH-Kepong) berdasarkan jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat.




LRT Laluan Mutiara bukti kerajaan perpaduan balas budi rakyat Pulau Pinang




 

Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang membuktikan bahawa kerajaan perpaduan ingin membalas budi rakyat Pulau Pinang, kata Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.


“Pada tanggal 11 Januari 2025, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan majlis pecah tanah projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang di tapak cadangan pembinaan stesen Bandar Sri Pinang.


“Sememangnya kerajaan perpaduan membalas budi rakyat Pulau Pinang atas sokongan yang padu yang diberikan selama ini. Terima kasih kepada PMX dan YB Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook atas usaha menjelmakan impian rakyat Pulau Pinang.”


Lim yang juga pengerusi DAP kebangsaan berkata demikian dalam hantaran Facebook beliau.

LRT Laluan Mutiara ini meliputi jajaran sepanjang 29.5 kilometer (km), merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik.


Projek bernilai RM13.08 bilion ini bakal beroperasi sepenuhnya pada tahun 2031.




TSRJEMAHAN MADANI KE PERSIAN


 

DALAM PERJALANAN


Che Ibrahim






Ambo dalam perjalanan ke Kuala Lipis, sempat tengok tengok Laporan Inkues Mahkamah Sesyen Koroner di Kota Bharu pada 7 Mac 2016 berkaitan

Kes Kematian Wan Ahmad Faris Wan Ab Rahman, Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas. 


Akibat kepercayaan yang tinggi kepada "Tok Bomoh," pelajar ini dikatakan mati bunuh diri sebelum disahkan sebaliknya oleh Mahkamah Koroner. 


Sebelum keputusan Mahkamah Koroner itu, ramai pihak pihak yang terlibat dengan sekolah tahfiz tersebut mempercayai kematian pelajar ini adalah disebabkan oleh halunisasi dan hasutan jin. Pihak sekolah telah memanggil beberapa orang bomoh yang mengesahkan pelajar ini membunuh diri termasuk bomoh dari Thailand.


Keputusan Mahkamah Koroner tahun 2016 ialah tiada implikasi si mati telah membunuh diri sendiri... Kematian si mati disebabkan oleh seseorang atau orang orang yang belum dapat dikenal pasti oleh pihak polis, Maka si mati adalah mati disebabkan oleh seseorang individu lain. 


Pihak polis telah mengklafikasikan kes ini sebagai NFA (Tidak Ada Tindakan Lanjut) pada 7 Sept 2020 sehingga ada keterangan keterangan baru. Keterangan keterangan saksi setakat ini hanya berdasarkan andaian semata mata, gagal mengenalpasti suspek yang bertanggungjawab. 


Arwah adalah waris ambo.



Maksud potensi pelaburan ??



Umum  nak buat Widad Langsasuka dgn kos RM40 billiyion, sekali tak jadi.. saya ULANG..!!




TAK CERDIK.


RMS

Usrah seorang Ustazah.. 
Mungkin jiwa tak tenteram sebab sebutan tangguh bayaran RM820k 21 Jan ni..



PERISTIWA PEMECATAN MUHYIDDIN


 

KEH.. KEH.. KEH


 

LAYAKKAH HADI?


 

BERITA YANG TIDAK BOLEH BEELAKU. DAP KAN KAPIAQ.


 

ASAM GARAM NAK TEBUK ATAP LAGI

Zuwairi Md Yusof


 _Nak tergelak pun ada... PAS tuntut jawatan PM, TarSenik kata Hj AdiAwe calun yang paling layak untuk jawatan PM11_


_Kencing pun tak lawas macam mana nak pegang jawatan PM11_ 🤪🤣🤣🤣




PMX SOKONG PELABURAN DI KEDAH



 Kedah catat pelaburan asing tertinggi hasil kerja keras PMX dan Kerajaan Perpaduan.




Hakikatnya Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong Hyundai Motor untuk melabur di Kulim. Ia susulan pengumuman oleh Hyundai Motor Company (HMC) untuk pelaburan RM2.16 bilion di Kulim Kedah bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid.


Bukan setakat itu sahaja bahkan kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik pelaburan tambahan berjumlah RM25 bilion oleh Infineon  di Kulim, Kedah membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


Walaupun Kedah negeri pembangkang, tetapi Perdana Menteri masih membawa masuk pelaburan ke negeri Kedah.



TYPE W.

 

Man Toba


Sebat pesalah di khalayak ramai

Sepak terajang OKU di khalayak ramai.


Type W.




PAS,Terengganu Dan OKU 4


Zuwairi Md Yusof







16 Januari - Adun PAS Terengganu mengata Malaysia jadi "Pariah state" dan wajib di selamatkan.


18 Januari - Walaun tibai OKU tanpa belas kasihan di Terengganu.


Kesimpulan: Allah nak tunjuk Terengganu yang sedang jadi "pariah state" dan wajib di selamatkan dari PAS.😉


Tibai OKU di masjid.

Bantai OKU di pasar.

Tipu Melayu pergi umrah.


Satu pun tiada berita di Harakahdaily.😉



Ucapan Anwar Ibrahim dalam Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama Di...


Tidak lengkap lawatan kerja saya dan delegasi sewaktu berada di London, UK jika tidak menyantuni diaspora Malaysia yang berada di sini.
Saya sempat bertegur sapa, bertukar pandangan isu semasa, diajak bergambar untuk kenangan dan seterusnya menjamah makanan yang disediakan.
Usai, sewaktu sesi soal jawab, saya maklumkan bahawa pelabur global secara berterusan mengiktiraf penguasaan teknologi yang ada di negara kita malah terus membuat pelaburan selepas bertahun-tahun menjalankan perniagaan mereka di Malaysia.
Justeru, semua pihak termasuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air.


[[LIVE]]18.1.25 PKR Rayu keputusan Mahkamah Kes Zuraida,. GPS sudah mula...

KENAPA MAD JARGON TOLAK HADI AWANG? PEREBUTAN JAWATAN PM SEMAKIN PANAS! ...

SIRI 1-Apakah kerugian kerajaan dalam penswastaan aset kerajaan? Kes Tenaga Nasional Bhd

 

By

 Rani Rasiah


Rani Rasiah mengulas mengenai kesan penswastaan industri tenaga elektrik terhadap para stakeholder.

Pengkorporatan LLN 1990

Pada satu ketika dahulu industri menjana elektrik adalah monopoli awam sebelum 1992. Menurut TNB History, Lembaga Lektrik Negara (LLN):

merupakan satu entiti yang berjaya dan beruntung dengan pengurusan berkaliber. Mereka mampu menurunkan tariff kepada pengguna. Bank Dunia pernah memujinya dengan mengiktirafkannya sebagai sebuah entiti yang ditadbir dengan baik, sihat dari segi kewangan dengan dasar menentukan harga yang sesuai, dan autonomi yang mencukupi.

Pada 1 September 1990, LLN dikorporatkan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan dimilik penuh oleh Kementerian Kewangan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Penswastaan TNB 1992

Oleh kerana perkembangan ekonomi pesat pada hujung 1980an, TNB telah merancang untuk meningkatkan kapasiti penjanaannya tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan. Akhirnya keadaan ini – permintaan tinggi untuk tenaga elektrik tanpa kapasiti menjana yang sepadan – mengakibatkan satu power blackout 48 jam di seluruh Semenanjung Malaysia pada 29 September 1992.

Penswastaan industri menjana kuasa elektrik bermula selepas insiden ini. Pada tahun 1992, kerajaan memulakan penswastaan TNB dengan menjual 22% saham TNB di KLSE. Soalan yang timbul adalah, adakah keadaan blackout diwujudkan untuk menjustifikasikan penswastaan?

Tujuan dasar penswastaan

Dasar penswastaan diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983 dengan tujuan:
– mengurangkan beban kerajaan daripada aspek kewangan dan pentadbiran
– membaiki kecekapan dan produktiviti
– membantu dalam pertumbuhan ekonomi

Kajian menunjukkan bahawa 20 tahun selepas penswastaan TNB, kerajaan gagal mencapai ketiga-tiga tujuan ini. Pihak kerajaan sendiri mengaku bahawa penswastaan penjanaan tenaga tidak begitu berjaya:

our past experience in privatizing power generation has not resulted in optimal results. – CEO, 1Malaysia Development Berhad (syarikat milik kerajaan yang membeli aset tenaga Ananda Krishnan pada Mac 2012).

Rasionale untuk penswastaan TNB tidak masuk akal memandangkan ia adalah satu perusahaan milik kerajaan yang cukup beruntung dan berjaya. Di samping itu, gambaran yang diberi kepada rakyat adalah bahawa hanya perusahaan yang mengalami kerugian (unprofitable) akan diswastakan.

Pemberian lesen menjana kuasa kepada syarikat-syarikat kroni

Penswastaan telah berlaku di TNB dan juga di industri menjana elektrik.

Daripada permulaan sehingga kini, kerajaan menjadi pemilik saham majoriti di TNB. Pada tahun 2011, 25% syer TNB dipegang oleh syarikat swasta manakala 75% dipegang oleh GLC dan agensi-agensi kerajaan lain seperti Khazanah, EPF, KWSP dll.

Walau bagaimanapun, aspek penswastaan yang amat signifikan adalah penawaran lesen menjana kuasa lektrik kepada syarikat-syarikat swasta (independent power producers atau IPP – penjana tenaga bebas) yang diberi kontrak untuk menjana kuasa dan menjual kepada TNB untuk dibekalkan kepada pelanggan.

Lesen IPP diberi dalam tiga fasa, dari 1993 ke 1995 (IPP Generasi Pertama), 1998 ke 2001 (IPP Generasi Kedua) dan dari 2002 – 2006 (IPP Generasi Ketiga).

READ MORE:  Anwar's acid test: Can Budget 2025 truly uplift the nation?

 

Pada tahun 1995, lima IPP generasi pertama membekalkan 30.99% keperluan tenaga negara. Kini, IPP membekalkan 60% berbanding dengan 40% oleh TNB.

Lima IPP pertama yang sangat istimewa

Lima IPP yang pertama khususnya mendapat deal yang paling hebat yang berpotensi untuk memusnahkan TNB dan merugikan rakyat.

Pemiliknya adalah:

·         YTL Power Generation Sdn. Bhd. milik Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay

·         Segari Energy Ventures Sdn. Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

·         Port Dickson Power Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan*

·         Powertek Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan

·         Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. milik Tan Sri Lim Goh Tong

*kini dibeli oleh 1MDB

Kesemua pemilik ini adalah taikun dan nama mereka tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia dalam Forbes Rich List, dan melalui pelaburan dalam IPP mereka telah melipat gandakan kekayaan mereka.

Pemilihan IPP dilaksanakan oleh EPU (Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri) tanpa telus. Tidak ada tender terbuka dan mereka dipilih bukan berasaskan kebolehan, pengalaman atau kepakaran mereka kerana kesemua pun tidak ada pengalaman dalam bidang ini.

Apa yang menarik ialah penawaran lesen kepada lima IPP pertama juga tidak dipengaruhi oleh Dasar Ekonomi Baru (NEP) – tidak ada kuota khas kepada kaum Bumiputera atau usaha untuk menghasilkan kelas korporat Melayu, dan terdapat hanya seorang Bumiputera dalam senarai lima itu.

Hanya satu kelayakan yang dapat dilihat dengan ketara iaitu hubungan bakal pemilik IPP dengan Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada masa itu. Kesemua mereka adalah kroni Dr Mahathir.

PPA – kontrak merompak wang TNB

PPA adalah kontrak antara TNB dan IPP dan berjangka masa 21 tahun. Kontrak ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA) sehingga hari ini. PPA amat berat sebelah kepada IPP, dan amat merugikan TNB dan rakyat.

Di bawah PPA, ada dua jenis bayaran yang perlu dibuat oleh TNB kepada IPP:

a) Bayaran ‘Take or Pay’

TNB mesti membeli sejumlah kuantiti elektrik daripada IPP seperti yang ditetapkan dalam PPA pada harga yunit yang dipersetujui dalam PPA, atau tetap membayar untuk kuantiti tersebut walaupun TNB tidak memerlukannya.

Isu-isu berkaitan adalah:

·         harga elektrik yang dibeli daripada IPP lebih tinggi daripada yang dijana sendiri oleh TNB, dan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna. Contohnya menurut Tan Sri Ani Arope, pada tahun 2006, TNB menjana kuasa pada kos 8 sen seunit (kWh) dan mampu menjualnya kepada pelanggan pada harga 17 sen seunit, manakala kos menjana elektrik oleh IPP ialah 16 sen seunit (kWh) yang dijual kepada TNB pada harga 23 sen dan dijual kepada pelanggan pada harga 30 sen.


SIRI 2- Apakah kerugian kerajaan dalam penswastaan aset kerajaan? Kes Tenaga Nasional Bhd

  BY RANI RASIAH


·         risiko penurunan dalam permintaan seperti berlaku semasa krisis ekonomi ditanggung oleh TNB. Semasa Krisis Ekonomi Asia tahun 1997, TNB terpaksa hentikan pengeluarannya sendiri untuk menunaikan kontrak PPA

READ MORE:  Malaysia's railways in need of vertical integration

 

b) Bayaran untuk kapasiti dan tenaga

i) Bayaran kapasiti
Ini adalah bayaran tetap yang dibuat kepada IPP (untuk mendapat kembali kos pembangunan kemudahan menjana kuasa dan ‘overhead’ tetap) untuk mengendalikan sejumlah kapasiti menjana berlebihan – ‘reserve capacity’. Ini adalah amalan biasa dalam sektor tenaga dan peratus kapasiti berlebihan adalah antara 15% dan 20%. pada peringkat antarabangsa.

Masalah di Malaysia adalah kapasiti berlebihan yang ditetapkan adalah 40% – dua kali lebih daripada kapasiti berlebihan yang diperlukan! Oleh itu TNB terpaksa membayar dua kali ganda daripada apa yang perlu dibayar kepada IPP. Di Thailand yang menarik lebih banyak FDI daripada Malaysia, kapasiti berlebihan adalah 22% sahaja.

Kapasiti berlebihan dua kali ganda ini amat menguntungkan IPP tetapi amat membazirkan dan merugikan TNB. Lebih daripada 50% bayaran TNB kepada IPP adalah bayaran untuk kapasiti berlebihan. Sekiranya penaksiran kapasiti berlebihan dibuat dengan lebih kompeten, TNB dapat menjimatkan berbilion-bilion ringgit.

ii) bayaran untuk tenaga

Merupakan bayaran untuk turun naik kos operasi (supaya beban inflasi tidak ditanggung oleh IPP) dan kos bahan bakar yang digunakan dalam penjanaan.

Kos bahan api adalah kos ‘pass-through’ iaitu apa sahaja kos bahan api yang diperlukan bagi menjana elektrik akan dicaj kepada pengguna. Disamping itu, TNB akan tanggung sekiranya ada kenaikan harga bahan api.

Description: http://aliran.com/wp-content/uploads/2012/10/gas-subsidies-to-IPPs-450x285.jpg

IPP adalah penerima subsidi gas paling banyak daripada Petronas. Pada Mei 2011, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mempertahankan IPP dengan mengatakan bahawa IPP tidak mendapat sebarang keuntungan daripada subsidi gas yang merupakan kos ‘pass-through’.

Tetapi walaupun IPP mendapat gas dengan harga yang rendah, ia membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga yang lebih tinggi daripada harga TNB. Ini bermakna IPP mendapat keuntungan besar daripada subsidi gas.

Untung terjamin untuk IPP – risiko perniagaan ditanggung oleh TNB

IPP bebas daripada risiko penurunan dalam permintaan (jualan terjamin) dan kenaikan harga bahan bakar serta dijamin keuntungan sebanyak sekurang-kurangnya 20% setiap tahun untuk 21 tahun. Mana ada peranan ‘entrepreneurship’ yang diambilkira sebagai salah satu faktor pengeluaran oleh pakar ekonomi ‘mainstream” dan manakah sumbangannya terhadap berbillion-billion ringgit untung yang diperolehi daripada TNB?

Bayaran TNB kepada IPP

Tahun

Bayaran kpd IPP: RM

Bayaran untuk tenaga

Bayaran kapasiti

2007

7.7bn

4.2bn

3.5bn

2008

8.7bn

3.9bn

4.8bn

2009

11.9bn

5bn (projected)

2010

12.5bn

2011

14.2bn

Hampir setengah kos operasi TNB terdiri dari bayaran kepada IPP, dan separuh dari bayaran ini adalah untuk bayaran kapasiti, dimana separuh wang atau RM2.4bn untuk 2008 dapat dijimatkan sekiranya reserve kapasiti yang munasabah ditetapkan. Jumlah bayaran kepada IPP meningkat tahun demi tahun sedangkan pendapatan bersih TNB turun.

Perjanjian ini sangat memihak kepada IPP sehingga Tan Sri Ani Arope Pengerusi Eksekutif TNB pada masa itu enggan menandatangani kontrak dan meletak jawatan. Perjanjian ini tidak disenangi dan dikritik oleh ketua-ketua TNB sejak masa itu, malah, pakar economi haluan kanan juga mengkritiknya.

Kesan penswastaan industri tenaga – TNB, rakyat dan negara

a) Meningkatkan beban hutang kerajaan melalui subsidi gas yang diberi kepada IPP dan TNB sehingga hari ini

b) Menghakis prestasi kewangan TNB dengan bayaran berbillion-billion ringgit kepada IPP. Dua puluh tahun sejak IPP diberikan lesen, status kewangan, prestasi dan imej TNB turun. Pada tahun 2011, keuntungan bersih turun TNB dari RM3.2bn pada tahun 2010 ke RM499.5 juta (salah satu sebab kerana terpaksa bayar harga pasaran untuk gas dan membeli bahan bakar ganti yang lebih mahal), dan dividen akhir tahun untuk tahun kewangan 2010/2011 tidak dapat dibayar. Tetapi pada masa yang sama, IPP mendapat keuntungan yang lumayan melalui satu kontrak yang dikatakan baik sekali di dunia.

c) Mengakibatkan kenaikan tarif kepada pengguna.

d) Tidak meningkatkan kecekapan penjana kuasa. Menurut institut bebas Refsa (Research for Social Advancement), kos menjana elektrik oleh IPP di Malaysia 80% lebih tinggi daripada penjana di Singapura

e) Selepas 20 tahun IPP dan TNB masih bergantung kepada subsidi gas dan tidak ada usaha untuk membangunkan teknologi tenaga alternatif yang murah dan hijau dengan menggunakan wang keuntungan IPP.

Syor

Peranan TNB seolah-olah mengorbankan diri sendiri supaya IPP boleh terus mendapat untung lumayan. Keputusan kerajaan untuk membeli aset menjana tenaga yang dijual oleh Ananda Krishnan adalah pengakuan bahawa model penswastaannya telah gagal.

Tetapi ini tidak cukup, dan tindakan-tindakan berikut disyorkan:

·         Hentikan kontrak PPA dengan serta merta dan kenakan bayaran ganti rugi

·         Tamatkan kontrak dengan semua IPP, dan miliknegarakan industri penjanaan elektrik. Berbillion-billion ringgit bayaran kepada IPP boleh dijimatkan.

·         Gunakan wang yang dijimatkan untuk membangunkan sumber tenaga alternatif hijau

·         Ambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan EPU kerana memecah amanah dengan tindakan jenayah mereka mewujudkan PPA yang merugikan kerajaan dan rakyat.

Rujukan:
1. Annual Report TNB 2011
2. The High Cost of Private Monopolies, CAP
3. The IPP Investment Experience in Malaysia, Jeff Rector
4. Dec 2010, Malaysiakini article by SM Idris
5. TNB History
6. REFSA (Research for Social Advancement) , June 2011
7. Lim Guan Eng’s letter June 2006 to TNB CEO
8. Viewpoints, pg 3, StarBizWeek, 4/2/12
9. Finance Twitter
10. Artikel-artikel dr Malaysian Insider, Malaysiakini
11. Temuduga Starbiz, The Star, 6 June 2006

Mac 2012

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.


AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.      Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.    Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.    Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.    Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.     Lawan rasuah dan kronisme

Support our work by making a donationTap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps: