bergmbar : MEMORANDUM RAKYAT SKANDAL TERBESAR "PANDORA PAPERS" DISERAHKAN DI PARLIMEN HARI INI


SKANDAL TERBESAR #PandoraPapers  kini mula mendapat perhatian terutamanya di kalangan anak-anak muda.  Sejumlah wang melebihi 1 Trilion telah didedahkan disimpan di  luar negara oleh beberapa ahli perniagaan termasuk ramai di kalangan pimpinan politik di negara ini.


Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim telah membawa usul ini untuk dibahaskan di dalam Parlimen, malangnya ditolak.  Beliau terus mengemukakan rayuan agar isu ini dibahas atau dibincangkan di parlimen kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat, namun sehingga kini pihak kerajaan seolah2 tidak mengambil berat isu ini.




Pagi tadi di Parlimen, beberapa aktivis yang digerakkan oleh penggiat di media sosial "Club House - Kerajaan Gagal Kembali" bersama beberapa NGO lain telah menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim agar terus mendesak supaya isu ini diketengahkan dengan lebih lantang.  Memorandum juga turut diserahkan kepada wakil pihak kerajaan bagi mendesak agar kerajaan memandang serius isu ini dan membenarkan permohonan atau usul Ketua Pembangkang agar isu ini dibahaskan.


Tahniah kepada semua pimpinan NGO terutamanya Sdr Zack Rockstar dan rakan2 yang mengambil inisiatif ini bagi mewakili rakyat marhaen. 


**Foto:. Kredit Sdr Md Sani Md Shah  


WFAUZDIN NS




ZUMBA TU IKUT YAHUDI..,JAHILLIYAH....LIBERAL....

 



Ingat lagi tak waktu kerajaan PH memerintah?  Apa yg lebai komen bila tengok menteri kita waktu itu berzumba begini?  Mereka kata, itulah jahiliyyah, liberal dan macam2 lagi.


Lihat ini.  Ini di bawah kerajaan melayu Isle.  Apa pak menteri agama boleh komen?  Komen sikit pak menteri.  Kalau bukan berzumba, apakah ini satu amalan zikir? 


Tanya jeww....ehehhh...


W.Faudzin


Sudan mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus pETRONAS di negara tersebut - laporan

BELUM DISUNTING-GUNA GOOGLE TRANSLATE

 THE EDGE MARKET



KUALA LUMPUR (12 Okt): Pemerintah peralihan Sudan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berikutan ketegangan yang semakin meningkat antara Malaysia dan Sudan setelah langkah Sudan merampas aset Petronas di negara Afrika, Daily Sabah melaporkan pada Isnin (11 Okt), memetik sumber.

 

Dilaporkan bahawa sumber mengatakan tindakan terhadap syarikat minyak nasional Malaysia Petronas dan pelabur asing lain atas tuduhan rasuah boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan dua hala masa depan antara Sudan dan negara lain.

 

"Ketika Sudan terus mempertahankan tuduhannya, Petronas telah menghabiskan semua saluran diplomatik untuk menyelesaikan masalah secara damai, sumber-sumber itu menambahkan," kata Daily Sabah dalam laporan itu.

 

"Banyak negara lain yang telah melakukan banyak investasi di Sudan juga mengawasi situasi dengan teliti. Mereka khawatir mereka mungkin menjadi sasaran pemerintah peralihan berikutnya, ”kata sumber tersebut.

 

Dilaporkan bahawa pemerintah peralihan Sudan berusaha untuk merampas aset milik Petronas, dengan tuduhan mereka diperoleh dengan cara haram semasa pemerintahan pemimpin yang digulingkan Omar al-Bashir.

 

Menurut laporan berita itu, setelah penggulingan al-Bashir, pemerintah peralihan meluluskan akta dan membentuk Jawatankuasa Penghapusan Pemberdayaan, Pencegahan Rasuah dan Pengambilan Wang.

 

"Ia ditugaskan untuk meninjau perjanjian dan mengambil aset yang didakwa diperoleh melalui cara yang tidak sah di bawah pentadbiran sebelumnya. Selain menyiasat mantan presiden dan lingkaran dalamnya, komite itu juga telah menargetkan dan membuat tuduhan terhadap pelabur asing di Sudan, merampas aset mereka.

 

"Petronas Malaysia telah hadir di Sudan selama lebih dari 20 tahun dan membantu negara itu menjadi negara pengeksport minyak. Sekatan Amerika Syarikat terhadap Sudan sebagai negara yang menaja terorisme telah menimbulkan cabaran besar bagi syarikat asing, termasuk Petronas.

 

"Sumber mengatakan bahawa perusahaan negara lain juga menjadi sasaran yang sama. Fu Hong Construction, sebuah syarikat infrastruktur China, diduga telah menaikkan biaya proyek. Tindakan serupa juga dilakukan terhadap Grand Holiday Villa Ltd milik Pakistan di Khartoum," Harian Sabah melaporkan.

 

Pada hari Khamis (7 Oktober), Petronas mendakwa haknya atas tanah dan Kompleks Petronas di Khartoum, Sudan diperoleh sesuai dengan hukum yang berlaku.

 

Petronas mengatakan telah mengajukan permintaan untuk timbang tara di Pusat Internasional untuk Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID) mengenai masalah itu. ICSID adalah unit di bawah Kumpulan Bank Dunia.

 

Petronas mengatakan dalam satu kenyataan pada hari Khamis bahawa syarikat itu telah bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia untuk menjalankan semua saluran diplomatik dengan pihak berkuasa di Sudan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

 

"Karena belum ada perkembangan positif sejauh ini, Petronas telah mengajukan permintaan untuk timbang tara di ICSID mengenai masalah ini. Ketika proses hukum telah dimulai, Petronas tidak dapat memberikan informasi lebih lanjut mengenai hal ini," kata Petronas.

 

Baca juga:

Petronas membantah tindakan pemerintah peralihan Sudan untuk merampas aset syarikat - lapor

 

Chong Jin Hun

 

 

 

Wajarkah surat tawaran ke universiti awam diserahkan oleh Umno?

Wajarkah surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam diserahkan oleh sebuah parti politik seperti yang dilakukan oleh Ketua Umno Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah pada 7 Oktober yang lalu.

Gambar tular berkenaan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kemasukan Pelajar Ke Universiti Utara Malaysia, yang diserahkan oleh Umno Bahagian Sik

Malah persoalan lain yang diutarakan Ketua AMK Kedah, Mohamed Firdaus Johari, apakah natijahnya surat tawaran kemasukan ke universiti itu diserahkan secara rasmi pula oleh Umno Bahagian dan bukannya oleh Kementerian atau pejabat pendidikan.

Menurut Firdaus, foto tular berkaitan majlis tersebut yang memaparkan ia dianjurkan oleh sebuah parti politik dan diadakan di premis parti tersebut, sudah pasti akan menimbulkan pelbagai persepsi.


“Pendidikan adalah keperluan asas yang menjadi tanggungjawab kepada setiap kerajaan dan ini tidaklah bermakna parti yang berada dalam kerajaan boleh pula memperlihatkan seolah-olah partinya yang mendahului kerajaan atau badan autoriti seperti Kementerian atau pejabat pendidikan.
“Apa kaitan sebenar parti politik tersebut dengan surat tawaran ke universiti sedangkan peluang pendidikan dan tawaran melanjutkan pelajaran adalah nikmat dan peluang untuk setiap rakyat.

“Menyampaikan surat tawaran secara rasmi menerusi parti politik adalah tindakan untuk menanam suatu pemikiran usang bersifat penjajahan minda terhadap masyarakat, keluarga, ibu-bapa dan bakal pelajar seolah-olah parti tersebutlah yang mencipta dan memberi peluang bagi melanjutkan pelajaran ke menara gading,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, sekiranya benar ingin mendukung aspirasi pendidikan menerusi platform parti politik atau menerusi ahli politik, maka adalah lebih sesuai sekiranya Umno Bahagian tersebut mengubahnya kepada ‘Majlis meraikan bakal-bakal pelajar UUM’ serta tidak harus memanipulasikan para pelajar universiti bagi mendapat ‘political mileage’ sedemikian.

PH tidak setuju Sulaiman KM ‘caretaker’, sepatutnya perbincangan dilakukan

 


Majlis Presiden Pakatan Harapan menolak penamaan Datuk Seri Sulaiman selaku Ketua Menteri ‘caretaker’ kerana beliau telah jelas hilang sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka sebelum DUN dibubarkan dan tidak lagi mampu mengetuai kerajaan negeri.

PH menegaskan, sepatutnya perbincangan diadakan terlebih dahulu antara Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, bersama blok majoriti yang diketuai Adly Zahari dan blok minoriti yang diketuai Sulaiman sebelum menamakan sesiapa untuk memegang jawatan tersebut.

Malah katanya, seperti yang berlaku di Perak pada 2009 mahupun Melaka itu sendiri pada 2020, seharusnya blok majoriti diberi peluang mengetuai pentadbiran negeri.

“Pakatan Harapan mengulangi pendirian bahawa Pilihan Raya Negeri tidak patut diadakan pada waktu ini demi mengelak berlakunya gelombang ke-empat penularan wabak Covid-19.

“Darurat juga tidak sesuai memandangkan ia akan menimbulkan kegusaran dalam kalangan pelabur pada
ketika usaha menghidupkan semula ekonomi negara sedang diperhebat

“Penting ditegaskan bahawa Pakatan Harapan menolak pembubaran DUN sebagai tidak berperlembagaan taktala negeri Melaka masih menghadapi wabak Covid-19 dan adanya gabungan parti yang mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat bersama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; AMANAH Mohamad Sabu; DAP Lim Guan Eng; Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Madius Tangau.

Justeru itu PH, perbincangan perlu diadakan agar semua pihak memastikan Perlembagaan Negeri Melaka ditegakkan dan dihormati dengan mewajibkan mana-mana kerajaan termasuk Kerajaan ‘caretaker’ diwakili oleh golongan majoriti ADUN-ADUN.

Rafizi kongsi tips berhenti kerja, “surat letak jawatan yang terbaik saya pernah dapat”

 

Rafizi kongsi tips berhenti kerja, “surat letak jawatan yang terbaik saya pernah dapat”

Proses meletak jawatan adalah hal yang selalu dipandang biasa bagi sesetengah orang. Ada di antara kita sering menggunakan ‘template’ yang telah disediakan oleh Google untuk menghantar surat meletak jawatan.

Namun, tahukah anda bahawa adab berhenti kerja juga penting untuk diterapkan. Umpamanya; bagaimana kita masuk, begitulah kita keluar.

Rafizi Ramli, pengasas INVOKE Malaysia dan juga bekas ahli parlimen Pandan berkongsi tips penting kepada orang ramai tentang adab berhenti dari kerja. Perkongsian ini hadir selepas salah seorang dari pekerjanya di INVOKE Malaysia menghantar surat letak jawatan yang katanya, sebagai ‘yang terbaik yang pernah saya lihat’.


Melalui ciapan yang dikongsikan oleh Rafizi, apa yang boleh dirungkaikan melalui surat letak jawatan tersebut adalah pertamanya sebagai pekerja anda perlulah menghargai setiap masa yang anda belajar dan bekerja di sana. Pengalaman itulah yang akan mencorakkan persiapan anda pada cabaran di masa akan datang.

Kedua, hargailah orang-orang yang membantu menjadikan siapa anda yang sekarang. Tanpa support system, anda tidak akan mampu memberanikan diri untuk melangkah lebih jauh.

Terakhir sekali, titipkan sebab mengapa anda berhenti. Jujurlah dengan diri sendiri. Jika misi syarikat dan misi anda tidak lagi sehaluan, berlaku jujurlah dengan menyatakan perkara tersebut.

Rafizi kemudiannya menyenaraikan tips buat anda yang sedang dalam perancangan untuk berhenti kerja. Antara tips tersebut adalah:

  • Tulis surat letak jawatan sendiri, jangan C&P atau ambil dari Google
  • Tulis dengan ikhlas dari hati
  •  Be as honest and as fair as possible – to yourself and to the organisation
  •  Ingat dan simpan masa gembira dan masa belajar dari majikan
  • Jangan lupa kawan-kawan yang masih dengan majikan, kekalkan persahabatan sampai bila-bila
  • Ingat bahawa majikan akan sedih bila kita buat keputusan berpindah kerjaya. Majikan sedih sebab majikan sayang
  • Jangan bakar jambatan. Hidup satu putaran, selalunya it will come one full circle
  • Habiskan masa sebanyak mungkin dengan kawan-kawan yang dah jadi macam adik beradik di tempat kerja
  • Ambik seberapa banyak gambar dan video. Hadir seberapa banyak farewelk do’s.
  • Selesaikan handover seberapa baik
  • Berjumpa majikan di hari terakhir & say goodbye properly

Perkongsian Rafizi telah dikongsikan oleh beribu orang di Twitter. Kebanyakan daripada mereka memuji bekas pekerja beliau yang menulis surat yang sarat dengan isi dan emosi. Sebahagian netizen mahu menjadikan surat dan ‘tips’ yang dikongsikan Rafizi sebagai rujukan buat mereka di masa hadapan.

”Kebiasaannya majikan sayang setiap team member yang pernah bekerja. Saya sayang setiap yang saya hire seperti adik sendiri & saya anggap seperti keluarga. Bila mereka move on, mmg sedih yang teramat sangat. Tp kalau we leave on good footing, sayang itu akan kekal. Good luck semua,” katanya di akhir ciapan.

SPEAKER, TIMBALAN TAK FAHAM TUGAS MEREKA

 Speaker, Timbalan tak faham tugas mereka

KAU SILAP LE.....Idris Haron nafi suara dalam audio tular ‘bercakap bersama PM’

 


Panas! Idris Haron nafi suara dalam audio tular ‘bercakap bersama PM’

Bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron, menafikan dia adalah orang yang didakwa bercakap dengan seseorang – dikatakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob – dan rakamannya tular hari ini.

Kata Idris nada suara orang yang sedang bercakap itu adalah kurang ajar.

“Tidak, tak betul tu. Kurang ajar tu. Suara tu kurang ajar bunyinya dengan YAB perdana menteri,” katanya kepada Malaysiakini.

Rakaman berkenaan disebarkan daripada individu yang tidak dikenali ke beberapa organisasi berita petang ini. Ekoran itu Malaysiakini cuba mendapatkan pengesahan daripada Idris.

Ketika ditanya sama ada Idris akan mengambil tindakan berhubung perkara itu, Adun Sungai Udang berkenaan berkata, dia sedang menyiasat masalah tersebut.

Kata Idris, ada pihak tertentu yang berniat jahat kepadanya.

Rakaman tersebut membabitkan dua lelaki yang bercakap mengenai Sulaiman Md Ali – yang dijatuhkan Idris dan tiga Adun lain baru-baru ini – yang didakwa tunduk kepada Speker Dewan Undangan Negeri Melaka Ab Rauf Yusoh.

Untuk rekod Ab Rauf ialah pengerusi Umno Melaka.

Pengadu itu mendakwa kerajaan Melaka sekarang mengamalkan dasar diskriminasi terhadap orang bukan Melayu di negeri berkenaan.

Seorang lagi lelaki terbabit kedengaran memberi perhatian kepada aduan tersebut namun pada masa sama cuba meyakinkan individu terbabit agar memikirkan semula keinginannya mahu menarik balik sokongan kepada kerajaan Melaka.

Dia juga tidak berminat untuk melibatkan DAP dalam kerajaan Melaka, bahkan mendakwa dia juga menolak untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti terbabit di peringkat persekutuan.

Mereka juga mendakwa Ab Rauf kononnya membincangkan krisis Melaka hanya dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan mengabaikan Ismail Sabri selaku perdana menteri.

Pengadu juga menyesal tidak ada pemimpin kanan Umno lain termasuk Ahmad Zahid yang menghubunginya bagi mendapatkan maklumat berhubung apa yang berlaku di Melaka.

Idris bukanlah orang baru dalam politik. Selain menganggotai Majlis Tertinggi Umno selama bertahun-tahun, dia juga menjadi ketua menteri Melaka dari 2013 hingga 2018.

BAJET TAMBAHAN: KERAJAAN AKAN TINGKATKAN HAD HUTANG 65% KDNK


Gempar! 5 kes pasangan Islam mohon cerai dalam masa 1 jam setiap hari di seluruh negara

 


Gempar! 5 kes pasangan Islam mohon cerai dalam masa 1 jam setiap hari di seluruh negara

Dianggarkan sebanyak 121 kes permohonan perceraian setiap hari di kalangan pasangan beragama Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Mas Ermieyati Samsudin.

Ketika menjawab soalan tambahan dari Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun), Mas Ermieyati membetulkan statistik perceraian pasangan beragama Islam yang dinyatakan terdahulu.

Menurutnya, secara purata dianggarkan sekitar lima orang pasangan memohon perceraian dalam masa satu jam setiap hari.

“Bagi kes permohonan cerai yang difailkan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia sejak Mac 2020 hingga Ogos 2021 untuk golongan beragama Islam yang dijana melalui sistem e-Syariah adalah sebanyak 66,440 kes keseluruhannya.

“Daripada jumlah ini, negeri Selangor mencatatkan daftar kes permohonan cerai tertinggi iaitu sebanyak 12,479 kes, diikuti negeri Johor sebanyak 7,558 kes serta negeri Kedah sebanyak 5,985 kes,” katanya.

Bagaimanapun, katanya statistik daripada Jabatan Kehakiman Syariah hanya menunjukkan bilangan kes permohonan cerai yang difailkan dan bukan termasuk semua kes permohonan cerai ini diluluskan dan berakhir dengan perceraian.

Menurutnya, pendaftaran kes cerai bagi masyarakat Islam adalah bawah kawalan dan bidang kuasa Jabatan Agama Islam.

Terdahulu, Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) memintanya menyatakan berapa kes perceraian berlaku sejak Mac 2020 hingga kini.

Manakala bilangan kes perceraian bagi golongan bukan Islam di seluruh Malaysia yang difailkan bagi tempoh bermula dari bulan Mac 2020 hingga Ogos 2021 adalah sebanyak 10,346 kes.

Daripada jumlah ini, negeri Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,160 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,893 kes dan Perak sebanyak 1,209 kes.

“Sebab itu saya percaya walaupun bukan konteks dalam parlimen dan undang-undang tapi banyak sistem sokongan ada dan banyak dalam kementerian lain yang bersama-sama untuk berikan sokongan kepada pasangan-pasangan ini supaya bukan sahaja berikan sokongan dari segi mental tetapi juga dari segi sokongan untuk mereka meneruskan kehidupan terutama dari segi masalah pandemik,” katanya.




YB-YB YANG ADA MAKLUMAT TAK ADA..TAKAT KISAH ADIB..KISAH NAK BUAT RUU DAN KIRA JUMLAH KERUSI...BILA BUAT PENDEDAHAN BESAR PAKAT NGANGA ..

 


Anwar belum dengar satu suara pun minta pendedahan Kertas Pandora disiasat


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoal pendirian pihak-pihak berkaitan susulan pendedahan yang dibuat menerusi Pandora Papers.

Menurutnya, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam ada menyebut bahawa Bank Negara bersedia untuk memberi kerjasama kepada semua agensi penguatkuasa dan badan penyiasatan.

“Tetapi belum ada sebarang kenyataan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) , Polis Diraja Malaysia terutama di bahagian jenayah komersial, dan juga SPRM.

“Daripada 19.9 juta dokumen Kertas Pandora, 119,000 dokumen berkait dengan warganegara Malaysia.
“Sebahagian besar daripada jumlah wang yang disorok dan diambil dari negara ini di pusat-pusat tax haven (pusat kewangan luar pesisir) termasuk di Singapura,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Minggu lalu, pihak International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) dalam pendedahannya telah memetik beberapa figura penting negara berkaitan pemilikan akaun luar pesisir, sepanjang 25 tahun lalu.

Antara individu yang dikaitkan menerusi pendedahan itu ialah Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin bersama beberapa ahli keluarganya serta Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyatakan rasa aneh apabila tiada mana-mana pihak yang mendesak supaya pendedahan Kertas Pandora itu disiasat.

“Soalnya, mengapa kita tidak bangkitkan hal-hal ini di Parlimen supaya menggesa agensi terlibat menyiasat?SPRM ambillah inisiatif proaktif selain LHDN dan PDRM.

“Saya belum dengar satu suara yang meminta supaya hal ini (pendedahan Kertas Pandora) disiasat.

“Ini aneh. Kalau betul nak perjuangkan nasib rakyat Malaysia, kalau ini kita jaguh orang Melayu, apakah mungkin budaya Melayu itu mengizinkan rompakan kekayaan yang begitu besar?” bidasnya.

Untuk rekod, sebanyak 118 firma luar pesisir, sebahagian besarnya didakwa melibatkan pemilik yang berasal dari Malaysia.

Pada 4 Oktober lalu, Anwar telah menghantar usul untuk membahaskan pendedahan Kertas Pandora itu kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Bagaimanapun, Azhar semalam menolak usul yang Anwar failkan di bawah Peratusan Mesyuarat 91 dan 92, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat.

Azhar berkata, Anwar sepatutnya menggunakan Peraturan 43 bagi membolehkan Dewan Rakyat membincangkan keputusan yang telah beliau sampaikan pada minggu lepas.

Selain itu, Azhar berkata, sepanjang pengetahuannya, Kertas Pandora bukan mengenai penyembunyian atau pengeluaran wang sehingga berbilion ringgit ke luar negara.

“Saya rasa sepanjang pengetahuan saya, Pandora Papers bukanlah mengenai mengenai penyorokan atau pengeluaran wang berbilion dari negara kita keluar. Tapi pendedahan pemegangan saham di dalam syarikat luar persisir. Itu perkara yang berlainan Yang Berhormat.

“Saya telah baca sedikit sebanyak mengenai Pandora Papers, dan ia bukan mengenai outflow money, tapi shareholoding of several individuals di offshore. Dia bukan sorok wang seperti yang YB katakan.

“Jadi dua perkara berlainan, malah saya nampak pegangan syer, kecil saja, bukan berbilion. Ada yang lima pound saja… kalau tak silap saya,” katanya lagi.

Ekoran kenyataan Azhar itu, Anwar menzahirkan rasa tidak puas hati malah disifatkan sebagai ‘peguam bela’ kepada golongan yang menyimpan wang di luar negara.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mendesak agar usul tersebut dibentang dan dibahaskan semalam juga memandangkan terdapat dakwaan jumlah wang dari Malaysia yang disimpan di luar negara, sudah mencecah ratusan bilion.

Kata Anwar, isu tersebut wajar dibahaskan segera kerana ia bukan sahaja membabitkan Kertas Pandora, tetapi juga laporan Global Financial Integrity 2012 serta pendedahan Kertas Panama pada 2015.

“Yang Dipertua nak jadi peguam bagi pihak perasuah-perasuah ini sebab apa? Saya ada seluruh dokumen yang ada ini… dan ia (terangkan) bagaimana seorang menteri umpamanya, boleh simpan saham di sana.

“Kalau ini bukan pengaliran keluar ia datang dari mana? Dari langit? Saya mahu hari ini (semalam) juga dibentang dan dibahas.

“Dan seperti mana saya sebut, minggu lalu, kita tidak hukum, mungkin ada orang buka akaun di tax haven itu tidak semestinya cara rompakan atau rasuah.

“Tetapi kebanyakan kes yang terlibat ini melibatkan pembesar, menteri-menteri, pemimpin- pemimpin negara, yang tidak ada sebab mengapa boleh kumpul wang begitu banyak di luar negara,” tegas Anwar lagi.

MUDAH SAHAJA...BUBAR DUN LAWAN DULU..JANGAN DILANTIK KALAU BEKAS UMNO KERANA MEREKA AKAN KHIANATI JUGA


“Hati-hati YB Adly, dengan 4 pelompat takut nanti jadi pembelit”


Berikutan perkongsian dua keping gambar hasil tangkapan bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengundang peringatan dan nasihat daripada netizen di ruangan komen.

Naib Presiden AMANAH itu gemar manghabiskan masa dengan melakukan aktiviti bercucuk tanam dan menangkap ikan telah menunjukkan seekor ular berbisa di dalam bubunya.“Tangkapan pagi ini, ada yang pelik (emotikon ular).

Hasil tangkapan beliau bersama seekor ular berbisa menjadi perhatian netizen

Rata-rata netizen meninggalkan komen berikutan situasi politik di Melaka yang belum ada penyelesaian setelah empat ADUN menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali baru-baru ini.

“Tn hj adly, hati2 dgn 4 pelompat, takut2 nnt jd pembelit, membelit perumah spi hilang nyawa,” kata Mahdi Baharom

“Len macam ulau ni, yg besar mcm ni biasa dah janjikan jawatan KM,” komen Ahmad Arsad Abdullah.

“Biau ulau besau tu mentedarah katak katak katak katak (4 ekor) dengan lahap,” komen Hawa Mat Din

“Mohon YB lepaskan balik..dyo merayau mncari KATAK tu..biar dyo NGAP sekor²..”komen Mohamad Alfendi

“Ular bahaya yb silap ari bulan dia patuk kita yb,” komen Khai Mai.

Politik Melaka menjadi tidak menentu hari ini apabila empat Adun iaitu bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) hilang kepercayaan terhadap Sulaiman.

Ditambah pula Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam telah membubarkan DUN yang mana telah memberi laluan untuk Pilihan Raya Negeri diadakan, bagaimanapun ramai pihak tidak bersetuju diadakan pilihan raya dalam keadaan Covid-19 masih belum reda.

Malah ada pihak yang mahukan Melaka diisytihar darurat seperti mana pernah dibuat di Sarawak bagi menghalang pilihan raya.

 

JENG..JENG..SUARA DARI MELAKA? ORANG MELAKA KENAL SUARA SIAPA INI ? SG U...




Apabila kita khianat, satu hari nanti rakyat akan tahu juga. Allah maha kuasa, kita merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah lebih baik. Rakyat Melaka akan hukum pengkhianat mandat rakyat!!



MULUT KATA LAIN...TANGAN CURI DUIT RAKYAT. ...www.zunar.my

 



Demi Bangsa & Agama, kata mulutnya.

Please Share.

More @ www.zunar.my

#pandora #pandoramalaysia



SELAMATKAH KITA DI NEGARA SENDIRI.? PERBUALAN PM PUN DIRAKAM.

 

Sejak semalam telah berlegar di media sosial satu rakaman audio yang didakwa antara bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Perbualan yang dirakam itu berkisar mengenai pergolakan politik Melaka selepas Idris dan tiga lagi Adun menarik sokongan menjatuhkan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali minggu lalu.

Bagi yang biasa mendengar suara Idris dan Ismail, baik secara perbualan biasa atau melalui televisyen, pasti tidak sukar mengenalpasti bahawa audio itu adalah melibatkan kedua-dua mereka.

Meskipun Idris telah menafikannya, tetapi secara umumnya tindakan beliau itu tidak mengurangkan keyakinan ramai terhadap keaslian suaranya.

Penafian Idris itu dilihat hanya satu perkara biasa dalam permainan orang politik ketika berdepan media.


Malah, banyak penafian-penafian sebelum ini akhirnya berakhir dengan kebenaran.

Begitu pun, Ismail Sabri masih belum membuat apa-apa penafian berhubung rakaman audio tersebut.

Rakaman audio berkenaan boleh didengar di sini –

 https://www.facebook.com/100057723877508/posts/304481344819326/

Apa yang nyata, butir perbualan dalam rakaman itu boleh menimbulkan pelbagai tafsiran serta implikasi, baik kepada Ismail Sabri, Idris, Sulaiman yang mengetuai kerajaan negeri, Ab Rauf Jusoh, Speaker Melaka dan masa depan UMNO menghadapi PRN akan datang.

Namun, yang terpenting sekali dengan bocornya rakaman audio melibatkan Perdana Menteri itu, sekurang-kurangnya dua perkara menjadi tanda tanya kita semua.

Pertama, siapakah yang melakukan intipan dan membocorkan rakaman itu?

Kedua, dengan perbualan Perdana Menteri sendiri boleh diintip, dirakam dan disebarkan, apakah tahap keselamatan sebenar negara kita ini?

Bayangkan belum pun sampai dua bulan Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, sudah ada yang berani mengintip, merakam dan menyebarkan perbualannya?

Bagaimana dengan banyak perbualan telefon beliau yang lain, adakah ia juga terdedah kepada intipan dan rakaman dan mungkin terdedah kepada umum?

Kenapa talian telefon Perdana Menteri tidak dilengkapi dengan kawalan atau ciri-ciri keselamatan yang sewajarnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai ketua kerajaan?

Kalau perbualan Perdana Menteri begitu mudah diintip dan dirakam, bagaimana dengan perbualan kita sebagai rakyat biasa?

Selamatkah kita dalam berkomunikasi dengan sesiapa? – ShahbudinHusin 12/10/2021.



(function() { var d = document, w = window; w

'Masa untuk saya sertai KEADILAN, Generasi muda bosan politik lapuk' - Dr Maszlee

  Sungguhpun Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, namun bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee...