bergmbar : MEMORANDUM RAKYAT SKANDAL TERBESAR "PANDORA PAPERS" DISERAHKAN DI PARLIMEN HARI INI


SKANDAL TERBESAR #PandoraPapers  kini mula mendapat perhatian terutamanya di kalangan anak-anak muda.  Sejumlah wang melebihi 1 Trilion telah didedahkan disimpan di  luar negara oleh beberapa ahli perniagaan termasuk ramai di kalangan pimpinan politik di negara ini.


Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim telah membawa usul ini untuk dibahaskan di dalam Parlimen, malangnya ditolak.  Beliau terus mengemukakan rayuan agar isu ini dibahas atau dibincangkan di parlimen kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat, namun sehingga kini pihak kerajaan seolah2 tidak mengambil berat isu ini.




Pagi tadi di Parlimen, beberapa aktivis yang digerakkan oleh penggiat di media sosial "Club House - Kerajaan Gagal Kembali" bersama beberapa NGO lain telah menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim agar terus mendesak supaya isu ini diketengahkan dengan lebih lantang.  Memorandum juga turut diserahkan kepada wakil pihak kerajaan bagi mendesak agar kerajaan memandang serius isu ini dan membenarkan permohonan atau usul Ketua Pembangkang agar isu ini dibahaskan.


Tahniah kepada semua pimpinan NGO terutamanya Sdr Zack Rockstar dan rakan2 yang mengambil inisiatif ini bagi mewakili rakyat marhaen. 


**Foto:. Kredit Sdr Md Sani Md Shah  


WFAUZDIN NS




No comments: